Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday 16 March 2013

Cinta Bersatu (12)


" So?"

Aku telah ceritakan kepada Badrul dari A sampai Z apa yang berlaku semalam. Dan aku jadi malu. Kata nak peras ugut tapi aku pula yang dapat malu. Ceh!

" Aku rasa suami kau tu jujur. Dia cuma nak tahu kebenaran je lah. Kau tak patut marah dia. Kesian dia.."

Aku menjelingnya geram. Bukan nak menenangkan diri aku. Buat sakit hati lagi adalah.

" Ish..sudahlah. Kau ni pun satu."

" Betullah apa yang aku cakap. Cuma satu je yang aku nak dengar dari mulut kau sendiri. Benarkah kau cintakan dia?"

Aku terkedu. Soalan yang tak pernah ku jangka. Anuar sendiri pun tak pernah tanya soalan itu kepadaku.

" Entahlah.. nampaknya memang betul aku sudah jatuh cinta dekat dia. Tapi aku masih belum dapat bersamanya lagi. HAti aku ni masih sakit akan perbuatan dia dulu. Kau rasa apa patut aku buat?"

Badrul mengusap dagunya perlahan. Dah macam gaya seorang detektif pula.

" Hurmm..aku rasa.. hurmm.."

Aku melihat dia dengan muka seposen. Kalau dah hurmm banyak kali tu. Maknanya tiada idea lah.

"Tak da idea tapi buat macam tahu." Badrul tersengih.

" Aku rasa kau patut beri peluang kepada diri kau dan dia. Kenal hati budi dia. Buat macam korang ni berkawan. Macam baru berjumpa. Ala..macam pasangan kekasih tu." saran Badrul.

Aku menyisip air milo sambil berfikir. Boleh ke?

" Jangan kau nak ragu-ragu sangat lah. Aku sangat pasti dan yakin." ujarnya sambil mendabik dada. Yakin sangat macam tu lah.

" Hek eleh.. Yang kau yakin sangat soal aku ni. Soal kau dengan Izah macam mana?" soalku pula.

Dia tersengih kerang busuk. AKu menjongket kening. Takkan bergaduh lagi. Selalu penyebab bergaduh mereka adalah Badrul. Tak pandai jaga hati perempuan langsung lah budak ni.

" Jangan kau kata dia masih merajuk dengan kau?" tempelakku.

" Woih! Agak-agak arh apa yang kau kata tu. Kalau dia masih merajuk, tak ada masa aku nak lepak dengan kau sekarang ni. Cuba fikir positif sikit." ujarnya geram.

AKu tersengih. Tahu pun marah.

" Tak lah. Kau tu macam tak peduli je. Kau jangan Rul. NAnti hati dia sakit, merana kau. HAti perempuan ni taklah sekeras mana. Tapi kalau sekali kau hancurkan hati dia, kau boleh belahlah."

Badrul mengangguk perlahan..

" Aku tahulah. Kau ni pun. Jangan pandang aku sebelah mata tahu tak?" AKu mencebik.

Perasan je lebih mamat ni. Nak kata hensem tak sangat. Tapi satu je yang aku tabik dekat dia. Dia ni jenis yang setia. Dia ada kata kalau sekali dia sayangkan seorang perempuan tu. Dia tidak akan beralih kat lain dah. Lelaki macam nilah yang orang perempuan cari.

" OIt! Berangan pulak kau ni." sergah Badrul.

AKu hanya tersengih. Tiba-tiba telefon bimbitku bergetar. Sengaja aku tukarkan mood silent.

" Weh..aku pergi dulu. Nanti kita jumpa lagi." Dia bangun dan mencapai begnya.

" OKey bro.." Terus dia beredar dari kantin kolej.

Aku menatap skrin telefon. Anuar! Semenjak kejadian sehari yang lepas. Aku selalu je nak mengelak daripada bertembung dengan dia. Bukan itu saja, bila teringatkan masa tu, aku jadi malu. Dan kalau bertentang mata dengan dia. Hati aku akan jadi berdebar-debar.

Macam sekarang lah. Tengok nama dia diskrin telefon ni saja dah buat aku gelabah tak tentu pasal. Nampaknya cinta aku ni kembali berputik. Macam  6 tahun yang lalu.

Telefon ku kembali bergetar. Nak jawab ke tak nak. Semenjak kejadian itu juga aku jarang berbual dengan dia. Hanya yang penting je. So? Nak jawab ke tak.

Setelah aku buat pertimbangan, akhirnya aku menjawab panggilan tersebut.

" Helo.. Dee ada di mana?" Aku mengerutkan dahi apabila mendengar suara yang berada di corong telefon. Ini bukan dia.

" Dee ada di kolej. Ni siapa?"

Aku mula berasa tidak sedap hati. Pantas aku bergerak meninggalkan kantin.

" Ni abang Azim."

" Oh..kenapa abang Azim."

Abang Azim merupakan abang iparku yang sulung. Anuar ni anak ketiga daripada empat adik beradik.

" abang nak Dee ke hospital sekarang. Anuar berada di sini." Aku tersentak.

Serentak langkahku terhenti. Hatiku kembali jadi berdebar-debar. Ya Allah apa yang terjadi kepada dia?

" Ke..kenapa dengan dia abang Azim?" soalku gugup.

Aku kembali melangkah ke arah kereta. Kereta yang ku pinjam daripada Badrul. Mujur Badrul benarkan.

" Yang penting Dee datang sini dulu. Anuar tak apa-apa. Cuma cedera sikit je. Datang ye.."

" Ye..Dee ke sana secepat mungkin."

Talian dimatikan. Aku pantas masuk ke dalam kereta dan membuka enjin. Aku sudah jadi tak tentu arah selagi tak tahu keadaan sebenar Anuar. Harap-harap dia selamat.

***
Sampai saja di hospital, aku pantas menuju ke wad Anuar yang diberitahu nurse tersebut.

" Abang Azim!" Panggilku apabila nampak kelibat dia dan ibu mertuaku turut berada di situ.

" Macam mana keadaan dia?" soalku cemas.

" Dia masih dirawat. TApi jangan risau sebab doktor kata luka kecil je." maklum Abang Azim dengan tenang.

Aku melihat ibu. Kelihatan ibu bimbang selagi tak tahu keadaan sebenar Anuar.

" Macam mana dia boleh cedera?" soalku ingin tahu.

" Abang pun tak tahu keadaan sebenar. YAng abang tahu, Anuar ni mangsa langgar lari. MAsa tu Anuar baru keluar dari kedai. Dia mahu melintas. Tapi dia tak sangka semasa dia berada di pertengahan jalan, ada satu motor laju datang ke arahnya. Mujur dia sempat mengelak. Tapi tu pun cedera juga." Jelas abang Azim.

Aku mendengar dengan teliti. Siapa lah yang bawa motor tu. Kalau aku dapat tahu memang dah lama makan saman.

" Jangan risaulah. Mesti Anuar tu takkan ada apa-apa lah." suara ibu.

Selepas itu, doktor yang merawat Anuar pun keluar. Kami pantas menuju ke arah doktor itu.

" macam mana keadaan adik saya doktor?" soal Abang Azim.

" Alhamdulilah. Dia baik-baik saja. Jangan risau. Dia cuma luka sikit je." maklum doktor itu dengan senyuman.

Aku menarik nafas lega. Alhamdulilah..

" Kami boleh masuk?" soalku ibu. Doktor itu mengangguk lalu beredar dengan senyuman.

Kami pun masuk selepas mendapat kebenaran doktor. AKu melihat dia sedang menahan kesakitan ketika nurse itu membalut luka di lengannya. Aku jatuh kasihan pula.

" Nuar.. kamu tak apa-apa?" soal ibu risau.
Anuar tersenyum.

" Nuar okey lah. sikit je. Maaflah kalau buat semua orang risau."

" Mestilah. Tak pernah pun Nuar jadi macam ni sebelum ni." Ibu berkata dengan geram. Mungkin geram akan sikap Nuar yang macam tak ambil peduli je sedangkan dah kena batang hidung sendiri.

Aku jadi teringat kata-katanya dulu. Dia kata dia tidak akan jadi mangsa langgar lari asalkan dia berhati-hati ketika melintas jalan. Yakin sangat kata-katanya masa tu. Tapi sekarang, kata-kata tu memakan diri sendiri. Aku tersenyum saat teringat masa itu.

" Dee.." Aku tersentak. Aku menoleh melihat ibu.

" Malam ni biar ibu jaga Nuar ya. Kamu kan letih. Baru balik dari kolej." Ibu cuba meminta izin daripadaku.

Tapi buat apa ibu nak minta izin daripada aku pula. Sedangkan Anuar tu kan anak dia. Aku ni hanyalah isteri dia. Masih belum layak dipanggil isteri sebenarnya.

" Ibu.. Nuar okey ni. Sikit je. Nuar tahu jaga diri. Tak usahlah ya.." Dia cuba memujuk ibunya.

" Tapi ibu risaulah." AKu tersenyum melihat keresahan ibu.

Aku mendekati ibu. Bahu ibu diusap perlahan.

" Ibu jangan risau. Nuar tahu jaga diri. Lagipun Dee ada untuk tengok-tengokkan dia. Ibu tak usah risaulah." ujarku bagi menghilang keresahan ibu itu.

Anuar tersenyum akan kata-kata aku. Dia mengangguk tanda menyetujui kata-kataku.

" Ibu.. jangan risaulah. Tahulah anak menantu ibu ni jaga." Suara abang Azim pula.

Aku melihat ibu dengan senyuman. Mungkin sukar untuk dia buat keputusan sebab Anuar ni anak kesayangan ibu.

" Yelah.." Kami tersenyum lega apabila mendengar jawapan ibu. Selesai masalah.

" Pastikan Dee jaga dia baik-baik." Sempat ibu berpesan.

" ye..Dee ingat akan kata-kata ibu." balasku sambil memaut bahu ibu mesra.

Aku tersenyum. Kalaulah ibu tahu yang hubungan kami masih tidak baik seperti sebelum ni. Pasti ibu kesal kan? Aku menjeling Anuar. Adakah kami dapat bersama sehingga ke akhir hayat?

" Dee..jom balik." suara Anuar membuatku tersentak.

"okey..."

" Eh? Jap." Suara ibu membuat langkahku terhenti.

Kami bertiga menoleh memandang ibu.

" Azim.. abah kamu suruh ambil pukul berapa?" soal ibu kepada abang Azim.

Aku yang tak faham itu memandang Anuar. Tapi Anuar pun tak tahu dengan menjongketkan bahu.

" Erk.." Abang Azim menilik jam. Tiba-tiba ibu dan abang Azim menampar dahi masing-masing.

" Masaklah kita dengan abah."

" Sudah..jom kita pergi. Nanti bising abah kamu tu. Dee kamu bawalah Anuar balik. Kamu bawa kereta sendiri kan?" Aku hanya mengangguk.

" Bagus. Kami pergi dulu. Nanti abah kamu bising tak tentu pasal. Ibu pergi dulu. Assalamulaikum."

" Waalaikumussalam." Jawab aku dan Anuar serentak .

Selepas ibu dan abang Azim berlalu, aku menoleh ke arah Anuar. Kelihatan dia susah nak berdiri.

" Kenapa? Kaki tu sakit ke?" soalku risau.

" Mungkin terseliuh semasa saya nak mengelak tadi." jelasnya lalu kembali duduk.
Kasihan pula.

" Biar saya pangku awak. Awak letakkan tangan kanan awak di belakang saya. Boleh?" soalku.

" tak apa ke?" Aku tersenyum. Aku menghampirinya lalu mencapai tangan kanannya itu.

" Tak pun. Cepat."

Dia bangun perlahan-lahan dengan bantuanku. Tidaklah susah nak berjalan.

" Terima kasih." ucapnya ketika kami berjalan keluar dari wad.

" sama-sama." balasku sambil tersenyum.

Susah senang kita bersama. Bukankah kita ni suami isteri. Jadi saya patut bantu awak.

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers