Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday 3 December 2016

Cerpen : Mr. Admire I Love You

Assalamualaikum.

Hai. Lama tak jenguk ke sini. Hehe. Maafin. Okay. Aku tak nak bebel panjang sebab aku tahu korang bukan rindu aku pun tapi rindukan cerpen aku je. Muaha. Okay. enjoy reading. Maaf kalau tidak memuaskan hati. Sebab dah lama tak menulis. Hiks.

Semua buku diletakkan kembali dalam rak buku. Then, dia melangkah pula ke arah kaunter. Ambil kad-kad pelajar yang masih belum memulangkan buku. Dia teliti habis nama pelajar sampai berkerut-kerut dahinya. Bila dah selesai, dia duduk dan tenangkan fikiran. Minum air dan terpandang seorang lelaki yang dia dah lama admire semenjak dia masuk kerja di situ. Eh bukan. Semenjak belajar di situ.

Bibirnya mengukir senyuman. Betapa indahnya kalau orang yang kita suka dalam diam sukakan kita balik. Cuma, ia agak mustahil. Hurmm. Dia mana kenal aku siapa. Pandang aku pun tak. Datang perpustakaan ni pun boleh dikira dengan jari.

“ Akak?”

Zara tersentak. Dia mendongak ke arah empunya suara.

“ Oh Fira. Ada apa? Nak pinjam buku?”

Syafira tersengih lantas menggelengkan kepalanya. Dia sempat toleh ke belakang sebelum memandang semula ke arah Zara.

“ Fira cadangkan akak luahkan je perasaan akak dekat abang Mikail tu.”

Zara terkedu. Cepat-cepat dia menggelengkan kepalanya. Mereka berdua memang rapat sebab dulu pernah belajar dan duduk bilik sekali. Zara ni lepasan degree. Fira pula baru sambung degree. So, Zara habiskan pengajian dulu dan terus dapat kerja di tempat belajarnya dulu.

“ Tak nak la. Akak lebih sanggup cakap dekat perhimpunan daripada luahkan perasaan akak dekat dia.”

Zara mengambil kad yang dihulurkan Fira. Membuat semakan terhadap buku yang dia sudah pinjam. Buat kerja Zara. Buat kerja.

“ Ala kak. Nanti takut melepas je.”

Zara tersenyum kecil. Kad tadi dihulurkan semula pada tuannya.

“ Fira tahu kan perangai Mikail tu macam mana? Memang jenis tak makan saman. Jenis keras kepala. bergaul pun tak. Akak dah lama perhatikan dia. sekali dua je tegur. Tu pun masa group discussion dulu.”

Zara ingat lagi masa kali pertama dan terakhir dia bercakap dengan Mikail. Tu pun satu dua patah je terkeluar sebab semuanya dah Mikail cakap. Ingatkan lepas degree mereka berdua takkan berjumpa lagi. ternyata Mikail sambung lagi pengajiannya di sini. alahai. Zara sendiri tak tahu cara nak elak lagi perasaan dia. sedih tau tak. Asyik suka orang dalam diam.

“ Semua orang tahu abang Mikail tu macam mana. Kadang-kadang geram juga dengan dia kak. Tahu nak menang je. tak ada hati dan perasaan betul.”

Zara tersengih. Fira dah geram.

“ Dah. Pergi buat kerja kamu. Akak banyak kerja lagi ni.”

“ Okay kak. Bye.”

Dia hanya tersenyum melihat telatah Fira menuju ke rak buku. Fira. Kalaulah akak ada kekuatan tu. akak tak mampu Fira.

“ Aku nak pinjam buku ni.”

Datang Mikail dekat kaunter dengan buku yang nak dipinjamnya. Zara tersentak seketika tapi tangannya cepat saja mengambil huluran Mikail. Dalam hati dia saat itu jangan cakap. Berdebar hebat. Sampai nak cover pun rasa macam tak berdaya.

“ Erk nah. Terima kasih.”

Zara hulurkan kembali buku tadi pada Mikail. Mikail ambil dan terus melangkah. Tanpa cakap terima kasih pun. Zara yang tengok tersenyum sinis. Itu lah Mikail. Macam mana aku boleh terjatuh hati dekat dia pun aku tak tahu lah. Adeh.

**
“ Kamu tunggu apa lagi? Sampai kucing bertanduk baru nak kahwin? Macam tu?”

Keningnya digaru berkali-kali. Dia berjalan ke arah perhentian bas dengan hati yang serabut. Tetapi tetap tenang menjawab setiap persoalan ibu kesayangannya itu. Itu kan ibu dia.

“ Ibu. Sabar okay? Zara tahu apa Zara buat. Nanti jodoh sampai Zara cakap dekat ibu. Zara baru kerja ibu. Kewangan tak kukuh lagi.” Balas Zara dengan lemah lembut. Tak nak ibunya bebel lagi.

Matanya dihala ke kiri dan kanan. Mana tahu bas sampai. Kalau bas tak sampai dia nak balik rumah sewa naik apa? Jalan kaki? Jauh tu!

“ Kalau tunggu jodoh yang macam kamu kata tu. Sampai bila-bila pun tak ada. Nak ibu cari kan?”

Zara tersengih. Aduhai. Cari untuk aku? Tidak! Langsung tak nak.

“ Tak apa. Zara cari sendiri. Okay la bu. Bas dah sampai ni. Zara letak dulu ye? Assalamualaikum.”

“ Hmm. Ye la. Hati-hati. Waalaikumussalam.”

Selepas tamat saja panggilan, dia terus menghembuskan nafas lega. Penat nak jawab bebelan ibunya. Kalau hari-hari macam ni, mahu pengsan dia. come on ibu. Umur Zara baru nak masuk 25 tahun. Chill la. Muda lagi. heks!

Nak tunggu crush Zara lamar dulu. Muahaha. Hmm. Berangan la kau Zara. Nak tunggu crush kau? Alamatnya memang kena tunggu kucing bertanduk dulu baru dia datang lamar kau. Zara tersengih. Berangan selagi mampu.

“ Ye. Ye. Aku datang la kejap lagi. Sabar boleh tak?”

Zara tersentak. Macam kenal je suara lelaki ni. Dia bertindak menoleh ke kirinya. Dan matanya terbeliak saat melihat insan itu. Mikail!

“ Kau datang ambil aku senang sikit. Asyik nak bebel je. Kalau kau tak nak ambil aku kau diam. Aku tengah tunggu bas ni.”

Mikail meletakkan beg sandangnya ke sisi kiri kakinya dan mengerling jam sekilas. Then, dia menoleh ke kiri dan kanan. Bas belum sampai.

“ Nanti aku sampai aku pergi kat kau. Bye.”

Terus dia matikan talian. Dia ambil tempat kosong. Penat. Kena jalan dari kelas ke sini. masa ni jugalah kereta nak buat hal. Kalau tidak boleh naik kereta.

Zara terpegun dekat tempat dia duduk. Toleh pun tak. Gerak sikit pun tak. Cuma pandang ke depan. Tapi dalam hati debaran hebat. Dia tak tahu nak buat apa. Gelabah ya amat. Yala. Crush ada dekat sebelah kot. Entah kenal entah tak si Mikail tu.

“ Dahaga pula.”

Zara kerling sekilas ke arah Mikail. Tapi Mikail dah bangun. Entah hendak ke mana. Beg sandang ditinggal begitu je. Zara menggelengkan kepalanya seketika. Cuai. Kalau ye pun nak pergi beli air. bawa la beg tu sekali. Kang hilang baru ada akal.

Akhirnya, Zara bangun dan ambil beg tu dan letakkan di sisinya. Supaya lebih selamat. Tak la hilang nanti. Gelabah tak tentu fasal pula. Sambil itu dia tengok kiri dan kanan. Kenapa hari ni bas lambat pula.

“ Eh! Kau buat apa dengan beg aku tu?”

Zara tersentak bila beg yang ada di sisinya direntap kasar. Dia mendongak ke arah empunya suara. Wajah Mikail dah tegang. Maybe tahan marah. Cuma, Zara masih tersenyum. Chill Zara. Dia ingat kau curi beg dia.

“ Saya Cuma tolong jaga beg awak. kalau ye pun awak nak pergi beli air. bawa beg ni sekali. Kalau beg ni hilang macam mana? Siapa susah? So, saya Cuma tolong jagakan. Salah ke?” Dengan panjang lebar Zara jelaskan perkara sebenar.

Mikail dah terdiam. Wajahnya dah kembali biasa. Cuma, dia masih beriak sombong. Keras kepala betul Mikail ni. terus dia duduk kembali tanpa cakap thanks dekat Zara. Zara Cuma tersenyum sinis. Sabar je la dengan kau ni Mikail. Nasib aku sayang kau tau tak?

Hampir setengah jam menunggu. Bas pun dah sampai. Baru Zara nak melangkah, tiba-tiba si Mikail ni potong line dia dan naik macam tu je. Dah la terlanggar Zara dengan beg sandangnya tu. Tak sedar langsung apa yang dia dah buat dekat Zara. Zara pula hampir saja terjatuh. Mujur sempat pegang pintu bas.

Dengan penuh kesabaran, Zara naik ke atas bas dan ambil tempat. Dan bila dia lalu tepi Mikail. Dia sempat berikan senyuman yang paling sinis buat Mikail. Mikail yang melihat menjongketkan kening.

“ Kalau ye pun nak cepat, tolong tengok orang sama. Jangan main langgar je. Selfish!”

Terus Zara berlalu dengan amarah kecil. Dia ambil tempat kosong paling belakang sekali. Sekali gus menyejukkan hati dia yang sedia panas tu. mujur orang tak ramai dalam bas ni. Kalau tak buat malu je. Huh!

***
Laju tangannya membuat kerja. Uruskan nama pelajar yang meminjam buku dengan nama pelajar yang masih tidak memulangkan buku. Sampai tak sedar ada orang tengah memandangnya saat itu.

“ Ehem!”

Zara tersentak saat terdengar suara itu. Cepat-cepat dia menoleh. Tapi nampak je muka Mikail, dia terus buat muka menyampah even dalam hati bukan main berdebar. Yala. Benci dengan kejadian semalam tu. tak reti nak minta maaf langsung. Haish!

“ Ye?” Tapi Zara tetap bermanis muka. Pelanggan kan? Ceh! Macam buka kedai pula kau Zara. Muahaha.

“ Aku nak pulangkan ini.”

Dua buah buku dihulurkan pada Zara bersama kad. Zara menyambut lantas membuat kerjanya tanpa menghiraukan Mikail. Bila dah selesai barulah dia hulurkan semula kad Mikail. Dan sekali lagi tanpa ucapkan apa-apa, Zara kembali buat kerja. hati tengah panas la katakan.

Cuma, pelik bagi Mikail. Sebab selalunya Zara akan cakap thanks setiap kali dia bagi buku or nak pinjam buku. Tapi kali ni tak. Mikail hairan dan tiba-tiba rasa nak dengar suara Zara. Eh! Apa kena dengan kau ni Mikail?

“ Okay.”

Zara tergelak bila Mikail cakap okay then blah macam tu je. Itu Mikail ke? Dah kenapa cakap okay? Tak pernah-pernah pun? Zara mula tersengih. Rasa bersalah fasal semalam ke? Ermm. I don’t think so. Dia kan hati macam batu. Tak berperasaan. Huh!

“ Akak?”

Senyuman Zara terhenti bila nampak Fira. Dia hadiahkan sengihan buat Fira.

“ Yes Fira? Ada apa yang boleh akak bantu?”

Zara sambung buat kerja dia. Lagi sejam dia boleh rehat kejap. Letih. Dahaga semua ada.

“ Kenapa abang Mikail macam pelik tadi? Fira ada selisih dengan dia tadi. Dia macam tengah fikirkan sesuatu sambil buat memek muka yang I think its funny you know?”

Penerangan Fira dah cukup menggelikan hati Zara. Terus Zara tergelak halus. Aduhai. Lawak juga awak ni Mikail. Makin sayang pula saya. Haha. Mengada kau Zara.

“ Entah la dik. Cuba adik tanya sendiri? Akak pun nak tahu juga.” Balas Zara dengan sengihan nakal.

“ Fira? Nak tanya dia? Memang tak lah!” Fira mencebik meluat.

“ Tahu pun. Ingat akak tahu sangat ke?”

“ Yela. Akak kan suka dia. so mesti semua benda akak akan tahu.” Fira menyindir balik.

Zara tersenyum kecil.

“ Ye. Tapi tak semua benda akak nak tahu sangat. Takut direject bulat-bulat je nanti. Kahkah.”

Sesaat kemudian mereka berdua tertawa tapi cukup perlahan. Nama pun perpustakaan kan? kah!

“ Dah la dik. Akak ada banyak lagi kerja ni. Pergilah buat kerja kamu.”

“ Okay kak. Saya pergi dulu.”

Zara tersenyum melihat kelibat Fira berlalu pergi. sempat juga dia cari kelibat Mikail. Dan macam biasa Mikail dengan port tepi tingkap dia tu.

‘ Mikail. Kenapa awak tak pernah sedar dengan kehadiran saya? Haih.’

**
Fight for the things that you love

Scroll punya scroll. Terjumpa satu gambar Mikail dengan caption macam di atas tu. Zara terdiam. Dia mula terfikir. Kenapa Mikail buat caption macam tu? Dia dah jumpa someone ke?

Zara mula rasa tak best nak stalk. Tapi tangan ni gatal. Nak tahu juga. So, scroll lagi gambar dia. Terjumpa lagi gambar dia dengan caption begini pula.

I will be yours.

Zara ketap bibir. Ibu! Sedih! Baru je dia nak log out instagram miliknya itu. Tiba-tiba terpapar satu gambar daripada Mikail. Gambar di mana, Mikail tengah baca buku di dalam library. Dan paling buat Zara terfikir lagi bila baca caption Mikail.

Why I feel like this? Who are you? Why you make me like this? I feel something wrong anywhere.

Zara terdiam. Tapi tidak lama bila dia tengok wajah Mikail yang tengah berserabut itu. Nama je tengah baca tapi mata tu tak tumpu pun kat buku. Muahaha. Okay. Aku jadi berkeyakinan nak dekat dengan kau. Hiks!

**
Dah seminggu berlalu. Dalam seminggu juga Zara jadi makin pelik dengan Mikail ni. Rajin pula si Mikail ni datang library. Setahu dia Mikail bukan seorang yang rajin nak datang ke tempat sebegini. Tapi pointer dia juga yang paling tinggi.

Itu satu. Yang paling tak tahan. Mikail setia pula cakap okay selepas Zara serahkan buku pada dia. Zara tak cakap apa-apa pun even thanks. Yala. Dah malas nak cakap sebab si Mikail ni tak balas pun. Tapi sepanjang seminggu ni? Aneh!

Dan hari ni, seperti biasa. Mikail datang serahkan buku yang dia pinjam semalam pada Zara. Okay. Kali ni Zara bertekad nak cakap thanks balik. Yala. Pelik sangat dia tengok orang yang dia suka jadi macam ni.

“ Thanks.”

Zara ucapkan terima kasih dengan senyuman pada Mikail selepas serahkan buku tadi. Mikail yang melihat terkedu seketika. Sampai terkelu lidah. Zara lagi la pelik.

“ Mikail? Awak?” Terpaksa Zara memanggil.

“ Erk. Ha okay. Bye.”

Terus Mikail berlalu ke tempat selalu dia lepak tu. Zara Cuma tengok dari jauh. Apa kena dengan crush aku ni? Pelik betul la. Okay. Cuba usya dia punya Instagram. Dah seminggu aku tak on IG aku. baru buka, terpapar muka depan buku yang baru dia lihat tadi dengan caption yang membuatkan aku tergelak.

Oh! I’m crazy right? Why suddenly? Oh no! I must go somewhere to forget this!

Zara kerling Mikail yang tengah tunduk tengok buku dia tu. Alahai. Comel la awak ni Mikail. Awak dah berpunya ke belum? Sebab saya suka awak. Awak cinta hati saya. Hehe. Mengada kau Zara.

**
No matter what happen. I just like you. Only you. Capital M.

Caption dengan gambar Zara yang tengah tersenyum ke arah tingkap itu membuatkan Mikail tersenyum seketika. Sebenarnya kau ni comel juga Zara. Macam mana aku tak sedar kau dah lama jadi follower aku dalam IG? Aku pun dah lupa semenjak bila aku follow kau. Tapi kau suka siapa? 
Capital M? Kenapa macam nama aku? Okay! Perasan. Tapi kenapa aku kena fikir pula? Haish!

“ Hello bro!”

Isyraf datang menyampuk. Mikail yang tengah khusyuk scroll IG milik Zara tu cepat-cepat log out dan buat biasa dengan menghirup minuman di depan matanya saat itu. Isyraf yang melihat dah mengerutkan dahi.

“ Kau dah kenapa bro?”

“ Kenapa apa?”

“ Yala. Macam serba tak kena je aku tengok kau ni.”

Mikail kerutkan dahi. Berlagak biasa la konon.

“ Mana ada. Aku biasa je. jom lah gerak ke kelas. Kau lambat.”

Isyraf tersengih. Terus dia lupakan hal tadi.

“ Aku jumpa makwe aku kejap. Jom.”

Mikail kerling Isyraf sekilas. Langkah mereka diatur ke kelas. Tanpa suara. Cuma, langkah mereka terhenti saat Isyraf memanggil seseorang. Seseorang itu ialah Zara.

“ Hey Zara. Lama tak nampak kau?”

Zara tersentak saat ternampak Mikail dan Isyraf. Tapi dia tetap memaniskan muka. Hati. Tolong jangan nak berdebar sangat boleh?

“ Lama apanya. Kau tu yang tak pernah datang library. Aku ada je dekat situ. Tanya kawan kau ni. selalu datang.”

Isyraf mengerutkan dahi. Mikail datang library? Mikail yang malas tatap buku ni selalu datang library? Biar betul Zara ni?

“ Mikail ni?” Soal Isyraf dengan tak puas hati. Tertanya-tanya sebenarnya.

Zara hanya menganggukkan kepala. Dah kenapa? Mesti Isyraf ni tak tahu. Haha. Mikail pula terus buat reaksi biasa. Buat-buat tahu konon.

“ Haah. Okay la Isyraf. Aku ada hal lagi ni. see you again.”

Belum sempat Isyraf nak bersuara, Zara melangkah terlebih dahulu. Zara memang nak cepat la tu. Hilang je kelibat Zara depan mata. Barulah dia toleh ke arah Mikail. Siap dengan jongketan di kening lagi. Mikail yang tengok hanya menjongketkan bahu.

“ Jangan nak dalih lagi wahai encik Mikail. Baik kau cakap.” Isyraf cuba menggesa.

Mikail langsung tidak menghiraukan si Isyraf. Dia mula berjalan meninggalkan Isyraf. Sekarang dia perlu ke kelas. Tiada masa nak jawab atau rahsianya akan terbongkar.

“ Mikail! Kau jangan nak lari!”

“ Aku tak lari tapi kita ada kelas la.”

“ Cakap je la. Bukannya lecturer datang lagi.”

Mikail ambil tempat dan lepaskan nafas kecil. Isyraf masih menanti. Jarang tengok Mikail serabut macam ni. Yala. Mikail ni kan seorang yang keras kepala. Ego tinggi.

“ Aku pun tak tahu la. Lately ni aku rasa macam tak kena je dengan diri aku. sedar tak sedar aku jadi makin tak boleh kalau tak pergi library dan jumpa Zara dulu. I mean, pergi library la. Zara kan duduk depan kaunter. Mesti la kena jumpa dia dulu.”

Isyraf tarik sengihan nakal. Masih nak ego lagi Encik Mikail kita ni. mengaku je la. Apa salahnya.

“ Tapi sampai hari-hari kau pergi?”

Mikail menjongketkan bahunya.

“ Cuma nak dengar dia cakap thanks. Tu je.”

Isyraf terlopong. Tapi tak lama bila dia mula melepaskan tawa besar. Mikail yang tengok dah tayangkan muka menyampah. Ini yang benci kalau aku cerita something dekat dia ni.

“ Kenapa? Dia tak cakap ke selama ni sampai kau nak dengar segala?” Soal Isyraf bila tawanya dah henti.

“ Aku tak tahu. Semenjak dia tak cakap dah thanks dekat aku. aku rasa pelik. Sebab dah terbiasa kot.”
Isyraf katup mulut. Tak nak terlepas tawa lagi. Kang merajuk pula.

“ Kau sedar tak apa yang kau tengah rasa sekarang ni bro?”

“ What?”

Mikail mula tengok skrin telefonnya. Application Instagram miliknya dibuka.

“ Kau dah jatuh cinta pada dia!”

Dan serentak itu jugalah Mikail nampak Zara post gambar buku sama yang dia pernah upload dekat IG sebelum ni dengan caption macam ni.

You fall in love with me right? Just admit it!

“ Kau gila?” Mikail soal Isyraf dengan riak muka terkejut.

“ Apa aku pula. Kau la. Kau dah jatuh hati pada dia la bro. come on!”

“ Impossible.”

“ Nothing impossible because you feel it. But, you deny it. Come on!”

Dia terdiam dan akhirnya menyembamkan wajahnya pada meja. Argh!! Tak mungkin!

**
Jika ditanya pada dia, apa perkara yang dia suka buat. Jawapannya adalah suka stalk crush dia. Boleh dikatakan setiap hari. Mujur kerja semua dia buat juga. Kalau tidak free je kena diberhentikan. Zara. Zara.

Semenjak kes dia terserempak dengan Isyraf dan Mikail dua hari lepas. Semenjak itu jugalah si Mikail ni dah tak datang ke library. Tipulah kalau kata Zara tak rindu. Sampai terjenguk-jenguk ke arah pintu. Mana tahu Mikail datang. Bukan tu je. Buku yang dipinjam pun kawan dia yang pulangkan sendiri.

“ Mana awak pergi Mikail? IG pun awak tak active dah. tak nampak awak upload gambar baru. Haih.”

Zara melihat sekeliling. Waktu pagi macam ni tak ramai orang datang ke sini. Jadi, dia ada peluang la nak usya Mikail. Sebab time pagi la Mikail selalu datang. Aduhai. Parah kau ni Zara.

Pap!

Tersentak Zara saat mendapat bunyi tepukan itu. Diurut dadanya perlahan gara-gara terkejut. Dia toleh ke belakang. Bila nampak wajah Fira yang tengah tersengih itu. cepat saja tangan dia menampar lengan Fira. Geram ya amat.

“ Fira! Terkejut akak tahu tak?” Marah Zara geram.

Fira tertawa kecil.

“ Akak la. Termenung je tahu. Sampai orang berdiri belakang dia pun tak sedar. Terpaksa la tepuk meja ni dulu. teringatkan abang Mikail la tu.”

Zara mencebik. Rasa buang masa pula ingatkan si Mikail tu.

“ Abang Mikail tak ada dekat sini la kak. Dia pergi camping. Esok baru balik.”

Makluman yang baru diterimanya itu jelas membuatkan dia terkejut. Rasa sedih pun ada. Kenapa dia tak tahu pun? Selalu dia dapat tahu. Sebab Mikail tak aktif dekat media sosial. Sebab tu dia ketinggalan. Hmm.

Fira tersenyum saat melihat wajah muram akak kesayangannya itu.

“ Akak jangan sedih la. Esok dia balik la. Lagipun dia pergi atas urusan kerja. bukan saja.”

“ Akak bukan apa Fira. Akak rasa macam give up la. Dia langsung tak pandang akak. Rasa macam sia-sia suka dalam diam. Tapi nak buat macam mana. Akak dah terjatuh hati dekat dia. sekarang ni rasa makin sukar nak lupa.”

Fira tersenyum kecil. Sempat dia capai sebatang pen dan sehelai kertas di depan matanya itu. Dia tulis sesuatu dan berikan pada Zara.

“ Saya pergi dulu. Fikir-fikirkan ye.”

Terus Fira berlalu pergi meninggalkan Zara terpinga-pinga. Dengan keadaan terpinga-pinga itu dia tunduk tengok apa yang Fira tulis pada dia tadi.

0131234321 (Ini nombor abang Mikail. Kalau akak betul sayangkan dia. Contact dia)

Terlopong Zara dibuatnya. Biar betul Fira ni?

**
“ Bro! Sini!”

Termengah-mengah Mikail cuba kejar langkah Isyraf yang sudah jauh daripada dia. Dari semalam mereka berpindah randah. Tapi semalam mereka stay dekat hutan ni dalam lagi. Untuk malam ni maybe kena keluar sikit. Supaya esok senang sikit dan jimat masa nak keluar daripada hutan. Camping la katakan.

“ Kita rehat kejap la weh. Penat arh.” Ajak Mikail sambil lap peluh di dahi.

“ Okay guys. Kita rehat kejap. Nanti kita sambung balik.”

Isyraf memberi arahan sebab dia dan Mikail ketua dalam kumpulan kecil itu. bersama dengan adik-adik junior yang lain. Yang pasti semua lelaki.

“ Bro. Handpone kau ada line tak?” Soal Isyraf.

Mikail mengerutkan dahi.

“ Dah nama pun dalam hutan pakcik oii. Mesti la tak ada.”

Sempat Isyraf tersengih lantas tengok skrin telefonnya. Ada la satu line. Boleh kot kalau nak call kejap. Rasa tak best kalau tak telefon orang kesayangan even sehari.

“ Ada. Tapi sikit. Aku ke sana kejap.”

Mikail mencebik saat melihat Isyraf melangkah jauh daripada dia. Tak habis-habis dengan orang kesayangan dia tu. Haih. Dia turut ambil telefon Samsungnya itu dan tengok line. Ada satu line juga. Dan.. Eh?

Mikail baru perasan ada satu message daripada nombor yang dia tidak kenali. Cepat-cepat dia buka dan baca.

Assalamualaikum Mikail. Awak sihat? Saya harap awak sihat. Duduk dalam hutan tu hati-hati ye.

Sampai berkerut dahi Mikail baca message daripada nombor yang tidak dikenali itu. Tarikh hari ni. masa dua jam yang lepas. Siapa ni weh? Musykil.

Kau siapa?

Gara-gara nak tahu sangat. Balas juga message tu. Tak sampai seminit dapat message baru. Mikail tersenyum. Cepat bebenor.

Orang yang suka awak dalam diam.

Tersentak dibuatnya. Ada juga orang suka aku dalam diam? Tapi siapa? Tak fasal-fasal berdebar aku jadinya. Makin nak tahu jadinya.

Siapa? Beritahu je la nama kau.

Awak tak perlu tahu siapa saya sebab awak tak pernah pun pandang saya. Jadi, cukuplah awak tahu saya suka awak dalam diam.

Tapi dari mana kau dapat nombor aku?

Dari seseorang. Bye.

Terkesima sekejap Mikail dengan secret admire dia tu. Jadi terpinga-pinga terus. Sampai Isyraf datang pun tak sedar.

“ Bro! Asal kau ni?” Tegur Isyraf yang pelik dengan reaksi Mikail.

Mikail serahkan telefonnya itu kepada Isyraf. Suruh Isyraf baca. Isyraf hanya menurut dan selepas dia tahu apa yang menyebabkan Mikail jadi sedemikian rupa, dia tersenyum panjang. Rasanya Fira dah mulakan langkah.

“ So? Untunglah ada secret admire.”

Isyraf serahkan kembali telefon milik Mikail itu. Giliran dia pula message Fira. Iaitu adik angkat dia. semenjak bila kah? Semenjak Fira kenal dengan makwe dia. Haha.

Zara dah mulakan langkah. Terima kasih Fira. Kalau Fira tak beritahu abang yang Zara tu sukakan abang Mikail. Sampai bila-bila pun mereka macam tu.

Isyraf rasa nak tergelak tengok Mikail yang asyik berkerut-kerut dahi tu. Tengah fikirkan sesuatu la tu.

Saya Cuma nak tolong akak Zara je bang. Kesian saya tengok dia. abang Mikail tu tak pernah pandang dia pun.

Haha. Jangan risau. Abang tahu mereka akan bertemu juga nanti. Dan abang yakin abang Mikail kamu tu suka dekat Zara.

Okay abang.

Isyraf tersenyum kecil. Mikail. Mikail. Kau suka dia tapi tak nak mengaku. Degil juga kau ni.

**
Tup tap tup tap bunyi keyboard kedengaran. Zara terlalu fokus pada kerja menaip nama pelajar depan pc dia tu. langsung tak endahkan orang lain yang lalu lalang di tepi dan depannya. Sebab apa? sebab dia bukan kerja keseorangan hari ini. bersama dengan orang baru. Sebab tu dia fokus je tanpa hiraukan orang lain.

Actually, dia penat. Penat asyik fikir tentang crush dia. dah seminggu berlalu. Seminggu juga Mikail tak datang ke library. Kalau nak kata message. Masa Fira bagi tu ja la. Lepas tu dia tak berani message dah dengan Mikail. Takut dan malu. Sebab tu dia perlu stop kejap kot.

“ Zara…”

“ Ya. Kenapa?” Sahut Zara tanpa menoleh ke arah rakan sekerjanya itu.

“ Telefon ku bergetar tadi. Takkan kau tak perasan?”

Zara terdiam. Yeke? Fokus sangat buat kerja la ni. Pantas dia mengambil telefon dan tengok dekat skrin telefon. Ada message la.

Boleh tak kau beritahu siapa kau? Aku naik gila fikir fasal kau.

Terpinga-pinga Zara jadinya bila baca message daripada crush dia tu. Erk! Nak balas apa ni? balas je la. Ikut kata hati kau. Letih asyik fikir orang yang tak fikir fasal kau. Kalau kau tahu Mikail. Mesti kau takkan datang lagi dekat library ni. Even sekali.

Tak perlu. Awak bukannya pandang saya pun. Dan saya tahu selepas saya beritahu perkara sebenar pun awak mesti akan jauhkan diri daripada saya. Baik saya diam je.

Ikutkan hati, nak je Zara off phone dia. Tapi, tak sampai hati bila telefon dia kembali bergetar. Mikail reply la tu.

Just tell me! Who are you?

No! I won’t!

Terus Zara off phone dia. Maafkan aku Mikail. Aku rasa baik macam ni. Hmm.

“ Lina. Boleh aku pinjam phone kau kejap?”

“ Erk. Nah..”

Zara ambil phone Lina dan log in akaun instagramnya. Mujur Lina pun ada IG. Dia log in dan post gambar pc komputernya itu. tak lupa juga caption yang menyedihkan. Haha.

Penat kan suka orang dalam diam? Sedangkan dia tak pernah pandang kita pun. Sampai bila aku harus macam ni? Letih. I want give up!

Zara mengeluh kecil. Rasanya dah tiba masanya aku lupakan dia. Maybe terima je kata-kata ibu. Ceh! Hmm.

“ Zara.”

“ Apa?”

Zara tengok notification selepas post gambar tadi. Mencari sama ada si Mikail tu like atau tidak.

“ Erk. Tu…”

Zara mengerutkan dahi. Dah kenapa dengan Lina ni? Pada masa yang sama ada seseorang tinggalkan komen dekat gambar dia tadi. Dan Zara terkejut saat tahu siapa empunya diri yang komen.

mmm.mikail : Penat lagi kalau seseorang itu turut mengharapkan jawapan yang sama.

Terbeliak mata Zara saat baca komen daripada si Mikail tu. Ya Allah! Apa maksud dia?

“ Weh.”

Sekali lagi Zara tersentak saat lengannya disenggol Lina. Mahu tak mahu Zara terpaksa toleh ke arah Lina.

“ Apa kau ni?” Rungut Zara tak puas hati.

“ Tuu!” Lina muncungkan bibirnya ke arah hadapan. Zara yang tak faham hanya menurut.

Tengok je depan, dia sendiri tergamam. insan yang baru komen tadi tiba-tiba muncul depan matanya dengan riak muka yang sukar untuk ditafsirkan. Beku. Tanpa senyuman. Renungannya pula tajam. Sampai terteguk air liur Zara dibuatnya. Ya Allah! Mati aku! Dia dah tahu ke?

“ Kau. Ikut. Aku. Sekarang.”

Even senada, Zara dapat rasakan sesuatu yang akan berlaku pada diri dia sebentar lagi. melihatkan Mikail berlalu ke luar library. Dia jadi teragak-agak sama ada nak ikut atau tak. Tapi bila Lina suruh dia pergi, mahu tak mahu dia gagahkan juga ikut langkah Mikail sehingga ke luar library. Dia juga make sure jarak antara dia dengan Mikail tak terlalu rapat. Kang boleh lari kalau jadi apa-apa. Hoho.

“ Kenapa awak nak jumpa saya?” Dengan beraninya Zara menyoal.

Mikail menoleh ke arah Zara dan berdepan dengan dia. Zara yang melihat hanya diamkan diri. Wuargh! Apa yang akan berlaku ni?

“ Kau kan? Kau yang suka aku dalam diam kan? Yang SMS aku masa aku dalam hutan tu. Kan?”

Bertalu-talu soalan diarah pada dia sampai Zara tak mampu nak keluarkan suara untuk jawab. Sebab soalan pun memang kena tepat dekat diri dia.

“ Kenapa diam? Jawablah.”

Zara mengeluh kecil. melihatkan wajah Mikail yang tiada perasaan tu buatkan dia rasa nak mengaku je apa yang dia rasa. Tapi macam mana kalau dia kena gelak nanti? Ibu! Tolong!

“ Saya..”

“ Apa? Jujur je la.”

“ Fine!”

Zara beranikan diri bertentangan mata dengan Mikail. Alang-alang suruh mengaku. Baik mengaku dari mula lagi. tak la sakit hati dan pendam segala-galanya seorang diri lagi kan? So just go on Zara!

“ Yes. Saya orangnya. Saya yang SMS awak time tu. Saya juga orang yang suka awak dalam diam. 
Setelah sekian lama. Saya juga orang yang tak awak pandang langsung tu! saya juga mangsa sebab tersuka awak. terjatuh hati dekat awak. ya saya orangnya! So? Nak gelak? Nak sindir? Maki? Hina? Or marah? Silakan. Saya sedia mendengarnya.”

Mikail sama sekali terkedu. Terkejut pun ada bila tengok Zara macam ni. Senafas saja Zara meluahkan apa yang dia rasa. Tu memang betul-betul geram dah tu. Sampai berombak dadanya menahan rasa geram. Mikail yang tengok pun dah terdiam.

“ So, sekarang awak dah tahu semuanya. Saya tahu awak tak pernah suka saya pun. Harap lepas ni awak boleh lupakan apa saja yang saya katakan tadi. Anggap saya tak pernah kenal awak. Terima kasih Mikail bagi saya peluang untuk kenal awak. saya pergi dulu. assalamualaikum.”

Tanpa berlengah, Zara cepat-cepat berlalu daripada situ dan masuk semula ke dalam library. Ikutkan hati nak je jerit yang aku memang terlalu cintakan dia. Tapi buat malu kot. So, itu je yang mampu. Tengok! Sekarang pun rasa nak nangis dah. Haha. Spoil la kau ni Zara.

Manakala Mikail yang melihat Zara pergi rasa lain macam. Rasa macam kehilangan. Rasa macam dia kena do something. Argh! Dia sendiri tak faham kenapa dia mesti rasa semua tu. dia pun rasa nak give up dah. Ish!

**
Akak. Tolong datang library sekarang boleh tak? Urgent kes! Please!

Gara-gara message daripada Fira itu lah, dia terpaksa korbankan cutinya dengan datang ke library hari ini. Ikutkan Lina yang uruskan kerja dia hari ni. Saja dia ambil cuti sebab nak tenangkan fikiran. Tapi lain pula yang jadi. Sabar je la.

Sampai saja dia dekat library, mestilah dia tuju ke arah kaunter dulu. Nak tanya Lina dulu. Mana tahu Fira dah balik ke or sedang cari dia ke.

“ Lina.” Tegur Zara saat berdiri depan kaunter.

Lina mendongak dan tersentak melihat kehadiran Zara depan matanya saat ini.

“ Kau bukan cuti ke?”

“ Urgent kes. Kau ada nampak adik Fira tak?”

“ Tak ada pula. Tapi aku diberi amanat suruh serahkan ini pada kau.”

Lina serahkan Zara satu sampul surat berwarna putih. Pelik tapi Zara tetap mengambilnya dan melangkah ke arah meja belajar pelajar di tepi tingkap. Sebab situ privacy sikit. Ceh. Cakap je la kau rindu Mikail.

Dengan tanda tanya, isi sampul surat tadi dia keluarkan. Lagi terpinga-pinga jadinya bila tengok apa yang dia dapat.

Dia dapat dua helai kertas. Satu kertas hanya tulis huruf I. satu lagi kertas tulis huruf LOVE. Pelik. Siapa yang bagi ni? eh! Ada lagi satu kertas la. Tapi kertas ni lipatannya sangat kecil. mahu tak mahu, tekun juga aku buka. Nak tahu kan?

Buka Instagram sekarang.

Zara rasa nak menjerit je. Apa lagi ni? Aku langsung tak faham lah! Ikutkan je la Zara.

“ Buka Ig dah. So what’s next?”

Zara toleh sekilas ke arah luar tingkap. Tiada yang menarik. Dia tunduk kembali tengok skrin telefonnya dan dia terkejut saat ada orang tag dia dalam satu gambar. Dan.. Eh! Mikail? Dia tag aku? buka tengok!

Dan ya! Kali ni Zara terkesima. Sangat terkesima. Gambar dia sendiri! Mikail post gambar dia sendiri dan tag diri dia. apa maknanya ni? Caption pula hanya YOU. Seriously? Aku tak faham.

Tiba-tiba panggilan masuk. Daripada Mikail. Zara jadi terkelu kejap. Jawab ke tak? Masalahnya dah dua kali Mikail buat panggilan. Okay! Jawab Zara!

“ Assalamualaikum.”

Zara diam. Tapi dia tetap jawab salam. Itu pun dalam hati.

“ Awak dah dapat sampul surat tu? Dah baca isi dia kan? Dan dah tengok IG kan?”

Zara ketap bibir. Kenapa dia macam baru faham apa maksud Mikail yang sebenarnya?

“ Zara. Saya nak minta maaf.”

Dengan lembut pula tu. Lagilah Zara rasa nak nangis.

“ Saya tahu awak banyak terluka sebab saya. Maafkan saya Zara. Tapi niat saya Cuma satu. Saya tak nak nafikan lagi. Apa yang saya buat tadi adalah apa yang saya rasa sebelum ni. awak faham tak?”

Zara seka hujung tubir matanya itu perlahan. Dia menarik senyuman kecil. Faham. Aku baru faham.

“ Maksudnya I Love You Zara. It’s you.”

Kali ini, Zara terus tutup mulutnya bila Mikail tiba-tiba muncul di depan matanya saat itu. dengan senyuman manis serta bunga ros di tangan.

“ A..awak..”

Zara dah kehilangan kata-kata. Tak tahu apa yang dia nak buat. Mikail betul-betul berdiri depan matanya saat itu. Telefon dah diletakkan di atas meja. Dan kini mereka berdepan.

“ Zara. Saya minta maaf. Saya dah cintakan awak.”

Dengar luahan Mikail tu membuatkan Zara tertawa kecil.

“ Maaf sebab buat awak suka saya dalam diam terlalu lama.” Sambung Mikail lagi dengan senyuman manisnya itu.

“ Nasib saya.”

“ So…”

“ So?” Zara mengerutkan dahi saat melihat Mikail yang tersenyum panjang itu.

“ Jadi cinta hati saya buat selamanya? Be my wife maybe?”

Okay. Kali ni Zara terus mengalirkan air mata. Terkejut plus terharu. Tengok kesungguhan Mikail itu membuatkan dia menganggukkan kepala perlahan.

“ Terima kasih Zara.”

Zara tertawa kecil melihat bunga ros yang dihulurkan padanya itu. Dia ambil dan tengok Mikail.

“ Thanks.”

“ Awak patut berterima kasih pada Fira dan Isyraf. Mereka dalang semua ni.”

Muncul Isyraf dan Fira dengan sengihan panjang. Malu Zara dibuatnya. Tapi alhamdulillah. Semuanya dah selesai.

“ Akak. Tahniah. Akhirnya crush akak bakal jadi suami akak. Haha.”

Mikail dan Isyraf yang mendengar tertawa kecil. Zara hanya tersengih.

“ Okay semua dah selesai. Bro. jom. Kita ada kelas. Lepas ni kau boleh jumpa dia lagi.”

Isyraf berlalu sambil tarik bahu Mikail. Zara hanya melihat mereka berdua berlalu. Tapi dalam hati rasa happy sangat.

“ Mikail. Terima kasih. Saya ingat saya akan suka awak selamanya dalam diam.” Luah Zara perlahan. Dan yang pasti Fira mendengarnya.

“ Buktinya akak dan abang Mikail tak perlu bersembunyi lagi. Kan?”

“ haha. Ya. Jom. Akak belanja makan.”

“ Yeay. Jom.”

Apa pun yang terjadi selepas ini, dia berharap agar Allah permudahkan urusannya. Mikail. Once again, I want to say that I love you. Very much. Thank you.

~Tamat~




Monday 10 October 2016

Cerpen : Izinkan Aku

Assalamualaikum.

Helo guys. Wah! Lama gila menghilang. Baru muncul. Haha. Maafin. Dan seperti yang dijanjikan. New cerpen untuk korang. Tak nak bebel banyak. Just enjoy reading. :) Sorry sebab simple cerpen ni. 

Kalau ini yang awak mahukan. Saya reda. Saya lepaskan awak.

Terpinga-pinga Zikri dan Alif membaca pesanan ringkas daripada telefon bimbit roommate mereka berdua tu. Sesaat kemudian mereka berdua terus hamburkan tawa tanpa dapat ditahan. Kuat pula tu.

“ Agak la nak gelak dekat aku sekuat tu?!” Rungut Hisyam tak puas hati.

Zikri dan Alif. Masing-masing tayangkan sengih selepas habiskan tawa. Telefon bimbit Hisyam diserahkan kembali.

“ Perempuan ni pun satu. Dah kenapa main lepas-lepas. Macam selama ni aku dengan dia couple. Eiii!” rambutnya pula diraup kasar.

Mereka berdua yang melihat tertawa kecil. Bahu Hisyam ditepuk mereka berkali-kali.

“ Ini namanya dugaan hidup. Kau kena sabar. Biasalah tu.” Suara Alif.

“ Eh! Aku ada kelas petang ni. Aku gerak dulu la.”

Tergesa-gesa Zikri mengemaskan buku dan masukkan ke dalam beg. Dah selesai, dia cepat-cepat sarungkan kasut sportnya tu dan keluar daripada bilik. Kalau lambat nanti tak boleh masuk terus kelas. Siapa yang susah? Diri sendiri juga.
Eh! Jap! Dia membelek poket seluarnya. Dahinya mula berkerut. Bila yakin benda tu tiada dia terus tepuk dahi.

“ Argh! Tertinggal pula phone aku ni.”

Bergegas juga dia kembali berpatah balik ke bilik. Elok dah sampai bawah dan nak keluar dari gate kolej pun. Tak fasal-fasal kena patah balik. Ni yang menyemak ni. Tapi, aku dah betul-betul lewat ni. Jam dikerling sekilas. Dia jadi was-was. Nak patah balik ke nak pergi ke kelas?

“ Zikri! Kau kenapa? Kelas Sir kan?”

Zikri terdiam. Akhirnya dia ambil keputusan untuk ikut rakan sekelasnya itu ke kelas dulu. Biarlah telefon tu. nanti aku boleh ambil. Yang penting kelas.

Sedang elok dia dan rakannya berjalan. Tiba-tiba mereka berdua terdengar bunyi kecoh dari arah kanan mereka. Di mana betul-betul depan pagar kolej perempuan. Zikri berhenti melangkah. Begitu juga dengan rakannya itu. mereka saling berpandangan sebelum ambil keputusan untuk pergi tengok apa yang berlaku. Dari jauh mereka berdua dapat dengar suara kekecohan itu.

“ Kau apa hal? Apa yang kau tak puas hati sangat?”

“ Eh! Suka hati aku la?! Aku tak kacau kau pun. Aku kacau kawan kau ni je!”

“ Memang bukan kawan kau. Tapi dia kawan aku! Kau ingat sikit! Tak sebab kau anak saudara ayah aku. Dah lama aku report kau dekat pihak atasan kau tau tak?! Sedar diri sikit siapa yang tolong kau masuk sini!”

Zikri mula mendekat. Dan dari jauh dia dapat lihat seorang perempuan bertudung purple duduk sambil mengelap bajunya yang kelihatan basah. Dia juga dapat lihat dua orang perempuan sedang berlawan mulut. Yang pasti dia lebih tertarik pada perempuan bertudung purple tu. Kenapa dengan dia?

“ Eh kau!”

Bila Zikri sedar perempuan yang kelihatan ganas tu nak tampar orang, Zikri cepat-cepat menghalang.

“ Hoi!” Jerit Zikri dengan lantang.

Semua yang berkerumun dekat situ terkejut terus. Masing-masing bertindak menjauhkan diri daripada tiga perempuan tadi. Zikri dan rakannya Firman mendekat.

“ Korang dah tak ada kerja lain ke? Asyik cari gaduh je!” Zikri bersuara lagi dengan tegas. Hatinya jatuh kasihan pada perempuan yang duduk tu.

“ Se..senior..”                         

Perempuan yang mencari fasal tu mula rasa takut. Maybe tak sangka kot akan berjumpa dengan senior mereka.

“ Kenapa dengan dia?” Firman soal manakala Zikri dari tadi melihat ke arah perempuan yang duduk tu.

“ Kena simbah air dengan perempuan tak guna depan saya ni. Kawan saya ni kena buli. Mentang-mentang dia bukan dari kalangan orang berada. Dibuli kawan saya ni cukup-cukup.”

Penerangan itu sudah cukup membuatkan hati Zikri bara. Dia paling pantang orang yang suka ambil kesempatan macam ni. Sebab dulu dia juga dari kalangan orang yang susah. So dia tahu macam mana peritnya perasaan gadis itu.

“ Siapa nama korang?” Zikri bersuara sambil merenung tajam ke arah mereka berdua.

“ Saya Fika. Kawan saya ni Nurul. Dia pula Dania.”

Zikri tersenyum sinis. Firman pula dah melangkah ke tepi. Bagi laluan pada Zikri. Dia tahu Zikri boleh handle kes macam ni. Sebab tu ramai orang pilih dia sebagai ketua yang boleh dipercayai dan berdisiplin.

“ Dania. Maaflah kalau aku berkasar sikit. Tapi ini memang cara aku.”

Zikri melangkah ke arah Nurul yang sudah mula berdiri di sisi Fika. Dia setia tunduk daripada tadi. Zikri melihat ke arah Nurul dengan keluhan kecil.

“ Aku bagi amaran dekat kau Dania.”

Tanpa menoleh ke arah Dania. Zikri menghulurkan sapu tangan pada Fika.

“ berikan pada dia.” Pesan Zikri lembut lantas barulah dia menghadap Dania.

Fika yang menerima pesanan itu menarik senyuman kecil. Sempat juga dia kerling kawan baiknya tu. Hero kau dah datang akhirnya Nurul.

“ Aku tahu kau orang berada. Aku tahu tak semua orang layak hidup kaya macam kau. Tapi kau ingat kau boleh ambil kesempatan la? Kau ingat dengan buli orang kau puas? Aku nak ingatkan kau Dania. Sekali lagi aku nampak kau buli budak Nurul ni. Aku takkan teragak-agak senarai hitamkan nama kau. Kau faham?” Lantang Zikri bersuara dengan renungan tajamnya.

Dania yang terdengar tu terus terdiam. Tak berani nak lawan cakap. Sebab dia dah berdepan dengan orang yang salah. Sesiapa yang berani cari fasal dengan Senior Zikri ni. habis!
Puas hati Zikri bila tengok Dania dah terdiam.

“ Jom Man. Kita gerak. Dah lewat ni.”

Usai saja kelibat mereka berdua hilang, Dania pun berlalu pergi. Tinggallah Fika dan Nurul. Fika tersenyum melihat Nurul yang masih terkedu dengan keadaan tadi.

“ Beb. Hero kau dah datang.”

Nurul tersentak. Hero?

“ Yala. Dia selamatkan kau. Wahh! Untungnya kau!”

Nurul tersenyum kecil. Perasan pula kawan aku ni.

“ Jomlah. Dah lewat.”

Fika tersengih. Malu la tu. Tapi, baru dia tersedar sapu tangan yang sepatutnya diberikan pada Nurul belum diberi. Cepat-cepat dia kejar langkah Nurul.

“ Weh! Nah!”

Nurul menyambut huluran Fika dengan kerutan di dahi.

“ Kenapa bagi aku? Aku dah lap la. Dah kering pun.”

“ Bukan aku. senior kau yang bagi. Atau lebih tepat lagi. Hero kau.”

Nurul terkedu. What?

“ So, simpan baik-baik. Hehehe.”

Nurul akhirnya hanya tergelengkan kepalanya. dia Cuma kasihankan kau Nurul. Nanti kau kena bagi balik dekat dia. Yes!

**
Nurul? Nurul? Nurul?

Agaknya, dia datang dari mana? Kenapa aku tak pernah nampak dia pun sebelum ni. Aku dah sem 6 pun baru ternampak dia. Lambat pick up la kau ni Zikri!

“ Woi!”

“ Astagirullah! Woi!”

Hisyam dan Alif yang melihat reaksi mengejut Zikri terus tertawa kuat. Tahu terkejut!

“ Korang tak ada kerja lain kan? Tau nak sergah aku je!” Bebel Zikri tak puas hati.

Mereka berdua tersengih kambing. Ingat segak la tu. Tapi memang segak pun. Haha.

“ Jauh kau termenung. Teringatkan siapa?”

Zikri terdiam. Gila nak aku mengaku aku ingat fasal seseorang. Memang tak la!

“ Teringatkan assignment yang berlungguk tu. kau apa tahu? Makan tidur je.” Sempat juga Zikri sindir.

Alif mencebik. Tak habis-habis perkena aku.

“ Eh! Ada awek cun la kat sana.” Suara Hisyam pula.

Zikri sememangnya malas nak ambil tahu. Sebab dia memang tak ada mood. Fikirannya asyik terfikir fasal Nurul je. Pelik pun ya. Dah kenapa tiba-tiba terfikir pula. Aneh!

“ Kenapa aku tak pernah nampak dorang pun sebelum ni. Ke baru masuk?”

Bila dengar Alif kata macam tu. Zikri jadi tertarik nak tengok ke belakang. Yala, mereka ada kat kantin. Dia pula duduk membelakangi pintu masuk kantin.

“ Mana?” Soal Zikri sambil memerhati sekeliling.

“ kat kaunter tu.”

Saat mata Zikri terpandangkan seseorang. Hatinya terus tersentak. Nurul!

“ Bukan kita baru nampak. Masalahnya mereka tu baru munculkan diri. Lagipun budak junior tahun ni kan baik-baik.”

Zikri tersenyum sinis. Baik la sangat. Mereka tak tahu lagi apa jadi semalam. Hampir sakit jiwa dibuatnya. Sebabkan status tak setaraf dibulinya si Nurul tu.

“ Yala sangat.” Sindir Zikri lantas kembali memerhati Nurul daripada jauh. Hatinya dah buat fasal.

“ Eh! Kami gerak dulu la. Ada kelas.”

Tanpa menanti jawapan dari mulut Zikri, mereka berdua terus pergi. Tinggallah Zikri seorang sambil melihat ke arah Nurul. Apa saja gelagat Nurul tu membuatkan Zikri tersenyum sendirian. Kelakar juga Nurul ni. Comel orangnya.

Tapi? Cup! Dia terus perhati ke depan semula. Dah kenapa aku asyik tengok dia je ni? Haish! Zikri! Wake up! Kau dah kenapa? Suka ke? Haish! Dah! Dah! Dari kau melalut baik pergi kelas. Masalah betul.

Cepat-cepat dia menghabiskan minuman lantas berura-ura nak bangun pergi. Tapi dia tak jadi berganjak bila dirinya tiba-tiba ditegur seseorang. Tambahan pula seseorang tu ialah Nurul! Mahu terkejut gak la jadinya.

“ Maaf kacau. Saya Cuma nak beri ni balik.”

Zikri tunduk tengok huluran Nurul. Sapu tangan dia bagi semalam rupanya. Tapi dia cepat-cepat tolak kembali.

“ Ambil la. Saya hadiahkan.”

Cepat-cepat Zikri bangun dan meninggalkan Nurul yang terpinga-pinga itu. Yang pasti bibirnya kini sedang mengukirkan senyuman kecil. Haih. Dah lama aku tak rasa perasaan macam ni. Sabar je lah.

**
Daripada tadi, tak henti-henti matanya perhati sapu tangan yang ada pada tangannya saat itu. Sampai berkerut dahi jadinya. Dan tak fasal-fasal teringat balik kata-kata terakhir tuan badan sapu tangan ini semalam.

“ Ambil la. Saya hadiahkan.”

Kepalanya terus tergeleng-geleng. Dah kenapa asyik teringat fasal senior tu? Buang tabiat ke apa aku ni? Simpan je la sapu tangan ni. Dah orang bagi. Takkan nak buang pula. Akhirnya, dia memasukkan semula sapu tangannya ke dalam beg.

Dia bangun daripada duduk dan mula melangkah keluar daripada surau. Dah begitu lama dia berada di situ sampai tak sedar dia dah terlepas waktu rehat. Mujur tak terlepas kelas. Dahlah keseorangan pula tu.

Tapi rasanya tak semudah itu untuk dia sampai ke kelas. Bila Dania tiba-tiba muncul tepat di hadapannya dengan senyuman sinisnya itu. Nurul pun apa lagi. Terpaksa hentikan langkah dan menanti kata-kata Dania. Kata-kata yang penuh dengan hinaan dan makian.

“ Seronok nampak?”

Nurul tersenyum hambar. Dia langsung tak faham dengan Dania. Sedangkan dia tak pernah kacau Dania sikit pun. Salah ke kalau dia Cuma orang biasa-biasa yang tidak kaya macam Dania? Salah ke?

“ Kau nak apa lagi? Tolonglah. Aku dah penat nak bergaduh dengan kau.” Balas Nurul lemah.

Dania mendekat. Dengan beraninya tangan dia mula mendarat pada kepala Nurul. Tanpa sebarang kata dan amaran, dia mula memegang kuat kepala Nurul. Sampai membuatkan Nurul mengaduh kesakitan.

“ Sakit Dania. Lepas.” Pinta Nurul sambil menolak tangan Dania. Tapi Dania keras kepala. Langsung tak mahu lepas.

“ Kenapa semua orang suka kat kau? Sampai Daniel pun suka kau. Kenapa ha?! Apa yang hebat sangat dengan kau ni?!”

Dania mula berang. Nurul pula rasa nak menitiskan air mata.

“ Kenapa kau ni menyusahkan hidup aku je?!”

Nurul memejamkan matanya erat. Berharap ada orang akan datang dan tolong dia. Tolonglah. Dania dah melampaui batas kali ini.

Mungkin Allah mendengar doanya, Zikri dan Alif pun muncul daripada surau. Mereka berjalan perlahan ke luar surau.

“ Eh! Kenapa dengan budak berdua tu?” Soal Alif sambil menuding jari ke arah Nurul dan Dania.

Zikri yang tengah fokus pada skrin telefonnya itu terus mendongak. Bila matanya dapat tangkap siapa dua orang kelibat itu, pantas dia berlari ke arah mereka. telefon bimbit dah disimpan ke dalam kocek seluar. Alif pula jadi tergesa-gesa ikut Zikri daripada belakang.

“ Dania!” Jerit Zikri bila nampak Dania bertindak kasar pada Nurul.

Dania yang mendengar jeritan itu cepat-cepat lepaskan pautan tangan dia. Terkedu dia bila nampak Zikri sedang melangkah ke arah mereka. gara-gara takut, dia terus melarikan diri.

Nurul pula dah menghembuskan nafas lega. Alhamdulillah. Allah makbulkan doa aku. cepat-cepat air matanya diseka.

“ Nurul? Awak okay?”

Zikri nampak cemas bila berdepan dengan Nurul. Takut Nurul cedera. Tapi Nurul Cuma tersenyum.

“ Saya okay. Terima kasih. Saya pergi dulu.”

Tak sempat Zikri nak berkata lebih, Nurul pergi dulu. Akhirnya Zikri hanya membiarkan Nurul berlalu. Dan dia tak perasan Alif perhatikan dia daripada tadi.

“ Kenapa kau cemas sangat bila nampak dia tadi? Kalau tak, kau okay je. Biasa je.” Dengan tanda tanya Alif menyoal.

Zikri tersentak. Alamak! Aku nampak panik sangat ke tadi? Argh! Kantoi!

“ mana ada. Aku okay je. dah lah jom.”

Alif tersengih. Macam aku nak percaya. Rasanya kawan aku dah mula dilamun cinta. Hehe. Kau tunggu saat tu Zikri. Kau tunggu.

**
“ Okay class! Setakat ini saja. Jangan lupa hantar assignment ikut tarikh yang saya berikan tadi.”

Akhirnya, kelas yang berlangsung selama 3 jam tu berakhir juga. Dan Zikri sudah mampu menghembus nafas lega. Dia terasa letih sangat hari ni. Dari pagi sampai ke petang kelas je. Tak sempat nak rehat langsung. Sekarang barulah dia rasa lapang. Jam pun dah masuk pukul 5.

“ Jom ke kantin.” Ajak Alif sambil mengemaskan bukunya ke dalam beg.

“ Jom.”

Mereka berdua keluar berjalan ke luar kelas dengan perlahan-lahan. Masing-masing dah pamerkan muka letih. Kalau ada lagi kelas lepas ni. Memang sah! Mereka berdua akan tertidur. Tak boleh masuk dah dalam kepala. Penuh dengan fakta. Haha. Mujur kelas last tadi kelas fotografi je.

“ Sir Haikal ada kata tadi. Tajuk assignment kita kali ni tentang cinta. Kau faham ke apa itu cinta?” 
Suara Alif tiba-tiba. Tak lupa bersama senyuman nakalnya tu.

Bukan dia tak tahu. Lately ni dia lihat kawan dia tu asyik termenung sorang diri je. Kadang-kadang tu sampai tersengih seorang diri. Dia tahu kawan dia tengah dilamun cinta dengan gadis bernama Nurul tu.

“ Dah kenapa kau soal aku macam tu?” Zikri kelihatan malas. Yalah. Dia bukan pernah jatuh cinta dan alami perasaan cinta ni. kalau cinta pada orang tua ke pada persekitaran ke or pada benda ke. Okay juga.

“ Yala. Kau kan tengah ehem ehem.”

Zikri mengerutkan dahinya. Dia menoleh melihat Alif yang tengah tersengih nakal tu.

“ Maksud kau? Tak faham.”

Alif pandang ke depan. Dan nahh! Panjang umur. Kelibat Nurul dan kawan baik dia dah kelihatan. Alif kerling Zikri sekilas. Zikri masih melihat dirinya.

“ Jawapan itu ada depan mata kau sekarang.”

Dengan tanda tanya Zikri pun menoleh semula ke hadapannya. Dan dia terkedu seketika saat melihat Nurul betul-betul ada tidak jauh daripada dirinya saat ini. Dah lama aku tak nampak dia.

“ Pergilah.”

“ Pergi mana?” Zikri mula pelik dengan suruhan Alif. Sedangkan mata masih memerhati Nurul.

“ pergi dekat dia. dan cakap tentang perasaan kau tu.”

Zikri tersentak. Terus dia pandang Alif dengan kerutan di dahi.

“ Maksud kau?”

Alif tepuk dahi. Lambatnya kawan aku seorang ni. Adeh!

“ kau ingat aku tak tahu lately ni kau asyik termenung. Dah tu sengih seorang-sorang. Kadang-kadang tu sampai tersasul sebut nama dia. kau ingat aku tak tahu la?”

Zikri tersengih pula. Oh! Nampak sangat erk?

“ Dah tu kau nak aku buat apa? Gila kot nak pergi mengaku yang aku suka dia.”

Zikri pantas menggelengkan kepalanya. Alif buat muka bosan.

“ Weh! Jadilah lelaki gentlemen sikit. Sampai bila kau nak sembunyi macam ni?”

“ Tapi…”

Saat Zikri menoleh semula memandang ke arah Nurul. Kelihatan Nurul berada dengan seorang lelaki. Dan mereka kelihatan sangat rapat. Terus harapan Zikri jatuh menjunam ke bawah.

“ Aku tak boleh. Kau tengoklah tu.”

Alif mengeluh kecil. mudah mengalah betul kawan aku ni.

“ Kenapa? Apa yang kau fikir? Kau belum cuba dah mengalah. Haish.”

Tak fasal-fasal tubuh Zikri ditolak Alif sampailah tepat di belakang Nurul. Zikri terkedu. Apa benda yang aku kena buat ni?

“ Hai Nurul.” Sapa Alif. Nak tunggu Zikri? Alamatnya sampai ke besok lah.

“ Erk hai.”

Nurul juga kelihatan tersentak saat melihat senior yang dah dua kali selamatkan dia sebelum ni muncul depan dia. Dah lama aku tak nampak dia.

“ Hello.”

Dan lelaki yang bernama Daniel yang berdiri di sisi Nurul turut menyapa. Memang tak dapat dinafikan Daniel dengan Zikri. Daniel lebih kacak. Tapi kalau dari segi lain rasanya Zikri lebih layak.

“ Kawan ke?” Soal Alif. Bengang juga bila Zikri asyik berdiam diri. Kang aku sepak jugak kawan aku sorang ni.

“ Haah. Kawan sekelas.” Jelas Nurul agak kekok.

“ Saya belanja awak makan?”

Semua yang berada di situ terus pakukan pandangan pada Zikri selepas dia berkata demikian. Alif dah tersenyum sumbing. Akhirnya. Manakala Daniel pula kelihatan tidak puas hati. Nurul? Of course terkejut sampai tak mampu nak berkata apa-apa.

“ Dia setuju senior.” Muncul Fika dengan sengihan. Nurul ni lambat pick up betul.

“ Jom.”

Dengan malunya Zikri mengajak. Siap bagi laluan pada Nurul untuk lalu dulu. tapi Nurul menggeleng. Akhirnya Zikri lalu dulu. nurul ikut belakang dengan senyuman manis.

“ Nampak sepadan kan?” Alif menyoal sambil memerhati kawan dia pergi.

“ Haah. Saya pun rasa macam tu.” Fika pula bersuara.

Tapi Daniel? Terus berlalu dengan rengusan kasar. Kenapa mesti dia Nurul?
**

Jika ditanya apa yang dia sedang rasakan sekarang ni. Satu je perkataan yang boleh dia ungkapkan. Bahagia. Ya. Dia bahagia bila dapat kenal dengan gadis yang bernama Nurul itu. Walaupun jarang jumpa. Tapi dia dah jatuh hati pada perilaku Nurul. Lembut sangat orangnya. Manis pula senyumannya. Memang dah buat dia angau sebenarnya.

Dia ingat lagi semalam apa yang terjadi. Sampai akhirnya mereka mampu jadi lebih rapat.

“ Weh! Aku masuk library dulu la. Takut buku yang aku nak orang ambil dulu.”

Bergegas Zikri menuju masuk ke dalam library. Rak buku yang paling belakang dituju. Dia mula toleh kiri kanan. Mencari barisan buku yang dia inginkan. Dari kiri sampai ke kanan. Masih tiada. Tengah mencari, matanya pula terpaku pada seseorang yang sedang membaca buku membelakangi dia. Zikri tersenyum. Nurul.

Dengan perlahan-lahan dia mendekati Nurul. Bila dah dekat, dia terus sergah Nurul dengan suara yang sangat perlahan.

“ Wargh!”

Nurul pun apa lagi. terkejut lah. Hampir saja buku yang dia pegang terjatuh. Mujur Zikri sempat sambut. Tersengih-sengih dia melihat reaksi terkejut Nurul.

“ Ish! Awak ni! terkejut saya.” Rungut Nurul sambil tersenyum kecil.

Zikri tersengih. Suka usik Nurul sebenarnya.

“ Sorry. Khusyuk sangat saya tengok awak.”

“ Nama pun library. Mestilah.”

“ Haah kan? Eh! Jom. Saya belanja makan.”

“ Erk. Tak apa lah. Segan pula saya.”

“ Ala. Bukan selalu pun kita dapat jumpa. Saya dah lama tak jumpa awak. rindu.” Zikri buat muka selamba saat tuturkan perasaan dia tu. memang dia rindu pun. Tapi aku yakin dia mesti sangka aku gurau. Sengihan diberikan.

Nurul pula terdiam.

“ Merepeklah awak ni. Jom lah. Saya pun dah lama ada dalam library ni.”

Melihatkan Nurul berlalu pergi, Zikri buat muka seronok. Tak boleh tahan dengan buat reaksi yes. Alahai.

“ Woi!”

Zikri terus tersedar saat disergah. Habis hilang lamunan dia tentang Nurul.

“ Jauh mengelamun?” Sindir Alif dengan sengihan sinis.

“ Kau diam.”

Zikri meneruskan aktiviti dia yang tergendala tadi. Aktiviti apa? Makan lah. Lapar gila ni. Boleh pula mengelamun tadi.

“ Tak silap aku tadi. Aku nampak dia dengan lelaki poyo tu.”

Kunyahan Zikri terhenti saat dengar Alif berkata demikian. Dia telan sisa makanan dia sampai dia boleh buka mulut semula.

“ Maksud kau?”

“ Nurul la dengan si Daniel tu. Aku nampak dorang berdua tadi dekat tempat parking kereta. Tengah berbual maybe. Tapi bukan main mesra aku nampak.” Jelas Alif lantas tengok skrin telefon dia.

“ Fika? Ada dengan dia tak?”

“ Tak sure pula. Kau pergi la tengok. Rasanya dah nak balik kot.”

Tanpa berlengah, Zikri cepat-cepat minum airnya sampai habis. Dan terus mencapai beg dia untuk ke tempat park kereta. Alif yang melihat hanya tersenyum.

“ Makan pun tak habis lagi. dah pergi kejar. Ini lah orang sedang angau. Baik aku tolong habiskan.”

Laju kaki Zikri melangkah sampai naik mengah dia dibuatnya. Tapi bila dah makin dekat dengan tempat parking, makin berdebar pula jadinya. Pada masa yang sama dia ternampak Daniel sedang menuju ke arah Nurul. Tak! Aku kena cepat!

“ Nurul!”

Laungan kuat Zikri ternyata berjaya menarik perhatian Daniel dengan Nurul. Mereka berdua menoleh ke arah Zikri yang sedang melangkah ke arah mereka berdua. Nurul dah tersenyum kecil. Daniel? Memang sah sah la geram. Ganggu orang kesayangan dia.

“ Eh awak. Awak dari mana ni?” Tegur Nurul.

Termengah-mengah Zikri saat berdiri depan Nurul. Berjaya kejar. Lega. Tapi letih!

“ A…awak? Awak nak pergi mana?” Tercungap-cungap Zikri menyoal.

“ Nak pergi makan. Awak nak ikut tak? Jom lah. Daniel boleh kan?”

Zikri tahan senyum. Dia sempat kerling wajah Daniel. Nampaknya Daniel macam tak puas hati. Good!

“ Tapi Nurul. Awak dah janji kan nak keluar berdua je dengan saya hari ni? Mana boleh ajak dia. tak adil la macam ni.”

Zikri mencebik. Hok aloh! Meluat pula aku dengar.

“ It’s okay Nurul. Saya tak dijemput. Saya balik dulu. saya Cuma nak tegur awak je. Sebab saya rindu. Bye.”

Perlahan-lahan Zikri membelakangi Nurul dengan senyuman kecil. Dalam hati dah bersorak keriangan sebab berjaya ucapkan kata rindu depan mamat poyo tu. Haha. Puas hati aku! The best will win Daniel!

**
Arh! Aku dah lewat! Lewat!

Bergegas Zikri berlari keluar daripada kolej asrama dia dan menuju ke arah dewan. Tu la kau! Semalam bukan main lagi message dengan Nurul. Sampai tak ingat nak tidur. Kan dah terbangun lewat. Ambik kau! Biasalah. Baru semalam dapat number Nurul. Tu pun dari Fika. Usaha tangga kejayaan. Kan? Muahaha. Gelak jahat sikit.

Tapi sekarang sampai dah tak ketahuan jadinya. Jam tangan dikerling lagi. argh! Ada lagi lebih kurang 10 minit je. hancur!

“ Bro!”

“ Arh! Siapa pula yang panggil aku time ni. aku dah lewat lah!” Rungut Zikri tapi tidak hiraukan pun panggilan tu. malah laju lagi dia lari adala.

“ Zikri!”

“ Apa?!”

Zikri terus menoleh ke belakang. kelihatan  Daniel sedang menapak ke arah dia. apa hal mamat poyo ni. buang tabiat ke apa tiba-tiba panggil aku.

“ Apa hal? Aku dah lewat la bro. lain kali je la kalau nak cari gaduh.” Ujar Zikri lembut.

“ Aku Cuma nak ingatkan kau.”

“ About?”

“ Nurul. She’s mine!”

Zikri tergelak sinis. Amboi. Sesuka hati je kata macam tu.

“ Dia bukan milik sesiapa. Sebab dia milik Allah!”

“ Tapi dia dah setuju pilih aku.”

Zikri terdiam. Melihatkan riak wajah Daniel yang gembira tu buatkan dia terkedu. Tapi tidak semudah itu.

“ Aku tak percaya.”

“ Tak percaya? Pergi lah tanya dia sendiri. By the way, you’re such a loser!”

Zikri tersentap. Dia melihat Daniel berlalu pergi dengan hati yang bara. Tak guna punya laki! Tak boleh. Aku kena cepat-cepat beritahu Nurul tentang perasaan aku. aku dah terlalu lama berlengah.

**
Saya nak jumpa awak

Satu saat. Dua saat. Tiga saat. Sampai satu minit. Tak ada balasan. Zikri mengeluh kecil. Mana Nurul pergi ni. Aku dah serupa cacing kepanasan lagi. Tolonglah. Gara-gara kata Daniel pagi tadi tu la aku tak senang duduk. Belajar pun masuk tak masuk je.

“ Bro. kau nak pergi mana?” Sapa Alif bila nampak Zikri terkocoh-kocoh keluar daripada kelas.

“ Nak jumpa Nurul. Aku pergi dulu.”

“ Eh! Tapi kejap lagi kita ada kerja. projek kita tu. dah lupa ke? About love?”

Zikri terkedu. Love lagi. memang dah parah kau ni Zikri.

“ Nak ambil dekat tepi pantai atas jambatan kan? Okay. Nanti aku gerak ke sana. Kau sms je alamat nanti.”

“ Haih. Ye la bro. anyway.. Goodluck. Jangan mengalah!”

Zikri tersengih. Cepat-cepat dia berlalu. Nak jumpa Nurul. Rasanya dekat kantin kot. Pergi je la sana. Elok saja dia berjalan ke kantin. Telefonnya tiba-tiba berbunyi. Tergesa-gesa juga dia melihat skrin telefon dia.

Saya ada dekat tempat parking ni. Awak nak jumpa buat apa? Esok ja la erk?

Zikri merengus geram. Tak boleh esok! Kena sekarang!

“ Tunggu aku Nurul!”

Bergegas Zikri berlari ke arah parking kereta. Di mana bersebelahan saja dengan surau kolej. Penat? Tolak tepi. Arh! Sikit lagi nak sampai. Cepat Zikri!!!

“ Nurul! Nurul!”

Bibir Zikri dah tersenyum lebar saat nampak kelibat Nurul. Bila dah berjaya berdiri depan Nurul, dia tunduk bagi menghilangkan lelah. Letih berlari. Kalah marathon kau!

“ Eh! Awak kenapa ni?” Nurul pelik.

“ Sa..saya nak cakap sesuatu.”

Zikri tarik nafas dalam. Sedalam-dalamnya. Bila dia dah ready barulah dia memandang ke arah Nurul dengan senyuman kecil.

“ Nurul. Saya.”

“ Ya? Apa?”

Zikri terteguk air liur. Come on Zikri! Pantas!

“ Saya sayangkan awak. saya suka awak. saya cintakan awak.”

Dalam satu nafas saja Zikri meluahkan perasaannya pada Nurul. Sampai membuatkan reaksi Nurul berubah. Terkejut.

“ Ha?”

“ Yes. I love you Nurul. Dah lama. Semenjak kali pertama saya nampak awak.” Jelas Zikri lagi. dia berdebar menanti jawapan Nurul.

Nurul? Terdiam. Dia tak sangka Zikri boleh suka dia. Dia langsung tak jangka hal ini. Dia ingat sebelum ni Zikri hanya main-main.

“ Zikri..”

Nurul jadi kelu untuk berkata-kata. Zikri tersenyum lagi.

“ Take your time.”

“ Tapi..”

“ Nurul!”

Mereka berdua tersentak. Nampaknya Daniel dah muncul. Zikri merengus geram. Kenapa setiap kali aku ada dekat dengan Nurul, dia pun ada sekali? Geramnya!

“ Daniel.”

Nurul ketap bibir. Kenapa mereka berdua nampak lain macam.

“ Nurul. Jom. Kita dah lewat nak ke rumah orang tua awak. kan kita nak bertunang tak lama lagi.”

Senyuman Zikri terus mati. Dia tengok Nurul dengan Daniel silih berganti. What? Tunang?

“ Eh! Apa benda yang awak merepek ni Daniel?” Nurul rasa cemas bila Daniel kata macam tu.

Daniel tersenyum sinis.

“ Mengalah je la bro. kau memang tak layak untuk Nurul pun. Kau boleh blah!”

Zikri tersentap. Terkedu. Tergamam. dia terundur dua langkah ke belakang. tak percaya benda yang paling dia takutkan dah terjadi. Dia pandang wajah Nurul. Senyuman hambar dipaksa ukir.

“ Tahniah Nurul.”

“ Tak.. Tak..”

Zikri terus menghalang dengan gelengkan kepalanya. dia tak nak dengar apa-apa lagi atau hati dia akan sakit lagi. cukuplah.

“ Moga berbahagia dengan dia Nurul. Saya ingat bila saya luahkan perasaan saya awak akan terima. Saya dah janji akan lindungi awak bila awak terima saya. Tapi.. semuanya angan-angan saja. Saya minta maaf sebab ganggu awak. saya pergi dulu.”

Dengan wajah yang sedih dan hati yang pedih, Zikri bertindak melarikan diri daripada situ dengan secepat yang mungkin. Dia langsung tidak hiraukan kata-kata Nurul lagi. apatah lagi panggilan dia. yang dia tahu dia sakit. Sakit sangat! Perit! Tak sangka semua ini akan berlaku.

“ Arghh! Aku bodoh! Kenapa perlu cintakan dia?!” 

**

Sometimes, I really feel like I need you but you’re not here. It’s just my imagination. I love her but I cant get her. Just forget her. But, it’s hard. Because it’s love.

Alif menoleh ke belakang. Kelihatan Zikri tengah mengelamun seorang diri di tepian jambatan. Selepas habis projek tadi, macam itulah dia. Dan semua gambar yang Zikri ambil tadi memang penuh penghayatan dan memang deep. Dan satu gambar ni ada tertulis ayat yang aku baru baca tadi. Ini mesti kes Nurul. Dah dua hari aku tengok Zikri tak bermaya macam tu.

Kalau tidak selepas kelas bergegas ke sana sini. Tapi sekarang? Habis kelas terus balik kolej. Alif mengeluh kecil. Nurul. Tolong kembalikan Zikri yang dulu. dia terlalu rindukan awak Nurul.

“ Zikri.”

Alif membawa satu gambar yang tertulis ayat tadi ke arah Zikri. Dia mendekati Zikri dengan senyuman hambar. Bahu Zikri dipautnya erat.

“ Kau rindu dia kan?”

Zikri terdiam. Tapi tidak lama bila dia mula membalas pautan Alif.

“ Tak ada guna dah aku nak rindu dia. Macam bodoh je aku rasa.”

Alif menghulurkan gambar tadi ke arah Zikri. Gambar yang memaparkan pandangan matahari turun.

“ Kau tulis kan?” Soal Alif bila Zikri sambut huluran Alif.

“ Hmm. Luahan terakhir aku.”

“ Kenapa kau tak pergi cari dia?”

“ Untuk apa lagi? Untuk sakitkan hati aku? Aku dah tak mampu Alif. Dia dah jadi milik orang.”

Zikri tengok gambar yang ada pada tangan dia sekilas. Sesaat kemudian, dia mengoyak gambar itu dengan sepenuh hati dan biarkan air laut membawa pergi kepingan-kepingan kecil foto tu. Alif yang melihat dah terdiam.

“ Sabar lah bro. semua ini pasti ada hikmahnya. Aku balik dulu.”

Zikri hanya diam. Alif tersenyum tawar. Sabarlah kawan. Aku tahu kau kuat.

Alif mula berlalu bersama dengan beg dan kamera dia. Tapi bila dia nak sampai ke penghujung jambatan. Dia ternampak Nurul. Nurul?

“ Alif!”

Terkocoh-kocoh Nurul mendekati Alif. Alif yang melihat dah tarik senyuman lebar. Alhamdulillah. Zikri. Dia memang jodoh kau. Aku yakin.

“ Kenapa ni Nurul?”

“ Mana Zikri? Mana dia?” Alif tengok Nurul yang cemas itu dengan senyuman kecil.

“ Mana awak tahu dia ada dekat sini?”

Nurul tarik nafas agar pernafasannya kembali stabil. Barulah dia menjawab soalan Alif.

“ Roomate awak cakap. Hisyam. Mana dia Alif? Please. Saya perlu jumpa dia.”

Alif tersenyum.

“ Ada dekat hujung sana. Pergi lah cepat. Dia memang dah patah hati.”

Tanpa menjawab soalan Alif, Nurul bergegas menuju ke arah Zikri. Alif yang melihat dah menarik nafas lega. Good luck kawan.

Zikri mula menyimpan kameranya ke dalam beg. Dia dah berura-ura nak pergi. Tapi disaat dia mendongak, dia tersentak bila Nurul betul-betul ada depan mata dia saat ini.

“ Nurul?”

Nurul merenung tajam ke arah Zikri. Tanpa sebarang amaran, bahu Zikri ditamparnya berkali-kali.

“ Ouch! Apa ni awak?” Rungut Zikri tak puas hati.

“ Awaklah! Kenapa mudah percaya sangat cakap mamat poyo tu!” Marah Nurul dengan mata merah.

Zikri terkedu.

“ Kenapa awak lari? Kenapa awak cepat sangat percaya cakap orang? Awak tahu tak dia tipu awak?! termasuk saya?!”

Zikri pula terpinga-pinga. Tipu apa ni? Siapa yang Nurul maksudkan ni? Kenapa Nurul nampak marah sangat?

“ Apa awak merepek ni? Dah lah. Baliklah. Nanti Daniel nampak. Apa pula kata dia. awak kan nak tunang dengan dia dah.”

Lemah je kata-kata Zikri. Dia melangkah meninggalkan Nurul. Tapi Nurul cepat bertindak dengan menjerit kata-kata yang membuatkan Zikri mati kata dan mati langkah.

“ Saya pun cintakan awak!”

Zikri tergamam. Dia tak salah dengar ke tadi?

“ Awak ditipu Zikri.”

Nurul mula berdepan dengan Zikri. Dia tersenyum ke arah Zikri.

“ Daniel tipu kita. Daniel seorang yang pentingkan diri sendiri. Dia sanggup tipu awak demi dapatkan saya. Sedangkan saya tak pernah sukakan dia. saya tak pernah cakap terima dia malah tunang dengan dia sekalipun. Semua tu bukan idea saya. Itu semua dia punya kerja.”

Zikri meraup wajahnya kasar. Macam tak percaya apa yang dia dengar tadi. Rupanya dia dah ditipu. Tak guna punya Daniel! Sanggup kau tipu aku!

“ Dia ingat dengan tipu awak dia boleh dapat hati saya? Memang tak lah. Sebab dalam hati saya ni dah ada orang lain.”

Zikri termangu. Dia merenung Nurul dengan penuh debaran.

“ Orang yang saya maksudkan ada di depan saya ni.”

Terus Nurul tunduk ke bawah. Rasa malu menerpa. Tadi masa datang tak reti malu pula. Adeh!
Zikri yang melihat sudah menarik senyuman kecil. Dalam hati tak habis-habis kata syukur diucap. Dia bersyukur sangat. Alhamdulillah. Jika dia memang jodohku, panjangkanlah jodoh kami Ya Allah.

“ Nurul.”

Nurul masih tunduk. Rasa dirinya tak mampu untuk bertentang mata dengan Zikri.

“ Nurul Fatiha.”

Dengan debaran yang menggila, Nurul mendongak memandang ke arah Zikri yang tengah tersenyum itu.

“ Izinkan saya?”

Zikri senyum. Debaran jangan cakap.

“ Izinkan saya untuk mencintai awak dengan sepenuh hati saya? Izinkan saya untuk melindungi awak? Izinkan saya untuk jadi Mr Right awak?”

Mata Nurul dah mula berkaca-kaca. Tunggu nak menangis je. Terharu. Zikri masih diam menanti jawapan Nurul.

“ Saya Izinkan.”

Zikri terus bersorak lantas terlompat gara-gara gembira tidak terkata.

“ Yes! Finally!”

Nurul tertawa kecil. kelakar tengok reaksi Zikri. Sampai macam tu sekali.

“ Jangan percaya cakap orang lagi tau?” Pesan Nurul lantas menoleh ke arah pantai.

Zikri turut berbuat demikian. Dengan senyuman lebar dia menganggukkan kepalanya.

“ I will. Saya takkan buat macam tu lagi atau saya akan kehilangan awak lagi.”

“ Keep your promise.”

“ I will!”

Suasana sunyi seketika. Hanya kedengaran bunyi burung berkicauan pada waktu senja. Dengan ditemani pemandangan yang sangat indah.

“ Nurul.”

“ Ya?”

“ Terima kasih.”

“ Sama-sama.”

Zikri mengerling sekilas ke arah Nurul. Hatinya tersenyum jua. Aku janji Nurul. Aku janji akan jaga kau seperti mana aku jaga diri aku. Aku tidak akan sia-siakan kau. Dan terima kasih kerana Izinkan aku mencintai kau. Dan Izinkan aku doa agar jodoh kita berpanjangan sampai bila-bila.

InsyaAllah! Zikri mengambil kameranya dan fokus pada wajah manis Nurul. Wajah ini lah akan sentiasa tersemat di hati. Saat Nurul toleh, Zikri pun tekan butang klik. 

Klik!


~Tamat~

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers