Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday, 25 November 2014

Cerpen : Aku Dah Jatuh Hati Sama Dia

Assalamualaikum. 

Haih.. Hari ini ada cerpen baru lagi nampak? Hihi. Cepat juga erk? Nak buat macam mana. Inilah kerja aku bila cuti sem ni. Kikiki. 

Dan untuk pengetahuan korang. Inilah cerpen yg paaaalinggggg simpel yg pernah aku buat. Haha. Serius. Dan cerpen ni dah lama sebenarnya. Baru hari ni aku berjaya siapkan. Ini cerpen atas permintaan kawan aku. Nama hero dan heroin nama sebenar. Cuma kisah tu ada sikit ja kisah benar. Yg lain ikut imaginasi aku. Hihi. 

Dan yes. Aku tahu. Cerpen ni akan jadi bosan. Aku mengaku. Tapi aku tetap nak post juga. SAja buat tatapan. Haha. Oklah. Enjoy ketika membaca. >_<



“ Weh. Aku takutlah.”

“ Kenapa pula?”

Aku tersengih kerang busuk. Takutlah sebab ni kali pertama aku masuk ke dalam hutan.

“ Tenanglah weh. Ni kan kem kepimpinan diri. Kau yang teruja sangat nak ikut kan?”

“ yalah. Dah nama pun pengawas. Semua wajib datang kan?”

Aku mengambil beg  aku yang besar gedabak tu untuk di bawa masuk ke dalam kem. Gila jauh nak berjalan ke tempat kem tu. First time aku mendaki sebegini jauh. Aiya!

“ Bersemangatlah sikit. Aku jamin kau akan rasa seronok. Ini pertama kali kan kau datang kem ni?”

Aku hanya menganggukkan kepala. Penat! Dengan kena heret beg yang besar ni lagi. Takkan cikgu tak boleh tolong bawa beg ni masuk ke dalam kem? Cikgu! Saya tak mampu sebab saya tak ada tenaga. Ceh! Melebih pula kau ni Ainnie. Kenapa kali ni kau kurang bersemangat? Selalunya kaulah orang yang paling bersemangat untuk ke kem mencabar macam ni.

“ Aku dengar cikgu kata bukan sekolah kita ja ada dekat sini. Dua buah sekolah lain pun ada.”

Aku hanya mendiamkan diri. Tak bestlah macam ni. Kenapa sekolah lain pun ada?

“ Bila nak sampai ni?” Rungutku dengan tak ada tenaganya lagi.

“ Tu. depan tu je lagi.”

Aku memanjangkan leher memandang ke hadapan. Wah! Dah nak sampai. Baik aku cepat. Nanti aku boleh minum banyak-banyak.

“ Aku pergi dulu!”

Tanpa menghiraukan Qila aku terus berjalan cepat ke arah kem. Sampai mengah dibuatnya. Biarkan! Yang penting aku dapat minum air dulu!

“ Amboi… Yang kalut sangat ni nak ke mana?” Tegur Cikgu Zahir.

“ Saya dahaga cikgu. Saya boleh minum kan?” Termengah-mengah aku bertanya dekat cikgu.

“ Minumlah. Duduk dulu. Nanti baru kamu bawa beg masuk ke dalam khemah.”

Sebaik sahaja aku mendengar cikgu Zahir kata macam tu. terus aku mencapai satu cawan yang berisi air itu. rakus aku meneguk. Kalah orang yang tak minum dua hari. Teruk betul kau ni Ainnie.

“ Minumlah slow-slow. Nanti tersedak.”

Ternyata teguran mengejut itu berjaya buat aku tersedak.

“ Uhuk!”

Aku menepuk dadaku kuat. Habis merah muka aku. siapa yang memandai tegur aku secara mengejut tu?

“ Sorry. Kan saya dah kata.” Aku toleh ke belakang. Aik? Siapa ni? bila aku tengok baju sukan dia. aku buat muka faham. Budak sekolah lain rupanya.

“ Siapa suruh sergah saya macam tu.”

Aku kembali minum. Hilangkan rasa tersedak tadi. Teruk juga aku tersedak ni ha.

“ Awak mesti daripada sekolah Sri Muda Penaga kan?”

Aku hanya menganggukkan kepala.

“ Saya dari Ipoh. Dekat-dekat dengan kem ni je.”

Huh? Kenapa tiba-tiba sekolah daripada Ipoh datang join sini juga? Apa agenda cikgu? Cewah!

“ Selamat berkenalan.”

Aku tersengih tepi. Amboi..

“ Selamat berkenalan juga. Oh lupa. Lain kali jangan buat orang macam tu lagi ye kalau tak nak tengok saya masuk hospital gara-gara tersedak. Terima kasih.”

Dengan selambanya aku beredar daripada situ. Huh! Geram! Baru selangkah aku melangkah, aku terdengar tawa halus daripada dia. Ceh! Gelakkan aku la tu. sabar je lah.

**
“ Baiklah. Saya akan masukkan setiap seorang ke dalam kumpulan. Tak ada pilih-pilih sendiri ye.”

Bahu Qila aku cuit. Aku tak senang hati betullah. Bukan sebab cikgu nak bahagikan kumpulan. Tapi sejak daripada tadi aku perasan ada orang perhati aku. yes! Aku rasa diperhatikan.

“ Kenapa?”

“ Kenapa aku rasa ada orang perhati aku ha?” Soalku tapi mata tetap pandang cikgu.

“ Siapa?” Qila pandang sekeliling.

“ Manala aku tau. Kau janganlah tengok macam tu. nanti dia perasan.” Halangku tapi masih bersikap selamba.

“ Aku tau siapa.” Qila tersenyum dalam diam.

“ Siapa? Gitau aku.”

“ Ainnie!” Aku tersentak besar. Pantas aku berdiri.

“ ye cikgu.”

“ Kamu masuk kumpulan 1.”

Aku menoleh ke arah kanan. Dan aku terkedu. Masuk dalam kumpulan 1 bersama dengan lelaki yang buat aku tersedak petang tadi? Aigo! Cikgu!

“ Baik cikgu.”

Aku duduk kembali dan mengambil barang. Qila daripada tadi asyik tersengih dekat aku. dah kenapa?

“ Aku tau siapa. nanti balik khemah aku cerita. Dah pergi sana.”

Ceh! Menghalau nampak. Sabar jelah.

“ Assalamualaikum.”

Aku memberikan salam tanda bersopan. Nanti kata sombong pula.

“ Waalaikumussalam.”

Aku sebenarnya tak mau duduk sebelah lelaki tu. tapi dekat situ sajalah tempat kosong yang ada. Yang lain semua dah di ambil orang. Huh! Sabar je lah. Cool arh Ainnie. Dia bukan buat apa-apa pun dekat kau. Tapi kenapa daripada tadi dia asyik senyum je dekat aku erk?

“ Tak sangka kita sama kumpulan.”

Aku hanya memberikan senyuman. Tak ada hati nak cakap dengan sesiapa pun.

“ Nama awak Ainnie kan? saya Asri.”

“ Tak tanya pun.” Dengan selambanya aku berkata. Eh kau ni Ainnie! Dah kira baik dia tak sombong dekat kau.

“ Saja nak bagitau. Kan saya ketua kumpulan.”

Aku tersentak. La.. yeke..

“ Yelah. Sorry.” Aku tebalkan muka dengan meminta maaf. Tapi dia hanya tersenyum.

“ Saya minta maaf fasal petang tadi. Awak okay kan?” Aku masih tersenyum. Kalau tak okay pun ada kau kisah ke?

“ Okay je. Jangan risau. Kalau tak okay pun bagi okay jugalah.” Jawabku dengan selamba. Tapi dia boleh pula ketawa. Yang lain buat selamba je. maybe dah tahu perangai ketua kumpulan mereka ni kot.

“ Kelakarlah awak ni Ainnie.”

Aku tersengih. Kelakar? Masa bila pula.

“ Okay semua. Masing-masing sudah diberikan kumpulan. Selepas ni kita akan gerak masuk ke dalam hutan. Dan setiap orang harus bekerjasama. Kalau boleh jangan pentingkan diri sendiri tu. Dalam hutan tu gelap.”

Aku rasa seram sejuk tiba-tiba. Apa yang cikgu nak kami buat dengan masuk ke dalam hutan tu? Ish! Dahlah aku takut gelap. Dalam kumpulan aku hanya tiga orang perempuan. Lagi 4 lelaki. Adoi!

“ Cikgu! Apa aktiviti kita sebenarnya?” Tiba-tiba ketua kumpulan aku menyoal. Bagus! Aku baru terfikir tadi.

“ Kamu akan tahu nanti. Jangan risau. Satu je peringatan. Bila dah duduk dalam hutan tu sorang-sorang. Banyakan berdoa dan beristighfar. Jangan terlalu seronok atau sedih. Cukup masa dalam setengah jam kita akan balik ke kem semula. Faham?”

Ya Allah. Aku yang mendengar ni pun dah cukup seram kot. Adoi! Aku tak bolehlah masuk bab-bab ni. Lemah semangat.

“ Okay. Semua orang boleh beratur dekat luar. Tunggu arahan cikgu Zahir dan ustaz. Lepas tu setiap kumpulan boleh bergerak.”

Tanpa berlengah, aku bersama kumpulan bergegas ke luar dan beratur mengikut arahan. Aku terteguk air liur sebaik sahaja melihat kepekatan malam ketika ini. Tengoklah. Dah nama pun pukul 11 malam.

“ Kumpulan 1. Kamu boleh bergerak. Diikuti ketua kumpulan. Kamu ikut cikgu Zainal.”

Mahu tak mahu aku terpaksa berjalan beriringan dengan ketua kumpulan. Siapa lagi kalau bukan Asri. Terpaksa kay terpaksa!

“ Awak takut ke?” Tiba-tiba dia menegur.

“ Erk.. mana ada takut. Biasa je.” Nafiku sekeras-kerasnya. Eleh! Tak takut konon. Tapi tangan tu dah separuh menggigil. Adoi!

“ Kalau tak takut janganlah menggigil. Tak apa. saya ada.” Aku terus toleh ke arah lain. Dia perasan. Malu!

Hampir separuh jalan kami meninggalkan kem. Akhirnya langkah kami terhenti.

“ Okay. Kita dah sampai dekat tengah-tengah hutan rasanya. Sekarang cikgu nak setiap seorang ikat kain ni dekat kepala. tutup mata tu jangan bagi nampak.”

“ Ha? Cikgu. Kenapa kena tutup mata? Gelap kot cikgu.” Soalku dengan perasaan takut.

“ Nama pun kem kepimpinan kan. Jadi kamu kenalah berani. Nah ambil seorang satu.”

Dengan hati yang tak relanya aku ambil tuala tadi dan menutup mataku. Memang gelap! Mak! Nak balik!

“ Okay. Setiap seorang pegang tali yang cikgu bagi ni.”

Dengan keadaan yang gelap, aku mengagau dan pegang tali yang cikgu bagi.

“ Ikut langkah cikgu. Bila cikgu kata stop kamu stop.”

Aku doa banyak-banyak dalam hati. Lepas tu aku hanya tunduk ikut ke mana tali tu pergi. Dalam lima langkah aku berjalan, aku disuruh berhenti.

“ Okay seterusnya!”

Ya Allah. Lindungilah hamba. Hamba takut!

“ Ainnie!”

“ Ya saya!”

“ Asri!”

“ Ya saya!”

Aku tersentak. Asri ada dekat sebelah aku ke? Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Ada juga teman. Kalau tak aku keseorangan.

“ Nasib baik cikgu suruh awak duduk sebelah saya. Kalau tak saya menangis tak berlagulah jawabnya.” Ujarku dengan senang hati. Aku hanya tunduk memandang kaki. Masih nampak kaki tapi tak nampak orang sebelah.

“ Tu la. Saya tak apalah lelaki. Awak tu perempuan. Takut juga.”

Aku tersenyum walaupun dia tak nampak. Aku bersyukur. Dia orang yang buat aku geram dan marah akhirnya mampu jadi pelindung aku walaupun sebentar. Teman bagi aku hilangkan rasa takut ni je la.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi hilaian orang ketawa. Aku tersentak besar. Badanku dah menggigil. Bukan sebab sejuk tapi sebab takut. Tapi dalam hutan ni memang sejuk.

“ Awak.. awak dengar tak apa yang saya dengar?” Soalku pada Asri.

“ Ya. Saya pun dengar. Bunyi apa tu?”

“ Saya tak tahu. Saya takut.” Aku mula rasa nak nangis.

“ Lama lagi kita ada dekat sini. Awak sabar erk.”

Aku rasa nak buka ja ikatan ni. Aku nak tengok bunyi tu datang dari mana. Tapi baru sahaja aku nak tenangkan hati aku. sekali lagi aku terdengar bunyi tu. dan bunyi tu rasa sangat dekat dengan aku. Ya Allah.

“ Awak…”

“ Bunyi tu dekat awak.” Aku mengangguk laju.

“ Awak. saya nak buka ikatan ni. saya nak lari masuk kem. Saya takut.” Putusku. Biarlah cikgu nak kata apa. yang pasti aku nak lari ke kem balik. aku takut!

“ Tapi..”

“ Awak nak ikut tak? Saya nak buka ikatan ni. please… saya takut.” Rayuku akhirnya. Biarlah dia nak kata apa-apa pun dekat aku. yang pasti aku sangat takut.

“ Okay. Bila saya cakap tiga. Kita buka sama-sama.” Aku menghembus nafas lega. Mujurlah!

“ Okay. Awak boleh mula kira.” Aku dah bersiap sedia pegang ikatan tuala ni.

“ Okay. Satu. Dua. Tiga.”

Dan kami berdua pun membuka ikatan tuala tersebut. Dengan perlahan-lahan aku menoleh ke arah Asri. Dia pun sama. Masing-masing kami terkedu dengan suasana sekeliling.

“ Awak okay?”

Aku hanya mengangguk. Dengan susah payah kami berdua bangun untuk berjalan balik ke kem. Tapi semuanya terhenti apabila kami merasa ada orang berdiri tepat di belakang kami.

“ Awak. bunyi apa tu? siapa tu?” Soalku dengan takut-takut. Tapi dia hanya menggeleng.

Aku dan dia saling berpandangan sebelum mengambil keputusan untuk menoleh ke belakang.

“ Mak!!”

“ Awak!”

**
“ Annie. Bangun Annie.”

Kepalaku terasa berat sangat. Tapi aku berusaha juga membuka kelopak mataku. Dan terpampang wajah Qila dan cikgu Aziah. Aku ada dekat mana ni?

“ Alhamdulillah. Sedar juga kau. Buat aku risau je.”

Aku berusaha bangun untuk duduk. Aku tengok Qila dengan kerutan di dahi.

“ Annie? Kamu okay ke?” Soal cikgu Aziah.

“ Okay. Cuma kepala rasa sakit sikit. Saya ada dekat mana ni cikgu?”

“ Ada dalam khemah cikgu. Kamu jangan risau kamu selamat. Macam mana kamu boleh pengsan?”

Tiba-tiba aku teringat balik apa yang berlaku semalam. Memang menggerunkan.

“ Saya ternampak kelibat seorang perempuan yang buruk wajahnya. Macam hantu. Sebab tu lah saya pengsan. Maaf cikgu. Masa tu saya dah buka ikatan. Saya takut dan nak balik kem.” Jelasku dengan rasa serba salah.

“ Tak apa. cikgu tak marah. Cikgu faham. Nasib baik Asri ada.”

Ha! Asri!

“ Dia macam mana cikgu?” Soalku ingin tahu.

“ Dia ada dekat luar. Kamu berehatlah. Petang nanti kita dah nak bertolak balik.”

Aku hanya memandang kelibat cikgu keluar daripada khemah. Tinggal Qila bersama aku.

“ Beb. Macam mana aku boleh ada dalam khemah cikgu? Asri macam mana?”

“ Kau beruntung beb. Nasib baik Asri ada masa tu. kalau tak entahlah apa jadi. Dia berusaha papah kau balik kem. Dan kalau kau nak tahu apa yang kau nampak tu orang. Salah seorang abang pesi kita yang menyamar jadi hantu.” Qila ketawa tiba-tiba.

Aku tersentak.

“ Ha. Padan muka diorang. Nak sangat buat aku takut kan? Tapi betul ke Asri papah aku?” Okay! Aku dah mula malu.

“ Yala beb. Masa kau pengsan tu abang pesi kita dah gelabah dah. Mereka lah tolong kau. Abang tu rasa bersalah sangat dan nak minta maaf dekat kau. Asri tu.. nasib baik dia tak cepat melatah. Sebab dia tau kot yang tu bukan hantu. Tapi kelakarlah. Haha. Beb! Muka Asri masa tu memang risau habis bila tengok kau.”

Aku mencebik. Memandai je Qila ni. Tapi aku kena cakap terima kasih dekat Asri. Kalau bukan sebab dia mesti aku takkan ada dekat sini.

“ Dan.. aku lupa nak cakap dekat kau. Orang yang asyik perhati kau semalam tu …”

Aku terus menoleh ke arah Qila.

“ Siapa? jangan buat aku tertanya-tanya boleh tak?”

“ hehe. Asri lah. Dia lah yang asyik pandang kau. Aku rasa dia suka kaulah. Hihi.”

Aku terdiam. Ceh. Dia ke orangnya?

“ Mengarutlah kau ni. dah aku nak balik khemah. Nak kemas barang. Jom.”

Tanpa berlengah aku pun keluar daripada khemah cikgu. Sebaik sahaja aku keluar. Aku dapat lihat Asri dan seorang abang pesi sedang berbual. Lantas aku mendekati mereka.

“ Asri. Terima kasih sebab tolong saya semalam.” Dengan malunya aku ucapkan terima kasih.

“ Tak ada apa-apalah. Lagipun awak dalam kesusahan. Mestila saya bantu.” Balasnya dengan senyuman.

“ Annie. Abang minta maaf. Abang yang buat kamu pengsan semalam.”

Aku tersengih.

“ Lain kali buat lagi tau?” Perliku. Dia hanya tersengih.

“ Okaylah. Saya gerak ke khemah dulu.”

Sebelum aku gerak sempat lagi aku menjeling ke arah Asri. Dan tak sangka Asri turut menjelingku. Adoi! Malu!

**
Semenjak tadi lagi. Aku perasan dia asyik perhati aku. semenjak daripada naik bas lagi. Tapi bila aku toleh ke arah dia. Cepat-cepat dia pandang ke arah lain. Amboi dia! Pandai curi-curi tengok kita noh.

“ Kau ni dah kenapa Annie? Dari tadi asyik membebel je.” Qila menegur.

Aku tersengih lantas menggelengkan kepala. Kalau aku cakap dekat Qila. Confirm dia sokong dan pergi tanya Asri tu. Lebih baik aku diam.

“ Aku perasan kan? dia asyik tengok kau je dari kem tadi. Aku rasa dia suka kau lah Annie.” Aku tersedak. Mujurlah air dah habis ditelan.

“ amboi. Mulut kau.”

“ Betullah. Aku tak tipu.”

Ya. Aku tau Qila. Aku pun perasan. Dan sekarang ni aku pula asyik perhati dia. dah jadi hobi pula aku asyik pandang dia. aku nak tengok sejauh mana dia boleh mengelak.

“ Jom pergi makan. Lapar. Lagipun lambat lagi nak naik bas.”

Alang-alang dah sampai Ipoh ni. Cikgu sempat bawa kami jalan-jalan. Ambil angin katanya. Eloklah sebelum balik Penang kan?

“ Kau pergi dulu. Aku nak ambil duit. Kau jangan lupa jaga tempat aku sama.”

Aku hanya mengangguk lantas pergi ke sebuah kedai. Macam-macam ada. Tapi satu pun tak menarik perhatian. Holla!

“ makan apa?” Aku pandang kiri.

“ Makan lah apa-apa je pun .” balasku selamba.

“ Amboi. Garangnya.” Aik? Dia ni nak cari fasal dengan aku ka apa?

Baru saja aku nak membalas, dia terlebih dahulu melangkah meninggalkan aku. sajalah tu nak mengelat. Siap kau!

Selesai saja membeli makanan dan ambil tempat, aku tak tahu kenapa mata aku ni tak mahu berganjak daripada tengok dia. aku sedar sesekali dia curi tengok aku. tapi dia mengelak setiap kali aku nak pandang dia. Ni nak marah ni. Cewah.

“ Tengok buah hati ke?” Qila datang-datang terus mengusik. Adoi!

“ Whatever. Dah jom makan.”

Daripada aku tengok muka dia yang tak kenyang tu. baik aku makan. Kenyang pun kenyang. Kakaka.

**
“ Annie! Tunggu!”

Langkahku terhenti. Aku menoleh ke belakang. Datang Asyraf dengan keadaan termengah-mengah. Dah kenapa?

“ Kau asal Acap?” Tegur Qila.

“ Ni. Ada orang suruh aku sampaikan something dekat kau. Dia nak cakap sendiri malu.”

Aku dan Qila. Masing-masing menjongketkan bahu.

“ Cakapla. Apa?”

Aku dah berdebar menanti apa yang dia akan cakapkan.

“ Asri. Dia suruh aku cakap dekat kau yang dia suka dekat kau. Dan dia kirim salam.”

Ternganga! Yes itulah aku. Serius aku terkejut. Qila di sebelah dah tersengih.

“ Kalau betul dia suka aku. Suruh dia beritahu aku sendirilah.” Jawabku selamba lantas berlalu naik ke atas bas. Tapi dalam hati hanya Allah yang tahu. Dan tanpa aku sedar, senyuman telah terukir dekat bibir.

“ Annie.”

Qila tersengih memandangku.

“ Tengok. Aku dah agak.” Aku hanya tersenyum malu.

Tinggal beberapa jam lagi sebelum aku bertolak balik ke Penang. Dan aku tak percaya yang aku dan dia akan jadi macam ni? Wah! Perkenalan yang cukup singkat.

“ Beb. Betul ke dia suka aku? Or mimpi je ni?” Aku menampar wajahku dengan perlahan.

“ Realiti cek oi. Meh nak tolong tampar pipi kau.”

“ Ouch! Sakitlah!” Aku merungut geram. Habis pipi aku merah.

“ Ha. Realiti kan? tapi aku sukalah tengok dia. dia baik dan aku rasa dia sesuai digandingkan dengan kau. Hihi.”

Aku hanya menjeling Qila dengan pandangan kosong. Pandai je dia kan? tapi.. Tak tahu kenapa aku rasa bahagia tiba-tiba. Ewah! Cinta sudah datang ke? Haha.

**
Ya Allah. Terasa kejap je masa berlalu. Lagi sejam aku nak bertolak balik ke Penang. Sedih pula nak tinggalkan negara Ipoh ni. haih. Sedih tinggalkan bumi Ipoh ke sedih tinggalkan Asri? Erk! HIhi.

“ Okay semua. Cikgu nak ucapkan terima kasih atas kerjasama korang semua terutama sekolah Ipoh. Terima kasih kerana sudi join kem kali ini. Cikgu harap kita dapat berjumpa lagi nanti.”

Qila tiba-tiba menyiku lenganku dan membuatku terjerit kecil. mujur cikgu tak perasan.

“ Kau dah kenapa?” Soalku geram. Orang punya kyusuk nak dengar cikgu cakap. Dia boleh siku aku.

“ Tu. ada orang panggil kau.”

Aku toleh ke belakang. Apabila tengok Asyraf aku senyum senget. Aku tanya dia kenapa melalui reaksi muka aku.

Ternyata, dia menyuruh aku tunggu kejap. Jangan naik bas lagi. Ceh. Nak sampaikan apa lagi agaknya tu.

“ Aku rasa dia nak cakap sendiri dekat kau kot.” Qila bersuara. Aku hanya menjongketkan bahu. Tapi dalam hati sudah tersenyum lebar.

Hampir 15 minit juga baru selesai majlis perpisahan itu. Dan kami ambil peluang untuk mengucapkan selamat tinggal pada sekolah lain. Tak kurang juga aku dengan Qila.

“ ha. Nak apa?” Soalku pada Asyraf.

“ Jap. Asri! Sini! Aku dah tolong panggilkan. Sekarang giliran kau okay.”

Aku pandang mereka berdua silih berganti. Dah kenapa ni? apabila Asri berdiri tepat di depan mata aku. aku hanya berdiam diri.

“ Nah..”

Tiba-tiba dia menghulurkan aku secebis kertas. Aku hanya ambil dan baca.

Saya Asri. Nak cakap perkataan ni kat awak.
I LOVE YOU

Ni nombor telefon saya. Jangan lupa call okay. 011-2234167

Aku terpaku. Dengan berdebarnya aku mendongak melihatnya. Dia kelihatan macho apabila tersenyum macam tu walaupun wajahnya hitam-hitam manis. Aku jadi turut tersenyum.

Akhirnya aku koyakkan sikit kertas tadi dan menulis sesuatu pada kertas itu.

Saya Annie. Nak cakap juga kat awak.
THANKS

Nah. Nombor telefon saya. 011-9573177

Aku menyerahkan pada dia. tanpa berlengah aku pantas menarik tangan Qila dan naik ke atas bas. Sungguh! Aku rasa malu tiba-tiba. Hihi. Ya Allah. Adakah ini rasanya sayang? Cinta? Erk!

Apabila aku duduk. Aku toleh ke arah tingkap. Dan aku dan Qila terkejut. Dia buat bentuk love dengan tangan kecilnya itu ke arahku sambil tersenyum. Qila dah tersengih. Aku pula tunduk malu. Apa-apa pun terima kasih awak.

**
5 tahun kemudian

“ Qila! Aku nak keluar kejap. Kau tolong jagakan kedai.”

Aku bergegas keluar daripada butik apabila mendapat panggilan kecemasan daripada seseorang. Siapa lagi kalau bukan buah hati tercinta.

Haih. Dia ni pun satu. Apa yang emergency sangat sampai suruh aku balik rumah. Mak aku tau ke dia ada dekat sana? Or dia balik mengejut? Haish.

Hampir 30 minit juga baru aku sampai dekat rumah. Tapi kereta dia saja yang kelihatan.

“ Assalamualaikum.”

Aik? Tak ada orang menyahut pun. Ada orang ke tak ni?

“ Mak! Ayah!”

Aku pusing satu ruang tamu tu. Tapi tiada seorang pun yang menyahut panggilan aku. Ha ni yang buat aku seram sejuk ni.

“ Annie shahirah.”

Aku terkedu saat mendengar namaku dipanggil oleh suara garau itu. perlahan-lahan aku menoleh ke belakang. Dan aku terkedu melihat dia yang segak berpakaian casual. Ada majlis apa-apa ke sampai dia pakai baju tu?

“ Awak nak hadir majlis apa-apa ke?” Soalku blur.

“ Annie…”

Dia mendekatiku dengan senyuman kecil. Tiba-tiba dia menghulurkan aku segugus anak kunci.

“ Nak buat apa dengan kunci yang banyak ni? Kunci apa ni?” Soalku lalu mengambil kunci-kunci tersebut.

“ Awak pilih antara banyak-banyak tu untuk buka peti kecil ni. Bayangkan kunci ni adalah kunci untuk buka pintu hati awak untuk saya.” Aku terteguk air liur.

“ Kalau salah?” Dugaku.

Dia tersenyum lantas menggeleng.

“ Saya tahu awak takkan salah. Cubalah. Nah. Saya beri awak masa untuk pilih yang mana kunci yang sesuai. Sebab ada sesuatu dalam ni. Untuk awak juga.”

Aku membelek kunci-kunci tersebut dengan debaran. Ya Allah. Bantu aku untuk cari kunci yang sesuai untuk buka peti tu. Aku memejamkan mata sambil memegang anak-anak kunci tersebut. Dengan tenangnya aku mencapai satu anak kunci lantas aku membuka mata dan mendongak melihat Asri. Dia tersenyum.

“ Saya pilih kunci ni.” Jawabku dengan tenang dan penuh yakin.

“ Alhamdulillah. Okay sila buka.”

Dengan lafaz bismillah aku membuka peti tersebut. Dalam kiraan satu dua dan tiga. Ya Allah. Aku terkejut. Peti itu terbuka. Jadi kunci tadi? Aku memandangnya.

“ Saya yakin kita berjodoh.”

Aku buka peti tersebut untuk tengok isi di dalamnya. Sekali lagi aku terkedu. Sebentuk cincin!

“ Annie shahirah.”

Tiba-tiba dia melutut depan aku dengan senyuman lebar.

“ Sudikah awak menjadi isteri saya?”

Aku menekup mulut dengan renungan tak percaya.

“ Asri?”

“ Kalau awak sudi awak sarungkan cincin tu ke jari awak. Kalau tak saya faham.”

Aku akhirnya tersenyum lebar. Tanpa teragak-agak aku menyarungkan cincin tersebut ke jari manis aku. Ya Allah. Bahagianya rasa.

“ Alhamdulillah. Terima kasih awak.”

Aku rasa nak menangis. Tangisan kegembiraan.

Tiba-tiba terdengar bunyi tepukan daripada belakang. Mak? Ayah?

“ Tahniah Asri. Berjaya juga kamu. Kan pakcik dah cakap.”

Oh! Mak dan ayah bersubahat dengan Asri rupanya. Hampeh!

“Jadi?” Aku memandang mereka semua dengan kerutan di dahi.

“ Kita kahwin hujung minggu ni.” aku ternganga.

“ What?! Asri!”

“ Hahaha.”

Aku terus menampar lengannya dengan beg tanganku. Padan muka dia! sengaja buat aku malu kan?

“ Gurau je lah sayang. Hihi.”

“ Gurau-gurau. Ceh! Dah nak pergi butik. Bye!”

Terus aku berlalu meninggalkan dia. tapi hati aku tersenyum bahagia.

“ Awak!”

Langkahku terhenti. Tapi tak pula aku menoleh ke belakang.

“ Saya dah jatuh hati sama awak.”

Dan.. aku pun menoleh dengan senyuman lebar. Aku pun dah jatuh hati sama dia. thanks!

~Tamat~

Popular Posts