Assalamualaikum dan salam Jumaat..
Apa khabar semua? Sihat? Alhamdulilah...
Sebenarnya tuan blog ni ada masalah sikit. Tengok tajuk jap! Buat pilihan yang tepat? Pilihan apa? Ha! Itulah yang merunsingkan tuan blog ni. Buat pilihan untuk sambung belajar ke institusi pengajian tinggi. Aiyoo! Pening tau tak nak buat pilihan.
Apa yang tuan blog minat? Of course menulis dan komputer. Dua benda ni tak boleh dipisahkan daripada tuan blog ni. Tapi kakau dalam bidang penulisan tu memang tak ada lah dalam Politeknik mahupun UITM. Kedua, adalah komputer je lah.
Sebenarnya dah cari dan research berkenaan bidang yang ditawarkan untuk orang yang sastera macam aku ni kan? Tak banyak pun. Tapi adalah juga. Bersyukur je lah. Cuma tak tahu nak pilih yang mana. Takut tersalah pilih nanti menyesal.
Ada kawan kata suruh aku ambik sains komputer. Aku tanya kakak aku yang ambil sains komputer tu. Dia kata susah juga subjek ni. Subjek ni dia tak boleh berfikir dalam satu hal je. Kena fikir luar bidang tu sama. Ops! Tang fikir-fikir ni aku lemah sikitlah. Tambah-tambah tang alam sekitar dan apa serba macam. Hihi.
So.. Yang tu aku tolak tepi. And now.. Aku ada 4 pilihan.
1- Diploma teknologi pejabat (Rasa syok tengok orang kerja pejabat. Aku teringin gak la nak tahu kan?)
2- Diploma pengajian perniagaan (Ha! Aku minat juga dalam aktiviti perniagaan ni sebab masa SPM aku ada ambil Ekonomi asas dan perdagangan. Rsult tak tahu lagi macam mana)
3- Diploma teknologi maklumat rangkaian/pengaturcaraan/keselematan maklumat.
Okey. Aku memang dah tertarik pada diploma teknologi maklumat tu. Cuma aku tak tahu sama ada nak ambik yang rangkaian ke pengaturcaraan. So? Kena banyak tanya lagilah kakak aku ni.
Banyak lagi yang aku tak tahu sebenarnya. Aku cuma takut aku tak boleh bawa je apa yang aku pilih nanti. Apa yang mampu aku buat sekarang ni. Fikir dan buat pilihan yang tepat. Sebab ini menentukan masa depan aku. Aku juga kena buat solat istikharah. InsyaAllah.. Semuanya akan berjalan dengan lancar.
Mudah-mudahan..
Baiklah.. Sampai disini saja. Akhiri dengan wassalam..
Pembuka Bicara
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)
Friends
Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Popular Posts
-
Assalamualaikum semua. Wah. Dah lama tak jenguk ke sini. Yeay.. Ada cerpen baru. Okay. Terlebih teruja. Haha. Tapi.. Ermm..sebenarnyaka...
-
Assalamualaikum. Hai hai semua. Miss me? Okay mesti la tak kan? Yang korang rindu cerpen aku je. Huhu. By the way, I'm so sorry. Sorry s...
-
Assalamualaikum. Hai. Lama tak jenguk ke sini. Hehe. Maafin. Okay. Aku tak nak bebel panjang sebab aku tahu korang bukan rindu aku pun tap...
-
Assalamualaikum. Ya Allah! Sorry guys! Sorry sesangat. Aku tau aku salah. Yala. Janji semalam nak post cerpen. Tapi hari ni baru cerpen. W...
-
“ Bila tahun lah aku nak tengok kau kahwin ye…” Kata-kata itu buat aku menjelingnya tajam. Dia ni kan kalau sehari tak buat aku marah...
-
Assalamualaikum.. Syuhhh! Korang boleh simpan rahsia tak? ehehe.. SPM tak hbs lagi kot tapi sempat lagi jenguk dekat sini. Siap u...
-
Assalamualaikum. Hai. Bertemu lagi. Setelah berkurun lama menyepi. Haha. Maaf. Maaf. Akibat kekeringan idea. Jadi.. nak buat pun terbantut...
-
Assalamualaikum.. Halo! Halo! Halo! Amboi kau syima. Dah pukul 12 pagi baru nak post cerpen. Tadi kata malam. Ehehe. Sorry la guys. Tadi t...
-
Assalamualaikum. Hai. Kini, muncul dengan cerpen baru pula. Seperti yang dijanjikan. Dah habis dah semua pasal belajar. So, aku akan buat ...
-
Assalamualaikum. Hai. Muncul lagi dengan cerpen baru. Untung la sebab cuti tu yang ada cerpen baru. Bila aku mula kerja balik cerpen baru...

No comments :
Post a Comment