Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday 20 June 2013

Tersenyum Tidak Beerti Bahagia






Assalamualaikum... 

Kita 
Seorang manusia
Seorang perempuan atau lelaki
Seorang yang bakal mewarisi keturunan keluarga
Seorang yang bakal mencipta pelbagai kebaharuan dalam diri ini

Kamu
Sedang bahagia?
Sedang bersedih?
Sedang kecewa?
Sedang berfikir?

Terfikir
Pernah tak terfikir?
Terfikir tentang orang disekeliling?
Pernah terfikir apa perasaan orang disekeliling? 

Perasaan
Insan itu sedang tersenyum
Insan itu sedang ketawa
Mahupun
Insan itu sedang bercakap dengan gembira

Namun
Sedar tak bahawa ada seorang hamba Allah hanya berpura-pura?
Sedar tak bahawa ada seorang hamba Allah sedang bersabar dalam diam?
Dan
Sedar tak bahawa ada seorang hamba Allah cuba menjauhi perasaan sedih itu? 

Ya Atau Tidak
Kita tak tahu
Kita tak mungkin ingin tahu
Atau
Kita tak mahu ambil tahu langsung

Tapi
Percayalah bahawa tersenyum tak beerti suka
Percayalah bahawa tersenyum tak beerti bahagia

Kerana
Menyembunyikan adalah lebih baik
Menjadi tabah turut terbaik
Dan
Cubalah menjadi seorang insan yang boleh membuat orang bahagia

Walaupun
Mereka tak tahu
Mereka tidak ambil peduli

Percayalah 
Allah ada bersama kita
Allah sentiasa di sisi kita
Allah tahu apa yang kita rasa 

Hanya bersabar
Teruskan bersabar
Kerana Allah suka hambanya yang sabar 

Wassalam :)

Tuesday 18 June 2013

His Heroin Or Wife? 13





Deruan nafas Dahlia makin laju apabila dia berada di hadapan rumah. Sebenarnya dalam hati risau dan takut jika diserang soalan macam-macam oleh En. Dahlan.

Mana taknya. Kata pergi tiga hari je. Tapi hari keempat baru sampai. Petang pula tu baru sampai. Pagi bolehlah dimaafkan. Kan?

Apabila kaki Dahlia menjejak tanah selepas keluar daripada kereta, deruan nafasnya macam dah tak stabil. Hatinya juga berdebar-debar. Di manakah En.Dahlan?

“ Nur Dahlia Dahlan!”

Oh! Dah datang! Dahlia tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Habislah aku!

“ Dari mana ni?” Soal En.Dahlan tanpa segaris senyuman pun.

Dahlia yang berada di hadapan pintu menoleh dan berhadapan dengan En.Dahlan di luar rumah. Sengihan diberikan.

“ Maaflah pa. ingat nak balik semalam. Tapi tak jadi.” Jelas Dahlia takut-takut.

En.Dahlan menggelengkan kepala melihat sikap Dahlia.

“ Lain kali beritahulah papa nak pergi mana dengan jelas. Ni tak. Sekadar beritahu nak bercuti je.”

Dahlia tersengih akan bebelan En.Dahlan. Maaflah. Tak sengaja. Ini semua gara-gara Faiz tu lah. Ergh!

“ Dah! Masuk dan berehat. Malam sikit kamu ikut papa ke satu tempat.” Arahan tegas diberikan oleh En.Dahlan kepada Dahlia.

Dahlia menjongket kening. Nak ke mana?

“ Ke mana?” Soal Dahlia pelik.

“ Adalah.. Dah papa nak pergi masjid jap. Dah masuk asar ni. Kamu jangan melilau ke tempat lain pula.”

Dahlia tersengih.

“ Baik papa.” Sahut Dahlia lalu masuk ke dalam rumah. Pantas tudung dilucutkan. Rasa rimas setelah seharian memakai tudung.

Tut…Tut…Tut…

Terkejut Dahlia yang tengah berehat di sofa itu apabila tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dengan malasnya, telefon yang berada di poketnya dikeluarkan lalu dijawabnya tanpa melihat nama di skrin terlebih dahulu.

“ Helo assalamualaikum..” Lemah je suara Dahlia ketika bercakap.

“ Waalaikumussalam sayang…”                 

Dahlia tersentak. Pantas dia melihat kembali nama yang terpapar di skrin. Faiz!

“ Awak nak apa lagi?” Soal Dahlia tak puas hati. Amarahnya datang tiba-tiba.

“ Saya nak jumpa awak Dahlia. Please…” Dahlia tersenyum sinis mendengar suara merayu itu.

“ No! And I don’t want to see you anymore!”

Pantas Dahlia mematikan talian. Sakit hatinya jangan cakaplah. Rasa macam nak pergi cincang Faiz tu sampai lumat je. Ergh!

Dahlia dengan perlahan dan hatinya yang masih membara itu melangkah naik ke atas. Tapi di pertengahan anak tangga, telefon bimbitnya berbunyi lagi. Takkan Faiz lagi kot?

“ Awak nak apa lagi? Tolonglah! Kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Pergilah awak dengan perempuan-perempuan di luar sana tu!” Serang Dahlia tanpa henti. Dalam satu nafas saja dia ucapkan semua itu dengan marahnya.

“ Erk… Saya Haikal.” Suara yang takut-takut itu mengejutkan Dahlia. Haikal?

“ ya Allah. Maafkan saya. Saya tak sengaja. Ingatkan orang lain. Maaf sangat!” Pohon Dahlia dengan serba salah. Ish! Tengok kan dah salah orang! Kesian dia.

“ Tak apa. Dah terbiasa…” Dahlia tersengih. Tahu itu kata perlian untuk dia.

“ Maaf. Tapi ada apa ye awak call saya? Masih ada tak puas hati ke dengan filem tu?” Soal Dahlia terus terang. Langkahnya kembali diambil dan menuju ke dalam bilik.

“ Erk.. Tak. Saya Cuma rasa nak bersembang dengan awak je.” Dahlia mengerutkan dahi. Pelik!

“ Nak bersembang dengan saya? Awak tak ada kerja ke? Bukankah kerja sebagai pelakon ni sibuk.”

Tempat di birai katil diambil Dahlia. Keluhan penat dilepaskan tanpa didengari Haikal dicorong telefon.

“ Tengah berehat. Awak dah sampai KL ke?”

Dahlia tersenyum. Tak sangka Haikal ni peramah juga orangnya. Setahu aku pelakon ni belagak je lebih. Ish! Tak baik taw kata-kata yang bukan-bukan. Itu boleh jadi fitnah! Astaghfirullah!

“ Dah. Baru je sampai. Letih pun tak hilang lagi.” Ujar Dahlia sambil kaki dilunjurkan. Hah! Lega sikit!

“ Oh! Saya mengganggu awak nampaknya. Tak apalah. Insya-Allah kalau ada masa lagi saya telefon awak lagi. Assalamualaikum..”

Belum sempat Dahlia nak menjawab salam, talian terputus. Dahlia jadi hairan. Biarlah!

**
Jelas timbul tanda tanya apabila Dahlia berada di sebuah rumah banglo. En Dahlan disebelah di kerling sekilas.

“ Rumah siapa ni papa?” Soalnya lantas mengikut jejak En.Dahlan yang sudah maju ke hadapan.

“ Rumah saudara kamu.” Ringkas jawapan En.Dahlan.

Dahlia tak faham. Saudara? Siapa? Ingin merungkaikan persoalan itu, Dahlia hanya mengikut En.Dahlan tanpa menyoal lebih banyak.

“ Assalamualaikum!” laung En.Dahlan sambil memerhati sekeliling. Dahlia terteguk air liur apabila melihat sekeliling. Gelap sangat. Takut pula rasanya.

“ Waalaikumussalam!” sahutan orang dalam rumah membuatkan mereka berdua pantas melihat ke arah muka pintu.

Sesaat kemudian, pintu itu terkuak dari dalam. Dan terjengul kepala seorang wanita yang kelihatan berusia dengan berpakaian kemas dalam keadaan tersenyum. Dahlia yang melihat terpegun.

‘ Mak cik ke ni? Apasal mak cik aku jauh beza daripada sebelum ni? Oh! Aku terlupa.. Sebelum ni makcik mana pakai tudung. Sekarang dah berlainan dan betul-betul macam ibu. Ya Allah rindunya aku terhadap ibu.’

“ Jemput masuk. Ingatkan kamu dah tak mahu datang Dahlan.” Teguran Aisiah iaitu akak ipar En.Dahlan membuatkan Dahlia tersenyum kecil.

“ Mana boleh tak datang kak. Kan akak ada seseorang nak perkenalkan dekat kami. Jadi kami mestilah datang.” Ujar En.Dahlan ceria.

Dahlia mendongak melihat tingkat satu. Dia macam terdengar suara seorang lelaki. Tapi siapa ye? Makcik ada anak lelaki ke? Setahun aku makcik Cuma ada anak perempuan. Itu pun dah berkahwin dua tahun lepas. Itu pun aku tak pergi sebab aku ada hal dekat sekolah.

“ Dahlia.. Dah besar dah kamu ye. Kali terakhir makcik tengok kamu setahun yang lepas. Masa tu pun makcik tak berpeluang nak jumpa kamu sebab kamu terlalu sedih akan kepergian ibu kamu. Sekarang kamu dah makin matang gamaknya. Baru umur 18 tahun kan?”

Dahlia tersengih lalu mengangguk. Pasti ramai takkan percaya yang dia baru berumur 18 tahun. Siap boleh bekerja lagi. Hebat! Dia pun tak percaya pada umur yang muda ni dia dah bekerja yang mempunyai pangkat. Susah nak percaya sebenarnya!

“ Irfan! Turunlah! Sepupu kamu dah sampai!”

Dahlia menjongket kening. Jadi makcik ada anak lagi selain akak Julia tu. Irfan?

“ Ye mama..” Dahlia dan En.Dahlan menoleh ke arah tangga. Kelihatan seorang pemuda yang bercermin mata sedang tersenyum manis ke arah mereka. Kemudian langkah perlahan diambil dan menuju ke arah Pn.Aisiah.

“ Assalamualaikum pakcik.”

Tangan En.Dahlan dikucupnya perlahan. Apabila mata Dahlia dan irfan bertembung. Saling-saling hanya membalas senyuman.

Terdetik di hati Dahlia terhadap Irfan. Hensem!

“ Adik.. Ini anak kedua akak. Dahlia mesti tak tahu sebab Dahlia tak pernah diberitahu.” Jelas Pn.Aisiah lalu tersenyum.

Dahlia tersengih. Yelah! Memanglah aku tak tahu sebab aku tak pernah ambil tahu. Kuang-kuang-kuang.

“ Maaflah adik. Irfan ni pun baru balik daripada luar negara. Dalam dua bulan juga dia baru balik. Sebab tu tak sempat nak beritahu tu. Dan sekarang dia sibuk uruskan syarikat abang ipar kamu tu. Semenjak ketiadaan abang ipar kamu, Irfanlah yang uruskan segala-galanya.” Cerita Pn.Aisiah.

Dahlia menjeling sekilas ke arah En.Dahlan. Patutlah papa nak datang sini. Nak jumpa anak buahnya. Hurmm! Tahu tak ikut tak apa. Bukannya ada apa-apa pun.

“ Dahlia… Kamu buat apa sekarang?” Soalan Irfan menyentakkan Dahlia yang sedang termenung itu.

“ hah?” Terkebil-kebil Dahlia memandang mereka bertiga. Sengihan terpamer.

“ Kamu ni. Irfan tanya kamu buat apa. Mengelamun lagi.” Tegur En.Dahlan.

“ Oh! Hehe.. Sorry. Sekarang Dahlia tengah kerja disatu syarikat.” Terang Dahlia.

Irfan terkejut. Pn.Aisiah juga terkejut sama. Tak pernah tahu pun anak buahnya itu dah kerja dalam umur yang muda ini.

“ Dahlia baru 18 tahun kan?” Soal Irfan tak percaya. Dahlia tersengih. Kan? mesti tak percaya punya.

“ ye saya. Saya tahu makcik dan Irfan pasti tak percaya. Tapi itulah kerjaya saya sekarang.” Ujar Dahlia tenang.

“ Maknanya Dahlia lebih maju daripada Irfanlah. Irfan yang berumur 20 tahun ni pun masih tak betul kerjanya. Kiranya beruntung sungguh dapat anak seperti Dahlia ni.”

Tersenyum malu Dahlia apabila mendapat pujian sebegitu. Janganlah puji lebih-lebih. Nanti kembang kuncup pipi aku ni.

“ Terlupa pula. Irfan.. Bawalah dia turun.”

Dahlia hanya melihat Irfan melangkah semula ke atas. Siapa yang disuruh bawa turun tu?

Tanpa menunggu lama, Irfan dan seorang perempuan bertudung turun ke bawah. Dahlia masih tak perasan sebab terlalu leka akan telefon bimbitnya. Apalagi kalau bukan bemain game.

“ Dahlia?” Dahlia tersentak. Suara itu seperti dia kenal.

Jadi dia pantas mendongak dan menoleh ke arah tangga. Dan dia tergamam melihat insan itu.

‘ Dia?’ 

~Bersambung~

Sunday 16 June 2013

His Heroin Or Wife? 12

Baca di sini
.
.
.
.
.

His Heroin Or Wife? 11



“ Datang Sunway sekarang juga!”

Dahlia terkejut apabila tiba-tiba dapat panggilan pagi itu dan dia disuruh pergi ke Sunway. Apa dah gila ke lelaki ni? Aku dah lah kena balik KL hari ni.

“ Why? Sorry but I can’t. I must back to KL.” Jelas Dahlia. Ini lah aku. Kalau marah atau terkejut sangat. Bahasa Mat Saleh akan terkeluar daripada mulutku ini.

“ No! You must come here. I said now!”

Terus Dahlia mematikan telefon selepas mendapat jeritan Haikal. Ish! Aku dah setuju untuk jadi heroin dia tu bersyukur jelah. Hish!

Dahlia mendail pula nombor Zahida.

“ Helo Zahida. Aku pulang lewat sikit. Aku harap kau dapat bantu aku uruskan pejabat. Boleh kan?” Soal Dahlia dengan lemah. Kusut kepala otaknya sekarang.

“ Dahlia.. Ada problem dekat sini. Kau kena balik cepat.” Dahlia tersentak.

“ Masalah apa?” Dahlia mula rasa tak sedap hati.

“ Ada seorang lelaki datang office dan bertanyakan tentang kau semalam. Bila aku kata tak ada. Dia berang. Sampai serang beberapa staff dekat sini.”

Sekali lagi Dahlia tersentak. Kepalanya yang tersedia pening itu bertambah pening.

“ Aku tahu siapa. Kau jangan risau. Petang nanti aku sampai. Kalau dia datang lagi kau Cuma cakap aku suruh dia datang esok. Terima kasih Zahida. Kalau kau tak ada aku pun tak tahulah.” Ucap Dahlia.

“ kita kan kawan. Okeylah. Bos besar dah masuk. Mujur dia tak tanya tentang bos kecil dia tu.”

Dahlia tersenyum kecil. Siapa lagi kalau bukan aku.

“ Ok.”

Dahlia melihat jam di dinding. Kalau aku pergi Sunway sekarang. Bila pula aku nak ke KL. Tak kira walau apa pun aku tetap kena balik KL.

**
Haikal daripada tadi tak habis-habis mundar-mandir di hadapan Sham iaitu pengarahnya. Takut Dahlia tak datang. Dah lima minit berlalu. Alah! Baru lima minit. Tu pun dah bimbang semacam.

“ Haikal. Cuba kau bawa bertenang sikit. Aku tahulah kau gelisah. Tapi calm down please.” Arah Sham.

Haikal hanya mengangguk. Matanya tak berganjak daripada telefon bimbit yang dipegangnya tadi. Takut Dahlia telefon.

“ Maaf.” Suara lembut itu membuatkan Haikal mendongak. Senyumannya terukir saat melihat wajah Dahlia.

“ Saya ingat awak takkan datang.” Ujar Haikal teruja.

“ Sorry. Tapi kejap je. Sebab nanti saya kena balik KL. Saya ada hal.” Jelas Dahlia.

“ Erk.. Encik. Kejap je ye berlakon ni. Saya ada hal mustahak di KL.” Ujar Dahlia pula pada Sham.

“ Ye. Memang kejap je. Dua scene je. Don’t worry.” Balas Sham sambil tersenyum.

“ Dan..kalau boleh saya tak nak babak yang bersentuhan. Tolong hormati saya.” Jujur Dahlia dengan tegas.

Haikal dan Sham saling berpandangan.

“ tapi kejap lagi ada satu babak saya kena pegang tangan awak sekejap. Sebab saya nak luahkan sesuatu.” Jelas Haikal. Payah!

Dahlia tersenyum. Wajah Haikal di pandang. Ini yang aku tak suka fasal berlakon. Kenapa mesti bersentuhan.

“ Boleh tapi awak kena pegang lengan saya bukan tangan. Sebab lengan saya berlapik. Saya harap awak boleh hormati permintaan saya ni. Kalau tidak saya tak mahu berlakon.” Sambil itu Dahlia mengugut.

Haikal pantas menggeleng. Wajah Sham di kerling. Apabila Sham mengangguk, Haikal pun mengangguk.

“ Okey. Saya terima.” Balas Haikal. Dahlia terima dengan senyuman.

“ Terima kasih.”

Sham kemudian menyerahkan skrip kepada Haikal. Tapi tak pula kepada Dahlia.

“ Dahlia. Awak Cuma perlu mendiamkan diri. Awak Cuma perlu mengangguk atau tidak je. Yang penting reaksi awak tu. Boleh kan? awak abaikan je kamera man tu.” Pesan Haikal lembut.

Dahlia mengerling kamera yang besar tu. Boleh ke kalau aku abaikan.

“ Percayakan saya.” Sambung Haikal memberi keyakinan kepada Dahlia. Lantas Dahlia hanya mengangguk.

**
“ Awak… Maafkan saya. Saya tak bermaksud untuk buatkan hati awak sakit. Tapi betul saya lakukan semua itu demi kebaikan awak.”

Dahlia terteguk air liur saat lakonan bermula. Haikal sudah mulakan tugasannya. Dan sekarang mereka berdua saling berpandangan.

Entah mengapa, kata-kata Haikal bagaikan realiti. Dahlia jadi terpegun.

“ Saya Cuma nak awak tahu yang saya sayangkan awak. Saya cintakan awak.” Ucap Haikal dengan penuh perasaan.

Dahlia tergamam. Serius macam realiti. Kemudian lengan Dahlia di gapai Haikal lembut.

“ Awak… Sudikah awak jadi sang ratu di hati saya? Maksud saya jadi isteri saya?”

Soalan itu membuatkan Dahlia terkedu. Haikal?

Haikal memandang Dahlia dengan senyuman manis. Memang itulah reaksi yang mereka nakkan. Tapi? Kenapa aku cakap ni macam bukan berlakon?

“ Hai..Haikal? sa..saya..” Tergagap Dahlia ingin menyebut. Haikal tersenyum.

“ Awak setuju kan?” Soal Haikal penuh mengharap.

“ Erk! Awak…Sa..saya. ya saya terima.” Balas Dahlia turut dengan senyuman. Walaupun ini Cuma lakonan tapi aku takkan sia-siakannya. Lagipun aku tak pernah merasakan saat aku di lamar. Haha..

“ terima kasih awak.”    

“ Cut!Cut!”

Pegangan Haikal dilepaskan. Dahlia kemudian tunduk memandang lantai. Tiba-tiba dadanya berdebar semacam. Apa hal ni?

“ Good Dahlia. Saya suka sangat reaksi awak tu. And kau Haikal. Good job!” Ucap Sham dengan gembiranya.

Dahlia yang mendengar hanya diam tidak berkutik. Harap-harap selepas ni dah tak ada babak macam ni. Aku yang malu kot.

“ Erk.. Awak. Dah habis ke?” Soal Dahlia malu-malu. Ish! Apa aku ni?

“ Erm..Dah. Itu yang last. Sebelum tu maaf sebab terpaksa libatkan awak.” Ujar Haikal.

“ Tak apa.” Dahlia menghembus nafas lega. Hari ni aku terpaksa berlakon dan ia mengambil masa 2 jam hanya dua babak. Ish! Penat kot! Mujur dah habis.

“ Terima kasih dan saya kena pergi dulu.” Pinta Dahlia lalu mencapai beg tangannya.

“ Kejap!” Halang Haikal.

Dahlia menoleh memandang Haikal dengan pelik. Kenapa?

“ Saya harap saya dapat jumpa awak lagi.” Ujar Haikal dengan senyuman.

“ Saya tak jamin. Lagipun saya yakin lepas filem ini ditayangkan awak akan jadi famous. Awak kan pelakon baru.” Selamba badak saja Dahlia ucapkan semua itu. Dalam hati rasa bersalah pula.

Tapi lain pula reaksi Haikal. Dia tertawa. Cute sangat Dahlia tadi.

“ InsyaAllah saya akan luangkan masa untuk awak. Dan.. Sayang awak. Pergi dulu!”

Seusai dia berkata, dia terus beredar ke arah Sham. Dahlia yang mendengar terpegun. Aku tak bermimpi kan? Apakah?


~Bersambung~

Thursday 6 June 2013

His Heroin Or Wife? 10





“ Helo Zahida. Aku minta maaf tapi aku akan balik esok.”

Dahlia akhirnya ambil keputusan untuk telefon Zahida setelah tiga hari menghilangkan diri daripada pengetahuan sesiapapun.

“ Kau pergi mana? Kau tahu tak kau buat aku risau.” Dahlia tersenyum kecil.

“ Aku pergi tenangkan diri. Hurmm.. Itu pun cadangan kau juga kan? Anyway bos besar ada kata apa-apa tak dekat aku?” Soal Dahlia.

“ Tak pun. Dia langsung tak tanya soal kau. Kau beritahu dia kau ambil cuti berapa hari?”

“ Empat hari. Tapi esok aku balik lah. Kau jangan risau okey?” Dahlia cuba menenangkan Zahida yang sememangnya risaukan dirinya itu.

“ yelah. Aku letak dulu. Bos besar dah masuk tu. Nanti tak ke naya aku kena marah.”

“ Yelah. Assalaumualaikum..”

“ Waalaikumussalam..”

Dahlia tersenyum selepas tamatkan talian. Kemudian dia mengerling ke arah jam dinding. Serta-merta perbualannya pada pagi tadi bersama dengan Haikal bermain semula di fikirannya.

‘ Betul ke apa yang aku buat tu. Ish!’

Tergaru-garu kepala dibuatnya. Tapi entah mengapa ringan je mulut dia untuk terima pelawaan itu. Kenapa erk?

“ Argh! Berserabut betul kepala otak aku sekarang. Lebih baik aku keluar bersiar-siar.”

**
Tersenyum-senyum Haikal waktu itu. Dia berasa seronok sebab Dahlia terima pelawaannya. Dahlia itu dah bagaikan penyelamat baginya. Mujurlah Dahlia setuju.

“ Seronok nampak?” Tegur Sham.

Haikal tersengih.

“ Seronoklah sebab gadis tu terima pelawaan  untuk jadi heroin aku. Kalau tidak mana kita nak cekau. Kau pun satulah.”

Haikal menjeling Sham yang sudah tersengih lebar itu.

“ Nak beri cabaran dekat kau. Kira okeylah sebab dia terima kau. Kalau tidak jenuh jugalah kau ye. Tapi kau dah minta maaf dekat dia ke? Kau jangan Haikal.”

Haikal menolak perlahan bahu Sham.

“ Mestilah. Tapi aku rasa aku perlu ucapkan sekali lagi. Anyway! Hari ni kau kena belanja aku makan. Sebab kau lah aku tak makan semalam taw?” Ujar Haikal.

“ Yelah. Disebabkan pengorbanan kau yang tak seberapa tu. Aku belanja kau.” Terima Sham dengan senyuman.

“ ha! Bagus!”

**
“ Awak!”

Kedua-duanya terkedu apabila berjumpa. Dalam pertemuan yang tidak disangka. Dahlia menggaru kepalanya perlahan. Manakala Haikal tersengih.

“ Tak sangka saya akan jumpa awak di sini.” Ujar Haikal ceria.

Dahlia tersenyum. Memang hasratnya nak datang ke sini pun. Pantai Batu Ferringhi ni menarik perhatiannya semenjak pertama kali datang lagi.

“ Awak pun. Bukan ke sepatutnya sekarang awak patut berlakon. Kenapa awak boleh datang sini?” Soal Dahlia.

Haikal merenung pemandangan di pantai yang amat menyenangkan itu. Kemudian senyumannya terukir.

“ Pengarah beri cuti. Saya pun kena rehatkan minda juga. Awak?” Haikal menoleh melihat Dahlia.

Dahlia tersenyum hambar. Bila teringat tujuan dia datang ke sini, dia jadi sedih. Tapi tak perlulah sedih di hadapan lelaki ni. Dia bukan tahu apa-apa pun.

“ Saja. Jalan-jalan.” Nafi Dahlia kemudian bergerak jauh sikit daripada Haikal.

“ Awak… Saya nak tanya sikit ni.” Suara Haikal sambil melihat Dahlia.

Dahlia melabuhkan punggung di atas pasir itu. Kemudian dia mendongak melihat Haikal yang sedang merenungnya itu.

“ Tanya je. Tak kisah pun.” Balas Dahlia kemudian melihat pantai.

“ Awak betul ke tak kisah berlakon dengan saya? Saya takut awak tak suka tapi awak terpaksa.” Ujar Haikal risau.

Dahlia terus memandang Haikal yang serba salah tu. Kemudian dia tertawa kecil. Entah kenapa tapi bila dengan Haikal ni. Dia sering je nak ketawa. Lelaki ni kelakar sama kot.

“ Saya memang kisah sebenarnya. Tapi kasihan juga tengok awak yang sedih tu.” Ujar Dahlia dengan selamba.

Haikal mengetap bibir. Kasihan sangat ke wajah aku masa tu. Haiya! Buat malu je.

“ Jadi betullah awak tak kisah ni?” Sekali lagi Haikal menyoal. Meminta kepastian sebenarnya.
Dahlia buat anggukan perlahan.

“ Berhak ke saya jika saya tarik balik?” Soal Dahlia tanpa memandang wajah Haikal.

Wajah Haikal berubah. Terkesan akan soalan Dahlia. Berhak ke?

“ Kalau saya tarik balik sekali pun, awak yang akan dapat padah kan? Jadi biarlah saya tetap dengan keputusan saya. Dan janganlah tanya lagi saya soal itu. Jangan sampai saya tarik balik kot.” Ugut Dahlia lalu bangun berdiri.

Tangannya disapu-sapu perlahan. Wajahnya didongak melihat Haikal. Haikal hanya terdiam.

“ Hei! Janganlah buat muka macam tu.” Dahlia tertawa kecil.

Haikal tersenyum. Tanpa diduga, tangannya laju mengetuk kepala Dahlia. Dan itu membuatkan Dahlia terpaku.

“ Awak ni nakal juga erk?” Soal Haikal dengan senyuman nakal.

Dahlia terdiam. Tapi bibirnya automatik terukir senyuman.

“ Ya saya. Dan awak ni kasihan orangnya.” Seloroh Dahlia.

“ What?” Haikal bengang. Manakala Dahlia hanya ketawa.

Dalam hati Dahlia, entah mengapa ada satu kebahagiaan muncul. Rasa gembira dan selesa berada di sisi Haikal ni. Apa benda yang buatkan dia rasa macam tu? Ish! 

~Bersambung~

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers