“ Silakan masuk. Jangan malu-malu. Selamat datang.”
Kakinya terkocoh-kocoh masuk ke dalam rumah saat melihat
ramai tetamu telah hadir. Dengan pantas juga, dia melencong masuk ke dalam
bilik kakaknya itu. Termengah-mengah dibuatnya.
“ Kak.”
“ Rileks dik. Kau ni.”
Belakangnya diusap perlahan.
“ Bakal abang ipar adik pesan jangan gelabah. Jangan takut.
Ingat Allah. Ha tu je kot. Haish. Penat betul jadi orang tengah ni.”
Terletus ketawa kecil daripada Hanis. Adiknya itu memang
terbaik.
“ Dah. Adik nak keluar. Nak tengok bakal abang ipar pegang
tangan tok kadi. Daa.”
Kakinya melencong pula ke arah ruang tamu. Tempat di sisi
ibunya di ambil dengan senyuman kecil.
Tudungnya yang kelihatan berserabut itu diperbetul. Tangan ibunya yang berada
di sisi digenggam. Macam dia pula yang nak berkahwin.
“ Fisya. Kenapa nampak penat sangat ni?” Soal Hajah
Kamariah.
“ Kak tu la. Penat jadi orang tengah diorang ni.”
Hajah Kamariah hanya menggeleng kepala.
“ Kamu tu pun. Ikutkan sangat. Nanti ibu kahwinkan kamu
sekali baru tahu.”
Tersentak terus Fisya dibuatnya. Ibunya yang melihat tahan
daripada ketawa. Kelakar sangat wajahnya tu.
“ Ibu. Janganlah. Fisya still belajar okay. Tak ada hati nak
kahwin awal-awal ni. Buang karan.”
Terus disekeh kepala anak bongsunya itu.
“ Ouch! Sakitlah ibu.”
“ Lain kali cakaplah yang mengarut lagi. ada pula kahwin
dikatakan buang karan. Dah- dah. Diam.”
Fisya tersengih. Salah ke apa aku cakap tadi? Hoho.
“ Pengantin lelaki. Dah bersedia?”
“ Alhamdulillah dah.”
Hampir 15 minit, akhirnya Hanis bersama pilihan hatinya
telah sah menjadi suami isteri. Fisya yang melihat merasa bahagia. Dia gembira
kalau akaknya gembira. Lepas ni, boleh minta upah. Haha.
“ Akak. Tahniah.”
Terus dipeluk Hanis dengan perasaan gembira. Dah nama pun
dapat abang ipar. Gembira tak terkata.
“ Nanti giliran adik pula. Akak tunggu saat tu.”
Fisya meleraikan pelukan bersama muka cemberut. Tak
habis-habis suruh aku kahwin.
“ Fisya keluar dululah. Benci asyik dengar fasal kahwin.
Bye.”
Hanis ketawa kecil. Adik adik. Agaknya siapala yang boleh
tahan perangai adik aku yang seperti kebudak-budakan ni. Alahai.
Fisya melangkah ke arah ibunya yang tengah bersembang dengan
ibu mertua Hanis. Senyuman manis diukirkan sebaik sahaja sampai di sisi ibunya
itu. Tapi, entah mengapa matanya kini lebih tertarik pada seorang lelaki yang
sedang asyik sembang dengan abang iparnya itu.
“ Fisya.”
Dengar je nama dia dipanggil, dia terus toleh ke arah lain.
Haish! Jaga mata Fisya.
“ ye ibu.”
“ Pergilah makan dulu. Kamu mesti penat tolong abang ipar
kamu tu.”
Fisya mengangguk perlahan. Tapi sempat lagi dia mengarah ke
arah abang iparnya itu.
“ Abang Fiq! Nak upah.” Dengan sengihan kerang busuk dia
meminta.
“ Haha. Upah untuk?”
“ Hala. Penat tau tak orang tolong dia dengan akak. Sampai
rasa nak patah kaki ni. So, nak juga upah. Hehe.”
Matanya teralih pula pada lelaki yang menjadi perhatiannya
tadi. Dia hanya mampu berbalas senyuman kerana dia lebih tumpukan pada
kata-kata abang iparnya itu.
“ Amboi. Yelah. Esok abang belanja makan.”
“ Yes! Okay. Fisya tuntut janji. Okay bye. Nak pergi makan.”
Sesudah Fisya berlalu, Fikri hanya mampu tersenyum.
“ Beb. Tu adik ipar kau ke?” Soal Johan yang semenjak tadi
memerhati tingkah Fisya.
“ Haah. Kenapa?”
“ Comel.”
Fikri tersentak. Aik! Bukan selalu aku dengar si Johan ni
puji perempuan. Ehem. Ehem.
“ Minat ke? Kalau minat cepat-cepatlah pikat. Nanti dirampas
orang.”
Johan masih mendiamkan diri.
“ Bro. Kau okay ke tak ni?”
Johan tersentak.
“ Aku okay. Cuma… adik ipar kau buat aku terfikir. Tak
apalah. Jom.”
Mungkinkah aku akan bertemu lagi dengan dia?
**
Fisya mengeluh perlahan. Hujan dah lah lebat. Payung pula
tak bawa. Bas pun tak sampai-sampai lagi. Kang aku redah baru tahu. Tapi, nanti
demam. Dah lah aku ni alergik sikit. Kena hujan sikit dah demam. Balik nanti
confirm kena bebel. Huargh! Macam mana nak balik ni. Nak telefon rumah, confirm
tak ada orang nak angkat. Semua kerja. Kalau call handpone, confirm tak jawab
juga. Busy. Aduhai!
Akhirnya, dia hanya duduk melongo dekat perhentian bas itu.
sampai naik mengantuk dibuatnya. Hujan masih belum reda. Tapi, orang sudah
beransur pergi. Nanti tinggal dia seorang je. Takut pula rasa.
“ Aku try call akak la. Mencuba nasib.”
Sekali, dua kali dan kali ketiga baru Hanis menjawab.
“ Helo akak! Akak busy tak? Tolong Fisya. Hujan ni. Bas pun
belum sampai. Tolong ambil Fisya. Please. Fisya dah kesejukan ni.” Pinta Fisya
sambil memerhati sekeliling.
“ Ermm… okay. Kamu tunggu situ. Nanti akak suruh abang Fiq
pergi ambil. Tunggu tau.”
“ Okay.”
Fisya mengucap syukur. Cepatlah Abang Fiq. Sejuk sangat ni.
Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar. Ada pesanan ringkas
masuk.
‘ Abang Fiq tak dapat
ambil. Tapi kawan abang nama Johan tu akan datang ambil. Kamu tunggu je okay.
Abang dah pesan dekat dia.’
Fisya terbeliak sebentar. Johan? Kawan abang Fiq tempoh hari
tu ke? Yang aku terusha dia tu ke? OMG!
Hampir 10 minit menunggu, sebuah kereta proton Waja berhenti
tepat di hadapannya. Keluarlah seorang jejaka daripada tempat pemandu dan
melangkah ke arah Fisya. Fisya yang melihat terteguk air liur. Handsomenya!
Walaweyh!
“ Fisya kan?” Soal Johan bersama senyuman.
“ Haah. Johan? Sorry lah. Ingat abang Fiq nak tolong ambil.”
Jelas Fisya dengan rasa serba salah. Tak fasal-fasal orang lain kena. Tak
namanya susah tu?
“ It’s okay. Saya pun tak ada kerja. cepatlah naik. Sebelum
hujan makin lebat.”
Fisya hanya menurut dan masuk ke tempat penumpang.
Alhamdulillah. Akhirnya, aku dapat pulang ke rumah.
“ Sorry kalau Fisya tak selesa.”
“ Eh. Okay je. selesa. Thanks.”
Kalau boleh aku macam nak tidur je tau. Fisya tersenyum
mengingatkan permintaan hati dia tu. jangan mengada la wahai Fisya.
“ Belajar kos apa?”
“ Bisnes.”
“ Oh. Dah sem ke berapa?”
“ Tinggal lagi satu je. rasa tak sabar nak habiskan sem ni.
lepas tu boleh pergi bercuti.” Ujar Fisya dengan penuh keterujaan dia.
Johan yang melihat tertawa kecil. betullah kata kau Fiq.
adik kau ni satu dalam sejuta. Susah nak jumpa yang periang macam ni.
“ Ingatkan nak kahwin.”
Fisya tersedak.
“ Kahwin? Ah. Tak sukanya. Lepas belajar terus kahwin. Tak
best lah awak. Kalau boleh nak pergi jelajah dunia dulu. Lepas tu baru kahwin.
Tapi, buat masa ni perkataan kahwin tu masih belum ada dalam kamus hidup saya.
Haha.”
“ Kenapa? Bukankah kahwin idaman setiap orang?” Johan jadi
pelik.
“ Sebab..”
Fisya melihat ke luar tingkap.
“ Sebab saya tak nak dikecewakan. Saya tak nak rasa perasaan
sakit hati, kecewa, cemburu dan seangkatan dengannya. Tak suka. Dan paling
penting sebab saya tak ada calon. Haha.”
Johan terdiam.
“ kalau suatu hari nanti awak rasa semua perasaan tu?”
“ Biarlah masa yang menentukan segalanya.”
Sebab saya tak nak jatuh cinta pada orang yang salah.
Sambung Fisya dalam hati.
**
Orang kata kalau tak kenal maka tak cinta. Fisya hanya mampu
tersenyum saat teringatkan Johan. Siapa tahu dah hampir seminggu mereka
berkawan. Fisya rasa Johan memang kawan yang baik sebab banyak benda yang dia
dah tolong. Fisya rasa lega sebab Allah perkenalkan dia dengan Johan.
“ Fisya. Awak nak makan apa?”
Fisya tersentak sesaat. Kemudian dia kembali senyum sambil
melihat menu makanan di hadapannya.
“ Ikut sukalah. Saya ikut je apa awak nak. Saya nak ke
tandas sekejap.”
Sebaik sahaja Fisya melangkah, giliran Johan pula yang
termenung. Sebenarnya, jauh di sudut hatinya dah mula sayangkan Fisya. Tetapi,
dia faham yang Fisya kalau boleh tak nak bercakap soal cinta. Bagi Fisya, cinta
itu perkara yang sia-sia buat masa sekarang. Johan mengeluh kecil. Nak mengaku
tapi masanya masih belum tiba.
“ Bro. Kalau kau betul dah sayangkan dia. Kau terus terang
je. Sekurang-kurangnya dia tahu juga isi hati kau tu. Asalkan kau cakap. Lepas
tu terserah dekat dia nak buat keputusan.”
Kata-kata Fikri kembali bermain dalam fikirannya. Betul juga
apa kata kau Fikri. Tapi aku belum bersedia.
“ Maaf lambat.”
Suara Fisya menyedarkan Johan. Dia kena mula bertindak.
“ Fisya. Boleh saya tanya awak something?”
“ Tanya je la. Apa?”
“ Betul ke buat masa ni awak tak nak bercinta?”
Fisya tersentak. Bercinta?
“ Kenapa tanya macam tu?”
“ Jawab je la.”
“ betul. Saya nak fokus study. Nak fokus dengan cita-cita
saya. Lepas tu nak pergi bercuti. Seperti saya cakap dekat awak sebelum ni la.”
Fisya jadi pelik dengan pertanyaan Johan.
“ Kalau ada orang sayangkan awak dan sanggup tunggu awak.
Awak akan terima tak?” Soal Johan lagi dengan penuh harapan.
Fisya terdiam. Apa perlu aku jawab?
“ Saya tak tahu. Saya tak pernah fikir sampai ke situ. Kalau
boleh saya tak nak sesiapa sayang saya buat masa ni. Saya takut akan buatkan
dia kecewa. Bukan dia je maybe juga saya sebab akan meresahkan saya.” Jujur
Fisya.
Johan tersenyum tawar. Sekarang aku dah faham. Maybe, belum
tiba masanya lagi untuk aku luahkan perasaan aku dekat dia. Biar dia berjaya
dulu. Aku sanggup tunggu. Kalau dah jodoh tak ke mana kan?
“ Kenapa awak tanya?”
“ Tak ada apa-apa. Saja.”
Fisya terdiam lagi. Tak. Aku rasa itu soalan ikhlas daripada
hati dia. Janganlah cakap yang kau ada perasaan dekat aku. Please. Aku tak
boleh terima. Susah.
“ Makanlah. Kejap lagi saya hantar awak balik.”
Mungkin aku akan terus mencintai kamu Fisya. Sampai kamu
bersedia untuk bercinta.
**
“ Kak. Salahkah kalau Fisya cakap Fisya tak nak bercinta
atau memberi cinta kepada sesiapa pun buat masa ni?”
Fisya memeluk lengan akaknya yang sedang menonton tv itu.
Fikri tak ada dalam masa dua minggu. Pergi kursus katanya. So, Fisya la kena
temankan akaknya tu. Mujur minggu study week.
“ Tak salahlah. Kenapa?”
“ Johan. Dia tanya Fisya.”
Hanis tersentak. Johan?
“ Dia tanya apa?”
“ Dia tanya fasal tekad Fisya tu la. Lepas tu dia kata kalau
ada seseorang yang sayangkan Fisya dan sanggup tunggu Fisya. Apa jawapan Fisya.
Fisya jawablah kalau boleh Fisya tak nak sesiapa pun yang sayangkan Fisya buat
masa sekarang. Lagipun Fisya rasa buang masa. Fisya tak nak sesiapa kecewa dan
diri sendiri kecewa. Fisya benci perasaan tu.”
Hanis terdiam sejenak. Johan.
“ Kalau Johan sayangkan Fisya?”
Fisya terdiam pula. Tapi sesaat kemudian dia ketawa.
“ Mustahillah kak. Siapalah Fisya ni kak oii. Mustahil.”
Hanis memandang serius ke arah Fisya.
“ Akak serius ni. kalau betul Johan sayangkan Fisya. Apa
Fisya nak buat?”
Giliran Fisya terkedu. Tak tahu nak jawab apa.
“ Untuk pengetahuan Fisya. Johan tu bukan seorang yang suka
bertanyakan fasal perempuan. Tambah-tambah soal cinta. Dia susah sangat nak
dikaitkan dengan orang perempuan ni. Yang dia tahu kerja dan kerja. Kalau tak
percaya tanya abang Fik kamu. Sebab tu akak terkejut.”
Fisya yang elok sedang menyandar di sisi Hanis bangun berdiri.
Dengan senyuman hambar dia menggeleng.
“ Susah kak. Susah Fisya nak terima kehadiran lelaki dalam
hidup Fisya.”
Hanis turut bangun dan berdepan dengan Fisya. Rambut Fisya
diusap lembut. Seperti usapan seorang ibu.
“ Fisya. Fisya dah dewasa sayang. Dah boleh jadi mak orang
pun. Fisya tak boleh cakap macam tu. kalau dah benar takdir Fisya akan kahwin
dengan dia. Fisya akan kahwin juga. Akak tak faham. Kenapa Fisya tak suka
sangat bila kaitkan fasal ni?”
Fisya terdiam. Sebab Fisya tak nak rasa perasaan yang
melibatkan cinta tu. Fisya tahu mesti rasa tu sakit andai ditipu. Even tak
pernah rasa tapi bila tengok kawan-kawan, dia rasa serik.
“ Entahlah. Fisya nak tidur. Bye.”
Hanis hanya mampu melihat. Johan. Aku perlu cakap dekat dia.
**
“ kau perlu berterus terang dengan dia. Aku tak nak sikap
kau yang suka lambat-lambatkan ni jadi teruk. Please Johan. Dia nak pergi
bercuti minggu depan. Kalau setakat dalam Malaysia tak apa. Ni sampai ke UK.
Ibu dan aku memang tak benarkan dia pergi. Risau. Kau tahulah dia macam mana
kan? Degil.”
Johan terdiam. Dia tersentak pada waktu yang sama. Dah
hampir 3 minggu dia dan Fisya tak berhubung mahupun berjumpa sebab busy. Dan bila Hanis cakap
Fisya nak ke UK. Of courselah dia terkejut.
“ Ibu dan ayah kau tahu fasal aku ke? Maksud aku fasal…”
Johan tak mampu nak teruskan kata-katanya.
Hanis tersenyum sipi. Fikri yang berada di sebelahnya
dikerling sekilas. Fikri turut tersenyum.
“ Satu rumah tau beb. Kecuali dia. kami faham niat baik kau
tu. that why kau menjauh kan? sebab kau faham cita-cita dia.”
Johan tersengih malu. Kepalanya diraup.
“ Tapi aku takut kalau selepas aku luahkan perasaan aku dia
lagi akan pergi.”
“ Sekurang-kurangnya kau cuba. Jangan risau. Aku akan
aturkan pertemuan korang berdua.”
Johan tersenyum.
“ InsyaAllah aku cuba.”
**
Fisya memandang sekeliling. Mana akak aku nak bawa aku ni?
Kata tadi nak makan. Tapi sampai ke pantai pula.
“ Akak? Tahulah nak date dengan suami. Tapi tak perlulah
heret Fisya sekali.” Bebel Fisya sambil memandang keindahan ciptaan Allah.
“ Bukanlah. Abang ipar kamu kan ada mesyuarat. Akak nak
pertemukan kamu dengan someone ni. kamu tunggu jap. Nanti dia muncul. Akak nak
pergi pesan makanan. Tunggu sini tau. Jangan pergi mana-mana!”
Fisya hanya menganggukkan kepalanya. haih. Macam-macamlah
kakak aku ni. Sabar je la.
“ Assalamualaikum.”
Fisya tersentak. Suara tu.
“ Waalaikumussalam. Awak?”
Johan memberikan senyuman paling manis pada Fisya. Kemudian
dia memandang ke depan. Melihat keindahan ciptaan Allah bersama Fisya.
“ Awak nak pergi ke UK ke minggu depan?” Suara Johan.
“ Ermm. Lebih kurang macam tu la. Tapi ibu saya macam tak
benarkan saya pergi.”
“ Ibu awak risau.”
Fisya tersenyum. Angin menyapa lembut wajahnya sehingga
membuat dia berasa tenang.
“ Tapi, saya dah lama nak ke sana. Ibu saya risau sebab saya
pergi ke sana seorang diri.”
Johan memusingkan badannya agar mampu berdepan dengan Fisya.
Tajam dia merenung Fisya yang sedang leka memandang pantai itu.
“ Kalau saya cakap jangan pergi. Awak tetap akan pergi ke?”
Fisya tersentak. Pantas dia mencari makna kata-kata itu.
“ Maksud awak?”
Johan tunduk sebentar sebelum melihat ke mata Fisya.
“ Saya tak sanggup melepaskan awak pergi.”
Fisya terdiam. Serta-merta dadanya berdebar. Pantas dia
menoleh ke arah lain kerana tak mampu lawan panahan mata yang redup itu.
“ Kenapa?” Dengan getaran dia menyoal.
“ Sebab saya sayangkan awak. Saya cintakan awak. Saya tak
mungkin akan biarkan awak pergi sana seorang diri.”
Dan kini, Fisya benar-benar terkejut. Dia rasa nak terjatuh
saat ini. Selama ini, dia sedaya upaya mengelak daripada mendengar kata-kata
itu.
“ Saya ikhlas Fisya. Saya benar-benar cintakan awak. Saya
tahu awak mesti takkan terima sebab awak nak capai cita-cita awak dulu. Tak
apa. saya faham dan saya boleh tunggu selama mana pun awak nak. Sampai ke tua
pun saya sanggup.”
Fisya rasa nak menangis. Siapa cakap hatinya keras macam
batu. Kalau hadapi situasi macam ni dia tetap akan menangis.
“ Johan.”
Fisya menarik nafas dalam-dalam sebelum memandang tepat ke
wajah Johan.
“ Saya..saya… saya tak boleh! Susah Johan. Susah! Saya takut
nak rasa perasaan tu. Saya tak nak awak atau saya akhirnya dikecewakan. Saya
tak nak buang masa awak. Awak pilihlah orang lain. Lupakan saya!”
Terus Fisya lari daripada situ bersama linangan air mata. Ya
Allah. Kenapa aku perlu menangis. Aku Cuma tak nak dia terlalu menaruh harapan
kat aku.
Johan yang melihat Fisya pergi terus terduduk. Air mata
jantannya mengalir. Tetapi dia hanya mampu mendiamkan diri. Dia takkan bantah
apa pun keputusan Fisya. Dia terima. Tapi, dia tetap dengan keputusannya. Dia
akan tetap mencintai Fisya.
Biarkan aku terus mencintai kamu Fisya. Terus mencintaimu.
Hati ini tetap menjadi milikmu.
**
“ Beb! Dia nak bertolak ke UK kejap lagi! Dia awalkan tiket
penerbangan dia. Kami tak tahu nak buat macam mana dah. Kau nak datang ke tak?”
Johan yang sedang menuju ke pejabat terus berpatah balik
untuk ke KLIA selepas mendapat panggilan daripada Fikri. Tidak! Fisya! Tunggu
aku!
Hampir 15 minit dia memandu. Akhirnya dia sampai ke destinasi.
Kakinya laju melangkah ke dalam KLIA tersebut untuk mencari kelibat Fisya.
Jangan cakap dia dah gerak. Aku nak jumpa dia Ya Allah. Biarlah buat kali
terakhir pun tak apa.
Nombor Fikri didail dengan tangan yang menggeletar. Hatinya
separuh menangis kerana takut akan kehilangan Fisya buat selama-lamanya.
“ Helo bro! kau kat mana?”
Matanya melilau mencari Fisya. Tetapi, tidak ada.
“ Kami baru balik dari situ bro. Fisya suruh kami balik. Aku
rasa dia tak gerak lagi. kau cari dia sampai jumpa. Kau cakaplah apa yang
patut. Good luck.”
Terus talian dimatikan. Hatinya dah jadi serba tak kena.
“ Fisya! Awak dekat mana!”
Dia melangkah pula ke arah balai pelepasan. Penat mencari
tapi dia tetap tidak berputus asa. Dia mendail pula nombor Fisya. Tapi sayang,
nombor itu sudah tiada dalam perkhidmatan.
“ Fisya! Please!”
5 minit mencari, akhirnya Johan tewas. Mungkin, takdir aku
tak dapat untuk berjumpa dengan dia lagi. Ya Allah. Kuatkanlah hati aku.
“ Johan.”
Johan yang tunduk mengenangkan Fisya terus mendongak saat
mendengar suara itu. Fisya!
“ Fisya! Awak tetap akan pergi?”
Fisya memandang Johan dengan senyuman hambar.
“ Baliklah Johan. Usaha awak sia-sia. Saya tetap akan pergi.
Dan tolong Johan. Lupakan saya. Saya akan pergi dalam jangka masa yang panjang.
Mungkin 2 atau 4 tahun. Pergilah. Berilah cinta awak tu pada orang lain. Bukan
untuk saya. Saya memang tak layak untuk menerima cinta sesiapa pun.”
Johan terus menggelengkan kepalanya.
“ Tidak. Saya dah bertekad. Saya tetap akan mencintai awak.
Saya dah janji dengan diri saya yang akan tetap tunggu awak. even saya dah nak
mati pun awak.”
“ Jangan! Jangan cakap macam tu!”
Giliran air mata Fisya mengalir.
“ Tolonglah Johan.”
Johan menangis. Tolong. Dia tak sanggup.
“ Awak boleh suruh saya pergi. Awak boleh suruh saya cari
orang lain. Tapi awak tak boleh suruh saya berhenti cintakan awak. Awak tak
boleh!”
Terus Johan pergi meninggalkan Fisya dengan linangan air
mata. Ya Allah. Kuatkan hati aku untuk menghadapi cubaan ini.
“ Johan! Johan!”
Fisya menekup mulutnya kuat untuk menahan tangisan agar
tidak didengari orang. Dia berasa lemah sangat saat ini. Maafkan aku Johan. Aku
terpaksa pergi. Aku tak boleh terima cinta kau. Aku nak kejar cita-cita aku
dulu. Lupakan aku Johan. Lupakan aku!
**
Biarkan lah ku terus mencintai kamu
Mencinta seperti waktu dulu
Kurindu saat kita bersama
Mengikat kasih bahagia
Mencinta seperti waktu dulu
Kurindu saat kita bersama
Mengikat kasih bahagia
Ku mahu kau tahu kau selalu di hatiku
Tak mungkin ku kan ada yang baru
Ku mahu engkau selalu tahu
Dirimu cinta matiku
Tak mungkin ku kan ada yang baru
Ku mahu engkau selalu tahu
Dirimu cinta matiku
Biarkan lah saja ku terus merindu
Merindu dirimu
Biarkan lah saja aku menyimpan kasih kepadamu
Merindu dirimu
Biarkan lah saja aku menyimpan kasih kepadamu
Ku mahu engkau selalu ada di sini
Menemani setiap malamku yang sunyi
Ku sedar kita takkan mungkin bersama
Menemani setiap malamku yang sunyi
Ku sedar kita takkan mungkin bersama
Senyumannya terukir. Alhamdulillah. Siap juga lagu ni. Bolehlah
untuk aku lepaskan rindu dekat dia. Fisya. Nanti bila awak balik, saya nak
nyanyikan lagu ni khas untuk awak. Harap awak suka.
Johan memejamkan matanya erat. Rasa rindu tu makin hari
makin kuat. Dia hanya mampu berdoa agar rasa rindu tu sampai dekat Fisya.
“ Bro!”
“ Eh Fiq! masuklah.”
Fikri memandang keadaan Johan yang serba tidak kena tu.
segala-galanya dah berubah. Fisya. Dah dua bulan kamu pergi ke UK. Dan selama
dua bulan jugalah abang tengok keadaan Johan tidak terurus.
“ Dah makan belum? Jom aku belanja makan.”
“ Aku tak laparlah bro. duduklah. Sorry bersepah sikit bilik
kerja aku ni.”
Johan mengemas apa yang patut dan terus menuju ke tandas.
Dia perlu cuci muka.
“ Kau buatlah apa yang patut. Aku nak cuci muka kejap!”
Fikri yang melihat keadaan sekeliling hanya mampu
menggelengkan kepala. Tiba-tiba matanya tertancap pada sekeping kertas. Dahinya
berkerut saat melihat isi kertas itu. kenapa aku nampak macam lirik lagu je.
“ Kau nak minum ke?”
Fikri menggeleng dan menunjukkan kertas itu pada Johan.
“ Oh. Lirik lagu khas untuk Fisya.”
Kali ni Fikri benar-benar dapat rasakan keikhlasan Johan.
Fisya. Baliklah.
“ Kau nyanyikan sikit boleh?” Pinta Fikri dengan sengihan.
“ Nanti aku buat rakaman lepas tu aku hantar dekat kau. Dan
kalau boleh. Tolong sampaikan rakaman tu dekat Fisya bila dia balik nanti.
Sekali dengan lirik lagu ni pun tak apa. tolong eh?”
Fikri tersentak. Ya Allah. Kenapa kawan aku boleh berubah
macam ni sekali.
“ Aku tak nak. Kau yang kena serahkan sendiri.”
Johan tersenyum.
“ Aku takut aku tak berkesempatan je. Please. Sebagai
permintaan terakhir aku. Mana tahu time dia dah balik aku dah tak ada.”
“ Johan! Kenapa kau cakap macam tu!” Fikri sama sekali tak
suka bila Johan kata begitu.
Johan hanya ketawa.
“ Aku cakap kalau. Ajal dan maut semua di tangan Tuhan kan?”
“ Ye. Aku tau. Tapi janganlah cakap. Kau kawan baik aku tau.
Aku yakin sekembalinya dia nanti kau mesti dapat jumpa dia. dah stop cakap
benda mengarut.”
Johan tersengih. Tapi jauh di sudut hatinya, dia merintih
kerinduan. Dia terlalu rindukan Fisya tapi dia tahu agak mustahil untuk
sampaikan kata-kata rindu ni. fisya. Saya tetap akan tunggu awak.
**
2 tahun berlalu…
Beg ditarik dengan perasaan bercampur baur. Matanya meliar
melihat sekeliling. Akhirnya, setelah 2 tahun dia mencapai kerjaya di luar
negara. Dia kembali semula ke tanah air tercinta. Senyuman puas terukir pada
wajahnya. Terlalu rindukan Malaysia.
“ Awak! please! Jangan pergi!”
Tiba-tiba matanya menangkap satu pasangan yang sedang
berduka. Langkahnya terus terhenti melihat pasangan tersebut.
“ Please. Lupakan saya. Awak carilah orang lain. Saya tak
berhak untuk jadi milik awak.”
“ Tapi saya cintakan awak Azia. Please!”
Serta-merta air matanya mengalir. Mulutnya ditekup. Ya
Allah!
“ Lupakan saya!”
“ Tak! Saya tetap akan terus mencintai awak. tak kira walau
apa pun yang terjadi.”
Fisya mengorak langkah ke tepi. Air matanya semakin laju
mengalir ke pipi. Dia benar-benar rasa kecewa dengan apa yang dia buat pada
Johan 2 tahun yang lalu. Ya Allah. Aku rasa bersalah sangat. Mungkinkah dia
sudah berkahwin? Mungkinkah dia dah lupakan aku? itu yang sebaiknya. Aku tak
layak untuk berada di sisi dia.
“ Aku perlu pergi jumpa dia. aku nak minta maaf.”
**
“ Assalamualaikum!”
“ Waalaikumussalam.”
Apabila terjengul sahaja wajah Hanis kakak kesayangannya
itu, dia terus berlari dan memeluk Hanis.
“ Ya Allah Fisya! Adik akak!”
Hanis pula rasa terharu sebab Fisya dah balik.
“ Maafkan Fisya sebab baru balik. ibu dan ayah mana?”
“ Ada dekat dalam. Jom masuk.”
“ Jap.”
Fisya menarik lengan Hanis agar mampu berdepan dengan dia.
Hanis yang melihat mengerutkan dahi.
“ Kenapa?”
Fisya tersenyum kecil. kepalanya digelengkan.
“ Boleh Fisya tanya something?”
“ Sure. Tanyalah.”
“ Abang Fikri mana?”
“ Kerja la sayang. Kenapa?”
“ Boleh Fisya ke sana?”
“ Nak buat apa?” Hanis dah mula rasa tidak sedap hati.
Rasanya dia tahu tujuan Fisya.
“ Sebenarnya Fisya nak jumpa seseorang. Fisya nak minta maaf
dekat dia.”
Hanis terdiam. Seperti yang kita jangkakan abang. Fisya nak
jumpa Johan. Ya Allah. Apa perlu aku jawab ni.
“ Kita masuk dulu. Lepas tu baru kita pergi okay.”
Belum sempat mereka nak melangkah masuk, kereta Fikri
terlebih dahulu masuk ke dalam perkarangan rumah. Mereka berdua tunggu sampai
Fikri keluar daripada kereta.
“ Eh Fisya? Ya Allah. Balik juga kamu.”
Fisya hanya mampu tersengih. Tetapi tidak Hanis. Dia rasa
bersalah nak jelaskan perkara yang sebenar pada Fisya.
“Abang Fik. Boleh tolong Fisya tak?”
Fikri melihat isterinya dengan kerutan di dahi.
“ Ya. Nak minta tolong apa?”
“ Tolong bawa Fisya jumpa Johan.”
Dan kini, Hanis dan Fikri saling berpandangan. Tidak tahu
nak berikan jawapan apa.
“ Erk… erm… sekarang?”
“ Yap.”
Fikri tersenyum hambar.
“ Jom.”
**
“ Semuanya berlaku begitu pantas Fisya. Kami sendiri pun tak
sangka. Masa tu, dia baru lepas solat Jumaat. Dia ada kata nak datang rumah.
Nak hantar sesuatu. Tapi sampai ke malam abang dan kak tunggu, tak
sampai-sampai pun. Kami berdua hairan. Sampai kami dapat panggilan daripada
pihak polis. Kata mereka Johan ada dekat hospital.”
Mulutnya diketap kuat. Sedaya upaya dia menahan daripada
menitiskan air mata.
“ Sampai saja kami dekat hospital. Kami dapat lihat keadaan
Johan yang cedera parah. Doktor juga kata harapan dia untuk hidup sangat
tipis.”
Hanis menarik Fisya ke dalam pelukannya. Dia tahu Fisya
susah nak terima kenyataan ini.
“ Dan.. ini pemberian terakhir arwah untuk kamu Fisya.”
Dengan tangan yang terketar-ketar dia menyambut huluran
Fikri. Akhirnya, air matanya mengalir jua ke pipi. Matanya memandang apa yang
ada di depan mata dengan hati yang hancur. Tak sangka, sekembalinya dia ke
Malaysia. Dia terima berita buruk ini.
“ tak sampai setahun kamu pergi ke UK. Dia pula pergi
meninggalkan kita Fisya. Buat selamanya.”
“ Fisya..Fisya…”
Fisya terduduk depan kubur arwah Johan sambil menangis.
Sungguh! Dia berasa menyesal buat Johan macam tu dulu. Ya Allah. Kenapa aku
bertindak sebegitu? Aku sungguh kejam! Aku bukan manusia yang baik! Johan! Maafkan
saya! Saya nak cakap yang saya sayangkan awak!
“ Fisya. Sabar sayang. Yang pergi tetap pergi. Kita tetap
kena teruskan hidup.”
Fisya bangun dengan perlahan-lahan. Wajah Fikri dan Hanis
ditatap sebelum mengangguk perlahan.
“ Maafkan Fisya, Johan.”
**
“ Jujur abang cakap. Dia jujur dengan kamu. Selepas kamu
pergi, dia dah jadi tak terurus. Sentiasa ingatkan kamu. Dia benar-benar
cintakan kamu. Dan itulah pemberian terakhir arwah kepada kamu. Kamu dengarlah
baik-baik isi hati dia.”
Kata-kata Fikri kembali bermain dalam fikirannya. Bungkusan
yang ada pada tangannya masih belum dibuka. Kini, dia sudah berada dalam rumah.
Tapi fikirannya melencong entah ke mana.
“ Bukalah sayang.”
Muncul Hajah Kamariah bersama senyuman kecil.
“ Ibu.”
“ Bukalah. Ibu akan sokong kamu daripada belakang.”
Fisya mengangguk dan membuka bungkusan itu dengan perasaan
sebak. Ada sekeping surat dan kaset radio. Surat itu dibuka dan dibacanya
dengan hati yang sebak.
Fisya. Insan yang saya
sangat rindui.
Mungkin masa awak baca
surat ini saya dah tiada dalam dunia ni. Saya dah pergi buat selamanya. Maafkan
saya sebab tak mampu tunaikan janji saya untuk tunggu awak. Tapi, jangan risau.
Sepanjang saya berada di dunia, saya sentiasa cintakan awak. Saya tak tipu tau.
Hehe.
Fisya. Jujur. Saya
rindukan awak. sangat-sangat. Bila awak nak balik? Saya ada cipta lagu untuk
awak. awak dengarlah dan hayati lirik lagu tu. itulah isi hati saya sepanjang
awak tiada di sisi saya. Saya tahu awak mungkin belum dapat terima saya. Tapi
saya dengan tekad saya.
Awak masih ingat tak
masa dekat pantai tu. Itu kali pertama dan kali terakhir saya luahkan isi hati
saya pada seseorang yang bernama perempuan. Kelakar kan? Haha. Tapi, itulah
cinta sejati saya. Ermm. Saya tak nak tulis panjang-panjang. Janji jangan menangis
tau. Awak kuat. Kalau rindu saya dengarlah lagu saya. Okay my dear? Saya pergi
dulu. Bye. >_<
Saya akan terus
mencintai awak. Even kita tak mungkin akan bersama.
“ Ibu.”
Hajah Kamariah yang faham perasaan Fisya itu terus
memeluknya.
“ Sabar sayang. Ibu faham perasaan kamu.”
“ Fisya bersalah. Fisya berdosa. Kenapa Fisya tak terima je
cinta dia dulu. Kenapa ibu?”
Fisya menangis dengan perasaan menyesal. Kini baru dia sedar
yang terlalu menyayangi lelaki itu.
“ Semua yang berlaku ada hikmahnya sayang. Sabar ya. Dugaan
ini datang dari Allah untuk kamu sebab Allah nak uji kamu. Kuatkan semangat
kamu ye sayang.”
Fisya tersengguk-sengguk menangis dalam pelukan ibunya.
Teringat tentang kaset rakaman, dia terus meleraikan pelukan dan mengambil
kaset tersebut. Dia membawa kaset tersebut ke dapur dan mainkan kaset itu.
Biarkan
lah ku terus mencintai kamu
Mencinta seperti waktu dulu
Kurindu saat kita bersama
Mengikat kasih bahagia
Ku mahu kau tahu kau selalu di hatiku
Tak mungkin ku kan ada yang baru
Ku mahu engkau selalu tahu
Dirimu cinta matiku
Biarkan lah saja ku terus merindu
Merindu dirimu
Biarkan lah saja aku menyimpan kasih kepadamu
Ku mahu engkau selalu ada di sini
Menemani setiap malamku yang sunyi
Ku sedar kita takkan mungkin bersama
Biarkan lah saja ku terus merindu
Merindu dirimu
Biarkan lah saja aku menyimpan kasih kepadamu
Ohhh...
Ku mahu engkau selalu ada di sini
Menemani setiap malamku yang sunyi
Ku sedar kita takkan mungkin bersama
Biarkan lah saja ku terus merindu
Merindu dirimu
Biarkan lah saja aku menyimpan kasih kepadamu
Ohh..
Ku mahu engkau selalu ada di sini
Menemani setiap malamku yang sunyi
Ku sedar kita takkan mungkin bersama
Mencinta seperti waktu dulu
Kurindu saat kita bersama
Mengikat kasih bahagia
Ku mahu kau tahu kau selalu di hatiku
Tak mungkin ku kan ada yang baru
Ku mahu engkau selalu tahu
Dirimu cinta matiku
Biarkan lah saja ku terus merindu
Merindu dirimu
Biarkan lah saja aku menyimpan kasih kepadamu
Ku mahu engkau selalu ada di sini
Menemani setiap malamku yang sunyi
Ku sedar kita takkan mungkin bersama
Biarkan lah saja ku terus merindu
Merindu dirimu
Biarkan lah saja aku menyimpan kasih kepadamu
Ohhh...
Ku mahu engkau selalu ada di sini
Menemani setiap malamku yang sunyi
Ku sedar kita takkan mungkin bersama
Biarkan lah saja ku terus merindu
Merindu dirimu
Biarkan lah saja aku menyimpan kasih kepadamu
Ohh..
Ku mahu engkau selalu ada di sini
Menemani setiap malamku yang sunyi
Ku sedar kita takkan mungkin bersama
“ Johan. Terima kasih. Saya harap awak bahagia di sana. Maafkan saya sebab tak mampu bahagiakan awak. Saya janji saya akan bahagia. Tapi awak tetap akan berada dalam hati ini.”
Fisya menyeka air matanya dengan senyuman yang dibuat-buat. Dia
mengambil kaset itu semula dan membawanya ke dalam pelukan.
“ Kini aku sedar, dan aku akan terus mencintai kamu Johan.”
“ Lepaskan dia. Biarlah dia bersemadi dengan tenang.”
Muncul Hanis dengan senyuman kecil. Bahu Fisya diusap perlahan.
“ InsyaAllah kak.”
‘ Fisya. Terima kasih.’
Fisya memandang ke langit.
‘Sama-sama Johan. Selamat tinggal.’
~Tamat~
Nice cervel..I.like it..
ReplyDeleteBestttt.. tp sedey :(
ReplyDeleteTeruskan berkarya.ada bakat..nanti boleh lhaa jadi penulis.mana tahu suatu hari nanti novel/cerpen awk diambil untuk buat drama dlm tv mcm skrg nie,kan..in shaa Allah.aamiin..hee :) gudluck..
ReplyDeleteSedihhnyaa crita ni.....mngalir air mata msa bca nii...btw bestt sngatt
ReplyDelete