Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Wednesday 14 March 2012

Terima kasih kawan

salam...
 saya mengambil kesempatan ingin luahkan disini. saya sangat berterima kasih kepada
kawan-kawan yang sudi tolong dan mampu membuat aku kembali tersenyum hari ini. terima kasih kepadamu kawan-kawanku. jasamu ku akan kenang selamanya. terima kasih juga kerana sudi menjadi kawanku.
walauapapun kita tetap kawan ketika susah mahupun senang. Persahabatan yang akan kekal selamanya.
Amin...  ( tujukan khas untuk farhana dan iffah damia. thnks guys.)


Masa

Masa berlalu dengan pantas
aku seperti berada di dalam khayalan
tidak tahu tujuan ku yang sebenar
mampukah aku mengharunginya

Ya Allah Ya Tuhanku
Engkau segala pencipta di dunia ini
berikanlah aku seorang sahabat
yang mampu membimbing ke jalan-Mu
tetapi
tidak selamanya sahabat mampu menolong kita

hanya pada-Mu aku berhak dan
hanya pada-Mu aku meminta
dan
masalah yang akan menentukan segalanya 

Jasamu akan ku kenang






Satu pagi hari yang indah 
menyambut kelahiran seorang anak
tidak dapat ku bayangkan
betapa gembiranya ibu bapa ku

walaupun 

mereka penat bekerja
mereka berusaha keras 

tetapi 

mereka sanggup berkorban
mereka sanggup berhabis duit

demi 

anak yang tercinta
keluarga yang bahagia.

Tuesday 13 March 2012

Opick

 Opick-  taubat

wahai tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

Ya robbi, ijinkanlah
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

berilkanlah aku
kesempaatn waktu
aku ingin kembali
kembali...

dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku...

Cerpen : Benci Menjadi Cinta


‘wohoho…’ mengantuknya. Berapa kali dah hari ini aku menguap. Aku rasa kali ini sudah masuk lima kali dah. Menyesal aku tidur lewat semalam. Tengok drama korea la ni. Haih… mana boleh tinggal. Drama korea ni gambar kegemaranku.

“marlisa” tegur bos atau senang di panggil husin.

“ya bos.” Balasku.

“saya tengok awak dari tadi asyik menguap je.” Ala rupanya dia nampak.

“saya tidur lambat semalam.” Kataku sambil tersengih.

Dia la ni. Ikutkan hari ini aku cuti. Biasala hari sabtu. Tapi pagi-pagi tadi suruh aku ke pejabat. Ada hal penting katanya. Aku pun apa lagi terpaksalah pergi.

“tengok drama korea la tu.” Perli husin.

“mana boleh tinggal. Lain la bos. Tak minat drama korea.” Husin hanya tersenyum.

Husin ni sebenarnya anak kepada tuan pejabat yang aku sedang kerja ni. Dulu hampir dua tahun dia bekerja sebagai orang biasa. Tapi sekarang dia yang menjadi bos bagi menggantikan ayahnya yang telah bersara. Jadi kalau panggil bos sekali sekala tu boleh la. Kalau selalu segan pula sebab dulu kami ni kawan. 
Lagipun umur sama. Lagi la segan kalau panggil bos. Huhuhu.

“amboi. Sempat lagi dia mengelamun.” Aku tersengih.
 

“apa yang bos nak ni.” Tanya aku.

“ tak. Saya Cuma nak beritahu awak yang awak boleh balik dah. Lagipun sudah tengah hari ni.” Haah. Betul juga. Perut aku ni pun sudah berkeroncong ni.

“okla. Kalau begitu saya balik dulu. Tapi yang lain?”

“ mereka saya sudah maklumkan terlebih dahulu. Mereka akan pulang sebentar lagi.” Aku mengangguk faham.

“saya belanja awak boleh?” ajaknya. Aku yang sedang mengemas barang mendongak.

“ tak usah lah. Lagipun saya boleh makan sendiri.” Tolakku secara baik.

“ tak apalah. Lagipun anggap la ini sebagai ganjaran sebab awak sudi datang hari ini.” Pinta husin sekali lagi. Aku apa lagi yang hendak dikatakan. Setuju je lah. Anggukan aku membuatkan dia tersenyum.

“ok saya tunggu awak di bawah.” Ujarnya lalu berlalu pergi.                                                       Ada-ada saja la dia ni.                                                                                                                                        
“terima kasih kerana belanja saya makan.” Ucapku ketika di dalam kereta husin.

“ tak adalah. Saya memang ikhlas belanja awak pun.” Balasnya. Aku tersenyum.

Husin ni memang baik orangnya. Jarang tengok dia suka marah-marah. Mukanya yang sedikit hensem tu pun boleh memikat hati perempuan di luar sana.

Aku jatuh cinta kepadanya? Tolonglah. Tidak terdetik langsung di hatiku untuk menyukai husin ni.    

“ lisa. Dah sampai.” Kata husin mematikan lamunan ku. Aku tidak meminta untuk terus hantar ke rumah kerana aku ada kereta. Kereta aku tinggalkan  di pejabat.

“ terima kasih sekali lagi. Saya pergi dulu.” Ucapku sekali lagi lalu berlalu ke kereta kancil ku.  

Aku ni mana la ada duit nak beli kereta mahal-mahal. Sekadar boleh bawa pun sudah cukup. Lagipun semenjak arwah ayah meninggal. Aku sangat perlukan duit untuk menyara keluargaku. Ibu dan adik kembarku hanya bergantung kepadaku.               
*****
“Mahirah!!! Muzail!!!” laungku dari luar rumah.

“ya kak. Kejap.” Sahut mereka. Mereka berdua adalah adik kembarku. Mahirah kakak dan muzail adik. Dua-duanya berumur 7 tahun. 

“cepat sikit. Nanti barang habis.”

“marlisa. Sabarlah kejap.” Tegur ibu. Aku hanya tersengih.

“ok-ok. Kami pergi dulu ibu.” Ujar mahirah lalu menyalami ibu. Dituruti aku dan muzail.

“baik-baik bawa kereta tu lisa.” Pesan ibu.

“yela ibu. Pergi dulu. Assalamualaikum.”

“waalaikummussalam.”

“akak. Ada orang suka dekat akak.” Ujar mahirah tiba-tiba ketika aku sedang kyhusuk memandu.

“siapa?” tanyaku.

“abang azam.” Aku tersentak. Biar betul. Orang yang aku benci dulu tu. Sekarang pun masih membenci.

“ mana irah tahu. Memandai je la. Akak tak suka pun kat dia. Benci lagi adalah.” Ujarku.

“abang azam yang beritahu. Kenapa akak benci abang azam.” Soalan itu buatkan aku terkedu. Aku pun tak tahu kenapa aku benci sangat dengan azam tu. Mungkin dulu dia selalu mengusik, mengejek dan  berkata macam-macam. Aku tak tahu secara sengaja atau memang disengajakan. Tapi itu mungkin boleh dimaafkan lagi. Tapi perkara 3 tahun lalu memang tidak boleh dimaafkan dan bertambah benci aku kepadanya.                     

“bila abang azam beritahu. Setahu akak abang azam berada di London.” Memang betul azam berada di london setahun yang lalu. Atas dasar kerja katanya. Entah betul entah tidak.

“ semalam abang azam dah balik sini. Akak tak tahu sebab akak pergi kerja semalam.” Betul juga.

“ irah kalau nak tahu mungkin abang azam tu sengaja tipu irah kot. Yela akak kan tidak pedulikan dia.” Memandai je azam ni.

“yeke. Dia ada kata yang nanti dia akan datang jumpa dengan akak.” Aku terkejut. Biar betul. Tapi aku masih dan kalau boleh tak nak pun berjumpa dengannya. Dendam 3 tahun yang lalu masih tersimpan kemas dalam hatiku ini.

“abang azam ada kata juga yang akak salah faham dengannya. Irah pun tak tahu salah faham apa.” Sambung irah. Salah faham 3 tahun lalu la irah. Salah faham? Macam aku nak percaya. Dasar lelaki yang memang tidak boleh dipercayai. 
*****

 Hati aku rasa gembira apabila azam ingin menolong kami sekeluarga. Katanya dia akan menderma kepada kami sejumlah wang. Mula-mula aku tak nak terima tapi atas dasar kebaikan dan kesungguhan azam. Aku tidak mampu menolak. 

Dalam perjalanan pulang dari pejabat aku ingin pergi jumpa dengan azam di satu restoran. Sebagai ucapan terima kasihku kepadanya.

Selepas  mengunci kereta aku pun masuk ke dalam restoran itu. Mata aku mencari-mencari kelibat azam. Saat aku menoleh ke kiri aku ternampak azam dan seorang lelaki. Mungkin rakannya. Aku teus menapak ke situ. Mereka tidak nampak aku kerana aku berjalan membelakangi mereka.

Belum sempat aku ingin menegur azim aku terdengar namaku disebut mereka. Jadi aku mengambil keputusan mendengar percakapan mereka. 

“ weh cam na. dia terima tak pertolongan kau tu.” Kata rakan azam.

“ya. Begitu susah dia nak terima. Tapi selepas aku pujuk dia terima juga.” Balas azam.

“tula. Nasib baik ini rancangan aku. Kalau tidak mungkin sampai bila-bila kau susah nak tackle dia.”

Tackle? Apa maksudnya.

“tula. Selepas dia terima duit tu dia gembira sekali. Aku pun turut gembira sekali. Biarlah wang aku habis pun aku sanggup.”

“dari dulu lagi aku suruh buat kau tak nak . Sekarang baru nak buat. Tapi okla.”

Ya Allah. Rupanya itulah rancangan sebenar azam. Aku ingat dia benar-benar ikhlas menderma. Tapi sangkaan ku meleset. Tergamak kau azim.

Aku menekup mulut tanda yang amat terkejut. Aku ingin beredar dari situ. Ya secepatnya. Baru saja aku memusingkan badan aku terlanggar seorang pelayan. Dan pelanggaran itu menarik perhatian azam dan rakannya.

“ lisa. Awak  dah lama sampai?” tanya azam. Riak mukanya kelihatan terkejut sekali.
Tanpa segan silu air mataku mengalir di situ.

“tergamak kau azam. Aku ingat kau ikhlas. Tapi sangkaan ku  meleset. Ternyata itulah tujuan kau. Mujurlah aku cepat. Kalau tak mungkin sampai sekarang aku tidak tahu.” Luahku keras.

“ lisa. Awak  dah salah faham. Apa yang awak  dengar tu tak seperti yang awak  sangkakan”

Aku menggeleng.

“sudahlah azam. Hentikan semua ni. Kau jangan risau duit tu aku akan pulangkan semula. Aku tidak akan ambil sesen pun.” Aku pantas keluar dengan linangan air mata.

“marlisa!!!” laungan azim tidak aku hiraukan. 

“ lisa?” teguran husin mematikan lamunan ku yang berlaku 3 tahun yang lalu.

“ya saya.” Balasku.

“awak kenapa?” tanya husin.

“ tak ada apa lah. Jangan risau.” Aku tersenyum. Kalau boleh aku tak nak ingat semua itu. Tapi entah mengapa tiba-tiba aku teringat. Setiap kali aku teringat pasti hati aku sakit sangat.

“ mesti ada apa-apa ni. Kalau begitu awak balik awal la hari ini. Risau saya tengok awak.” Prihatin sungguh husin. Kan bagus azam pun macam ni. Tapi tak sama sekali.

“ tapi kerja ni macam mana?” tanyaku.

“kau jangan risau lisa. Aku kan ada.” Ujar zahira yang merupakan rakan sepejabatku.

“ baliklah. Zahira kan ada.”

“baiklah kalau begitu. Saya balik dulu.” Dengan perlahan-lahan aku meninggalkan pejabat itu.   
*****
Tatkala aku sampai di depan rumah. Aku melihat sebuah kereta vios yang berada di depan rumahku.
Siapa pula yang datang ni.

“ibu, itu kereta siapa?” tanyaku apabila terlihat ibu.

“ saya.” Suara itu… aku menoleh ke belakang. Aku terlopong.

“ kenapa? Terkejut?”

“apa yang kau buat di sini?” tanyaku sedikit keras.

“lisa. Kenapa cakap macam tu. Tetamu kan.” Tegur ibu.

“ ibu. Kenapa ibu terima dia lagi setelah apa yang dia buat kat kita dulu.” Ujarku dalam nada geram.

“ itu sudah lama lisa. Lagipun sudah 3 tahun. Nanti ajak dia masuk. Ibu masuk dulu.”

Ibu ni pun bela dia lebih-lebih.

“awak masih marahkan saya?” tanya azam. Aku mendengus.

“ perkara itu masih tersimpan kemas dalam hati tahu. Aku  tidak akan lupakan nya. Tapi mungkin dulu aku  cuba lupakan. Lagipun sudah lama. Tapi selepas kau  kembali , sory la.”
Azam tersenyum.

Boleh lagi tersenyum ye. Meluat la tengok dia ni.
“ tak sangka awak masih belum berubah.” Ujarnya. Amboi. Nak berbasa-basi pula.

“well cik azam. Ikut suka sayalah nak berubah ke tak. Lagipun ini hidup saya. Langsung tidak kena mengena dengan cik azam ye.” Puas hatiku. Belum sempat aku melangkah pergi ,dia berkata.

“saya tahu awak masih marahkan saya tapi saya betul-betul suka dekat awak. Takpa lah kalau awak tidak mahu terima cinta saya tapi saya akan terus-terusan memikat awak. Percayalah.” Suaranya itu buat aku terkedu. Kenapa aku rasa sedih dan terkilan. Biarlah bukan urusan aku pun. 
*****

Malam itu aku dipanggil husin untuk ke rumahnya. Katanya ada satu majlis kesyukuran. Aku segan kalau menolak kerana husin satu-satunya kawan baik aku dan bos aku.

“ibu, lisa minta izin untuk pergi rumah bos boleh. Ada kenduri.” Pintaku kepada ibu.

“ tapi jangan balik lambat sangat. Lagipun malam-malam ni. Risau ibu.” Balas ibu.

“itu ibu jangan risau. Lisa janji sebelum pukul 9.30 lisa balik.” Kataku. Ibu mengangguk.

“terima kasih ibu. Pergi dulu.” Aku bergegas turun selepas menyalami ibu. 

Aku sudah berada di depan rumah husin. Cuma tunggu untuk masuk je. Boleh tahan ramai juga orangnya.
Masuk saja ke rumah husin, orang pertama yang aku nampak mestilah husin.

“ sampai pun. Ingatkan tak datang.” Kata husin. Aku tersenyum.

“mestilah. Lagipun awak kawan saya dan bos.” Balasku.

“ye la tu. Mari saya perkenalkan awak dengan seseorang.” Aku hanya menurut.

“lisa ini azam. Azam ini lisa.”  Terkejut.

“  kau lagi.” Ujarku tidak puas hati. Azam tersengih.

“korang dah kenal rupanya.” Kata husin.

“mestilah sebab orang ni yang buat saya benci dulu.” Balasku. Pantas aku meninggalkan   mereka.

Aku ternampak kelibat zahira yang sedang berbual itu. Aku mengambil keputusan untuk ke situ.
Tapi belum sempat aku melangkah azam memanggilku.

“kau nak apa lagi?” tanyaku sedikit kasar.

“saya nak awak boleh?” aku menjegilkan mata. 

“ kau ingat aku ni apa. Sudahlah. Setelah apa yang kau buat padaku dulu. Tidak senang ingin aku menerima kau semula.”

“saya serius lisa. Saya tak nak awak dirampas oleh husin. Saya cintakan awak setulus hati saya lisa.”
Husin? Apa kena mengena husin dengan hal ni.

“husin?” tanyaku.

“ya. Husin pun ada perasaan kat awak. Saya dapat tahu selepas dia memberitahu saya.” Aku terkedu.

“ tapi… tak mungkinlah. Ini rancangan awak kan. Jangan ingat saya nak terpedaya sekali lagi.” Aku tahu ini mesti rancangan azam. Tak mungkin husin ada perasaan dekat aku. Selama ini ok je sebagai kawan.

“apa yang azam kata tu betul lisa.” Aku tersentak dan menoleh ke belakang.

“ tapi…” lidahku kelu untuk berkata-kata. Apa yang aku nak jawab ni.

“ tapi apa? Awak anggap saya tidak lebih sebagai seorang kawan?” kata husin. aku menggeleng pun tak mengangguk pun tak. Aku hanya berdiam diri.

“saya tahu awak mungkin tidak ada perasaan sikit pun kepada saya. Saya tahu itu.” Aku masih terkejut akan pernyataan itu.

Aku melihat azam dan husin silih berganti. Tidak sangka dua orang manusia  ini jatuh  hati dekat aku. Tapi seorang hanya sebagai kawan dan seorang lagi yang aku benci. Apa semua ni? Ya Allah tolonglah aku.

“lisa..” panggil azam.

“ cukup. Saya tidak mahu dengar apa-apa lagi. Semua itu amat tidak saya sangka. Jadi tolong jangan ganggu saya. Berikan saya masa untuk berfikir.”

Pantas aku berlari keluar dari rumah itu. Perkara ini berlaku begitu pantas sekali.
*****
Bila difikirkan balik. Semua yang berlaku sebelum ni macam mimpi. Tapi sebenarnya tak. Itu memang sudah terjadi dalam hidupku.

Sekarang keadaannya berubah sama sekali. Apabila di pejabat, aku sering mengelak daripada berjumpa dengan husin. aku malu. Cuba kalau semua orang dalam pejabat itu tahu. Mana aku nak letak muka aku ni. 
Tak sanggup aku kalau jadi buah mulut orang.

Hampir seminggu juga perkara itu berlalu. Itu juga bermakna aku tidak bersemuka dan bercakap langsung dengan husin. jadi aku mengambil keputusan untuk bercuti buat beberapa hari. 

Semenjak dari kejadian itu juga, azam sering menelefon ke rumahku. Aku tak tahu kenapa.  Aku keliru. Aku juga tidak nafikan yang 3 tahun dulu memang aku ada sedikit perasaan terhadap azam. Tapi peristiwa itulah yang memadamkan perasaan aku terus kepadanya. Sungguh sukar ingin membuat keputusan.

Deruman enjin kereta mengejutkan aku. Siapa pula yang datang pagi-pagi ni. Aku malas untuk melangkah ke luar bilik. lagipun tiada  orang di rumah. Jadi aku biarkan jelah.

Baru aku nak tertidur ada orang baling batu ke tingkapku. Siapala yang nak buat kacau pagi-pagi ni. Orang nak tidur pun tak sedap.    

Sekali lagi. Aku bertambah berang. Aku mengambil keputusan membuka tingkap.

“hoih… apa baling-baling ni.” Jeritku. Aik tak ada orang pun.

“janganlah main-main dengan aku.” Laungku lagi.

“bangun juga ye.” Suara lelaki. Pantas aku masuk ke dalam semula lalu menyarungkan tudung.

“kau siapa?” aku tak dapat cam siapa kerana dia pakai cermin mata dan baju sejuk.
Selepas itu dia menanggalkan cermin matanya.

“ buat apa kat sini?” tanyaku.

“saya nak jumpa awak. Turunlah.” Ujar azam.

“buat apa?” tak nak aku.

“ saya ada sesuatu nak beritahu. Please…” aduh… dia dah buat dah muka kesian dia tu.

“kejap.” Putusku.

“kenapa?” kataku sedikit kasar selepas turun ke bawah.

“boleh kita duduk?” pintanya. Mengada-ngada. Aku duduk di kerusi yang berada di bawah pokok. Dia hanya berdiri.

“sekarang cakaplah.” Suruhku tanpa melihat wajahnya.

“sekarang awak mesti tengah tertekan kan? Yela tak tahu nak buat pilihan. Lagipun awak masih belum dapat maafkan saya.”

“maksud awak?”

“saya akan lepaskan awak. Pergilah awak ke husin. pasti dia akan menjaga awak dengan sebaik mungkin.” Aku terdiam. 

“maaf kalau selama ini saya buat awak bencikan saya. Tulus saya katakan yang peristiwa dulu itu adalah salah faham. Saya ikhlas dan betul-betul cintakan awak. Tak ada niat langsung di hati saya untuk permainkan awak. tapi   perasaan awak siapa yang tahu kan? “

Aku masih berdiam diri. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Mulutku bagaikan terkunci.

“sekarang saya akan cuba lupakan awak. Selepas ini awak jangan risau. Saya tidak akan mencari awak dan awak tidak akan berjumpa dengan saya. Hujung minggu ni saya akan ke London semula. Mungkin saya tidak akan pulang ke sini semula.”

Aku terkedu. Kenapa begitu sekali. Bagus juga dia pergi dari hidupku. Taklah aku benci sangat. Tapi sekarang lain. Aku rasa sayu dan sedih. Kenapa?

“ saya harap awak berbahagia dengan husin. ahad malam ni dia akan menjemput awak untuk makan malam di rumahnya. Saya harap awak pergi dan jangan menghampakannya.” Selepas azam berkata demikian dia pun berlalu ke kereta nya.
Aku hanya melihat.

Tiba-tiba dia menoleh.

“lisa. Tapi kalau awak dapat maafkan saya di atas peristiwa itu dan kalau awak dapat terima cinta saya. Saya tunggu awak malam ahad ni lapangan terbang. Kalau awak tidak datang saya tahu jawapan awak yang sebenarnya.”
Selepas itu dia menghilang bersama dengan keretanya. 

Aku sepatutnya gembira tapi sedih. Adakah perasaan aku yang dulu masih ada. Takkanlah. 
*****
Seperti yang dikatakan azam. Malam ahad itu husin menjemputku. Demi tidak menghampakan hati ibu dan husin aku terima perlawaannya itu.

Semasa bersiap, irah masuk ke dalam bilikku.
“akak. Ini ada surat dari abang azam.” Hulur irah surat itu kepadaku.

“ abang azam akan bertolak pukul 10 malam.” Sambung irah lagi. Aku hanya mendengar. Selepas irah keluar aku membuka surat itu dan membacanya. 

Salam marlisa…
Sekarang awak mesti ingin pergi ke rumah husin kan? Saya tahu itu. Saya doakan awak bahagia dengannya. Saya tarik balik kata-kata saya minggu lepas. Saya mungkin tidak dapat lupakan awak. Awak tetap berada di dalam hati saya. Saya masih mengharapkan yang awak akan datang malam ni. Jadi jika awak berubah fikiran, saya akan tunggu di sini. Saya harap sangat awak datang.
Azam. 

Tiba-tiba aku menitiskan air mata tanpa di pinta. Terharu sekali aku rasakan. Kenapa aku jadi begini.

“akak. Ibu suruh cepat.” Tegur irah. Pantas aku menyeka air mataku.
Perlahan-lahan aku menapak ke ruang tamu.

“kami pergi dulu makcik.” Kata husin. aku hanya tersenyum. Tapi senyuman yang pahit sekali aku rasakan.

Dalam perjalanan, aku asyik teringatkan azam. Entah mengapa. Sekali lagi tanpa dipinta air mataku menitis.

“lisa kenapa ni?” tegur husin. aku menyeka air mataku lalu menggeleng. Adakah aku jatuh hati sekali lagi dekat azam? Ya Allah berilah aku petunjuk-Mu.

“awak nak tahu tak. Sebenarnya ini cadangan azam. Kalau bukan dia yang rancang ini, mungkin sekarang awak tidak akan ikut saya berjumpa dengan keluarga.” Kenyataan husin jelas sekali buat aku terkejut.

Sekarang aku tahu apa yang terbaik untukku.

“awak saya minta maaf.” Kataku dengan air mata yang mengalir.
Husin memberhentikan kereta dan melihat ku.

“ apa maksud awak?” tanyanya.

“ maaf. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya setuju terima perlawaan awak sebab tak nak lukakan hati awak dan ibu. Saya juga tidak tahu kenapa saya rasa sedih sekali apabila azam ingin  pergi dari sini.” Jelasku. Husin terdiam. Kelihatan seperti dia terkejut.

“sebenarnya saya tidak sedar yang saya kembali jatuh hati kepada azam. Saya nafikan semua itu kerana saya benci dia. Tapi sekarang lain pula. Saya tidak dapat terima cinta awak. Maafkan saya.” Sambungku lagi. Air mataku semakin galak mengalir.

“saya minta maaf sangat-sangat,” husin menggeleng.

“tak. Awak tak salah. Itu pilihan awak. Awak berhak membuat keputusan demi masa depan awak. Saya tahu azam begitu tulus mencintai awak. Mungkin itu jodoh awak. Takkan saya nak halang pula.” Balas husin sambil tersenyum.

“terima kasih kerana memahami dan sudi memaafkan saya. Saya kena pergi sekarang.”  Pantas aku keluar dari kereta.

“ marlisa!!!” laungan husin buatkan langkahku terhenti. Aku menoleh ke belakang.

“naiklah. Saya bawa awak pergi jumpa azam.” Ajaknya.
Aku mengangguk dan tersenyum. Tunggu aku azam.
*****
Tergopoh-gopoh aku lari masuk ke lapangan terbang. Aku mencari kelibat azam. Tapi masih tidak berjumpa. Apasal la aku pakai baju kurung.

“ lisa awak cari sebelah kanan. Saya cari sebelah kiri.” Ujar husin.
Aku mengangguk dan menghala ke kanan. Mana azam ni. Takkan dia dah naik. Masih ada 15 minit lagi.

“azam!!!” laungku akhirnya.

Aku berlari ke kanan dan ke kiri tapi masih tidak jumpa. Hampir aku putus asa. Aku macam ternampak azam. Aku bergegas ke situ. Saat aku melaungkan nama nya dia tidak menoleh. Aku pasti itu dia.

Sampai saja aku di belakangnya aku memanggil namanya.
 Tapi apabila menoleh, ternyata bukan azam.

“maafkan saya.” Ucapku. Aku berlalu semula ke belakang dan duduk di situ. Tanpa dipinta, aku menangis di situ.

“ kau dah pergi. Kau janji akan tunggu aku. Mana janji itu?” kataku dalam tangisan.

“ janji itu sudah ditunaikan.” Suara itu. Aku mendongak.

“azam!!!” laungku ceria.

Azam tersenyum.

“ saya ingat awak sudah pergi.” Kataku lalu menyeka air mata. sekarang aku tidak gunakan lagi kau dan aku.

“ya betul. Tapi husin sempat menghalang. Dia beritahu yang awak sedang mencari saya..” balasnya

“husin di mana?”

“dia sudah pergi.” Aku harus jumpa dia dan ucapkan terima kasih. Kalau bukan dia pasti sampai sekarang azam tidak dapat aku jumpa.

“kenapa awak menangis?” tanya azam. 

“awak rasa?” aku sengaja mengusiknya.

Azam tersengih. “kerana saya?” aku tersenyum.

“ awak dapat maafkan saya dan terima cinta saya?” aku sekali lagi tersenyum.

“apa makna senyuman itu. Beritahulah.” Gesanya.

“ok. Ya saya dapat maafkan awak. Saya juga terima cinta awak. Sebenarnya 3 tahun lepas saya ada sedikit perasaan dekat awak. peristiwa itu buatkan saya lupakan perasaan itu. Tapi sekarang saya kembali jatuh hati dekat awak.” Akhirnya terluah juga apa yang tersimpan di hati.

Azam tersengih. “inila jodoh kita. Jadi esok saya boleh datang meminang awak?” tanya azam sambil tersengih. Aku semakin malu. Aku tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi.
Aku berlari meninggalkannya.

“lisa!! Wait me!!” laungnya.  Sekadar aku sedar perasaan cinta itu datang tanpa diundang. 
*****
Sebulan berlalu…

Kini aku telah sah menjadi isteri kepada muhamad azam bin zulkifli. Aku sama sekali tidak sangka yang orang sangat aku benci dulu kini telah sah menjadi suami aku.

Benar kata orang. Jangan sesekali benci seseorang itu berlebih-lebihan. Kalau tidak inilah jadinya. Benci bertukar menjadi cinta. Tapi aku tak pernah menyesal. Asalkan dia seorang yang baik dan dapat membimbing ku itu sudah cukup baik.

“ lisa. Cepat kita sudah lambat.” Laungan azam mematikan lamunanku.

“kejap.” Sahutku. Aku sedang bersiap-siap untuk pergi ke majlis perkahwinan husin. ya husin yang dulu merupakan kawan dan bos. Kini telah berkahwin.

Suasana di rumah husin amat meriah. Tambahan pula dengan kehadiran orang ramai.

“ hai husin. selamat pengantin baru.” Ucapku sambil tersenyum.

“terima kasih. Korang pun apa kurangnya. Masih pengantin baru kan?”

“boleh dikatakan ya sebab kami masih berbulan madu.”balas azim. Aku cubit lengannya. Dia ni suka buat aku malu. Akhirnya kami sama-sama ketawa.

Selepas pengantin beredar masuk ke dalam rumah aku dan azam pergi makan.

“abang. Mereka tu pasangan yang secocok kan?” kataku kepada azam.

“ya. Kita pun apa kurangnya.” Balasnya sambil tersengih. Sekali lagi lengannya menjadi mangsa cubitan ku.

“sakitlah…” aku tersenyum. Tahu pun sakit.

“ lisa harap kita akan bahagia seperti mereka.” Luahku.

“pasti. Abang akan membahagiakan lisa seperti husin membahagiakan isterinya.” Aku hanya tersenyum.

Kini aku beruntung sangat dan bersyukur sekali. Terima kasih ya Allah kerana memberikan aku suami yang aku cintai.

~TAMAT~




Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers