Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday 14 June 2016

Short Story ( Kau Lelaki itu)

Assalamualaikum.

Aku jenguk ke sini sebab nak inform sesuatu. Sebenarnya aku ada buat short story yang bertajuk Kau Lelaki Itu. Tapi aku takkan upolad dekat sini. Sebab short story ni khas dibuat untuk diupload dekat WATTPAD. Tapi yes. Aku akan letak juga dalam blog dekat tepi. Aku akan sertakan link untuk korang boleh terus ke laman web situ untuk baca. So, mudah kan? Hehe.

So kalau rasa nak baca boleh pergi ke wattpad aku. InsyaAllah hujung minggu ni akan ada cerpen baru. Dah tunggu lama kan? Maafin. Okay. Aku akan post juga dalam bulan ni cerpen baru. Untuk korang yang setia menunggu. 

Meh. Nak bagi teaser sikit story Kau Lelaki Itu. Baca jangan tak baca. Hehe.



Satu persatu wajah yang berada di hadapanku itu dipandang. Sampai rasa naik juling mata aku ni. Yalah. Dah dekat setengah jam aku tengok tapi langsung tiada respond pun. Seorang tunduk. Seorang senyum. Seorang lagi pula buat muka selamba. Haish! Mirgrain!


“ Excuse me!”


Aku terus bangun berdiri. Lama-lama aku duduk sini, boleh stress aku. Semua ni Adira punya fasal. Dah kenapa suruh aku jumpa tiga orang lelaki yang macam tak berapa betul ni? Motif?


“ Eh! Awak nak ke mana?” Salah seorang yang asyik tersenyum tadi menyoal.


“ Nak balik. Bosan.”


Baru je aku nak jalan, lelaki yang buat muka selamba tadi terus bangun dan berdiri depan aku. Aku pula yang terteguk air liur saat melihat dia. Mak aii! Tingginya kau!


“ Kau tak boleh balik.” Dengan wajah selambanya dia berkata.


Aku merengus geram. Terus aku tolak badan dia ke tepi.


“ Suka hati lah aku nak balik ke tak nak balik. Bukannya ada kena mengena dengan korang pun. Aku tak tahu siapa yang suruh korang datang sini dan motif korang. Tak faham!”


Tiba-tiba lelaki yang tunduk tadi pula bangun dan berdiri sebelah lelaki selamba tadi. Aku menjongketkan kening tanda ingin tahu.


“ Kami ni calon-calon suami awak. Dan kami nak awak pilih salah seorang daripada kami. Sebab tu kami datang.”


Aku terlopong.


“ What!?”


Aku menepuk dahi. Sah! Semua ni idea Adira. Ya Allah. Macam aku terdesak sangat nak kahwin. Sedangkan umur aku baru mencecah 25 tahun. Apa kena dengan Adira ni! tahulah semalam aku cakap dekat dia yang aku nak kahwin. Tapi aku main-main je kot. Arhhh!


“ So, awak pilih siapa?” Lelaki yang senyum tadi pula soal.


Aku meraup muka perlahan lantas memandang mereka dengan senyuman hambar.


“ Saya pilih….” 

*Ops! Cukuplah setakat itu. Kalau nak tahu lebih lanjut bacalah dekat wattpad okay?*

2 comments :

  1. Replies
    1. Tengok sebelah knan dekat atas sekali. Saya ada letak cover short story tu. Just tekan gambar tu untuk baca. Nak senang lagi.. buka wattpad dan cari nama norsyima96. Goodluck :)

      Delete

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers