“ Awak! Awak!”
Nafasnya tercungap-cungap memanggil perempuan itu. Penat dia
berlari untuk mengejar perempuan itu. Tapi dia masih gagal. Perempuan itu juga
langsung tidak menyahut panggilannya.
“ Awak! Tunggu kejap!”
Selepas penat berlari, akhirnya perempuan itu menoleh ke
arah dia dengan senyuman kecil. Kepalanya dianggukkan perlahan.
“ Adakah awak ni Zahra?”
Izz menyoal dengan kerutan di dahi. Hilang segala rasa
penatnya. Dia mula mendekati perempuan itu. Wajahnya amat mirip dengan Zahra.
Perempuan itu tidak menjawab tapi hanya tersenyum. Tanpa
berlengah dia kembali meneruskan langkah sampailah ke satu cahaya yang amat
terang. Izz yang melihat cahaya itu pantas menutup mata. Cahaya itu terlalu
terang.
“ Saya akan muncul lagi apabila tiba masanya.”
“ Along!”
Izzati menggoncang bahu Izz agar bangun. Daripada tadi tidur
dan sampai meracau-racau panggil ‘awak’. Izzati pun tak tahu apa yang terjadi
pada Izz.
“ huh!”
Izz tersedar selepas mimpinya terhenti. Izz menoleh ke kiri
dan kanan. Melihatkan Izzati berdiri di sisinya itu, dia meraup wajahnya
perlahan dengan hati yang berdebar-debar.
“ Along kenapa?”
Izz terdiam. Dia teringat lagi apa kata-kata perempuan dalam
mimpinya itu.
‘Saya akan muncul lagi apabila tiba masanya.’
Izz mengetap bibir. Apa maksud dia? Adakah dia maksudkan
Zahra? Dia ke Zahra? Arh! Tak mungkin. Aku terlalu banyak berfikir ni.
“ Along!” Izzati menyergah Izz apabila Izz asyik sangat
mengelamun.
“ Apa?”
Izz bangun duduk. Kini, hanya dia dan Izzati berada di
rumah. Umi, Alif dan Zahra pergi hospital bawa Farah yang pengsan tadi. Dia
memang nak pergi tapi Umi tak bagi. Umi suruh mereka berdua jaga rumah. Jaga
rumahlah sangat sampai tertidur jawabnya. Dapat mimpi pelik pula tu. Akhirnya
Izz hanya menggelengkan kepalanya.
“ Adik risaulah dengan along ni. tadi sampai meracau-racau.”
Ujar Izzati lalu bangun duduk. Dia yang tengah berbaring sambil berangan tadi
tersentak terus selepas abangnya itu meracau-racau. Terkejut sangat dia masa
tu.
Izz tersentak. Aik? Sampai meracau-racau. Haih! Parah!
“ Tak ada apa-apa lah. Umi belum balik ke? Dah dekat pukul
11 malam ni. Risau pula along.”
Izz cuba menukar topik. Dia tak mahu sesiapa pun tahu
tentang mimpinya selama ni. Baru malam ni mimpinya berlainan sedikit daripada
yang sebelum ni. Buat pertama kalinya juga perempuan tu bercakap. Izz termangu
sendiri. Adakah ini semua petunjuk Allah?
“ Tadi Umi telefon. Katanya dalam perjalanan. Along jangan
risaulah.”
Izzati kembali berbaring. Tiba-tiba dia menguap. Alahai!
Mengantuk pula. Baru nak habiskan drama Inggeris ni.
“ Along. Adik masuk tidur dulu. Along jaga rumah. Nanti Umi
sampai tolong bukakan pintu.”
Izzati terus meluru masuk ke dalam biliknya tanpa
menghiraukan Izz yang masih termenung itu. Lantaklah! Aku ni cakap dengan orang
ke dinding? Haih! Along..Along…
Izz menongkat dagu dengan penuh tanda tanya. ‘ Ya Allah. Apa
perlu aku lakukan sekarang? Adakah aku perlu terus menanti atau pun cuba
mendekati Zahra? Aku sendiri buntu.’
Terhambur keluhan kecil daripada mulutnya. Dia dah penat
untuk berfikir. Akhirnya dia terus baring dengan mata yang terpejam.
‘ Kalaulah perempuan dalam mimpi aku tu beritahu sebabnya.
Pasti aku takkan jadi macam ni. gara-gara mimpi tu jugalah aku masih
teragak-agak nak cari calon isteri. Hurmm..’
**
Zahra melihat wajah yang tengah tidur itu dengan senyuman
kecil. Penat sangatlah tu sampai tak sedar kami dah sampai. Nasib baik Umi bawa
kunci lebih. Izz… Izz… Kadang-kadang awak ni kelakar juga.
“ Biarkan dia Zahra. Letih sangatlah tu. biar dia tidur
dekat situ. Dia dah biasa tidur dekat sofa tu kalau malas nak masuk bilik.
Biasalah orang bujang kan.”
Zahra tersenyum mendengar kata-kata Umi sebentar tadi. Tanpa
berlengah, dia terus masuk ke dalam biliknya. Hatinya jadi gembira apabila
mendapat tahu Farah sudah mengandung. Ini juga bermakna, dia dan Farah mungkin
akan bersalin pada bulan yang sama. Tak sangka sungguh. Teringat lagi wajah
teruja Farah ketika itu.
“ Macam mana dengan isteri saya doktor?” Cemas Alif menyoal
doktor Azim ketika itu. Doktor yang telah lama berkhidmat untuk Alif dan
keluarganya.
Doktor Azim tersenyum lebar.
“ Tahniah Alif. Kamu bakal menjadi ayah tak lama lagi.”
Mereka berempat terlopong terutama Farah.
“ A..apa? ayah? Jadi saya mengandung doktor?” Soal Farah
masih tak dapat menangkap maksud doktor Azim sebentar tadi.
“ Ya. Kamu dah mengandung Farah. Kandungan kamu baru nak
masuk dua bulan. Kalau ikut hari, kandungan kamu tu baru 25 hari.”
Farah terus menekup mulut menahan keterujaannya. Ya Allah.
Aku dah nak jadi ibu. Terima kasih kepadaMu Ya Allah.
“ Abang! Kita dah nak jadi..”
“ Ya sayang. Ya..” Alif terus menarik Farah dalam
pelukannya.
Umi dan Zahra yang melihat mengucap syukur. Rasa bahagia
menyelinap di hati.
“ Zahra..”
Lamunan Zahra terhenti apabila mendengar namanya dipanggil.
Pantas dia memusingkan badan ke belakang.
“ Ya Umi.”
“ Nanti bila kamu masuk bilik kalau ada yang tak puas hati.
Beritahu si Izz tu. Semua tu kerja dia.” Ujar Umi dengan senyuman.
Zahra terdiam. Izz terlalu banyak bersusah payahlah untuk
dia.
“ Okey je Umi. Jangan risau. Zahra masuk tidur dulu erk?”
Zahra kembali masuk ke dalam bilik apabila Umi berlalu
daripada situ. Sebaik sahaja Zahra menutup pintu bilik, dia tercengang.
‘ Ya Allah.’
Zahra bergerak ke arah meja solek. Di atasnya terdapat
banyak kad-kad kecil yang comel. Tak lupa juga sekuntum bunga ros terletak elok
dalam pasu. Kemudian matanya teralih pula pada cermin. Terdapat sekolompok
bintang-bintang kecil daripada kertas tergantung dekat situ.
Zahra tersenyum kecil. macam mana dia boleh terfikir buat
semua ni? tak sangka si Izz tu kreatif juga.
Zahra melihat sekeliling bilik itu. Bilik itu bagaikan taman
buat dia. Aman dan damai dia rasakan sekarang. Cat dinding yang berwarna biru.
Ton warna pada lantai kelihatan seperti dia berada di pantai. Yang pasti Zahra
cukup kagum melihat dekorasi bilik tersebut.
Matanya kembali tertancap pada kad-kad kecil tadi. Dia
mencapai salah satu daripadanya lalu membuka untuk membaca.
‘ Bersinarlah seperti mana matahari mencerahkan kegelapan’
‘ Be not sad, surely Allah is with us’
‘ Forget about the past. Just follow on the flow. I know you
can do it’
Ketiga-tiga kad kecil yang berada di atas meja solek itu
telah dibaca Zahra. Bibirnya menguntum senyuman. Pandai Izz bermadah.
“ Terima kasih Izz. Saya pasti takkan lupakan kata-kata awak
ni.”
**
Terpisat-pisat Izz
bangun apabila menyedari lampu utama sudah tertutup. Dia mengerling ke arah jam
dinding. Ya Allah! Dah pukul 1 pagi? Lamanya aku tertidur. Sampai tak perasan
mereka dah sampai. Ish!
Izz bangun dan ingin menuju ke dalam bilik. Tak elok pula dia
terus tidur dekat ruang tamu ni. kalau tak ada Zahra lain cerita. Tapi ni ada.
Buat malu je lah nanti.
Tapi belum sempat dia ingin masuk ke dalam bilik. Dia
terdengar suara orang mengaji dari bilik tetamu. Bilik yang diduduki oleh
Zahra. Perlahan-lahan dia menapak ke situ.
Terdengar alunan suci Al-Quran daripada mulut Zahra. Izz
yang mendengar terasa sayu. Dia turut berasa sebak apabila mendengar Zahra
membaca dalam keadaan yang teresak-esak. Dengan berhati-hati dia menguak
sedikit pintu bilik itu. Mujur Zahra tak perasan.
Apa yang dia dapat lihat sekarang, Zahra tengah membaca
Al-Quran sambil menangis di atas sejadah. Izz tersenyum nipis. Ya Allah.
Berilah dia kekuatan.
“ Ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosaku. Aku terlalu hina
dimataMu dulu Ya Allah. Berilah aku
peluang untuk menebus kembali dosa-dosa ni. Sesungguhnya aku adalah
manusia yang paling jahil di mata Mu Ya Allah..”
Izz kembali menutup pintu. Dadanya disentuh perlahan.
Melihatkan keadaan Zahra tadi. Dia berasa sebak. Dia turut merasakan dia juga
insan yang hina di matanya.
Esakan Zahra masih kedengaran. Izz kembali masuk ke dalam
bilik dan duduk di birai katil. Matanya jatuh memandang ke kaki. Tiba-tiba dia
teringat sesuatu. Sesuatu yang menyiksakan jiwa raganya pada masa dulu.
Mukanya diraup kasar. Kalau boleh dia dah tak mahu ingat
soal itu. Semua itu hanya boleh membuatkan dia menitiskan air mata saja. Tapi
bila tengok Zahra sebentar tadi. Terus dia jadi teringat peristiwa di mana dia
yang menjadi mangsa dan akhirnya dia jugalah yang membantu orang tersebut.
‘ Argh! Bodohnya aku!! Kenapa perlu aku ingat soal itu lagi?
Huh!’
Akhirnya dia terus baring di atas katil. Dia ingin
merehatkan otak serta berfikir dengan positif. Dia dah tak mahu ingat apa yang
sepatutnya menjadi derita buat dia.
Tapi, dia masih dapat dengar sayup-sayup suara Zahra. Dan
dia tewas dengan dirinya sendiri. Air matanya mengalir turun. Berulang kali dia
menahan daripada menitiskan air mata. Dia kan lelaki jadi dia perlu kuat.
Namun, semua itu hanya pada luaran. Dalaman sesiapa pun tak tahu isi hatinya
sebelum ni.
‘ Ya Allah.’
No comments :
Post a Comment