Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Sunday 30 September 2012

Twit..Twit..

Assalamualaikum...

Amboi... sebenarnya nak gitaw sikit ni. Che wah..
Dah lama aku tak buka Twitter aku. Buat dah lama dah tapi tak layan sangat pun.
Sampai pagi tadi baru aku on..
HuHuHu..

Teruk kan.. tapi tak mengapa... sebab aku layan lagi FB dari Twitter. hehe

Baiklah..sampai sini saja.. entah apa-apa lah yg aku mengarut entah..
Akhir kata selamat berhujung minggu.

(sedih tak dapat nak enjoy sangat. Exam dah dekat.. kerja sekolah bertimbun..huhu..)
Anyway.. good luck ^^ Fighting! Caiyok!

>_<

Saturday 29 September 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki (20)


“ kenapa lambat?” soal Dila sebaik sahaja aku sampai.
“ tadi aku terlanggar orang. Sebab itu aku lambat. Sorry.” Ucapku sambil tersenyum.

Dila hanya berdiam diri.
“ tadi aku jumpa sepucuk surat.” Luahku kepada Dila.

“ surat? Untuk siapa?” aku menjongket bahu.
“ entah. Aku jumpa di kerusi di dalam kelas masa aku ambil buku tadi. Lagipun tiada nama pengirim. Apatah lagi ada di atas kerusi aku. Jadi aku ambil je lah.” Ujarku selamba.

Dila ternganga. Mungkin terkejut.
“ gila kau. Mana tahu untuk orang lain. Mana tahu kertas tu terbang ke tempat kau.” Aku menggeleng.

“ aku rasa tak. Kalau terbang pun mesti tak berada tepat-tepat di kerusi aku. Ni tak. Terletak elok dan kemas di atas kerusi aku. Jadi kemungkinan surat itu untukku.” Balasku yakin.
“ kau dah baca?” aku menggeleng.

“ nanti bagi aku baca erk…” aku tersenyum.
“ pantang betullah dia ni.” Ujarku dan dia tersengih.

“ kau tahu aku macam mana kan? Mestilah aku nak tahu. Lagipun kau kan kawan baik aku.” Aku hanya mencebik.
Pemandangan sekeliling di lihat. Hari ini cuaca sejuk sikit. Mungkin nak hujan. Lagipun dekat seminggu dah tak hujan. Kalau hujan sangat-sangat bersyukurlah.

“ weh… abang Shah datang sini.” Aku tersentak.
“ hai…” tegur seseorang. Itu semestinya abang Shah.

“ hai.. abang buat apa di sini?” soal Dila. Aku hanya berdiam diri.
“ kebetulan je lalu di sini. Dila tolong abang boleh tak. Tolong belikan milo ais untuk abang.” Suruh abang Shah.
“ ok.” Dila ni pun. Senang je terima. Aku tahu sebab abang Shah suruh Dila yang pergi beli. Mesti ada apa-apa nak cakap dengan aku lah tu. Tahu dah taktik tu.

Apabila Dila beredar, abang Shah mengambil tempat di hadapanku.
“ ada perkara yang abang nak beritahu.” Ujarnya. Aku masih berdiam diri tanpa melihatnya.

“ ayah masuk hospital.” Aku tersentak lalu mengalih pandangan ke arah dia.
“ apa abang cakap? Cuba ulang balik.” Suruhku dan dadaku mula berasa tidak sedap hati.

“ ayah masuk hospital. Semalam ayah pengsan di rumah. Mujur ibu ada.” Aku sekali lagi terkejut besar.
“ macam mana boleh jadi macam tu?”

“ abang tak tahu selanjutnya. Kalau nak tahu kita kena ke Penang sekarang juga.” Aku pantas mengangguk.
Buat masa sekarang. Tiada apa yang mampu ku fikirkan dan risaukan. Yang penting keadaan ayah. Walau apapun yang berlaku. Dia tetap ayah kandungku. Darah daging aku. Hal aku dan abang Shah perlu ku tolak ke tepi dulu. Yang penting kesihatan ayah.

“ korang nak ke mana?” soal Dila apabila ku bergegas mengikuti abang Shah.
“ Dila. Aku perlu ke satu tempat. Ada hal penting. Kau balik dulu dan jangan tunggu aku. Ingat tu. Aku pergi dulu.” Ujarku lalu beredar dari situ.

Ayah.. harap-harap ayah tidak ada apa-apa. Amin…
****

Aku sekarang berada di hospital Seberang Jaya. Aku dapat lihat dari jauh siapa yang turut berada di depan bilik rawatan ayah.

“ Misya!” panggil mak dari jauh. Aku percepatkan langkah dan menuju ke mak.
“ bila mak sampai?” soalku.

“ lama dah. Mujur kamu dan Shah cepat sampai.” Aku melihat mak dengan pandangan tertanya-tanya.
“ adakah mak sudah tahu dari dulu yang…” kata-kataku terhenti saat mak mula menangis.

Ya Allah. Sukar untuk ku percaya semua ini. Rupanya mak sudah tahu semuanya dari dulu lagi. Kiranya aku yang terlambat untuk mengetahui semua itu.
Aku terduduk. Air mataku mula bergenang di tubir mata.


“ sabar Misya. Aku tahu kau seorang yang kuat. Yang penting sekarang keadaan ayah kau.” Pujuk Azfar yang turut berada di situ.
“ maafkan mak Misya. Mak tak beritahu kamu awal-awal. Salah mak.” Aku hanya berdiam diri. Kalau aku terus bercakap, air mataku akan mengalir. Aku tidak tahan lagi dengan semua ini. Aku tak nak bertekak dengan mak. Dengan mereka. Tak sanggup.

Apa yang perlu aku fikirkan sekarang adalah keadaan ayah.
“ macam mana ayah boleh pengsan?” soalku apabila berdiam diri daripada tadi.

“ tak tahu. Yang ibu tahu, masa ibu jumpa ayah, dia telah pun pengsan dan tidak sedarkan diri.” Ujar ibu abang Shah. Aku masih belum dapat terima mereka lagi. Aku perlukan masa.
“ mak..abah mana?” soalku apabila menyedari abah tiada bersama kami.

“ dalam perjalanan. Tadi abah kamu pergi melawat kawan dia.”
Seketika kemudian, doktor pun keluar dari bilik rawatan.

“ macam mana keadaan ayah saya doktor?” soalku cemas.
“ Alhamdulilah. Keadaan dia kembali stabil. Tekanan darah dia naik dengan tinggi. Sebab itu dia boleh pengsan. Harap selepas ini jangan bagi makan yang boleh memudaratkan kesihatan dan jangan bagi dia terlalu banyak berfikir.” Jelas doktor  panjang lebar.

“ baiklah. Terim kasih doktor.” Ucapku sambil tersenyum.
“ sama-sama. Saya pergi dulu.” Kami semua hanya mengangguk.

Tanpa sempat mak ingin menghalang, aku bergegas masuk ke dalam bilik rawatan ayah.
Semakin dekat, semakin perlahan langkahku. Aku dapat lihat dari jauh sekujur tubuh yang sedang terbaring lemah di katil. Badan yang penuh berselirat dengan wayar. Luluh hatiku ketika ini.

“ ayah…” panggilku perlahan saat berada di sisi katilnya.
“ sabar Misya. Insya-Allah ayah akan sedar.” Pujuk mak. Aku hanya mampu melihat. Ayah cepatlah sedar. Misya masih rasa bersalah ni. Misya tahu perbuatan Misya beberapa hari yang lalu buat ayah terasa. Misya rasa bersalah sangat dan ingin meminta maaf.

“ mak… boleh tak malam ni Misya nak jaga ayah?” soalku kepada mak. Dengan penuh mengharap. Walaupun aku sudah lama tidak berjumpa dengan ayah dan masih mempunyai perasaan marah terhadapnya. Namun, dia tetap ayah kandungku. Ayah yang aku sangat sayangi.
“ Shah.. esok ada kelas?” soal mak kepada abang Shah.

“ Shah ada. Tapi Misya..”
“ mak…bolehlah. Malam ni je. Esok Misya janji. Misya akan balik ke sana. Tolonglah…” rayuku.

“  berilah dia peluang. Benarkanlah dia.” Ujar ibu abang Shah bagi membelaku.
“ baiklah. Tapi esok kamu harus pulang.” Aku tersenyum lalu memeluk mak.

“ terima kasih mak. Misya janji esok Misya akan balik.” Balasku lalu meleraikan pelukan. Senyuman mak sudah buat aku rasa lega dan seleganya.

~ Bersambung ~

Tuesday 25 September 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki (19)


Wajah yang berada di hadapan ku kini, ku pandang dengan tajam. Apa yang telah berlaku semalam, dia sudah tahu segalanya. Itu lebih baik daripada tidak tahu dan terpaksa rahsiakan.

“ ada apa abang nak jumpa saya?” soalku serius.

“ abang Cuma nak pastikan sama ada betul atau tidak yang Misya ni adik tiri abang.” Senyuman sinis aku berikan kepada dia.

“ abang nak pastikan apa lagi. Semuanya sudah terbukti. Ayah sudah beritahu segalanya kan?”

“ tapi abang tetap nak tahu dari mulut Misya.” Aku mengangguk perlahan.

“ baiklah. Di sini saya Misya ingin mengesahkan yang saya ni memang betul adik tiri abang Shah. Puas?” aku mengetap bibir geram.

“ Misya… terima kasih.” Aku berkerut dahi.

“ for what?”

“ meluahkan segalanya.” Aku mencebik.

“ whatever. Misya kena pergi dulu. Assalamualaikum.” Aku terus bangun berdiri tanpa melihat abang Shah.

Baru saja aku ingin melangkah, suara abang Shah buat langkahku terhenti.

“ abang harap Misya dapat terima abang sebagai abang tiri Misya. Abang tahu saat ini Misya sukar untuk terima semua ini. Tapi abang akan tunggu selama mana pun yang Misya mahu. Asalkan kita sekeluarga bahagia.” Selesai abang Shah berkata demikian aku terus berlalu meninggalkannya.

Adakah aku mampu terima semua ini.. aku tidak tahu tapi insya-Allah. Aku boleh.

*****

Bibirku menguntum senyuman saat terpandang sekuntum bunga di meja ku. Siapa pula yang meletakkan di sini.
 
 

Aku melihat sekeliling. Tiada orang yang mencurigakan pun. Aidil ke? Hurmm… tapi aku rasa tak mungkin sebab baru tadi aku berjumpa dengan dia dan dia sedang makan. Siapa pula yang nak berteka-teki dengan aku ni.

“ Eh? Misya, bunga dari siapa tu?” soal Dila. Aku menjongket bahu dan mengambil kuntuman bunga ros itu.

“ tak ada kad ke?” soal Dila lagi. Aku melihat ada benda tak yang ditinggalkan. Tapi malangnya tiada.

“ tak  ada pun. Siapalah yang bagi ni.” Ujarku lalu duduk.

“ habis kau nak buat apa dengan bunga tu?”

“ entahlah. Takkan aku nak bawa balik. Kau beri jelah dekat siapa-siapa. Nah..” hulurku kepada Dila kuntuman bunga itu.

Kalau Aidil Nampak nanti jadi teruk pula. Berlaku salah faham pula.

“ betul ni?” soal Dila meminta kepastian. Aku hanya mengangguk.

“ ok kalau begitu. Aku bawa balik je lah. Boleh buat hiasan.” Aku terlopong. Biar betul Dila ni. Bunga ros macam tu pun nak bawa balik. Ni menunjukkan yang dia terdesak dan ketiaadan wang. Haha…

“ sudah…sudah. Prof sudah sampai.” Ujarku kepada Dila dan kami bergegas mengambil tempat.

“ Good Morning class. How are you?” aku tersenyum. Prof ni amat terkenal dengan sikap ramahnya. Kadang-kadang tu agak rimas juga kerana terlalu banyak Tanya. tapi itu kan bagus.

“ Misya!” aku tersentak dari lamunan.

“ Yes!” sahutku. Apa pula ni. Kenapa Prof panggil aku.

“ anything wrong with you?” aku tersengih.

“ not sir. I’m fine.” Balasku lalu menjeling Dila yang sedang tersengih itu. Bukannya nak tolong.

Tulah. Aku pun satu. Tahu berangan je. Mentang-mentang nak bertunang dah. Che wah…

“ weh.. aku perhati dari tadi ada budak laki tu sedang perhatikan kau.” Bisik Dila apabila Prof mula menulis di papan putih.

Aku yang baru ingin mula menulis terhenti dan memandang Dila.

“ who that’s guy?” soalku. Dila memuncungkan mulutnya di belakangku. Aku malas nak menoleh kerana belakang sebelah kiri aku kan ramai lelaki.

“ kau beritahu jelah siapa nama dia.” Aku kembali menyambung menulis.

“ aku tak tahu. Tapi mamat tu orang yang kau kata hensem. Yang berambut keperangan.” Aku tersentak. Mamat tu.

Sampai sekarang aku masih belum tahu nama dia yang sebenar. Terlalu berahsia sebenarnya lelaki tu. Haissh.. kejap-kejap mamat. Kejap-kejap lelaki. Sekarang kita panggil dia mamat hensem dahlah. Senang cerita.

“ biarkan dia. Buat jelah kerja tu. Nanti kena marah baru tahu.” Pesanku lalu meneruskan kerja.

Aku jadi semakin dan semakin pelik dengan mamat hensem tu sebenarnya. Macam beberapa hari yang lepas. Aku ada perasan yang dia asyik tersenyum kepadaku apabila aku bertembung mata dengan dia. Pelik kan? Apa yang dia mahu sebenarnya.

Kadang-kadang bila aku fikirkan balik, macam tak betul je mamat hensem tu. Harap muka je hensem. Kan? Ish.. tak baik buruk sangka ni Misya. Kenapa lah yang mulut celopar sangat ni. Hurm..

*****

Alamak! Buku aku tertinggal dalam kelas. Ayoyo… macam mana boleh terlupa pula.

“ Dila. Aku nak pergi ke kelas balik lah. Buku tertinggal.” Ujarku kepada Dila. Dah sekerat jalan baru nak teringat. Apalah.

“ ok. Aku tunggu di kafelah.” Ujarnya. Aku hanya mengangguk lalu menuju ke kelas. Harap-harap tiada siapa yang mengambil.

Sampai saja aku di sana, aku mengucapkan syukur. Buku itu masih ada. Aku menuju ke mejaku dan mengambil buku itu. Belum sempat aku ingin beredar, aku terpandang sepucuk surat di atas kerusiku.
 
 

Aku memandang sekeliling. Tiada orang. Aku jadi teragak-agak sama ada ingin ambil atau tidak. Tapi perasaan ingin tahu aku sangat kuat.

Alah.. ambil je lah. Pantas aku ambil dan simpan dalam beg.

Sekarang aku perlu ke kafe bagi menemui Dila di sana.

Aku bergegas ke sana sampai terlanggar orang. Sekali lagi. Mesti Aidil. Hehe..

“ sorrylah awak. Saya ni cuai sangat la kan, Aidil.” Ujarku sambil mengutip buku aku yang jatuh.

“ Aidil? Saya bukan Aidil.” Aku tersentak. Kali ni tersilap orang pula. Aku mendongak dan terkejut.

“ erk..maaf. saya silap orang.” Ujarku gugup. Macam mana aku boleh terlanggar dengan mamat hensem ni pula.

“ saya ok. Lain kali jalan tengok depan.” Pesannya bersama senyuman. Aku tersengih.

“ terima kasih atas nasihat itu. Maaf saya pergi dulu.” Tanpa menunggu balasan darinya. Aku bergegas menuju ke kafe.

Aidil kan kata kalau nak jumpa dengan dia buatlah terlanggar. Tapi kali ini tersilap orang pula. Apa nak buat. Sebelum ni pun kebetulan je kan.

~ Bersambung ~

Monday 24 September 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki (18)

 

Aku meraup muka berkali-kali. Tak percaya apa yang telah aku katakan sebentar tadi. Betulkah apa yang aku katakan tadi. Sukar untuk percaya. Tapi dah terlepas cakap. Kalau terlajak perahu boleh di undur. Kalau terlajak kata apa boleh buat.

Pagi tadi, aku terserempak lagi dengan abang Shah. Semalam pun sama. Tapi pagi tadi berlainan sikit sebab aku di tegur oleh akak Farihah. Aku tak boleh nak mengelak sebab akak Farihah ada. Kalau tidak aku dah lari dah.

Perkara yang paling aku takut terjadi juga pagi tadi. Peristiwa pagi tadi amat menyesakkan jiwaku. Daripada tiada siapa yang tahu jadi tahu. Akak Farihah pun turut tahu segalanya. Orang yang paling bersalah ketika itu adalah abang Shah.
Tapi aku tak berapa pasti adakah muka itu rasa bersalah mahupun marah. Sepatutnya aku yang marah sebab ibu dia yang buat ayah aku berpisah dengan mak. Arghh! Kusut fikiran aku.

Peristiwa pagi tadi kembali terimbau di fikiranku.
“ Misya…” panggilan itu buat aku mendongak daripada membaca. Ketika itu aku berada di tempat berehat.

“ erk…akak..” lidahku kelu untuk berkata-kata kerana abang Shah turut ada bersama. Aku dapat kesan wajahnya sangat tegang. Aku pun tak tahu kenapa.
“ Misya…mahu tak akak belanja. Shah.. boleh kan?” akak.. mesti dia tak sudi sebab aku buat dia marah dan tertunggu akan perubahanku kini.

“ silakan.” Aku terkedu. Alahai… terpaksalah demi menjaga hati akak Farihah yang tidak tahu apa-apa itu.
Aku mengekori langkah mereka berdua ke kafe. Waktu itu, orang tidak berapa ramai kerana mungkin masih awal.

Sampai di satu meja, aku mengambil tempat di sebelah akak Farihah dan berdepan dengan abang Shah.
“ Misya nak pesan apa?” aku tersenyum melihatnya.

“ apa-apa sajalah akak. Misya tak kisah.” Ujarku.
“ baiklah. Shah awak  pilihlah. Kejap ya..akak nak ke tandas kejap.” Alamak! Kenapa sekarang akak.

Tapi apa pun tak boleh buat kerana akak Farihah sudah pun bergerak ke tandas. Kini tinggal aku dengan abang Shah. Masing-masing kelihatan kekok daripada sebelum ni. Semua ini gara-gara sikapku. Bukan itu saja, kalau aku tidak tahu abang Shah ini abang tiriku. Aku takkan membuat perubahan pada sikapku kepadanya. Tak akan.
“ Misya… abang sangat perlukan jawapan. Boleh kan?” soalnya penuh mengharap.

Aku rasa serba bersalah pula. Buat dia dalam keadaan yang tertanya-tanya akan perubahan sikapku ini. Tapi aku masih belum bersedia.
Tiba-tiba deringan telefon abang Shah berbunyi tanda panggilan masuk.

“ exucese me..” dia melangkah jauh dariku. Mungkin panggilan penting.
Aku juga turut berterima kasih kepada yang menelefon itu kerana aku dapat hindarkan diri daripada menjawab pertanyaan dia.

Sekembalinya akak Farihah ke meja, abang Shah masih berbual di telefon. Apa agaknya yang penting itu.
“ Misya..kenapa dengan abang Shah kamu tu?” aku hanya menjongket bahu. Malas nak ambil tahu. Huh! Yelah tu Misya.

Seketika kemudia, abang Shah pun kembali ke meja.
“ siapa call Shah?” soal akak Farihah.

“ ayah I. katanya dia hendak datang ke sini. Dalam perjalanan.” Aku tersentak. Ya Allah. Kenapa sekarang. Kenapa tidak selepas ini. Mana mungkin aku akan berhadapan dengan dua orang ini sekaligus.
“ oh.. jadi bila sampai je, dia akan datang ke sini?” soal akak Farihah lagi.

Anggukan abang Shah buat aku hampir melepaskan sudu yang di pegang.
Macam mana kalau ayah jumpa aku. Aku kena pergi dari sini. Mesti!

“ erk..akak. abang. Misya kena pergi dulu. Misya ada hal lepas ni.” Pintaku lalu bangun berdiri.
“ ala… baru sekejap. Hal apa tu?” akak.. maafkan Misya kerana terpaksa berbohong.

“ Misya kena jumpa Prof sebab ada perkara yang perlu di uruskan. Maafkan Misya ya..” pohonku lagi.
“ tak mengapalah. Pergilah. Nanti kita berjumpa lagi.” Aku hanya tersenyum.

Aku menarik nafas lega apabila sedang berjalan menuju ke luar kafe. Lega-seleganya.

“ Misya!” laungan seseorang buat langkahku terhenti. Aku ragu-ragu untuk menoleh sebab aku takut kalau panggilan itu daripada seseorang yang aku tidak ingini untuk berjumpa sekarang. Ini kerana suaranya aku pernah dengar sebelum ini.
“ Misya!” haisshh… apa perlu aku buat. Toleh atau tidak. Arghh! Toleh je lah.

Apabila ku menoleh, aku terkaku di situ. Apa yang aku takut telah terjadi. Insan yang berada di hadapanku kini adalah ayah kandungku. Ya Allah bantulah aku.
“ Ya Allah Misya. Ayah rindu sangat ingin jumpa dengan Misya.” Ujar ayah dengan ceria sambil melangkah ke arahku. Menyesal aku tak jalan laju-laju tadi. Aku masih berada di dalam kafe.

“ Stop!” arahku dengan tegas kepada ayahku. Ayahku menurut.
Aku mengalih pandangan ke arah meja akak Farihah dan abang Shah. Mujur juga mereka masih belum sedar.

“ ayah… tolong jangan datang ke sini. Kan ayah sudah ada anak.” Ujarku bernada sindiran.
Dia ku lihat sperti terkejut. Memang patut pun terkerjut sebab hal itu benar.

“ Misya… maksud Misya?” aku merengus kasar.
“ ayah tak usah nak berdolak-dalih lagi. Misya sudah tahu segalanya tentang keluarga baru ayah tu. Siapa anak lelaki ayah tu. Misya sudah tahu semuanya. Misya tak sangka juga yang mungkin ayah sudah berkahwin lama dari mak. Kan?” aku rasa nak menangis je. Mujur orang tidak tengok sebab kami berada di pinggir kedai.

“ Misya…siapa yang beritahu Misya semua ini?” soal ayah. Aku tersenyum sinis.
“ Misya tahu kerana anak ayah. Kerana dia telah bawa Misya ke rumahnya. Rumah ayah. Melalui situlah Misya tahu segalanya.” Balasku lalu tertunduk. Mataku mula berkaca-kaca.

Misya..jangan macam ni. Aku tak boleh menangis di depan orang. Apatah pula di depan ayah. Kau harus kuat Misya. Kau pasti boleh.
“ ayah minta maaf jika ayah terlambat ingin beritahu. Tapi ayah nak Misya tahu yang ayah tak bermaksud pun untuk rahsiakan semua itu.” Aku mendongak dan menatap ayah tajam.
 
“ tak bermaksud ayah kata. Apa ni ayah. Misya tak fahamlah. Lagipun Misya tahu yang ayah lebih sayangkan anak ayah yang bernama Shahmi tu daripada Misya kan? Misya tahu yang diri Misya dan mak tidak bererti buat ayah. Kami tahu tapi janganlah buat kami seperti orang yang tidak berguna.” Ujarku bernada sayu lalu menatap ke arah lain.
Aku ketap bibir dengan kuat kerana tak mahu air mataku menitis. Tidak
di depan ayah.

“ ayah?” aku tersentak dan melihat ke  arah ayah. Rupanya abang Shah. Aku rasa dia sudah dapat dengar segalanya.
“ apa semua ini?” soalnya kepada ayah. Aku hanya tersenyum tapi sinis.

“ kalau abang nak tahu. Abang tanyalah ayah abang sendiri. Ayah.. Misya harap ayah sedar akan perbuatan ayah selama ini. Jika ayah ada rasa sayang terhadap kami walaupun sedikit. Janganlah abaikan kami dan jangan buat kami seperti orang yang menumpang walaupun ayah telah pun berpisah dengan mak. Maaf.” Aku terus berlalu meninggalkan mereka.
Hatiku kini sangat-sangat sakit dan amat menyesakkan. Air mataku menitis akhirnya walaupun cuba di tahan. Aku masih tidak kuat apatah lagi harus mengharungi seorang diri.

Mak.. Misya perlukan mak.
 
 

~ Bersambung ~

Sunday 23 September 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki ( 16 dan 17 )



Keesokan harinya, aku bangun awal untuk melakukan senaman. Mujur jugalah sebab bukan aku seorang je balik semalam. Tapi ramai lagi. Jadi aku tak keseoranganlah.

Sambil aku melakukan senaman, aku terlalu leka memandang dua orang yang sangat mesra pada pandanganku ketika ini. Yelah siap bergelak ketawa dan boleh berpegang tangan lagi. Dahlah bukan muhrim. Apalah nak jadi zaman sekarang ni.
Bukk! Aku terpeluk dan kiranya seorang lelaki. Tulah leka sangat tengok orang sampai tak tengok depan. Aku jauhkan jarak dan meminta maaf tanpa melihat wajah lelaki itu.

“ maaf. Saya salah.” Ucapku sambil tertunduk. Agak-agak dia marah tak.
“ tak  apa. Saya pun salah.” Suara itu macam aku kenal. Suara garau itu seperti aku kenal dan sangat kenal. Aku pantas mendongak dan jadi terkejut.

 
“ a..a..awak?” dia tersenyum dan bagiku senyuman itu sangat menawan.

“ ya saya. Kenapa? Sukar untuk percaya?” aku melihatnya tanpa berkelip. Sukar sekali untukku percaya. Macam mana dia boleh berada  disini? Ayoyo.. ini bukan tempat kau seorang je lah.
“ maaf kalau buat awak terperanjat.” Aku tersenyum selepas lama berdiam diri.

“ saya peliklah. Macam mana awak boleh berada di sini. Dan saya ingat awak balik petang nanti.” Ujarku pelik.
“ entahlah. Hati saya tergerak untuk balik semalam. Saya juga tergerak hati untuk datang ke sini dan tak sangka hati saya dapat rasakan kehadiran awak di sini.” Aku tersenyum.

 Senyuman yang sangat ikhlas ku berikan kepadanya. Terlalu sukar sebelum ni jika inginku berikan senyuman yang cantik atau ikhlas kepada orang yang bernama lelaki ni. Tapi dengan dia aku berasa lain dan selesa.
“ kenapa awak balik awal?” soalnya ketika kami sedang berjalan bersama.

“ sebab nak hindarkan diri dari seseorang.” Opss! Aku terus menekup mulut. Terlepas cakap pula. Dahla Aidil langsung tak tahu apa-apa soal itu. Malahan apa yang telah terjadi padaku sebelum ni.
“ hindarkan diri dari siapa?” tengok. Kan dia dah curiga dan banyak Tanya.

“ dari abang Shah.” Dia ku lihat terkejut kecil.
“ kenapa pula?” aku mengeluh tanpa sedar dan mengambil tempat dikerusi yang terletak berhampiran denganku.

“ saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk saya ceritakan hal peribadi saya kepada awak. Boleh?” dia hanya mengangguk lalu tersenyum.
Aku pun sedikit demi sedikit menceritakan segalanya apa yang telah terjadi kepadaku sebelum ni dan pada masa sekarang. Memang ternyata dia sangat terkejut tapi dia mampu tersenyum kerana dia kata dia akan buat aku bahagia dan sentiasa akan berada di sampingku.

Aku sangat terharu saat mendengar dia berkata bergitu. Hati wanita mana yang tidak terharu saat mendengar kata-kata itu dari seorang lelaki yang di sayangi.  Betul tak?
“ terima kasih Aidil kerana sudi terima saya yang tidaklah sempurna mana ni.” Ucapku ikhlas.

“ syhh.. jangan cakap macam tu. Setiap manusia tidak sempurna awak. Masing-masing ada kekurangan dan kelebihan.” Aku tersenyum lagi saat dia berkata begitu. Awak terlalu sempurna untuk saya Aidil. Layakkah saya?
“ layak kah aku ni?” ujarku berbisik tapi tak sangka dia dapat dengar. Aku rasa aku cakap pada diri aku je.

“ kenapa? Awak tak rasa layak berada di samping saya?” aku terdiam dan melihat ke arah lain.
“ awak… saya tak pilih seseorang itu berdasarkan rupa parasnya. Yang penting adalah iman awak dan ketulusan awak tu. Itu yang buat saya tertarik.” Aku tersenyum dalam hati. ada saja perkataan dia yang mampu buat aku tersenyum.

“ saya rasa kalau awak jadi penulis, mesti ramai peminat.” Ujarku terus lalu bangun berdiri bagi sambung senaman yang tergendala sebentar tadi.
“ penulis? Ramai peminat? Why?” aku berasa geli hati pula apabila dia Tanya begitu. Aku meneruskan berjalan tanpa menghiraukan soalannya.

“ Misya..please answer my question.” Ujarnya tegas. Dan langkahnya yang panjang dan sedang berada di hadapanku kini buat langkahku serta merta mati.
“ lupakan boleh?” soalku. Dia menggeleng. Aku menyerah.

“ ok saya akan beritahu. Sebab setiap kata-kata awak tu amat indah dan mampu buat orang terbuai. Ia juga ada maksud yang sangat mendalam.” Jelasku dan buat dia tergamam.
Aku tidak hiraukan dia dan teruskan berjalan. Aku nak kau tahu Aidil. Aku rasa kau macam sesuai menjadi penulis. Aku ni memang minat menulis juga tapi aku tak mampu bina ayat-ayat yang cantik seperti itu.

“ Misya!” laungan Aidil buat ku menoleh ke arahnya.

“ jangan awak pergi di saat saya perlukan jawapan. Jangan pergi saat saya perlukan awak. Dan kini awak tidak boleh lari lagi dari saya kerana saya sayang awak.”
Aku terus toleh ke hadapan. Aku turut tersenyum. Tak sangka dia akan berkata demikian. 
Kadang-kadang aku fikir dia ni gila juga. Gila berangan atau meroyan. Haha… hisshh.. tak baik taw..

*****
BAB 17

“ Misya! I’m back!” suara yang kuat itu buat aku terjaga dari tidur. Siapalah yang menganggu aku tidur ni. Nak senang sikit pun tak bolehlah. Aku tenyeh-tenyeh mataku dan menoleh ke kiri.
Macam kenal. Aku pun bangun dari tidur.
“ Misya… aku ni Dila.” Patutlah macam kenal. Rupanya Dila.
“ kau ni lah. Kalau nak menjerit tu jeritlah bagi semua orang dengar. Bukan aku seorang je.” Sindirku. Dia tersengih.
“ sorrylah. Teruja sangat apabila melihat kau ada di sini. Awal kau balik.”
“ sekarang pukul berapa?” soalku pula.
“ 1 petang. Bila kau sampai?”
“ semalam.” Ujarku lalu meraup muka. Ngantuk masih terasa.
“ awal gila kau balik. Tak takut ke?” aku tersenyum lalu menggeleng.
“ buat apa nak takut. Ramai lagi lah. Bukan aku sorang je yang balik semalam.” Dia hanya tersengih.
“ Syifa belum sampai?” soalku.
“ belum. Katanya dalam perjalanan.” Aku hanya mengangguk.
“ aku baru teringat. Ini ada surat dari seseorang.”Aku berkerut dahi.
“ siapa?” soalku dan surat itu bertukar tangan.
“ Aidil… korang berdua ni ada apa-apa ke?” aku tersentak. Betul juga. Dila dan Syifa masih tak tahu perkara yang sebenar. Hanya Ifah ja.
“ tak lah. Kawan je.” Nafiku. Tunggu aku nak tunang nanti baru aku beritahu kau Dila. Baru surprise sikit. Hehe..
“ ha.. senyum sorang-sorang tu kenapa pula.” Aku tersengih. Terkantoi pula.
“ tak adalah. Sudahlah. Pergi mandi. Busuk lah.”Ujarku sambil menutup hidung.
“ amboi sedapnya mulut. Yelah..” aku tertawa kecil saat melihat dia mencebik. Tak lawalah.
Dia pun berlalu ke tandas. Inilah masa yang sesuai untuk aku membuka surat dari Adil. Kenapa dia hantar surat. Nombor henset aku kan dia ada. Pelik.

Salam Misya.
Maaf jika buat awak hairan dengan saya. Yalah tiba-tiba bagi surat macam ni. Macam zaman dahulu kala pula sedangkan nombor awak saya sudah ada. Tapi saya teringin cuba zaman kampong dahulu. Rasanya macam mana. Teringin sangat. Sekarang saya sudah merasa dan saya rasa seronok. Awak pun kan? Hehe…
Di sini dan tujuan saya tulis ni nak sampaikan sebuah puisi untuk awak. Harap awak sukai.
Nurul Hamisyah Bt Hamdan…
Nama yang di pilih ibu bapanya…
Nama yang turut jadi kebanggaan keluarganya..
Namanya juga buat hati seseorang ni jatuh hati…
Dia adalah seorang wanita yang baik…
Dia seorang wanita yang ceria dan penyabar…
Yang penting dia seorang yang sangat tabah..
Itu adalah sikap yang saya paling suka pada dirinya…
Walaupun dia ada kenangan yang buat hati dia sedih..
Tapi ingatlah ada seseorang yang akan sentiasa ada bersamanya…
Sekian dari saya Aidil Arman Bin Arsyad…

Amacam.. suka tak. Puisi itu ikhlas dari lubuk hati saya. Saya harap awak akan sukainya. Ingat..saya tunggu balasan awak. Wassalam.
Aku sangat-sangat terharu ketika ini. Tak sangka dia sanggup mereka puisi untukku. Dan aku dapat rasakan keihklasannya. Terima kasih awak.
Aku akan membalas.
Pantas pen dan kertas di cari. Apabila jumpa pantas aku menulis. Walaupun pendek tapi harap dia akan sukai.

Wassalam Aidil.
Memang saya pelik pada mulanya. Tapi saya suka. Terima kasih. Terima kasih juga kerana buat khas puisi itu untuk saya. Betul apa saya kata awak memang sesuai jadi penulis. Saya pun ada puisi untuk awak. Walaupun pendek tapi saya dah mencuba kerana saya tidaklaah semahir awak.

Aidil Arman Bin Arsyad…
Nama yang terukir di hati ini..
Nama yang sering berada di ingatan ini…
Walaupun kita pernah berpisah dalam masa yang lama…
Tapi tidak sangka kerana kita dapat berjumpa lagi..
Awak memang anugerah Tuhan kepada saya…
Terima kasih dan terima kasih..
Aidil Arman…

*****
Aku nak lari. Aku tak nak berdepan dengan abang Shah. Bolehkah kalau begitu. Tapi masalahnya aku sudah berada di hadapan dia tanpa bergerak. Macam mana nak lari macam ni. Ayoyo…

“ boleh kita bincang?” soal abang Shah dengan lembut.
Aku mengetap bibir. Macam mana aku nak buat keputusan ni. Aku masih belum bersedia ingin beritahu dia soal itu.
“ tentang?” soalku kembali dengan semangat yang ada.
“ tentang kita. Abang nak tahu kenapa kebelakangan ni Misya sering mengelak daripada berjumpa dengan abang. Kenapa?” aku memusingkan badan dan rasa sebak hadir.
“ maaf abang. Misya masih tak boleh beritahu sebabnya. Misya belum bersedia. Berikan Misya waktu.” Ujarku tanpa memusingkan badan ke arahnya.
“ Misya… baiklah. Abang akan tunggu.” Selepas dia berkata demikian, aku terus tinggalkan dia. Air mata yang bergenang ini ku tahan daripada mengalir. Aku tak nak menangis lagi. Aku harus tabah dalam mengaharungi semua ini. Kuatkan semangat Misya.
Saat aku melangkah dengan laju, tidak sengaja aku terlanggar seorang lelaki. Apa lah nak jadi dengan aku ni. Asyik-asyik terlanggar je.
“ maaf. Saya tak sengaja.” Ucapku sambil tertunduk dan kalau boleh ingin berlalu dari situ dengan cepat. Aku takut abang Shah Nampak.
“ tak apa. Awak selalu macam ni kan?” aku tersentak. Ya Allah mengapa aku sering terserempak dengannya melalui pelanggaran seperti ini.
“ awak ok?” soalanya buat aku mendongak.
“ saya tak apa-apa.” Ujarku sambil tersenyum hambar.
“ awak menangis ke?” aku tersentak. Baru aku teringat yang mataku berkaca-kaca tadi. Belum sempat nak menitiskan air mata pun.
Aku segera melihat ke arah lain dan menenyeh mata. Selepas itu aku tersenyum bagi menyatakan padanya yang aku ok.
“ saya ok. Saya tak menangis lah. Mata masuk habuk tadi.” Nafiku sambil tersenyum.
“ bohong. Awak tak dapat bohong saya.” Aku mengetap bibir. Apa perlu aku buat.
“ cuba awak cerita kepada saya apa yang telah berlaku.” Aku menggeleng.
“ tak. Saya tak boleh. Biarlah ya. Sampai masalah saya selesai baru saya beritahu awak. Boleh kan?” pintaku agar dia faham. Aku tak nak menyusahkan dia lagi.

“ tapi…”
“ boleh kan awak? Kali ni je. Lagipun hal ini tak ada kena-mengena dengan awak. Please…” pohonku lagi.

“ ok.” Jawapannya sudah cukup buat aku lega.
“ terima kasih dan terima kasih juga kerana hantar puisi itu untuk saya.” Ucapku. Dia tersenyum.
“ terima kasih juga kerana membalas dengan sebuah puisi yang cantik walaupun ringkas dan pendek. Saya sangat suka kannya.”
“ puisi awak lagi hebat dari saya.”
“ sudahlah. Jom saya belanja makan.” Aku menilik jam.
“ bolehlah. Lagi 30 minit saya kena pergi ke kelas.”Ujarku.
“ kelas awak pukul berapa?”
“ 2.30 petang.”
“ ok lah kalau begitu. Nanti saya hantar awak ke sana.” Aku pantas menggeleng.
“ tak usahlah. Nanti awak kan ada kelas. Lagipun tak jauh mana pun. Jalan kaki pun bolehlah.” Jelasku lalu berjalan ke hadapan.
Kadang-kadang aku terfikir juga. Kalau nak berjumpa dengan dia, buat lah macam tadi. Buat jalan laju-laju tanpa melihat ke hadapan. Lepas tu terlanggarlah orang. Tapi harap-harap orang yang aku terlanggar itu adalah dia. Kalau silap orang memang naya. Hehe…
~ Bersambung ~
 

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers