Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Sunday 6 August 2017

Cerpen : Aku Puteri Itu

Assalamualaikum. Hai guys. Ya Allah. Lama betul menghilang kan? 😂 Sorry guys. By the way, novel sis yang Be My Wife tu dah happy ending. Terima kasih pada yang sentiasa menyokong sis. Dan sekarang ada novel baru pula yang bertajuk Dendam Cinta. Hope korang sudi baca dan komen. Hehe.

Okay. Sebab dah lama sis tak muncul dengan cerpen. Sis upload cerpen la hari ni. Sorry if kurang memuaskan hati sebab idea hilang. Haha. Okay enjoy. 



“ Aku dah cakap tadi kan! Jangan letak barang ni dekat sini! Aku suruh letak dekat mana tadi? Ha?!”

Aku merengus geram. Aku benci pula dengan minah ni. Tahu nak arah orang je. Ada kaki dan tangan. Perfect. Angkat la sendiri. Aku ni bukan bibik korang! Okay guys. Ini bukan cerita tipikal anak tiri dengan mak tiri walaupun hakikatnya ya aku anak tiri. Tapi aku bukan jenis suka diam dan terima je apa orang nak aku buat. Aku adalah aku. Aku siapa? Tengok sendiri la.

“ Helo minah! Kau ingat aku ni kuli kau ke? Kau ingat aku bibik kau? Macam tu? Allah dah bagi kau perfect dengan kaki dengan tangan. Apa lagi yang kau nak? Angkat la sendiri. Amboi. Mentang-mentang mak kau tak ada. Ayah aku pula outstation. Naik lemak kau ye?”

Huh! Puas hati aku menengking minah sekor ni. Yang tak faham bahasa. Sebenarnya hubungan aku dengan semua orang dalam rumah ni memang tak begitu baik dengan aku terutama kak tiri aku ni. Dia la yang paling suka cari fasal dengan aku. But, mak tiri aku okay je. Dia tak la suka marah dan suruh aku macam-macam. Dia macam arwah mak aku. But aku tak tahu la anak dia ni ikut perangai siapa.

“ Kau!”

“ Apa? Apa? Nak pukul? Pukul la! Ingat aku takut? Hey! Kau tu sedar diri sikit yang kau tu menumpang je dekat rumah ni. Kau ingat kau anak raja? Duduk sini goyang kaki? Asyik aku je kena buat? Kau ingat aku tak tahu kau mengadu dekat mak ayah perkara buruk tentang aku even aku tak buat pun. Kau ingat aku tak tahu?!”

Dia sudah terdiam. Terkejut dengar kata-kata aku. Aku tersenyum sinis. Tahu pula takut. Ala. Kak apa tua setahun je. Tapi berlagak macam tua sepuluh tahun. Huh!

“ Kau jangan ingat aku takut Puteri Liyana.”

Terus aku menonong masuk ke dalam bilik tanpa hiraukan dia. Buat sakit hati je. Tapi aku tipu diri aku. Memang dari mata kasar orang tengok aku kuat. But hakikatnya dalam diam aku menangis. Aku rasa macam tersisih dalam keluarga ni. Semua orang asyik bela si Liyana tu. Habis aku? Dianak tirikan sedangkan aku anak kandung  tuan rumah ni.

“ Arh! Aku nak keluar dari rumah ni. Aku tak kira.”

Cepat-cepat aku kemas barang dan masukkan baju ke dalam beg. Sebelum dua orang tu balik. Baik aku blah cepat. Dah siap kemas aku capai phone dan sarung tudung yang bersesuaian. Aku tengok cermin dengan wajah tegang. Maaf. Kali ni aku takkan tersenyum lagi. Aku perlu pergi. Bye.

Elok aku sampai je dekat ruang tamu. Ada seseorang tengah berbual dengan kak tiri aku tu. Tapi aku tak kisah langsung. Even mereka tengah perhatikan aku sekarang ni. Yang pasti tetamu dia tu lelaki. Lelaki manala dia ambik ni.

“ Eh Sarah. Awak nak pergi mana tu?”

Aku tersenyum sinis. Mentang-mentang depan tetamu bukan main bahasa kau ye.

“ Pergi cari ketenangan. Rasa panas je duduk dalam rumah ni dengan perangai seorang yang macam syaitan.”

Tersedak terus minah tu. Tapi ada aku kisah? Sentap lagi bagus.

“ Apa yang Sarah cakap ni?”

Aku jeling pula lelaki depan dia. Hmm. Boleh tahan. Not bad. Handsome. Macam anak raja. But, kenapa dia pandang aku macam tu? Malas nak layan.

“ Aku pergi dulu.”

“ Sarah!”

Tanpa menghiraukan mereka berdua, cepat saja aku menuju ke luar halaman rumah dan berjalan menuju ke perhentian bas. Nak pergi mana? Balik rumah sewa la. Tu je tempat yang aku ada.

“ Mom. I miss you.”

**
“ Sarah! Kamu pergi mana? Liyana kata kamu lari dari rumah.”

Aku mengeluh bosan. Tak habis-habis Liyana, Liyana dan Liyana. Hey! Apa tak ada nama orang lain ke ayah aku nak sebut? Huh!

“ Jangan risau. Sarah selamat.”

“ Sarah balik. Ayah nak kamu balik.”

“ Tak nak. Sarah dah bosan duduk rumah tu. Asyik-asyik Sarah je kena. Ayah bukan sayang Sarah dah.”

Terus aku tamatkan panggilan telefon dan off phone. Puas hati aku. Sekarang tak ada sesiapa pun boleh kacau aku. Aku meliarkan semula pandangan ku ke sekeliling butik. Ya. Sekarang ni aku ada dekat butik pengantin kawan baik aku. Mujur dia ada. Kalau tak aku tak tahu nak buat apa. Kelas pun belum mula lagi. Cuti sem masih ada sebulan. Bosan kau tau?

“ So…”

Rania kawan baik aku datang duduk depan aku dengan senyuman manisnya itu. Aku menjongketkan keningku. Untung Rania. Muda-muda dah jadi usahawan butik pengantin. Yala. Dia tak sambung degree. Lepas diploma je terus buka perniagaan. Aku je terlebih rajin sambung degree.

“ So what?”

“ Kau nak kerja dengan aku tak? I mean jadi model untuk butik aku?”

Aku tercengang. What? Serius?

“ Kau gila? Aku jadi model? Kau buat lawak apa ni weh? Rupa aku pun dah macam apa lagi. Gaya pun dah gaya lelaki.”

Rania tengok aku atas bawah. Dia tersenyum lantas menggelengkan kepalanya. Aku pula pelik tengok reaksi dia.

“ Aku boleh tolong. Alang-alang kau tengah cuti kan? Tak nak tambah modal ke?”

Okay. Tawaran yang dia berikan sangat menarik. Betul juga. Boleh tambah modal. Sampai bila nak harapkan ayah je bagi modal. Lagipun dia mana kisah aku nak buat apa pun kan?

“ Tapi aku..”

“ Itu kau jangan risau. Aku boleh tolong. Kau Cuma perlu setuju je. Minggu depan ada fashion walk dan butik aku terpilih. Kau watak utama. Boleh?”

Sekali lagi aku terlopong. What?

“ No! No! No! Kau gila? Watak utama? Jatuh dari pentas tu tak ke malu!”

Cepat-cepat aku menolak. Memang tak la aku nak catwalk atas pentas tu. Silap sikit jatuh. Buat malu keturunan je.

Rania tertawa lantas menarik aku berdiri depan cermin. Aku jadi terpinga-pinga.

“ Kau sedar tak yang kau sebenarnya cantik. Tapi kau lebih memilih gaya brutal. Gaya tomboi. Sebab kau suka memberontak. Am I right?”

Aku terdiam. Sebab kata-kata Rania betul. Itulah aku.

“ Just trust me. You must can. Mana tahu boleh jumpa jodoh sekali.”

Aku tersenyum hambar. Jodoh la sangat. Tak berminat. Aku lebih suka dengan life aku sekarang.

“ So, deal?”

Aku tengok wajah Rania yang penuh mengharap tu. Dengan rela hati aku mengangguk. Why not right?

“ Yes! So boleh kita berlatih.”

“ Berlatih?”

“ Catwalk la.”

“ What?!”

**
Aku tengok diri aku depan cermin. Terkedu kejap aku. Ini aku ke? Nampak lain sangat selepas dimake up. For sure aku sendiri pun tak kenal diri aku. Rania tengok aku dengan senyuman manis. Bahu aku ditepuk perlahan.

“ Settle. See. Kau memang cantik Sarah. Or Puteri Sarah Hana. You’re so beautiful my dear.”

Aku tunduk tengok pakaian aku pula. Aku tengah pakai gaun pengantin berwarna putih rekaan khas dari Rania untuk aku. Aku tak sangka dia design corak ni khas untuk aku. Cantik sangat. Tapi malangnya aku tiada seorang raja untuk berdiri di samping aku. Aku Cuma puteri tunggal yang kesunyian.

“ So kau dah ready? Kurang daripada setengah jam majlis akan bermula.”

Aku tarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya. Aku tarik senyuman manis lantas menganggukkan kepalaku perlahan. Aku genggam tangan Rania meminta kekuatan.

“ Don’t worry. Aku yakin kau boleh. Dah seminggu kita berlatih.”

“ Thanks sebab percayakan aku Rania.”

“ No hal. Jom. Get ready. Okay guys! Get ready!”

Memang tidak dapat dinafikan aku sangat berdebar ketika ini. Pertama kali berdepan dengan orang ramai sebegini dalam fashion wedding show ni. Perasaan memang susah untuk digambarkan. Aku tarik senyuman lebar. Kau mesti boleh. Jangan hampakan Rania. Dia mengharapkan kau Sarah.

Pejam celik pejam celik, giliran aku pun sampai. Dengan debaran yang kian memuncak, aku pun keluar berjalan dengan perlahan-lahan menuju ke pentas catwalk tersebut. Muka memang penuh dengan senyuman. Yang penting yakin. Tu yang penting.

Dua kali aku jalan dan kali terakhir aku berjalan dengan Rania. Kami berdua melambai-lambai dan memberikan senyuman gembira tanda berpuas hati dengan majlis hari ini. Cuma sebelum aku nak masuk ke dalam semula, mataku dapat menangkap seorang kelibat lelaki yang aku pernah nampak sebelum ni.

Dia juga tengah merenung ke arah aku dengan terpinga-pinga. Aku terus alihkan pandangan bila terasa diri diperhati terlalu lama. Jangan cakap dia kenal aku. Sebab aku tahu lelaki tu siapa. Tetamu Liyana.

Apa dia buat dekat sini? Dah seminggu aku tak balik rumah. Ayah dan mak pun tak pernah tanya aku. Nampak sangat mereka dah tak kisah fasal aku kan?

“ Alhamdulillah. Congrats semua! Terima kasih sebab dah buat yang terbaik. Jumpa bulan depan pula.”

Aku melangkah ke arah cermin. Terasa rimas pula makeup ni. Alhamdulillah sebab dah selesai. Rania di sebelah dah memeluk tubuh dengan senyuman manisnya tu. Aku Cuma menjongketkan keningku ke arahnya.

“ Ada orang dah tertarik dekat kawan aku ni.”

Aku mengerutkan dahi.

“ Maksud kau?”

“ Kau akan faham nanti. Dah jom balik. Tukar pakaian dulu.”

Jadi terpinga-pinga aku dengan sikap Rania ni. Haih. Sabar je la.

**
Aku tatap skrin telefon berulang kali. Sampai naik muak aku jadinya. Aku tengok pula sekeliling butik Rania. Ya Allah. Kenapa rasa bosan sangat ni? Sekarang aku dah tak tahu nak buat apa. Selepas majlis semalam, aku jadi termangu, termenung dekat kaunter ni sorang-sorang. Macam orang gila pun ada.

Rania pula sibuk dengan pelanggan. Apa aku nak buat pun tak tahu. Kalau nak ready untuk next fashion show lambat lagi. Rania kata lagi 3 minggu. So, aku tak boleh nak buat apa.

Ting!

Tiba-tiba ada seseorang masuk ke dalam butik Rania. Tapi aku tak pedulikan pun. Nanti dia akan cari Rania juga. Nak tidur!

“ Assalamualaikum.”

Tapi baru nak lelapkan mata, ada orang menegur. Erk! Cari aku ke? Aku mendongak kepala ke arah suara garau itu. Dan aku terkedu seketika. Lelaki semalam! Lelaki yang dekat rumah tu. Apa dia buat dekat sini?

“ Waalaikumussalam.”

“ Awak ni adik Liyana kan?”

Aku mengeluh bosan. Kenapa perlu ungkit nama budak tu? Huh!

“ Adik tiri. Ada apa boleh saya bantu encik ye?”

Aku maniskan muka dan senyuman. Pelanggan kot. so jangan nak masam muka. Kena marah dengan Rania nanti. Hilang pelanggan pula dia.

“ Cik Rania ada?”

Aku menoleh ke arah Rania yang sibuk dengan pekerjanya itu.

“ Situ. Pergilah jumpa dia dekat sana.”

Dia turut menoleh ke arah Rania. Tapi tak pula dia melangkah ke arah situ. Setia berdiri depan aku lagi. Dengan senyuman memukau dia tu.  Hurgh! Sengaja nak goda aku ke apa? Dahlah kau tu handsome. Huargh! Jangan! Bahaya.

“ Nak tanya awak sikit boleh?”

“ Tanya je la.”

Aku tunduk tengok phone dengan rasa bosan.

“ Awak tahu tak siapa model semalam? Yang watak utama tu. Awak tahu tak siapa perempuan tu?”

Okay. Pertanyaan dia buatkan aku terkaku kejap. Tapi aku cepat-cepat cover dengan mengerutkan dahi. Berlakon tak tahu.

“ Tak sure la. Sebab dia jarang ada dekat sini. Dia selalu outstation.”

Nampak sangat menipunya. Aku tergelak dalam hati. Lantak. Asalkan dia tak tahu model tu aku!

“ Oh ye ke?”

Dia nampak hampa. Erk. Asal reaksi dia macam tu?

“ Saya pergi jumpa Rania kejap. Thanks.”

Aku hanya memerhati langkah dia dari jauh. Entah kenapa aku tiba-tiba rasa lain macam bila tengok dia. Dari semalam lagi. Renungan dia boleh membuatkan aku angau. Yes. Exactly.

“ Arh. Jangan nak merepek. Dia Liyana punya.”

Cepat-cepat aku ambil phone dan keluar daripada situ tanpa pengetahuan sesiapa. Perlukan ketenangan.

**
Sedang aku seronok membelek gaun pengantin  yang akan aku pakai kurang daripada dua minggu lagi tu, seseorang muncul depan mata aku. Saat aku mendongak untuk melihat si empunya diri, aku tersentak kecil. Serentak itu hati aku berdebar lagi. Ceit!

“ Hai.” Tegurnya dengan senyuman manisnya itu.

Aku dengan kekoknya hanya mengangguk. Aku cari Rania. Dia ada dekat kaunter. Tengah melayan pelanggan. Huargh! Kenapa dia boleh ada depan mata aku pula? Aku rasa aku duduk tercorot daripada menjadi perhatian pelanggan. Yala. Aku tengah belek pakaian pengantin ni.

“ Sihat?”

Aku tergaru keningku yang tidak gatal. Asal soalan dia macam pelik sangat? Dah aku duduk sini. Mestilah sihat. Kalau tak sihat dah lama aku duduk rumah.

“ Alhamdulillah.”

Aku kerling Rania lagi. Dia sempat jeling aku dengan kenyitan di mata. Apa?! Tumbuk mahu. Dia sengaja ni. huh! Sebab dia tahu lelaki depan mata aku ni cari siapa.

“ Rania beritahu saya awak kawan dengan model tu.”

See! Dah agak! Dia dekat dengan aku sebab ada motif. Huh! Benci la lelaki macam ni. Mujur model tu aku. Kahkah.

“ Tak rapat pun. Biasa je. Eh maaf. Awak bukan dengan Liyana ke?” Soalku selamba.

Dia tertawa kecil. Asal? Apa yang lawak?

“ Kami kawan je. Lagipun ayah awak bekerjasama dengan syarikat saya. Sebab tu saya berbaik je dengan dia. By the way, dah lama saya tak nampak awak dekat rumah. Awak tinggal dekat mana sekarang ni?”

Aku tersenyum sinis. Kalut pula nak tanya?

“ Bukan urusan awak. Kalau tak ada apa-apa lagi tolong pergi dari sini. Saya busy.”

Aku mula bersikap dingin. Ada rasa kecil hati. Tapi kenapa? Diri sendiri pun tak faham. Huh!

“ Sarah.”

Dia memanggil. Tapi aku tidak hiraukan.

“ Puteri Sarah. Awak lain sangat. Kenapa awak buat saya tertanya-tanya?”

Aku mengerling sekilas ke arah dia yang nampak lemah. Erk. Asal tu? Bila dia kerling aku, cepat-cepat aku tengok ke arah lain.

“ Maksud awak?” Soalku ingin tahu tapi tak tengok pun dia.

“ You make me crazy Sarah.”

Aku terkedu. Aku tengok dia. Tapi dia dah bangun dan keluar daripada situ. Erk! Dia ke aku yang gila?

**
Hatiku melonjak gembira bila kali kedua fashion wedding show berjalan dengan lancar. Aku berjaya lagi. Aku memeluk Rania tanda gembira. Kami berjaya! Alhamdulillah. Sekarang aku pun dah ada ramai peminat. Kahkah. Perasan kau jemah.

“ Assalamualaikum.”

Aku dan Rania menoleh ke belakang. Saat ini hanya Allah saja yang tahu apa perasaan aku. Dia! dah lama aku tak nampak dia semenjak dia datang butik dua minggu lepas.

“ Waalaikumussalam. Hey Daniel. Lama tak nampak. Mana menghilang?”

Oh. Daniel nama dia. Aku Cuma senyum tipis. Malas nak layan atau dia boleh tahu siapa diri aku yang sebenarnya.

“ Busy sikit. Rania. Boleh saya pinjam dia kejap?”

Rania kerling ke arah aku dengan senyuman kecil. Aku dah jeling tanda amaran. Tapi dia tak hiraukan aku pun. Sadis!

“ Boleh. Ambillah. Tapi sebelum pukul 12 je ye. Pukul 12 dia kena balik. Faham?”

“ Beres. Erk awak. Jom?”

Dengan separuh rela aku ikut juga lelaki yang bernama Daniel ni. Aku jeling Rania dengan tajam. Sempat juga dia berbisik ke arah ku.

“ Goodluck. Tawan hati dia. Dia layak dengan kau bukan dengan Liyana.”

Aku senyum hambar. Perlu ke?

“ Come.”

Dia membawa aku ke tepi tasik. Tak jauh daripada dewan. Aku tengok sekeliling. Cantiknya tasik ni pada waktu malam. Dikelilingi dengan lampu kecil-kecil. Cantik sangat. Teruja kejap aku.

“ Saya Daniel. Awak?”

Aku ketap bibir. Aku nak kelentong apa ni? Aku tengok atas.

“ Puteri. Panggil je Puteri.”

Dia kenal aku sebagai Sarah. Tapi bila berubah wajah dan karier ni cukuplah dia tahu nama aku Puteri. Bukan Puteri Sarah.

“ Secantik nama dengan tuan dia.”

Aku diam. Mulut manis.

“ Puteri.”

“ Apa?”

“ Awak dah ada boyfriend?”

Aku tertawa sinis. Boyfriend? Aku tak perlukan seorang lelaki dalam hidup aku.

“ Tak ada.”

“ So saya ada peluang la ni?”

Aku senyum sinis.

“ Tak ada. Sebab saya benci lelaki.” Ujarku terus terang.

“ Then I will make you fall in love with me.”

Okay. Aku terkedu seketika melihat renungan redup dia tu. Cepat-cepat aku toleh ke arah lain. Berdebar weh! Tak pernah rasa perasaan macam ni. Adakah aku sememangnya dah jatuh cinta?

“ Saya nak balik.”

Cepat saja aku memusingkan badan ke belakang. Berura-ura nak gerak balik. Tapi secara tiba-tiba lenganku direntap lembut daripada belakang dan paling malangnya bila aku tak sempat nak control badan aku dengan kasut tinggi lagi. Akibatnya aku nak terjatuh. Cuma , pinggang aku sempat dipaut daripada aku terjatuh.

Aku mengeras dalam pelukan seorang lelaki yang bernama Daniel. Kami saling berbalas renungan. Mata dia cantik. Aku tak nafikan. Mata berwarna hazel. Alis mata yang lentik. Rupa bentuk wajah yang digilai ramai perempuan masa kini. Okay. Jantung aku dah mula berdegup kencang.

“ Erk. Boleh lepaskan saya tak?” Pintaku bila aku rasa semacam.

Perlahan-lahan dia lepaskan pautan pada pinggang aku. Cepat saja aku cover dan ingin berlalu ke dalam dewan semula.

“ Puteri! Wait!”

Langkahku terhenti. Tapi tak pula aku toleh ke belakang.

“ Boleh kita jumpa lagi?”

Aku senyum nipis tanpa pengetahuan dia.

“ Kalau ada jodoh.”

Terus aku pergi meninggalkan dia dalam keadaan yang terpinga-pinga. Arh! Sarah! Kau mesti dah gila kan?

**
Barai! Yes. Aku dah barai! Pergi kelas dengan mata panda. Semalam tak boleh tidur. Mengenangkan lelaki yang bernama Daniel tu. Walaupun dah dua hari berlalu semenjak kejadian tu, aku still tak boleh move on. Gila! Aku dah jatuh cinta ke ni?

Aku meliarkan pandanganku ke sekeliling. Mencari kelibat Rania. Tadi janji nak jumpa dekat kafe kolej aku. Tapi sampai sekarang kelibat apa pun tak nampak. Janji Melayu betul.

“ Beb!”

Aku toleh belakang. Ha! Muncul pun.

“ Lambat!” Perliku.

“ Sorry. Ada customer penting tadi.”

“ Kenapa nak jumpa aku ni?”

Aku kerling jam. Ada kelas lagi petang ni. Malas pula nak pergi.

“ Aku nak sampaikan surat ni.”

Dia menghulurkan aku sepucuk surat. Aku sambut dengan tanda tanya. Aku buka dan tengok isi dalam. Rupanya pemberitahuan tentang fashion wedding beberapa minggu lagi.

“ Aku rasa dia keliru la beb.”

“ Maksud kau?”

“ Sarah. Puteri. Sedangkan dua orang tu orang yang sama. Kenapa kau tipu dia?”

Aku terdiam.

“ Dia suka dekat Puteri bukan Sarah. Dia suka pada kecantikan aku je. Bukan isi hati aku.” Ujarku lirih.

Sedih pula aku rasa. Haha.

“ Kau pasti?”

“ Pasti sangat.”

“ Habis belakang kau tu siapa?”

Aku tersentak. Apa maksud Rania ni? cepat saja aku toleh ke belakang. Tercengang aku nampak Daniel tengah menuju ke arah kami. Aku pandang Rania semula. Dia dah tergelak kecil.

“ Kau beritahu dia ke Rania?”

Aku dah gelabah.

“ Buat apa aku nak beritahu dia. tak ada faedah. Percayalah cakap aku. Dia keliru antara korang berdua.”

“ Argh! Tak nak aku jumpa dia. Aku nak balik.”

Cepat saja aku ambil beg dan ingin berlalu daripada situ. Tapi segala-galanya terlambat bila namaku sudah dipanggil. Rania di sisi dah menjongketkan keningya. Secara mencabar tak nak jumpa ke? Argh! Serabut!

**
“ Sarah.”

Aku Cuma diam. Tunggu reaksi dia yang seterusnya.

“ Nak apa jumpa saya? Dan paling penting mana awak tahu saya study sini?”

Dia tersenyum penuh makna. Dah kenapa?

“ Rahsia.”

Huh. Rahsia pula.

“ Sarah.”

“ What?”

“ Saya suka awak.”

Terdiam aku jadinya tapi tidak lama bila aku tergelak besar. Kelakar kan?

“ Not funny encik Daniel. Ini bukan maharaja lawak wahai encik Daniel.”

Aku mula beriak serius. Tolonglah. Aku tak makan saman. Tapi dia senyum je?

“ I know its you.”

Okay. Aku makin tak faham. Apa maksud dia ni?

“ Okay. Saya balik dulu. Bye.”

Terlopong aku tengok dia yang sudah jauh daripada aku. What the! Hey! Hish!

**
Air mata yang terasa nak mengalir pantas saja diseka. Dadaku ditumbuk perlahan. Rasa sedih dan sakit menyelubungi hati aku saat ini. Pantas saja aku melangkah ke belakang dewan. Tapi pergerakan aku jadi perlahan. Dengan gaun pengantin ni. Arh! Mana Rania ni?!

Malas nak tunggu Rania. Aku cepat saja ambil beg tangan aku dan melangkah ke arah jalan raya. Aku rasa malu. Rasa dikhianati. Rasa tak ada guna aku ada dekat sini lagi. Semua ni permainan dia semata-mata! Dia tipu!

Tapi asal aku kena nangis sebab lelaki bodoh tu! Argh! Aku betul-betul dah jatuh hati dekat dia. Mama. I miss you. Please help me.

Phone aku yang berbunyi tidak aku hiraukan. Aku teruskan saja langkah sampai aku nampak perhentian bas. Aku nak balik. Aku dah tak tahan dan kalau boleh aku tak nak muncul lagi dalam dunia fashion ni.

Bayangkanlah, nak selesai dah majlis tu. Aku pun dah nak masuk ke belakang dah dengan Rania. Tiba-tiba saja aku ternampak dua orang manusia yang aku tidak sangka sama sekali. Tengah berbual mesra. Mesra sangat. Sampai rasa sakit dekat hati. Lepas tu pula yang lebih memalukan bila aku terjatuh. Tersadung dengan wayar. Malu hanya Allah saja yang tahu.

Arh! Menangis je kerja aku ni. Aku benci semua orang! Aku benci! Aku benci kau Daniel! Aku benci! Kenapa kau boleh mesra sampai macam tu sekali dengan kak tiri aku. Kenapa? Kenapa?

Pon! Pon!

Aku toleh sekilas ke belakang. Ada sebuah kereta tengah hon. Hon siapa? Aku ke? Eh! Apa masalah dia? tapi bila tengok pemandu dia betul-betul. Aku terus lajukan langkah. Mana dia tahu aku ada dekat sini?!

“ Puteri! Puteri! Awak nak pergi mana?”

Menjeritlah satu dunia pun aku tak nak peduli fasal kau Daniel!

“ Puteri!”

Tiba-tiba tanganku direntap daripada belakang. Terkejut aku jadinya.

“ Nak apa? Lepaslah!”

Tajam dia merenung aku.

“ Awak okay? Ada cedera dekat mana-mana ke?”

Aku tergelak sinis. Tadi bukan main terkejut tengok aku jatuh. Yang si Liyana tu pula bukan main gelakkan aku. Semua orang gelakkan aku. Sinis belakang aku. Ingat aku tak tahu?!

“ Awak peduli apa? Pergilah sana. Jangan sibuk hal saya.” Berangku lantas lepaskan rangkulanku daripada dia.

“ Saya sayang awak Puteri!”

Sekali lagi aku tak jadi melangkah dan aku gelak besar. Hari tu cakap suka dekat Sarah. Hari ni sayang pula dekat Puteri.

“ Hey! Awak ni jenis tak tetap pendirian eh? Sayang sini sayang sana. Semua perempuan awak nak cakap sayang kan?”

Sindirku pedas. Tapi dia boleh tersenyum. Senyum yang sinis pula tu.

“ Because I know who you are.”

Aku terpempan. Dia mendekati aku.

“ It’s you. I know.”

Dan kini dia berdiri betul-betul dekat dengan aku. Aku pula jadi kaku. Apa maksud dia?

“ Puteri Sarah Hana.”

Sekali lagi aku terpempan. Ya Allah. Dia dah tahu ke siapa aku?

“ Siapa tu?”

Aku mula mengundurkan diri ke belakang.

“ Awak jangan nak tipu saya lagi Puteri Sarah.”

Aku baru nak lari tapi dia lebih cepat tangkap tangan aku yang berlapik ni. Aku terkesima.

“ Kenapa awak tipu?”

“ Saya tak tipu. Dua-dua nama saya kan?”

“ Tapi awak jadikan mereka berdua orang yang berbeza. Why?”

Aku tunduk menekur tanah. Sebab aku tak tahu. Aku tak nak orang kenal aku.

“ Saya benci lelaki. Lepas!”

“ No! Saya takkan lepaskan awak lagi. Cukuplah saya dah kehilangan awak 5 tahun yang lalu.”

Aku tersentak. What? 5 tahun yang lalu? Masa bila aku kenal dia?

“ Ingat lagi tak seorang lelaki berpakaian hitam dan bertopeng tiba-tiba muncul depan awak dan selamatkan awak daripada menjadi mangsa buli? Masa tu awak baru lepas balik daripada kelas. Awak langsung tak tengok saya tapi saya selalu perhatikan awak sampai satu hari saya dapat tahu awak dah pindah. Susah saya cari awak sampai akhirnya Allah makbulkan doa saya dengan jumpa awak dekat rumah awak sendiri.”

Aku terpempan. Aku tiba-tiba teringat peristiwa yang aku tak nak ingat lagi. 5 tahun yang lalu. Ya aku pernah hampir jadi mangsa buli. Tapi diselamatkan oleh seseorang. Yang aku tidak tahu siapa dan tak nak ambil tahu. Dan tiada sesiapa pun yang tahu aku pernah dibuli. Thanks pada penyelamat tu. Tapi tak sangka Daniel hero aku!

“ Awak?”

Mataku mula berkaca-kaca kembali. Dia tersenyum nipis.

“ Ya. Saya. Tengku Daniel Razian.”

Aku menangis. Maaf. Tak tahan. Kenapa semuanya begitu mengejutkan?

“ Ma..macam mana awak tahu saya Sarah? Dan awak masih ingat saya even 5 tahun dah berlalu?”

Tiba-tiba dia menarik lengan aku yang berlapik dan tolak sedikit lengan baju kanan aku ke atas. Dia tunjuk ke arah gelang tangan aku. Aku terkedu.

“ Gelang ni. saya masih ingat gelang ni. awak setia pakai sampai sekarang. That why saya kenal siapa awak Puteri Sarah Hana.”

Aku terkesima. Ya Allah. Kebetulan apa ni?

“ Daniel!”

Kami berdua menoleh ke belakang saat mendengar nama Daniel dipanggil. Saat tengok si pemanggil. Aku tersenyum hambar.

“ Dia cari awak. Saya pergi dulu.”

Tak sempat aku nak berganjak, dia pegang kejap lengan aku. Tak nak lepas. Muka tenang je.

“ Stay.” Ujarnya lantas tersenyum ke arah Liyana.

“ Yes Liyana?”

Liyana nampak terkejut melihat kami berdua. Tambah-tambah lelaki idaman dia tengah memegang lengan aku. Aku Cuma mendiamkan diri.

“ What’s wrong?” Soalnya dekat Daniel.

“ Nothing. Why?”

Dia merenung aku tajam. Kenapa? Ada hutang?

“ Kau! Kau Sarah kan? Puteri Sarah?”

Aku terkedu. Tahu pula? Aku kerling Daniel. Dia Cuma menganggukkan kepala tanda suruh mengaku. Biar orang depan aku ni sakit hati. Huh!

“ Ya. Aku Puteri. Puteri Sarah Hana. Why?”

“ What?! Jadi kau model yang famous tu?!”

Tiba-tiba pula nak meroyan apa hal? Aku tahan tawa.

“ Daniel. Kenapa awak pegang lengan dia?”

“ Because she’s mine.”

Lagilah dia meroyan. Siap ternganga lagi. Aku pula dah terlepas tawa. Kelakar tengok reaksi dia. Belum sempat aku nak bersuara lebih lanjut, ada tiga orang lagi datang ke arah kami. Yang pasti dua orang tersebut orang yang aku sangat kenali. Aku rasa nak lari daripada sini tapi Daniel menghalang.

“ Sudah tiba masanya awak berdamai dengan ayah awak my dear. Walau apa pun yang terjadi dia tetap ayah kandung awak.”

Aku mengetap bibir. Aku tengok ayah dan mak yang semakin menghampiri kami. Rania mengekori daripada belakang.

“ Puteri?”

Aku tunduk menekur tanah. Tak nak bertentang mata dengan mereka. Rasa marah dan sedih.

“ Sarah…” Daniel memanggilku lembut. Seraya memujuk agar tidak berdiam diri.

Aku mengeluh kecil lantas bertentang mata dengan ayah kandung aku sendiri.

“ Yes. Saya Puteri Sarah Hana binti Datok Kamaruzzaman. Kenapa?”

Tiba-tiba ayah meluru ke arah aku lantas memeluk tubuhku. Serentak itu pegangan Daniel terlepas. Daniel tersenyum melihat aku.

“ Ayah minta maaf sayang. Ayah tahu ayah banyak buat salah dekat kamu. Abaikan kamu. Marah kamu. Even bukan salah kamu. Maafkan ayah sayang. I’m wrong.”

Aku terkedu. Aku tak sangka aku akan dapat reaksi ayah macam ni sekali. Aku diam tanpa bertindak apa pun. Selepas ayah leraikan pelukannya, mak pula ambil giliran.

“ Mak pun minta maaf sayang. Mak tak patut dengar cakap Liyana je even Liyana tu anak kandung mak. Maafkan mak. Mak dah mungkir janji dekat arwah mama kamu untuk jaga kamu. Maafkan mak sayang.”

Okay. Mulalah aku rasa nak menangis semula. Mak pula leraikan pelukan. Aku kesat air mata yang nak mengalir. Aku pandang mereka berdua silih berganti.

“ Maafkan Sarah.”

Terus aku memeluk tubuh ayah dan mak. Salah aku juga sebab kurang ajar dengan mereka. Hanya sebab nak memberontak.

“ Kami dah lama maafkan kamu sayang. Kita buka buku baru. Buang yang keruh ambil yang jernih ye sayang.”

Aku tersenyum dalam tangisan. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.

“ So, Daniel? Bila nak berlangsung?”

Soalan ayah membuatkan aku tertanya-tanya. Aku kerling Daniel yang sudah tersengih itu. Minta penjelasan.

“ Belum lamar lagi pakcik.”

“ Jangan lambat-lambat. Nanti dirampas orang.”

Aku jadi terpinga-pinga. Apa maksud dorang ni? Oh! Aku baru perasan wajah masam si Liyana ni. Aku tersenyum sinis.

“ Kau tak nak minta maaf dekat aku ke Liyana? Kau paling banyak buat salah dekat aku?” Sindirku dengan senyuman sinis.

Sekarang semua orang tertumpu dekat dia seorang. Sampai dia tak tentu arah jadinya.

“ A..apa aku pula? Huh! Tak nak! Dah lah kau rampas lelaki idaman aku! Huh!”

Terus dia berlalu meninggalkan kami. Aku Cuma senyum pahit. Biarlah dia.

“ Biar kami pujuk dia. Daniel. Cepat tau. Pakcik tunggu.”

Tinggallah aku dengan Daniel selepas mereka semua berlalu. Jadi kekok pula aku rasakan.

“ Awak.”

Aku toleh ke arah dia dengan debaran menggila.

“ Will you marry me?”

Aku terkesima. Aku tengok kiri kanan. Oh God! Lamaran ke ni?

“ Puteri Sarah Hana?”

Aku menekup muka dan membuat anggukan. Malu tapi mahu. Tolonglah Sarah. Haha.

“ Yes! Thanks dear.”

Thanks juga Daniel.

**
“ Huh!”

Dari tadi tak ada perkataan lain yang keluar daripada bibirku selain perkataan tu. Sebab apa? Sebab aku letih. Asal tinggal aku sorang-sorang kat sini? Yang lain semua dah hilang. Entah pergi mana. Katanya kejap je keluar. Termasuk suami aku pergi angkut sekali. Dah lah tak bagi aku tukar pakaian pengantin ni.

Tapi bila aku tengok diri aku balik. Aku tersengih. Tak sangka aku dah sah jadi isteri kepada Tengku Daniel Razian. Dan gaun pengantin ni merupakan gaun pertama yang aku pakai masa fashion wedding show sebelum ni. direka khas dari Rania. Terima kasih Rania. Aku sayang kau.

But, kenapa tinggalkan aku seorang diri dalam bilik ni? Panas! Nak salin pakaian tak bagi. Akhirnya aku Cuma buka tudung dan terbaring lesu atas katil ni. Argh! Tidur dululah. Letih! Letih menunggu. Mujur majlis resepsi dah selesai.

Aku ambil bantal dan mula memejamkan mata. Satu. Dua. Tiga. Terus aku rasa mengantuk aku hilang bila terasa ada sentuhan pada kepalaku.

“ Sayang.”

Aku buka mata dengan perlahan-lahan. Ternyata suami tersayang. Aku cepat bangun duduk dengan muka letih.

“ Pergi mana lama sangat? Letih lah.” Ngaduku lantas betulkan rambut. Dengan gaun pengantin yang tebal ni. haish! Menyusahkan.

“ Sorry lambat. Abang hantar semua balik.”

Aku terbeliak.

“ habis? Siapa ada je dekat rumah kita sekarang ni?”

“ No one. Just us.”

Aku terdiam. Mana aci. Tak sempat nak jumpa.

“ Baru nak jumpa dorang.”

“ Esok ada lagi. Hari ni nak lepaskan rindu dengan isteri tersayang.”

Okay. Aku dah rasa berdebar bila dia tiba-tiba pandang aku semacam. Tubuh dia pula makin mendekat sampai aku tersandar dekat kepala katil.

“ Erk. Abang? What’s wrong?”

“ Jujur abang cakap. Sayang cantik sangat hari ni. Macam malam tu. And I love you. Very much. Miss you so much.”

Aku tersenyum kecil.

“ Thanks. Thanks sebab sudi pilih Puteri and masih kenal Puteri sampai sekarang.”

Dia tersenyum dan sedar tak sedar aku dah terbaring. Dia pula duduk mengiring ke arah aku. Kepalaku diusap perlahan. Jarinya bermain lembut dengan rambutku.

“ Allah panjangkan jodoh kita.”

“ Alhamdulillah.”

“ And tonight. Izinkan abang?”

Aku terteguk air liur saat bibirnya dah mendarat pada leherku.

“ Thanks Tengku Daniel Razian. And yes. You can.”

Terus aku peluk dia bersama perasaan yang sukar untuk aku ungkapkan. Mama. Sekarang anak mama dah bahagia. Terima kasih mama. Doakan Sarah ye ma. I miss you.

~The End~

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers