“ Jangan! Aku tak
benarkan kau ambil dia. Dia bukan anak kau!”
Senyuman sinis jelas terpapar pada bibirnya saat melihat
Zahra berusaha melindungi anaknya. Dia mendekati Zahra lalu mengambil anak yang
berada dalam dukungan Zahra.
“ Wan! Jangan!”
“ Ini anak aku. Waris aku. Kau tak berhak.”
Zahra pantas menggelengkan kepalanya. pantas dia merentap
tangan Syazwan lalu cuba mengambil anaknya kembali.
“ Ini anak aku!!! Anak aku!!! Lepaskan dia!!!”
Sekuat hati Zahra menjerit agar Syazwan melepaskan anaknya.
Tangisan anak Zahra makin kuat kedengaran. Macam tahu saja yang ayah dia
merampas dia daripada ibunya.
Tapi Syazwan berlalu meninggalkan Zahra terkulai layu dekat
situ tanpa sedikit pun mempedulikan perasaan mereka berdua.
“ Wan!!”
“ Anak aku!!!”
Izz tersedar daripada tidur saat mendengar jeritan itu.
Pantas dia melangkah ke arah katil Zahra dengan perasaan cemas.
“ Zahra! Zahra! Bangun!”
Zahra menggelengkan kepalanya dengan peluh di dahi. Badannya
turut menggeletar. Izz yang melihat jadi makin cemas.
“ Nurse! Nurse! Tolong!” Jerit Izz meminta bantuan.
Sesaat kemudian, nurse pun masuk dengan doktor untuk memberi
bantuan kepada Zahra.
“ Encik tolong keluar dulu. Biar kami rawat dia dulu.” Arah
doktor itu kepada Izz.
Dengan berat hati Izz melangkah keluar daripada bilik
rawatan Zahra. Hatinya tiba-tiba dilanda kerisauan yang amat. Kenapa Zahra
menjerit begitu? Adakah Zahra bermimpi buruk?
“ Izz!”
Izz pantas menoleh ke kiri. Ternyata umi, Farah dan Alif
datang.
“ Kenapa kamu dekat luar? Macam mana dengan Zahra?” Soal
Umi.
“ Dia tengah dirawat. Umi jangan risau ye.”
Izz kembali memandang ke arah bilik rawaran Zahra. Semalam
selepas dapat sahaja panggilan daripada Farah yang mengatakan Zahra masuk
hospital. Pantas saja Izz bawa umi dan anaknya ke Kuala Lumpur. Malam itu juga
Izz yang beria-ria ingin menjaga Zahra. Walaupun dia penat tapi dia sanggup
agar Zahra selamat.
“ Ha Farah. Macam mana Zahra boleh masuk ke sini? Abang tak
sempat nak tanya semalam.”
Farah dan Alif saling berbalas tatapan. Kemudian Alif
mendekati Izz dan menepuk perlahan bahu Izz. Senyuman hambar diberikan.
“ Kami pun tak tahu sebenarnya. Yang kami tahu, dia terjatuh
dan pengsan tak sedarkan diri. Lepas tu kami bawa ke sini terus.” Jelas Alif
perlahan.
Izz hanya mendiamkan diri. Kenapa dengan awak Zahra?
“ wuarghh!”
Tangisan bayi mengejutkan mereka semua yang berada di situ.
Zahirin yang berada dalam dukungan Umi pantas Izz ambil dan cuba
menenteramkannya kembali.
“ Syuhh.. Ayah ada dekat sini sayang..” Lembut Izz memujuk Zahirin
agar senyap.
Farah dan Alif yang melihat terdiam. Semalam mereka memang
terkejut apabila melihat bayi itu bersama dengan Izz. Selepas umi menjelaskan
kepada mereka. Barulah mereka faham dan tersenyum lega. Mereka sendiri tak
menyangka yang Izz mampu menjadi seorang ayah walaupun hanyalah ayah angkat.
“ Izz pergilah balik dulu. Biar kami yang jaga Zahra pula.”
Suruh Umi.
“ Tak apa. kejap lagi Izz balik. izz Cuma nak tahu macam
mana keadaan Zahra.”
Belakang Zahirin ditepuknya dengan perlahan sampailah
Zahirin kembali tertidur. Barulah dia boleh menghembus nafas lega.
“ Keluarga Zahra?”
Doktor melihat mereka satu persatu dengan senyuman kecil.
“ ya. Macam mana keadaan akak saya doktor?” Pantas sahaja
Farah menyoal. Dia sangat-sangat risau sampai tak boleh nak tidur.
“ Alhamdulilah. Dia baik-baik saja. Tadi tu dia mengigau
sikit. Dan kalau boleh selepas ni tolong jangan bagi Puan Zahra
tension-tension. Kalau boleh tolong jaga pemakanan dia dan kandungan dia
baik-baik. Buat masa ini kandungannya berada dalam keadaan yang kritikal, tapi
semuanya akan kembali normal jika Puan Zahra jaga betul-betul kandungan dia.
Insya-Allah. Kita hanya mampu merancang. Allah yang menetapkan segala-galanya.”
Jelas doktor panjang lebar.
Mereka semua sudah mampu menghembus nafas lega.
Sekurang-kurangnya Zahra dah kembali okey. Tak macam semalam.
“ Saya minta diri dulu.”
Selepas doktor berlalu, Izz cepat sahaja masuk ke dalam dan
menemui Zahra. Kelihatan Zahra sedang merenung jauh ke luar tingkap.
“ Awak?”
Suara itu membuatkan Zahra menoleh ke kanan. Terukir
senyuman hambar buat mereka.
“ Akak!” Farah pantas memeluk akaknya dengan perasaan lega.
Sangat lega!
“ Maafkan akak sebab buat Farah risau. Sekarang akak dah
okey. Kandungan akak pun okey kan?”
“ Ya. Semuanya baik saja asalkan akak jaga kandungan akak
betul-betul.”
Izz menyerahkan Zahirin kepada uminya sebentar. Kemudian dia
mendekati Zahra yang kelihatan pucat itu.
“ Awak okey?” Soal Izz.
“ Alhamdulilah. Terima kasih kerana sanggup datang sini.”
Tiba-tiba Zahra teringat mimpi tadi. Mati terus senyuman
dia. Syazwan! Aku takkan benarkan kau ambil anak aku! Tidak akan! Ini anak aku!
Perutnya diusap perlahan sebelum menoleh ke arah tingkap. ‘
Sayang.. mama akan jaga kamu sebaik mungkin. Tiada sesiapa pun yang berhak ambil
kamu dari mama sayang…’
**
“ Argh!! Pergilah kau!!”
Jeritan itu menyebabkan Eslina tersedar daripada tidur yang
nyenyak. Sebaik sahaja dia membuka mata. Dia terkejut melihat Syazwan yang
berpeluh-peluh itu. Pantas dia bangun dan menggoncangkan badan Syazwan agar
sedar.
“ Bang! Bangun bang!” Eslina jadi risau. Tak pernah dia
tengok Syazwan mengigau seteruk begini.
“ Huh!”
Syazwan terus bangun duduk setelah mimpinya hilang begitu
sahaja. Dia menoleh ke kiri di mana Eslina sedang melihat dia dengan renungan
yang risau. Perlahan-lahan mukanya diraup.
“ Abang kenapa? Abang mimpi buruk ke?” Soal Eslina.
“ Erm.. Sayang tidur lah. Abang okey.”
Syazwan kembali merebahkan dirinya dan mengiring
membelakangi Eslina. Eslina yang melihat jadi semakin tertanya-tanya. Tapi dia
tahu Syazwan takkan menceritakan kepada dia. Biarlah Syazwan reda tu.
Syazwan mengetap bibir kuat. Entah mengapa tiba-tiba dia
bermimpi sesuatu yang aneh. Dia bermimpi Zahra dan anaknya mengacau
kehidupannya. Kemudian datang lembaga hitam yang cuba nak membunuh dia. Dia
amat takut.
Syazwan pantas menutup matanya erat. ‘ Kenapa? Kenapa mesti
Zahra yang muncul pula ni? Dan.. Adakah itu anak aku? Argh! Pedulikan semua tu.
Aku kan tak mengaku dia anak aku?’
“ Abang.. Kalau Es minta sesuatu boleh tak?”
Tiba-tiba Eslina bersuara. Itu juga menyebabkan Syazwan
kembali membuka matanya. Tapi tak pula dia menoleh ke arah Eslina. Malah dia
hanya membekukan diri.
“ Es nak abang minta maaf dekat akak Zahra? Dan kalau boleh
Es nak abang terima anak abang tu. Itu anak abang. Bukan orang lain..”
Terdengar rengusan marah daripada Syazwan. Eslina tersenyum
hambar. Dia sendiri pun tak faham apa yang telah terjadi pada dirinya sekarang
ni. selepas dia berkahwin dengan Syazwan. Segala-galanya telah pun berubah
seratus peratus.
Kalau dulu, dia sering keluar malam. Tapi selepas berkahwin,
dia lebih tumpukan terhadap Syazwan. Lagipun itu adalah prinsipnya selepas
berkahwin. Tapi bukan itu masalahnya sekarang ni. masalahnya kenapa tiba-tiba
dia teringatkan akak Zahra?
Itu yang buat dia terfikir. Maybe dia rasa sangat bersalah
terhadap akak Zahra. Kerana dia Syazwan sanggup melepaskan akak Zahra untuk
memilih dia. Malah dulu dia sangat keji orangnya.
‘ ya Allah.’
Tanpa dia sedari, air matanya mengalir keluar saat teringat
kembali apa yang dia telah buat terhadap Zahra.
“ Kenapa tiba-tiba Es sebut nama perempuan tu? Abang benci
tahu tak?” Suara Syazwan kedengaran marah.
Syazwan langsung tak sedar yang Eslina tengah menangis.
Eslina terpaksa menekup mulutnya agar tangisannya tidak didengari oleh Syazwan.
“ Ke..kenapa abang benci sangat dekat dia? Bukankah dia dah
pergi dari hidup abang? Lagipun abang dah lepaskan dia. Jadi kenapa? Apa salah
dia bang?” Soal Eslina bertalu-talu. Air matanya masih belum berhenti daripada
mengalir.
Syazwan merengus lagi. Sikit-sikit Zahra. Sikit-sikit Zahra.
Apa yang istimewa sangat perempuan tu. menyesal juga aku kahwin dengan dia
dulu. Kalau tak disebabkan harta dan liat sangat perempuan tu. dah lama aku
pergi. Ish!
“ Semua itu urusan abang. Es duduk diam-diam sudah. Dah
abang nak tidur.”
Eslina mengetap bibir. Sedih akan jawapan Syazwan.
‘ Ya Allah. Aku tahu aku telah lama lupakan-Mu. Tapi berilah
kesedaran pada suami aku. Aku nak dia minta maaf pada bekas isterinya itu. Aku
tahu semua ini gara-gara aku. Ya Allah. Ampunilah dosa-dosa aku ini.’
No comments :
Post a Comment