Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday 7 August 2015

Cerpen : Akan Ku Tunggu

Assalamualaikum..

Hai..Hai.. Wah. Dah begitu lama aku tak menjenguk ke sini. Akibat kekangan masa. Dan... sebab dah terlalu aku menghilangkan diri tanpa khabar berita dan cerpen baru. Hehe. Hari ini adalah hadiah untuk korang. Maaf sangat-sangat sebab cerpen ni pun siap dalam kelam kabut. Yelah. Assigmentment belum siap. Kahkah. Okay. Tak guna berleter panjang2 lagi. Harap korang sukalah. ^_^



Pandang. Ku pandang dengan hati. Ku pandang dengan senyuman. Ku pandang dengan seribu persoalan.

Tetapi dengan hati yang kering. Dengan senyuman hambar. Dengan persoalan yang tak mungkin aku dapat jawab.

Rindu. Rindu ini sukar untuk diungkap. Rindu ini juga sukar untuk disimpan. Rindu ini juga boleh membuatkan ku terleka.

Cinta. Mengapa ia wujud tanpa dipinta? Mengapa ia wujud pada waktu yang tidak sesuai? Mengapa juga ia mesti wujud diantara kita berdua?

Ya. Cinta ini rumit sekali. Cinta sejati? Tak mungkin. Bagi aku tak mungkin. Mustahil.  Kerana apa? Kerana aku sudah tidak mempercayai apa itu cinta. Aku dah lali dengan perkataan itu. Aku juga dah malas nak ambil peduli tentang cinta.

Tetapi, dia. Dia datang memberikan cinta. Dia datang memberikan rasa. Dia juga datang dengan seribu harapan.

Andai saja aku mampu. Mampu untuk membalas cintanya. Mampu untuk meraih cintanya. Mampu memberikan dia rasa yang sama.
Maaf. Andai saja aku mampu.
 

Tapi, aku tak nak ambil tindakan yang boleh melukakan hati ini lagi. Yang boleh meremukkan hati ini lagi.  Aku masih tidak mampu untuk menggenggam sekeping hati itu.

Maafkan aku. 

Aku cuba untuk tersenyum. Tapi gagal. Giliran air mata aku pula yang menurun tanpa dipinta. Hati ini. Hati ini terasa sesuatu. Selalu sangat rasa perasaan ini setiap kali terfikir tentang dia. Tetapi maafkan aku. Aku masih tak mampu. Aku tak mampu untuk mengambil risiko itu lagi. Tak!

Andai saja dia membaca isi hati diari aku ni. Agaknya apa perasaan dia? Dah sebulan aku menjauhkan diri daripada dia. Lari daripada segala-galanya. Aku dah penat untuk hadap manusia yang sering sakitkan hati aku. Penat untuk hadap manusia yang bertalam dua muka dan penat hadap manusia yang sering menginginkan sesuatu daripada aku. Penat.

Memang mudah untuk berkata-kata. Tetapi, mereka tidak tahu pernah alami semua itu. Aku tuan badan. Bukan mereka! Bahkan, mereka tidak cuba untuk memahami pun isi hati aku. Yang mereka tahu, mereka pilih pihak yang mereka rasa terbaik dan boleh membahagiakan mereka sahaja. Senang sungguh mereka membuat keputusan kan?

" Akak!"

Aku menyimpan diariku ke dalam laci meja. Air mata yang mengalir tadi disekat. Pastikan muka aku tiada kesan air mata baru aku keluar daripada bilik dan menemui ibuku.

" Ada apa ibu?"

" Ada orang nak jumpa kamu. Katanya kawan lama kamu. Ibu pun tak kenal siapa."

Aku memandang ibu dengan seribu persoalan. Kawan lama? Setahu aku, setelah aku berpindah semenjak sebulan yang lalu ni, tiada seorang pun yang tahu tempat tinggal aku. Bahkan, kawan karib aku pun tidak tahu. Aku langsung tidak mahu diorang tahu. Kalau tidak, mestilah mereka akan jadi wartawan tidak bertauliah aku.

" Lelaki ke perempuan ibu?"

" Perempuan. Pergilah tengok. Pakai tudung dulu. Ibu nak ke dapur dulu."

Hati ini mengeluh lega. Sebab perempuan. Bukan lelaki. Jadi, tanpa berlengah aku pun menyarungkan tudung sebelum melangkah ke arah ruang tamu.

" Assalamualaikum." Aku memberikan salam apabila perempuan itu membelakangi aku.

" Waalaikumussalam wahai saudari Natrah."

Aku terlopong sebaik sahaja melihat wajah itu.

" Wani! Ya Allah!"

Aku terus memeluknya melepaskan rindu yang terpendam.

" Ingatkan dah tak ingat."

" Mana boleh tak ingat. Kawan senakal aku masa sekolah rendah dulu. Tapi, macam mana kau tahu aku tinggal dekat sini?"

Aku meleraikan pelukan dan mengambil tempat di sebelahnya.

" Aku ternampak kau semalam dekat kedai runcit taman ni. Aku masa tu masih ragu-ragu lagi sama ada itu kau atau tak. Jadi, aku ekori kau sampai ke rumah. Bila tengok cara kau, perwatakan kau dan ibu kau. Baru aku datang."

Aku tersenyum senang. Alhamdulillah. Ada juga peneman aku dekat sini.

“ Kau dah lain sekarang ni.”

Aku tersentak apabila Wani berkata begitu. Adakah perubahan aku sangat ketara?

“ Mana ada. Biasa jelah.”

Aku tersenyum hambar.

“ Kau nampak kurus. Nampak cengkung pun ada. Muka kau tiada sinar. Macam 10 tahun yang dulu. Kau ke ni Natrah? Kau ada masalah erk?”

Aku menggigit bibir. Ya Allah. Dia dapat kesan isi hati aku.

“ Entahlah Wani. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana.”

“ Cuba cerita dekat aku. fasal lelaki kan?” Aku tersentak.

“ Hurmm. Kau tahu tak? Lepas habis sekolah rendah tu, aku masuk sekolah berasrama penuh. Sepanjang 7 tahun aku berada dekat sekolah tu macam-macam yang terjadi. Aku ingatkan sampai situ saja. Tetapi, time aku sambung belajar sampai dah tamat belajar ni pun, ada masalah baru pula. Aku penat Wani. Penat sangat!”

Wani memandangku dengan senyuman kecil.

“ Tak apa. Cuba cerita. Aku sudi mendengar.”

“ Terima kasih.”

**
Kedengaran suara gelak tawa sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah. Agaknya, siapa yang sedang bergelak tawa dengan ibu dekat dapur tu? Ada tetamu rasanya.

“ Assalamualaikum.” Tegurku sebaik sahaja sampai ke dapur.

“ Waalaikumussalam.”

Tetapi, sebaik sahaja mendengar suara itu. Aku terus terkaku. Mataku tidak berkelip memandang ke arahnya. Dia?

“ Natrah. Kamu dah lupa ke dengan kawan lama kamu ni?”

Aku cuba untuk tersenyum. Tapi tidak kesampaian apabila telefon bimbitku tetiba berbunyi. Alhamdulillah. Kau la penyelamat aku pemanggil telefon. Aku tengok skrin telefon. Tersentak buat kali kedua.

Ikmal!

“ Siapa call Natrah?”

“ Kawan. Natrah naik bilik dululah.”

Bergegas aku bergerak ke bilik. Sebelum ni aku berterima kasih pada pemanggil telefon ni. tetapi sekarang rasanya tidak lagi. Aku rasa aku lebih rela berdepan dengan dia daripada jawab panggilan telefon ni. jadi sekarang? Apa patut aku buat?

Seminit berlalu. Tetapi aku masih tidak menjawab panggilan tersebut. Aku hanya melihat skrin telefon sekejap menyala. Sekejap terpadam. Dan akhirnya, bunyi pesanan ringkas masuk.

-Awak dekat mana? Saya minta maaf. Rasanya semua ni berpunca daripada saya. Boleh tak awak jangan lari daripada saya dan kawan-kawan awak. kalau ye pun awak nak mengelak daripada berjumpa dengan saya. Please jangan libatkan kawan baik awak ni. dia separuh risau cari awak tau tak. Sampai semalam katanya dia nak pergi report polis kalau tak jumpa juga awak. please jawab panggilan saya.–

Aku terlopong. Ya Allah. Kejamnya aku! Dengan tangan yang terketar-ketar. Aku menjawab panggilannya.

“ Assalamualaikum Natrah. Awak di mana ni? Tolong Natrah. Kami semua rindu nak jumpa awak. dah sebulan lebih awak menghilangkan diri.”

Aku terdiam. Suaraku seperti tersekat di kerongkong. Nak jawab tapi tak terkeluar suara ni. Ya Allah.

“ Nat! saya tahu semua ini berpunca daripada saya. Tapi saya benar-benar maksudkannya. Tolong awak. saya terima apa saja jawapan daripada awak. tapi please.. jangan pernah menjauh daripada saya dan kawan-kawan awak.”

“ A..awak.”

Aku menggigit bibir.

“ Natrah.”

Aku memandang ke luar tingkap. Aku memejamkan mataku kuat. Ya Allah. Adakah aku terlalu berkeras padanya selama ini. Tapi itu juga untuk kebaikan diri aku dan hati aku yang pernah terluka ini. aku tak mahu terluka buat kali kedua.

“ Natrah. Saya dah tahu kisah awak. saya dah tahu semuanya. Awak percayalah saya. Saya takkan buat seperti dia buat.”

Aku terkedu. Arh! Ni mesti kerja Tasya ni. Tak boleh simpan rahsia langsung.

“ Tapi…”

“ Awak masih cintakan dia?”

Aku tersenyum sinis saat mendengar soalan itu daripada mulut Ikmal.

“ Cinta? Dia? Arh! Untuk apa? Untuk buat hati saya terluka lagi? Rasa tu dah tak wujud dalam diri saya ni awak. Rasa tu dah mati.”

Aku menjenguk ke luar bilik. Nampaknya, dia masih belum pulang.

“ Natrah. Saya Cuma minta satu je. Tak banyak. Cuba bukakan hati awak. walaupun bukan untuk saya tapi untuk terima ketentuan Allah. Dia lebih tahu yang terbaik untuk awak. semua yang terjadi ada hikmahnya awak. saya tahu hati awak teruk dilukai. Tapi Allah hadirkan lebih ramai orang yang sayangkan awak. ye tak? Termasuk saya.”

Aku tersenyum kecil. Ikmal.

“ Saya Cuma minta diberi satu peluang je untuk membuktikan cinta saya. Kalau awak beri saya peluang. Saya sanggup. Esok juga saya sanggup pergi meminang awak. sebab saya tak nak jadi kekasih awak tetapi saya nak jadi suami awak. izinkan saya?”

Aku terkedu buat kali kedua. Suami? Ya Allah.

“ Natrah!”

Sekali lagi aku tersentak hebat apabila dia tiba-tiba berdiri tepat di hadapan aku saat ini. Ya Allah!

“ Helo. Natrah? Awak masih ada di sana ke?”

Aku rasa macam air mataku ni nak mengalir. Dua orang lelaki yang sama ada dengan aku sekarang ni. Cuma berbeza tempat sahaja.

“ Awak… dia ada depan mata saya. Dalam rumah saya.” Jawabku dalam panggilan.

Dia pandang aku dengan senyuman. Tapi malangnya, aku dah hilang senyuman manis itu untuknya. Hilang segalanya!

“ What? Natrah! Awak ada dekat mana ni? cuba cakap!”

“ Ik. Saya call awak lain. Bye.”

Aku pandang dia dengan senyuman sinis.

“ Buat apa dekat sini? Macam mana boleh tahu aku tinggal dekat sini?”

“ Dulu rumah ni rumah awak juga kan? saya agak je.”

Aku rasa nak termuntah bila dia bahasakan diri dia saya. Pleaselah! It’s over Dahlan!

“ Kau nak apa lagi datang sini? Kita dah tak ada apa-apa. Remember?”

“ Saya datang nak berkawan dengan awak. saya masih tak boleh lupakan awak. lupakan persahabatan kita. Saya masih sayangkan awak Natrah.”

“ Hey! Pergi matilah dengan sayang kau semua tu! Aku dah muak la. Kau ingat selepas kau berjaya lukakan hati aku, aku akan pergi merayu melutut dekat kau? Macam tu? silap besarlah! Penyesalan terbesar dalam hidup aku adalah terima cinta kau sedangkan hati kau mudah berubah. Playboy!”

Aku terus berlalu daripada berdepan dengan dia. Tapi sebaik sahaja aku berdiri di tepinya, dia menggenggam kuat lenganku yang berlapik itu.

“ Saya minta maaf. Saya buat salah besar masa tu. Saya tak sedar. Please. Maafkan saya.”

Aku tepis tangannya sekuat hati. Aku pandang wajahnya dengan seribu kebencian.

“ Untuk pengetahuan kau. Rasa tu, nama kau dan segala-galanya tentang kau dah lama mati dalam hati aku ni. dah luput! Kau faham? Sekarang aku minta kau pergi daripada sini.”

Dengan langkah yang perlahan, aku terus berlalu daripada situ. Tanpa disedari, air mataku mengalir jua. Ya Allah. Mengapa dia mesti muncul kembali? Mengapa?

“ Saya akan terus meminta maaf pada awak! Saya masih sayangkan awak!”

Pergilah Dahlan! Pergilah dari hidup aku. Aku dah tak perlukan kau!

**
Natrah!

Aku sukakan kau. Terima aku? Aku tunggu jawapan kau waktu balik sekolah nanti. Tunggu aku dekat kantin. Titik!

Aku terdiam seketika selepas mendapat secebis surat daripada Dahlan. Mujurlah kami tidak berada dalam kelas yang sama. Kalau tidak aku tak tahu nak berdepan dengan dia macam mana. Bayangkan, selama 5 tahun kami menjadi kawan baik. Sampailah sekarang bila sama-sama masuk lower six. Tiba-tiba dia hantar pesanan macam ni. Kau rasa? Terkejut kot!

Aku menyimpan kembali surat tadi ke dalam beg. Fokus Natrah! Fokus! STPM penggal 1 akan datang tak lama lagi. Kau belum ready sepenuhnya. Lupakan dia. Lupakan!

“ Natrah Aulia!”

Aku tersentak. Ya Allah. Cikgu Azahar! Kenapa tiba-tiba panggil aku ni.

“ Ya saya.”

Aku bangun dan berlalu untuk berjumpa dengan cikgu Azahar.

“ Esok ada latihan kawad kaki asas. So, kamu dan Dahlan uruskan semuanya. Sebelum ni kamu berdua dah hadir kursus kan?”

Aku terteguk air liur. Cikgu! Kenapa kami berdua! Tahulah dia pengerusi aku penolong dia. tapi!

“ Baik cikgu.”

Okay. Mulut kata lain hati kata lain.

“ Okay. Good. Cikgu pergi dulu.”

Aku mengeluh kecil. baru sahaja aku nak berlalu, aku nampak dia lalu depan mata aku sambil tersenyum. okay! Pengsan! Wuarhh!

**
“ Natrah.”

Suasana sunyi sepi semenjak 5 minit yang lalu. Berjalan balik tanpa berbual. Wah! Semenjak bila kau jadi pendiam bila bersama dengan mamat Dahlan ni. Semenjak dia bagi aku surat tu? Haish!

“ Say something please.”

Aku memberhentikan langkah dan memandang tepat ke arah dia. ya. Aku tak nafikan dia memang kacak orangnya. Tambah-tambah semenjak masuk tingkatan 6 ni dengan pakaian smart casual. Siapa yang tak tertarik kan?

“ Serius ke?”

“ Serius la. Aku tak ada masa nak main-main tentang tu okay.”

Aku tertawa kecil.

“ So?” Dia menyoalku kembali. Aku tersenyum lalu melangkah meninggalkan dia.

“ Nat! jangan buat aku macam ni!”

Dia berdiri tepat di hadapan aku.

“ Ermm… Apa yang membuatkan aku perlu terima? Cuba cakap.”

Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“ Sebab kita dah lama saling menyayangi. Kan?”

“ Yala. Dah sebab kita ni sahabat. Remember?” Aku tahan senyum.

“ Oh. Please Natrah! Aku tak boleh anggap kau sebagai sahabat. Aku dah anggap kau lebih daripada tu.”

Aku masih memandang tepat ke arahnya. Masih menantikan jawapan yang pasti untuk aku sambut cintanya? Ahaha. Lawak pula aku rasa.

“ Still waiting.” Ujarku dengan senyuman sinis.

“ Okay. Aku mengaku kalah. Aku pun tak tahu jawapan apa aku patut beri kat kau. Tapi, aku yakin dalam hati kau ada juga perasaan tu dekat aku kan? kan?”

Aku menggelengkan kepalaku perlahan.

“ Ya. Tapi aku sayang kau tak lebih daripada seorang sahabat Lan.”

Kedengaran dia mengeluh perlahan.

“ Tapi aku tak. Please. Berikan peluang untuk aku buktikan rasa sayang aku ni.”

Aku pandang dia dengan rasa serba tak kena. Why must me?

“ Kau serius kan? Or kau perasan je tu? Yela. Mana nak tahu tu perasaan sebab dihasut syaitan ke?” Dugaku.

“ Tak. Aku yakin. Sebab bila dengan kau je aku rasa perasaan tu. dengan lain tak. Aku dah pernah cuba lupakan perasaan tu. tapi tak boleh.”

Aku menahan senyum. Lantas, aku menganggukkan kepalaku.

“ Aku terima. Tapi dengan satu syarat. Biarlah kita kekal sebegini. Tak perlu ubah apa-apa kalau kau tak nak tengok aku berubah. Okay?”

“ Yes! No problem my dear!”

Aku tersentak. Haih. Belum apa-apa dah panggil aku dear. Tumbuk kang!

**
Ingatkan semuanya akan indah-indah belaka. Ingatkan semuanya akan berjalan dengan lancar. Tapi hampa. Ternyata, ia tidak semudah yang disangkakan. Dan aku dapat rasakan semakin hari, hubungan kami semakin renggang.

“ Awak! tunggulah saya!”

Ya. It’s hurt. Siapa yang tak sakit hati bila tengok orang yang kita sayang berjalan dan keluar dengan perempuan lain. Mesra pula tu. Bukan tu je, pandang aku pun tak. Habis? Aku tercegat dekat sini tunggu dia hanya patung? Weh! Apa ni?

“ Sorry. Saya tak perasan tadi. Jomlah.”

Aku menahan sakit ini dalam-dalam. Akhirnya, aku ikut belakang mereka dengan hati yang lara. Mujurlah tiada sesiapa pun yang tahu aku dan Dahlan sedang couple. Kalau tahu, lagi heboh.

Tahun lepas, kami okay-okay je. bahkan, jadi makin rapat. Panggilan pun dah bertukar. Tapi, semenjak budak lower masuk. Dahlan terus berubah. Semenjak dia rapat dengan seorang budak lower ni. Dia terus berubah. Dah tak macam dulu. Ya Allah.

“ Awak nampak segak lah hari ni.”

“ Yeke? Mana ada. Biasa-biasa je ni. Awak pun apa kurangnya. Comel.”

Ya Allah. Tahan Natrah. Tahan. Jangan biarkan diri kau lemah di hadapan mereka. Daripada aku terus makan hati dekat sini, baik aku pergi dulu.

“ Assalamualaikum.” Tegurku yang setia berjalan belakang mereka.

“ Waalaikumussalam.”

Sebaik sahaja mereka menoleh ke belakang, of courselah Dahlan orang pertama yang terkejut bila sedar kehadiran aku.

“ Boleh minta lalu tak? Saya dah lapar sangat ni. kalau tunggu korang berjalan, entah sampai bila saya dapat makan. Kalau nak bermesra pun lain tempat lah. Ini sekolah.”

Terus aku berlalu dengan hati yang perit. Padan muka! Puas hati aku! Bodoh Dahlan! Kau memang tak guna!

**                
Bam!

“ Natrah!”

Aku tepuk meja dengan sekuat hati aku. Puas! Sangat puas!

“ Nat! Jangan salah faham.” Dahlan cuba mencapai lenganku tapi tidak berjaya. Aku jijik tengok muka dia! jijik!

“ Salah faham? Saya rasa saya tak salah dengar tadi kan? apa awak cakap tadi? Saya tak ada langsunglah perasaan dekat si Natrah tu. Kami kan sahabat. Awak janganlah salah faham. Saya tetap sukakan awak. Wah! Itulah yang saya dengar tadi. Dari mulut awak pula tu.”

Aku jeling budak lower di sebelahnya itu. dia kelihatan sedikit takut. Aik? Nak takut apanya. Bukan aku nak pukul dia pun. Tak berbaloi.

“ And.. ha! Lagi satu. Apa? Saya ni macam budak-budak? Hei! Kalau dah awak rasa saya budak-budak kenapa mesti suka dekat saya? Kenapa mesti merayu kata suruh saya terima cinta awak kenapa? Kalau dah tak suka kenapa tak cakap dari awal lagi? Kenapa? Ha?!” Bentakku dengan geram. Sakit hati tau tak!

“ Natrah. Saya minta maaf.”

Aku sabarkan hati. Mujurlah, exam sebenar baru habis tadi. Mujur juga esok aku akan pulang ke kampung. Aku dah tak sanggup untuk berdepan dengan mereka berdua ni. tak!

“ Sudahlah Dahlan. Mulai hari ini kita dah tak ada apa-apa hubungan. Semoga berbahagia dengan dia. Bye!”

Kuatkan hati aku Ya Allah. Kuatkan hati aku. Akhirya, tanpa dipinta air mataku mengalir lebat ke pipi. Ini kali terakhir aku menangis demi lelaki seperti dia. Maafkan aku hati kerana buatkan kau terluka. Maafkan aku.

**
“ Natrah. Ada orang nak jumpa kamu ni.”

Aku tersentak daripada lamunan yang panjang. Ya Allah. Mengelamun rupanya aku ni. Astaghfirullah.

“ Ye ibu. Kejap.”

Aku terus sarungkan tudung lalu meraup muka sebelum keluar bilik. Aku turun menapak ke ruang tamu. Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri membelakangi ku.

“ Siapa?” Soalku.

Apabila dia toleh ke arahku. Aku tersentak. Ikmal?

“ Hai Natrah.”

“ Awak? awak buat apa dekat sini? Macam mana awak tahu yang saya tinggal dekat sini?”

Aku sangat terkejut melihat kehadirannya saat ini.

“ Wani. Awak tak tahu satu perkara. Wani tu sepupu saya.”

Aku terlopong. Tiba-tiba kelibat Wani muncul di pintu rumah aku. Dia masuk dengan senyuman yang lebar.

“ Aku tahu Natrah. Berdasarkan apa yang kau cerita dekat aku semalam. Aku tahu, jauh disudut hati kau tu dah mula sayangkan Ikmal. Tapi disebabkan kisah silam kau, kau jadi takut untuk terima rasa itu lagi. Aku tahu Natrah.”

Aku terkedu lagi.

“ And one more thing. Dia datang sini pun atas suruhan aku. Aku tak nak korang jadi kekasih. Tetapi, aku nak korang jadi suami isteri. Aku yakin sepupu aku ni boleh bahagiakan kau Natrah.”

Wani mendekat lalu menarik aku ke dalam pelukannya. Aku memejamkan mataku erat. Ya Allah. Apakah jawapan yang sepatutnya aku beri?

“ Natrah. Ibu restu. Ibu tak kisah siapa pilihan kamu. Yang penting dapat buat kamu bahagia.”

Aku terus meleraikan pelukan dan menoleh ke belakang. Ibu?

“ Ibu dah tahu. Wani dah ceritakan segala-galanya pada ibu.”

“ Tapi bu… Nat takut. Sangat takut.”

“ Kau tak perlu takut. Sepupu aku tu tak macam Dahlan. Dia setia pada cinta dia. percayalah cakap aku.”

Aku menjeling Ikmal yang setia memandang ke arah aku dengan senyuman. Ya. Benar. Dah setahun kami jadi kawan, dan setahun jugalah dia selalu mengotakan apa yang dijanjinya. Dia tak pernah buat aku sakit hati. Sepanjang aku kenal dia, aku kadang-kadang macam berada di samping arwah ayah. Ya Allah.

“ Layakkah aku Wani?”

“ Kalau dah jodoh tu. tak kira layak ke tak ke. Korang akan bersatu juga.”

Aku tunduk memandang lantai. Hatiku jadi berbelah bahgi. Aku sangat tak yakin. Tapi, betul kata Wani tu. Jauh di sudut hati aku ni dah mula sayangkan dia. Cuma, aku masih tak yakin dengan diri aku ni.

“ Natrah.”

Aku mendongak melihat empunya suara itu. Dia memberikan senyuman yang ikhlas padaku.

“ Saya tak paksa awak. Tapi saya sanggup tunggu.”

Aku pandang pula wajah Wani dan wajah ibu. Mereka hanya menganggukkan kepala. Ya. Sebelum ni aku dah pernah lakukan solat iskthikarah. Dan hati aku tenang bila teringat dan berada di samping dia. Tapi, aku je yang tak yakin. Aku takut. Takut untuk rasa kehilangan lagi.

“ Awak… saya sudi terima. Tapi dengan satu syarat. Jangan paksa saya untuk jatuh cinta pada awak. berikan saya waktu untuk buang luka ni.” Jelasku dalam satu nafas. Aku rasa lega.

“ Yeke ni beb? Alhamdulillah. InsyaAllah aku yakin korang akan bahagia. Trust me.”

Aku hanya tersenyum. InsyaAllah.

**
Terkebil-kebil aku memandang dia yang segak berpakaian baju Melayu hari ini. Hati aku pula yang jadi berdebar-debar saat melihat dia. Haip! Cannot! Jangan cepat sangat jatuh cinta.

“ Assalamualaikum bakal isteri saya.”

Aku tersenyum kecil.

“ Waalaikumussalam. Kenapa awak datang jumpa saya? Nanti kalau Wani tahu. Awak yang kena marah.”

Dia tertawa kecil. Tiba-tiba dia hulurkan aku sekotak baldu merah. Aku menyambutnya dengan kerutan di dahi.

“ Apa ni awak? bukan ke cincin dah dibawa pergi?” Soalku lalu membuka kotak baldu tersebut.

“ Ini khas daripada saya. Harap awak sudi terima.”

Belum sempat aku nak berkata apa-apa. telefon bimbitnya terlebih dahulu berdering. Aku hanya membiarkan dia berlalu pergi sambil melambai-lambaikan tangannya. Aku yang melihat ni pun tiba-tiba rasa lain macam. Kenapa dia buat macam tu?

“ Amboi kak. Bakal suami datang rumah dulu sebelum ke masjid. Tak manis tau akak.”

Aku tersengih dengan kata-kata adik sepupuku itu.

“ Bukan akak. Tapi dia. nasib baik ibu dan Wani sibuk dekat belakang.”

Aku membelek sekali lagi cincin berlian yang diberikan Ikmal. Ya Allah. Jika ini takdir untukku aku terima. Jika benar dia jodohku yang sebenar, berikanlah aku keyakinan itu Ya Allah.

“ Akak!”

Aku yang ralit termenung itu tersentak besar. Tiba-tiba kena jerkah. Kenapa?

“ Apasal?”

Saat aku terpandang wajah adik sepupuku yang naik cemas itu membantutkan rasa marahku.

“ Kenapa ni?”

“ Abang Ikmal.”

“ Kenapa?”

Aku pantas mendail nombor Ikmal. Aku rasa baru 15 minit yang lalu dia pergi.

“ Abang Ikmal. Ada orang telefon. Dia kata abang Ikmal kemalangan. Sebab kereta abang Ikmal ada di tempat kejadian. Tapi, orangnya tidak ditemui.”

“ Ya Allah!”

**
“ Macam mana Wani? Kau dah dapat berita tentang Ikmal?” Soalku dengan perasaan cemas.

“ Maafkan aku. Tapi pihak polis masih tidak menjumpai sebarang petunjuk tentang Ikmal. Kau bawa bersabar erk.”

Akhirnya, setelah dua hari aku bertahan , air mataku tumpah jua. Ya Allah. Betapa seksanya rasa ini. Mengapa aku mesti rasa perasaan ini lagi. Kehilangan. Aku sangat takut perasaan ini. dan akhirnya ia terjadi kembali. Adakah ini menunjukkan yang kami memang tidak berjodoh?

“ Natrah. Aku minta maaf. Dan aku minta kau kuat. Aku yakin sepupu aku masih hidup. Aku yakin. Kau mesti doa banyak-banyak.”

Aku tersenyum hambar. Air mataku yang mengalir tadi diseka perlahan.

“ Aku takut Wani. Ini kali kedua. Kali kedua aku rasa perasaan macam ni. aku baru ingin rasa erti kebahagiaan itu. tapi..”

Terus aku ditarik ke dalam pelukannya.

“ Bawa bersabar. InsyaAllah tak ada apa-apa yang akan berlaku dekat dia.”

Air mataku tumpah lagi buat kali kedua. Kini, aku benar-benar lemah dan baru kini aku yakin yang aku memang tidak boleh kehilangan dia.

“ Awak.”

Pelukan terlerai. Aku terus menoleh ke belakang. Tetapi sebaik sahaja melihat wajah itu, aku terus berlalu ke luar rumah.

“ Awak. awak okay?”

Aku tersenyum sinis.

“ Kau nak apa datang sini? Sekarang mesti kau tengah gelakkan aku kan? yelah. Tak sempat nak kahwin bakal suami hilang. Kan?” bentakku dengan perasaan bercampur bauk. Arh!

“ Awak! jangan cakap macam tu. saya tak pernah rasa macam tu. saya masih sayangkan awak. percayalah. Saya Cuma harap awak bahagia. Dan saya turut bersimpati atas apa yang terjadi ni.”

Aku bangun dan ingin berlalu daripada berdepan dengan dia. Tapi, lenganku direntapnya lembut. Aku dah mula rasa benci.

“ Hey! Lepaskan aku!”

Terus aku tarik lenganku lalu menampar pipinya. Sesedap hati dia saja nak sentuh lengan aku. Macam mana kalau Ikmal nampak? Tak!

“ Awak..”

“ Hei! Ingat sikit ye. Walapun kau masih sayangkan aku. walaupun kau simpati macam mana sekalipun dekat aku. jangan sesekali sentuh aku! jangan sesekali cuba untuk dekati aku! aku benci tau tak? Aku dah tak sayangkan kau lagi! Kau faham ke tak?”

Aku pandang dia dengan penuh rasa kebencian.

“ Natrah. Please.”

Dia masih cuba untuk meraih tanganku. Tapi aku sempat mengelak dengan berlari ke pintu pagar rumah. Aku rasa nak lari je daripada semua ini. aku benci! Benci!

“ Natrah!”

“ Baik aku pergi!”

Ikmal! Saya akan pergi cari awak. tunggu saya tau!

**

Cincin berlian yang setia berada di jari manisku semenjak 5 hari lalu aku tatap dengan penuh kasih sayang. Ikmal. Adakah ini tanda pemberian terakhir awak? Saya dah mula sedar. Dan bila saya sedar saya takut. Ternyata perasaan yang paling saya takutkan akan terjadi kembali semula. Apa saya nak buat awak?

Aku memerhati sekeliling. Aku berjalan tanpa arah daripada rumah. Sekali lagi aku pergi ke tempat kejadian di mana Ikmal kemalangan. Aku hanya mampu memerhati daripada jauh. Sayu sangat rasanya. Air mataku tumpah lagi. Ya Allah. Sampai bila aku mesti jadi lemah begini?

“ Ikmal! Di mana awak! awak janji takkan tinggalkan saya? Kenapa awak pergi juga?”

Jeritanku telah menarik perhatian beberapa orang yang lalu dekat situ. Tapi aku langsung tidak peduli.

“ Adakah Allah nak uji saya lagi awak?”

Aku terduduk apabila kepalaku tiba-tiba rasa pening. Mataku dah mulai kabur sampai aku ternampak seorang lelaki berpakaian Melayu menapak ke arahku. Aku nak pandang wajah itu tetapi kepalaku yang sakit membuatkan aku terus memejamkan mataku erat. Sakit!

“ awak! bertahan. Saya akan bawa awak ke hospital.”

Dan kini, dalam hati aku Cuma teringat dia. Ikmal!

**
“ Pandang. Ku pandang dengan hati. Ku pandang dengan senyuman. Ku pandang dengan seribu persoalan. Tetapi dengan hati yang kering. Dengan senyuman hambar. Dengan persoalan yang tak mungkin aku dapat jawab.”

Kedengaran suara halus yang menyapa pendengaranku. Tetapi kenapa aku susah sangat nak buka mata ni?

“ Rindu. Rindu ini sukar untuk diungkap. Rindu ini juga sukar untuk disimpan. Rindu ini juga boleh membuatkan ku terleka.”

Makin lama suara itu makin jelas. Aku gagahkan diri mengenal suara itu.

“Cinta. Mengapa ia wujud tanpa dipinta? Mengapa ia wujud pada waktu yang tidak sesuai? Mengapa juga ia mesti wujud diantara kita berdua? Ya. Cinta ini rumit sekali. Cinta sejati? Tak mungkin. Bagi aku tak mungkin. Mustahil. Kerana apa? Kerana aku sudah tidak mempercayai apa itu cinta. Aku dah lali dengan perkataan itu. Aku juga dah malas nak ambil peduli tentang cinta. Tetapi, dia. Dia datang memberikan cinta. Dia datang memberikan rasa. Dia juga datang dengan seribu harapan.”

Aku dah kenal. Suara itu! Suara yang sudah lama aku rindu. Ya Allah.

“ Andai saja aku mampu. Mampu untuk membalas cintanya. Mampu untuk meraih cintanya. Mampu memberikan dia rasa yang sama. Maaf. Andai saja aku mampu. Tapi, aku tak nak ambil tindakan yang boleh melukakan hati ini lagi. Yang boleh meremukkan hati ini lagi. Aku masih tidak mampu untuk menggenggam sekeping hati itu. Maafkan aku.”

Dengan kudrat yang ada. Aku gagahkan diri untuk membuka mata. Perlahan-lahan aku membuka mataku dan terpancar satu cahaya yang terang ke arah mukaku. Itu membuatkan aku tutup kembali mataku.

“ Awak?”

Sekali lagi aku cuba membuka mataku dan jelas kelihatan di mata aku sekarang adalah dia. Ikmal!

“ Alhamdulillah. Awak dah sedar. Risau saya awak.”

Aku ternampak satu buku diari yang berada pada tangan dia. Ya Allah. Dia baca?

“ Saya dah baca. Maafkan saya juga sebab buat awak macam ni. saya yang salah.”

Tanpa aku sedari, air mataku telah mengalir terlebih dahulu. Aku rasa aku dah alami mimpi yang panjang. Aku rasa semalam aku pergi cari dia dan aku ternampak seorang lelaki yang telah menolong aku. adakah dia?

“ Awak pergi mana selama ini? kenapa awak tak muncul pada hari perkahwinan kita?” Soalku dengan suara yang serak.

“ Maafkan saya awak. panjang ceritanya. Tapi sekarang ni saya dah ada di depan mata awak kan? awak pun cepatlah sembuh. Risau saya tau.”

“ Ingat saya tak risau ke awak hilang? Risau lagi saya la!”

Tak padan dengan baru sedar, aku dah marah dia. Haha.

“ Hoi! Amboi kau Natrah. Baru je sedar ada hati nak jerit-jerit. Jaga sikit badan tu. haish.” Muncul Wani dengan wajah masam.

“ Wani. Boleh tak tolong cerita apa yang terjadi? Dan siapa yang bawa aku ke hospital semalam?”

Wani dan Ikmal saling berpandangan. Lalu mereka memandang aku dengan seribu kerutan di dahi.

“ Semalam kau cakap? Kau tak sedar dah 3 hari tau tak? Kau pengsan selama 3 hari.”

Aku tersentak. Biar betul?

“ Sebab kau terlalu penat mencari Ikmal. Kau tak jaga diri kau.” Aku terdiam.

“ Tapi sekarang kau tak perlu risau. Ikmal dah kembali.”

“ But, how?”

“ Sejak saya dengar awak jerit nama saya.”

“ Ha?”

**
“ Entahlah. Masa tu saya rasa gembira sangat dan tak sabar nak ke masjid. Nak kahwin dengan awak. Tapi tak tahu lah di mana silapnya, kereta saya tiba-tiba rosak. Saya pun hentikanlah kereta saya dekat tepi jalan. Dan yang dijadikan ceritanya, saya pergi cari bantuan dan sekembalinya saya ke kereta, saya tengok ramai orang berkerumun dekat situ. Saya ada juga cuba nak dekat. Tapi bila tengok polis saya batalkan niat saya. Haha.”

Aku terdiam. Aku terfikir sejenak.

“ Jadi, masa kejadian tu berlaku awak tak ada dalam kereta lah? Sebab tu polis tak jumpa badan awak. Macam tu?”

Dia tersenyum lalu mengangguk.

“ Maybe itu petunjuk dari Allah. Kalau kereta saya tak rosak dan pergi cari bantuan, maybe saya dah terlibat sekali dalam kemalangan tu. That’s mean Allah sayangkan kita berdua. Allah nak panjangkan jodoh kita.”

“ Tapi, kenapa awak menghilang lama sangat? Kenapa tak terus balik rumah je? penat kami cari awak tau tak?” aku jadi teremo.

“ Haha. Sorry sayang. Memang saya berniat nak pulang ke rumah. Tapi, saya tak tahu macam mana. Sebab dompet saya dalam kereta. Duit tak ada. Dan saya sure sangat masa tu orang sibuk cari saya. Jadi, saya tak nak ambil risiko. So, saya sembunyilah buat sementara waktu.”

“ And.. masa saya jerit panggil nama awak tu?”

“ Ha. Masa tu saya memang nak balik rumah dah. sebab badan dah berbau busuk. Haha. Bila saya dengar suara awak saya terus keluar dan pergi ke arah awak. Tapi awak pula pengsan. Mahu tak terkejut saya.”

Aku tersengih.

“ Tapi semuanya dah berlalu. Alhamdulillah. Kita dah sah jadi suami isteri. Terima kasih sebab setia tunggu saya.”

Dahiku dikucup perlahan.

“ Saya tak sanggup untuk rasa kehilangan itu lagi. Saya tak nak! Saya takut.”

“ InsyaAllah. Awak takkan rasa perasaan itu lagi. Yakinlah dengan diri awak sayang.”

Aku hanya tersenyum lalu mengangguk.

“ Pengantin baru! Jemput masuk untuk makan. Tahulah baru kahwin. Tapi orang lain baru kahwin juga.”

Aku dan Ikmal tertawa kecil. Baru 2 hari kami berkahwin. Wani pula. So, hari ini family Ikmal buat jamuan makan untuk saudara terdekat je.

“ Biarlah. Anda jealous? Suami baru anda ada kan?” Ikmal mula mengusik. Aku pula yang tertawa.

“ Eii. Benci. Natrah! Mari ikut aku. tak payah kawan dengan Ikmal.”

“ Eh! Nak bawa ke mana isteri aku tu.”

“ Pinjam kejap je! aku tak kira. Jom Nat!”

Aku pandang mereka silih berganti. Tanpa dapat di tahan aku tertawa. Ya Allah. Dah kahwin tapi perangai still macam budak-budak.

“ Wani.”

Langkah kami terhenti.

“ Yes?”

“ Thanks tau. Kalau tak kerana kau dah yakinkan aku. Aku tak mungkin dapat bersama dengan dia.”

“ Tak. Kau tak perlu ucap thanks kat aku. Tapi dekat Allah. Ini semua dah ditentukan Nat. dah lah. Lupakan masalah silam.”

“ Satu lagi. Selepas aku pergi masa tu, apa jadi dekat Dahlan?”

Tiba-tiba aku rasa ingin tahu fasal dia.

“ Dia dah berhijrah ke luar negara. Dia kecewa dan maybe rasa sangat bersalah sebab buat dekat kau macam tu. Dia minta maaf dan katanya takkan cari kau lagi. Kau buanglah rasa benci kau tu. semua orang tak sempurna Nat.”

Aku tersenyum.

“ InsyaAllah. Jom makan. Aku dah lapar.”

“ Okay! Ingat. Malam ni kita berbual habis-habis. Biar suami kita terlopong tengok kita.”

Akhirnya, kami berdua hanya ketawa dengan telatah kami. Alhamdulillah. Kini, aku sudah mampu mengucapkan syukur.

~Tamat~

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers