Malam itu, mereka sama-sama mengemaskan bilik untuk tetamu iaitu Zahra. Sampaikan Zahra nak bergerak masuk ke dalam bilik pun tak
boleh. Katanya nak bagi surprise untuk ibu mengandung. Dan semua itu adalah
rancangan Izz sendiri.
Zahra tak boleh nak menolak lagi apabila melihat kesungguhan
Umi dan Izz. Alif dan Farah turut bertungkus-lumus membantu Umi dan Izz. Apa
lagi yang dia boleh buat melainkan duduk menghadap televisyen.
“ Akak Zahra. Berapa bulan dah kandungan akak tu?”
Muncul Izzati dengan mug di tangan. Kemudian mug itu
dihulurkan kepada Zahra. Zahra hanya menyambut dengan senyuman.
“ Dah dua bulan. InsyaAllah lagi dua minggu masuklah 3
bulan.” Balas Zahra tenang.
“ Izzati tak sabar nak tengok baby tu. Mesti comel macam
akak kan?”
Izzati mula berangan membayangkan muka comel anak Zahra.
Izzati memang tak boleh lari daripada berangan. Nasihatlah macam mana sekalipun. Dah
itu tabiatnya. Tiada sesiapa pun yang boleh mengubahnya. Melainkan dirinya
sendiri.
“ Erm.. Agaklah. Izzati ni belajar dekat mana? Berapa
semester dah?”
Zahra mula menukar topik. Dia takut Izzati akan menyoal
fasal Syazwan. Kalau boleh dia sudah tak mahu ingat mahupun sebut fasal
Syazwan. Dia takut dia akan kembali menitiskan air mata. Cukuplah setakat ini.
dia dah tak sanggup nak menangis lagi. Lagipun dia sendiri dah bertekad ingin
melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi.
“ Tahun akhir kak. Izzati tak sabar dah nak habiskan
semester ni. lepas tu bolehlah kahwin.”
Zahra tersentak. Kahwin? Amboi.
“ Cepatnya nak kahwin? Dengan siapa?” Soal Zahra lagi. Dia
jadi tertarik pula nak tahu kisah Izzati yang sangat ceria orangnya tu. macam
dia dulu. Tapi kini? Dia sendiri pun tak tahu.
“ Ops!” Izzati pantas menekup mulutnya. Dia telah tersasul.
Dia berjanji pada Irwan dan dirinya sendiri tak mahu beritahu sesiapa soal ni
sampailah Irwan datang sendiri berjumpa keluarganya. Kalau along tahu masaklah
dia.
“ Erk.. Tak ada apa-apalah kak. Izzati berangan je tadi.”
Izzati mengelak dengan menonton televisyen. Takut Zahra tanya yang bukan-bukan.
Takut juga kalau along dengar.
Zahra tersenyum. Dia tahu Izzati cuba mengelak. Takut abang
dia tahu lah tu.
“ Adik! Amboi dia. Orang tengah sibuk kemas bilik untuk akak
Zahra. Dia boleh pula sedap-sedap berbaring dekat sini. Tak malu langsung.”
Muncul Izz dengan penyapu di tangan. Wajahnya jadi merah
selepas beberapa kali bersin dalam bilik tadi. Dah alah pada habuk dan debu.
Degil juga nak tolong. Maulah kena bebel dengan Umi nanti.
“ Dah ada ramai orang boleh tolong. Izzati nak buat apa lagi
along?”
Izzati bangun duduk. Dia tersengih melihat abangnya yang
tengah menahan geram tu.
“ Akak.. tak apa kan kalau Izzati teman akak dekat sini.”
Izzati mengerling sekilas ke arah Zahra.
“ Tak apalah. Awak.. Janganlah marah dia. Sekurang-kurangnya
saya ada teman. Taklah saya bosan duduk sini sorang-sorang.” Ujar Zahra lembut.
Tudungnya yang senget itu diperbetulkan kembali.
“ Okeylah. Kalau tak kerana akak Zahra, along dah lama tarik
telinga adik tu tau.”
Izz kembali masuk ke dalam bilik tetamu. Kerjanya belum lagi
selesai. Kalau boleh dia nak buat Zahra terharu dan selesa berada dekat sini.
Harap Zahra sukalah.
“ Akak.. kalau akak nak tahu kan? Along tu mana pernah nak
kemas rumah dengan penyapu segala. Selalunya Izzati je yang buat semua tu.
Malam ni mimpi apa tak tau lah dengan along tu. Dahlah along tu alah pada habuk
dan debu. Kena je pada along pasti asyik terbersin je. Akak perasan tak muka
along tadi? Memerah je.”
Zahra terdiam. Dia menoleh ke arah bilik tetamu yang akan
menjadi miliknya itu. Hatinya jadi tertanya-tanya pula. Mengapa Izz sanggup
bersusah payah demi dia? Sedangkan dia hanyalah tetamu. Bukan sesiapa pun bagi
dia.
“ Maybe sebab abang Izz tu sayangkan akak kot.”
Tiba-tiba Farah muncul dengan senyuman. Dia baru selesai
membersih apa yang patut. Yang selebihnya diserahkan pada orang lelaki. Umi pun
dah masuk ke dapur bagi mendapatkan minuman.
“ Ish! Merepek lah Farah ni.” Sangkal Zahra lalu tersenyum.
Dia tahu Farah hanya nak melawak.
Farah tersengih. Tapi kan? aku nak tahu juga kenapa. Sebelum
ni mana pernah abang Izz nak ambil berat fasal perempuan ni. puas juga si Alif
tu bawa perempuan untuk jumpa abang Izz. Tapi hampeh! Langsung tak melayan.
Kalau macam tu tak lain tak bukan sayanglah kan? hehe..
“ Ha! Senyum sorang-sorang tu kenapa pulak? Tengah berangan
lah tu.” Tegur Zahra lantas menepuk bahu Farah perlahan.
Izzati di sebelah sudah ketawa kecil. mereka berdua memang
suka berangan. Tapi Izzati dua kali ganda lebih teruk daripada Farah.
“ Tak. Tengah berfikir fasal akak dan abang Izz.”
Spontan kepala Farah diketuk dengan tangan Zahra.
“ ouch!” Farah mengaduh lalu ketawa kecil. Izzati di sebelah
dah menekup mulut menahan tawa apabila melihat wajah cemberut Zahra.
“ Eleh.. Orang gurau je lah. Kalau betul pun apa salahnya
kan? Hehe..”
Farah pantas bangun apabila melihat tangan Zahra mula mendekati
telinganya. Zahra mengetap bibir. Farah ni memang nak kena dengan aku lah.
“ Apa yang bising-bising ni?”
Umi muncul bersama dulang minuman. Zahra pantas bangun untuk
bantu Umi.
“ Entah mereka ni Umi. Tahu nak usik je kerjanya.”
Izzati dan Farah sudah tersengih sampai ke telinga.
“ Umi.. mereka berdua tu belum siap ke? Lama gila.” Suara
Izzati lantas kembali berbaring di sebelah Farah. Tiba-tiba dia rasa mengantuk
pula. Sedangkan awal lagi. Lagipun mana pernah dia nak tidur awal-awal macam
ni. selalunya selagi tak pukul 1 pagi. Selagi tulah dia takkan tidur.
“ Hampir siap. Selepas ni Umi takut akak Zahra yang terkejut
je lah.” Balas Umi lantas tersenyum.
“ Kenapa Umi? Apa yang mereka buat? Mereka letak dinasour
ke?” Soal Farah bertalu-talu.
“ Ha? Apalah yang kamu merepek tu Farah.”
Farah hanya tersengih. Tiba-tiba dia merasa loya pula bila
tengok air susu buatan Umi itu. Tapi dia tahan sebab dia tak nak rosakkan
suasana.
“ Zahra.. kamu kena minum air susu ni. Demi kesihatan anak
dalam kandungan kamu tu. susu memang bagus untuk ibu mengandung tau.”
Zahra teragak-agak nak menyambut susu daripada tangan Umi.
Tapi kalau tak ambil takut Umi kecil hati pulak. Mahu tak mahu, dia ambil juga.
Alahai! Aku tak berapa gemar nak minum susu lah.
“ Minumlah. Nanti sejuk pula susu tu.” Suruh Umi.
Zahra hanya mengangguk. Dia terteguk air liur.
“ Akak…”
Farah menekup mulut menahan daripada rasa nak termuntah.
Melihatkan wajah Zahra yang berkerut-kerut itu membuatkan dia nak ketawa. Tapi
dia terpaksa tahan.
Zahra pantas mendekatkan bibirnya dengan gelas. Tapi baru
sahaja dia nak minum, tekaknya tiba-tiba rasa loya. Tanpa berlengah pantas dia
bergerak ke dapur.
Tidak ketinggalan juga Farah mengikut daripada belakang.
Sekarang kedua-dua mereka sedang muntah.
“ Werkkk!”
Tiba-tiba mereka terasa ada usapan daripada belakang.
“ ya Allah Farah. Kenapa ni?” Alif menyoal. Dia jadi cemas
bila tengok Farah bergegas ke dapur tadi.
“ Zahra? Okey ke ni?” Umi masih setia mengusap belakang
Farah.
Selesai membuang isi yang sepatutnya. Mereka berdua berdiri
tegak dengan senyuman lemah. Terutama Farah.
“ Zahra tak gemar minum susu Umi. Sebab tulah Farah rasa
loya lepas tu muntah tadi.” Jelas Zahra agar Umi tak salah faham.
“ Umi faham. Tapi apa yang Umi tak faham fasal Farah. Kenapa
Farah nak muntah juga?”
Kini. Mereka bertiga pandang ke arah Farah yang lemah tak
berdaya tu.
“ Entahlah Umi.. Farah rasa nak..”
Farah terus rebah di samping Alif. Mujur Alif sempat memaut
bahu Farah. Farah kelihatan sangat pucat pada masa itu.
“ Ya Allah Farah!”
Kini mereka jadi kelam kabut melihat Farah. Tanpa berlengah
mereka pantas membawa Farah ke hospital. Cuma mereka berharap Farah takkan ada
apa-apa.
‘ Jangan buat abang risau Farah.’
Choi Minho tu kan ? -,-
ReplyDeleteYe Atiqah.. :D
Delete