Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday 10 December 2013

Sesuci Kasihmu 10




Malam itu, mereka sama-sama mengemaskan bilik untuk tetamu iaitu Zahra. Sampaikan Zahra nak bergerak masuk ke dalam bilik pun tak boleh. Katanya nak bagi surprise untuk ibu mengandung. Dan semua itu adalah rancangan Izz sendiri.


Zahra tak boleh nak menolak lagi apabila melihat kesungguhan Umi dan Izz. Alif dan Farah turut bertungkus-lumus membantu Umi dan Izz. Apa lagi yang dia boleh buat melainkan duduk menghadap televisyen.


“ Akak Zahra. Berapa bulan dah kandungan akak tu?”


Muncul Izzati dengan mug di tangan. Kemudian mug itu dihulurkan kepada Zahra. Zahra hanya menyambut dengan senyuman.


“ Dah dua bulan. InsyaAllah lagi dua minggu masuklah 3 bulan.” Balas Zahra tenang.


“ Izzati tak sabar nak tengok baby tu. Mesti comel macam akak kan?”


Izzati mula berangan membayangkan muka comel anak Zahra. Izzati memang tak boleh lari daripada berangan. Nasihatlah macam mana sekalipun. Dah itu tabiatnya. Tiada sesiapa pun yang boleh mengubahnya. Melainkan dirinya sendiri.


“ Erm.. Agaklah. Izzati ni belajar dekat mana? Berapa semester dah?”


Zahra mula menukar topik. Dia takut Izzati akan menyoal fasal Syazwan. Kalau boleh dia sudah tak mahu ingat mahupun sebut fasal Syazwan. Dia takut dia akan kembali menitiskan air mata. Cukuplah setakat ini. dia dah tak sanggup nak menangis lagi. Lagipun dia sendiri dah bertekad ingin melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi.


“ Tahun akhir kak. Izzati tak sabar dah nak habiskan semester ni. lepas tu bolehlah kahwin.”


Zahra tersentak. Kahwin? Amboi.


“ Cepatnya nak kahwin? Dengan siapa?” Soal Zahra lagi. Dia jadi tertarik pula nak tahu kisah Izzati yang sangat ceria orangnya tu. macam dia dulu. Tapi kini? Dia sendiri pun tak tahu.


“ Ops!” Izzati pantas menekup mulutnya. Dia telah tersasul. Dia berjanji pada Irwan dan dirinya sendiri tak mahu beritahu sesiapa soal ni sampailah Irwan datang sendiri berjumpa keluarganya. Kalau along tahu masaklah dia.


“ Erk.. Tak ada apa-apalah kak. Izzati berangan je tadi.” Izzati mengelak dengan menonton televisyen. Takut Zahra tanya yang bukan-bukan. Takut juga kalau along dengar.


Zahra tersenyum. Dia tahu Izzati cuba mengelak. Takut abang dia tahu lah tu.


“ Adik! Amboi dia. Orang tengah sibuk kemas bilik untuk akak Zahra. Dia boleh pula sedap-sedap berbaring dekat sini. Tak malu langsung.”


Muncul Izz dengan penyapu di tangan. Wajahnya jadi merah selepas beberapa kali bersin dalam bilik tadi. Dah alah pada habuk dan debu. Degil juga nak tolong. Maulah kena bebel dengan Umi nanti.


“ Dah ada ramai orang boleh tolong. Izzati nak buat apa lagi along?”


Izzati bangun duduk. Dia tersengih melihat abangnya yang tengah menahan geram tu.


“ Akak.. tak apa kan kalau Izzati teman akak dekat sini.” Izzati mengerling sekilas ke arah Zahra.


“ Tak apalah. Awak.. Janganlah marah dia. Sekurang-kurangnya saya ada teman. Taklah saya bosan duduk sini sorang-sorang.” Ujar Zahra lembut.


Tudungnya yang senget itu diperbetulkan kembali.


“ Okeylah. Kalau tak kerana akak Zahra, along dah lama tarik telinga adik tu tau.”


Izz kembali masuk ke dalam bilik tetamu. Kerjanya belum lagi selesai. Kalau boleh dia nak buat Zahra terharu dan selesa berada dekat sini. Harap Zahra sukalah.


“ Akak.. kalau akak nak tahu kan? Along tu mana pernah nak kemas rumah dengan penyapu segala. Selalunya Izzati je yang buat semua tu. Malam ni mimpi apa tak tau lah dengan along tu. Dahlah along tu alah pada habuk dan debu. Kena je pada along pasti asyik terbersin je. Akak perasan tak muka along tadi? Memerah je.”


Zahra terdiam. Dia menoleh ke arah bilik tetamu yang akan menjadi miliknya itu. Hatinya jadi tertanya-tanya pula. Mengapa Izz sanggup bersusah payah demi dia? Sedangkan dia hanyalah tetamu. Bukan sesiapa pun bagi dia.


“ Maybe sebab abang Izz tu sayangkan akak kot.”


Tiba-tiba Farah muncul dengan senyuman. Dia baru selesai membersih apa yang patut. Yang selebihnya diserahkan pada orang lelaki. Umi pun dah masuk ke dapur bagi mendapatkan minuman.


“ Ish! Merepek lah Farah ni.” Sangkal Zahra lalu tersenyum. Dia tahu Farah hanya nak melawak.


Farah tersengih. Tapi kan? aku nak tahu juga kenapa. Sebelum ni mana pernah abang Izz nak ambil berat fasal perempuan ni. puas juga si Alif tu bawa perempuan untuk jumpa abang Izz. Tapi hampeh! Langsung tak melayan. Kalau macam tu tak lain tak bukan sayanglah kan? hehe..


“ Ha! Senyum sorang-sorang tu kenapa pulak? Tengah berangan lah tu.” Tegur Zahra lantas menepuk bahu Farah perlahan.


Izzati di sebelah sudah ketawa kecil. mereka berdua memang suka berangan. Tapi Izzati dua kali ganda lebih teruk daripada Farah.


“ Tak. Tengah berfikir fasal akak dan abang Izz.”


Spontan kepala Farah diketuk dengan tangan Zahra.


“ ouch!” Farah mengaduh lalu ketawa kecil. Izzati di sebelah dah menekup mulut menahan tawa apabila melihat wajah cemberut Zahra.


“ Eleh.. Orang gurau je lah. Kalau betul pun apa salahnya kan? Hehe..”


Farah pantas bangun apabila melihat tangan Zahra mula mendekati telinganya. Zahra mengetap bibir. Farah ni memang nak kena dengan aku lah.


“ Apa yang bising-bising ni?”


Umi muncul bersama dulang minuman. Zahra pantas bangun untuk bantu Umi.


“ Entah mereka ni Umi. Tahu nak usik je kerjanya.”


Izzati dan Farah sudah tersengih sampai ke telinga.


“ Umi.. mereka berdua tu belum siap ke? Lama gila.” Suara Izzati lantas kembali berbaring di sebelah Farah. Tiba-tiba dia rasa mengantuk pula. Sedangkan awal lagi. Lagipun mana pernah dia nak tidur awal-awal macam ni. selalunya selagi tak pukul 1 pagi. Selagi tulah dia takkan tidur.


“ Hampir siap. Selepas ni Umi takut akak Zahra yang terkejut je lah.” Balas Umi lantas tersenyum.


“ Kenapa Umi? Apa yang mereka buat? Mereka letak dinasour ke?” Soal Farah bertalu-talu.


“ Ha? Apalah yang kamu merepek tu Farah.”


Farah hanya tersengih. Tiba-tiba dia merasa loya pula bila tengok air susu buatan Umi itu. Tapi dia tahan sebab dia tak nak rosakkan suasana.


“ Zahra.. kamu kena minum air susu ni. Demi kesihatan anak dalam kandungan kamu tu. susu memang bagus untuk ibu mengandung tau.”


Zahra teragak-agak nak menyambut susu daripada tangan Umi. Tapi kalau tak ambil takut Umi kecil hati pulak. Mahu tak mahu, dia ambil juga. Alahai! Aku tak berapa gemar nak minum susu lah.


“ Minumlah. Nanti sejuk pula susu tu.” Suruh Umi.


Zahra hanya mengangguk. Dia terteguk air liur.


“ Akak…”


Farah menekup mulut menahan daripada rasa nak termuntah. Melihatkan wajah Zahra yang berkerut-kerut itu membuatkan dia nak ketawa. Tapi dia terpaksa tahan.


Zahra pantas mendekatkan bibirnya dengan gelas. Tapi baru sahaja dia nak minum, tekaknya tiba-tiba rasa loya. Tanpa berlengah pantas dia bergerak ke dapur.


Tidak ketinggalan juga Farah mengikut daripada belakang. Sekarang kedua-dua mereka sedang muntah.


“ Werkkk!”


Tiba-tiba mereka terasa ada usapan daripada belakang.


“ ya Allah Farah. Kenapa ni?” Alif menyoal. Dia jadi cemas bila tengok Farah bergegas ke dapur tadi.


“ Zahra? Okey ke ni?” Umi masih setia mengusap belakang Farah.


Selesai membuang isi yang sepatutnya. Mereka berdua berdiri tegak dengan senyuman lemah. Terutama Farah.


“ Zahra tak gemar minum susu Umi. Sebab tulah Farah rasa loya lepas tu muntah tadi.” Jelas Zahra agar Umi tak salah faham.


“ Umi faham. Tapi apa yang Umi tak faham fasal Farah. Kenapa Farah nak muntah juga?”


Kini. Mereka bertiga pandang ke arah Farah yang lemah tak berdaya tu.


“ Entahlah Umi.. Farah rasa nak..”


Farah terus rebah di samping Alif. Mujur Alif sempat memaut bahu Farah. Farah kelihatan sangat pucat pada masa itu.


“ Ya Allah Farah!”


Kini mereka jadi kelam kabut melihat Farah. Tanpa berlengah mereka pantas membawa Farah ke hospital. Cuma mereka berharap Farah takkan ada apa-apa.


‘ Jangan buat abang risau Farah.’



2 comments :

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers