“ Selamat pengantin baru!”
Tersenyum ceria Dahlia ketika mengucapkan perkataan itu
terhadap dua mempelai yang berada dihadapan matanya kini.
“ Terima kasih. Mana hadiah?”
“ Tu.. Hadiah dah ada di tepi minta dekat orang lagi. Apalah
Abang Irfan ni.” Dahlia lihat Irsya sudah tersipu-sipu malu. Kini Irsya jauh
beza dari yang dulu. Irsya dah benar-benar berubah.
“ Nak main-main dengan Abang Irfan pula dia ni.”
Dahlia hanya tersengih. Kemudian dia melihat sekeliling.
Ramai juga orang. Tentu ramai kenalan Abang Irfan dan Irsya.
“ Dahlia.. sebenarnya aku ada perkara nak cakap dengan kau
sikit.” Suara Irsya.
Dahlia menjongket kening. Hal apa?
“ Abang.. Dahlia pinjam isteri abang kejap erk?” Pohon Dahlia
dengan sengihan.
“ yelah. Tapi jangan di bawa lari pula isteri abang tu.”
“ orang tahulah. Macam teringin sangat.”
Sebelum dapat habuan daripada Irfan. Pantas Dahlia bawa
Irsya ke dalam rumah.
“ Ada apa ni?” Soal Dahlia dan senyuman tak lekang dari
bibirnya. Biasalah sepupu kahwinlah katakan.
“ Aku ada jemput seseorang.” Irsya berubah serius.
“ Siapa? Saya kenal ke?” Irsya mengangguk perlahan.
“ Dia.” Irsya menuding jari ke belakang Dahlia. Dahlia yang
tak faham menoleh ke belakang.
“ Siapa?” Dahlia tak nampak orang yang dia kenal pun di luar
rumah.
“ Kau toleh kiri.” Suruh Irsya lalu bergerak ke muka pintu.
Dahlia menurut.
“ Dahlia…”
Terkedu Dahlia mendengar suara itu. Suara yang dia tak mahu
dengar dah buat selama-lamanya. Tapi hari ni. Dia dengar kembali. Tanpa
berlengah, dia menoleh ke kiri.
“ Faiz?” Dahlia melihat Irsya. Irsya hanya tersenyum lalu
melangkah ke arah suaminya yang sedang menunggu.
Dahlia dan Faiz kini sedang berhadapan tanpa kata. Dahlia
juga terkejut melihat penampilan Faiz sekarang. Jauh beza daripada dulu.
“ Lama kita tak jumpa.” Ujar Faiz dengan senyuman.
Dahlia hanya mendiamkan diri. Ya! Dah lama. Semenjak kau serang
pejabat aku sehingga hari ni. Dah dekat 2 bulan juga.
“ A.. awak jauh beza sekali.” Kata-kata itu terluah juga
daripada mulut Dahlia.
Faiz tersenyum.
“ Semua berlaku dengan pantas. Saya sendiri pun tak sangka.
Sebenarnya sebulan yang lepas, saya hampir terjebak dalam kes dadah. Tapi saya
diselamatkan oleh seorang lelaki tua. Lelaki yang saya sendiri tak tahu telah
ikat jamin saya.”
Dahlia terdiam. Menanti butir bicara seterusnya daripada
mulut Faiz.
“ Selepas saya diikat jamin tu. Saya sebenarnya dah hilang
arah tujuan. Rumah sewa saya dan kawan-kawan saya semuanya dah tak ada. Mereka
dah pergi tinggalkan saya. Masa tu saya buntu. Buntu nak cari jalan
penyelesaian. Saya Cuma teringatkan awak dan Irsya je masa tu.”
Dahlia tergamam apabila dia menyedari ada air jernih yang
bertakung ditubir mata Faiz. Dia menangis?
“ Masa tu, yang saya tahu saya mesti jumpa awak ataupun
Irsya. Saya rasa saya nak minta maaf dekat korang berdua sebab sayalah korang
sakit hati. Korang tersakiti. Dan lelaki tua itulah yang banyak menyedarkan
saya sampai saya jadi insaf. Saya sedar.”
Tanpa di pinta, setitis air mata telah jatuh dari tubir mata
Faiz.
“ Tapi malangnya apabila saya hanya dapat jumpa Irsya. Dia
dan Irfan yang banyak membantu saya selama ini. Saya amat berterima kasih dekat
diorang. Kalau mereka tiada saya tak tahulah. Selepas beberapa hari, saya puas
telefon dan cuba cari awak tapi saya tak berjaya. Awak pergi mana selama ni?”
Dahlia tersentak. Dipandang wajah Faiz yang mula berseri
itu.
“ Awak tak perlu tahu.” Ujar Dahlia perlahan.
“ Ya. Maafkan saya. Saya tak patut ambil tahu hal awak lagi.
Dan tujuan saya datang pun saya nak jumpa awak. Nasib ada mereka. Kalau tidak
mungkin saya dah tak berpeluang jumpa awak lagi.”
“ Maksud awak?” Dahlia rasa sesuatu.
Faiz tersenyum. Tiba-tiba ada seorang lelaki tua datang
menghampiri Faiz. Dipaut bahu Faiz mesra.
“ Ini papa saya. Lelaki tua yang saya cakap tadi itu
merupakan papa saya. Papa kandung saya yang telah lama saya cari. Kan saya ada
beritahu awak dulu.”
Dahlia mengangguk perlahan. Alhamdulillah. Akhirnya kau
jumpa kembali ayah kandung kau Faiz.
“ Saya akan pergi dari Malaysia. Maybe for a few years or
forever.”
Tersentak Dahlia. Selamanya?
“ Saya nak minta maaf atas perbuatan saya selama ini. Saya
tahu saya manusia yang tak berguna pada pandangan mata awak. Saya ni lelaki
jahat. Saya tahu semua tu. Tapi saya betul-betul minta maaf. Saya tak patut
buat awak macam tu. Saya harap awak dapat lelaki yang lebih baik daripada saya.
Saya doakan kebahagiaan awak sentiasa.” Kedengaran tulus sekali kata-kata Faiz.
Dahlia yang mendengar rasa sebak. Perlahan kepalanya dianggukkan.
“ Sa.. saya dah lama maafkan awak Faiz. Lagipun semua yang
terjadi ni ada hikmahnya. Saya juga doakan kebahagiaan awak di luar sana. Moga
awak dapat cari pengganti saya.” Ujar Dahlia dengan lembut.
Faiz tersenyum. Terima kasih Dahlia. Walaupun aku sayangkan
kau sangat-sangat. Tapi aku tahu aku dah tak berhak untuk kembali kepada kau.
Aku harap aku mampu lupakan kau.
“ Pa.. Jom kita pergi. Dahlia..kami minta diri dulu.
Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam..”
Dahlia menghantar kepergian Faiz dengan senyuman kesyukuran.
Tanpa dipinta, air matanya menitis. Ya Allah. Moga hidupnya diberkati.
“ Hei.” Bahunya tiba-tiba dipaut. Dahlia pantas menyeka air
matanya.
“ Dia betul dah berubah.” Ujar Dahlia tanpa memandang Irsya.
“ ya. Aku tahu. Sebenarnya kalau kau nak tahu. Dia sangat
sayangkan kau. Dia kata dia sangat ikhlas menyayangi kau. Tapi dia kata dia tak
mungkin kembali kepada kau setelah apa yang dia buat dekat kau.”
Dahlia pantas menoleh ke arah Irsya. Irsya tersenyum. Tahu
Dahlia terkejut.
“ Maafkan aku kerana aku tak beritahu kau lebih awal. Tapi
dia yang suruh rahsiakan.”
Air mata Dahlia mengalir lagi. Senyuman terukir dalam
tangisan. Saya pun sayangkan awak Faiz tapi hanya sebagai kawan. Sebab kita dah
tak ada apa-apa hubungan lagi. Maafkan saya Faiz.
**
Bingit telinga Haikal mendengar keriuhan di luar sana. Dah
macam pesta pun ada. Sedangkan sekumpulan peminat je pun.
“ Kau dah ready ke nak bertemu dengan peminat?” Soal Sham
pinta kepastian.
Haikal tersenyum lalu mengangguk.
“ Aku dah bersedia. Lagipun filem kita dapat sambutan
hangat. Jadi aku perlulah hargai mereka sebagai peminat.” Ujar Haikal tenang.
“ Okey. Jom..”
Dalam hatinya, dia berharap kehadiran seseorang itu. Dia
berharap ‘ dia’ akan datang ke situ dan berjumpa dengannya. Tapi adakah ‘ dia’
akan hadir?
“ Agak-agak mereka semua ni tahu tak siapa heroin filem ni?”
Soal Haikal kepada Sham.
Sham tersenyum. Bahu haikal ditampar perlahan.
“ Dalam filem itu jelas muka dia. Tapi mereka tak kenal
lagilah sebab dia kan pelakon ekspres. Mereka kenal dalam filem je lah. Macam
kau lah. Kenapa?”
Haikal tersenyum lagi.
“ Aku takut sekarang dia diburu peminat.” Seloroh Haikal
dengan sengihan.
Sham tertawa.
“ Kau ni. Kesian dia kalau perkara itu betul. Tapi mungkin
tak. Sebab baru dua hari filem itu di tayangkan. Lagipun aku jamin ramai orang
takkan tahu punya. Kecualilah dia selalu munculkan diri dikhalayak ramai. Dah
jom!”
Haikal tersengih. Dahlia! Aku teringin sangat jumpa dengan
kau. Dah dua bulan kita tak jumpa gara-gara sibuk. Dan jawapan kau pun belum
aku tahu. Bila agaknya kita dapat jumpa.
~Bersambung~
No comments :
Post a Comment