Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Wednesday 28 November 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki ( 31 )


Dalam keadaan letih dan seluar yang sedikit basah selepas balik dari pantai tadi. Aku naik masuk ke dalam rumah untuk berehat.

“ Misya… kau pergilah berehat.” Tegur Azfar. Aku tersenyum.

“ yelah. Nanti bila mak aku balik beritahu aku. Aku masuk bilik dulu.”

Aku terus melangkah masuk ke dalam bilik. Walaupun baru lepas makan. Tapi badanku rasa lemah sangat ketika ini. Sangat penat. Ya Allah kuatkan semangatku.

“ kau ok ke ni?” soal Azfar. Aku melihatnya lalu tersenyum.

“ aku ok. Aku masuk bilik dulu.” Ingatkan dah sampai dah tadi.

Arg! Kepalaku sakit sangat. Pandanganku tiba-tiba jadi kabur. Aku geleng kepala beberapa kali. Kenapa dengan aku ni. Penat sangat ke.

“ Misya…” aku menoleh ke arah Azfar. Muka dia pun aku tak dapat lihat dengan jelas.

“ muka kau pucat. Kau ok ke ni?” aku tersentak.

Tak semena-mena aku jatuh terduduk dan aku rasa ingin pitam.

“ hei… kau ni kenapa? Ya Allah. Pak cik!” aku menggeleng dan cuba mengukir senyuman.

“ aku oklah.” Maklumku sedangkan kepalaku sakit sangat ketika ini.

“ ok apanyer sampai dah terduduk ni. Jom aku bawa ke hospital.” Aku pantas menggeleng.

“ tak usahlah. Lepas makan ubat oklah ni.”

Aku bangun perlahan-lahan dengan bantuan Azfar. Aku mengukir senyuman payah dan memusingkan badan untuk masuk ke dalam bilik.

Argh! Aku terjatuh dan pandanganku jadi kelam. Suara Azfar kedengaran agak sayup-sayup. Ya Allah…

*****

Terkelip-kelip aku memandang keadaan sekeliling. Rasa berlainan daripada tadi. Aku berada di mana ni? Aku cuba bangun tapi tak boleh. Kepalaku rasa berat sangat.

Betullah tadi aku jatuh pengsan. Macam mana boleh pitam lah.

“ mak cik… Misya dah sedar.” Suara Azfar buat aku menoleh ke kiri.

“ Misya. Ya Allah. Mak risau sangat. Kamu kenapa sampai boleh pengsan ni?” soal mak cemas. Aku mengukir senyuman.

“ ala..sikit je ni.” Ujarku agar mak tidak risau. Macam mana keadaan ayah agaknya.

“ sikit la kau. Sampai pitam macam tu. Risau aku tahu tak. Nasib pak cik cepat. Kalau tidak aku tak tahulah.” Aku tersengih memandang Azfar. Rasa bersalah datang bertandang.

“ maaf… tak sengaja.” Ucapku. Dia hanya tergeleng-geleng.

Aku melihat mak dan aku perasaan wajah mak ketika ini macam letih.

“ mak… mak tak tidur ke beberapa hari ni?” soalku sambil menatapnya.

Kelihatan mak terkejut dan senyuman terukir.

“ tak lah. Mak ok je.” Aku mengalih pandangan ke arah Azfar. Meminta penjelasannya. Dia angguk tanda faham.

“ mak kau tak tidur semalam. Jaga kau lepas tu jaga ayah. Lagipun korang duduk hospital yang sama.” Aku terkesiap.

“ aku tak sedar semalam dan hari ni baru aku sedar?” soalku lebih kepada diri sendiri.

“ ya… kami semua risau sangat. Sebab itulah mak kau berulang-alik jaga kau dengan ayah kau. Lagipun ibu kau tiada di sini. Terpaksa balik kampung di Kedah.” Aku tergamam.

Kasihan mak. Terpaksa menjaga kami berdua.

“Mak… Misya minta maaf kerana menyusahkan mak. Misya pun tak terduga perkara ini akan terjadi.” Ucapku sambil menggenggam erat tangannya.

“ kamu tak salah pun. Mak yang rela jaga kamu. Lagipun kamu satu-satunya anak mak.” Aku berasa sebak dan tersenyum. Aku tak mahu menangis lagi. Cukuplah sebelum ini. Aku tak mahu jadi seorang yang lemah di hadapan mereka semua. Demi mak aku harus kuat. Ya…

“ doktor kata kau penat sangat dan terlalu banyak berfikir. Sebab itulah kau boleh sakit kepala dan tetiba pengsan. Doktor ada kata juga yang kau kurang tidur. Betul?” aku tersentap.

“ ya… maaf.” Ujarku perlahan.

“ Misya fikirkan apa tu. Sampai nak tidur pun tak boleh.” Soal mak prihatin. Aku cuba mengukir senyuman.

“ tak ada apalah. Lagipun sudah berlalu.”

“ aku harap kau jaga kesihatan. Kami tak mahu nanti masa hari penting kau, kau jatuh pengsan pula.” Aku tersengih memandang Azfar.

“ baik bos. Saya menurut perintah.” Ujarku seperti berhadapan dengan mejar.

Ketawa kami semua akhirnya meletus. Sudah lama aku tidak ketawa macam ni. Rasa puas pula.

“ terlupa nak beritahu. Ada orang kirim salam.” Aku berkerut dahi.

“ siapa?” 

*****

Jantungku tak semena-mena berdegup kencang tanpa sebab. Nak bernafas tadi pun rasa sukar. Apa yang terjadi kepadaku. Ya Allah bantulah hambamu ini.

Semalam aku telah di benarkan pulang ke rumah. Segala pesan doktor akan aku ingat. Betul kata doktor yang aku ni terlalu banyak berfikir. Macam-macam perkara yang aku berfikir sebelum ni.

Tapi sekarang aku berasa lebih baik. Lebih bersemangat. Lagipun esok adalah hari pentingku. Hari pertunangan aku. Huhu… cemas aku saat ini.

“ Misya… ada orang nak jumpa kamu ni. Keluarlah.” Laung mak dari luar bilik.
Siapa pula. Dahlah aku tetiba je berdebar tanpa bersebab ni. Nak cari nahas ke. Aduh… sekarang jugala nak jumpa. Tak boleh esok ke.

“ Misya..”

“ ya mak. Kejap lagi Misya keluar.”

Aku menyarungkan tudung lalu melihat cermin.
Ya Allah jadikan aku sebagaimana aku lahir dulu. Amin…
Apabila puas hati dengan penampilanku. Aku bergerak ke luar bilik.

“ siapa mak?” soalku apabila mak bergerak ke hadapan.

“ pergi tengok baru tahu. Mak nak masak lagi ni. Lagipun esok tak berebut sangat.”

Aku bergerak ke beranda rumah. Kelihatan sebuah kereta yang sangat aku kenali.Takkan dia? Esok kan ada. Buat apa dia nak jumpa sekarang.

“ Misya…” suara itu. Aku menoleh ke belakang.

“ hai…” ucapku sambil tersenyum. Walaupun kami dah lama kenal. Tapi aku masih kekok dengan dia. Huhu…

“ kenapa datang tak beritahu?” soalku sambil melihat ke arah lain. Seganlah.

“ saja. Lagipun saya risau.” Aku menatapnya.

“ risau? Kenapa pula?”

“ yelah.. dengar kata awak masuk hospital semalam. Jadi saya datang melawat.” Aku tersentak.

“ siapa beritahu awak? Saya tak beritahu pun.”

“ sepupu awak. Semalam dia call saya.” Aku terkesima. Azfar… Azfar. Kenapa lah kau pergi beritahu. Aku tak mahu dia bertambah risau. Aisehh..

“ maaf. Saya tak mahu menyusahkan awak.” Ujarku dengan rasa serba salah.

“ taklah. Lagipun esok kan awak nak jadi tunang saya. Kita perlu kongsi masalah kan.” Ujarnya tenang.

Aku jadi terharu akan kata-katanya. Dalam banyak-banyak orang, dialah paling memahami isi hatiku. Walaupun dia bukan ahli keluarga yang rapat denganku. Hanya sekadar teman yang akan menjadi pendamping hidupku. Tapi dia macam dah terlalu rapat sangat dengan aku. Macam sudah lama kenal.

Memanglah dia dah lama kenal aku. Maksud aku lebih mengenali. Lagipun kami berjumpa semula pun selepas beberapa tahun.

“ saya nak kalau esok awak penat. Awak mesti maklumkan kepada keluarga awak ataupun saya. Saya tak nak awak jatuh sakit lagi. Faham?” aku tersenyum.

“ faham. Saya takkan menghampakan awak. Jangan risau. Saya sudah sihat.” Ujarku bagi menyakinkan dia.

“ baguslah kalau begitu.” Aku tersenyum lega. Baguslah dia faham. Dia ni pun terlalu mengambil berat akan diriku. Bertuah siapa yang dapat dia. Aku lah tu, hehe..

“ ayah awak macam mana?” senyumanku mati serta merta.

Aku tunduk memandang lantai. Aku tak tahu bagaimana keadaan dia. Tapi aku doakan agar ayah cepat sedar. Setiap kali sebut pasal ayah pasti aku akan berasa sebak.

“ awak ok?” soalnya risau. Aku mendongak.

“ saya ok. Soal ayah saya tu…” kata-kataku terhenti saat terasa ada air mata yang ingin turun. 

Tolonglah bertahan. Sebelum ni aku boleh je. Kenapa sekarang tidak boleh. Tolonglah bertahan. Lagipun depan Aidil ni. Aku takkan menangis di hadapan dia. Cukuplah sekali.

“ kalau awak tak boleh teruskan. Tidak mengapa. Saya faham perasaan awak sekarang ni.” Aku tersenyum hambar.

“ terima kasih kerana memahami. Eh? Masuklah. Kita sembang dah lama di sini. Mesti awak penat memandu. Masuklah. Nanti saya hidangkan minuman.” Ujarku dan bertukar ceria. Seperti tiada apa yang berlaku.

“ tapi…”

“ masuklah. Tak mengapa. Sekejap pun jadilah. Awak tunggu erk..” aku melangkah masuk ke dalam.

“ awak…” langkahku terhenti di pertengahan jalan.

“ terima kasih.” Aku tersenyum tanpa dia sedar. Aku teruskan berjalan hingga ke dapur. Tiada apa yang perlu di ucapkan. Awak yang perlu saya ucapkan terima kasih. Awak telah buat saya sedar siapa diri saya dan terus menjadi seorang yang tabah.

“ Misya… air dah melimpah keluar tu..” suara teguran mak buat aku tersedar dan terus menutup paip sinki.

Aku tergelak akan kesilapanku. Tu lah berangan lagi. Hehe…

~ Bersambung ~ 

Monday 26 November 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki (30)


Akhirnya… exam yang sangat aku takut berakhir dengan jayanya. Cepatkan masa berlalu. Tak sedar pula yang esok aku akan pulang ke Pulau Pinang. Selepas dua hari aku di sana, aku akan jadi tunangan orang.

Sukar untuk aku percaya. Dan hari ni adalah hari Syifa keluar dari UITM. Alah.. tak bestlah lepas ni. Huhu…Aku yang sedang berbaring bangun dan menuju ke katil Syifa.

“ barang semua dah siap?” soalku. Dia hanya mengangguk.

“ maafkan aku kerana terpaksa tinggalkan korang. Aku terdesak.” Aku tersenyum.

“kau tak salah Syifa. Lagipun setiap yang bertemu pasti akan berpisah jua akhirnya. Macam kita ni. Walaupun mengambil masa yang singkat kita bertemu. Tapi kau terpaksa tinggalkan kami juga demi keluarga.”jelasku.

“ terima kasih kerana memahami. Aku takkan lost contant dengan korang.” Aku mengangguk.

“ macam tu lah. Ingat kalau jumpa orang yang hensem atau dah terjatuh hati. jangan tunggu lama-lama. Nanti dirampas orang.” Ujarku separuh bergurau.

“ hurmm… kena tengok sama macam mana taste dia dan taste aku. Nanti takut tak sweet gitu.. hehe..”

Kami sama-sama ketawa.

“ Dila mana?” soal Syifa.

“ keluar. Nak cari sesuatu katanya. Mujur juga semalam sudah habis exam kan. Jadi kau lega jugalah. Dekat sana nanti kau tak perlu ambil ujian sampai dua kali.” Dia hanya mengangguk.

Rambutku yang terjuntai di dahi pantas di raup ke belakang.

“ aku hampir terlupa. Tapi aku sedihlah kau tak dapat datang.” Ujarku sedih.

“ kenapa?”

“ tiga hari lagi aku akan jadi tunang orang.” Luahku dan buat Syifa separuh ternganga.

“ serius?” aku mengangguk lalu tersengih.

“ tak sangka aku. Ala.. nanti masa kau kahwin ada lagi. Masa tu aku akan hadir.”

“ baguslah kalau begitu. Aku harap kau pun cepat-cepat jumpa calonnya. Hehe..” usikku.

“ kau ni. Oklah. Jom tolong aku angkat barang turun ke bawah.” Ajak Syifa.

“ tak nak tunggu Dila?”

“ nanti dia akan terserempak dengan kita juga.” Aku hanya mengangguk lantas menyarungkan tudung.

Belum sempat kami ingin membuka pintu, pintu dikuak dari luar. Ternyata Dila.

“ eh? Nak turun dah?” soal Dila. Kami hanya mengangguk.

“ jom turun sama.” Arahku. Dila hanya menurut.

Sampai saja di bawah, aku dapat lihat keluarga Syifa turut ada untuk mengambil Syifa. Bertuahnya dia.

“ Misya dan Dila. Aku harap kita takkan lost contant. Emel tu kalau boleh seminggu sekali. Mesti balas secepat yang mungkin. Erk…?” aku menjongket kening.

“ takkan seminggu sekali je. Setiap harilah. Baru best.” Ujarku.

“ betul tu betul.” Sokong Dila. Macam gaya upin dan Ipin dah dia ni.

“ yelah. Tapi kalau lambat jangan marah. Mungkin aku akan ada banyak kerja.”

“ baiklah cik Syifa.”

Selepas bersalaman dengan Syifa dan keluarga dia. Dia pun pergi. Sedih pula rasa hati ni. Hurm…

“ sudahlah tu Misya. Lagipun kita takkan lost contant dengan dia.” Ujar Dila memberiku semangat. Aku tersenyum.

“ aku tahulah. Jomlah naik atas. Aku pun kena berkemas ni. Esok aku nak balik dah.”
Aku kembali melangkah untuk menuju ke bilik.

“ eh? Jap..” suruh Dila dan buat langkahku terhenti. Aku memusingkan badan ke arahnya.

“ kenapa?” soalku.

“ aku rasa ada orang nak jumpa kau.” Ujar Dila lalu menoleh ke arah pintu pagar hostel. Aku turut melakukan perkara yang sama.

“ aku rasa dia nak jumpa kau. Pergilah.” Aku terteguk air liur.

“ aku ingatkan dia tak mahu jumpa aku dah. Tapi mana kau tahu dia nak jumpa dengan aku. Tengok-tengok orang lain.” Ujarku separuh risau.

“ kau tak percaya. Kau tengok tu. Dia asyik tengok kau je. Dari pandangan aku , dia memang nak jumpa kau. Kau pergi je lah. Lagipun esok kau akan balik kampung.” Aku terdiam.
Apa yang Dila cakap tu betul. Tapi erk.. hurmm.. yelah.

“ oklah. Tunggu aku di bilik.” Suruhku lalu melangkah ke pintu pagar hostel.

“ hai..” ucapnya sambil tersenyum.

Aku berbalas senyumannya lalu tertunduk.

“ awak nak jumpa saya?” soalku tanpa melihatnya.

“ haah… erk.. saya nak tahu juga. Bila awak akan bertunang?” aku tersentak. Tak sangka dia akan bertanya.

“ hurmm.. lebih kurang tiga hari lagi. Maaf kerana tidak sempat beritahu. Lagipun ia hanya majlis pertunangan.” Jelasku agar dia faham.

“ tak apa. Saya faham. Lagipun kalau awak ajak pun. Saya tak dapat pergi.”Aku menatapnya.

“ awak nak pergi mana?”

“ itu yang saya jumpa awak ni. Sebenarnya esok saya akan pulang ke London. Tempat di mana saya pernah tinggal dulu. Hari ini juga merupakan hari terakhir saya berada di sini.” Aku tersentak.

“ jauhnya. Kenapa awak nak balik sana?”

“ di sini saya tiada sesiapa pun. Semua family saya berada di sana. Jadi takkan saya nak keseorangan di sini.” Aku tersenyum hambar.

“ ya tak ya juga. Apasallah saya tak terfikir sampai ke situ.”

“ tak mengapalah.” Aku tertunduk malu.

Keadaan diam seketika.

“ erk.. saya harap awak selamat sampai dan moga-moga awak akan balik semula ke sini.” Ucapku lalu tersenyum.

“ terima kasih dan Insya-Allah. Mungkin selepas 5 tahun.Doa-doakanlah.”Aku mengangguk.

“ hurmm.. kita tetap akan menjadi kawan. Betul kan?” aku tersenyum.

“ mesti. Saya juga akan ingat awak selalu. Awak merupakan kawan baik saya Zaim.” Ujarku ikhlas dari lubuk hati.

“ thanks. Apabila saya pulang nanti, saya akan beritahu awak rahsia saya.” Aku berkerut dahi.

“ rahsia? Apa itu?”

“ maaf. Saya tidak boleh beritahu sekarang. Sebab itulah saya suruh awak ingat dan tunggu saya.”

“ yelah tu. Bila tahun pun tak tahulah. Tapi saya akan ingat dan pegang janji awak tu. Ingat tu.” Dia hanya mengangguk.

“ baiklah. Saya kena pergi dulu. See you again. Maybe after a few years.” Aku tersenyum lalu mengangguk.

Insya-Allah aku akan tunggu kawan aku balik ke sini. Moga kau akan bahagia di samping keluarga di sana. Amin…

*****

Pejam celik pejam celik. Aku sudah berada di hadapan rumahku kini. Cepatnya masa berlalu.

“ Misya!” aku tersentak dari lamunan.

“ kau buat apa lagi di situ. Tak mahu masuk rumah ke. Sempat lagi kau berangan ye..” tegur Azfar dan buat aku tersengih.

Perlahan-lahan aku berjalan sambil mengangkut beg ke dalam rumah.

“ assalamualaikum.” Ucapku lalu bersalaman dengannya.

“ waalaikumussalam.” Aku tersenyum lalu melihat sekitar rumah.

“ mak aku mana?” soalku kepada Azfar.

“ ada di hospital. Cuma aku dan abah kau je yang ada. Ni pun kami baru balik dari hospital. Nasib baik kau baru sampai.”

“ macam mana dengan keadaan ayah aku. Semakin baik?” aku mengambil tempat di sofa.

“ alhamdulilah. Semakin stabil. Tapi ayah kau masih belum sedar.” Aku tersenyum hambar.

“ Insya-Allah. Nanti sedarlah tu. Abah mana?”

“ dalam bilik.”

“ aku ingatkan kau tiada di sini. Kau buat apa sekarang ni?”

“ aku nak pergi mana lagi selain di sini. Hanya di sinilah tempat aku berteduh. Lagipun ibu dan abah kau yang beri kebenaran dan mereka mahu aku terus menetap di sini.” Aku tersentak.

“ cis.. seronoklah kau nanti. Seronok kenakan aku.” Ujarku lalu menjelingnya dengan pandangan geram.

“ hehe… mestilah.” Dia tersenyum jahat.

“ kau sambung belajar di mana?”

“ aku masih menunggu jawapan daripada UITM kau tu. Kalau tak dapat, mungkin aku akan pergi menetap di Kuala Lumpur. Di situ ada seorang kawan aku yang menawarkan kerja.”

“ Insya-Allah kau akan dapat. Erk.. nak Tanya sikit. Kebelakangan ni kan atau hari-hari sebelum ni. Ada tak orang yang datang berkunjung di sini. Maksud aku mereka datang membincangkan sesuatu yang penting.” Soalku dengan perasaan membuak-buak.

“ hurmm.. setahu aku tiada. Sebab aku jarang berada di rumah. Tapi tak silap aku seminggu yang lepas. Ada sebuah keluarga ni datang. Aku tak tahu apa yang mereka buat. Jadi aku Tanya mak kau. Ternyata hal kau dan Aidil.” Aku tersentak.

“ rupanya sepupu aku ni tak lama lagi akan bertunang. Cepatnya masa berlalu.” Aku tersengih.

“ nanti hari kau akan tiba juga. Cepat-cepatlah cari ye..” ujarku separuh mengusik. Dia hanya mencebik.

“ eh Misya. Dah lama sampai.” Tegur abah. Aku bangun dan menyalaminya.

“ tak lah lama sangat. Abah apa khabar?”

“ alhamdulilah sihat. Jadi bila pula kamu akan balik ke sana?”

“ bulan depan.” Maklumku lalu tersenyum.

“ seronoklah kau ya. Dapat bercuti.” Aku tersengih.

“ abah… Misya nak minta kebenaran pinjam kereta abah boleh. Nak pergi dengan Azfar.” Pohonku kepada abah.

“ pergi mana?” soal Azfar pantas. Aku mengetap bibir dan menjelingnya.
Sabarlah. Aku memberi isyarat mata supaya bersabar. Dia tersenyum.

“ pergilah. Tapi Misya tak penat?” aku menggeleng.

“ taklah. Lagipun tak lama. Sekejap je. Boleh erk?” abah hanya mengangguk.

“ terima kasih abah. Azfar jom.” Ajakku lalu bangun berdiri.

“ saya pergi dulu pakcik. Assalamualaikum.”

“ waalaikumussalam.”

*****
Aku memandang sekeliling dengan perasaan yang tenang. Sudah lama aku tidak berkunjung ke sini. Rindu lah pula akan kenangan dulu-dulu. Lain kali ajak kawan-kawan pulalah.

Aku mendepakan tangan sambil menutup mata. Bagi merasai ketenangan yang datang kepadaku saat ini. Angin yang datang bersepoi-sepoi amat mendamaikan hatiku ketika ini. Segala masalah rasanya hilang sebentar.

“ aku ingat kau nak pergi hospital.” Tegur satu suara dan semestinya Azfar.

Aku membuka mata dan menoleh ke arahnya. Aku tersenyum.

“ entahlah. Aku sebenarnya nak cari ketenangan. Tiba-tiba tadi terasa ingin datang ke sini. Lagipun aku sangat merindui tempat ni. Sudah lama aku tidak datang ke sini. Merindui kenangan yang pernah di cipta di sini.” Luahku sambil memandang ciptaan Tuhan yang terdampar di mataku kini.

“ kau masih ingat pertama kali kita berdua datang ke sini waktu kecil dulu?” soalannya itu buat aku tertawa kecil.

“ kenapa kau ketawa?” aku tersenyum dan berjalan menyusuri pantai.

“ mestilah ingat. Sebab itu kenangan pertama yang dicipta kita berdua. Di Pantai Merdeka inilah memori itu tercipta. Seronok kan masa tu. Sampai tak sedar yang kita ni hilang daripada pandangan keluarga.”

Dia turut mengekoriku.

“ itulah. Tapi itu sudah lama. Kita perlu cipta kenangan baru.”

“ hurmm… kita buat sesuatu nak?” soalku sambil melihatnya. Dia berkerut dahi.

“ apa?”

“ kau rasa apa?”

“ entah.. ala.. tak usahlah. Jom aku belanja kau makan. Lagipun aku tengok muka kau pucat je ni. Kau tak makan ke pagi tadi?” aku tersentak lalu cuba ukir senyuman.

“ tak. Tak sempat.” Jelasku perlahan. Aku sempat melihat dia tergeleng-geleng akan sikapku yang kurang mengambil berat.

“ tengok. Kalau kau terus macam ni, aku risau kau akan jatuh sakit. Jom aku belanja kau makan.” Ajaknya dengan serius.

Aku hanya menurut. Azfar.. kau ni memang baiklah. Aku doakan semoga suatu hari nanti kau akan mendapat seorang isteri yang baik dan solehah. Amin..

“ yang kau tercegat dekat situ lagi kenapa?” laung Azfar. Aku tersengih lalu mengekorinya.

Kadang-kadang aku rasa dia ni macam abang aku. Sikap dia terlalu matang. Hurmm..

~ Bersambung ~

Saturday 24 November 2012

Cerpen : Ku Terima Seadanya


Kali ini saya tampilakn cerpen yang benar-benar simple. Harap enjoy ketika membaca.

"Kau nak apa lagi ha?Belum puas ke hati kau untuk hancurkan hidup aku.Buat aku merana sekarang.Belum puas ke? Kau memang lelaki tak guna! Tak guna! Aku benci kau Nasrul!"

Syamimi bagai dirasuk ketika itu.Perasaannya ketika itu amat bercelaru.
Yang dia tahu dia sangat marah dan bencikan lelaki bernama Nasrul.

"Mimi..." Nasrul cuba untuk menghampiri Syamimi tapi sempat dihalang Nadiya iaitu kakanya.

"Biarkan dia Nas.Biar dia tenangkan fikiran dia dulu." ujar kak Nadiya.

"Pergi Nas. Aku tak mahu tengok muka kau lagi.Walaupun aku sudah jadi isteri kau tapi tak bermakna aku cintakan kau.Dan kau yang menyebabkan aku terpaksa kahwin dengan kau.Atau kau yang telah merancang segalanya pada malam semalam?" tuduh Syamimi dengan keras.

Nasrul tersentak.

"Tak Mimi. Nas langsung tak tahu yang pihak Jais akan datang ke rumah masa tu.Nas tidak merancang semua itu.Percayalah." Nasrul cuba meredakan kemarahan Syamimi tapi masih tidak berhasil.Semua ini salah dia juga.Kalaulah dia tidak memaksa Syamimi masuk ke dalam rumahnya semalam. Lagipun kak Nadiya tiada di rumah.Dia sungguh menyesal.

"Percaya?Kau nak aku percaya? Hei! Lepas apa yang terjadi ni kau nak aku percayakan kau.Dahlah kau hanya mendiamkan diri tanpa memberikan apa-apa alasan lepas tu kau minta kahwin dengan aku. Apa ni Nas? Apa yang kau lakukan?Ha?"

Air mata Syamimi semakin galak menurun.Dia sudah tidak kira sama ada Nasrul ini suamianya atau bukan. Yang pasti dia sudah tak tahan dengan semua ini.Masa depannya bagaikan telah hancur.

"Mimi..."

"Nas...Pergilah!Aku tak mahu tengok muka kau lagi selepas ini walaupun kau sudah sah menjadi suami aku.Tapi kau tahu kan aku tidak rela.Jadi mulai hari ini tolong jangan muncul lagi dihadapan mata aku.Please.." suara Syamimi kembali kendur.

Nasrul memandang sayu ke arah Syamimi.Gadis itu sudah berubah sepenuhnya.Dia bagaikan sudah hilang kewarasan.

"Nas..jom kita balik.Biar Mimi tenang dulu." ajak kak Nadiya.

"maafkan Nas, Mimi."

*****
" akak.."

Syamimi tesedar dari lamunan.Tak sangka dia kembali teringat peristiwa pahit yang berlaku dua tahun lalu.Tapi bila difikir-fikir balik, Syamimi jadi nak ketawa saat teringat kenangan itu.

Yalah.dah macam dalam filem dan drama pula.Macam cerita Adam dan Hawa tu.Cuma yang bezanya Nasrul berani berhadapan dengan dia dan meminta maaf.

" menungkan apa tu kak?" soal Syafikah yang merupakan adik Syamimi.
Syamimi tersenyum hambar.

" tak ada apa-apalah.Dah makan?Ibu dan ayah belum balik dari kebun?" soal Syamimi bagi tidak mengingati lagi peristiwa itu.

"dah.. mereka belum balik.Akak..adik masuk bilik dulu.Nak study."

"yelah.." Syamimi tersenyum melihat susah payah adiknya itu belajar.Lagipun tahun ini dia akan menghadapi SPM.

Syamimi kembali mendongak melihat langit.Dia jadi teringatkan Nasrul.
'Apakah yang terjadi kepadanya sekarang? Adakah dia baik-baik saja.Sudah dua tahun aku tidak berjumpa dengan dia.Kali terakhir aku jumpa pun sebelum aku balik ke kampung.Selepas itu aku sudah tidak ambil tahu pasal dia.'

Syamimi redha. Dia telah pun dapat terima hakikat atas apa yang berlaku sebelum ini.Malah dia masih sah isteri kepada Nasrul.Sebab Nasrul tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dengan memberi nafkah kepadanya setiap bulan.

Orang tuanya pun tidak menyalahkan dia.Malah mereka kata yang itu telah ditakdirkan Tuhan. Jadi dia harus terima.

Bila difikir-fikir balik, dia tidak sepatutnya salahkan seratus peratus kepada Nasrul.Lagipun mereka berdua mangsa keadaan.Dia rasa bersalah sangat terhadap Nasrul.Telah banyak dosa yang telah dia lakukan.Apatah lagi Nasrul itu suaminya.

'Ya Allah..ampunilah dosaku.Hamba sangat menyesal.'

Tiba-tiba sebuah kereta Perodua Wira masuk ke perkarangan rumah.Syamimi jadi terkejut lantas masuk ke dalam rumah untuk menyarungkan tudung.

"Assalamulaikum.."

"Waalaikumussalam.." sahut Syamimi lantas membuka pintu lebih luas.

Saat bertentang mata dengan tetamu,Syamimi jadi kaku.Kemudian matanya teralih pula ke kiri di mana ada seorang lelaki yang sedang duduk dikerusi roda.Dan dia kenal siapa lelaki itu.

"Mimi.." Syamimi melihat kak Nadiya dengan sayu.

Pantas kak Nadiya dipeluk.Sungguh dia berasa amat rindu akan kak Nadiya.Dulu kak Nadiya merupakan kakak angkatnya. Dan kak Nadiyalah yang banyak membantunya.

"kamu apa khabar?"soal kak Nadiya.Syamimi hanya mengangguk lalu tersenyum.

Kemudian matanya teralih melihat Nasrul yang sedang duduk dikerusi roda itu.

"kenapa dengan dia?"soal Syamimi.

Kerusi roda Nasrul ditolak sehingga dihadapan Syamimi.Syamimi memandang Nasrul dengan pandangan sayu.

"dia kemalangan dan mengalami lumpuh." luah Nadiya.

Syamimi tersentak.Wajah Nasrul ditatap.Tak Mungkin!

Nasrul telah banyak berubah dalam dua tahun ini.Dan dia mengalami kemalangan? Ya Allah.

"bila?" soal Syamimi tanpa melihat kak Nadiya.

" sebulan selepas kejadian itu."

Syamimi menekup mulut tanda yang dia tidak percaya atas semua yang berlaku ini.Dulu dia sering salahkan NASRUL atas apa yang telah terjadi.Tapi kini Nasrul lebih teruk daripada apa yang dia alami.

"saya okey.Awak jangan risau.Lagipun saya telah menjalani rawatan."ujar Nasrul sambil tersenyum ceria.Nasrul sudah tidak pedulikan apa yang telah terjadi kepada dirinya kini.Dia tahu ini takdir Tuhan dan cobaan yang harus dia terima.Yang membuat dia gembira adalah dia dapat berjumpa semula dengan gadis yang dia cintai.

Syamimi tidak mampu menahan lagi rasa sebaknya.Air matanya hanya tunggu untuk menitis sahaja.

"erk..masuklah dulu." jemput Syamimi lalu masuk ke dalam rumah.

"duduk dulu kak.Mimi pergi panggil mak."

Pantas Syamimi beredar masuk ke dalam bilik.Dia hamburkan tangisan sepuasnya.Dia rasa sedih dan menyesal apabila melihat keadaan Nasrul.Dia juga dapat lihat riak ceria Nasrul ketika bertembung mata dengannya.Bagaikan tiada masalah.

'Ya Allah..Aku berdosa pada dia.Tapi aku juga tak boleh buang perasaan benci aku sebelum ni. Ya Allah...'

Syamimi mengetap bibir lalu meraup mukanya berkali-kali.Rasa bersalahnya menggunung saat ini.Tak tahu apa yang patut dia lakukan.

Syamimi pantas menyeka air matanya.Sebelum dia keluar dia tarik nafas dalam-dalam.Harap-harap dia boleh bertahan daripada menitiskan air mata dihadapaan Nasrul.


NASRUL jadi berdebar-debar apabila teringatkan tujuannya datang ke sini.
Dia takut kalau Syamimi masih tidak mahu menerimanya.Apatah lagi kini dia mengalami lumpuh.Adakah Syamimi mahu menerimanya semula. Semua itu hanya menjadi persoalan selagi tidak mendapat jawapan daripada mulut Syamimi.

"Assalamulaikum.." muncul Syamimi dengan senyuman.

"Waalaikumussalam.."balas Nadiya dan Nasrul serentak.

"korang berdua berbuallah.Nadiya jom kita ke dapur."

Kemudian ibubapa Syamimi dan kak Nadiya pun berlalu ke dapur.

Memberi peluang kepada mereka berdua bagi menyelesaikan masalah yang sepatutnya diselesaikan pada sebelum ini lagi.

"Mimi sihat?" Nasrul memulakan bicara.Dia merenung wajah Syamimi sedalamnya.Rasa rindunya yang menebal sebelum ini telah pun berkurang selepas berjumpa dengan Syamimi.

"sihat..awak?" Syamimi tidak turut terlepas daripada merenung Nasrul.Nasrul memang telah banyak berubah.Dia makin kurus daripada dua tahun yang lepas.

"Mimi...sebenarnya saya ada satu permintaan.Tapi saya tahu permintaan saya ni melampau. Sebelum tu,saya nak tahu sesuatu daripada awak.Adakah awak pernah mencintai saya?"

Syamimi tersentak. Tak sangka soalan itu yang bakal terkeluar dari mulut Nasrul.

"jawab dengan jujur Mimi.Saya tak mahu awak bohong hanya kerana keadaan saya sekarang." pohon Nasrul.

Syamimi mengetap bibir.Dia perlu berterus terang.Lagipun dia sudah terlalu

banyak menanggung seksa kerana Nasrul.Tapi dia juga sedar yang Nasrul tidak bersalah.Mereka berdua hanya mangsa keadaan.

"Nas..saya mengaku yang saya pernah cintakan awak."luah Syamimi.Air matanya mengalir tanpa dipinta.

Nasrul mengucap syukur dihati.Tak sangka Syamimi pernah mencintainya.

"Jadi apa permintaan awak?"soal Syamimi dengan penuh debaran.Dia takut kalau Nasrul meminta cerai sebab dia tak sanggup ingin berpisah dengan Nasrul.Apatah lagi dalam keadaan Nasrul sebegini.Dia bukannya berpisah sebab kasihan tapi dia rasakan sudah tiba masanya dia menebus kesalahannya sebelum ini.

"sudikah awak kembali kepada saya? Adakah awak sudi bersama saya semula walaupun keadaan saya begini?" soal Nasrul dengan nada mengharap.

Syamimi tergamam.Tak sangka yang dia salah sangka.Dia ingatkan Nasrul ingin meminta cerai.Tapi lain pula yang dia dengar.Tapi dia masih belum mampu untuk bersama dengan Nasrul.Dia masih perlukan waktu.Ingin cuba melupakan apa yang patut dilupakan.

"Nas...saya tak tahu nak kata macam mana.Boleh awak beri saya waktu untuk fikir? Tapi awak jangan salah faham, itu tak bermakna saya akan tolak awak cuma saya perlu waktu." jelas Syamimi agar Nasrul lebih memahaminya ketika ini.

Nasrul tersenyum tapi senyumannya agar hambar.Dia tahu Syamimi perlukan waktu untuk berfikir. Tambahan pula dalam keadaan dia begini.Pasti Syamimi perlu berfikir masak-masak.

"Baiklah..saya tetap akan tunggu awak sampai bila-bila Mimi.Saya benar-benar sayangkan awak. Kalau boleh saya harap awak dapat kembali ke sisi saya walaupun keadaan saya tidak seperti lelaki lain." lirih suara Nasrul.

Syamimi terkedu.Dia digamit rasa bersalah.Tapi dia takkan ubah keputusannya pada saat ini.

****
Syamimi kini mampu ukir senyuman bahagia buat dirinya.Dia telah pun buat keputusan.


Setelah bersusah payah mencari jawapan melalui solat istikharah,sYAMIMI telah mendapat
jawapannya.

Dan kini dia sedang berhadapan dengan Nasrul dihalaman rumahnya.Dia yang mengambil keputusan untuk ke rumahnya.Sudah hampir 2 tahun dia tidak menjejak kaki ke sini.Tapi hari ini dia kembali menjejak kaki ke sini.

"Nas.." sYAmimi menatap wajah yang suci itu.Tenang hatinya apabila memandang wajahnya.

"ya.." Nasrul menjadi berdebar akan jawapan yang bakal diterimanya nanti.Adakah Syamimi masih mahu menerimanya.

"dengan izin Allah dan atas solat istikharah yang saya lakukan, saya terima permintaan awak. Saya sudi kembali bersama dengan awak Nas." dengan satu nafas saja Syamimi meluahkannya.

Syamimi mengukir senyuman yang paling manis kepada Nasrul.

Setelah dua tahun,akhirnya dia dapat mengukir senyuman yang paling manis.Mungkin akibat peristiwa itu,dia menjadi susah nak senyum.apatah lagi dihadapan lelaki.

Nasrul memandang Syamimi tanpa berkelip.Macam tak percaya saja apa yang dia dengar tadi. Macam dalam mimpi.Tapi itu yang dia harapkan selama ini.Sudah terlalu lama dia menunggu saat ini.Alhamdulilah...

"Nas,kita lupakanlah apa yang telah terjadi sebelum.Kita mulakan hidup baru dengan redha  Allah. ya? Saya tak mahu lagi kalau kita ungkit kenangan silam tu.Dan saya nak awak tahu yang saya ikhlas terima awak.Bukan kerana keadaan awak tapi kerana saya kembali mula mencintai awak.Walaupun rasa itu telah terhakis sebelum ni,tapi ia datang kembali selepas saya  asyik teringatkan awak." jelas Syamimi.

"Nas..awak jangan asyik salahkan diri awak atas apa yang berlaku sebelum ni.

Semua yang berlaku sebelm ni ada hikmahnya.Ya saya tahu yang saya banyak salahkan awak sebelum ni dan banyak berdosa terhadap awak.Tapi saya mohon dan saya minta maaf."

Syamimi melangkah ke Nasrul dan melutut di hadapannya.

Nasrul yang terkejut itu segera menggeleng.

"Mimi..janganlah macam ni.Saya telah pun maafkan awak dan awak sama sekali tak salah."

Nasrul cuba ingin menghalang Syamimi daripada melutut,.Tapi semuanya sia-sia.

"Nas..Mimi minta ampun minta maaf.Mimi banyak buat salah.Mimi asyik tuduh Nas yang bukan-bukan.Mimi tahu Nas suami Mimi tapi Mimi abaikan.Maafkan Mimi."

Air mata Syamimi mengalir turun.Tangannya menggenggam erat tangan Nasrul.Dia sungguh menyesal memperlakukan Nasrul sebegitu sebelum ini.Sedangkan Nasrul telah sah menjadi suaminya.

"Mimi..bangun." arah Nasrul.

Dengan perlahan Syamimi bangun daripada melutut.Air matanya diseka tangan kasar Nasrul.

"Mimi..Nas tak pernah pun sekali salahkan Mimi.Nas tahu Mimi terseksa masa tu.

Nasrul faham.Dan Nas telah maafkan Mimi.Mimi dah tak ada salah terhadap Nas.Tapi satu
je Mimi masih bersalah terhadap Nas."

Syamimi mengerutkan dahi.

"apa?" Nasrul tersenyum.

"Mimi lupa nak panggil Nas dengan panggilan 'abang'.Kan kita dah kahwin." usik Nasrul.

Syamimi tersipu malu.Tangan Nasrul dicubitnya.

"orang tengah sedih,dia nak buat lawak pula." geram Syamimi.

Nasrul tergelak kecil.Suka tengok wajah malu Syamimi.Sudah lama dia merindui wajah itu.

"Mimi..Nas cintakan Mimi." ucap Nasrul romantik.Matanya redup memandang Syamimi.
Syamimi tersenyum.

"Mimi pun..InsyaAllah kasih kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat."

"Amin..."

****
" Helo..."

"Aku nak jumpa kau Mimi."Syamimi mengerutkan dahi.Nombor yang tidak dikenali telah
menelefonnya dan mengatakan dia ingin berjumpa. Tak ke pelik? Lagipun bukannya kenal.

"Awak ni siapa ya?" soal Syamimi inginkan maklumat lebih lanjut.

"Kau tak perlu tahu.Aku nak lagi 10 minit kau sudah berada direstoran Zubaidah.Aku tunggu kau di sana."

Belum sempat Syamimi ingin bertanya lebih lanjut, talian dimatikan.

'Siapa pula ni? Nak pergi ke tak?'

Tiba-tiba dia dipeluk daripada belakang.

"kenapa ni?" Syamimi tersenyum lalu meleraikan pelukan.

" tak ada apa-apa lah. Erk..abang.. Mimi nak minta izin nak keluar sekejap. Boleh?"

Pinta Syamimi sambil mengenggam tangan Nasrul.

Kini Nasrul boleh berjalan sedikit demi sedikit. Ini berkat usaha mereka berdua.

Kalau Syamimi tidak memaksa Nasrul menjalani rawatan, mungkin sampai sekarang Nasrul masih belum boleh berjalan.

" pergi mana?" soal Nasrul pelik.

" ala...abang tak perlu tahu. Lagipun kejap je. Bolehlah.." pujuk Syamimi dengan manja.

Selepas berkira-kira, akhinya Nasrul mengangguk tanda setuju..

"yeay...sayang abang. Mimi pergi siap dulu ye.."

Nasrul hanya tersenyum akan keletah isterinya. Kehidupan dia kini makin ceria dengan adanya Syamimi disisinya. Tambahan pula isterinya itu sedang mengandungkan anaknya. Dia sangat bersyukur apa yang dia dapat kini.

****
Syamimi tercari-cari siapa yang ingin berjumpa dengannya.Tapi tidak dijumpai.

Puas mencari, dia menelefon nombor yang tidak dikenali itu.

"Helo...awak di mana? Saya dah sampai."

" Kau cari orang yang sedang memegang telefon." Syamimi memerhati sekeliling.

Akhirnya jumpa juga. Dengan perlahan Syamimi melangkah ke arah seorang gadis yang boleh tahan cantik juga.

" Hai... awak nak jumpa saya buat apa?" soal Syamimi terus terang.

Tiba-tiba tangan Syamimi digenggam. Gadis itu turut mengalirkan air mata. Melihatkan gadis itu, Syamimi jadi pelik.

"kenapa ni?" soal Syamimi.

" Maafkan aku. Aku yang menyebabkan semua itu terjadi. Aku yang pasang perangkap itu. Aku yang menyebabkan korang berdua ditangkap khalwat. Maafkan aku. Dan aku juga yang menyebabkan Nasrul lumpuh. Maafkan aku."

Syamimi tercengang akan apa yang dia dengari sebentar tadi.

" Aku dengki kat kau masa tu sebab Nasrul tak mahukan aku. Jadi aku pasang perangkap."

"Dan kemalangan itu pun aku penyebabnya. Aku yang menyebabkan Nasrul lumpuh sebab aku amat kecewa dengan dia. Maafkan aku Mimi." pohon gadis itu lagi sambil menitiskan air mata.

Dengan perlahan Syamimi melepaskan genggaman tangannya. Dia merenung gadis di hadapannya dengan pandangan yang dia sendiri pun tak pasti. Apa yang pasti, dia tidak marahkan gadis itu malah kasihan. Mungkin dia sudah dapat terima hakikat yang semua ini takdir mereka.

" awak...saya tahu sepatutnya saya sangat marahkan awak saat ini.

Tapi yang pelik saya sudah tak rasa semua itu. Saya jadi kasihan dekat awak." Gadis itu tersentak.

Syamimi tersenyum lalu kembali menggengam tangan gadis itu.

" Kalau boleh saya nak lupakan semua itu. Saya tak mahu ingat lagi.

Dan awak pun mesti lupakan soal itu. Kalau benar awak rasa bersalah sangat. Bertaubatlah. Pinta ampun daripada Allah. Yang pasti kami sudah lama maafkan awak. Percayalah.." ujar Syamimi tenang.

Hati dia kini lebih tenang daripada sebelum ini.

" saya harap awak ambil kata-kata saya sebagai pedoman. Dan terima kasih

kerana berani luahkan segalanya. Maaf saya terpaksa pergi dulu."

Belum sempat Syamimi melangkah, tangannya digapai.

" terima kasih kerana sudi memaafkan aku." Syamimi tersenyum ikhlas. Dia hanya mengangguk lalu melangkah pergi.

'Terima kasih Tuhan kerana kau tunjukkan kebenaran. Tapi aku tak pernah menyesal akan jalan yang aku pilih ini. Terima kasih Tuhan.'

****
"Cepat balik.." Teguran Nasrul buat Syamimi tersenyum. Pantas dia mendapatkan Nasrul.

" abang..terima kasih atas segalanya." ucap Syamimi lalu memeluk suaminya.

" Kenapa ni?" Syamimi tidak hiraukan soalan Nasrul malah tersenyum gembira.

" Tapi apa-apa pun abang yang patut ucapkan terima kasih kerana sudi terima abang.


Lagipun tak lama lagi keluarga kita akan menjadi lengkap."

Pelukan dileraikan.

"ya..dan apa yang terjadi sebelum ini ada hikmahnya kan bang?" Nasrul hanya mengangguk.

"ya.. Dan kita patut ucapkan terima kasih kepada Dia. Kalau Allah tidak memberi ujian ini,kita pasti tak tahu yang kita berdua ni sebenarnya ada jodoh."

Syamimi tersenyum.

'Alhamdulilah.'

" Argh!" Sengaja Syamimi menjerit kesakitan sambil menyentuh perutnya.

" Kenapa ni?" Nasrul cemas. Syamimi tersengih.

" saja!" Pantas Syamimi melangkah ke atas.

" MIMI!"

~Tamat~

P/S: Memang banyak dah cerpen yg  fesyen kena tgkap khlawat ni..Tapi ini versi saya.. ^^

Friday 23 November 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki ( 29)



Aku berada dalam perjalanan untuk pulang ke UITM. Selama dua hari aku berada di hospital bagi menemani ayah. Hari ini aku terpaksa pulang ke U. aku tidak boleh selalu ponteng. Lagipun tak lama lagi akan ada exam. Aku harus bersedia dari segi mental dan fizikal.

Walaupun aku berada berjauhan daripada ayah. Aku akan sentiasa mendoakannya. Tiada apa yang dapat menghalangku untuk terus menyayangi ayah dan semoga ayah cepat sedar.

“ awak ok?” aku tersedar dari lamunan. Aku balik ke U dengan menaiki kereta Aidil. Aku balik bersama dengannya. Ini pun atas suruhan mak.

“ saya ok. Awak jangan risau.” Balasku sambil tersenyum.

“ baguslah kalau begitu. Awak jangan risau. Setiap hujung minggu kita akan balik melawat ayah awak. Lagipun tinggal seminggu lebih je lagi kita nak bertunang.” Aku tersentak.

“ yeke.. cepatnya masa berlalu. Tak sedar pula tak lama lagi kita akan bertunang.” Ujarku tenang.

“ tula kan..” aku tersenyum.

“ awak masih ingat tak pertama kali kita berjumpa?” soalnya dan buat aku tersenyum.

“ mestilah ingat. Walaupun sudah lama saya tetap akan ingat sampai bila-bila. Itu merupakan kenangan terindah saya. Awak ingat?” dia mengangguk.

“ walaupun dah 9 tahun perkara itu berlalu. Tapi ia masih segar dalam fikiran saya ni.”

“ betul tu. Tapi saya tak sangka pula yang awak sukakan saya. Itu pun dah terlambat. Kenapa lambat sangat saya tahu ya… selepas 3 tahun baru saya tahu. Kenapa?” aku melihat dari sisinya.

“ ingat senang ke nak luahkan.” Aku tersengih.

“ yeke.. jadi ejekan dari Taufiq itu betul atau dia yang mereka-reka?” soalku meminta kepastian.

Taufiq juga merupakan kawan aku dan Aidil. Dulu dia yang paling suka menyakat aku dan Aidil. Kadang-kadang tu aku memang geram dengan dia. Tapi kadang-kadang tu dia buat aku suka kerana kalau dia tidak datang ke sekolah. Kelas kami tidak begitu meriah.

“ mula-mula tu dia memang mereka-reka. Tapi selepas itu betul.” Aku membulatkan mata.

“ dia tahu?” Aidil tersengih.

“ maaf. Terbongkar saat saya terlalu leka memerhati awak. Tapi saya tak tahu pula yang Taufiq boleh perasan.” Aku mencebik.

“ yelatu. Sebut pasal Taufiq ni kan… dia apa khabar agaknya. Sekarang dia belajar di mana?” soalku ingin tahu. Lama juga tidak mendengar berita dia.

“ saya pun kurang pasti. Selepas habis je sekolah kami ikut haluan masing-masing. Kali terakhir saya jumpa dia di sekolah lama.” Aku hanya mengangguk.

“ kenapa? Rindu ke?” aku tersengih.

“ rindu? Bolehlah., tapi tak boleh banyak-banyak. Takut yang sebelah ni cemburu.” Ujarku separuh mengusik.

“ takkan lah yang sebelah ni nak cemburu. Kan Taufiq tu kawan kita juga.” Aku tersenyum.

Dadaku tiba-tiba rasa sebak. Aku tak tahu kenapa. Tapi macam ada perkara yang telah berlaku.

Apakah mengenai ayah? Ya Allah. Selamatkanlah ayahku. Sembuhkanlah dia. Aku mohon ya Allah.

*****
 “ Opocot!”

Ya Allah. Tengok sampai aku terlatah. Suka sangat buat aku terkejut. Siapa punya angkara ni. Siapa yang tiba-tiba sentuh bahu aku ni. Dahlah aku tengah kyusyuk ni. Haih.. memang nak kena ni. Nasib aku tak terlatah kuat. Yalah aku berada dalam perpustakaan tu.

“ siapa?” soalku perlahan tanpa menoleh ke belakang. Pandanganku masih tertera di buku. Malas nak ambil tahu tapi aku Tanya juga.

“ sampai terlatah ya. Hehe..” suara itu seperti ku kenal. Aku pantas menoleh dan mencebik.

“ kau ni memang suka sangat buat aku terlatah dan kalau aku dapat sakit jantung betul-betul. Siapa susah? Kau juga.” Ucapku sayu. Iffah ni kalau tak terkejutkan aku sehari tak sah lah.

“ ala..maaf. aku tak berani nak tegur sebab kau terlalu khusyuk sangat aku tengok. Jadi aku sentuhlah bahu kau. Sorry erk..” aku mencebir bibir.

“ nop.. kali ni perbuatan kamu tidak boleh dimaafkan. Harap maklum.” Ujarku tegas. Tapi masih dalam nada terkawal. Takut menganggu pelajar lain.

“ ala… oklah. Lain kali aku tak buat lagi. Aku janji.” Aku masih berdiam diri. Masih leka dengan buku.

“ payahlah kau ni. Tapi tak apalah. Kalau kau tak nak tahu. Aku balik je lah.” Kedengaran ucapan dia yang  cuba berjauh hati denganku. Perkara apa pula tu.

“ kalau kau nak beritahu. Beritahu jelah. Kalau tak nak tak usah. Aku pun malas nak ambil tahu. Lagipun nak exam ni.” Ujarku sambil menyelak buku.

“ Misya…” panggilnya geram tapi sangat perlahan. Hehe… tahu pun marah.

“ beritahu je..” suruhku tanpa menoleh ke arahnya.

“ kau ni lah. Yelah. Tadi kawan kau yang lelaki tu. Apa nama dia. Shah..Shah…” aku tersentak lantas menoleh ke arahnya.

“ Zaim. Kenapa?” aku ingat aku takkan dengar dah nama dia. Yalah semenjak aku berjumpa dia di perpustakaan tu. Hubungan kami sebagai kawan semakin renggang. Kami ni bagai orang asing. Tapi biarlah.

“ ha Zaim. Kenapa macam aku pernah jumpa dia sebelum ni.” Aku menjongket kening.

“ perasaan kau je tu.” Aku kembali melihat buku.

“ entahlah. Tapi yang aku pelik, dia suruh aku sampaikan salam kepada kau. Dia kenal aku ke?” aku tersentak lagi.

“ kirim salam? Macam tu?” Iffah hanya mengangguk.

“ waalaikumussalam. Kenallah sebab aku yang perkenalkan. Dari jauh.” Jelasku.

“ ohh… patutlah. Tapi kan Zaim tu…”

“ kenapa..” pintasku..

“ erk…tak de apa-apa..” aku pandang Ifah pelik. Apa dia ni. Alah.. biarlah..

~ Bersambung ~ 

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers