Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday 28 January 2016

Because You're My Love (Bab 18)



“ Puteri!”

Puteri yang sedang breakfast itu terus terhenti saat mendengar namanya dijerit lantang. Kakinya laju menuju ke luar rumah. Dan bila dia nampak wajah yang memanggil namanya itu terus dia membuka pintu pagar.

“ You buat apa datang sini?”

Imran terus mendekati Puteri. Tanpa sempat Puteri nak berkata lagi, pipinya terus menjadi mangsa. Puteri terus terkedu. Pipinya dah rasa pedih dengan tamparan Imran. Tajam dia merenung Imran. Dia tak percaya Imran akan tampar dia.

“ Ini balasan untuk kau sebab kau kacau hidup aku! Kau buat Aimi pengsan! Kau buat hubungan kami renggang! Semua ni untuk kau! Kalau kau tak nak aku buat lebih daripada ni, baik kau jangan ganggu aku lagi!”

Puas memarahi Puteri. Kakinya laju saja keluar daripada kawasan itu dan terus masuk ke dalam kereta. Lepas keluar daripada hospital tadi terus dia menuju ke sini. Dia takkan puas selagi dia tak warning Puteri. Itu baru sikit Puteri! Kau jangan sampai aku buat lebih teruk.

Puteri yang melihat Imran berlalu terus merengus marah. Pipinya yang ditampar tadi diusap lembut. Tak sangka sebab budak mentah tu Imran tampar aku! Huh! Tak guna punya budak!

“ I dah cakap sebelum ni kan? Dia dah tak sayangkan you. Kenapa you still beria-ria nak dekat dengan dia?”

Puteri hanya memandang lelaki itu mendekati dirinya bersama dengan senyuman sinis. Khairul!

“ Kalau you datang setakat nak sakitkan hati I. Baik you pergi.”

Puteri terus memusingkan badan ke belakang. Hatinya bengkak melihat senyuman sinis Khairul tadi.

“ Puteri. Sampai bila you nak mengelak daripada I? I sayangkan you tahu tak?”

Khairul dah mencengkam lengan Puteri. Itu satu-satunya cara agar Puteri tidak lari daripada dia.

“ Sebab I langsung tak sayangkan you! I Cuma sayangkan Imran!” Bentak Puteri.

Khairul tersenyum sinis.

“ Yeke you sayangkan Imran or you just nak kaut harta dia? Come on Puteri! Kalau benar you sayangkan dia kenapa you still layan I?”

Kini Khairul terus memusingkan badan Puteri dan memeluk Puteri. Puteri yang terkejut dengan tindakan Khairul terus menolak tubuh itu. Tapi Puteri tak mampu. Khairul memeluknya terlalu erat.

“ I love you Puteri! Tolonglah faham I!”

Puteri rimas! Dia rasa sesak nafas. Sekali lagi dia menolak tubuh Khairul agar jauh daripada dia.

“ Lepaskan I!”                

Puteri meronta-ronta agar dilepaskan. Tapi Khairul semakin mengeratkan pelukannya. Dia terlalu rindukan Puteri. Terlalu rindu!

“ I takkan lepaskan you selagi you tak terima I!”

Belum puas dengan pelukan itu, bahu Puteri pula menjadi mangsa kucupannya. Puteri yang menyedari hal itu pantas menolak kuat tubuh Khairul agar jauh darinya. Bila dah berjaya pantas dia memberi tamparan yang kuat pada pipi Khairul.

“ You dah melampau Khai! I layan you baik-baik tapi ini cara you balas?!”

Puteri dah mengalirkan air mata. Dia kesal dengan Khairul.

“ I ke you yang melampau?!”

Khairul tertawa sinis. Rambutnya diraup kasar. Puteri yang melihat hanya mampu berdiam diri.

“ You yang melampau Puteri. I terlalu cintakan you tapi ini yang you balas? You lebih pilih orang yang langsung tak cintakan you. Sedangkan I? I yang setia dengan you, you tolak. You yang melampau!”

Tajam Khairul merenung ke arah Puteri. Sekali lagi dia mendekati Puteri yang tidak mampu berkata-kata itu. perlahan rambut Puteri diusapnya.

“ Maafkan I. Tapi sebelum hati I terluka lebih teruk. Baik I pergi.”

Khairul kecewa. Bila tengok Puteri masih mendiamkan diri, dia terus tersenyum tapi tawar. Dia terus memusingkan badan untuk beredar. Tapi sebelum itu, dia sempat mengerling sekilas ke arah Puteri.

“ Carilah I bila you perlu. I akan sentiasa berada di samping you.”

Terus kakinya melangkah meninggalkan kediaman Puteri. Sebaik sahaja kelibat Khairul hilang, Puteri terus terduduk dengan linangan air mata. Hati dia sakit. Pedih melihat Khairul pergi. Kenapa dia mesti rasa macam ni? Kenapa bila Imran pergi dia tak pernah rasa macam ni? Arhh!

**
Bila ditanya benda apa yang paling membahagiakan dalam hidup ini. Jawapan dia bila rasa jatuh cinta. Perasaan cintakan seseorang. Itu jawapan insan yang bernama Imran. Tetapi Aimi pula, bagi dia perasaan paling indah apabila ada orang sudi bersama dengan dia. Sudi menyayangi dia dan menjaga dia. Yang paling penting ialah yang tahu menghargai dia.

Aimi tersenyum. Tak tahu lah kenapa tapi semenjak Imran hadir dalam hidup dia. Macam-macam yang dia dah lalui. Dan dia tak dapat nafikan perasaan yang dia pernah rasa sebelum ni dengan Razif sangat berbeza bila berada dekat dengan Imran. Dia sendiri buntu. Adakah itu cinta?

Tangannya mencapai telefon bimbit yang berada di sebelahnya. Dia mula menaip sesuatu pada skrin telefon itu. Dalam hatinya saat ini maybe dah terukir nama dia. Siapa? Rasanya korang dah pandai agak.

Assalamualaikum. Terima kasih Imran.

Teringat pula kata-kata Imran semalam. Serius. Dia sangat terkejut. Dia tidak tahu maksud sayang Imran tu hanya sekadar kawan, pesakit atau pun lebih daripada itu. Dia masih tak nak buat kesimpulan. Sebab dia takut nanti dia yang syok sendiri.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ada pesanan ringkas daripada Imran.

Waalaikumussalam. Untuk apa Aimi?

Laju saja tangannya membalas pesanan itu.

Entah. Tapi terima kasih.

Most welcome. Just remember, I always be there when you really need me.

Aimi tertawa kecil. Ada-ada je Imran ni. Alahai. Perasaan bahagia muncul lagi. Tapi aku takut kalau aku terlalu rasa bahagia, iainya hanya bersifat sementara.

“ Aimi. Termenung apa tu?”

Suara itu terus membuatkan dia kembali sedar. Senyuman diberi kepada ibunya. Hari ini dia dah boleh keluar hospital. Cukuplah sehari dia duduk di sini. Dia dah rasa sihat walaupun doktor kata jantungnya semakin hari semakin teruk kalau dia terus-terusan melayan emosi. Masa dengar doktor kata macam tu, Aimi hanya mampu tersenyum. Dia dah bersedia dengan segala kemungkinan tersebut.

“ Mak. Jom balik.” Ajak Aimi lantas mengemaskan tudungnya dengan rapi.

“ Jom. Ayah dah tunggu dekat bawah. Nanti kamu menyusul. Mak pergi dulu.”

Melihatkan Maznah sudah berlalu, AImi kembali duduk di birai katil. Ruang bilik wad tersebut diperhati sekilas. Dia tersenyum lagi. Entah ke berapa kali dia menghuni bilik ini. Alahai. Oh! Come on! Stop dreaming! Sekarang jom balik.

Baru sahaja Aimi nak memulas tombol pintu. Pintu tersebut terlebih dahulu diketuk. Cepat saja Aimi membuka pintu itu daripada dalam. Dan terpampang wajah Imran yang tengah tersenyum itu.

“ Hai awak. Dah nak balik ke?”

Aimi terus keluar dan berdiri di sisi Imran. Kepalanya dianggukkan.

“ Ingatkan awak tak masuk kerja lagi.”

Mereka berjalan beriringan menuju ke bawah.

“ Nak jumpa awak. Sebab tu datang awal.”

Aimi tersenyum. Bila dah sampai di pintu utama hospital. Aimi terus menghentikan langkah. Badannya berpusing agar dapat menghadap Imran yang setia dengan senyumannya itu.

“ Im. Kalau saya nak cakap sikit boleh?”

Imran terdiam. Melihatkan riak Aimi yang serius itu membuatkan dia rasa takut.

“ Apa?”

Aimi menarik nafas dalam-dalam sebelum memandang tepat ke dalam mata Imran.

“ Saya tak tahu bila saya akan sembuh. Tapi macam tiada kemungkinan untuk sembuh.”

Aimi jeda seketika lalu tunduk memandang lantai.

“ Terima kasih sebab sudi jaga saya selama ini. Dan fasal semalam tu. I’m sorry. Saya tak patut kacau awak.”

Imran tersentak. Dia terus menggelengkan kepalanya.

“ Awak silap. Awak langsung tak bersalah. Saya yang salah. Saya dengan Puteri tiada apa-apa la Aimi. Betul.”

Aimi tersenyum nipis.

“ tak kisahlah. By the way, saya happy dapat kenal dengan awak Doktor Imran.”

Dadanya dah mula rasa sebak. Pantas saja dia berlalu daripada situ sebelum Imran perasan dengan perubahan wajahnya. Dia mengetap bibir kuat. Imran. Betul. Saya mengaku. Saya dah mula cintakan awak.

Imran hanya melihat Aimi berlalu. Dia terdiam. Tapi dia dapat rasakan Aimi ada perasaan yang sama dengannya. Or itu hanya imaginasi dia saja? Arh! Kenapa aku susah sangat nak lafazkan rasa cinta ni pada dia? Tapi tengoklah semalam. Aku cakap sayang pun dia tak nak percaya. Oh! Come on! Takkan kau nak berputus asa Imran!

“ Doktor. Ada pesakit pengsan.”

“ Okay. Kejap lagi saya datang.”

Imran tersenyum sebelum menoleh ke arah hospital semula. I will never let you go Aimi Aisya. Never!

**
Matanya terus meliar ke sekeliling. Ingin mengelakkan daripada air mata jatuh terus ke pipi. Tidak. Dia tak nak menangis lagi. Tak nak. Senyuman cuba diukirkan even hambar. Bila dah rasa okay terus dia menoleh ke luar tingkap.

“ Saya memang sayangkan awak Aimi.”

Tiba-tiba kata-kata yang pernah diucapkan Imran semalam kembali berlegar dalam fikirannya. Jantungnya yang berdegup biasa tadi terus jadi kencang. Dia terkedu seketika. Betul ke apa yang Imran katakan tu? Arh! Tak nak percaya! Tak nak!

“ Aimi. Apa yang kamu menungkan tu?”

Aimi tersentak. Dia terus menggelengkan kepalanya. Soalan ayahnya itu dibiarkan sepi. Sebab dia tak mampu untuk bersuara saat ini. Dia yakin kalau dia keluarkan suara, suara dia akan jadi serak.

“ Ayah tengok Doktor Imran tu bukan main risau lagi tengok kamu pengsan hari tu.”

Sekali lagi Aimi tersentak. Tapi dia masih mendiamkan diri.

“ Dia ada cakap dekat ayah yang dia sayangkan kamu.”

Kali ni Aimi terus menoleh ke arah ayahnya yang tenang memandu itu. Maznah dah tersenyum melihat reaksi Aimi.

“ Ayah tak kisah kalau betul dia sayangkan kamu. Sebab ayah percaya dia dapat jaga kamu dengan baik. Bila ayah dah tak ada nanti, tak lah ayah risau sangat.”

“ Ayah! Kenapa cakap macam tu.”

Aimi dah kembali mengalirkan air mata. Dia tak suka bil ayah dia cakap macam. Dia masih belum bersedia untuk kehilangan ayah dia.

“ Jodoh dan ajal semua terletak di tangan Tuhan. Ayah Cuma nak mengingatkan diri ayah ja. Aimi. Kalau betul dia sayangkan kamu. Kamu terima ya. Sebab ayah yakin yang kamu pun dah sayangkan dia kan?”

Terus Aimi tergelak. Gelak yang sengaja dibuat-buat. Sedangkan dalam hati dah rasa lain macam.

“ Kenapa ayah yakin sangat yang dia sayangkan AImi?” Soal Aimi ingin tahu.

Azmir tersenyum nipis. Wajah isterinya dikerling sekilas sebelum dia kembali memandang ke jalan.

“ Sebab cara dia jaga kamu. Cara dia risau dan cara dia pandang kamu. Ayah dan dia lelaki. Jadi ayah tahu lelaki ni macam mana.”

Kali ni Aimi terus terkedu.

“ Mak pun suka tengok Imran tu Aimi. Tak salah kan kalau dia sayang kamu?”

Aimi terus terdiam. Dia terkelu lidah untuk menjawab. Semuanya berlaku dalam sekelip mata.

“ Percaya kata hati Aimi tu.”

“ Dan jangan lupa terus berdoa.”

Aimi memejamkan matanya erat. Kata-kata orang tuanya disimpan semat dalam hati. InsyaAllah ayah dan mak. InsyaAllah.

Tuesday 26 January 2016

Because You're My Love (Bab 17)



“ Yes! I’m free! Yuhuu!”

Keterujaan Faiz sangat jelas ketika itu selepas keluar daripada dewan peperiksaan. Razif yang melihat hanya mampu tersenyum.

“ Aku tahu lah kau teruja. Tapi janganlah jerit sangat. Hormat orang lain yang tak habis lagi weh.” Tegur Razif.

Faiz tersengih dengan serba salah.

“ Yela. Free dah kot. Tak payah sekolah dah lepas ni. Lega! Eh! Mana Aimi dan Mel?”

Faiz tercari-cari kelibat mereka berdua. Rasanya tadi mereka berdua keluar lebih awal. Dia dan Razif keluar lambat sebab pergi jumpa pengawas.

“ Amboi. Rindu ke?” Razif mula mengusik.

Yela. Lepas Faiz dan Emelda dah tahu perasaan masing-masing. Mereka dah up kan hubungan daripada kawan menjadi? Fikirlah sendiri. Haha.

“ Mana ada aku rindu. Aku tanya je la.” Nafi Faiz dengan muka serius. Sedangkan dalam hati hanya Allah je tahu.

“ Kau ingat kau boleh tipu aku?”

Razif terus pukul lembut bahu Faiz. Faiz hanya tersengih.

“ Hai guys!”

Muncul juga Aimi dengan Emelda. Aimi setia dengan senyuman lebarnya. Manakala Emelda sibuk mencari sesuatu dalam beg sekolah dia. Faiz yang melihat jadi tertanya-tanya. Apa yang dia tengah cari?

“ Kau cari apa Mel?”

Gara-gara tak tahan, Faiz bertanya juga.

Emelda mendongak sekilas sebelum kembali mencari semula barang yang dia inginkan tu.

“ Handpone aku. Tadi aku letak dalam ni.” Wajah Emelda dah resah.

Mereka bertiga tersentak.

“ Kenapa kau bawa?” Faiz dah mula naik angin.

“ Aku nak call mak aku kejap lagi. Sebab aku tak datang dengan motosikal hari ni.” Emelda dah rasa nak nangis bila Faiz dah mula naikkan suara dia tadi.

Aimi dan Razif. Masing-masing terdiam melihat mereka berdua.

“ Kami tolong kau cari dekat dalam dewan.” Suara Razif. Aimi hanya mengangguk lantas mengikuti langkah Razif.

Faiz mengeluh kecil.

“ Aku minta maaf. Meh aku tolong cari. Bak beg kau tu.”

Dengan rasa yang sebak dia menghulurkan begnya kepada Faiz. Matanya dah merah. Dia tunggu masa nak menangis je sekarang ni. Faiz yang melihat keadaan Mel saat itu terus menggelengkan kepalanya.

“ Dah lah. Janganlah sedih. Aku pasti handpone kau tak hilang.” Lembut Faiz memujuk.

Emelda mengetap bibir kuat.

“ Aku takut hilang.”

Faiz terus menyelongkar beg itu. Dia buang semua isi sampai isi beg tersebut jadi kosong. Tapi tiada. Emelda dah tak senang duduk.

“ Mel!”

Tiba-tiba Aimi menjerit. Razif ikut daripada belakang.

“ Macam mana? Jumpa tak?” Soal Faiz. Isi barang tadi dah dimasukkan semula ke dalam beg.

“ Ni ha. Kau lupa ke Mel? Kau bagi dekat pengawas tadi? Suruh dia jaga.”

Emelda terus mengambil telefonnya yang dihulurkan Aimi itu. dia menarik nafas lega. Mujurlah.

“ Dia lupa la tu. kau bukan tak kenal kawan kau ni.” Faiz bersuara. Tapi dalam hati dia lega sangat-sangat.

Emelda tersengih. Rasa bersalah.

“ Sorry. Terlupa.”

Aimi dan Razif tertawa kecil. Nampak je Faiz ni kasar, tapi dalam hati tu baik. Sayang Mel la katakan. Tu yang jadi macam tu. Marah bukankah tanda sayang?

“ Kau sengaja buat Faiz risau kan? Kesian dia.” Usik Razif pula.

Emelda tersengih lagi. manakala Faiz beriak selamba. Siap bersiul kecil lagi. Aimi dan Razif yang melihat terus tertawa kecil. Ada-ada je mereka berdua ni.

“ Aku balik dululah. Ibu aku tunggu dekat luar tu.” Suara Razif lantas mengerling jam tangannya.

“ Okay. Bila-bila kita jumpa lagi.”

Terus Faiz dan Razif berbalas pelukan sebelum Razif keluar daripada kawasan sekolah.

“ Aku pun gerak dululah Faiz. Mel. Bye.”

Giliran Aimi pula melajukan langkah meninggalkan Faiz dan Emelda. Kini tinggal mereka berdua. Emelda terus jadi kekok. Aimi! Kau sengaja kan tinggalkan aku berdua dengan Faiz.

“ Erk. Aku minta maaf fasal tadi.”

Faiz malu sebenarnya. Tapi sayang punya fasal kan?

“ Tak apa. yang penting jumpa. Aku pun salah sebab terlupa.” Balas Emelda dengan tenang. Senyuman manis diberi. Faiz yang melihat terdiam. Dia turut berbalas senyuman.

“ jom lah balik. by the way…”

Faiz tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Dia tak tahu nak cakap macam mana. Emelda yang melihat dah mengerutkan dahi.

“ Kenapa?”

Faiz menarik nafas dalam-dalam lalu merenung tepat ke arah Emelda. Dia cuba berlagak serius. Sedangkan dalam hati dah gelabah semacam.

“ Kau janji jangan cari orang lain dah selain aku tau? Aku janji aku akan datang meminang kau nanti. Just wait!”

Okay. Walaupun kata-kata itu diungkapkan dengan lembut tapi kedengaran tegas. Emelda yang mendengar terus terdiam. Terkelip-kelip dia memandang reaksi Faiz ketika ini. Okay! Faiz tak main-main. Serius gila!

“ InsyaAllah. Kalau ada jodoh.”

Emelda membalas tenang. Ya. Kalau ada jodoh tak ke mana. Kan?

**
Balik saja dari sekolah, Aimi bergegas pula ke hospital. Dia begitu teruja nak berjumpa dengan Imran. Entah kenapa, kalau sehari tak jumpa dan tengok muka Doktor Imran tu. Dia rasa lain. Something wrong anywhere! Sampai mak dan ayah Aimi pun jadi pelik. Tapi mereka bahagia bila tengok Aimi bahagia.

Sampai saja depan hospital. Aimi terus ke kaunter pertanyaan. Kena tanya dulu sama ada Imran busy atau tidak. Mana tahu Imran ada pesakit. Tidak ke mengganggu namanya tu?

“ Erk. Maaf kak. Nak tanya. Doktor Imran ada tak?” tanya Aimi dengan senyuman.

“ Aimi nak jumpa dia ke? Ada dalam bilik kerja dia.”

Aimi hanya tersengih. Sampai nurse dekat kaunter ni pun dah kenal muka aku. Haha.

“ Terima kasih kak.”

Selepas mengucapkan terima kasih, kakinya terus melangkah ke arah bilik pejabat Doktor Imran. Selepas ketuk dua kali, dia terus memulas tombol pintu tersebut.

“ Doktor Imran?”

Aimi melangkah masuk ke dalam apabila tiada sahutan. Bila dia menoleh saja ke arah sofa. Langkahnya terus terhenti. Senyumannya terus mati. Dadanya juga tiba-tiba rasa senak dan sebak. Ya Allah!

Apa yang dia nampak? Dia nampak Puteri elok saja sedang memicit kepala Imran yang sedang memejamkan mata tu. Yang lebih teruk bila Imran langsung tidak menghalang. Puteri pula sengaja merapatkan dirinya dengan Imran. Entah kenapa tapi Aimi sedih sangat bila tengok keadaan itu.

Imran yang menyedari kehadiran seseorang itu terus membuka matanya. Bila nampak wajah Aimi. Dia terus bangun berdiri. Dan dia tersentak saat Puteri berada di belakangnya dengan senyuman. Apa yang Puteri buat dekat sini? Masa bila dia masuk? Ya Allah.

“ Aimi?”

Aimi cuba mengukirkan senyuman. Dia cuba menahan diri daripada menitiskan air mata. Oh! Come on Aimi! Kenapa dengan kau ni?

“ Maaf ganggu awak. Nampaknya awak sibuk.”

Imran yang ingin mendekati Aimi terus terhenti bila melihat gelengan Aimi. Wajah Aimi yang keruh itu membuatkan dia ingin menjerit.

“ Aimi. Please. Jangan salah sangka. Ini bukan seperti yang awak sangkakan.” Imran cuba menjelaskan perkara yang sebenar.

Aimi tersenyum even dalam hati perit sangat.

“ Kenapa saya nak salah sangka? Kita bukannya ada apa-apa pun. Kak Puteri. Terima kasih.”

Terus Aimi berlari keluar daripada situ. Dia dah tak tahan. Lagi lama dia duduk situ, dia takut dia takkan dapat bertahan. Arh! Kenapa kau mesti sedih macam ni Aimi? Kenapa?

“ Aimi!”

Laungan daripada Imran langsung tidak dihiraukan. Dia laju berlari sampai ke luar hospital. Bila dia menyedari Imran yang masih mengejarnya itu, dia terus berlari ke arah satu kereta dan bersembunyi belakang kereta tersebut.

“ Aimi!”

Imran meraup wajahnya kasar. Aimi! Please! Awak salah sangka! Saya Cuma sayangkan awak. Please!

“ Im!”

Imran merengus geram bila melihat Puteri mendekatinya. Dia jadi makin benci dengan Puteri.

“ Puas hati kau sekarang? Kenapa kau ada dekat sana? Kenapa?! Kau memang suka buat aku menderita kan?” Bentak Imran dengan penuh perasaan.

“ Im. I tak bermaksud nak…”

“ Enough!”

Ternyata, jeritan Imran mengejutkan semua orang yang berada di situ termasuk Aimi yang berada berdekatan situ.

“ Aku kata cukup Puteri! Aku dah tak nak tengok muka kau lagi. Baik kau berhambus sebelum aku panggil polis!”

Puteri tersentak. Kecut perut dia tengok wajah bengis Imran saat ini. perlahan-lahan dia menapak pergi. Fine! Tapi I akan datang lagi Im!

“ Aimi!”

Aimi menekup mulutnya kuat. Air matanya dah mengalir laju. Dia cuba menahan diri daripada menangis. Tapi dia gagal. Akhirnya, tangisannya pecah di situ. Ya Allah! Benarkah yang aku dah sayangkan dia? Benarkah yang aku dah mula jatuh cintakan dia? Kenapa aku rasa sakit sangat bila tengok dia dengan perempuan lain tadi?

“ Aimi. Saya tahu awak ada dekat dengan saya. Tolong Aimi.”

Aimi memejamkan matanya erat. Air mata masih tidak mahu berhenti mengalir. Imran! Kenapa hati saya sakit sangat? Kenapa?

“ Aimi..” Imran dah mati akal bila kelibat Aimi dah tak ada. Dia meraup rambutnya kasar.

Aimi terus menyeka air matanya selepas berjaya kawal diri daripada terus menangis. Dadanya yang tiba-tiba sakit itu langsung tidak dihiraukan. Perlahan-lahan dia bangun dan keluar daripada tempat persembunyiannya itu.

“ Im..”

Belum sempat Aimi ingin berjalan mendekati Imran. Dia terus jatuh rebah. Rasa sakit yang ditahan tadi makin terasa. Matanya juga tiba-tiba berpinar dan terus jadi gelap. Imran…

“ Doktor! Aimi!”

Imran yang baru saja nak masuk ke hospital semula terhenti bila ada orang menyebut nama Aimi. Dia terus menoleh semula ke belakang.

“ Ya Allah! Aimi!”

Laju kakinya menuju ke arah Aimi yang sudah tidak sedarkan diri itu.

“ Aimi! Jangan tinggalkan saya.”

Terus dicempung tubuh itu dan dibawa masuk ke dalam hospital. Saya mesti selamatkan awak. Awak tak boleh pergi Aimi! Tidak!

**
“ Doktor.”

Air matanya yang ingin mengalir tadi terus diseka. Bila nurse Izati berdiri di sisinya, dia terus memberikan senyuman kecil.

“ Dah seharian doktor duduk sini. Saya rasa baik doktor balik dulu. Tak apa. saya tolong jagakan Aimi.”

Imran terus menggelengkan kepalanya.

“ Tak apa. Biar saya jaga dia. Sebab semua ni berpunca daripada saya. Awak dah call orang tua dia?”

“ Dah. Nanti mereka sampai la tu.”

Nurse Izati hanya mampu mengeluh kecil saat melihat kedegilan doktor Imran tu. Aimi. Beruntung awak. Harap jodoh awak dengan Doktor Imran panjang.

“ Saya pergi dulu doktor.”

“ yela.”

Imran masih setia memandang ke arah Aimi yang masih tidak sedarkan diri itu. Sudah sehari suntuk dia duduk sini menjaga Aimi. Dia takut sangat akan kehilangan Aimi. Mujurlah dia cepat. Ya Allah. Semua ni salah aku. Sepatutnya aku tidak biarkan Puteri masuk! Bodohnya aku! Aku hampir kehilangan orang yang aku sayang.

“ Aimi. Tolong jangan pergi tinggalkan saya. Saya tak sanggup nak kehilangan awak.”

Imran terus menyembamkan mukanya ke arah tangan. Air matanya yang ditahan tadi terus mengalir. Dia tak dapat bayangkan kalau Aimi betul-betul akan pergi dari hidup dia.

Tanpa Imran sedar, Aimi dah lama sedar. Dan Aimi dah dengar kata-kata Imran sebentar. Aimi terus membuka matanya dengan perlahan-lahan. Dia menoleh ke kiri. Dia dapat lihat Imran yang tengah menangis itu. Terbit senyuman hambar pada bibirnya.

“ Im..” Panggil Aimi dengan perlahan.

Imran yang terdengar suara Aimi terus mengelap air matanya dan mendongak ke arah Aimi.

“ Alhamdulillah. Awak dah sedar. Maafkan saya Aimi.”

Aimi menggeleng dengan senyuman hambar. Dia tidak menyalahkan Imran atas apa yang terjadi. Semua ni pun salah dia sebab terlalu ikutkan perasaan.

“ Awak tak salah. Jangan risau. Saya dah okay kan?”

“ Sebab saya awak pengsan. Tapi sumpah! Saya tak tahu masa bila Puteri ada dalam bilik saya. Dan betul saya tak ada buat apa-apa dengan dia. Saya langsung tak sedar sebab saya sakit kepala time tu.” Jelas Imran dengan bersungguh-sungguh.

Aimi hanya mengangguk. Sesaat kemudian dia tertawa kecil.

“ Ya. Saya tak salahkan awak. Rilekslah. Awak cakap macam awak suami saya je.” Aimi cuba buat lawak. Tapi sayang, Imran makin serius adala. Takut pula Aimi tengok.

“ Kalau ya?”

Aimi terdiam.

“ Saya benar-benar sayangkan awak Aimi.”

Imran memandang tepat ke arah mata Aimi yang terkedu itu.

“ Ini kali pertama saya rasa saya tak sanggup kehilangan seseorang yang bermakna dalam hidup saya.”

Aimi terus memandang ke arah lain bila sedar air matanya ingin mengalir lagi.

“ Dah lah Im. Berhenti lah mengusik saya. Saya dah sembuh lah.”

Aimi buat-buat ketawa. Tapi Imran terus menggelengkan kepalanya. Kenapa Aimi susah sangat nak percaya?

“ Aimi..”

Belum sempat Imran nak menyambung kata-katanya, pintu tiba-tiba dikuak dari luar. Aimi yang menyedari hal itu terus menghembus nafas lega. Mujur mak ayah dah sampai.

“ Aimi!”

Imran terus bangun dan memberi ruang kepada orang tua Aimi pula.

“ Mak.”

Maznah terus memeluk anaknya itu. Lega dia saat melihat Aimi dah sedar. Azmir pula hanya mendiamkan diri. Dia terus mengerling ke arah Imran yang kelihatan runsing itu. Dia pandang Imran dan Aimi silih berganti. Tahulah dia yang mereka berdua ada masalah.

“ Doktor. Boleh ikut pakcik keluar kejap?” Panggil Azmir dengan senyuman.

Imran tersentak tapi dia terus mengangguk. Perlahan-lahan kakinya melangkah keluar mengikut Azmir.

“ Kenapa pakcik?”

Tempat kosong di luar bilik rawatan tersebut di ambil Azmir dan Imran.

“ Kamu sayangkan Aimi kan?”

Imran yang elok tunduk memandang lantai tadi terus mendongak melihat Azmir. Ternyata dia sangat terkejut dengan telahan ayah Aimi itu.

“ Erk. Mestilah sayang. Dah nama pun pesakit kan?” Imran cuba berlagak biasa dengan tertawa kecil sedangkan hati dia dah lain macam.

Azmir langsung tak percayakan Imran. Dia tahu Imran tengah sembunyikan rasa hatinya itu. Bahu Imran ditepuknya perlahan. Senyuman kecil diberi.

“ Kalau betul kamu sayangkan dia jangan berlengah. Beritahu dia terus terang. Pakcik okay je kalau betul kamu akan jadi menantu pakcik.” Ujar Azmir dengan lembut.

Imran yang mendengar terus terdiam.

“ Kamu mungkin boleh tipu pakcik tapi kamu tak boleh tipu hati kamu tu. Mata kamu dah menjelaskan segala-galanya.”

Azmir terus bangun. Dia ingin melihat keadaan Aimi. Tapi sebelum tu sempat lagi dia menoleh ke arah Imran dan berkata sesuatu.

“ Pakcik juga rasakan dia sayang kan kamu. Cuma dia ego. Fikirkanlah Imran. Pakcik Cuma nak yang terbaik untuk kamu berdua.”

Hilang saja kelibat Azmir. Imran terus tersenyum. Kemudian dia tertawa pula tapi Cuma sekejap. Pakcik. Kalau lah anak pakcik tu percaya. Maybe aku pun kena usaha lebih.

“ Aimi. Saya memang dah cintakan awak ni. Apa perlu saya buat?”

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers