Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday 12 November 2013

Cerpen : Oh Hati!

Assalamualaikum..
Syuhhh! Korang boleh simpan rahsia tak? ehehe..
SPM tak hbs lagi kot tapi sempat lagi jenguk dekat sini.
Siap upload cerita baru lagi. Hehe..
Nak release tension jap. Lagipun kertas SJ baru habis.
Esok cuma kertas SJ 3 je. Bolehlah tarik nafas skit. 
Hehe... Okey! Enjoy your reading.



Mataku tak berganjak lagi. Asyik sangat memandang ke arah si dia. Walaupun si dia tak pernah perasan. Tapi aku tak kisah pun. Sebab aku ni hanyalah peminat misteri dia. Lagi bagus kalau dia tak tahu. Nanti tak lah aku malu. Siapa pun tak tahu aku suka dekat si dia.

Namun, aku tak fahamlah. Kata suka dekat si dia tu. Tapi hati aku ni tak berdebar teruk macam aku berhadapan dengan Fairuz pun. Fairuz tu boleh dikatakan musuh aku la. Kenapa? Itu lain hari aku cerita. Malas nak sebut fasal dia.

“ Hai!”

Aku tersentak dan terus menoleh ke belakang. Ternyata Fairuz. Ish! Baru sebut fasal dia tadi. Dia terus datang. Pantang betul.

“ Nak apa?” Soalku dingin.

Aku kembali menoleh ke arah si dia. Tapi hampa.. Dia dah tak ada dekat situ lah. Ala.. Fairuz punya fasal lah ni.

“ Amboi…”

Aku menjelingnya sekilas sebelum bangun daripada situ. Aku nak berganjak dari sini sebelum aku kena berhadap dengan Fairuz ni. Tengok! Sekarang hati aku tiba-tiba berdebar. Tak faham betul..

“ Awak nak ke mana? Duduklah kejap…” Suruhnya.

“ Maaf. Saya nak balik hostel. Kalau awak nak makan. Awak makan je sorang-sorang. Tak pun ajaklah awek yang ada belakang awak tu. Ye… saya balik dulu.”

Aku terus melangkah meninggalkan dia. Dia selalu spoil kan mood aku. Ke mana saja aku berada pasti dia ada. Itu adalah salah satu punca mengapa aku anggap dia musuh aku. Hairan betul. Takkan dia skodeng aku kot? Ish!

“ Amrina!”

Nak apa lagi mamat ni? Tak boleh tengok orang senang sikit ke? Payah betul!

“ Saya nak tanya awak ni? Tunggu lah kejap!”

Lenganku direntapnya kasar. Amboi! Berkasar nampak. Dengan geramnya, aku merentap lenganku daripada pegangannya. Sakit hati aku tengok muka dia sekarang.

“ Suka hati awak je nak pegang saya! Awak nak apa lagi? Kalau sehari awak tak kacau saya tak boleh ke?” Soalku dengan perasaan marah.

“ Maaf. Tapi saya Cuma nak tahu. Awak sukakan Izwan kan?”

Aku terkedu. Alamak! Dia tahu dari mana ni? Tak boleh jadi.

“ Mana ada! Mengarut!” Nafiku sekeras-kerasnya. Kenapa dia boleh tahu pula ni?

“ Jangan nak bohonglah!”

Tiba-tiba je dia tinggikan suara dekat aku. Apa ni? Sungguh aku terasa akan diri dia.

“ Awak ni kenapa? Kalau saya kata tak tu bermaknanya tak lah! Yang awak nak paksa tu sampai nak tengking saya kenapa? Awak ingat saya ni apa? memang patutlah saya bencikan awak!”

Belum sempat aku nak memusingkan badan, dia menahan aku dengan kata-kata yang aku kurang fahami.

“ Maafkan saya. Tapi saya hanya nak tahu perkara sebenar. Saya tak nak saya yang terseksa.”

Yap! Aku langsung tak faham! Jadi aku terus berlalu meninggalkan dia. Buang masa aku je terus bertelingkah dengan dia. Huh!

**

“ Awak kena kahwin dengan saya.”

“ What??”

Apa yang dia telah fikirkan ni? Nak cari nahas dengan aku ke? Idea bodoh apa yang dia luahkan dekat aku ni? Atau dia memang dah gila nak cari fasal dengan aku?

“ Saya tak kira. Awak tetap kena kahwin dengan saya!” Tegasnya sambil memandangku tajam.

“ Tak! Kenapa saya perlu kahwin dengan awak pula? Sedap hati awak je nak paksa saya. Lagipun saya langsung tak mencintai awak. Awak tu musuh saya ye! Sedarlah diri tu sikit. Saya ni tak suka dekat awak. Tapi mengapa awak asyik sangat cari fasal dengan saya? And I don’t want marry you! Never and never!”

“ Amrina!!!”

Bahuku terangkat selepas mendengar tengkingan seseorang. Aku dan Fairuz pantas menoleh ke kiri. Dan aku terkedu melihat insan itu. Papa?

“ Fairuz.. biar pakcik yang lakukan. Kamu pergilah dulu.”

Aku melihat wajah papa yang tegang itu dengan seribu persoalan. Apa ni? Apa yang sedang berlaku ni?

“ Amrina!”

“ Stop papa! Apa ni? Rin langsung tak faham dan macam mana papa boleh kenal dengan Fairuz? Apa perancangan kalian sebenarnya? Tapi satu je yang Rin tak boleh nak terima. Rin takkan kahwin dengan Fairuz. Sebab Rin tak mencintai dia. Rin mencintai orang lain.” Bantahku sekeras-kerasnya.

Gila ke apa? Tiba-tiba nak aku kahwin dengan dia. Baru semalam aku cakap aku bencikan dia. Tapi dia tak dengar ke atau buat-buat tak nak dengar? Menyesal aku tak mengaku apa yang dia tanya semalam. Ish!

“ Stop Rin! Papa tak kira. Kamu kena kahwin juga dengan Fairuz tu. Sebab kamu dah..”

“ Pakcik!”

Kata-kata papa terhenti selepas Fairuz memanggil. Ingatkan dah pergi mamat ni.

“ Sebab apa papa?” Soalku berdebar-debar. Macam ada sesuatu yang mereka sembunyikan daripada aku. Aku rasa ia sangat penting. Aku lihat Fairuz dan papa saling berpandangan dengan kerutan di dahi.

“ Please explain!” Tegasku berang. Tiba-tiba diam je daripada tadi.

“ Tak ada apa-apalah. Saya nak kahwin dengan awak sebab saya mencintai awak.”

Aku tersenyum sinis. Cinta? Masih wujuhkah cinta di hatinya tu? Dulu dia yang pernah kata dekat aku yang dia tak percayakan cinta.

“ Don’t be stupid Fairuz! Dulu awak yang kata awak tak pernah percayakan kewujudan cinta. Mengapa tiba-tiba cakap macam tu pula? Awak jangan nak berdolak dalih lagi. Sekarang beritahu perkara yang sebenarnya mengapa awak nak kahwin dengan saya.”

Tanganku ditarik papa agar menjauhi Fairuz. Tapi sempat aku lihat ke dalam mata Fairuz. Memang betul! Ada satu rahsia yang sedang dia sembunyikan daripada aku. But what?

“ Amrina… Papa minta tolong sangat. Tolong tunaikan permintaan papa kali ni je. Kahwin dengan Fairuz ye? Papa buat semua ni demi kebahagiaan kamu. Tolong ye..”

Apabila aku melihat papa merayu macam ni. Hati aku jadi tersentuh. Kenapa sampai macam ni papa perlu merayu? Apa sebenarnya yang telah berlaku sebelum ni? Apa yang Fairuz sembunyikan daripada aku?

“ Papa…”

“ Baiklah. Papa janji. Selepas Amrina kahwin dengan Fairuz. Papa akan turutkan apa saja permintaan kamu. Lepaskan kamu ke Paris pun papa sanggup. Kan kamu nak ke sana suatu hari nanti?”

Air mataku bergenang. Papa benar-benar nak aku kahwin dengan Fairuz.

“ Tapi kenapa? Rin masih muda papa. Belajar pun tak habis lagi.” Aku memberikan alasan.

Mana mungkin aku sanggup kahwin dengan dia sedangkan hati aku ada pada orang lain. Betul ke? Yelah! Aku sukakan si dia tu.

“ Papa masih belum boleh beritahu kamu sebabnya. Tapi insya-Allah papa akan beritahu kamu selepas kamu kahwin.”

Ingin sahaja aku tolak. Tapi wajah papa yang penuh mengharap itu membuatkan impian ku musnah. Impian untuk berkahwin dengan orang yang dicintai dan mencintai. Ya Allah. Adakah ini salah satu ujian untukku?

“ Kalau itu yang papa mahu. Rina turutkan je.” Putusku lemah.

Apabila aku buat je keputusan begini, aku dah tak boleh nak intip si dia lagi. Aku juga tak boleh keluar dengan kawan-kawan pada waktu malam lagi. Dan aku juga dah tak boleh bersikap selamba aku yang tak berapa betul ni. Aku mungkin tidak akan seceria dulu.

Tapi aku tak boleh jadi macam tu. Aku kena kuatkan diri aku. Aku juga perlu cari sebab yang papa kata tu.

“ Jom. Kita cakap dekat Fairuz.”

Aku hanya mengekori langkah papa mendekati Fairuz. Sungguh! Aku bagaikan patung apabila berdiri di hadapannya. Tapi mengapa hati aku ni je yang tak jadi patung? Asyik berdebar-debar je apabila berdepan dengan Fairuz ni. Aku tak faham!

Kau jatuh cinta tanpa sedar kot? Eh? Tolong sikit! Tak mahu! Tak mahu jatuh cinta dengan orang yang suka mengacau hidup aku ni. Ergh!

“ dia terima. Pakcik harap Fairuz mampu membuatkan hidup dia bahagia.”

“ InsyAllah pakcik. Doakan saya agar hidup bahagia dengan anak pakcik.”

Aku rasa nak termuntah je bila dengar dia cakap macam tu. Kalau tak kerana papa, aku takkan terima kau lah mamat!

**

Senyuman aku lebar apabila si dia mendekatiku yang tengah makan ni. Mujur aku makan keseorangan. Tapi betul ke dia datang ke arah aku? Tengok-tengok dia saja datang ke sini tapi nak ke awek belakang aku ni. Jangan berangan Amrina! Lagipun kau dah nak kahwin dengan mamat tu.

Baru saja aku nak suapkan makanan ke dalam mulut. Namaku dipanggil lembut. Tentunya suara si dia.

“ Amrina..”

Aku mendongak. Dia sedang melihatku dengan senyumannya. Wahh! Hensemnya!!

“ Erk.. ye saya.” Jangan jadi gugup Amrina!

“ Boleh saya duduk depan awak ni?”

Aku hanya mengangguk. Dah macam burung belatuk pun ada. Terpana tengok dia lah ni.

“ Saya nak cakap sikit dengan awak. Tapi awak kena bersikap jujur sebab saya tak suka orang yang bohong.”

Apa yang dia nak lakukan ni? Nak cakap apa ni? Haish! Berdebar-debar pulak!

“ Awak suka dekat saya atau  Fairuz?”

Aku tersentak. Mengapa dia tanya soalan macam tu? Dah tak ada soalan lain ke?

“ Kenapa awak tanya macam tu? Kalau awak nak tahu Fairuz tu musuh saya. Tapi dia je tak habis-habis nak kacau diri saya ni.” Jelasku agar dia tak salah faham. Tapi dah terlambat lah Rin. Aku dah nak kahwin pun.

“ Jadi awak suka dekat saya?” Soalnya sambil menjungkitkan kening.

Terhambur keluhan kecil dari mulutku. Kalau aku mengaku apa akan jadi? Dan kalau tak pula? Ya Allah..

“ Amrina. Saya perlukan jawapan awak.”

“ Ya! Saya suka dekat awak. puas?”

Pipiku membahang selepas meluahkan perasaan aku terhadap dia. Malu weh!!

“ Haha..”

Tiba-tiba dia ketawa. Kenapa ni? Aku terpinga-pinga melihat dia.

“ Pandai juga awak berlakon ye. Suka konon. Sedangkan dalam hati awak ada orang lain. Sampai maruah tercalar. Saya ingat awak ni perempuan yang baik-baik. Rupa-rupanya… mujur Fairuz beritahu saya perkara yang sebenar sebelum saya betul-betul jatuh cinta dekat awak. yalah.. Awak asyik sangat intip saya. Tapi.. nasib baik lah. Tolonglah jangan berlakon lagi Amrina. Bertaubatlah.”

Aku mengerutkan dahi. Apa yang dia cakap ni? Aku langsung tak faham. Berlakon? Masa bila aku berlakon pula.

“ Apa Fairuz cakap dekat awak? Saya tak berlakon pun. Saya cakap betul-betul tadi. Saya memang benar-benar suka dekat awak. kenapa perlu saya bohong pula?” Soalku bertalu-talu.

Namun dia tersenyum sinis. Itu membuatkan hati aku sedikit tercalar. Kenapa?

“ Jangan teruskan permainan ni Amrina. Tolonglah tengok diri awak tu. Awak langsung tak sesuai untuk saya. Saya malulah kalau awak jadi isteri saya. Saya nak isteri yang suci dan tak penipu macam awak ni. Walaupun saya tahu awak ni tak salah. Tapi mesti ada juga salah awak sampai dia buat macam tu. Awak pun.. Ish! Tak tahulah nak cakap macam mana lagi.”

Air mataku bergenang. Apa ni?

“ Dah lah. Berhentilah Amrina. Berhenti daripada bersandiwara. Hal ni bukan main-main. Saya rasa awak memang patut kahwin dengan dia. Dia juga patut bertanggungjawab dengan apa yang dia telah buat dekat awak. Saya pergi dululah. Tapi niat saya baik. Saya nak awak bertaubat. Maaf…”

Terus dia berlalu meninggalkan aku dengan air mata. Hati aku sakit mendengar kata-kata dia. Aku jelas sekali tak faham.

Fairuz patut bertanggungjawab? Dia mana ada buat-buat apa dekat aku pun. Dan tadi dia ada cakap yang dia nak isteri yang suci. Aku ni still suci okey. Masa bilanya aku jadi penipu?

Ya Allah. Apa lagi yang akan berlaku selepas ini? cintaku dah ditolak mentah-mentah. Sampai dia hina diri aku ni. Buruk sangatkah diri aku ni depan dia. Sekalipun tak suka janganlah menghina. Tahu tak hati aku sakit sangat.

Mungkin aku perlu berdepan dengan Fairuz dan tanya dia apa yang sedang berlaku. Mesti Fairuz ada cakap sesuatu dekat si dia ni. Sampai si dia kata dekat aku macam-macam.

Argh!! Aku tak kira! Aku nakkan jawapan sebelum aku berkahwin dengan dia. Titik!!

**

Hari ini bagaikan mimpi ngeri buatku. Mimpi akan jadi ngeri bila aku dikahwinkan dengan orang yang aku langsung tak cintai. Air mataku bergenang lagi. Sungguh murah air mata ni mengalir kebelakangan ni.

Gagal! Ya! Aku gagal mencari jawapan daripada Fairuz. Sebab dia langsung tak mahu berjumpa dengan aku sebelum ni. Sedangkan aku nak tahu apa yang telah berlaku di antara Fairuz dan si dia tu. Tapi malangnya, ia sudah terlambat Rin. Aku dah sah menjadi isteri dia.

“ Tahniah Amrina! Aku happy untuk kau.” Ucap Fina. Satu-satunya kawan yang aku ada.

“ Hurmm..” Aku tersenyum kelat.

“ Kenapa kau macam tak happy je? oh.. sebab dia musuh kau ke? Ala.. lupakanlah pasal tu. Aku yakin dia mampu membahagiakan kau.”

Yeke? Aku sendiri tak yakin Fina. Aku mencintai si dia. Tapi aku terpaksa kahwin dengan Fairuz. Maybe aku tak ada jodoh dengan si dia.

“ Aku nak kau tahu satu perkara.”

Aku memandang Fina dengan senyuman hambar. Apa lagi ni?

“ Kau tu sebenarnya dah jatuh hati dekat Fairuz dalam diam. Tapi kau je yang tak sedar-sedar lagi. Sebab hati kau kebal mencintai Izwan.”

Aku pantas menggelengkan kepala.

“ no! kau jangan nak mengarut. Hati aku jadi aku tahulah. Sudahlah! Aku tahu kau cakap semua ni nak buat aku berhenti membenci Fairuz yang asyik ganggu aku tu. Tapi tak semudah itulah.”

Aku bangun dan melangkah ke pintu bilik. Kelihatan dia sedang berbual dengan papa. Mesra je aku tengok diorang tu. Mama pula sepertinya sangat gembira terima menantu. Aku? Langsung tak!

“ Kau kena juga mencintai dia Rin. Dia suami kau. Kau dah tak boleh membenci dia.”

Aku terdiam. Ada benar juga kata-kata Fina tu. Tapi tak semudah itu lah! Argh! Makin hari makin kusut fikiran aku ni.

“ Amrina! Mari sini nak!” mama sudah memanggil.
Dengan berat hati, aku melangkah ke arah mereka. Fairuz setia memandang ke arahku dengan senyumannya itu. Bila aku tengok dia asyik tersenyum macam tu. Naik meluat juga aku ni.

“ Mama bahagia kerana anak mama dah berkahwin walaupun masih muda. Mama nak selepas ni kamu ikut cakap suami kamu ye sayang. Jangan nakal dan degil ye.”
Ingin sahaja aku mencebik. Tapi aku juga tak mahu kecewakan hati mama. Jadi aku hanya mengangguk dengan perlahan.

“ Selepas ni ikut Fairuz balik ke rumah dia. Kamu dah di bawa jagaan Fairuz.”

Aku nak tolak. Tapi renungan tajam Fairuz itu membuatkan aku mengangguk sekali lagi. Kenapa ni? Kenapa dia asyik memaksa aku?

“ Kalau macam tu, saya minta diri dulu papa dan mama. Takut sampai malam pula.”

Aku mula memeluk mama dengan erat. Bagai tak mahu melepaskannya lagi. Seperti tahu perasaan aku, mama mencium dahiku dengan penuh kasih sayang.

“ Mama sayang kamu. Jaga diri ye..”

Aku mengetap bibir dengan kuat. Akhirnya aku mengangguk lalu mengikuti langkah Fairuz. Selamat tinggal rumah. Selamat tinggal semua. Huhu!

**

“ Kring! Kring! Kring!”

Bunyi itu mengejutkan aku daripada tidur. Tapi tak pula aku membuka mata dan menoleh ke arahnya. Malas!

“ Dah. Dah selesai pun. Terima kasih. Hurmm.. Okey!”

Apa yang dah selesainya? Lantaklah! Kalau aku tanya nanti tak fasal-fasal kata aku ni suka masuk campur plak. Jadi lebih aku biarkan saja.

“ Amrina… Maafkan saya sebab awak terpaksa kahwin dengan saya. Tapi saya tak tipu. Saya mencintai awak. kalaulah awak tahu perasaan saya ni. Buat apa saya nak bohong. Tak apa. saya tahu kita perlukan masa kan? hurmm..”

Aku tergamam. Apa? Dia mencintaiku? Ya Allah! Betul ke ni?

Ingin saja aku membuka mata dan menyoalnya. Tapi aku kena bertahan. Aku kena tengok selama mana dia boleh bertahan. Kalau lama bermakna dia benar-benar mencintaiku. Kalau tak? Apa tujuan dia kahwin dengan aku?

Semuanya bakal terjawab nanti.

**

“ Amrina… bangun sayang. Kita dah sampai ni.”

Aku tergeliat kecil. Aku juga terkejut melihat kediaman rumah didepan mata aku ni. Wow! Cantik gila! Terus aku menoleh ke arahnya dengan riak tak percaya.

“ Rumah awak ke ni?” Soalku inginkan jawapan.

“ Ya. Ayah saya yang hadiahkan sempena perkahwinan kita.”

Aku keluar daripada kereta dan memerhati keadaan sekeliling. Ish! Ini dah macam bukan rumah tapi macam istana pun ada. Besar sangat! Rumah aku pun tak besar macam ni. Sedangkan nak duduk dua orang je. Ayah bagi rumah macam ada ramai yang nak duduk dekat sini.

“ Jom masuk!”

Apabila masuk je dalam rumah, aku terpegun. Ya Allah! Cantiknya!!! Teruja aku saat ini.

“ Mesti mahal kan rumah ni?” Terpacul soalan itu daripada mulutku. Namun dia menjawab juga.

“ Tak tahulah. Ayah yang beri. Ayah tak nak beritahu saya pun berapa harga rumah ni. Nama pun hadiah kan?”

Aku mengikutinya ke arah bilik. Boleh dikatakan semua ruang dalam rumah ni amat besar. Macam aku sedang berada dalam kelas kot. Bilik pun dah macam ruang tamu.

“ Okey. Kita duduk dekat sini.”

Dahiku berkerut.

“ Kita? Saya nak bilik asing.” Ujarku tegas.

Amboi dia! Banyak cantik! Aku nak bilik aku sendiri. Inilah akibatnya kalau kahwin dengan orang yang kita tak suka.

“ Kenapa pula? Kita dah kahwin pun kan? lagipun tak baik tau awak ingkar arahan suami awak ni.”

Ujarnya lembut tapi kata-kata itu amat mendalam maksudnya ye. Argh!

“ Mentang-mentang dah jadi suami. Bolehlah awak nak kuasa veto awak tu ha? Huh!”

Dengan geramnya, aku berjalan lalu sengaja terlanggar bahunya. Marah! Aku duduk di birai katil dengan perasaan bengang. Lantaklah dia nak kata apa pun.

“ Ingat ye sayang… mama pesan apa dekat rumah tadi?”

Dia menjungkitkan kening nakal. Argh!!! Mama!! Suami Rin ni gunakan kuasa dia lah. Macam mana ni???

“ Whatever!! Huh!”

**

“ Assalamualaikum papa..”

“ Waalaikumussalam. Macam mana di sana? Okey ke sayang?”

“ Alhamdulilah okey papa. Papa dan mama tengah buat apa tu?”

“ Terfikirkan kamu. Haha.. Tak buat apa-apa pun.”

Aku tersenyum hambar. Aku tahu mereka sangat merindui aku saat ini. Biasalah aku ni kan anak tunggal. Jadi pasti mereka terasa akan kehilangan aku.

“ Papa.. Rin nak tahu sesuatu. Kenapa papa suruh Rin kahwin dengan Fairuz? Rin nak tahu sangat ni.” Aku seperti mendesak papa agar memberitahu aku perkara yang sebenar.

Sekarang aman sebab Fairuz keluar beli makanan. Jadi aku ada peluang untuk bertanyakan soal ini kepada papa melalui telefon.

“ Erk… betul ke kamu nak tahu? Tapi kamu jangan salahkan Fairuz ye sayang. Dan papa tahu kamu sembunyikan hal ini daripada kami sebab tak nak kami sedih. Kami juga tahu kamu tak salah dalam hal ni. Tapi maafkan lah dia ye sayang..”

Kepalaku yang tidak gatal itu ku garu perlahan. Aku langsung tak faham apa yang papa sedang cakapkan ni.

“ Explain please..” Pintaku perlahan.

“ Papa dah tahu yang kamu ni dah terlanjur dengan Fairuz. Fairuz juga beritahu kamu dah mengandung tapi kamu sembunyikan soal itu daripada pengetahuan kami dan suami kamu. Sebab itulah kami tak beritahu kenapa. Dan sebab itu jugalah kamu bencikan Fairuz kan?”

Bagai batu yang terhempap mendengar luahan papa sebentar tadi. Air mataku juga mengalir laju selepas mendengar cerita yang sememangnya tak betul buat diri aku ni.

“ Fairuz yang kata macam tu?” Soalku dalam nada yang tertahan untuk menangis.

“ Ye. Dia dah beritahu segala-galanya kepada kami. Kami tak marah dekat kamu sayang. Kami marah dekat Fairuz tapi dia dah janji nak bertanggungjawab. Jadi kami dah boleh maafkan dia.”

Aku menekup mulutku kuat. Ya Allah. Permainan apakah yang sedang dia lakukan ni?

“ Papa.. sebenarnya..”

Baru sahaja aku nak beritahu perkara yang sebenar, kereta dia masuk ke dalam kediaman rumah. Cepat-cepat aku melangkah naik ke bilik. Kalau boleh aku tak nak dia tahu yang aku dah tahu perkara sebenar. Aku nak tengok sampai bila dia nak teruskan permainan ni.

“ Tak apa sayang. Kami faham perasaan kamu. Jangan risau, kami akan sentiasa menyokong kamu.”

Aku pantas menggeleng dan duduk di birai katil. Bukan papa! Bukan itu yang Rin maksudkan. Rin Cuma nak papa tahu yang menantu papa dah menipu!

“ Pa… nanti Rin telefon papa lain.” Akhirnya aku berputus asa untuk menyoal lebih lanjut. Aku juga dah tak berdaya nak beritahu perkara yang sebenar.

“ Yelah. Ambil masa kamu ye sayang. Assalamualaikum..”

“ Waalaikumussalam..”

Aku terus matikan talian dan rebahkan diri sebelum dia masuk ke dalam bilik. Aku jadi benci tengok wajah dia. Aku semakin tawar hati selepas mendengar cerita ni. Ternyata selama ni, dia menipu aku dan kami semua. Tak aku sangka ini diri dia yang sebenar. Jangan-jangan dia juga tipu Izwan fasal aku.

Air mataku mengalir dengan laju. Hati aku sakit sangat. Lebih sakit daripada kata-kata hinaan Izwan. Ya Allah. Mengapa dia buat aku macam ni?

“ Amrina.. saya belikan makanan untuk awak. jom kita turun.”

Dia datang dengan senyuman. Bagiku itu senyuman kemenangan dia. Aku bangun dan mengikuti langkahnya sehingga ke dapur. Aku kena lakukan sesuatu. Aku nak dia rasa apa akibatnya menipu diri ku ni.

“ Awak beli apa?” Soalku dengan senyuman. Jangan risau.. Kejap lagi aku akan cucuk jarum ye cik abang. Huh!

“ Nasi ayam. Ini kan nasi kegemaran awak. jom makan.”

“ Tapi..”

Aku memandangnya dengan senyuman kecil. Dia turut memandang aku dengan senyuman.

“ Saya mengidam nasi daging lah awak. Tolong belikan untuk saya erk?” Sengaja! Sengaja aku memperli dirinya dengan kata-kata yang lembut.

“ Mengidam? Awak mengandung ke?”

Ha! Sudah! Dia buat-buat tak tahu ke ni? Permainan apa lagi yang sedang dia cipta ni?

“ Haah. Saya mengandung. Mengandungkan anak luar nikah awak.”

Terus aku menjarakkan diri darinya dengan perasaan marah. Dia juga seperti dah sedar apa yang aku sedang cakapkan ni.

“ A..awak dah tahu?”

Aku bertepuk tangan dengan senyuman sinis.

“ Tahniah! Tahniah kerana lakonan awak berjaya. Tak sangka saya kan? Awak macam ni orangnya. Hiprokit!!!!” Pekikku dengan berang.

“ A..awak! awak salah faham. Biar saya jelaskan.”

Aku tepis tangannya daripada memegang bahuku.

“ Salah faham? Salah faham apa lagi? Papa dah beritahu saya kenapa awak nak sangat kahwin dengan saya. Apa ni? Permainan apa lagi yang cuba awak rancangkan? Sampai Izwan pun awak perbodohkan? Manusia apa awak ni ha??”

Tanpa sedar, aku terus menampar pipinya dengan perasaan marah. Tindakan itu sangat cepat. Tapi aku tak menyesal sebab ini memang salah dia.

“ Itu balasan untuk orang yang tak berhati perut macam awak. Sanggup buat hidup saya menderita.”

Aku terus melangkah meninggalkan dapur. Tapi tanganku direntapnya kuat.

“ Lepaskan saya!!”

“ Awak! tolong jangan pergi..”

Aku tersenyum sinis. Tanganku rentap.

“ Oh! Tahu pun takut bila saya pergi. Jangan risau. Saya takkan pergi selagi final exam saya belum habis. Tapi selepas itu saya akan pergi dari rumah ni buat selama-lamanya. Saya tak mahu hidup dengan seorang yang hiprokit macam awak!”

Aku terus berlari naik ke bilik dan mengunci pintu. Aku tersandar belakang pintu dengan linangan air mata. Dadaku yang berdebar hebat disentuh perlahan.

Hati! Mengapa? Mengapa kau rasa sakit sangat? Mengapa kau rasa bersalah bila menampar dia tadi? Mengapa? Dia memang patut dapat tu semua.

“ Kau tu sebenarnya dah jatuh hati dekat Fairuz dalam diam. Tapi kau je yang tak sedar-sedar lagi. Sebab hati kau kebal mencintai Izwan.”

Kata-kata Fina kembali menerjah dalam fikiran aku. Huh! Aku takkan terima lagi cinta daripada sesiapa pun apatah lagi dari dia. Dia berjaya merobek hati aku ni. Dia dah hancurkan kepercayaan aku terhadap dia. Puas kan bila kenakan aku macam ni? Puas?

Arghhh!!!!

**

Seminggu telah pun berlalu. Sepanjang itu jugalah aku langsung tak mempedulikan diri dia. Dia je yang selalu ambil peduli hal aku. Dia juga tak berputus asa dalam memujuk ku kembali. Dia selalu minta maaf atas kesalahan dia. Tapi tak pula dia beritahu kenapa dia lakukan sebegitu.

Maybe dia memang bersalah dan tanpa sebab dia buat semua tu. Sekarang aku dah tak seceria dulu. Semuanya gara-gara dia. Fina ada kata dekat aku. Aku tak patut biarkan dia macam tu. Lagipun dia suami aku.

Tapi aku still tak boleh terima la apa yang telah dia lakukan. Ingat hal ni begitu mudah ke untuk aku lupakan? Kalau otak aku ni komputer tak apalah juga. Tapi aku ni manusia biasa yang punya perasaan juga.

“ Amrina… Jom makan. Saya dah sediakan sarapan.”

Dia juga tak pernah berputus asa memanggilku untuk bersarapan. Setiap pagi dia akan lakukan perkara yang sama. Cuma aku je kadang-kadang makan. Tak berselera.

“ Saya juga dah bersedia nak beritahu awak sesuatu.”

Tapi hari ni? Kata-kata dia tadi berjaya menarik perhatiaku untuk makan sarapan. Adakah dia nak beritahu perkara yang sebenar? Atau dia dah sedia untuk lepaskan aku? Kalau ya kenapa hati aku ni macam tak relakan je.

“ Jomlah turun. Saya tunggu dekat bawah.”

Dia terus keluar daripada bilik tanpa membelai rambutku terlebih dahulu. Apa dah kena dengan dia? Betul ke dia akan pergi? Ya Allah.

Dengan perasaan yang berdebar-debar aku turun ke bawah. Aku melihat dia yang sedang menekur ke arah makanan. Seperti fikirkan sesuatu.

“ Awak nak cakap apa?” Soalku dingin. Seperti biasa aku akan sentiasa bersikap dingin dengannya. Kalau di luar aku hanya bersikap selamba. Mujur orang tua kami tak tahu masalah kami.

“ Awak nak tahu kan kenapa saya buat macam tu?”

Aku hanya berdiam diri sambil memandang ke arahnya. Mulutku ketap. Biar dia terangkan segala-galanya.

“ Sebenarnya saya buat semua ni demi kebaikan kita berdua. Saya sangat mencintai awak dan saya tahu awak pun mencintai saya. Cuma awak tak sedar sebab hati awak asyik teringatkan Izwan. Tapi bukan itu je sebabnya. Punca utama adalah saya tak mahu awak jatuh ke tangan Izwan.”

But why?

“ Sebab dia bukan seorang lelaki yang baik Rin.. dia hanya nak permainkan awak. Selepas awak balik daripada intip dia masa tu. Dia memanggil saya. Saya ingat nak bincang fasal assignment. Ternyata fasal awak. Dia ada tanya kenapa saya asyik ganggu awak. jadi saya jujurlah.”

“ Apa yang dia cakap?” Soalku dengan cepat.

“ Dia kata awak tak berhak untuk digandingkan bersama saya. Dia juga kata dia tahu awak asyik intip dia. Tapi dia hanya biarkan. Dia kata juga yang dia akan jadi kan awak sebagai perempuan simpanan dia. Kalau dia ada kata dia jatuh hati dekat awak tu. Itu bermakna dia tipu. Dia seorang playboy Rin. Saya Cuma tak nak awak jatuh ke tangan orang seperti dia. Jadi saya reka cerita. Saya kata saya dah terlanjur dengan awak.”

Aku terkedu. Ya Allah. Betul ke apa yang dia cakap tu?

“ Maafkan saya. Saya dah tak boleh fikir masa tu. Hanya itu je yang saya mampu fikir demi menyelamatkan awak. Tapi saya tahu awak takkan boleh terima alasan saya ni. Tak mengapa. Saya tahu salah saya ni dah melampau. Jadi saya ingin lepaskan awak. saya rela jika ini yang awak mahukan. Saya sanggup.”

Dush! Keputusan yang dia buat itu membuatkan jantungku seakan-akan berhenti seketika. Di…dia nak lepaskan aku? Ya Allah.

“ A…wak? Betul ke ni?”

Dia tersenyum kelat di depan aku. Dia mencapai tanganku lalu menepuknya perlahan.

“ Saya rela. Saya tak nak awak hidup menderita apabila hidup dengan saya. Sedangkan awak langsung tak mencintai saya. Jadi pergilah.. jangan risau fasal papa dan mama. Saya akan uruskan segala-galanya.”

Ingin saja aku membantah. Tapi lidahku kelu untuk meluahkan rasa. Mengapa aku terasa sukar nak ungkapkan kata-kata ni. Hatiku juga bagai tak merelakan dia buat begitu. Bukankah ini yang aku mahukan?

“ A..awak serius?”

Dan anggukan dia membuatkan aku rasa tak berdaya.

“ Kejap lagi saya akan balik ke rumah ayah. Mungkin saya akan dikahwinkan dengan pilihan mereka. Mereka dah tahu perkara ni. Dan mereka mahu saya meminta maaf dekat papa dan mama. Amrina.. maafkan saya sebab buat awak macam ni. Maybe bukan takdir kita untuk terus bersama. Mungkin jodoh awak bukan dengan saya.”

Dia bangun sambil tersenyum hambar didepan aku.

“ Minggu depan saya akan balik untuk uruskan penceraian kita. Jadi buat masa ni awak boleh tenangkan fikiran awak. maafkan saya..”

Ujarnya ikhlas sambil membelai rambutku dengan lembut. Air mataku tiba-tiba bergenang. Tanpa disedari, air mataku telah pun mengalir. Dan dia menyeka air mata ni buat pertama kalinya.

“ Saya janji saya takkan buat awak menangis lagi selepas ni. Jangan risau. Saya takkan muncul lagi di hadapan awak. tapi awak kena janji yang awak kena jaga kesihatan. Kalau boleh awak kena makan sarapan. Nanti gastrik teruk pula.”

Dia mula melangkah ke arah pintu tanpa menoleh lagi. Jadi keputusan yang dia ambil itu benar-benar serius. Dia dah bernekad.

“ Awak!” Jeritku. Dia menoleh.

“ Tu… Terima kasih!”

Argh! Apa yang aku cakapkan ni. Aku nak cakap tunggu tapi lain pula yang keluar. Kenapa dengan hati aku ni??

“ Sama-sama. Saya pergi dulu.”

Aku benci dengan diri aku sekarang!!! Arghh!!!!

**

“ Hei! Kau okey ke ni?”

Aku hanya mampu tersenyum kelat di hadapan Fina. Aku jadi semakin tak berdaya kebelakangan ni. Semenjak dia pergi tiga hari yang lalu. Aku bagai rasa kehilangan. 
Kehilangan sesuatu yang amat bermakna dalam diri aku. Dan dah tiada layanan dia untukku. Mengapa aku mesti rasa begini?

“ Fina.. Dia dah lepaskan aku.” Luahku perlahan. Mataku terpaku memandang ke luar tingkap restoran.

“ Siapa yang kau maksudkan ni? Fairuz?”

Aku tersenyum lagi. Tapi senyuman aku dah tak semanis dulu lagi.

“ Jawab Amrina!”

Bahuku digoncanganya kuat. Aku menepis tangannya perlahan.

“ Ya! Puas?” Aku tak sengaja meninggikan suaraku kepada dia. Aku sangat buntu saat ni.

“ Tapi kenapa? Bukankah dia sangat sayangkan kau? Aku tak percaya.”

“ Betul! Sebab dia bersalah. Dia tipu semua orang termasuk aku. Jadi dia rasa dia patut lepaskan aku sebab tak mahu tengok aku menderita lagi.”

Aku menekup mukaku dengan tangisan.

“ Habis kenapa kau nak bersedih pula? Bukankah ini yang kau mahukan? Kau nak sangat kan?”

Aku tersentap. Wajah Fina yang berang tu aku pandang.

“ Ya! Dulu memang. Tapi aku tak tahu kenapa sekarang aku jadi macam ni. Aku tak tahu!! Fina.. tolonglah aku..”

Aku menangis lagi. Bahuku terus dipautnya perlahan.

“ Sabar. Aku tahu kenapa kau jadi macam ni. Sebab kau memang mencintai dia Amrina. Kau je yang tak sedar dan asyik menafikan perasaan tu. Aku rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk luahkan segala-galanya kepada dia.”

Aku terdiam. Ya! Sekarang aku mengaku yang aku benar-benar telah mencintai dia. Dulu mata aku ni buta sebab Izwan. Sekarang baru aku sedari siapa yang baik dan siapa yang tak baik.

“ Maafkan aku. Tapi aku tak mampu..”

Aku menyeka air mataku dengan senyuman dibuat-buat.

“ Why?”

“ Sebab dia nak kahwin lain.”

“ Kau masih belum terlambat Amrina.”

“ Aku dah terlambat Fina! Lagi tiga hari dia akan datang jumpa aku untuk uruskan penceraian.”

Aku terkejut melihat Fina yang sedang berjalan ke arah Fairuz. Ha? Macam mana dia boleh ada dekat sini?

“ Rin!”

Aku terpinga-pinga melihat Fina dan Fairuz sedang berdiri di hadapan aku masa ini.

“ Maafkan aku. Tapi aku Cuma nak bantu kau. Aku nak kau hidup bahagia. Dan aku rasa Fairuzlah orang yang paling sesuai untuk kau.”

Bahuku ditepuk sebelum dia beredar daripada sini. Aku pandang pula ke arah Fairuz. Wajahnya kelihatan cengkung.

“ Awak tak sihat ke?” Soalku risau.

“ Sihat. Cuma hati ni je yang tak sihat. Awak tahu kan apa yang berlaku kepada saya sebelum ni? Hati saya terseksa apabila terpaksa berkahwin dengan orang yang langsung saya tak cintai. Maybe hati saya masih ada dekat awak kot.”

Aku terkedu mendengar penjelasannya. Walaupun mukanya berlagak biasa. Tapi aku tahu hatinya sedang menangis.

“ Macam mana awak boleh berada di sini?”

“ Fina yang telefon. Katanya nak jumpa. Tapi tak sangka dia akan mempertemukan kita berdua. Lagipun kita kan dah nak bercerai.”

“ Awak nekad?” Tiba-tiba terpacul soalan itu dari mulutku. Dan dia merenungku tajam. Aku salah cakap ke tadi?

“ Kenapa? Awak nak saya berubah fikiran?”

Aku terkelu lidah untuk berkata-kata. Adakah aku ni seperti perigi mencari timba. Tapi tak salah sebab aku nak betulkan kembali apa yang salah tu.

“ A..awak. Awak percaya tak kalau saya kata jangan teruskan penceraian ni?”

Aku menyoal tanpa memandang ke arahnya. Aku jadi malu. Macam mana kalau dia tolak? Aku tahu dulu aku selalu melawan dan bersikap dingin dengan dia gara-gara dia menipu aku. Tapi kini? Argh! Aku tak tahu nak jelaskan macam mana.

“ Maksud awak? Awak nak teruskan perhubungan ini?”

Akhirnya aku hanya menganggukkan kepala.

“ Awak ni biar betul? Dah fikir masak-masak ke? Bukankah awak benci sangat dekat saya?”

Aku tersentap. Dia sedang sindir aku ke apa ni? Hey! Sepatutnya aku yang patut sindir kau lah!!!

“ Tak mengapa.” 

Baru saja aku nak bangun, dia menarik lengan ku supaya aku terus duduk.

“ Tapi saya akan berkahwin minggu depan. Semuanya dah tersedia.”

Aku tersenyum kelat.

“ Kalau itu yang terbaik saya terima. Saya sanggup bermadu.”

Tajam dia merenung diriku. Tiba-tiba pipiku disentuhnya perlahan.

“ Apa perasaan awak sekarang ni? Awak dah menyedari soal perasaan tu?”

Pipiku ditelusnya lembut. Aku mengangguk perlahan. Malu nak mengaku sebenarnya sebab aku dah banyak buat salah dekat dia.

“ Boleh tak saya nak minta sesuatu? Saya nak dengar dengan jujur apa perasaan awak sekarang.”

Aku tersentak. Tangannya ditolak ke tepi. Aku menilik wajahnya yang sedang tersenyum kecil itu.

“ Maaf. Tapi saya memang tak boleh. Maybe saya ni..”

“ Awak mencintai saya?”

Once again! Hatiku berdebar hebat. Wajahnya yang cengkung itu diperhati dengan penuh debaran.

“ Amrina… please…”

Aku menggeleng pula. Lantas aku bangun dan berlari daripada situ. Maafkan saya awak! saya tak mampu nak ungkapkan perkataan ni. Memang tak boleh. Sebab saya rasa saya dah tak layak setelah apa yang saya buat dekat awak sebelum ni. I’m sorry!

**

“ Ya! Saya mencintai awak! Terlambatkah saya sebab baru luahkan perasaan ni? Awak masih mahu menerima saya ke?”

Aku memandang wajahnya yang terpinga-pinga itu. Tapi senyuman aku mati saat melihat ada seorang perempuan datang dan mendekati Fairuz. Nampak mesra.

“ Maaf. Saya Cuma nak jawab soalan awak dua hari yang lalu. Maaf kerana kacau awak. jangan risau.. saya takkan ganggu awak.”

Aku berlalu dengan hati yang lara. Betul! Aku memang dah terlambat. Terlambat!! Kau ni memang bodoh Amrina! Bodoh!!! Sudah terhantuk baru nak terngadah. Kau memang lembap Amrina! Argh!!!

“ Amrina!!”

Aku teruskan langkah dengan laju. Aku tak mahu hiraukan dia lagi. Aku juga tak patut kacau dia lagi. Dia kan akan berkahwin. Aku pasti dia akan bahagia jika melepaskan aku. Aku redha. Maybe aku ni tak patut hidup dengan lelaki kan?

“ Rin! Stop!”

Tanganku direntapnya kuat. Aku cuba nak melepaskan peganganku tapi hampa. Pegangannya terlalu kuat.

“ Lepaslah! Saya dah cakap apa yang awak nak dengar sebelum ni. Jadi tolong benarkan saya pergi.”

Air mataku bergenang lagi. Dia mula merenungku tajam. Dan tak semena-mena dia terus memelukku dengan erat. Aku hanya mampu membatukan diri tanpa berkata apa-apa.

“ Terima kasih. Itulah yang saya nak dengar selama ni. Terima kasih!”

Betul ke itu yang awak mahu dengar Fairuz? Betul ke? Bukankah awak dah nak ceraikan saya? Ya Allah.

Tapi! Saat aku ternampak perempuan tadi, aku terus menolak tubuhnya jauh dariku. Aku terus memusingkan badan untuk beredar.

“ Awak..”

“ Tolong pergi… awak nak kebahagiaan kan? jadi tolong lepaskan saya.” Perit sekali bila aku berkata begitu. Perit sangat!

“ Amrina!”

Kenapa dia panggil aku? Aku menoleh ke arah perempuan itu. Dia tersenyum kecil di depan ku.

“ Tolong kembali semula pada Fairuz. Saya kesian tengok dia. Hari-hari mesti dia kelihatan tak bermaya. Awak jangan risau. Saya takkan kahwin dengan dia. Lagipun saya mencintai orang lain. Sama macam awak. saya takkan merosakkan kebahagiaan korang berdua.”

Aku tersentak. Biar betul dia ni? Takkanlah.

“ Saya tak percaya. Tak mengapa. Saya takkan rosakkan perkahwinan korang. Lagipun saya ni bukan isteri yang baik buat Fairuz. Sepatutnya saya ni tak jadi isteri dia. Tapi kerana papa saya, saya kena berkahwin dan sekarang saya dah jatuh cinta pada dia. Saya rasa menyesal tapi pada masa yang sama saya bahagia.”

Air mataku laju mengalir ke pipi. Melihatkan wajah Fairuz yang lirih itu membuatkan hati aku tersentuh. Aku terus memusingkan badan untuk beredar. Aku tak sanggup nak berada lama-lama dekat sini. Aku takut hati aku akan lebih tersakiti.

“ I love you Amrina! I don’t love this girl. Please!”

Sempat lagi dia meluahkan perasaannya. Ingin saja aku memeluknya pada masa ini. tapi? Aku rasa sikap aku tak senonoh kot. Apatah lagi di hadapan perempuan ni. Walaupun dia tak bertudung, dia kelihatan sangat cantik.

“ Go Fairuz. Go! Don’t worry. I always pray for you both. Assalamualaikum..”

“ Wait!!”

**

“ Tak nak! Abang!!! Ya Allah!!”

Aku dah penat untuk ketawa. Tolonglah! Jangan ganggu aku masa tengah masak ni boleh tak?

“ Abang tak kira. Abang tetap nak geletek Rin. Siapa suruh Rin tak jawab soalan abang tadi.”

“ Okey fine!”

Aku menarik nafas panjang-panjang akibat penat ketawa. Dia lah ni. Tak geletek aku tak sah.

“ I love you Fairuz! Puas?”

Itu je pun dia nak dengar. Sampai nak geletek bagai. Benci aku!

“ I love you to Amrina!”

Senyuman ku terukir buat dia. Siapa sangka kami masih menjadi suami isteri. Perempuan tu sebenarnya dah bertunang dengan orang lain tanpa pengetahuan sesiapa pun. Cuma dia dan bakal suami dia je yang tahu. Tapi alhamdulillah, semuanya dah selesai sekarang. Aku pun dah bahagia bersama dengan dia. Aku rasa aku patut berterima kasih dengan perempuan tu. Kalau dia dan Fairuz tak buat rancangan nak kahwin. Pasti sampai sekarang aku masih tak sedar kan?

“ Mengelamun je kan sayang ni?”

Pipiku dicium tiba-tiba. Aku pula terus mencubitnya geram.

“ Ada saya kesah? Dahlah. Saya nak masak.”

Aku terus berganjak jauh daripada dirinya. Tapi dia terus memelukku dari belakang. Ish mamat ni!

“ terima kasih. Saya janji saya takkan sia-siakan awak. love you..”

“ Okey cik abang. Jadi tolong lepaskan saya. Nak masak cik abang oii..”

Tapi dalam hati aku tersenyum. Love you to.

~TamaT~

11 comments :

  1. best lah citer ni kak.. nak lagi boleh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak lagi? Baca la cerpen tajuk lain pula. hehehe...

      Delete
  2. wak wakk bestnyeee :D

    ReplyDelete
  3. motif hero mengahwini heroin TAK RELEVEN.....apapun jalan cerita yg MENARIK..... suka ENDINGNYA....

    ReplyDelete
  4. best giler...sweet ending die..

    ReplyDelete
  5. Umi saya nama amrina...like seriously....

    ReplyDelete
  6. Umi saya nama amrina...like seriously....

    ReplyDelete

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers