Laju mereka berdua melangkah masuk ke dalam hospital itu.
mujurlah masa melawat belum habis. Zahra bergegas ke bilik rawatan Syazwan
apabila masuk ke dalam wad yang betul. Izz hanya mengekori langkah Zahra kerana
dia sendiri tak tahu hendak ke mana.
Sebaik sahaja Zahra nampak kelibat Eslina. Dia memanggil.
“ Eslina!”
Eslina dan Hairul pantas menoleh ke belakang. Ternyata Zahra
dan seorang lelaki telah pun sampai.
“ Macam mana keadaan dia?” Soal Zahra cemas.
“ Kami pun tak tahu lagi. Doktor tengah buat pemeriksaan.”
Jelas Eslina dengan perasaan takut.
“ Sabar ye Es.” Zahra
menarik Eslina ke dalam pelukannya. Sedih melihat Eslina.
Izz melihat Hairul dengan senyuman kecil. kemudian dia
menghulurkan tangan untuk bersalam.
“ Izz.”
Hairul menyambut dengan senyuman.
“ Hairul. Kawan Syazwan.”
“ Apa yang telah terjadi? Syazwan sakit apa?” Soal Izz ingin
tahu. Dari mula lagi dia ingin tanya Zahra. Tapi dia rasa dia perlu tunggu
sebab sebelum ni Zahra nampak sangat risau.
Hairul tersenyum hambar.
“ Dia ada barah otak.” Izz nyata sangat terkejut.
“ Dalam sebulan juga dia tahan sakit dia tu. tapi sekarang
dia dah tak boleh tahan. Penyakitnya dah merebak ke seluruh badan. Doktor pun
tak boleh buat apa dah. Cuma…”
Hairul mengerling ke arah Eslina dan Zahra sekilas.
“ Cuma Syazwan Cuma inginkan kemaafan dari mulut Zahra.”
Izz terdiam. Dia turut mengerling ke arah Zahra sekilas.
Patutlah semalam dia resah dan pagi tadi kelihatan sedih sekali.
“ Maaf!”
Tiba-tiba doktor keluar dari bilik rawatan Syazwan dengan
senyuman kecil.
“ Macam mana keadaan Syazwan doktor?” Pantas Hairul menyoal.
Doktor melihat wajah mereka satu persatu. Terbit senyuman
hambar pada mulutnya.
“ Sabar ye semua. Kami dah cuba sedaya upaya.”
Kata-kata doktor sebentar tadi membuatkan mereka sebak.
“ Cuma dia hanya nak jumpa dengan orang yang bernama Zahra
saja. Dia berada dekat sini ke?”
Zahra menoleh ke arah Eslina inginkan jawapan. Apabila
Eslina mengangguk Zahra pun melangkah ke hadapan sedikit.
“ Saya doktor.”
“ Hanya kamu yang Syazwan nak jumpa sebelum dia pergi. Kamu
boleh masuk.” Ujar doktor itu lantas berlalu dari situ.
Zahra menarik nafas dalam-dalam lalu masuk ke dalam. Dia
cuba menahan rasa sebak di hati saat melihat keadaan Syazwan.
“ Wan..”
Syazwan membuka matanya perlahan. Apabila melihat Zahra, dia
mengucap syukur bersama senyuman. Doanya telah dimakbulkan.
“ Zahra.. Maafkan saya?”
Zahra mengetap bibir. Suara Syazwan telah berubah. Syazwan
kelihatan sangat lemah di depan matanya.
“ Wan.. Awak tak boleh macam ni. awak kena kuat. Awak nak
tengok anak awak tak? Please Syazwan..”
Zahra mula menitiskan air mata. Apa-apa pun Syazwan masih
suaminya. Talaknya masih belum jatuh selagi dia tidak melahirkan anak.
Syazwan terdiam. Matanya menoleh pula ke arah perut Zahra.
Tiba-tiba dia berasa sangat menyesal kerana tidak mengaku itu anaknya dulu.
“ Maafkan saya. Maafkan papa sayang.”
Giliran Syazwan pula menitiskan air mata. Zahra yang melihat
berasa sedih. Dia mendekati Syazwan sampai ke birai katil.
“ Wan…Dah lama saya maafkan awak. awak jangan risau. Anak ni
pun dah maafkan awak dan tak sabar-sabar nak tengok rupa awak bila lahir nanti.
Jadi awak jangan pergi ye?”
“ Zahra…”
Syazwan mencapai perlahan tangan Zahra dengan senyuman
hambar. Dia dah tak mampu untuk tersenyum manis lagi. Hanya air mata penemannya
saat ini. sekurang-kurangnya dia dapat pergi dengan tenang kerana adanya Zahra
di sisi.
“ Saya minta maaf. Saya tak mampu jadi seorang lelaki dan
suami yang baik buat awak. saya harap lepas ni awak lebih bahagia. Awak
pilihlah lelaki yang dapat terima awak seadanya. Jangan lepaskan dia kalau benar
awak pun sayangkan dia.”
Perut Zahra pula disentuh lembut.
“ Sayang…Papa minta maaf ye. Papa harap kamu dapat jaga mama
sepanjang papa tiada nanti. Kamu jadi anak yang baik dan soleh ye? Jangan jadi
macam papa dulu. Ye sayang ye?”
Zahra menekup mulutnya kuat. Dia tak mahu tangisannya pecah
lagi. Cukuplah dia menangis teruk sebelum ni.
“ zahra..”
Syazwan mendongak melihat Zahra dengan pandangan kabur. Dia
tersenyum dalam tangisan. Rasanya masanya dah tak lama.
“ Jadi isteri yang baik ye? Dengar cakap suami kamu. Lupakan
segala apa yang patut tentang saya. Cuma saya nak minta satu je dari awak.
boleh?”
Pantas Zahra mengangguk. Kalau dia cakap dia pasti akan
menangis lagi.
Baru sahaja Syazwan ingin membuka mulut, nafasnya tiba-tiba
tersumbat. Dadanya beralun kuat.
“ Wan! Wan!”
Zahra panik. Dia ingin memanggil doktor tapi tangannya
ditarik Syazwan. Perlahan Syazwan menggelengkan kepalanya.
“ Tak apa. saya…sedar masa sa..saya dah tak lama. Cuma..
saya nak awak dengar apa yang saya nak ka…ka ta ni.” Dengan susah payah Syazwan
mengeluarkan suara.
“ Cakaplah. Saya sudi dengar.”
“ Tolong na..namakan anak kita dengan nama Muhamad Adam
yusuf? Kalau dia lelaki. Saya terfikir nama tu saat saya bangun daripada
pengsan dua hari yang lalu. Bo..boleh kan?”
Sekali lagi jantung Syazwan mula berdegup kencang. Nafasnya
makin teruk.
“ Wan!”
“ Za..zahra..Boleh kan?”
Zahra menutup matanya erat. Kemudian dia membuat anggukan
kecil. Nama yang sedap Wan.
“ Baguslah kalau begitu. Terima kasih juga sudi menemani
saya disaat-saat akhir.”
Zahra menyeka air mata Syazwan dengan lembut. Berharap
Syazwan sedikit lega dan pergi dalam keadaan tenang.
‘ Wan.. Terima kasih kerana dapat terima anak kita. Saya
janji saya akan tunaikan hasrat awak. saya berharap awak aman di sana. Saya
juga harap dosa awak diampunkan. Itulah harapan saya pada awak sebagai isteri
solehah.’
Zahra gagahkan diri membuat senyuman manis pada Syazwan.
“ To…tolong pesan dekat Hairul. Dia perlu kahwin dengan
Eslina. Ka..kalau benar cintakan Es.. Dan tolong cakap juga pada Es.. saya
cintakan dia..”
Tangan Zahra yang digenggam kuat tadi akhirnya terlepas
daripada pegangan. Zahra yang melihat terkedu seketika. Mata Syazwan tertutup
rapat bersama dengan senyuman kecil.
Tut….Tut….Tut….
Zahra menitiskan air mata lagi. Syazwan dah pergi. Dia dah
pergi. Ya Allah…
“ awak.. Terima kasih kerana sudi jadi suami saya walaupun
sementara.”
Buat kali terakhirnya, dia mengucup ubun-ubun Syazwan dengan
linangan air mata.
‘ Awak… Terima kasih kerana buatkan saya bahagia walaupun
sementara.’
**
Suasana tanah perkuburan di kawasan kampung itu kelihatan
suram. Tiada orang lain lagi berada di situ melainkan keluarga dan kenalan
Syazwan. Yang lain-lain telah pun pulang sebaik sahaja selesai semuanya.
“ Zahra.. Jom balik.” Ajak Izz apabila Zahra belum berniat
ingin pergi. Izz masih setia berdiri di belakang Zahra.
Zahra menyeka air matanya perlahan. Batu nisan yang masih
baru itu disentuhnya perlahan. Dia berdoa dalam hati agar Syazwan tenang dekat
sana.
“ Es…Jom..”
Eslina tersenyum hambar. Dia sendiri tak percaya bahawa
Syazwan benar-benar telah pergi dari hidupnya. Namun dia bersyukur kerana
Syazwan pergi dalam keadaan beriman.
Selesai semuanya, mereka bergegas keluar daripada tanah
perkuburan itu. Sebab hari dah nak hujan. Macam faham isi hati mereka yang baru
kehilangan orang tersayang.
“ Es! Hairul!” Panggil Zahra apabila keluar daripada tanah
perkuburan.
Mereka berdua menoleh ke belakang. Zahra pula menghampiri
dengan senyuman kecil.
“ Saya ada nak beritahu korang sedikit. Sebelum Syazwan
pergi. Dia ada pesan dekat saya. Dia suruh awak Hairul kahwin dengan Eslina.
Dia tahu awak sayangkan Eslina. Dan Es.. Dia kata dia cintakan awak.”
Hairul tergamam manakala Eslina terkedu. Masing-masing
terdiam buat seketika. Tapi Eslina kalah. Air matanya mengalir lagi buat
sekaliannya.
“ Itu saja yang saya nak sampaikan. Dia amat berharap awak
bahagia Es..”
Usai Zahra berkata begitu, Zahra pun berlalu bersama dengan
Izz. Dalam hati berdoa agar Hairul dapat bersama dengan Eslina.
“ Es..Jom kita balik.”
Eslina menoleh memandang Hairul dengan senyuman kecil.
Hairul. Abang! Terima kasih kerana cintakan saya. Abang nak saya bahagia
bersama dengan Hairul? Terima kasih abang sebab inginkan saya bahagia. Tapi
saya tetap tak akan lupakan abang. Sampai bila-bila.
Hairul yang baru ingin melangkah tidak jadi apabila Eslina
menahannya. Hairul pelik.
“ Awak sayangkan saya?”
Soaan Eslina membuatkan dia tergamam seketika. Tak tahu apa
yang patut dia katakan.
“ Ka..kalau ya kenapa?”
“ Saya sudi bersama awak. lagipun ini permintaan Syazwan.
Tapi saya takkan lupakan dia sampai bila-bila. Dia tetap berada dalam satu
sudut dalam hati saya. Harap awak faham.”
Hairul mula mengukirkan senyuman.
‘ Ya Allah. Jika ini yang terbaik buatku. Aku terima
seadanya. Wan! Terima kasih. Aku janji aku akan jaga Eslina sebaik mungkin
seperti mana kau jaga dia sepanjang kau hidup. Itu janji aku.’
**
Zahra mengerutkan dahinya. Sampai nak bercantum keningnya
itu. Dia melihat apa yang berada di depannya saat itu dengan penuh tanda tanya.
“ Kenapa awak?”
Izz muncul bersama senyuman di ruang tamu. Sebaik sahaja
selesai pengebumian Syazwan. Mereka ambil keputusan untuk terus pulang ke
kampung Umi. Lagipun Alif dan Farah dah bertolak lebih awal daripada mereka.
“ Ini apa?”
Zahra mengambil kotak hadiah kecil bersama dengan sepucuk
surat yang terletak elok di atas sofa tersebut. Dia sendiri tak tahu ini untuk
siapa.
Izz hanya menjongket bahu. Dia pun tak tahulah. Dia fikir
itu hadiah Farah daripada Alif. Tapi kenapa mesti letak dekat depan ni. Nanti
orang curi baru ada akal.
“ Entahlah. Saya keluar dulu. Nak ambil angin.”
Zahra tersenyum.
“ Akak oh akak!”
Farah muncul bersama cawan di tangan. Saat dia ternampak
kotak hadiah itu dia tersengih.
“ Ha! Tu siapa punya tu! hadiah dari abang Izz eh?” Teka
Farah. Jelas senyuman nakal pada mulutnya.
Zahra pantas menggeleng. Ada-ada saja Farah ni. Izz pun tak
tahu siapa punya hadiah ni.
“ Meh Farah tolong bukakan.”
“ Eh!”
Belum sempat Zahra ingin menghalang. Farah terlebih dahulu
siap membuka kotak yang berbalut hadiah itu. tak lupa juga surat yang terletak
elok dibawah kotak itu. tapi surat itu Farah berikan pada Zahra. Dia tiada hati
nak membacanya.
“ Wah!! Cincin?”
Zahra tersentak. Cincin? Cincin siapa pula ni?
“ Akak! Bukalah surat tu.” Suruh Farah dengan wajah
terujanya.
Mahu tak mahu, Zahra buka juga surat itu lalu membacanya.
Zahra…
Will you marry me?
I think I want marry
you after this.
Zahra mendongak melihat Farah dengan perasaan terkejut. Lantas dia mencapai kotak cincin tadi
lalu keluar dari rumah. Dia mencari kelibat Izz. Ternyata Izz berada di
belakang rumah.
“ Izz!”
Zahra melangkah laju lalu menghampiri Izz. Zahra menjongket
kening bersama kertas di tangannya. Kertas dan kotak hadiah tadi ditunjukkan
pada Izz. Izz yang melihat jadi tanda tanya.
“ Kenapa?”
“ Ni apa? Awak kata awak tak tahu siapa punya ni. Tapi
bukankah ini tulisan awak?”
Zahra menghulurkan surat itu pada Izz. Izz menyambut dengan
penuh tanda tanya. Masa bilanya aku ada tulis untuk Zahra ni. aku baru balik je
kot.
Saat Izz terbaca isi di dalamnya. Dia terkejut besar. Eh!
Masa bila aku tulis macam ni? Dan.. Ini bukan tulisan sebenar aku. Tapi Alif!
Izz pantas mendongak melihat Zahra yang tanpa secalit senyuman itu. baru sahaja
Izz ingin membuka mulut. Dia ternampak kelibat Alif dan Farah jauh di belakang
Zahra.
Izz menjongket kening ke arah mereka tanpa Zahra perasan.
Farah berkata tanpa suara yang berbunyi begini. ‘ caiyok!’.
Sesaat kemudian, Izz tersenyum lebar. Wah! Mereka nak bantu
aku rupanya. Terima kasih kalian! Sayang korang! Haha!
“ Eh? Kenapa ni?” Zahra terkejut. Yelah! Tiba-tiba je si Izz
ni tersengih-sengih. Dah serupa kerang busuk pun ada.
Izz tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Apa patut dia
buat sekarang ni? aku kekeringan idea. Masa ni jugalah Farah nak tolong. Kenapalah
tak beritahu aku awal-awal. Aduh!
“ Sebenarnya…” Izz terteguk air liurnya. Haih! Susah-susah!
“ Apa?”
Zahra jadi makin berdebar-debar pula. Sebenarnya dia merasa
gembira kerana dia dapat kejutan sebegini. Tak tahu pula Izz ada cara begini. Romantik?
Tak lagi kot sebab pakai orang tengah. Siap tak mengaku lagi tadi. Haha..
Izz menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya. Dah macam
nak pergi ambil exam pun ada.
“ Awak… jawapan saya ada dalam surat tu.”
Zahra menunduk melihat isi surat tersebut. Dia tersenyum
dalam diam.
“ Kalau saya tak nak?” Duga Zahra.
“ Erk! Mana boleh! Penat saya buat tau!”
Izz menggigit bibir. Aku buat? Hampeh! Aku manalah reti buat
semua-semua ni. aku ni bukan romantik sangat pun. Nama je hensem. Ceh!
“ Oh ya? Awak buat? Tapi kan?”
Izz terteguk air liur lagi. Waduh! Farah! Ini semua kau
punya fasal. Nanti kalau terkantoi macam mana? Aku manalah reti nak lamar
perempuan ni. kalau setakat mengusik bolehlah.
“ Sekarang dengar apa yang saya nak cakap!” Tiba-tiba Izz
bertegas. Dia tak boleh main-main. Dah ada orang bantu. Jadi dia patut teruskan
usaha mereka. Dia dah tak boleh berlengah.
“ Saat pertama kali saya bertemu dengan awak. Saya dah rasa
lain. Macam ada sesuatu yang mengalir dalam diri saya. Tapi masa tu saya
abaikan sebab awak baru lepas pergaduhan besar dengan arwah Syazwan. Cuma saya
sendiri tak faham dengan diri saya. Lepas awak duduk dekat rumah Umi. Saya makin
rasa selesa dan tenang bersama dengan awak.”
Zahra terdiam. Tak sangka
sudah begitu lama Izz mula menyayanginya.
“ Selepas tu, saya asyik nafikan perasaan saya. Tapi kini
saya gagal. Saya dah tak boleh tipu diri saya sendiri. Tambahan pula selepas
awak kata nak pergi dari hidup saya dua hari lepas. Masa tu saya rasa
kehilangan.”
Izz menatap tajam ke arah Zahra. Terbit senyuman kecil pada
bibirnya. Zahra kelihatan tergamam.
“ Apa yang saya cakap sudah jelas dan apa yang saya mahu
juga sudah jelas dalam surat tu. saya tak kisah untuk menunggu. Lagipun saya
tahu awak masih dalam keadaan idah dan saya berhak beri awak masa.”
Izz mengambil kotak yang dipegang Zahra sebentar tadi. Apabila
dia membuka dia tersentak. Ini cincin Umi. Ya Allah. Umi pun terlibat sama. Hampeh
betul!
“ Dan cincin ni! Awak pakailah bila awak yakin ingin kahwin
dengan saya.” Izz kembali menyerahkan kotak itu pada Zahra bersama senyuman
manis. Kini dia dah tak main-main. Dia lebih serius. Lagipun kahwin ni bukan
perkara main-main tau.
Zahra melihat cincin yang begitu ringkas itu tapi cantik
pada pandangan matanya. Terbit juga senyuman kecil pada bibirnya. Izz…Izz..
Awak ni kan?
“ Awak…”
Izz mengangguk menyambut panggilan Zahra. Dia jadi
berdebar-debar pula. Zahra! Jangan paksa diri awak kalau tak boleh terima saya.
Saya tak nak awak menderita seperti sebelum ni.
“ Saya harap awak dapat jaga dan sayangkan anak saya seperti
mana awak sayangkan saya.” Jawab Zahra dalam satu nafas. Rasanya jawapan itu
sudah cukup memuaskan.
Zahra kembali memusingkan badannya untuk beredar. Dia dah
tak mampu untuk berhadapan dengan Izz lagi. Dia rasa malu pula.
Izz terpana. Dia terkejut dengan jawapan Zahra tadi. Itu bermakna
dia terima la kan? wah!! Alhamdulilah. Terima kasih Ya Allah.
“ Zahra!”
Zahra terpaksa berhenti melangkah. Dia mendongak melihat Izz
yang sudah berdiri tepat di depannya itu.
“ Terima kasih. Saya akan jaga anak awak tu seperti yang awak
pinta. Walaupun nama anak awak tidak berbinkan saya. Tapi saya tak kisah
asalkan saya sayangkan korang berdua.”
Mata Zahra mula berkaca-kaca. Terharu mendengar kata-kata
Izz sebentar tadi. Dia ketawa dalam perasaan bahagia. Air mata mula memenuhi
tubir matanya. Ya Allah.
Izz tersenyum lebar. Dia rasa bahagia saat melihat senyuman
Zahra. Aku janji aku akan jaga kau sebaik mungkin Zahra dan anak tu.
“ Ehem! Ehem!”
Mereka berdua terkejut melihat Farah, Alif dan Umi yang
sedang tersengih ke arah mereka. Mereka sendiri pun tak perasan semenjak bila
Farah, Alif dan Umi berada di situ dan melihat mereka. Aduh! Buat malu je lah!
“ Tahniah Abang Izz! Jaga elok-elok kakak saya tu. Kalau tak
siap abang!” Amaran keras diberi oleh Farah.
“ Eh! Of course lah! Orang yang abang sayangkan?” Ujar Izz
selamba. Zahra yang mendengar tunduk malu.
“ sayanglah sangat kan? Kalau orang tak tolong tu. Rasanya
nak tunggu buah kepala tu jatuh kot baru nak beritahu.”
“ Uhuk!Uhuk!”
Izz tersedak hebat selepas mendengar kata-kata Farah itu.
Zahra yang berada di sisinya spontan menepuk belakang Izz dengan perlahan. Tapi
taklah perlahan sangat kan.
“ Eh? Okey ke ni?” Soal Zahra risau.
Mereka yang lain dah ketawa melihat reaksi Izz. Takut terkantoi
oleh Zahra lah tu.
“ Eh? Okey-okey!”
Sampai baik merah wajah Izz saat itu. kalau Zahra tak ada
depan mata dia. Memang aku dah lama sekeh kepala si Farah ni. suka nak cari fasal
dengan aku.
“ Bro! asal ni? takut terbongkar ke rahsia kau?” Giliran
Alif pula untuk mengusik.
“ Rahsia apa pula ni bro! mana ada!” Sangkal Izz dengan
sengihan. Zahra di sebelah sudah jadi tertanya-tanya.
Izz menjeling tajam ke arah Alif dan Farah. Umi pula hanya
berdiam diri dengan senyuman. Umi pun tak dapat bantu Izz sebab semua idea ni
datangnya daripada Farah. Umi hanya berikan cincin tu sebagai tanda pengikat.
“ Akak! Tadi bukan abang Izz tak tahu ke siapa punya hadiah
tu?”
Zahra melihat kotak itu dan Izz silih berganti. Kemudian dia
mengerutkan dahi tanda memikirkan sesuatu. Betul juga cakap Farah. Tapi takkan
dia nak menipu. Maybe ini taktik dia? Kita tak tahu kan?
“ Abang Izz ni malu kot.”
Jawapan lurus Zahra membuatkan mereka bertiga ketawa besar. Izz
pula hanya menahan malu. Kurang betul lah mereka ni. aku malu? Erk! Adalah sikit.
Tapi manalah aku nak tahu. Ish! Sakit hati betul dengan Farah ni.
“ Malu? Itu silap besar akak. Izz ni mana pernah kenal malu.”
Sangkal Alif.
“ Sebenarnya kak. Semua ni Farah yang rancang. Abang Izz tak
tahu langsunglah.”
Gulp! Izz tertelan air liur. Mak aii! Dia beritahu terus
dekat Zahra.
“ Ha!” Zahra terjerit kecil. tadi kan Izz? Zahra pantas
menoleh ke kiri. Tiba-tiba Izz dah berada di belakang umi.
“ Awak!!”
“ jangan marah! Nanti anak dalam tu terjaga!”
Pantas Izz masuk ke dalam rumah apabila Zahra berniat nak
kejar dia. Yang lain dah mula ketawa terkekek-kekek. Pertama kali tengok Izz
dikejar perempuan. Kalau tak perempuan yang selalu kejar dia.
Tapi Zahra terhenti di tengah jalan. Tiba-tiba dia sakit
perut. Macam ada benda tendang. Ya Allah. Adakah anak aku dapat dengar suara
kami dan dapat sedar kehadiran kami?
“ Eh Zahra? Kenapa ni?” Umi menyoal dengan risau.
“ Zahra tiba-tiba rasa senak perut. Rasa macam kena tendang
pun ada.” Jelas Zahra lalu duduk dipangkin rumah.
Sesaat kemudian Izz keluar. Dia tertanya-tanya kenapa
suasana di luar jadi sunyi. Jadi dia menghampiri Zahra dan Umi yang tengah
duduk dipangkin rumah. Alif dan Farah entah menghilang ke mana.
“ Kenapa ni awak?” Soal Izz.
“ Perut dia tiba-tiba sakit. Dia kata macam kena tendang. Anak
dalam kandungan tu lah tendang agaknya. Rasanya anak kamu Zahra besar nanti
mesti nakal dan buas.”
Izz dan Zahra saling berpandangan.
“ tugas kamu nanti jadi besar. Kamu kena jadi ibu bapa yang
baik.” Sambung Umi lagi lalu masuk ke dalam rumah.
Izz tersengih tiba-tiba. Ingin sahaja dia menyentuh perut
Zahra. Tapi jangan haraplah kan?
“ Maaflah sebab tipu awak. tapi awak tak tolak kan lamaran
saya?” Izz jadi takut pula.
Zahra terdiam. Tolak? Mana mungkin.
“ Siapa suruh tipu lagi kan? Tanggunglah sendiri.” Zahra
buat-buat marah.
“ Takkan tu pun marah?” Gumam Izz lalu buat-buat merajuk. Kalah
perempuan la Izz ni.
“ Eii! Buruknya muka merajuk macam tu.” Zahra dah tertawa
kecil.
“ biar arh!”
“ Jangan risau. Saya tak tolaklah. Lainlah kalau saya jumpa
orang lain. Hehe..”
Cepat-cepat Zahra bangun lalu masuk ke dalam rumah. Nanti free-free
je dapat cubitan dia. Tak nak aku!
“ Zahra!! Siap awak!”
Izz tersenyum lebar. Walau apa pun yang terjadi. Saya takkan
lepaskan awak lagi Zahra. Kebahagiaan awak dan
saya adalah milik bersama. Awak adalah penerang hati saya. Awak jugalah
sang ratu di hati saya selain Umi. Terima kasih Zahra.
No comments :
Post a Comment