“ Kalau aku cakap aku
nak jaga dia? Apa pendapat kau?”
Alif yang seronok mengurut bahu Farah tersentak. Kata-kata
Izz tadi membuatkan dia sendiri terfikir. Apakah maksud kau Izz?
“ Kau faham tak maksud aku ni Alif?” Sekali lagi Izz
menyoal.
Alif mencuit bahu Farah yang asyik menonton televisyen itu.
Apabila Farah menyedari cuitan di bahunya, lantas dia memusingkan badan ke
belakang. Dia faham apa yang sedang Izz cakap sebentar tadi.
“ Abang Izz. Tapi kenapa?” Soal Farah pula.
Izz duduk di hadapan Alif. Kepalanya digelengkan perlahan.
Dia sendiri tiada jawapan untuk itu. Puas dia fikir kenapa tiba-tiba dia ingin
melindungi perempuan tu. Namun, tiada satu pun jawapan yang sesuai. Melainkan
wajah Zahra sama dengan wajah perempuan yang selalu muncul dalam mimpinya itu.
“ Farah bukan apa. Akak Zahra kan baru je…”
“ Itu abang tahu.” Pintas Izz lalu meraup wajahnya perlahan.
“ Abang Izz nak hiburkan hati dia. Abang terasa macam nak
lindungi dia. Jangan tanya kenapa sebab abang Izz tak ada jawapan untuk itu.
Biarlah masa yang menentukan segala-galanya.” Sambungnya lagi lantas tersenyum
kecil ke arah Alif dan Farah.
Farah dan Alif masing-masing terdiam. Tidak sangka Izz
sanggup buat macam tu. bagi Alif, Izz sangat berbeza kali ni. setahu dia, Izz
tak pernah nak ambil tahu pun fasal perempuan melainkan umi dan adik dia saja.
Tapi kali ni? maybe ada hikmah yang dia sendiri tak tahu. Maybe!
“ Farah. Tolong jangan beritahu apa-apa pun dekat akak kamu
fasal abang. Abang tak nak dia fikir abang simpati dekat dia. Sedangkan abang
Izz ikhlas. Abang nak sangat tengok dia tersenyum kembali. Tak salah kan
sebagai seorang sahabat membantu sahabatnya?”
Farah tersenyum lantas mengangguk. Ya! Sahabat membantu
sahabat. Tak salah!
“ Okey. Kalau begitu aku hanya mampu harapkan kau Izz.”
Alif akhirnya menepuk bahu Izz dengan senyuman lega. Dia
memang berharap akan ada seseorang yang mampu membuatkan hati akak iparnya
kembali tersenyum. Mungkin Allah sampaikan Izz untuk akak Zahra.
“ Dah. Jom kita pergi hospital. Akak Zahra boleh balik hari
ni.” Farah bersuara dengan ceria.
“ Okey! Jom!”
**
Hampir dua jam menunggu. Akhirnya Zahra sudah boleh keluar
daripada hospital. Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaannya kini.
Tersangatlah lega! Yang dia tahu sekarang, dia nak makan banyak-banyak. Rasa
lapar pula.
“ Akak nak ke mana lepas ni?”
Farah menjeling sekilas ke arah Zahra dengan senyuman. Alif
dan Izz dah pun menunggu dalam kereta.
“ Akak nak makan. Farah bawa akak pergi makan boleh? Akak
tiba-tiba mengidam nak makan nasi ayam pula.” Sengih Zahra sambil mengusap
perutnya. Bukan anak dalam kandungan yang lapar tapi dia sendiri. Yalah! Dari
semalam tak makan.
Farah yang melihat Zahra yang tersengih kerang busuk itu
tertawa kecil. baginya, inilah akak Zahra yang dia kenal dulu. Zahra yang lama
dah kembali ke? Atau akak Zahra hanya berpura-pura? Ah! Dia tak perlu nak fikir
semua tu. asalkan akak Zahra happy.
“ Eleh.. akak yang lapar ke baby tu yang lapar?” Usik Farah
lantas memasukkan beg pakaian Zahra ke dalam bonet kereta. Alif yang berada di
tempat pemandu pantas keluar ingin membantu isterinya.
“ Erk? Hehe.. Yelah. Akak yang lapar.” Dengan malu Zahra
menjawab.
Akhirnya tawa Farah meletus. Dah agak dah!
“ Kenapa ni?” Alif menyoal apabila Farah ketawa manakala
Zahra tersengih.
“ Nothing! Ini hal perempuan bang. Lepas ni kita pergi makan
erk? Akak Zahra lapar tu.” Ajak Farah dengan senyuman.
Tiba-tiba matanya nampak kelibat Izz yang melangkah ke arah
mereka. Tak lupa juga Izz membawa buah tangan kepada Zahra.
“ Aik? Abang Izz dari mana ni?” Jelas kerutan di dahi Farah.
“ Beli buah sikit. Ermm.. Ini untuk awak Zahra.”
Zahra melihat bungkusan itu dengan tertanya-tanya. Dia
teragak-agak sama ada nak ambil atau tak.
“ Ambil je. ini untuk awak.” Suruh Izz masih dengan
senyuman.
Dengan lambatnya Zahra menyambut juga huluran daripada Izz
itu. Dia hanya mampu tersenyum tanda terima kasih. Entah kenapa mulutnya
tiba-tiba terkunci untuk bercakap apabila berhadapan dengan Izz. Maybe fasal
semalam kot.
“ Abang Izz nak ikut kami ke atau nak balik terus?”
“ Kalau abang Izz nak ikut korang boleh?” Izz menyoal pula.
“ Mestilah boleh. Akak tak kisah kan?”
Semua mata memandang ke arah Zahra yang terpinga-pinga itu.
Akhirnya dia mengangguk. Dia rasa dia tak perlu kot nak menolak sebab Izz tu
kan sepupu Alif.
“ Okey! Let’s go guys!”
**
Diam tak diam. Zahra dah pun selesai menjamah makanannya
sekitar 5 minit yang lalu. Farah dan Alif langsung tak perasan reaksi Zahra
yang kekenyangan itu kerana asyik berbual. Manakala Izz pula sesekali menjeling
ke arah Zahra. Entah kenapa matanya degil ingin melihat perbuatan Zahra.
Burrkk!!
Zahra pantas menekup mulutnya. Kini ketiga-tiga mereka
menoleh ke arah Zahra yang sedang menahan malu itu.
“ Erk! Maaf!” Ucap Zahra sambil tersengih. Perlahan-lahan
tangannya diturunkan kembali dan diletakkan di atas riba. Haih! Asallah aku
sendawa kuat sangat tadi. Aku tau lah kau kenyang Zahra. Tapi buat malu je lah!
Akhirnya Farah dan Alif hanya abaikan saja. Tapi Izz? Dia
setia merenung ke arah Zahra dengan senyuman. Haih! Asallah dengan hati aku ni?
“ Zahra… awak nak lagi ke?” Tiba-tiba Izz menyoal sambil
menghulurkan pinggannya yang masih ada nasi itu.
Zahra pantas menggelengkan kepalanya. tolonglah! Aku dah
kenyang.
“ Sedap ke?” Izz menyoal lagi. Dia jadi tertarik pula nak
bercakap dengan Zahra. Sambil makan sambil tanya. Okey apa!
“ Urm… Sedap jugalah. Kalau tak saya takkan sendawa tadi.
Haha..” Zahra tertawa kecil apabila mengingatkan kejadian tadi. Bikin malu beb!
“ Erk.. akak.. kami berdua nak ke gerai sebelah kejap. Nak
beli buah tangan sikit untuk makcik Alif. Abang Izz dan akak Zahra tak kisah
kan?” Soal Farah lalu bangun daripada kerusi.
“ Eh! Tak. Pergilah.”
Zahra menjeling sekilas ke arah Izz sebelum tunduk memandang
pinggan. Dia pelik akan kerenah Izz. Bukan dia tak perasan mata Izz sesekali
menjeling ke arahnya.
“ Urm.. Saya Izz Firas. Rasanya kita tak berkenalan lagi
sebagai seorang sahabat kan?” Izz bersuara dalam nada ceria.
“ Erk! Perlu ke?” Dengan riak bersahaja Zahra menyoal.
“ Sangat perlu. Kan kita kawan?”
“ Urm.. Okeyh. Saya Zahra Umairah. Saya tak sebut nama penuh
saya pun awak dah tahu kan? so.. Ya. Saya sambut salam perkenalan awak tu.”
Kepala Izz terangguk-angguk menyambut kata-kata Zahra.
Adakah saat ini adalah sesuai untuk dia tanya soal peribadi Zahra? Agaknya tak
kot. Tapi aku nak tahu sangat dah ni. selagi aku tak tahu, pasti perkara itu
akan menghantui aku.
“ Erk.. Awak. saya nak tanya something boleh?” Izz ingin
berterus-terang.
“ Tanya je.” Zahra masih leka memandang ke jalan raya yang
sibuk dengan kereta itu.
“ Kalau boleh saya nak tahu. Apa yang dah terjadi pada
awak?” Dengan berhati-hati Izz menyoal. Takut Zahra terasa pula.
Zahra tersentak. Tapi dia tersenyum hambar menyambut soalan
Izz itu. Kenapa lelaki ni beria-ria nak tahu soal peribadi aku?
“ Kenapa? Saya rasa awak sebagai peguam or lebih senang lagi
saya cakap awak yang uruskan kes saya pasti tahu bukan? Jadi.. Saya rasa tak
perlu kot saya nak cerita. Lagipun saya rasa tak perlu nak buka kisah yang amat
menyakitkan tu. Awak tahu tak? Sepanjang saya kenal dia dulu. Tak pernah pun
dia nak pukul or tampar-tampar saya. Tapi semenjak lima bulan yang lalu. Dia
berubah.”
Mata Zahra kembali berkaca-kaca. Dia sendiri hairan.
Mulutnya jadi ringan ingin bercerita kepada Izz. Tapi dia tak lah bodoh sampai
nak cerita kesemuanya. Dia masih ada maruah yang harus dilindungi.
“ Awak.. salahkah kalau saya berubah? Kenapa dia tak suka
keadaan saya yang sekarang? Dia kata saya berlagak alim. Sedangkan semua suami
nak seorang isteri solehah. Kan?”
Izz termangu. Hatinya sayu melihat air muka Zahra yang mula
berubah mendung itu. Dia jadi serba salah. Kalaulah dia tak buka topik tu.
pasti Zahra takkan jadi macam ni.
“ Maafkan saya. Saya tak patut tanya awak tadi…” Pinta Izz
lembut.
“ Tak apa. saya tahu awak tertanya-tanya. Jadi tak salah
kalau awak nak ambil. Saya pun nak minta maaf fasal semalam. Kalau awak tak
sedarkan saya. Maybe saya tak berada dekat sini. Maybe saya masih dekat
hospital.”
Tangannya perlahan mengesat air mata di hujung tubir mata.
Dia harus kuat. Dia tak mahu menangis lagi demi lelaki tak guna tu. dia
bertekad yang dia ingin teruskan hidup bersama dengan anaknya yang berada dalam
kandungan tu. dia tahu Allah sentiasa bersama dia.
“ Zahra… saya rasa dia sangat rugi. Rugi sebab lepaskan
awak.”
Tanpa Izz sedar, dia telah bercakap sesuatu yang membuatkan
Zahra sendiri terkedu. Tapi Zahra masih berlagak biasa. Seperti tiada apa-apa
yang berlaku.
“ Urm.. Tak sabar saya nak awak balik ke rumah umi saya. Nanti
saya kenalkan umi saya dekat awak. awak jangan risau. Umi dan adik saya tu
peramah orangnya.” Ujar Izz menukar topik.
“ Yeke? Patutlah abang dia tu peramah terlebih.”
Tawa Izz meletus. Peramah? Ya! Betullah tu. Sampai terlebih
dah pun aku rasa.
“ Terima kasih.”
**
“ Assalamualaikum Umi..”
“ Waalaikumussalam. Masuklah.”
Zahra kelihatan sangat kekok apabila berhadapan dengan
family Izz. Dia sendiri merasakan yang dia tak patut berada di sini. Dia macam
menyusahkan mereka semua pula.
“ Akak! Kenapa tak masuk lagi?” Laung Farah dari dalam
rumah.
Dengan senyuman kelat, Zahra melangkah masuk ke dalam rumah.
Ya Allah. Aku akan susahkan mereka ke?
“ jangan risau. Kedatangan awak amat dialu-alukan.” Bisik
Izz lalu meninggalkan Zahra.
Zahra sendiri tersentak saat terdengar bisikan itu. Mujur dia
tak terpukul kepala Izz. Kalau tak cari nahas je.
“ Ni ke Zahra yang kamu cerita tu Alif?”
“ Haah. Akak ipar Alif.”
Umi melihat Zahra dengan senyuman manis. Tanpa dipinta,
tangan Zahra ditariknya ke dalam pelukan. Zahra pula yang terkedu dengan
perbuatan Umi tu. Tapi tak pula dia menolak.
“ Terima kasih kerana sudi datang ke rumah Umi. Umi sangat
menantikan kehadiran kamu. Kamu anggap je rumah ni sebagai rumah kamu sendiri.”
Kata-kata Umi berjaya memecahkan tembok keharuan Zahra. Hampir
saja dia menitiskan air mata. Tiba-tiba dia teringat arwah ibu dan ayahnya. Hatinya
turut sebak.
“ te..terima kasih makcik.”
Umi pantas melepaskan pelukan. Kepalanya digelengkan sambil
melihat Zahra. Zahra pula pelik.
“ Jangan panggil makcik. Tapi Umi. Boleh kan?”
Zahra menggenggam kemas tangannya. Dia cuba menahan daripada
menitiskan air mata. Ya Allah. Terima kasih kerana sampaikan aku seorang makcik
yang sangat baik. Tapi macam mana kalau Umi tahu kisah silam aku? Aku pasti Umi
takkan terima aku lagi sebagai tetamu.
“ Umi… Umi… Zahra…Zahra nak peluk Umi..”
Pantas Zahra memeluk Umi dengan esakan kecil. dia dah tak
dapat nak tahan daripada terus menangis. Dia asyik teringatkan arwah ibunya. Kalaulah
ibunya masih ada.
“ Syyhhh!! Kenapa ni Zahra? Jangan nangis sayang. Umi
sentiasa ada di sisi Zahra.” Sambil mengusap perlahan belakang Zahra. Umi cuba
memujuk Zahra.
Farah yang sedari tadi melihat turut menitiskan air mata. Dia
tahu apa yang Zahra sedang rasakan ketika ini. Mereka berdua sama-sama rindukan
arwah ibu dan ayah mereka.
Alif terus menarik Farah dalam pelukan. Sedih tengok Farah
yang sedang mengalirkan air mata itu. Manakala Izz menahan sebak melihat Zahra.
‘ Ya Allah. Kalau benar aku boleh buatkan dia bahagia. Satukanlah kami Ya
Allah.’ Tiba-tiba Izz berdoa dengan senyuman kecil.
“ Umi… masa untuk makan..” Suara Izz lembut. Dia tak mahu
Zahra terus-terusan menangis.
Zahra pantas meleraikan pelukan. Wajahnya kini basah dengan
air mata. Umi yang melihat menyeka air mata itu dengan lembut. Senyuman kecil
diberi kepada Zahra.
“ Lepas ni, kalau Zahra ada apa-apa masalah. Beritahu je
Umi. Anggap Umi ni sebagai ibu Zahra. Umi tak kisah.” Pesan Umi.
Zahra hanya mengangguk lalu membalas senyuman Umi. Sungguh! Dia
terasa ada perasaan bahagia sedang menjalar dalam dirinya saat Umi berkata
begitu.
“ Okey! Jom kita makan. Lepas ni kita pergi tengok kampung. Amacam
Alif?” Izz kemukakan cadangan.
Alif menjeling Izz sebelum menoleh ke arah Farah. Apabila Farah
mengangguk Alif turut melakukan perkara yang sama.
“ Okey je.”
“ tapi!”
Kini, mereka semua tertumpu pada Umi.
“ Kamu kena kemas dulu bilik-bilik yang ada dalam rumah ni.
kalau tak korang nak tidur mana malam ni? Umi tak nak masuk campur erk? Jom
Zahra..”
Belum sempat Zahra nak berkata-kata, Umi terlebih dahulu
menarik lengan Zahra agar mengikutinya ke dapur.
“ Umi! Tak acilah! Izz bukan tetamu tapi Alif ni yang tetamu
lah.” Izz mula merungut. Sedangkan sengaja je pura-pura marah.
“ Aci dekat India!” Sempat lagi Umi melaung dari dapur.
Akhirnya mereka ketawa dengan perasaan gembira.
No comments :
Post a Comment