Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday, 24 May 2016

Cerpen : Senior vs Junior

Assalamualaikum. 

I dont know what I want to say but.. thanks to all of you because never stop support me. I really appreciate it. InsyaAllah. Aku akan cuba siapkan satu manuskrip novel tahun ini. Doakan agar aku dapat siapkannya secepat yg mungkin. Maybe ini hadiah untuk korang yang always support aku dari belakang. Thanks guys. And enjoy this cerpen. :)



“ Ria! Cepat!”

Aku merengus geram. Aku tahu lah. Janganlah menjerit! Ingat aku tak boleh dengar apa? Tak nampak ke aku tengah usaha nak masuk ke kelas ni. Kalau tak kenangkan fasal accident tadi, memang dah lama kami berdua sampai ke sekolah. Tengok! Sekarang dah lewat! Nasib pengawas pass kami masuk tadi. Kalau tidak malanglah nasib kami.

“ Beb! Cepat!”

Aku terkocoh-kocoh cuba mengejar langkah Mia. Cepat gila dia jalan. Aku ni bukan jalan tapi dah berlari. Still tak dapat kejar dia. Mengah weh! Sampai aku nak terlanggar orang gara-gara penat.

“ Maaf! Maaf!” Ucapku dengan pernafasan yang sukar untuk dikawal. Aku dongak sekilas ke arah lelaki tadi dan kembali meneruskan langkah. Tak sempat nak tilik muka dia. Kalau tengok lama-lama nanti kata aku suka tengok orang pula. Payah! Dah lah senior. I guess.

“ Lewat ke?”

Terdengar jeritan dia. Aku pusingkan terus badan ke arah dia.

“ Haah! Sorry fasal tadi. Bye.”

Terus aku kembali pusingkan badan ke arah depan. Dah lambat sangat-sangat ni Ira!

“ Hati-hati lain kali!”

Tapi aku sempat lagi dengar dia menjerit. Aduhai! Nasib lah senior tu baik. Tak marah-marah. Syukur!

**
Gara-gara lambat masuk ke kelas tadi. Sekarang aku dan Mia dikenakan denda membuat latihan sampai pukul 2. Orang lain keluar 1.20. Kami pukul 2.00 petang baru boleh keluar kelas. Sabar je la. Siapa suruh lambat kan? Mujur cikgu dah keluar. Tapi dia dapat pantau kami dari jauh. Yala kelas kami bukan jauh dari bilik guru pun. Berdepan je beb! So, nak buat salah tu memang kena fikir dua kali.

Tok! Tok!

Aku yang memang dah siap buat latihan terus menoleh ke arah pintu depan. Erk. Siapa tu? Aku kerling Mia di sebelah. Dia masih setia dengan latihan tadi. Khusyuk betul.

“ Erk. Cari siapa?” Soalku dengan kerutan di dahi. Tapi aku tak bangun pun. Duduk dan perhati. Haha.

“ Nak cari pemilik tag nama ni.”

Aku tersentak saat melihat tag nama aku pada tangan dia. Pantas aku tunduk memandang tudung. Ya Allah! Kenapa aku tak perasan yang tag nama aku hilang? Cuai Ria! Kau cuai! Nasib ada orang jumpa. Ni mesti kes lewat tadi.

“ Ya. Saya punya.”

Aku bangun dan mendekati dia yang berdiri di pintu. Eh! Kejap! Aku tilik sekilas muka dia dan memandang ke arah tag nama aku. OMG! Senior yang aku hampir langgar pagi tadi. Aduh! Mana aku nak letak muka ni?

“ Erk.. terima kasih.” Ucapku apabila tag nama sudah berada pada tangan aku.

“ Sama-sama. Lain kali hati-hati ye. Jangan jadi macam pagi tadi lagi.”

Aku tersengih. Tahu diri sendiri salah. Akhirnya aku hanya mengangguk menjawab pertanyaannya. Tapi mata aku still melirik ke arah tag nama dia. Firdaus. Okay. Akan aku ingat nama kau wahai senior. Hahaha.

“ Bro! jom! Dah lewat.”

Aku menoleh ke arah kawan dia. Amboi. Sombongnya kawan. Huh! Mentang-mentang senior. Sabar je lah. Tapi senior depan aku ni baik je pun. Tak lah sombong macam kau. Sabar Ria sabar.

“ Saya balik dulu. Assalamualaikum Fakhriah.”

“ Waalaikumussalam.”

Hihi. Aku tak henti senyum daripada tadi. Okay. Are you crazy Ria? Arh! Wake up Ria! Wake up!

**
Riuh rendah suasana kat sekolah sekarang ni. Nama pun hari kokurikulum. Aku buat apa? Aku duduk dekat tengah-tengah dewan terbuka ni sambil menongkat dagu tengok orang lalu lalang. Tersangatlah bosan! Mia hilang entah ke mana.

Aku nak balik. Tapi pintu pagar tak buka lagi. Bosan! Sebab tu aku malas nak datang. Datang ni pun sebab kena paksa. Haih. Aku nak buat apa sekarang ni? Nak kata lapar dah makan banyak tadi. Tak berhenti. Tengok orang pun bosan. Lainlah kalau ada persembahan ke ada artis ke okay jugak. Haha.

Tiba-tiba aku ternampak kelibat senior-senior sedang menuju ke arah pentas. Aku yang menongkat dagu tadi terus duduk tegak. Mata aku tak lari daripada sekumpulan senior tadi. Tapi mata aku tertancap pada seorang je senior. Firdaus. Hehehe. Semenjak kejadian tu, aku asyik perhatikan dia je. Tak tahu kenapa.

Agak-agak ada orang minat dekat dia tak? Handsome. Tinggi. Atlet pula. Haih. Memang aku dah terjatuh suka dekat dia ke apa? Hampeh kau Ria!

“ Weh!”

Mia muncul dengan minuman. Aku kerling sekilas sebelum mengalihkan semula perhatian pada atas pentas. Nampaknya majlis penutup dah nak bermula. Kejap lagi semua pelajar akan masuk ke dalam dewan.

“ Kau tengok siapa?” Soal Mia lagi bila sahutan dia tadi aku tak menyahut.

“ Tu. atas pentas tu. nak tengok diorang buat apa.”

Yela tu Ria. Sedangkan kau tengok dia. Ceh!

“ Yeke? Ke kau tengah usya abang senior kesayangan kau tu.”

Aku tersengih kerang busuk. Macam tahu-tahu je Mia ni kan? Tu namanya best friend.

“ Dah lama aku tak nampak dia. Dah dua minggu. So alang-alang ada peluang ni tak salah kan? Ehehe.”

“ Tak baik tau usya orang.”

Aku mencebik. Kata kat aku macamlah dia tu tak pernah usya orang. Heh!

“ Eh! Dia datang sini lah!”

Aku yang tengok ke arah lain tadi terus pandang ke depan. Alamak! Firdaus tu datang ke sini. Eh! Tak kot. Dia maybe ke belakang. Ada apa-apa. jadi aku toleh la ke belakang. alamak! Belakang aku mana ada apa. melainkan pintu belakang yang sudah ditutup. Aku gigit bibir. Perlahan-lahan aku kembali menoleh ke hadapan.

“ Ehem!”

Tup! Dia betul-betul sudah berada depan mata aku sekarang ni. aku kerling Mia yang sudah tersengih. Wuargh! Apa dia nak?

“ Erk. Ya?” Aku buat-buat soal dengan kerutan di dahi. Senyuman dah kekok sangat aku rasa. Haha.

“ Fakhriah. Kan?”

Aku terteguk air liur. Dia masih ingat lagi ke nama aku? Ingatkan dah lupa. Perlahan-lahan aku membuat anggukan. Aku tengok dia dengan tanda tanya. Nak apa? dengan senyum bagai. Janganlah bagi aku cair. Please.

“ Dah lama tak nampak. By the way, nak minta tolong sikit boleh?”

Aku membuat anggukan lagi. Tak tahu nak cakap apa.

“ Tolong belikan air boleh tak?”

Aku terlopong. What?

“ Kenapa tak boleh beli sendiri?” Soalku selamba. Yala. Ada kaki ada tangan semua. Perfect. Tiba-tiba suruh aku. apa dia?

“ Saya rasa nak buli awak hari ni dari awak tak buat apa-apa. boleh?”

Aku buat muka toya. Mia kat sebelah aku dah tahan ketawa. Hampeh punya senior.

“ But why must me? Eh! Tak nak lah. Belilah sendiri.” Balas aku dengan perasaan geram. Asal aku pula? Kawan-kawan dia ada. Aku juga jadi mangsa. Mentang-mentang aku ni just junior dia. Ada hati nak buli la?

Terdengar dia tertawa kecil. Okay. Sangat comel pula bila aku tengok dia senyum macam tu. Haih. Parah kau Ria parah!

“ Saya gurau je la. Takkanlah saya nak buli junior comel macam awak ni.”

Aku tersentak. Erk! Okay. Malu!

“ Sebenarnya saya nak sampaikan pesan seseorang je ni.”

Aku kerling Mia apabila dia turut kerling ke arah aku. Kami berdua dah naik pelik. Seseorang sampaikan pesan?

“ Siapa? Dan pesan apa?” Soalku dengan wajah yang tertanya-tanya.

“ Kejap! Kenapa dia tak datang pesan sendiri?” Mia menyampuk. Dia nak tahu sangat lah tu sampai menyampuk bagai.

Kami berdua tengok abang Firdaus tu tersenyum. senyum pula dia.

“ Entahlah. Saya pun tak tahu. Nak kata malu, dia pernah mewakili sekolah. Nak kata tak, dia suruh saya. Saya pun tak faham lah awak.”

Aku tergaru-garu keningku yang tidak gatal itu. okay! Aku dah pening. Whatever!

“ So, apa pesanan dia? and siapa erk?”

“ Ha. Dia suruh saya cakap dekat awak jangan lah duduk saja dekat sini tanpa buat apa-apa. dia suruh awak pusing satu sekolah. Duduk sini buat sakit hati je. itu pesanan dia.”

Aku terlopong lagi. Mia pula dah terkelip-kelip memandang ke arah Firdaus. Sesaat kemudian terhambur tawa daripada Mia.

“ Betul ke? Kenapa pula dia sakit hati?”

Aku merengus geram. Eiii! Sombong punya senior. Huh! Ingat kita nak sangat kot tengok muka dia. Muka dia pun aku tak tahu macam mana. Ingat dia hensem sangat kot? Eh! Sakit pula hati kita.

“ Abang Firdaus. Siapa?” Soalku dengan perasaan tertahan-tahan.

Dia tersengih. Lepas tu terus menggelengkan kepalanya.

“ Rahsia. Maafkanlah dia erk. Dia memang macam tu sikit. Entah kena angin apa kat dia pun saya tak tahu. Sabar erk? By the way… serius saya dahaga. Please. Tolong belikan saya air.”

Aku pandang dia dengan perasaan kosong. Orang tengah geram. Disuruh pula beli. Memang nak kena marah ka macam mana?

“ Tak apa. Meh Mia tolong belikan. Dia tengah angin tu abang Firdaus. Baik jangan kacau. Abang Firdaus nak air apa?”

Betapa leganya aku bila Mia sudi hulurkan bantuan. Firdaus dah tersengih melihat aku.

“ Sabar erk Fakhriah. Nanti awak akan tahu juga.”

Aku kembali memandang ke arah pentas. Semua senior sibuk menjalankan urusan masing-masing. Terhambur juga keluhan kecil selepas teringat kata-kata senior aku tadi tu. Siapalah mangkuk ayun tu erk? Nak kena hempuk kot dengan aku. Haish! Jangan sampai aku jumpa kau wahai senior. Kalau tak kau siap! Huh!

“ Dahlah. Aku ikut kau Mia.”

Terus aku bangun daripada duduk apabila melihat Mia dan Firdaus ingin berlalu. Mereka berhenti seketika sampai aku berada di depan Mia. Aku memberikan senyuman kecil.

“ Sure? Tak kisah?” Soal Mia inginkan kepastian.

“ yes! Sure sangat. Kan tadi aku dah dapat warning dari seseorang tu. katanya tak nak aku duduk sini. Sakit hati katanya!”

Sengaja aku meninggikan volume aku dekat perkataan sakit hati tu. Biar senior-senior dekat atas tu dengar. Tapi macamlah suara kau tinggi sangat kan Ria? Bukan mereka yang dengar tapi abang Firdaus dan Mia yang dengar. Siap ketawa lagi.

“ Dia dengar baru tahu.” Ugut Mia. Tapi ada aku kisah?

“ Jom!”

Aku tarik lengan Mia agar cepat-cepat beredar daripada situ. Tapi entah kenapa hati aku kuat suruh aku tengok sekali lagi ke atas pentas. Dan masa itulah aku telah bertembung mata dengan seorang senior. Aku tak berapa cam tapi aku yakin itu kawan abang Firdaus. Tak lama bila dia terus toleh ke arah lain. Adakah dia? Ah! Tak mungkin!

**
“ Mak…”

Aku memandang sepi ke arah jasad mak yang tidak sedarkan diri itu. Air mata yang ingin mengalir ditahan sekuat hati. Senyuman hambar dipaksa ukir. Tangan mak aku genggam erat. Dikucup tangan itu berkali-kali.

“ Ria.”

Bahuku tiba-tiba disentuh perlahan. Aku menoleh seketika sebelum memandang semula ke arah mak.

“ Aku okay Mia. Jangan risau.”

Sebenarnya, semalam mak aku tiba-tiba pengsan dekat bilik air. Bila bawa ke hospital. Doktor katakan yang darah tinggi mak dah naik. Tinggi. Tu yang mak aku boleh pengsan. Dan sekarang mak berada dalam keadaan yang kritikal. Aku mengeluh kecil. Mak. Kenapa cuai sangat ni?

“ Ria. Dah seharian kau duduk sini. Apa kata kau pergi rehat dan makan dulu.” Mia cuba memujuk aku. Tapi aku tetap berkeras.

“ Tak nak. Aku nak jaga mak aku sampai aku sembuh. Dia satu-satunya orang yang aku miliki Mia. Aku hanya ada mak aku. Ayah aku dan abang aku dah tak ada Mia. Kau faham tak?” Lirih aku berkata.

Air mata terus mengalir turun ke pipi aku. Aku dah tak dapat tahan. Rasa sedih dan sakit sangat sekarang. Mujur abang mak sudi jaga kami dua. Pakcik dan makcik aku sangat baik. Alhamdulillah.

“ Ye aku tahu. Aku minta maaf Ria. Tapi kau nak ke lepas mak kau sembuh kau pula sakit. Habis lepas ni siapa nak jaga mak kau? Kau nak macam tu?”

Aku terdiam. Ada betulnya kata Mia tu. Tapi aku.

“ Ria. Please. Sekali ni je dengar cakap aku. Pergi rehat dulu.”

Aku akhirnya membuat anggukan perlahan. Mak. Ria keluar kejap ye.

“ Tolong jagakan mak aku Mia.”

“ Pasti. Dah pergi.”

Keluar je daripada wad mak aku. Aku terserempak dengan seseorang yang aku rasa aku kenal dia. Tapi memandangkan aku tiada mood untuk bertegur. Akhirnya aku hanya jalan macam orang tidak berperasaan. Kosong!

“ Macam tu je?”

Aku tersentak. Terus langkahku terhenti. Aku toleh ke belakang.

“ Tak tegur langsung? Jalan menonong macam tu je? Seriously?”

Aku tatap belakang lelaki itu. Aku hanya berdiam diri. Tapi dia menoleh untuk melihat aku. Saat aku memandang wajah dia aku tergamam sekejap. Senior aku. Kawan abang Firdaus.

“ Ria.”

Aku tersenyum hambar. Macam mana dia boleh ada dekat sini? Dan tahu pula dia nama singkatan aku tu.

“ Maaf. Saya tak perasan tadi. Maaf sangat-sangat senior.” Sempat lagi aku memerlinya dalam diam. Tak mahu mencari gaduh, aku terus memusingkan badan untuk beredar. Aku rasa letih sangat sekarang ni.

“ Ria.”

Tiba-tiba je dia dah berdiri di sisi aku. Aku hanya biarkan.

“ Awak ni memang annoying kan? Bila orang panggil tu sahut lah.”

Aku masih diam. Serius aku tak ada mood!

“ Ria!”

Terhenti terus langkah aku. Aku pilih untuk berhadapan dengan dia. Memang dia nampak smart sekarang. Berbeza sangat time dekat sekolah. Tapi bukan itu port dia. yang penting sekarang dia nak apa?

“ Nak apa? serius saya tak ada mood nak cakap dengan awak. pergilah. Jangan hiraukan saya.” Ujarku dengan nada yang malas. Tapi dia still renung aku dengan renungan tajam.

“ Ria.”

“ Senior. Please!”

Terus aku menonong meninggalkan dia. Orang tengah sedih, time ni lah nak cari gaduh pun. Haish! Tak faham betul aku. Sabar Ria sabar.

**
Selepas dua hari aku berkampung dekat hospital. Hari ni barulah aku berkesempatan untuk pulang ke rumah. Itu pun selepas mak betul-betul sembuh. Alhamdulillah. Keadaan mak makin pulih. Lega aku dengar. Dua hari juga aku tak bersekolah. Demi jaga mak. Walaupun pakcik dan makcik aku ada. Tapi aku anak dia. Aku yang kena jaga dia.

“ Ria.”

Aku yang tengah kemas barang mak itu terus menoleh ke arah dia. aku memberikan senyuman kecil sebelum sambung kemas.

“ Ye mak.”

“ Kenapa tak pergi sekolah lagi hari ni?”

“ Ria nak jaga mak la. Tak apa. Esok Ria pergi.”

“ Ria.”

“ Ya mak.”

“ Semalam ada kawan kamu datang lawat mak.”

Aku mengerutkan dahi. Mia ke? Tapi hari-hari dia datang lawat. Habis siapa?

“ Siapa mak? Ria kenal ke?”

“ Kenal la kalau tidak dia tak la mengaku kawan kamu. Mia pun kenal. Time tu kamu pergi kantin.”

Aku membuat anggukan. Patutlah.

“ Tapi siapa mak?”

“ Tak ingat pula nama dia. Tapi lelaki.”

Aku tersentak. Lelaki? Aku mana ada kawan lelaki. Mak aku ni biar betul. Tapi mak kata Mia pun kenal. Okay weird!

“ Mak cubalah ingat nama.” Suruhku lantas meninggalkan sebentar kerja kemas tadi. Sekarang aku betul-betul nak fokus pada mak aku.

“ Erm.. Tak silap mak Irfan. Ya Irfan kot.”

Aku terdiam. Irfan? Siapa tu? Serius aku tak kenal. Tak boleh jadi. Kena tanya Mia juga ni.

“ Dan dia suruh mak bagi dekat kamu ni.”

Mak hulurkan aku satu bungkusan kecil. aku sambut dengan kerutan di dahi. Apa pula ni?

“ Bukalah dan tengok apa isi dalam. Mak pergi dapur kejap.”

Aku tilik bungkusan tu sampai lima minit. Barulah aku buka bungkusan itu dengan debaran. Tiba-tiba je kan? Tengok je isi dalam bungkusan tu. Aku sendiri terkedu. Seutas jam tangan. Ya Allah. Siapa pemberi ni ha? Aku tengok lagi dalam bungkusan tu. mana tahu ada kertas ke surat ke.

Aku belek punya belek. Dalam kotak jam tu ada satu surat. Terus aku buka untuk baca.

Ria. Maaf. Pakailah jam ni. Hargai masa yang awak ada sebagaimana saya sentiasa menghargai awak tak kira masa. Saya tahu awak tak sedar pun tentang kewujudan saya. Tapi saya tahu dan kenal awak sangat. Saya harap satu hari nanti kita akan berjumpa dan awak juga dapat terima saya.

Aku terbungkam. Aku tak tahu kenapa tapi kata-kata dia macam dari seseorang yang aku tahu. But who? Kenapa sekarang ramai sangat suka buat aku tertanya-tanya?! Stress la macam ni! Dahlah SPM nak dekat. Haish!

Jam tangan tadi aku ambil dan pakai. Cantik. Apa kata aku pakai dan esok aku nak tengok siapa yang akan tegur jam ni. Mana tahu yang tegur tu yang bagi. Maybe lah. Tapi jangan berharap sangat Ria. Huh! Ya Allah. Tolonglah aku!

**
Seperti yang aku katakan semalam. Aku pakai jam tangan tu. Setiap kali aku ke kantin ke lalu dekat balkoni ke or bilik guru ke. Mesti aku perhati sekeliling. Tambah-tambah bila depan senior-senior. Tapi tiada seorang pun yang tegur. Malah Mia pun hanya diamkan diri. Dia macam tak sedar aku pakai jam.

Abang Firdaus pun aku tak nampak hari ni. Kalau tak pantang nampak Mia mesti muncul. But not today. Semua macam menghilang. Ya Allah. Kenapa aku rasa macam ada yang tak kena je hari ni dengan kawan-kawan aku ni.

“ Mia.”

Diam je dia. Rasa macam nak tampar je mulut dia tu. Apa kena dengan Mia ni. Dari pagi tadi sampai nak habis waktu rehat  dah pun. Mulut tu tertutup rapat. Bila aku panggil tak angguk geleng. Tu je. Aku rasa sangat-sangat sakit hati tau tak?

“ Weh! Pleaselah! Kenapa hari pelik sangat? Kau. Bukan kau je tapi senior kesayangan kau tu pun diam. Eh! Apa kena dengan korang ha?”

Gara-gara geram yang amat aku marah Mia. Firdaus? Lantak dia. Dia sama macam Mia. Diam seribu bahasa. Dua-dua hanya tenang menikmati makanan sendiri.

“ Fakhriah.”

Aku tertawa sinis. Aku pandang pula ke arah abang senior aku tu.

“ Oh. Ada suara. Ingatkan tak ada. Ingatkan simpan lombong emas dalam mulut tu.” Sindirku pedas.

Tiba-tiba Mia menoleh ke arah aku. Tajam renungan dia. Firdaus pun sama. Aku melihat mereka silih berganti. Bersama jongketkan dikening. Tak faham kenapa.

“ What? Sekarang kalau korang still tak nak cakap. Lantak! Aku nak balik kelas.”

Bila tengok masing-masing masih berdiam diri. Aku terus menganggukkan kepala.

“ Faham. Fine. Aku pergi dulu.”

Tanpa berlengah, aku pantas bangun dan meluru ke luar kantin. Aku menonong je jalan sampai hampir terlanggar seseorang di selekoh kelas aku. Mujur aku sempat brek.

“ Sorry. Tak sengaja.” Ucapku sambil tunduk. Rasa macam nak nangis je sekarang ni.

“ Awak memang selalu macam ni kan? Jalan tak pandang depan. Menonong je. Ke awak memang suka langgar orang?”

Aku tersentak. Pantas aku mendongak melihat empunya diri itu. okay. Kawan abang Firdaus yang sombong tu. Aku rasa masa dekat dewan tu pun dia la yang bagi pesanan tu.

“ Eh! Aku tak fahamlah kenapa encik senior tak puas hati dengan aku ni. Masalah betul lah.” Gumam aku tapi aku tahu dia boleh dengar.

“ Ria.”

Aku tersenyum sinis. Semenjak kejadian di hospital tu aku jadi pelik. Siapa sebenarnya senior depan aku ni? Apa yang dia nak? Kenapa dia tak suka aku?

“ Annoying! Huh!” Bentakku lantas berjalan meninggalkan dia.

“ Ria! Saya senior awak tahu tak? Tua dua tahun dari awak! Pra-U student! Hormat lah sikit!”

Terhenti terus langkah aku. Aku kipas muka aku. Terasa panas pula dekat sini. Aku toleh dan berhadapan sekali lagi dengan dia. Aku mencerun ke arah dia.

“ So? Siapa yang mula dulu? Awak ni memang menyakitkan hati. Tahu tak? Sakit hati! Saya tak tahu apa yang awak nak tapi tolonglah jangan buat saya bertambah benci dekat awak!”

Dadaku berombak menahan marah. Tengok dia macam nak makan orang pun ada. Tapi dia tetap nampak tenang. Dan tiba-tiba dia mengukirkan senyuman nipis.

“ Memang itu niat saya Ria.”

Belum sempat aku nak kata apa-apa. Dia terus mengorak langkah ke arah lain. Meninggalkan aku dalam keadaan yang terpinga-pinga. Eh! Apa yang jadi tadi? He said what? Arghhh! Stress!

**
Hari demi hari berlalu. Semenjak kejadian itu, aku dah tak ambil peduli fasal senior. Aku juga malas dah nak fikir fasal diorang. Fasal abang Firdaus sekalipun even dia memang sedang berkawan dengan Mia. Mia pun aku layan acuh tak acuh. Serius I’m not in mood.

Satu lagi. Jam tangan tu. Walaupun aku tak tahu siapa pemberinya. Aku tetap pakai. Memang aku sangat perlukan jam sekarang ni. Nak beli tapi duit tak mencukupi. So thanks pada lelaki itu.

“ Ria.”

Aku tekun menyiapkan latihan akhir untuk kelas hari ini. Minggu depan dah nak SPM. So, get ready awal.

“ Boleh aku cakap something?” Soal dia lagi. nampak gaya macam takut. Aku just memberikan dia anggukan. Malas nak cakap.

“ Kau marahkan kami ke?”

Aku terdiam tapi tertawa lepas tu.

“ For what? Dah lah. Aku nak balik. Rasa hilang pula mood nak study.”

Buku-buku yang berselerakan atas meja terus aku kemas. Tanpa hiraukan Mia, aku terus melangkah ke luar kelas. Aku berjalan perlahan ke arah pintu pagar. Tapi entah di mana silapnya, aku hampir saja tergelincir.

“ Ouch!”

Aku tersentak saat melihat siapa yang menahan aku daripada terjatuh sekarang ni. Tak fasal-fasal aku terduduk atas kaki dia. Cepat-cepat aku bangun daripada dia terus rasa sakit.

“ Erk. Maaf. Maaf.” Ucapku dengan rasa serba salah.

“ Maaf! Maaf! Tu je yang awak tahu kan? Sakit ni tahu tak?”

Aku mula merengus geram. Dari rasa bersalah terus rasa marah. Memang setiap kali jumpa mamat ni sakit hati yang aku dapat. Arh!

“ Yang awak pergi tarik saya tu apa hal? Biarlah saya jatuh sekali pun. Bukan urusan awak pun!”

Ha. Oleh sebab terlalu aku tak cari fasal dengan orang. Hari ni terkeluar habis suara kasar aku. Puas!

“ Habis? Awak nak saya tengok awak terhincut-hincut ke jalan. Nangis-nangis lepas tu tak datang sekolah? Macam tu?”

Aku terdiam. Aku pandang dia dengan wajah yang terpinga-pinga. Eh! Jap! Apa yang dia kata tadi?

“ What do you said?” Soalku sekali lagi.

“ Nothing!”

Aku mencebik. Tanya sikit nak marah. Huh! Tak kuasa aku layan kau wahai senior! Annoying gila! Baik aku pergi. Bye!

“ hey hey! Awak nak ke mana tu?”

Langkah aku mati. Aku toleh sekilas ke arah dia.

“ nak balik lah. Apa lagi? takkan nak tercegat tengah panas ni kot?” Perliku bersama senyuman sinis.

“ banyak cantik muka awak! habis saya ni? tak reti nak tolong? Kalau macam tu sia-sia sajalah saya tolong awak tadi!”

Okay. Muka dia dah merah. Merah sama ada sebab panas atau marah. Okay. Aku pula rasa nak tergelak. Marah + sakit. Okay. Kesian pula aku tengok. Turunkan rasa sakit hati tu sikit Ria. Dia dah tolong kau.

“ okay fine!”

Sebelum aku menapak ke arah dia. Aku mencari-cari ranting kayu yang kuat daya tahanannya. Haha. Klise sangat kau Ria. Bila dah dapat, aku terus ambil dan menapak semula ke arah dia.

“ Pegang ni.” Arahku dengan muka selamba.

“ Buat apa?”

Aku merengus geram.

“ Jangan banyak tanya boleh tak?” Aku dah mula geram.

“ I ask you because I want to know. So just answer it! Susah sangat ke?”

Hek eleh walaweyh! Speaking pula dia! Benci pula aku!

“ habis takkan nak saya sentuh awak?! kita bukan muhrim!” tegasku dengan wajah marah. Benci!

“ Oh.  Lain kali cakap. Baru faham.”

Ha! Tu dah senyum tu. Dah kenapa?

“ Dah. Pegang.”

Bila dia dah pegang, aku tahan diri aku daripada terundur ke arah dia. Yala, dia tarik punya kuat. Nasib aku pun kuat. Haha. Ceh! Bila dia dah mula berdiri stabil. Barulah aku lepaskan ranting kayu tadi. Peluh yang mula merintik di dahi aku tu aku kesat.

“ Okay. Dah pi balik.”

Aku terlopong. Sadis! Aku dah tolong dia tapi dia halau aku pula. Fine!

  Okay. Sama-sama. Bye.”

Dengan rasa sakit hati dan benci, aku toleh ke belakang semula dan berlalu daripada situ. Kenapalah aku kena jumpa senior macam dia tu?! Benci!!!!

**
Sebab Mia aku ada dekat sini. Sebab abang Firdaus, aku terpaksa tunggu dekat sini. Tanpa aku tahu sebab. Tanpa aku tahu kenapa. Tapi aku pun pergi turut je apa kata diorang tu apa hal? Bukan kau masih marah dekat diorang ke Ria? Entahlah.

Lepas habis je paper akhir SPM tadi, terus aku digesa ke library. Mujur tak kunci lagi. aku langsung tak faham dengan mereka berdua tu. Huh!

“ Aku fahamlah.”

Tiba-tiba aku terdengar suara orang. Dia masuk sini lah. Siapa dia? Aku rasa macam nak sembunyi je bila dapat tahu siapa empunya suara tu. Tapi dekat mana aku nak sorok? Parah! Ke aku buat-buat tak sedar dia datang. Okay cun! Ambil buku dan buat-buat baca. Cantik!

Sesaat kemudian aku dengar pula kerusi di depan aku ditarik. Tapi aku still buat bodoh. Buat tak layan Ria. Buat macam kau seorang je dekat library ni Ria. Ya. Teruskan lakonan kau.

Seminit, dua minit dan sampai 10 minit berlalu. Suasana still diam macam tadi. Aku dah penat untuk terus berlakon dengan buat-buat baca. Mengantuk pula aku rasa. Bila orang depan aku ni nak pergi. Penat dah asyik tunduk dari tadi. Apa kata aku terus bangun tanpa peduli orang depan aku? Cun? Okay cuba.

Buku tadi aku tutup dengan perlahan-lahan. Aku baru berura-ura nak bangun tapi terbantut terus bila buku yang aku pegang tu ditarik seseorang dari arah depan. Terus aku tengok empunya diri. Sah! Senior yang annoying tu. Tiada apa-apa pun depan dia. Kosong. That’s mean. Takkanlah dia tengok aku dari tadi? What?

“ Lepaslah.” Suruhku dengan suara yang slow. Dalam perpustakaan kan?

“ Kalau saya cakap tak nak?”

Tak nak erk? Okay. Aku terus letakkan buku tadi semula ke atas meja. And then aku berdiri tegak dan pandang dia dengan senyuman kecil. Pertama kali aku senyum ikhlas dekat dia. Sebab aku menang.

“ Puas? Thanks.”

“ Ria. Duduk kejap.”

Aku mengeluh kecil. Dia nak apa lagi ni?

“ Saya tak tahu kenapa dan apa urusan awak tapi saya nak balik. penat and nak rehat.”

Dengan langkah seribu aku terus keluar daripada perpustakaan itu. dan yes, dia memang ikut aku dari belakang. Setia ikut aku sampai aku ambil keputusan untuk berhenti di tengah-tengah padang sekolah. Aku pandang dia dengan kerutan di dahi.

“ Seriously. Saya tak tahu apa masalah awak. masalah Mia dan kawan awak tu. Saya tak tahu dan malas nak ambil tahu. Tapi sampai awak ikut saya ni. saya dah tak tahan. Awak nak apa sebenarnya ni?”

Aku pandang dia dengan perasaan bercampur baur. Aku hanya nakkan sebab. Tu je.

“ Saya nak awak.”

“ Excuse me?” Aku tertawa kecil.

“ What do you said?” Sambung aku lagi dengan sengihan. Lawak.

“ Saya tak gurau Ria. Serius. Saya nak awak.” Nada dia macam tegas. Wajah dia pula langsung tidak menunjukkan yang dia main-main. Aku pula terdiam.

“ 2 tahun Ria. 2 tahun saya selalu perhatikan awak dari jauh. Pendam perasaan saya. Pendam semuanya. Bila bertembung pun terpaksa buat-buat tak tahu sampailah awak hampir terlanggar Firdaus. Time tu saya rasa cemburu bila tengok awak baik sangat dengan Firdaus. Saya jadi tak puas hati.”

Aku pandang dia dengan riak muka tidak percaya. Tergamam. Terkedu.

“ saya selalu cari fasal dengan awak sebab saya sengaja. Saya buat semua tu agar awak tak perasan. Saya nak awak selalu ingat saya. Tapi saya tahu saya melampau. Saya minta maaf.”

Dia mendekat dan tersenyum kecil ke arah aku. Dia hulurkan aku satu kotak kecil. Aku ambil dengan wajah yang sangat blur.

“ Dalam tu ada gambar. Semuanya gambar-gambar awak.”

Rasa nak terjatuh kotak yang aku pegang ni saat tengok isi di dalamnya. Semuanya gambar-gambar aku. gambar ketika aku ketawa, makan, bercakap dan macam-macam perbuatan aku ada. Bila masa dia ambil ni? Kenapa sekali pun aku tak perasan?

“ Ria. Terima kasih sebab sampai saat ini awak sudi pakai jam tu.”

Aku terus tengok dia dengan mata yang berkaca-kaca.

“ What? What do you said?”

Melihat anggukan dia terus air mata aku mengalir tanpa dipinta.

“ Saya Irfan. Pemberi jam tangan tu.”

“ Awak!”

Tak tahan dengan semua ni, terus aku berlari meninggalkan kawasan sekolah. Okay. Lepas ni aku tak nak jumpa Irfan lagi. aku tak nak jumpa senior tu lagi. annoying! Tapi hati dia baik. Jam ni. pemberian dia. Ya Allah. Kenapa dia?

Maybe last time kita jumpa Irfan. Tolong Irfan. Saya malu. Saya tak nak jumpa awak lagi. Air mataku lagi laju mengalir ke pipi. Terima kasih senior. Terima kasih. Huh!

**
5 tahun kemudian

Terkocoh-kocoh aku berlari menuju ke perhentian bas. Arh! Jangan cakap aku terlepas bas lagi. tolonglah. Aku dah betul-betul lewat ni. Mia punya fasal la ni. semalam suruh sangat teman dia date. Kan aku dah terbangun lewat hari ni. kang aku lewat sampai ke tempat praktikal aku tu aku saman kau Mia!

Mengah! Mengah! Sampai saja aku dekat situ, bas pun sampai. Nasib baik! Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Sempat pun. Tanpa berlengah aku bergegas naik bas dan ambil tempat. Barulah aku boleh menarik nafas lega.

“ Mujurlah.”

Aku toleh ke luar tingkap. Senyuman panjang ditarik. Letih! Tapi puas. Lega! Hah!

“ Excuse me?”

Aku toleh ke arah kanan.

“ Yes?”

“ Boleh saya duduk?”

“ Sure.”

Aku kembali lihat ke luar tingkap. Tapi aku pelik. Kenapa suara lelaki sebelah aku ni macam pernah aku dengar. Rasa macam familiar sangat. Dengan hati-hati aku kerling sekilas ke arah lelaki itu. bila dah dapat tangkap, aku terus toleh ke arah tingkap semula. Aku tersenyum. perasaan kau je tu Ria.

“ Cantik jam awak.”

Tersentak. Aku tunduk pandang jam tangan aku. barulah aku tengok ke arah lelaki itu. Aku senyum sekilas.

“ Thanks.”

Ramah pula lelaki ni. Jangan ada maksud lain sudah. Yala. Jam yang lama gila ni dikatakan cantik. Nak luntur dah pun warna dia. sabar je la.

“ Welcome. Nak pergi kerja ke?”

“ Haah. Kejap lagi sampai la.”

“ Saya pun. Tapi tu tempat kerja baru saya.”

“ Yeke? Oh. Baguslah.”

Aku senyum senget. Kenapalah ramah sangat lelaki ni. Dengan pakai rayban segala. Berlagaknya. Dalam bas kot. Ada juga manusia macam ni kan? Adala. Sebelah kau tu lah. Hehe.

Agak-agak 10 minit, barulah sampai ke destinasi. Selepas meminta laluan daripada lelaki tadi, aku bergegas masuk ke dalam bangunan di mana tempat aku bekerja. Tak sempat dah nak tegur orang seperti selalu. Nanti bos besar marah. Habis aku.

“ Ria! Kenapa kalut sangat tu?” Kak Lia tegur.

“ Dah lewat ni kak. Lagipun saya ni kan pelajar lagi. Mahu kena buang nanti? Saya yang susah kak.” Balasku lantas cepat-cepat masuk dalam lif.

Belum sempat pintu lif nak tutup, ada orang menahannya terlebih dahulu. Dan yang pasti lelaki tadi yang tahan pintu lif daripada tertutup. Laa. Dia kerja dekat sini ke? Kebetulan sangat ke ni?

“ Hai. Jumpa lagi kita.”

Aku hanya sengih. Sengihan yang dibuat-buat. Haha. Tak kuasa nak layan.

“ Awak junior la kan?”

Aku hanya mengangguk. Nanti tak sahut dikata sombong.

“ So saya senior awak. Selamat bertemu kembali.”

Ting! Pintu lif dah terbuka.

“ Apa-apa je lah. Saya pergi dulu.”

Terus aku menonong keluar meninggalkan dia. tak kuasa nak layan junior senior ni semua. Malas nak dengar. Buatkan aku sakit hati.

“ Ria!”

Alamak! Bos besar dah panggil. Dengan wajah yang serba salah aku tayangkan sengihan. Dan time tu jugalah lelaki tadi pergi dekat bos besar. Duduk sebelah menyebelah pula tu. arh! Lantak lah. Ada aku kisah sekarang ni?

“ Sini kejap. Saya nak kenalkan awak dengan seseorang.”

Dengan hati yang tak rela aku jalan dekat.

“ Siapa bos?”

“ Ini. Bos baru manager awak. Kan encik Fadzil dah bersara.”

Okay. Aku terbungkam seketika. He? What? He?

“ Perkenalkan. Encik Irfan Faiz. Bos manager baru kita.”

Saat dia tarik keluar rayban dia, aku terus tergamam. Terkedu. Terkaku. Tak berkelip aku pandang dia. Hati aku serta-merta memainkan lagu. Terteguk sikit air liur aku saat sedar siapa sebenarnya yang aku berbual semenjak daripada dalam bas tadi.

“ Hai junior.”

Ya Allah!

**
Aku nak gerak ke kiri. Dia pun sama. Aku nak ke kanan. Dia pun sama. Haish! Ni yang buat aku bara ni. Terus aku berhenti daripada bergerak. Hanya berdiri tegak dengan perasaan meluat.

“ Okay. Sila lalu.” Ujarku tanpa nada bila aku dah berikan  laluan pada dia.

Tapi lain pula jadinya bila dia turut berdiri tanpa bergerak sama dengan aku. Siap dengan senyuman lagi. Aku merengus geram. Sabar Ria sabar. Dia ni dari dulu memang suka cari fasal dengan kau kan?

“ Ria. Ria. Awak still tak berubah kan?”

Aku menarik nafas dalam.

“ Encik nak apa? Saya ada kerja ni.” Aku cuba berlembut. Lagipun dia boss aku sekarang.

“ Follow me.”

Terus dia tarik lengan aku yang berlapik ni ke arah kereta dia. Aku yang tak tahu nak buat apa hanya ikut dengan muka yang blur. Terpinga-pinga.

“ Kita nak ke mana ni encik?” Soalku ingin tahu. Takut juga kalau dia kidnap aku.

“ Irfan. Not encik.”

“ Tapi encik boss saya.” Tegasku.

“ Sekarang bukan dalam pejabat.” Dia turut bertegas.

Akhirnya aku memilih untuk berdiam diri. Ikut jelah apa kata dia. Nanti gaduh pula. Agak-agak dalam 10 minit juga, barulah sampai. Rupanya dia bawa aku ke sekolah lama kami. Sekali gus mengingatkan aku tentang kenangan lalu. Aku kerling dia. dia turut pandang ke hadapan. Terutama dekat padang sekolah.

“ Turun.”

Aku hanya menurut. Dia jalan aku pun jalan sampailah kami betul-betul berada di tengah padang. Aku berada belakang dia. Aku tengok sekeliling. Mujur time cuti sekolah. Dan mujur juga cuaca redup. Kalau tidak hitam juga aku. aku kembali tengok belakang dia.

“ Awak ingat lagi tempat ni?”

Tiba-tiba dia bersuara. Aku hanya mendiamkan diri sampai lah dia memusingkan badan ke arah aku.

“ Ria. Kenapa awak lari?”

“ Mana ada saya lari.” Nafiku lantas menoleh ke arah lain bila mata redup itu memandang aku.

“ Tak lari awak cakap?”

Aku membuang pandangan ke arah dia semula.

“ Dah lah. Benda dah berlalu. Saya nak balik.”

“ 5 tahun saya tunggu. Tunggu untuk bertemu empat mata semula dengan awak. dan kali ni awak nak saya lepaskan awak lagi? no way!”

Aku menggigit bibir. Dia dah dekat. Kaki aku pula macam dah digam. Sekarang jarak kami tak kurang daripada 2 langkah.

“ Awak nak apa?” Soalku terus terang.

“ Saya nak awak Ria. Awak masih tak faham ke?”

“ Awak..”

“ Ria. Saya cintakan awak. takkan tu pun awak tak faham?”

Aku terkedu. Tapi aku tak pula larikan pandangan daripada dia.

“ Mia dan Firdaus dah bertunang Ria. Saya tak nak tangguhkan lagi. Saya betul-betul cintakan awak dan nak jadikan awak isteri saya Ria.”

Aku terkedu lagi. Kali ni aku terus tunduk memandang rumput.

“ Tapi saya tak.”

“ Tak apa? Tak ada perasaan dekat saya?”

Aku terdiam. Dengan slow aku buat anggukan.

“ Yeke? Awak ingat saya nak percaya? Habis jam awak tu? kalau tak suka kenapa still pakai sampai sekarang?”

Aku dah kematian kata. Betul-betul mati akal nak jawab apa. Sebab kata-kata dia betul. Aku memang dah sayangkan dia.

“ Ria. Kenapa mesti awak buat saya macam ni?”

“ Sebab awak annoying! Awak tak habis-habis sakitkan hati saya! Awak asyik cari masalah saya je! sampai saya rasa nak hempuk awak ke dinding. Awak tahu tak?!” Jeritku dengan rasa yang amat puas.

Dan keadaan sunyi seketika. Hanya kedengaran bunyi kenderaan dan burung-burung sedang berkicauan.

“ Because of that you fall in love with me right?” Dia tersenyum.

Gara-gara geram sangat, aku terus tampar lengan dia. sekuat hati! Tapi dia boleh ketawa. Bencinya!

“ Senior yang annoying! Senior yang sombong! Senior pembuli!”

Satu persatu aku keluarkan sambil pukul lengan dia. Macam tadi, dia terus ketawa.

“ Tapi awak junior yang baik hati. Junior yang comel. Junior yang brutal. Junior yang pandai.”

Terhenti terus pukulan aku. Okay. Hati tiba-tiba cair. Aku terus tengok dia dengan renungan lembut.

“ I miss you Ria. Seriously.”

Aku menarik senyum.

“ Jom. Saya nak balik.”

Aku memusingkan badan dan membelakangi dia. Tak mampu untuk terus tatap wajah dia. Takut aku akan nangis pula tengah-tengah padang ni. Macam 5 tahun dulu.

“ Awak sudi kan kahwin dengan saya?”

Aku tersengih. Sempat lagi tanya.

“ Apa-apa jela. Jom balik!”

Tanpa berlengah, aku pantas berlalu. Lagi lama aku tunggu lagi banyak soalan dia.

“ Yihaa! Thanks Fakhriah!”

Aku tersenyum. Melihatkan dia yang sedang mara ke arah aku. Aku terus masuk ke dalam kereta. Sama-sama Irfan. Sebab awak saya tak putus asa. Thanks. Senior vs Junior. Itulah kami. Haha.

~Tamat~

5 comments :

Popular Posts