Izz menyandarkan
dirinya di dinding dengan perasaan simpati. Matanya setia memandang ke arah
wajah Zahra yang masih tidak sedarkan diri itu. Malah dia sudah berdiri di
hadapan Zahra dalam sejam yang lalu. Macam-macam yang sedang dia fikirkan kini.
Namun satu pun belum berjaya membuatkan dia lega.
“ Huh!”
Terhambur keluhan kecil dari mulutnya. Dia pandang pula ke
arah Alif dan Farah yang sedang duduk di sofa ketika itu. Mereka berdua tidak
putus-putus berdoa agar Zahra cepat sembuh. Melihatkan mereka berdua, Izz
tertarik untuk bertanya lebih lanjut tentang Zahra. Mungkin dia dapat membantu
serba sedikit.
“ Alif..” Panggilan Izz menyentakkan lamunan Alif. Farah yang
berada dalam dakapannya ditatap. Terbit senyuman kecil pada mulutnya. Dah tidur
rupanya sayang aku ni. letih sangatlah tu.
Perlahan-lahan Alif bangun dan menyandarkan Farah pada sofa.
Selepas itu, dia bergerak mendekati Izz. Kelihatan Izz sangat serius ketika
itu. Naik pelik juga dia. Tak pernah sahabatnya itu berwajah serius sampai
macam tu sekali.
“ Kenapa ni?”
Bahu Izz ditepuknya perlahan. Bersama juga senyuman kecil.
“ Kita cakap dekat luar.”
Izz keluar daripada bilik rawatan Zahra dan diikuti Alif. Selepas
pintu ditutup Alif, Izz menarik nafas dalam-dalam sebelum bertanya perkara yang
seterusnya.
“ Aku tahu apa yang kau nak cakap.” Pintas Alif tanpa sempat
Izz membuka mulut. Izz sedikit tersentak.
“ Aku tahu kau risaukan Zahra kan?” Sekali lagi Alif menyoal
sambil tersenyum kelat.
Izz tunduk memandang lantai. Badannya tersandar pada
dinding.
“ Ya. Aku nak tahu sekali apa dah jadi pada dia. Kau boleh
cerita tak apa yang berlaku sebenarnya?”
Izz menoleh ke arah Alif dengan kerutan di dahi. Hatinya membuak-buak
ingin tahu tentang perempuan bernama Zahra itu.
“ Apa yang kau nak tahu? Aku tak tahu nak cakap macam mana. Tapi
aku rasa sukar sangat nak cerita dekat kau. Aku rasa Farah lebih layak cerita
semua ni. Lagipun aku bukan family kandung dia.”
Jawapan Alif membuatkan Izz hampa. Entah mengapa hatinya
degil ingin tahu fasal Zahra. Adakah kerana wajah Zahra sama dengan wajah dalam
mimpinya? Entah! Dia sendiri pun tak tahu.
“ Sikit pun tak boleh ke?” Izz masih berusaha untuk
mendapatkan jawapan.
Alif melihat Izz dengan senyuman hambar.
“ Susah nak cakap. Tapi satu je yang boleh aku beritahu kau.
Dia dah cukup menderita. Hidupnya sebelum ni bagaikan penjara bagi dia. Suami dia
memang seorang yang tak berhati perut. Kejam! Sampai sanggup buat dia macam tu.”
Nada suara Alif bergetar. Nampak sangat yang Alif sedang menahan marah.
Izz tersentak. Alif kelihatan sangat marah.
“ Aku tahu. Aku dapat tengok penderitaan dia waktu tu.” Ujar
Izz perlahan lalu tunduk semula memandang lantai.
“ Aku tak yakin apa akan jadi lepas ni. Tapi aku harap dia
dapat lupakan apa yang telah terjadi. Demi masa depan dia dan anak dia.”
Izz menepuk perlahan bahu Alif. Seperti seorang abang
memberi kekuatan kepada adiknya. Dia tahu Alif rasa simpati akan keadaan Zahra.
‘Aku tak peduli. Tapi aku nak tahu juga apa yang berlaku
pada dia.’ Tekad Izz.
“ Arghhh!!!!”
Jeritan itu mengejutkan Izz dan Alif. Pantas mereka masuk
semula ke dalam.
“ Ya Allah akak! Abang! Tolong Farah!!!”
Zahra tepis tangan Farah dan Alif yang ingin memegang
tangannya. Dia juga menolak badan Farah ke tepi. Lantas dia turun daripada
katil sambil membuang wayar-wayar yang berada pada badannya. dia dah tak
peduli. Dia dah tak hairan kalau dia sakit sekali pun. Apa yang dia nak dia
ingin pergi dari sini selama-lamanya.
“ Akak!!” Farah menjerit melihat Zahra yang sudah bergerak
ke arah pintu.
“ Awak nak ke mana?”
Izz berdiri tepat di hadapan Zahra yang kelihatan marah itu.
Ya! Pandangan mata Zahra dah cukup membuktikan
yang Zahra cukup-cukup menderita.
“ Tepilah!!” Pantas Zahra menolak tubuh Izz supaya ke tepi. Namun,
sedikit pun Izz tak berganjak. Matanya tajam merenung ke arah Zahra yang cuba
menolaknya itu.
“ Saya tanya awak nak ke mana?!”
Semua orang di situ terkejut mendengar tengkingan Izz,
terutama Zahra. Terkebil-kebil Zahra melihat Izz yang sedang merenungnya itu.
“ Awak peduli apa?! Saya nak pergi dari sini! Saya dah tak
mahu berada di sini. Saya nak pergi buat selama-lamanya! Biarlah apa pun nak
jadi. Saya dah tak kisah. Yang saya tahu saya kena pergi dari sini!!!!”
Zahra turut menengking. Dadanya berombak menahan marah
terhadap Izz. Malah, fikirannya pada waktu itu dah tak dapat berfikir dengan
baik. Semuanya berserabut.
“ Awak nak ke mana? Awak nak bunuh diri ke?” Suara Izz
kembali kendur. Namun dia masih serius seperti tadi.
Zahra yang mendengar tersentap. Sangat tersentap!
“ Akak! Apa yang akak fikirkan ni?” Farah mula menapak ke
arah Zahra. Tapi dia sempat ditahan Alif. Farah menoleh ke arah Alif agar
melepaskan dirinya. Namun Alif pantas menggeleng.
“ Sa..sa..ya…”
Tubuhnya menggeletar. Dia sendiri tak tahu apa yang tengah
fikirkan saat ini. Yang dia tahu selepas dia sedar tadi. Dia ingin pergi jauh
dari sini. Kalau boleh lenyap terus dari dunia ini. Dia mahu berbuat begitu
agar dia tak perlu lagi berdepan dengan Syazwan.
“ Zahra…”
Izz memegang kedua-dua belah bahu Zahra dengan lembut. Kemudian
matanya lembut menatap mata Zahra yang sudah bergenang dengan air mata itu. Dia
tersenyum kecil.
“ Itu takkan selesaikan semua masalah Zahra. Itu hanya akan
membuatkan awak lebih menderita. Lagipun Allah benci orang yang ingin membunuh
diri. Saya tahu awak tertekan dengan keadaan sekarang. Tapi awak tak boleh
Zahra. Awak perlu teruskan hidup. Kalau tak demi awak tapi demi anak awak. Awak
dah lupa ke yang awak sedang mengandung? Hurmm..”
Nada turut bicara Izz yang lembut itu berjaya menenangkan
Zahra yang tengah marah tadi. Air matanya terus menitis saat teringatkan anak
yang dikandungnya itu.
“ Sa..saya… saya bencikan dia!!!”
Tiba-tiba Zahra menjerit dan menepis tangan Izz dengan
kasar. Dia terus terduduk dengan linangan air mata. Hatinya sakit sangat saat
teringat segala perbuatan Syazwan
terhadapnya.
Izz jadi sayu. Hatinya dilanda rasa simpati. Akhirnya dia
melutut di hadapan Zahra yang sedang menangis itu.
“ Bukankah lelaki baik untuk perempuan yang baik?” Terpacul
soalan itu dari mulut Zahra.
“ Dan lelaki jahat untuk perempuan jahat? Jadi saya ni jahat
kan? Sebab dapat lelaki yang jahat.” Sambung Zahra tanpa sempat Izz membuka
mulut.
“ Tak! Awak baik.” Tegas Izz.
Zahra tersenyum sinis. Pantas dia mendongak melihat Izz.
“ Baik? Kalau betul saya baik saya takkan diceraikan. Saya ni
memang bukan seorang yang baik.”
Izz tersentak. Entah kenapa dia berkata begitu pada Zahra
sedangkan dia sendiri pun belum mengenali Zahra dengan lebih dekat lagi. Ahh! Hatinya
jadi berbelah bahgi.
Izz kembali berdiri. Dia memandang pula ke arah Alif dan
Farah yang berdiam diri itu.
“ Alif. Aku balik dulu. Nanti kita jumpa dekat kampung. Farah..
tolong tenangkan hati akak awak ni. Nasihatkan dia supaya jangan terlalu
ikutkan sangat perasaan tu.”
Farah dan Alif melihat Alif tanpa kata. Melihat adegan tadi,
mereka jadi pelik. Terutama Alif. Izz sangat berbeza tadi.
“ Dan awak Zahra. Saya tak nak awak menangis macam ni. dah
tak ada gunanya. Adalah lebih baik agar awak mengadu pada Tuhan. Dia lebih tahu
apa yang awak rasa. insya-Allah dia pasti akan membantu awak.” Sambung Izz lagi
sambil merenung Zahra yang sedang tertunduk itu.
Izz mula bergerak ke arah pintu. Rasanya lebih baik dia
pergi dari situ. Lagipun dia bukan sesiapa bagi Zahra.
“ Terima kasih.”
Langkah Izz terhenti saat mendengar ucapan itu dari mulut
Zahra. Tapi tak pula dia menoleh ke belakang.
“ terima kasih kerana sudi sabar dengan sikap saya tadi. Saya
tahu saya terlalu emosinal. Saya minta maaf.”
Terbit senyuman kecil pada bibir Izz. Entah mengapa hatinya
terasa lega apabila Zahra kembali okey.
“ Sama-sama.”
Ujarnya sebelum berlalu keluar. Kini dia bertekad. Dia akan
bantu Zahra melupakan lelaki yang bernama Syazwan dan melupakan penderitaannya.
Dia juga bertekad akan membuatkan Zahra bahagia.
**
“ Siapa dia?”
Farah yang tengah mengurut lengan Zahra terhenti seketika. Wajah
akaknya itu ditatap dengan kerutan di dahi.
“ Siapa? Siapa yang akak maksudkan?” Soal Farah.
Zahra terdiam. Memikirkan tentang lelakit itu hati Zahra
tiba-tiba saja berdebar. Teringat pula fasal tadi, dia jadi malu. Entah macam
mana dia boleh terlebih emosional macam tu. Ya Allah. Malunya aku!
“ Izz. Kenapa dia nampak macam ambil berat sangat tentang
akak?”
Kini mata Zahra bertembung dengan mata Farah. Sungguh! Dia nak
sangat jawapan tentang itu.
“ Dia kan yang akan uruskan penceraian akak.. mestilah..”
“ tak!” Pintas Zahra tanpa sempat Farah habiskan
kata-katanya.
“ Bukan. Akak tak rasa macam tu. Dia abang ipar Farah kan?”
Farah hanya menganggukkan kepalanya. Terbit perasaan bimbang
dalam hatinya. Ya Allah. Lindungilah akak Zahra. Aku sedih tengok dia macam ni.
“ Dahlah kak. Jangan fikir yang bukan-bukan lagi. Yang penting
anak dalam kandungan akak tu. Akak kena jaga kesihatan tau.” Nasihat Farah
disambut Zahra dengan senyuman hambar.
Perlahan perutnya diusap. ‘ Maafkan mama sayang. Tadi mama
terlalu ikutkan perasaan. Mujur ada seseorang yang menyedarkan mama.’ Zahra
kembali mendongak.
“ Farah. Tolong akak bawa balik ke kampung Alif. Akak dah
tak mahu tinggal dekat sini. Akak tak mahu terus diselubungi perasaan
sedih,marah,kecewa dan derita. Akak tak nak. Farah boleh tolong akak kan?”
Kata-kata Zahra tadi berjaya membuatkan Farah tersenyum
lebar. Alhamdulillah! Kalau itu yang akak mahukan. Farah sudi tolong akak.
“ Pasti kak. Farah takkan biarkan akak mengalirkan air mata
lagi lepas ni. itu tekad Farah.”
Terus Zahra menarik Farah ke dalam pelukannya. Dia bersyukur
kerana dia masih mempunyai adik yang sangat sayangkan dia.
“ Hei girls!”
Muncul Alif dengan senyuman. Tak lupa juga buah tangan pada
Farah dan Zahra.
“ Apa yang abang bawa tu?” Soal Farah lalu meleraikan
pelukannya.
“ Special for you dear.”
Alif menyerahkan beg kertas itu pada Farah. Farah menyambut
dengan kerutan di dahi. Apalah yang suami aku bagi ni.
“ Abang!!!” Farah terjerit kegembiraan. Pantas dipeluk Alif
dengan perasaan teruja.
Zahra yang melihat tersenyum kecil. Sikap keanak-anakan itu
masih belum pudar dalam diri Farah.
“ Macam mana abang tahu Farah nak sangat benda ni?”
Farah meleraikan pelukannya dengan senyuman ceria. Alif yang
melihat hanya tersenyum.
“ Hari tu kan Farah beria-ria ajak abang ke shopping
complex. Abang perhati Farah ni berkenan sangat dekat sepasang kasut tu. Bila
abang tanya Farah buat tak tahu je. Jadi abang agak Farah nak benda tu.”
Farah berasa terharu. Tak sangka. Kasut yang dia
idam-idamkan selama ni dapat juga.
“ Ha! Sebelum abang terlupa. Akak Zahra pun ada hadiah. Nah..”
Alif menyerahkan satu beg kertas ke arah Zahra. Tanpa banyak
soal, Zahra menyambut huluran Alif itu. Apabila dia membuka saja beg itu, dia
tergamam.
“ Maafkan Alif sebab hanya itu yang mampu Alif beri.” Ucap
Alif dengan senyuman ikhlas. Farah yang berada di sisinya pantas didakap dengan
penuh kasih sayang.
“ Te..terima kasih Alif.”
Sepasang baju baby yang comel itu ditatap Zahra dengan penuh
perasaan hiba. Tangannya automatik mengusap perut.
“ Sayang.. pakcik Alif berikan sayang hadiah ni. Mesti
sayang tak sabar nak pakai baju ni kan?”
Farah dan Alif. Masing-masing tersenyum melihat Zahra. Kini,
mereka mampu menarik nafas lega kerana Zahra serba sedikit boleh melupakan
Syazwan.
No comments :
Post a Comment