Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday 8 March 2013

Cinta Bersatu (9)


" Boleh saya tanya awak sesuatu?"

Aku yang sedang makan hanya mengangguk.

" Awak sudah ada buah hati ke sebelum berkahwin dengan saya?"

" Uhuk!" Tersedak aku dengar soalan dia. Kenapa dia tanya macam tu. Saat aku tengah makan pulak tu.

" Kenapa awak tanya macam tu?" soalku kembali tanpa melihatnya.

Kalau betullah aku ada teman lelaki sebelum berkahwin dengan dia kan? Jawabnya aku takkan setujulah dengan permintaan mama aku tu. Tak sangguplah. Ni pun sebab aku tiada teman lelaki. Ergh! Takkan tak faham-faham lagi kot.

" Yelah. Takut saya lukakan hati buah hati awak."

Aku tersenyum sinis. Tahu pun takut. Masa kahwin dulu tak mahu fikir pula soal ini.

" Cara awak tanya macam awak tahu je siapa buah hati saya. Atau awak dah tahu?" sengaja aku menduganya. Ingin tahu reaksi dia. Biar dia tahu rasa.

" Tak. Tapi kalau betul pun. Saya takkan sesekali lepaskan awak. Jangan harap."

Terkedu aku mendengar percakapannya yang serius itu. Bukan main-main weh! Sampai berdebar-debar hati aku ni.

Aku teruskan suapan tanpa menghiraukan dia.

" Esok awak ikut saya ke satu tempat. Boleh?"

" Ke mana?" Aku kesat mulut dengan tisu.

" Rahsia. Awak sudi ikut tak?" Aku berfikir sejenak. Esok aku tiada kelas. Jadi bolehlah aku ikut dia.

" Okey." putusku lalu menyambung suapan.

" Terima kasih. Sayang awak."

Aku hanya mencebik. sayang lah sangat. huh!

**
Mana dia pergi ni. Tadi kata nak bayar duit makanan. Tapi takkan punya lamanya. Aku dah kebas punggung duduk dalam kereta ni. Haih!

Kadang-kadang dia boleh di harap juga ye. Macam tadi. Sanggup dia bawa aku pergi makan bakso. Hehe.. Yelah..siapa kahwin dengan aku kalau dah tahu perangai aku ni tak boleh blah. Degil juga aku ni tahu tak?

Jadi mahu tak mahu dia kena terima juga. Anuar.. Aku tengah berusaha buang rasa benci tu. Biar pun lambat. Aku harap kau sanggup tunggu. Jangan mungkiri janji kau.

" Maaf lambat." Tersentak aku. Tapi aku berlagak selamba.

" Kenapa?" soalku kembali.

" Nah.."

Dia menghulur kepadaku sebuah buku. Aik? Dekat-dekat sini ada kedai buku ke? Tak tahu pula aku.

" Kenapa awak beri saya?"

Buku yang aku dapat bertajuk Wanita Muslimah Sejati.

" Saya tahu awak tengah berusaha memperbaiki diri awak. Jadi saya ingin bantu awak."

Aku tersenyum kecil. Tak sangka aku. Terharu pula.

" Terima kasih. Tapi awak tak payahlah susah-susah. Nanti bila saya ada duit lebih saya akan beli sendiri."

Aku menyimpan buku itu ke dalam beg kuliahku. Balik nanti aku baca.

"Tak menyusahkan pun. Awak kan isteri saya." Dia tersenyum ke arahku.

Aku hanya mendiamkan diri. Kadang-kadang aku rasa kerdil apabila berada di sisi dia. Aku rasa aku tak layak langsung berada di sisi dia. Tapi adakah semua ini telah ditakdirkan untukku? Benarkah dia jodohku yang sebenar?

**
Prit!!

Aku tersedar daripada tidur. Aku memandang Anuar. Dia kelihatan terkejut sangat. Ada apa-apa yang berlaku ke? Anuar?

" Awak okey?" dia menyoalku dengan cemas.

Aku hanya mengangguk perlahan. Kemudian aku memandang ke hadapan.

" Ya Allah.."

Apa dah jadi? Kelihatan sebuah kereta remuk di bahagian hadapan berada di hadapan aku. Aku menoleh melihat Anuar. Dia keluar daripada kereta dengan resahnya. Apa yang sebenarnya telah terjadi?

" Maafkan saya. Tapi awak yang bawa laju sampai tak beri isyarat yang awak ingin masuk ke lorong kiri."

Terdengar suara Anuar memohon maaf. Aku teringin keluar untuk lihat keadaan sebenar kereta Anuar. Pasti teruk.

Tapi hasrat aku mati apabila melihat seorang wanita yang sangat di kenali. Wanita yang pernah menghinaku dulu. Wanita yang suka memperli aku dan keluarga. Apa yang dia buat dekat sini? Takkan dia pemilik kereta ni?

" Well... inilah pemilik kereta yang melanggar kereta saya ya?"

Tanpa berlengah, aku pantas keluar daripada kereta. Ingin berhadapan dengan wanita itu sendiri. Wanita yang aku patut gelar mak cik suatu ketika dulu. Tapi mungkin tidak lagi kerana aku baru tahu yang dia mak cik tiri aku. Kakak tiri papa.

" Anuar? What happen?" soalku kepadanya.

Aku sempat menjeling wanita itu. Terpamer senyuman sinis di bibirnya. Dan aku sangat bencikan senyuman itu.

" Oh..Diana! Long time i not see you. How are you?"

Aku membalas senyumannya. Tapi sangatlah tidak ikhlas. Kemudian aku menoleh ke arah Anuar. Dia kelihatan tertanya-tanya.

" I'm fine aunty. Anyway... Saya minta maaf sangat atas apa yang telah terjadi. Tapi saya tak hairanlah sebab aunty kan kaya. Banyak duit. Sampai boleh hina keluarga saya sesuka hati. Jadi saya rasa aunty tak kisah kalau kereta aunty terbakar pun. Kan?"

Aku menjelingnya tajam. Dia terkedu akan percakapanku. Aku melihat kereta Anuar. Tak teruk sangat. Kemudian aku menarik Anuar agar masuk ke dalam kereta. Biar aku pula yang memandu.

" Wait!" Langkahku terhenti. Tapi mujurlah Anuar sudah masuk ke dalam kereta. Di sebelah pemandu.

" Saya tak sangka awak masih belum berubah. Diana..." Terdengar tepukan daripada dia.

Ya Allah..berilah aku kesabaran dalam menangani hal ini. Walau apapun dia mak cik aku.

" Saya tak mahu cari gaduh dengan aunty. Yang saya tahu aunty kan sudah putuskan hubungan keluarga dengan keluarga kami. Jadi saya rasa saya tak patut masuk campur lagi atas urusan aunty. Assalamulaikum."

Pantas aku masuk ke dalam kereta di tempat pemandu. Tanpa menghiraukan jeligan Anuar. Aku teruskan pemanduan seperti biasa.

Fuh! Terlepas juga daripada aunty aku tu. Mujur dia tidak minta ganti rugi. Lega..tapi kalau mama tahu memang habis aku.

" Dee.." Ups! Masih belum selesai. Aku tersengih ke arahnya. Seriusnya pandangan dia.

" Yap.."

" Siapa tadi tu? Awak kenal ke?" Dah agak. Aku tersenyum kecil. Malaslah nak cerita soal ini.

" Nantilah bila free saya beritahu. Okey?"

" Nop!"

Hok Alah! Mu neh... Ha tengok. Keluar dah kacek kelantan aku. Hishh.. Nampak gayanya aku kena beritahu jugalah.

" Macam ni. Dia makcik saya. Tapi makcik tiri. Kakak tiri papa saya. So? Ada apa-apa lagi soalan?" Cukup kot aku cerita setakat itu.

" Tapi kenapa riak dia macam tak suka dekat awak. Awak pun sama?"

Alahai! Dah sampai ke tahap itu pulak. Last-last aku buat tak dengar. Malas lah. Biarlah mama dan papa yang terangkan. Itu pun tunggu beberapa tahun lagi.

" Dee.." Serius je nada dia. Terhambur keluhan kecil daripada mulutku.

Serta-merta aku hentikan pemanduan di stesen minyak Petronas.

" Saya tak patut dan tak mahu lagi ungkit soal itu. Saya benci dan tak suka." ujarku perlahan.

Tanganku genggam stereng kereta. Mataku tunduk memandang kaki.

" Tapi..saya berhak tahu."

" Awak tak berhak!" Bentakku kasar.

Tengok! Ni yang tak suka. Kalau dah aku tak mahu cerita tu tak yah lah degil nak dengar juga. Ish!

Aku menoleh ke arahnya. Dia memandangku serius. Aku pula hanya membiarkannya lantas meneruskan pemanduan. Biarlah dia reda sikit. Aku penatlah!

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers