Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday 30 May 2013

His Heroin Or Wife? 8




‘Awak ni memang lelaki yang tak guna. Saya dahlah tengah stress dan awak menambahkan lagi stress saya. Dan ingat! Saya tak mahu jumpa awak lagi.’

Kata-kata Dahlia kemas bermain di fikirannya semenjak habis scene pertama filemnya itu. Sampai termenung dia teringatkan gadis itu.

“ Hei Haikal! Kau dah bersedia ke belum?” Sergahan itu mengejutkan Haikal yang sedang termenung itu.

“ Ready untuk?” Soal Haikal tak faham.

“ Scene kedua kau lah. Kali ni kau sorang je. Dah ke?”

Haikal menghembus nafas kecil kemudian membuat anggukan kecil. Kali pertama dia berlakon dalam filem. Jadi gemuruh pula. Dan ini merupakan kali pertama dia dalam bidang lakonan. Sebab tu gemuruhnya lebih sikit. Mujur pengarah nampak bakatnya itu.

“ Okey set! Ready semua!” Pengarah iaitu Sham memberi arahan kepada semua. Haikal sudah ready di tempatnya.

“ Haikal! Okey?” Sham melaung. Haikal hanya mengangguk.

“ Okey! One, two and… action!”

Sebaik saja Sham mengeluarkan arahan, Haikal mula menjalankan misinya. Walaupun payah dia telah cuba sedaya upaya.

“ Aku tak boleh lupakan dia. Tapi kenapa aku mesti jadi macam ni. Istimewa sangat ke gadis tu?”
Itu adalah di antara dialog yang patut dia cakap. Dan dia jadi pelik apabila semasa dia menyebut dialog itu, dia teringatkan gadis pada pagi tadi.

‘ Aku teringatkan dia?’

“ Cut!” Haikal tersentak. Kepalanya yang tidak gatal di garu perlahan. Wajah Sham di pandang.

“ Kau kenapa Haikal? Muka tu daripada tadi serba tak kena je. Ada problem ke?” Soal Sham prihatin.

“ Ada. Kau lah.” Haikal mengambil botol air yang di hulur Sham.

“ Aik? Aku? Pe hal?” Muncul kerutan di dahinya.

“ Kau ingat kan pagi tadi tu. Kau suruh aku cari seorang gadis bidan terjun dalam babak aku tadi sebab Wahida tidak dapat datang. Ingat?” Haikal cuba ingatkan Sham.

“ Oh! Kenapa dengan dia?”

“ Kaulah. Aku jadi serba salah lah dengan dia. Dia marah aku sebab aku tiba-tiba libatkan dia dalam hal kita. Dan masa aku berlakon tadi aku tiba-tiba je ingat dia.” Jelas Haikal dengan senyuman kecil. Tapi gadis tu comel.

Sham tertawa kecil.

“ Kau minat dekat dia tak?” Duga Sham lalu memaut bahu Haikal. Haikal pantas menepis tangan Sham. Tak ada kena mengena okey?

“ Dahlah. Perasaan kau je tu. Sambung!”

Haikal hanya mengangguk perlahan. Tapi wajah gadis itu masih dia tak dapat lupakan.

**
“ Aku dah buat keputusan. Memandangkan Wahida tidak dapat teruskan lakonan. Aku kau cari perempuan tu sampai jumpa. Hanya dia yang layak memiliki watak ni. Aku rasakan dia yang paling sesuai setelah aku melihat lakonan dia tadi.”

“ Itu bukan lakonan Sham. Itu tindakan spontan dia. Lagipun dia tak tahu yang dia sedang berlakon.”
Haikal memandang serius ke arah pengarah filemnya. Ada suruh aku cari perempuan tu selepas aku kena marah.

“ Tak kira. Buatlah apa pun. Yang pasti aku nak dia yang jadi watak heroin. Fullstop!”

Sham terus keluar daripada bilik persediaan Haikal. Haikal yang mendengar dah bagai nak meletup kepala otaknya.

“ Macam mana aku nak cari ni. Kenal pun tak. Dahlah aku kena marah pula tu dengan dia. Sham ni macam-macam lah. Pakai je lah pelakon yang ada ni. Hish!” Haikal melepaskan rasa tak puas hatinya.

Tapi walau apa pun, dia kena cari juga perempuan tu. Persoalannya adalah bagaimana? How?

“ Dan!”

Sham berpatah balik dan melihat Haikal yang sedang tertekan itu.

“ Aku kesian tengok kau sebab tulah aku suruh cari gadis tu. Lagipun kan kau rasa serba salah dengan dia.”

Seusai Sham berkata. Dia terus beredar. Haikal yang mendengar terlopong. What! Ish!

**
Dahlia merenung wajahnya di hadapan cermin. Tiba-tiba perkara pagi tadi terlayar di fikirannya.

“ Lee Min Ho tu? Aish! Kenapa dia libatkan aku. Ish!” Bebelnya tak puas hati.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Apabila melihat saja nama yang tentera di skrin. Pantas dia tutup telefon itu.

“ Kenapalah jadi macam ni. Ingatkan bila datang sini bolehlah tenangkan fikiran. Tapi makin berserabut adalah. Argh!”

‘ Saya sayangkan awak.’

Terdiam Dahlia apabila perkataan itu tiba-tiba terlayar di fikirannya. Huh! Boleh gila aku kalau macam ni. Kalau boleh aku tak mahu jumpa lelaki tu dah. Tak kisahlah Faiz ataupun Lee Min Ho tu. Dua-dua buat aku sakit hati.

Tak tahan!

~Bersambung~

Cinta Si Gadis Manis 4



Daripada tadi Hairul tak habis-habis tersengih seorang diri. Apa yang berada dalam kepala otaknya pun tak tahu. Sampai naik hairan Harith yang melihatnya pada pagi itu. Masa nak breakfast pula tu. Mujur papa dan mamanya tidak perasan.


" Abang.." Perlahan Harith memanggil Hairul yang sedang menyapu jem di atas roti.


Hairul tahu adiknya memanggil tapi dia langsung tidak peduli. Malas nak layan.


" Abang!" Sedikit kuat nada Harith ketika memanggil abangnya. En. Dahrin dan Pn. Rosnah menyedarinya.


" Kenapa Harith?" soal En. Dahrin pelik.


Harith tersengih. Terlebih tinggi pula suara aku tadi.


" No..nothing." Harith terus menyuap roti ke dalam mulutnya. Manakala Hairul tergelak dalam hati. Nak tegur aku pun tunggulah masa yang sesuai.


Selepas beberapa minit, En. Dahrin dan Pn. Rosnah bergerak ke luar rumah. Memandangkan hari ini hari Ahad. Jadi bagus juga dapat meluangkan masa bersama-sama.


Dan peluang itu di ambil Harith untuk menyoal abangnya. Selagi tak tahu jawapan, selagi tu lah Harith tidak akan berganjak daripada meja makan.


" Kenapa dengan abang? Senyum sorang-sorang pulak." tegur Harith.


Hairul hanya menjongket bahu.


" Nothing. Anyway.. Lepas ni aku nak turun Penang. Harith nak ikut tak?" soal Hairul.


" Buat apa? Tapi rasanya tak boleh. Harith kena sertai satu kem di kolej sebentar lagi. Maaf ye.."


" Tak apa." ujar Hairul lantas tersenyum.


Tujuannya turun ke Penang adalah bagi menemui adik angkatnya Amir. Lagipun nak tahu jga maklumat tentang gadis yang aku telefon semalam sampai aku kena tipu tu. Boleh tahan juga gadis tu...


Tunggu je lah!                                         


**

Batrisyia sedang bersiap-siap untuk ke pasaraya Tesco. Nak beli keperluan rumah yang sudah habis. Tapi dia perlu tunggu adiknya balik ke rumah dahulu.


" Qis belum pulang daripada mengaji ke kak?" muncul ibunya.


Batrisyia yang baru selesai menyarungkan tudung hanya mengangguk. Selalunya pukul 10 dah sampai. Mungkin hari ni lewat sedikit.


" Boy! Sini jap!" Laung Batrisyia.


Boy yang sedang mengelap basikalnya itu pantas melangkah ke arah kakanya. Tak boleh lambat nanti free je kena tarik telinga. Kakak aku ni boleh tahan ganas orangnya.


" Kejap lagi bila Qis balik... beritahu dia akak pergi ke pasaraya. Kamu boleh tolong akak kan?"


" Ye..pergilah." Boy menyalam tangan kakaknya lantas tersenyum.


" Mak..akak pergi dulu. Assalamualaikum.."


" Waalaikumussalam.."


**

Hairul memerhati sekeliling Taman Penaga itu. Taman yang di sebut Amir sebentar tadi di telefon. Tapi kelibat Amir masih belum kelihatan.


Betul ke ni taman yang Amir sebut tu. Jangan-jangan aku salah alamat tak..


' Mungkinkah kan terputus di tengah jalan...  
 Mungkinkah kan terlerai tanpa ikatan..'


Telefon bimbitnya berbunyi. Jadi pantas dia menjawab.


" Helo Abang Rul. Abang dekat mana?"


Hairul melihat sekeliling. Tapi tiada pun Amir.


" Abang ada di depan papan tanda Taman Penaga. Amir di mana?" soal Hairul.


" Oh..okey. Mir dah nampak..."


Selepas matikan talian. Amir pantas melangkah ke arah kereta Abang Rul. Pintu tempat penumpang di bukanya dan dia masuk ke dalam.


"Assalamulaikum bang.." ucap Amir dengan senyuman.


" Waalaikumussalam. Kita nak pergi mana dulu?"


Saja Hairul ingin membawa Amir pergi bersiar-siar. Alang-alang dah cuti sekolah. Lagipun esok Amir kena pulang ke Perak. Selepas itu mungkin susah nak jumpa.


" Pergi ke pasaraya Tesco dulu boleh tak. Amir ada barang nak di beli." ujar Amir.


" Okey. Kita ke sana..."


**

Batrisyia melangkah ke arah sayur-sayuran. Balik nanti nak makan yang hijau-hijau je. Baru sihat. Dan kita perlulah pilih yang segar-segar. Ceh!


Sedang leka Batrisyia memilih sayur-sayuran yang segar itu. Dia hampir saja tersungkur apabila secara tiba-tiba badannya rasa seperti di tolak. Di langgar pun ada juga kot.


" Aduh! Sakitnya. Siapa yang main jalan tanpa tengok depan belakang ni. Hish.." bebel Batrisyia tidak puas hati.


Apabila dia toleh ke belakang. Dia terkejut kerana orang yang melanggarnya itu adalah seorang lelaki.


" Hei awak! Mata tu letak mana? Letak dekat kepala lutut ke? orang punya besar kat sini dia tak nampak. Hadus!! Tension!"


Batrisyia mencekak pinggang dan matanya merenung tajam ke arah lelaki itu.


Lelaki itu atau sebenarnya Hairul tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal apabila dia di hambur dengan bebelan Batrisyia.


Kenapa ni? Aku terlanggar dia? Huh!


" Apa masalah awak? Saya tak buat apa-apa pun kat awak." ujar Hairul dengan pelik.


Batrisyia mencerlung ke arah Hairul. Dia kata dia tak buat apa-apa pun? Sedangkan dia yang terlanggar aku tadi. Nasib baik aku tak tersungkur.


" Mata tu buka luas-luas. Lihat apa yang awak pada saya tadi. Ish!"


Hairul tersengih.


" Saya  terlanggar awak ye? Maafkan saya. Saya sengaja." Sedikit nada perlian di lontarkan kepada Batrisyia.


Batrisyia pun apa lagi. Geramlah dia.


" Sengaja awak kata? Sekarang saya nak awak minta maaf dekat saya dengan ikhlas. Awak ingat saya ni boneka yang boleh awak langgar sesuka hati? Pleaselah...ini Batrisyia okey!"


Hairul tertawa kecil. Kelakar juga gadis ni. Dia bertambah comel apabila marah.


" Kan saya dah minta maaf tadi. Buat apa saya perlu ulang buat kali kedua? Awak pekak ke apa?"


Batrisyia merengus geram. Mamat ni memang nak kena dengan aku. Siapa tak kenal Siti Nur Batrisyia Basri ni, pemilik tali pinggang hitam dalam silat gayong.


" What? I'm sound trouble? Hey! Awak ni memang tak bertimbang rasa lah. Susah ke nak ungkapkan perkataan maaf awak tu?"


Batrisyia berasa geram. Terasa api sedang membara di dalam hatinya. Tunggu masa nak lepaskan je.


" Hairul tertawa lagi mendengar kata-kata Batrisyia.


" Baiklah si gadis manis... Saya minta maaf..saya bersalah. Hukumlah saya." Hairul ikhlas meminta maaf tapi dia masih ingin bermain-main dengan Batrisyia.


Batrisyia membuat muka bosan. What everlah!


" Excuse me? Tolong berikan saya laluan. Saya nak bayar."


Batrisyia terus berlalu pergi tanpa menghiraukan Hairul.


" Awak! Tunggu!" Hairul terus mengejar Batrisyia. Batrisyia hanya membuat muka seposen.


" Jangan ganggu saya boleh tak?" soal Batrisyia.


" Saya nak tahu awak terima maaf saya tak?" soal Hairul pula.


Batrisyia tersenyum kecil dan terus membuat pembayaran tanpa menghiraukan Hairul. Selepas membuat pembayaran Batrisyia terus berlalu pergi.


Tak ada masa aku nak layan kau lebih-lebih. Semua ini poyo!


Hairul yang terpinga-pinga itu melihat Batrisyia berlalu pergi.


" Awak! Tunggulah! Awak!" Hairul sengaja membuat suara manja kepada Batrisyia.


Batrisyia yang mendengar hanya melambaikan tangannya. Menyampah aku dengar suara dia yang sengaja di manjakan itu.
 
Hairul hanya ketawa. Seronok melihat muka gadis itu bila marah. Haih..macam-macam.

~Bersambung~

Tuesday 28 May 2013

His Heroin Or Wife? 7





Pin! Pin! Pin!

Bunyi itu mengejutkan Dahlia yang sedang ralit memandang baju depan butik baju tersebut. Pantas dia menoleh ke kiri.

“ Woih! Tepilah!” Arah penunggang motor tersebut. Tapi yang peliknya dia tak berada di tepi jalan pun kan? Kenapa pula motor mainan tu boleh masuk dalam pasaraya besar ni?

Selepas memberikan laluan kepada penunggang motor tersebut. Dia kembali melihat baju yang berada dalam butik tersebut. Dalam hati memang nak beli. Tapi duit tak cukup lah.

“ Nanti-nanti je lah aku beli.”

Dahlia kembali meneruskan perjalanan di sekitar Sunway Pulan Pinang itu. Bercuti tapi rasa macam tak menyeronokkanlah. Hurmp!

Kedai cenderahati di tujuinya. Inilah salah satu kegemarannya. Suka benda-benda yang cantik. Dahlah cute lepas tu murah pula. Memang itulah yang Dahlia suka.

Sambil-sambil dia belek sesuatu. Dia terdengar sesuatu yang kurang menyenangkan. Dalam hati tak nak ambil tahu. Tapi dah terdengar kesemuanya.

“ Aku nak kau uruskan lelaki tu. Tak boleh pakai betul. Apa yang orang lain, dia tak ikut. Tapi dia lebih ikut kepala otak dia je. Benci aku!”

Itu suara lelaki yang pertama di dengari Dahlia. Dalam diam dia terteguk air liur.

“ Macam mana? Aku dah tak tahu nak buat apa. Semua rancangan kita gagal lah. Dia tu hebat sangat. Mentang-mentanglah hensem.” Itu suara lelaki yang kedua.

Dahlia sudah rasa tak tenang. Nak lari! Tolong! Selepas meletakkan kembali barang yang dibeleknya tadi. Dia bergegas keluar daripada kedai cenderahati itu.

“ Fuh! Lega!” Dahlia menghembus nafas lega.

Tapi baru saja dia ingin melangkah, tangannya tiba-tiba di tarik. Lelaki pula tu.

“ Eh? Kenapa ni?” Soal Dahlia pelik. Dah lelaki tu tarik tangan dia. Jadi dia pun terdorong untuk ikut lelaki itu sekali.

“ Lepasla!” Dahlia meronta. Tapi pegangan lelaki itu terlalu kuat. Dahlia akhirnya mendiamkan diri.

Sampai di luar Sunway. Pegangan erat tadi akhirnya terlepas. Dahlia sekali lagi menghembus nafas lega.

“ Awak ni siapa? Suka-suka tarik tangan saya tu kenapa? Awak ingat saya ni boneka ke apa?” Serang Dahlia dengan amarah. Tak pernah seorang lelaki pun yang pernah menyentuhnya sebelum ini. Ini pertama kali dan itu membuatkan dia marah.

Saat lelaki itu menoleh, Dahlia terkejut.

“ Lee Min Ho!” Jerit Dahlia tak percaya.

Lelaki itu yang tenang tadi terus menutup mulut Dahlia. Geram punya pasai.

“ Ish! Lepaslah!” Sekali lagi Dahlia meronta. Pegangan lelaki itu terlepas.

“ Awak tu yang duduk tak diam. Saya bukan Lee Min Ho.” Jelas lelaki itu perlahan.

Dahlia terlopong. Mana mungkin! Muka mirip sangat kot!

“ Okey! Jadi saya minta diri dulu.” Pinta Dahlia. Entah siapalah dia tiba-tiba tarik tangan aku ni. Naya dia kalau papa aku dapat tau.

“ Ikut saya!”

Ah! Sekali lagi Dahlia terdorong untuk mengikut langkah lelaki tersebut. Panas hatinya saat itu.

“ Awak! Lepaskanlah tangan saya ni! Awak dah gila ke apa?” Jerit Dahlia.

Tiba-tiba langkah lelaki itu terhenti dan langkah Dahlia juga terhenti. Lelaki itu kemudiannya tersenyum. Dahlia pula yang jadi terpinga-pinga. Apa hal? Dahlah pegangan tu belum dilepaskan lelaki itu lagi.

“ Awak… Saya sayangkan awak.”

Dahlia terlopong mendengar kata-kata lelaki tersebut. Hah? Gila ke lelaki ni?

“ Apa ni?” Soal Dahlia tak faham dan cepat-cepat merentap tangan dia. Lelaki itu direnungnya. Tapi lelaki itu masih dalam keadaan tersenyum.

“ Kan saya dah kata saya sayangkan awak.” Lelaki itu ulang kembali apa yang dikatakannya sebentar tadi. Dan tangan Dahlia digapainya semula.

Dahlia tergamam. Lidahnya kelu. What the?

“ CUT! CUT!”

Bunyi jeritan itu mengejutkan Dahlia. Segera pegangannya terlepas daripada genggaman lelaki tersebut.

“ Apa semua ni?” Dahlia tak faham apabila tiba-tiba ramai lelaki berkerumun di hadapan lelaki yang pegang tangannya tadi.

Kemudian dia menoleh ke belakang. Dan ia membuatnya terkedu. Ada kamera, pengarah? Dan.. apa semua ni?

Dahlia kembali menoleh memandang lelaki tersebut. Nak penjelasan.

“ Maaf. Tapi awak dah terlibat dalam filem saya. Walaupun sekejap tapi saya berterima kasih kepada awak. Dan respon awak sangat baik. Terima kasih.” Ucap lelaki itu jujur.

Dahlia yang tak faham itu jadi bengang.

“ Apa? Awak ingat saya ni boneka ke? Tiba-tiba tarik saya supaya berlakon dengan awak. Apa awak ni? Saya pun ada harga diri tahu tak?”

Dahlia terasa nak menangis. Melihat lelaki itu masih tersenyum Dahlia rasa nak hamburkan lagi apa yang dia rasa.

“ Awak ni memang lelaki yang tak guna. Saya dahlah tengah stress dan awak menambahkan lagi stress saya. Dan ingat! Saya tak mahu jumpa awak lagi.” Siap amaran keras diberi oleh Dahlia kepada lelaki tersebut.

Dengan hati yang sebal, Dahlia melangkah meninggalkan tempat itu. Dan tanpa dia sedari, air matanya menitis sedikit demi sedikit.

~Bersambung~

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers