Assalamualaikum dan salam Jumaat..
Apa khabar semua? Sihat? Alhamdulilah...
Sebenarnya tuan blog ni ada masalah sikit. Tengok tajuk jap! Buat pilihan yang tepat? Pilihan apa? Ha! Itulah yang merunsingkan tuan blog ni. Buat pilihan untuk sambung belajar ke institusi pengajian tinggi. Aiyoo! Pening tau tak nak buat pilihan.
Apa yang tuan blog minat? Of course menulis dan komputer. Dua benda ni tak boleh dipisahkan daripada tuan blog ni. Tapi kakau dalam bidang penulisan tu memang tak ada lah dalam Politeknik mahupun UITM. Kedua, adalah komputer je lah.
Sebenarnya dah cari dan research berkenaan bidang yang ditawarkan untuk orang yang sastera macam aku ni kan? Tak banyak pun. Tapi adalah juga. Bersyukur je lah. Cuma tak tahu nak pilih yang mana. Takut tersalah pilih nanti menyesal.
Ada kawan kata suruh aku ambik sains komputer. Aku tanya kakak aku yang ambil sains komputer tu. Dia kata susah juga subjek ni. Subjek ni dia tak boleh berfikir dalam satu hal je. Kena fikir luar bidang tu sama. Ops! Tang fikir-fikir ni aku lemah sikitlah. Tambah-tambah tang alam sekitar dan apa serba macam. Hihi.
So.. Yang tu aku tolak tepi. And now.. Aku ada 4 pilihan.
1- Diploma teknologi pejabat (Rasa syok tengok orang kerja pejabat. Aku teringin gak la nak tahu kan?)
2- Diploma pengajian perniagaan (Ha! Aku minat juga dalam aktiviti perniagaan ni sebab masa SPM aku ada ambil Ekonomi asas dan perdagangan. Rsult tak tahu lagi macam mana)
3- Diploma teknologi maklumat rangkaian/pengaturcaraan/keselematan maklumat.
Okey. Aku memang dah tertarik pada diploma teknologi maklumat tu. Cuma aku tak tahu sama ada nak ambik yang rangkaian ke pengaturcaraan. So? Kena banyak tanya lagilah kakak aku ni.
Banyak lagi yang aku tak tahu sebenarnya. Aku cuma takut aku tak boleh bawa je apa yang aku pilih nanti. Apa yang mampu aku buat sekarang ni. Fikir dan buat pilihan yang tepat. Sebab ini menentukan masa depan aku. Aku juga kena buat solat istikharah. InsyaAllah.. Semuanya akan berjalan dengan lancar.
Mudah-mudahan..
Baiklah.. Sampai disini saja. Akhiri dengan wassalam..
Pembuka Bicara
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)
Friends
Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Popular Posts
-
Assalamualaikum semua. Wah. Dah lama tak jenguk ke sini. Yeay.. Ada cerpen baru. Okay. Terlebih teruja. Haha. Tapi.. Ermm..sebenarnyaka...
-
Assalamualaikum.. Syuhhh! Korang boleh simpan rahsia tak? ehehe.. SPM tak hbs lagi kot tapi sempat lagi jenguk dekat sini. Siap u...
-
Assalamualaikum.. Hai..Hai.. Wah. Dah begitu lama aku tak menjenguk ke sini. Akibat kekangan masa. Dan... sebab dah terlalu aku menghilang...
-
Assalamualaikum. Helo semua! Wah. Akhirnya aku muncul balik. Haha. Dengan cerpen baru pula tu. Kekeke. Biasalah. Mood holiday tak habis ...
-
Halo...Halo... Wah! Dah lama aku tak upload cerpen baru kan? Hari ni baru berkesempatan. Biasalah. Idea dah kering. Jadi tiada mood nak buat...
-
Assalamualaikum.. Hai-hai semua. Ehem..Ehem.. Dah lama gila tak jenguk ke sini. Bila jenguk je ke sini terkejut ha bila dapat banyak kome...
-
Kali ini saya tampilakn cerpen yang benar-benar simple. Harap enjoy ketika membaca. "Kau nak apa lagi ha?Belum puas ke hati ka...
-
Assalamualaikum. Ya Allah! Sorry guys! Sorry sesangat. Aku tau aku salah. Yala. Janji semalam nak post cerpen. Tapi hari ni baru cerpen. W...
-
Assalamualaikum. Yeay. Cerpen baru lagi. Ermm. Aku tak tahu nak cakap tapi aku cuba buat lain daripada lain. Tapi macam tak best jugak. Haha...
-
Assalamualaikum semua. Wah. Dah masuk 2020 baru sis buka balik blog sis ni erk. Rasanya dah dekat 2 tahun sis tak masuk sini. Haha. Maaf gu...
No comments :
Post a Comment