Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Wednesday 15 June 2016

Cerpen : Bukan Dia Tapi Aku

Assalamualaikum.

Ya. Seperti yang aku janjikan yang aku akan buat cerpen untuk korang. Dan inilah dia. Sebelum tu aku nak minta maaf kalau rasa cerita ni agak macam tak logik, and ending dia macam spoil skit. Sorry. Aku dah tak tahu nak buat ending macam mana. Haha. Itu je yang mampu dibuat. Okay. Happy reading.



Kring! Kring!

Aku merengus geram. Tengah sibuk jugalah telefon nak berbunyi. Tak tahu ke aku tengah ada banyak kerja ni? Haish. Dengan kasarnya aku terus ambil telefon dan jawab panggilan tanpa melihat nama di skrin.

“ Helo!”

Dengan terkial-kial aku membelek dokumen-dokumen di depan mata aku dengan teliti. Satu persatu sampai selesai dan akhirnya aku menurunkan tanda tangan.

“ Amboi! Garangnya!”

Tapi kerjaku terhenti sebaik mendengar suara itu. Eh! Macam aku kenal je suara ni. Aku tengok sekali lagi nama di skrin. Tak save pun number ni. Siapa?

“ Sapa ni?” Soalku ingin tahu. Pen yang aku pegang tadi pun terus diletakkan atas meja semula.

“ Sampai hati awak sanggup lupakan saya erk?”

Aku merengus geram. Nak main tarik tali pula dia ni.

“ Eh helo! Saya tengah sibuk dan tak ada masa nak layan permainan awak. kalau tak nak cakap saya letak.” Ugutku kasar. Ada hati nak main dengan aku. aku dah lah tengah sibuk.

Tiba-tiba terdengar suara orang ketawa di corong telefon. Sah dia tengah gelak dekat aku.

“ Rileks la sis. Garangnya. Saya lah. Ruzaini. Dah lupa ke?”

Aku tersentak. Ruzaini?

“ Dah lupa ke? Kawan sekolah awak dulu.”

Aku mula tersenyum tapi sangat hambar. Oh. Zain.

“ Ha. Nak apa? Dari mana dapat nombor saya ni?”

“ Adalah. Boleh saya jumpa awak?”

Aku tersenyum sinis.

“ Jumpa? Motif? Sorry. Tak ada masa. Saya busy. Bye.”

Terus aku meletakkan panggilan dengan rasa yang tak dapat ditafsirkan. Wajah diraup perlahan. Sampai terhambur juga keluhan kecil daripada mulut aku. Perkara yang aku tak nak berlaku akhirnya akan berlaku juga. Apa perlu aku buat?

Kenapa aku jadi macam ni bila dengar nama Ruzaini? Yala. Dulu aku pernah ada kisah dengan dia. Kisah yang rasa sangat tidak baik. Sampai aku simpan perasaan dekat dia. Tapi itu kisah lama. Sekarang? Dah tak ada. Dan tak harap langsung perkara macam ni akan terjadi. Kenapa mesti dia muncul balik?

“ Arh! Kusut!”

**
‘ Alia. Tolong aku. ‘ – Hanis.

‘ Asal ni beb? Jap aku call kau.’ – Intan

Belum sempat aku nak balas whastupp dia. Terus telefon bimbit aku berbunyi. Dengan pantas aku jawab panggilan Intan.

“ Beb. kau okay ke ni? ada problem?”

Tak sempat nak bagi salam terus kena sergah. Intan. Intan.

“ Assalamualaikum Intan payungku yang tersayang.” Perliku.

“ Hehe. Waalaikumussalam.”

Aku terus baringkan tubuh aku ke atas katil.

“ Asal ni?” Sambung dia lagi bila aku tidak bersuara.

“ Kau masih ingat kan apa terjadi pada aku time last kita bersekolah dekat SMK Impian tu?”

“ Ya. Kau dan Ruzaini menjadi pasangan couple sebab Ruzaini teringin nak rasa sedangkan korang tak ada perasaan sayang pun. Dalam dua bulan juga korang couple. Itu pun atas permintaan Ruzaini. Tapi dalam dua bulan juga sebenarnya kau ada simpan perasaan dekat dia. Sampai satu hari Ruzaini cakap dekat kau dia dah jumpa orang yang dia sayang. Dan dia berterima kasih dekat kau sebab sudi couple dengan dia even just untuk suka-suka. Aku ingat lagi Hanis. Sebab time tu kau sedih sangat sebab terpaksa tahan perasaan kau. Even aku rasa tak logik sebab Zain tu.”

Terdiam. Terkelu. Terkaku. Tak sangka Intan masih ingat kisah lalu aku. Sebab tu aku tak nak ada kaitan lagi dengan lelaki yang bernama Ruzaini itu.

“ Kenapa ni beb? Kenapa tiba-tiba tanya ni? Ada problem ke?”

Aku tersenyum hambar. Macam lah Intan tu boleh nampak.

“ Dia muncul balik.”

“ Maksud kau dia muncul depan mata kau?”

“ Tak. Dia call aku. Aku tak tahu dari mana dia dapat nombor aku. Tapi yang pasti aku tak suka beb.”

Aku renung syiling dengan perasaan kosong. Segala yang pernah berlaku antara aku dengan Zain kembali terlayar dalam fikiran aku. Arh! Kenapa aku perlu ingat semula benda yang lalu? Menyakitkan hati Hanis. Buang masa!

“ Kau masih simpan perasaan dekat dia ke?”

Aku terdiam.

“ Kalau tak kenapa mesti kau nak mengelak? Satu hari nanti kau akan jumpa dengan dia juga beb.”

“ Ye aku tahu. Tapi selagi boleh mengelak aku kena mengelak kan?”

Aku memejamkan mataku dengan perlahan. Tiba-tiba terbayang pula wajah Zain yang tengah tersenyum itu.  Terus aku membuka mataku kembali. Haish! Dah kenapa asyik terbayangkan dia je ni?

“ Kalau dah jodoh kau nak lari ke mana pun tak ada guna. Dah. Kau jangan fikir apa lagi. Sekarang baik kau tidur. Dah lewat ni. good night dear.”

Aku tersenyum nipis.

“ Okay. Good night to. Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam.”

Kan bagus kalau semua ini hanya mimpi. Ermm. Arh! Baik aku tidur.

Tut!

Baru saja aku nak pejamkan mata telefon bunyi pula. Kali ni message daripada siapa pula?

Boleh kita jumpa? Saya rindu awak.

Dan aku terus off kan phone. Tidur!

**
Selepas punctual kad, aku terus berjalan menuju ke bilik pejabatku. Tapi langkahku serta-merta terhenti apabila terasa diperhatikan. Mahu tak mahu aku terus menoleh ke belakang. Dan aku terus terkaku pada tempat saat melihat insan yang sedang mara ke arahku itu.

“ Finally. Dapat juga jumpa awak Hanis.” Dia mengukirkan senyuman padaku.

Aku tersedar. Terus aku beriak macam tidak kenal. Sedangkan wajah ini lah yang aku sering ingat even dah 5 tahun berlalu.

“ Maaf? Awak siapa?”

Tiba-tiba dia ketawa. Dan pada pendengaran aku ketawa dia tu sangat sinis. Macam nak mengata aku. Memang lah dah aku boleh tanya siapa.

“ Awak dah lupa saya? Takkan tak cam muka saya?”

Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket. Aku yang melihat dah menahan debaran. Ya. Aku mengaku. Dia handsome. So?

“ Tak. Siapa?” sengaja buat muka selamba. Siap kerutkan dahi lagi. Tak nak dia tahu aku berpura-pura.

“ Nurul Hanis Humaira.”

Aku terkedu. Dia masih ingat nama penuh aku.

“ Sampai bila-bila saya takkan lupakan nama itu Hanis. Awak dah banyak tolong saya dulu. Saya Ruzaini. Orang lain suka panggil saya Ruzaini tak pun Zaini. Tapi awak lain. Awak suka panggil saya Zain.”

Aku terkedu lagi. kali ni dia merenung aku dengan pandangan yang redup. Dan aku tak dapat tahan renungan dia tu jadi aku terus tunduk ke bawah.

“ Awak jangan tipu saya Hanis. Awak memang kenal saya. Cara awak pandang saya tadi. You can’t lie me girl.”

Aku mendongak ke arah dia. senyuman hambar diukir. Aku membuat anggukan kecil.

“ Yes. Tapi saya tak nak ingat awak. Awak buat apa cari saya lagi? dan dari mana awak tahu saya kerja dekat sini? Most important mana awak tahu nombor saya?” Serangku bertalu-talu.

Dia ketawa kecil. Arh! Dia memang suka buat aku cair.

“ From your lovely brother. Hakim.”

Aku mengetap bibir. Kuat. Tak guna punya abang. Ish! Tengok lah nanti. Aku akan balas dendam. Tak boleh nak simpan rahsia langsung. Benci!

“ Ya. Awak tanya kenapa saya cari awak kan?”

Aku hanya mengangguk memberi jawapan.

“ I really need your help.”

Tiba-tiba wajah dia berubah. Bertukar keruh. Kenapa pula?

“ Help? Why?” Soalku ingin tahu.

“ Please act like you my girlfriend.”

Kali ni aku betul-betul tergamam. Apa? apa aku dengar tadi?

“ Seriously what?”

Dia membuat anggukan perlahan.

“ Please. Kejap je. tak lama. Berlakon jadi kekasih saya. For a while.”

Okay. Aku betul-betul rasa nak pengsan sekarang. Once again?! Are you kidding me Zain?!

**
Tak ke kiri. Aku ke kanan pula. Mundar-mandir dekat ruang tamu tu. Yang pasti depan Intan dan of course depan abang kesayangan aku tu. Kesayangan lah sangat kan?

“ Adik! Please. Duduk. Pening la abang tengok adik duk mundar-mandir macam ni.”

Arahan abang aku tidak endahkan. Malah aku terus hadiahkan jelingan maut dekat dia.

“ Semua ni sebab abang! Kenapalah abang pergi cakap dekat Zain yang adik kerja situ? Kenapa abang? Abang ni spoil mood betul lah!” berangku lantas duduk di hadapan mereka.

Selepas saja aku dengar permintaan dia semalam. Aku terus lari masuk ke dalam pejabat aku. siap kuncikan pintu lagi. Sebab permintaan dia tu memang tak boleh pakai! Nak aku jadi bodoh lagi ke? Macam dulu? kalau aku terima permintaan dia tu bermakna aku juga sedang menempuh bahaya. Ya. Menempuh untuk hati disakiti lagi. Sanggup ke?

“ Abang tak sengaja. Lagipun dia bersungguh-sungguh. Abang nak buat apa lagi? Kesian pula abang tengok.”

Amboi ! Amboi! Amboi! Cekodok dia je cakap macam tu. Kalau si Zain tu tidak pernah tinggalkan kesan dalam hidup aku tak apa lagi.

“ Hanis. Kenapa kau tak terima je permintaan dia tu? Aku rasa dia memang perlukan pertolongan kau.”

Aku tengok Intan dengan riak tidak percaya. Abang aku pula sudah tersengih. Sebab dia rasa Intan sekepala dengan dia. Mana tak sekepala dah dua orang depan aku ni ada hubungan. Dah nak kahwin pun. Huh! Langsung tak boleh nak tolong.

“ Kau nak aku terima? Kau gila? Kau nak benda yang sama berulang lagi? Kalau aku jatuh hati pada dia lagi macam mana? Kau sanggup tengok aku tahan derita aku macam dulu? Kau sanggup ke Intan?”

Aku jadi pasrah. Jadi tak bermaya. Kenapa mesti aku Zain? Kenapa tak orang lain?

“ Sebab aku tahu korang berdua akan saling mencintai satu hari nanti. Dan time tu dia akan terima dan sedar perasaan kau dekat dia.” Lembut Intan berkata dengan senyuman.

Abang aku pula tiba-tiba bangun dan ambil tempat  di sebelah aku. Bahu aku dipautnya mesra. Kepala aku pula diusap perlahan.

“ Trust me adik. Kalau adik tak bermakna pada dia, dia takkan saja-saja minta tolong pada adik.” Abang cuba memujuk.

Aku pula terdiam. Tapi.

“ Tapi kenapa lepas 5 tahun? Tu tak membuktikan lagi ke yang adik tak penting langsung dalam hidup dia?” Aku cuba membantah.

Abang menarik senyum. Intan pun sama. Dua-dua orang ni sepakat ke apa?

“ Kalau tak penting dia takkan tanya fasal adik dekat abang hampir setiap hari.”

Aku tergamam. What?

“ Hanis. Terima lah. Tak salah kalau kau tolong dia kan?”

Aku meraup wajahku perlahan.

“ Please. Tolong saya Hanis.”

Kali ni aku terus bangun dan menoleh ke belakang gara-gara terkejut saat mendengar suara garau itu. Zain!

**
Sunyi sepi. Ya. Itu yang aku rasakan sekarang. Nama je ada orang dalam kereta ni. Tapi tiada seorang pun yang terasa nak buka mulut. Radio pun bukan tak ada tapi empunya kereta tidak buka. Memang sengaja nak bagi sunyi sepi ke apa?

Aku sempat kerling dia sekilas. Aku teringat lagi fasal semalam. Aku tak tahu semenjak bila dia muncul dan dari mana dia dengar perbualan aku dengan abang dan Intan. Yang pasti dia betul-betul merayu dekat aku semalam. Dan sebab ada penyokong tegar, aku terpaksa bersetuju. Tapi aku kena keraskan hati. Jangan benarkan hati aku jatuh cinta lagi. Oh yeah!

“ Ehem ehem.”

Aku tersentak. Oh. Ada suara rupanya. Aku ingatkan dah bisu tadi.

“ Terima kasih Hanis.”

Aku menarik senyuman tipis. Kalau tak kerana mereka berdua tu tak ingin aku terima. Buat hati pedih dan lara je.

“ Tapi kenapa saya? Dan untuk apa?”

“ Sebab kita pernah rapat dulu. Dan untuk membuktikan pada orang tua saya yang saya pun ada pilihan sendiri.”

Aku terdiam. Jadi, masalah aturan keluarga la ni? No wonder.

“ Dan sebab saya Cuma kenal awak.”

Aku tersenyum tawar.

“ Ramai lagi la yang awak kenal. Bukan saya saja. Ha. Apa nama Julia tu. Bukan ke dia makwe awak dulu? so kenapa tak minta tolong dia? Ke dia tak nak?”

Tiba-tiba aku terdengar dengusan dia. Aik? Kenapa?

“ Jangan sesekali ungkit nama dia depan saya. Kami berdua dah tak ada apa-apa hubungan. Habis je sekolah kami putus. Sebab dia tak jujur. Tak macam awak Hanis.”

Aku terkedu. Okay! Terus pandang ke luar tingkap. Jangan cepat cair! Jangan cepat menerima. Buat biasa. Focus!

***
Aku benci keadaan sekarang. Seorang bapa. Seorang mak. Seorang pula bakal isteri. Seorang lagi pula kak. Ish! Rasa macam nak lari keluar daripada rumah ni sekarang juga. Yala. Dari tadi asyik kena perhati je. Teruk sangat ke aku ni? Bukannya aku pakai seksi pun. Aku pakai tudung dan tutup aurat kot.

“ Kali ni tolong jangan bantah cakap Zaini. Zaini tetap dengan keputusan Zaini. Zaini tak nak Gia or sesiapa except this girl.”

Aku terteguk air liur saat mendapat jelingan maut daripada perempuan yang bernama Gia tu. Ala! Kes cemburu ni. Kenapalah Zain tolak Gia ni. Nak kata tak cantik. Cantik. Tinggi. Model pula tu. Cuma seksi je. sakit mata aku tengok.

“ Akak setuju dengan pilihan Zaini.”

Aku tersentak. Kak Zain setuju? Alhamdulillah. Kak Zain baik orangnya. Eh! Dah kenapa aku bersyukur pula ni? ingat Hanis! Ini Cuma lakonan je. Lakonan!

“ Papa pun sokong.”

Okay. Kali ni rasa nak tersenyum lebar. Papa dia pun baik. Bestnya! Cuma bila tengok renungan tajam mama Zain buatkan aku kecut perut. Ala. Mama dia tak baik pula. Tak sokong. Huhu.

“ Aunty.” Okay. Perempuan ni dah mula menggedik. Nak pujuk la tu. Eii! Sakit pula hati aku tengok. Sabar Hanis! Sabar.

“ Zaini. Why her? Gia lagi perfect.”

Si mama mula membantah. Tapi Zain tetap maintan cool. Siap tersenyum lagi. aku yang tengok pun boleh jadi tenang.

“ Sebab dia adalah Hanis. Dia bukan orang lain.”

Tiba-tiba si kak Zain datang dan memeluk aku. Okay. Spontan! Aku sangat terkejut.

“ Akak tahu kamu boleh membahagiakan Zaini.” Aku tersenyum sumbing. Akak. Kalaulah akak tahu saya Cuma berpura-pura. Mesti akak benci saya.

“ Mama tetap tak suka. Mama tetap nak kamu kahwin dengan Gia.”

Aku dapat tengok wajah manis Zain tadi bertukar keruh. Kesian pula aku tengok. Aku nak bantu tak apa kot?

“ Maaf Datin. Tapi Datin tak patut tentukan masa depan Zain. I mean Datin tak patut sekat kebahagiaan dia. Dia berhak buat pilihan demi kebahagiaan dia. Even tak dengan saya. Datin tak boleh pentingkan diri sendiri.”

Okay. Aku rasa aku dah melebih. Semua orang tepat memandang ke arah aku. Erk! Aku ada salah cakap ke? Aku terus toleh ke arah Zain yang mula mengukirkan senyuman itu.

“ Zain. Saya buat salah ke?” Soalku berbisik.

“ No. Awak betul. Saya sokong.” Dia turut berbisik dan kembali fokus pada mama dia.

Okay. Aku tak nak bersuara dah. Shut up!

“ Zaini tak kira ma. Kalau betul mama nak Zaini stay lama dekat rumah ni, mama kena benarkan Zaini kahwin dengan Hanis. Kalau tak Zaini akan keluar daripada rumah ni.”

Keputusan muktamad dah dibuat oleh Zain. Aku yang dengar pula jadi kecut perut.

“ Zaini.”

“ Mama. Please.”

Zain terus bangun dan mengajak aku pergi. Aku hanya menurut. Tapi sebelum tu sempat lagi aku salam kakak dia. lepas tu barulah aku berlalu. Niat nak salam tangan mama dia juga tapi tengok macam tak suka je. Baik aku pergi.

“ Hanis.”

“ Ya?”

“ Dengar apa yang saya nak cakap ni.”

Aku hanya mendiamkan diri. Tak masuk kereta  lagi dah nak cakap? At least masuklah kereta dulu. sabar je la.

“ Selagi awak tidak berpunya selagi itulah awak jadi kekasih saya.”

Terbungkam. Zain?!

**
Dah seminggu berlalu semenjak aku dibawa ke rumah Zain. Seminggu juga aku langsung tak berdepan dengan Zain. Bukan dia tak cari tapi aku yang tak nak jumpa. Aku lari. Sebab aku masih tak boleh terima kata-kata terakhir dia time tu. Haish! Ingat aku ni apa? Huh!

“ Adik!”

Abang muncul dengan sengihan. Ha! Dah kenapa pula tu?

“ Jom. Ikut abang. Pergi main bowling.”

Aku mencebik.

“ malas. Pergilah sorang. Tak pun ajak tunang kesayangan abang tu.” Siapa lagi kalau bukan Intan.

“ Ala. Jomlah. Kali ni je. Please.”

Aku menggelengkan kepala. malas!

“ Bukan apa. Zain nak kenalkan kita dekat seseorang. And you must know adik. Kan adik kekasih dia.”

Aku tersentak. Terus aku tampar bahu abang.

“ Berlakon je okay!”

Tapi kenapa aku rasa tak sedap hati pula ni? Kenapa aku rasa macam tak boleh terima berita ni?

“ Jom lah. Abang tak kira. Jom.”

Kuatkan hati aku Ya Allah.

**
Seperti yang abang aku katakan. Memang Zain datang dengan seorang perempuan. Jauh lebih cantik daripada aku. Bertudung macam aku juga. Tapi aku nampak selekeh jika nak dibandingkan dengan dia. Terhambur keluhan kecil daripada mulut aku. Maybe itu cinta hati Zain.

“ Adik.”

Abang datang dan duduk di sebelah aku. Kami sama-sama perhati ke arah Zain dan perempuan tu.

“ Abang tahu kamu cemburu. Kan?”

Aku terkedu. Tapi kenapa aku perlu cemburu? Kata aku dah lupakan dia? tapi kenapa sekarang aku rasa macam sedih sangat tengok dia dengan perempuan tu? Tak sukanya perasaan ni!

“ Abang tahu jauh di sudut hati kamu tu masih sayangkan dia.”

Aku kerling abang yang masih memandang ke arah mereka itu. sebab perasan dia diperhati, dia tengok aku. kepala aku terus diusapnya perlahan.

“ Jujur dik. Cakap dekat dia perasaan adik tu. sampai bila nak pendam?”

Aku tersenyum hambar.

“ Sampai bila-bila abang. Sampai mati pun adik sanggup.”

Abang tengok aku tak puas hati. Kenapa?

“ Abang tak suka bila adik cakap macam tu. Mana adik abang yang dulu? Yang tak mudah give up. Yang selalu berjuang demi sesuatu benda. Mana?”

“ Adik abang yang tu dah lama mati. Semuanya sebab Zain juga abang. Dahlah bang. Adik nak balik. Maybe itu pilihan dia.”

Aku bangun berdiri. Tak tahan lama-lama duduk sini.

“ Hanis? Nak ke mana?” Dia perasan pula. Abang aku dah lama berlalu. Maybe nak beri ruang.

“ Nak balik.” Jawabku acuh tak acuh.

“ Awal lagi. Jom lah main dulu.”

Aku tersenyum sinis. Kalaulah dia tahu apa aku sedang rasakan sekarang.

“ Tak nak. Pergilah main. Saya nak balik. Dan jangan cari saya lagi.”

Aku tahan diri daripada menitiskan air mata. Aku siap ukirkan senyuman lagi di depan Zain. Berlagak kuat. Tengok renungan dia tu memang mampu menggetarkan jantung aku. Tapi aku kena kuat.

“ Pilihanlah orang yang awak cintai. Lepas ni kita dah tak ada apa-apa hubungan. Rasanya lakonan saya pun tamat setakat ini Zain.”

Melihatkan Zain asyik mendiamkan diri. Aku ambil keputusan untuk pergi.

“ Ya. Dia memang cintakan saya.”

Pedih! Perit! Tapi bibir aku masih menarik senyuman. Aku berjaya membelakangi dia.

“ Semoga berbahagia. Selamat tinggal Zain.”

Zain. Bukan dia tapi aku Zain. Aku yang cintakan kau. Aku pun sama. Ya Allah! Kuatkan aku.

**
Rutin harianku berjalan seperti sebelum ni. Biasa-biasa saja. Sampailah ke hari ni. Hari ni lain macam sikit bila masuk je ke pejabat, ada sekuntum bunga atas meja aku. Dengan tanda tanya aku membelek bunga tersebut. Ada kad kecil.

Selamat pagi kekasihku – Zain

Aku mengeluh kecil. Dia nak apa lagi? Kenapa dia buat aku macam ni? Ingatkan bila aku cakap macam tu tempoh hari dia akan betul-betul stop cari aku. Yala dah tiga hari berlalu tanpa khabar berita daripada dia. Aku ingat dah selesailah. Tapi hari ni? Oh tidak!

Tiba-tiba telefon bimbit aku pula berbunyi. Dengan perasaan malas aku menjawab panggilan tersebut.

“ Helo.”

“ Dah dapat bunga tu?”

Daripada aku tunduk tengok bunga terus berdiri tegak. Zain!

“ Nak apa lagi ni? Saya rasa awak silap alamat ni. Sepatutnya bukan saya tapi cinta hati awak kena terima ni. Remember yang kita dah tak ada apa-apa hubungan. Even berlakon sekalipun.” Aku bertegas. Aku dah malas berlembut. Nanti aku juga yang cair. Huh!

“ Nak testing. Nak tengok reaksi awak dulu sebelum tengok reaksi dia.”

Kali ni aku terus rasa tak berdaya. Zain! Awak buat lagi saya merana!

“ Zain! Please! Saya bukan bahan uji kaji awak!”

Terus aku matikan telefon. Tak lupa juga aku buang bateri handpone dan masukkan semula ke dalam handbag. Bunga tadi pula dicampak ke dalam tong sampah tepi meja kerja aku. Puas!

Tapi. Betul ke kau puas? Arh! Kenapa boleh rasa macam ni? Nak nangis!

Tok! Tok!

Ketukan pintu membuatkan aku terus menarik senyum. Tak boleh bermasam muka dengan pekerja. Tapi bila terjengul muka Hakim iaitu abang kesayangan aku tu. Mati terus senyuman aku.

“ Abang masuk ye.”

Tak payah minta izin pun dia tetap dah masuk. Siap duduk depan mata aku lagi. Tak lupa sengihan dia tu.

“ Kenapa? Tak ada kerja ke kacau orang ni?”

Aku menjeling dia dengan rasa ragu-ragu. Mesti ada apa-apa ni.

“ Kenapa buat Zain macam tu?”

See! Dah agak. Mengadu rupanya mamat tu.

“ Abang memang suka tengok adik abang menderita kan? Suka tengok adik abang ni kecewa kan? Kan?”

Abang tersenyum kecil. Tanganku digenggamnya erat.

“ Mestilah tak. Tapi abang lagi tak sanggup tengok adik abang ni menahan perasaan. Pendam.”

“ Habis abang nak adik buat apa lagi? Sudah-sudahlah tu bang. Adik dah penat. Adik dah redha yang Zain tu memang bukan untuk adik.”

Aku melepaskan genggaman. Aku mula mencapai dokumen-dokumen kerja dan mula meneliti. Tapi aku langsung tak boleh fokus. Asyik terfikirkan Zain. Arh! Kacau!

“ Adik tak pelik ke? Kalau betul dia dah ada cinta hati kenapa dia still kacau adik?”

Aku pandang abang dengan perasaan kosong.

“ Sebab dia nak jadikan adik ni bahan uji kaji dia je. Faham? Dah keluar.” Halauku tanpa perasaan.

“ Sebab dia memang sayangkan adik abang ni.”

Aku mencebik. Yela tu. Abang dengan Zain sama je. Annoying! Huh!

**
Hanis. Awak kena tolong saya sekali lagi. Please. Kakak saya nak jumpa kita berdua. Tolong jadi kekasih saya balik. – Zain

Sebab message kasihan dia tu la kini aku berdiri di sebelah dia. Aku hanya mampu tahan perasaan. Kenapa mesti aku? Cinta hati dia tu kan ada. Kenapa tak bawa je dia. yang aku ni pun satu. Kenapa mudah sangat terima perlawaan dia tu?

Sebab kau masih sayangkan dia Hanis.

Tak. Aku Cuma kasihan.

Jangan ego Hanis.

Aku mengerling Zain. Aku ego ke? Yala tu. Tapi demi kebaikan aku. Takkan la aku sanggup lukakan hati aku sendiri.

“ Hanis.”

Aku tersedar daripada lamunan saat ditegur. Aku hadiahkan senyuman kecil buat kakak Zain.

“ Ye saya.”

“ Akak suka dengan pilihan Zain. Akak tahu kamu boleh bahagiakan Zain.”

Aku terkedu. Aku pandang Zain. Dia beriak tenang. Sambil melayan anak buah dia tu. Aku pula rasa serba salah sebab tipu akak dia.

“ Akak. Maafkan Hanis. Tapi..”

Aku ketap bibir. Nak beritahu ke tak? Baik aku mengaku sebelum semuanya jadi makin teruk.

“ Tapi apa sayang?”

Bila Zain sudah mula menjauh dengan anak buah dia. barulah aku ada keberanian untuk mengatakan perkara yang sebenar.

“ Saya bukan kekasih dia kak. Saya Cuma berlakon. Maafkan saya kak.”

Aku tunduk dengan rasa serba salah. Aku tahu aku akan dibenci dan dikecam. Tapi aku redha. Memang itu yang sepatutnya aku dapat.

“ Akak dah lama tahu.”

Okay. Kali ni aku terus pandang akak. Dah tahu?

“ Sebelum Zain bawa kamu jumpa dengan kami lagi akak dah tahu. Dia dengan akak memang tak boleh simpan rahsia.”

Aku terkedu.

“ Akak tahu kamu sayangkan dia. kan?”

Aku larikan pandangan ke arah lain. Tak sanggup diperhati macam tu.

“ Kalau tak kamu takkan mudah terima permintaan bodoh dia tu.”

Aku tersenyum hambar.

“ Akak. Dia dah ada cinta hati dia.” Maklumku dengan seribu perasaan.

“ Kamu yakin itu cinta hati dia?”

Aku terdiam.

“ Ya. Sebelum ni dia pernah tunjuk dan cakap. Saya tahu dia dah jumpa cinta sejati dia. so buat apa lagi saya menyemak dalam hidup dia? sebab tu saya nak lari daripada dia. tapi dia tak habis-habis kacau saya kak.” Luahku dengan lemah.

“ Kamu tak nak cakap dekat dia perasaan kamu?”

Aku terus menggelengkan kepalaku. Dah terlambat kak.

“ Akak! Fira datang.”

Tumpuan kami terganggu bila Zain bersuara dari jauh. Kelihatan juga perempuan yang aku nampak tempoh hari datang ke arah Zain. Cinta hati Zain. Aku mula tersenyum pahit.

“ Saya rasa saya patut balik kak. Jangan cakap dekat Zain apa-apa ye kak.” Pohonku lantas memeluknya.

“ Tak nak cakap apa-apa ke sebelum pergi? At least tinggalkan surat ke?”

Aku tergelak kecil. Surat?

“ Nak cakap apa lagi kak? Akak cakap je la dekat dia. Bukan dia tapi Hanis. Kalau dia tak faham baguslah. Tapi kalau dia faham pun tak boleh buat apa-apa dah.”

Aku terus capai beg tanganku lantas salam dengan kak Zain. Masa untuk pergi.

“ Akak harap dapat jumpa kamu lagi.”

“ InsyaAllah. Saya pergi dulu kak.”

Terasa ada air mata ingin menitis saat melihat wajah Zain yang sedang bahagia itu. Kuatkan hati dan semangat kau Hanis. Kau patut berkorban. Biarkan dia happy.

Selamat tinggal Zain.

**
Sebulan berlalu.

Aku tersenyum lebar saat melihat pasangan sejoli di atas pelamin saat ini. Bahagianya. Alhamdulillah. Abang dan Intan dah selamat jadi suami isteri. Aku happy kalau mereka happy.

“ Adik.”

Aku mendekati abang yang sedang memanggil.

“ Kenapa? Nak apa-apa ke?”

“ Tak. Cuma nak cakap.”

Abang kerling Intan sekilas sebelum kembali memandang ke arah aku. Nampak serba salah dua orang depan aku ni. dah kenapa?

“ Apa ni? Cuba cakap terus terang.” Gesaku. Tak sukalah nak berahsia-rahsia ni.

“ Dia datang.”

Aku mengerutkan dahi.

“ Siapa?”

Abang tersenyum kecil.

“ Zain.”

Kali ni aku terus rasa nak jatuh. Selepas kejadian bulan lepas aku terus keluar melancong tanpa memberitahu pada sesiapa. Ni pun baru minggu lepas sampai. Tapi kenapa dia datang?

“ Pergilah jumpa dia. Dia rindukan kamu adik.” Suruh abang dengan senyuman.

Dengan keluhan aku turun daripada pelamin. Aku menuju ke khemah perempuan. Ada saja tempat kosong aku terus ambil. Aku pandang jauh ke hadapan. Walau seribu kali aku cuba mengelak daripada dia. Mesti dia akan datang balik. Tolonglah Zain! Aku nak lupakan kau!

“ Assalamualaikum.”

Aku terkedu. Dia dah sedar aku duduk sini.

“ Waalaikumussalam.”

Aku beriak biasa. Dia sudah duduk depan mata aku. Tapi aku terus pandang ke arah lain.

“ Saya rindu awak.”

Terbit juga senyuman sinis pada bibir aku.

“ Dah ada buah hati tu buat cara ada buah hati. Tak payah nak menggatal dekat sini.” Sindirku pedas. 

Tapi dia tetap berlagak tenang. Dengan senyuman lagi.

“ Saya cari awak. Tapi awak menghilang.”

“ Saya tak nak ada kaitan dengan hidup awak lagi.”

“ Bukan dia tapi Hanis. Maksud awak?”

Aku tersentak. Tak sangka akak betul-betul cakap dekat Zain macam tu. Aku ketap bibirku kuat.

“ Tak tahu. Dah lupa. Saya nak masuk rumah. Bye.”

Baru aku nak bangun, dia sudah menghalang dengan berdiri tepat di hadapan aku. Tajam dia merenung aku.

“ Maksud awak adalah bukan dia yang patut saya pilih tapi awak. Bukan dia yang saya patut cintai tapi awak. Dan bukan dia yang cintakan saya tapi awak.”

Kali ni aku rasa nak menangis. Kenapa dia perlu cakap semua tu sekarang?

“ Saya nak masuk rumah. Tolong ke tepi.” Kerasku. Tapi tak jalan. Dia tetap tak berganjak.

Aku dah ketawa sinis. Mataku pula tiba-tiba terasa panas. Oh! Come on Hanis!

“ Hanis. Kenapa awak nak tipu diri awak?”

“ Tipu apa? Apa yang saya tipu?” Tajam aku membalas renungan dia. Aku dah tak tahan.

“ Tipu perasaan awak. Tipu saya. Kenapa?” Lembut dia menyoal.

“ Kenapa? Sebab saya tak nak sakitkan hati saya lagi. Cukuplah dengan apa yang saya dah lalui sebelum ni. Cukuplah! Saya dah penat. Awak berhak bahagia even bukan dengan saya.”

Terus aku berlalu membelakangi dia. Tapi lenganku berjaya ditariknya.

“ Sebab saya pun cintakan awak.”

Huh? What?

“ Dari sekolah lagi. Sejak kita berpura-pura  couple. Semenjak tu lagi saya dah mula sayangkan awak.”

Kenyataan dia benar-benar membuatkan aku kelu lidah untuk berkata. Kini, dia sudah berdiri tepat di hadapan aku. Tanpa di pinta air mataku mengalir ke pipi.

“ Saya tipu awak fasal Julia. Saya juga tipu awak fasal Fira. Mereka Cuma bantu saya. Mereka suruh saya berterus terang tapi saya tak mampu. Saya tak tahu apa perasaan awak. Sampai akak saya sendiri cakap macam tu. Barulah saya faham.”

Dia mula menarik senyum.

“ Saya dah lama cintakan awak Hanis Humaira. Awak tak sedar ke? Dari awal lagi sampai sekarang. Kalau saya cintakan orang lain saya takkan cari awak lagi selepas 5 tahun.”

Aku menggigit bibir. Ya Allah!

“ Untuk pengetahuan awak juga. Family saya semua tahu. Gia tu pun tahu. Mereka Cuma memantapkan lakonan saya. Mereka nak bantu saya. Gia tu sebenarnya dah kahwin. Dia adik sepupu saya.”

Kali ni aku terus terbungkam. What? Jadi selama ni aku kena tipu hidup-hidup oleh kau? Aku tertawa sinis.

“ Hanis.”

“ Jadi selama ni… selama ni awak tipu saya? Awak berpura-pura je selama ni Zain?” Soalku dengan perasaan yang sangat kecewa.

Dia membuat gelengan.

“ Saya tak ada niat. Saya benar-benar cintakan awak Hanis.”

Aku menggelengkan kepala. Perlahan-lahan aku menolak tangan dia supaya lepaskan lengan aku.

“ Seriuosly? Saya rasa macam saya ni dipermainkan. Awak ingat hati dan perasaan saya ni barang mainan ke? Awak suka tengok saya derita pendam perasaan saya ni? Pendam sakit hati saya ni? Awak memang suka kan tengok saya macam ni?”

“ Hanis.. please..”

Aku kesat air mata aku dengan kasar. Tajam aku tengok dia.

“ Apa lagi awak nak katakan?”

“ Hanis. Saya tak tipu. Saya benar-benar sayangkan awak. cintakan awak. kahwin dengan saya?”

Aku terkedu. Dia nampak bersungguh-sungguh dan ikhlas. Tapi aku susah nak terima. Sebab dia dah tipu aku! Hey! Bukan ini ke yang kau mahukan selama ni Hanis? Bukan ke saat ini yang kau nanti-nantikan? Kau nak tunggu apa lagi?

Aku meraup wajahku dengan perasaan yang keliru. Ego. Ya aku ego nak mengaku. Tapi dia pernah tak kisah fasal hati aku ni?

“ Hanis..”

Aku menarik senyuman hambar.

“ Saya tak nak. Awak pergilah kahwin dengan Fira tu. Dia lebih berhak.”

Terus aku melangkah membelakangi dia. Kalau boleh aku nak cepat-cepat keluar daripada sini. Aku tak tahan. Aku perlukan masa.

“ Bukan dia yang saya sayang tapi awak Husna Humaira!”

Aku dengar jeritan itu. Tapi buat-buat tak tahu lantas lari daripada situ secepat yang mungkin. Maafkan saya Zain. Maafkan saya.

**
Setahun berlalu…

Kring! Kring!

Bunyi telefon membuatkan aku menghentikan bacaan. Tambah-tambah selepas melihat nama pemanggil. Nak apa la dia ni telefon aku pagi-pagi buta ni.

“ Helo. Ye kak ipar aku yang tersayang. Nak apa? Orang tengah kerja la.”

Aku menyusun dokumen-dokumen penting ke dalam fail. Bila dah selesai aku bangun dan berdiri depan tingkap. Pandangan aku meliar ke luar tingkap melihat pemandangan Kuala Lumpur pada pagi hari.

“ Aku nak kau buka radio sekarang. Siaran hot fm. Sekarang! Aku letak panggilan dulu. Buka ye! Bye.”

Aku jadi terpinga-pinga bila kena suruh macam ni. Tapi aku turutkan jua. Mujur aku bawa headset sentiasa. Aku kembali duduk di kerusi. Headset yang berada dalam handbag aku keluarkan.  Dengan penuh debaran aku mencucuk hujung headset ke lubang telefon aku. Siaran Hot FM aku cari sampai jumpa. Bila dah jumpa aku terus kuatkan volume. Apa yang penting sangat sampai Intan suruh aku buka ni?

“ Assalamualaikum semua. Ya. Kembali lagi bersama kami bertiga di pagi hot. Dengan topik hangat hari ni iaitu kasih sayang.”

Itu suara Fizie. Kenapa dengan kasih sayang? Semua orang berhak berkasih sayang.

“ Kita ada pemanggil ye Fizie. Helo. Siapa di sana?”

“ Saya Zain. Dari Kuala Lumpur. Boleh saya sampaikan ucapan buat seseorang?”

Aku tersentak. Zain? Ruzaini ke? Tak! Mesti bukan.

“ Of course. Silakan.”

“ Sebenarnya saya nak tujukan ucapan ini buat seseorang yang sudah lama bertakhta di hati saya. Sebabkan satu kesilapan dia benci saya. Dia tolak lamaran saya. Tapi saya tahu kalau jodoh tak ke mana. Jadi saya nak berusaha untuk tambat hati dia lagi.”

Aku mula rasa lain macam. Kenapa suara tu macam Zain? Adakah dia memang Zain?

“ Siapa orang yang special tu Zain? Boleh kami tahu?”

Aku menguatkan volume radio. Siapa?

“ Nurul Hanis Humaira. Kalau awak dengar apa yang saya cakap ni. saya nak awak tahu saya akan sentiasa cintakan awak.”

Aku terbungkam. Ya Allah! Zain!

“ Hanis Humaira. Sudikah awak jadi isteri saya? Saya tahu awak masih cintakan saya lagi.”

Aku menggeleng perlahan. Terus aku tutup radio. Air mataku dah menitis ke pipi. Zain. Kenapa awak buat saya macam ni? Saya tak pernah benci awak Zain. Saya sayangkan awak. Cuma saya ego. Ego nak buat keputusan dan stay dengan awak.

Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu membuatkan aku terus seka air mataku dengan laju. Terus aku berpura-pura meneliti dokumen yang ada di depan mata. Control jangan bagi orang perasan.

“ Masuk!” Laungku tanpa melihat ke arah pintu.

Bila dengar je bunyi derapan kaki yang masuk ke dalam pejabat aku, aku terus mendongak untuk melihat gerangan itu. Kali ni aku betul-betul terkejut. Terkedu. Terkelu. Kenapa? Sebab Zain ada depan mata aku sekarang.

“ Hanis.”

Aku hanya mampu memerhati tanpa mengeluarkan suara. Sebab aku tak tahu nak beri reaksi apa. Aku macam kena kawal. Debaran pun makin memuncak.

“ Awak dah dengar kan suara hati saya dekat radio tadi?”

Dia makin mendekat sampailah dia ambil tempat depan aku. senyuman manis tak pernah lekang daripada bibirnya. Tapi aku masih terpinga-pinga dengan perasaan keliru.

“ Sekali lagi saya tanya awak. Nurul Hanis Humaira. Sudikah awak jadi isteri saya?”

Tiba-tiba dia hulurkan aku sebentuk cincin yang bertatahkan berlian. Aku yang melihat dah tergamam. Kali ni dia betul-betul serius.

“ Dah setahun saya tunggu. Setahun tu saya tak pernah berhenti berdoa agar disatukan dengan awak. Saya makin yakin selepas abang awak kata awak memang tak dapat lupakan saya. Buktinya? Ada gambar saya dalam bilik awak. kan?”

Aku mengetap bibir. Abang!!!! Tak boleh diharap langsung.

“ Sampai bila awak nak larikan diri daripada saya Hanis?”

Redup dia memandang aku. Aku pula terdiam. Please Hanis. Kali ni jangan ikutkan ego kau sangat. Kau dah sayang dia. So terima je la. Arh! Penat berperang dengan perasaan sendiri. Akhirnya aku bangun dan berjalan ke tingkap. Seketika aku mendiamkan diri sampailah aku bersedia berdepan dengan dia. Dia masih menanti dengan penuh sabar.

“ Zain.”

“ Ya.”

Aku pandang dia dengan senyuman kecil.

“ Kenapa?”

“ Saya dah jawab soalan tu dalam radio tadi. Saya yang patut tanya awak kenapa awak tolak saya? Kenapa awak nafikan perasaan sendiri?”

“ Sebab saya takut disakiti lagi. Sebab saya terlalu sayangkan awak.”

“ Saya janji. Saya akan jaga awak sebaik mungkin. Macam saya jaga nyawa saya sendiri.”

Cincin tadi dia hulurkan kembali pada aku. Aku pandang dia. Dia pandang aku. Tapi dia pandang aku dengan senyuman. Aku kembali tengok cincin tadi.

“ Cantik cincin ni.”

“ Lagi cantik bila si pemakai memakainya. Dan orang tu mestilah awak.”

Aku tersenyum. Tanpa ragu-ragu aku terus mengambil cincin yang dihulurkannya itu. seperti yang dijangka, dia terus menjerit kegembiraan.

“ Yes! Thanks Hanis! Saya janji saya akan lindungi awak, jaga awak, bimbing awak sehingga ke hujung nyawa.”

Aku tergelak kecil.

“ InsyaAllah Zain. InsyaAllah.”

Aku pandang dia dengan perasaan yang sukar ditafsirkan. Yang pasti aku rasa gembira. Terlepas satu beban.

“ Hanis.”

“ Ya saya.”

“ Sematkan dalam jiwa awak. Ruzaini cintakan Hanis Humaira.”

Aku tersenyum malu. Tanpa menjawab, aku berlalu ke luar pejabat.

“ Hanis! Saya cakap dengan awak ni!”

Jangan suruh tapi aku dah lama sematkan nama kau dalam hati aku ni. Dah lama.

“ Saya nak makan.”

“ Hanis!”

Yang pasti Allah yang buatkan aku kuat sampai saat ini. Alhamdulillah.

~Tamat~

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers