Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday, 31 January 2013

Cinta Bersatu (7)


" Assalamulaikum ibu."

" waalaikumussalam."

Tangan ibu mertua aku kucup. Senyuman manis ku berikan kepada dia.

" Menantu ibu sihat tak?" soal ibu.

Aku mengangguk perlahan.

" Alhamdulilah. Sihat je.." jawabku dengan senang hati.

" kamu berdua duduk dulu. Ibu nak ke dapur jap."

" ibu..tak payah susah-susahlah kalau ibu nak buat minuman. Kami kejap je ni." halang Anuar.

" tak apa. Kejap je.. duduk dulu."

Ibu terus melangkah ke dapur. Aku mengambil tempat di sofa. Aku memerhati sekeliling. Dekorasi rumah ni memang unik dan cantik. Pasti ibu seorang yang suka mendekorasi ni. Boleh minta petualah.

"Nanti awak akan duduk dirumah sewa saya. Rumah tu di belakang taman perumahan ni. Dekat je." maklumnya.

Aku tidak hiraukan dia malah bangun dan bergerak ke dapur. Ingin membantu ibu.

" Ibu buat apa?" soalku apabila masuk ke dapur.

" Tak buat apa-apa pun. Kamu pergilah duduk di hadapan tu. Nanti ibu bawakan minuman ke hadapan."

Aku tersenyum.

" Tak apa. Ibu.. Dee nak tahu sesuatu boleh?" soalku.

" Tanya je lah. Apa?" Ibu memberhentikan kerjanya dan menumpukan sepenuhnya kepada aku.

Aku jadi ragu-ragu. Patutkah aku tanya ibu. Tapi takut ibu terasa pula akan soalan aku ni. Hurmm..

" Dee.." AKu tersenyum melihat ibu.

" Tak ada apa-apalah. Lupakanlah." ujarku.

IBu melihatku pelik.

" Tanya je. Ibu tak kisahlah." AKu terteguk air liur. Alang-alang tu tanya je lah.

" Boleh ke ibu terima Dee ni sebagai menantu ibu. Dee ni bukan seperti perempuan di luar sana. Bukan menantu yang baik. Dee rasa abang Nuar tu patut cari yang lebih baik daripada Dee." ujarku terus terang.

Ibu ni memang baik orangnya. Kuat agamanya. TApi sayanglah kalau menantu dia jauh berbeza sangat. Aku yang jadi malu nanti.

" Dee..kenapa kata macam tu. Ibu tak kisahlah. Dee boleh berubahkan? Ibu tak kisah pun. Ibu terima je pilihan anak ibu tu. Dah kamu yang dia pilih. Jadi ibu terima hati yang terbuka. Dee anak yang baik. TAk semestinya perempuan di luar sana perangai dia lebih baik sedangkan anak menantu ibu ni seratus kali lebih baik."

Aku terdiam.

" Dee.. ibu tak akan salahkan kamu dan Nuar. Yang ibu tahu ibu gembira melihat anak ibu tu. Dia kata dia tak menyesal pilih kamu menjadi isteri dia. Dia ada kata juga yang dia akan usaha supaya Dee dapat terima dia. Ibu tahu kamu terdesak terima perkahwinan ini. Ibu tahu segalanya Dee."

Aku tersentap. Aku melihat wajah ikhlas ibu.

" Kamu tak perlu rasa bersalah. KAmu seharusnya bersyukur kerana mendapat Anuar tu. Dia sayangkan kamu Dee."

Bahuku diusap ibu. Ibu tersenyum melihat aku yang terdiam daripada tadi.

" Ibu.. apa yang lama sangat di dapur ni.."

Muncul Anuar dengan tanda tanya. Aku pantas bergerak masuk ke dalam tandas. Mujur tandas dekat dengan dapur. Aku nak lari sebab air mata aku dah bertakung dari tadi.

Entah kenapa hati aku jadi sebak selepas mendengar kata-kata ibu sebentar tadi. Bagai nasihat seorang ibu kepada anaknya.

Ya Allah.. adakah aku yang bersalah? Aku tahu aku masih belum dapat meredhai lagi perkahwinan ini. TApi aku berhak diberi waktu untuk menerima segalanya. Ya Allah. Bantulah aku.

Aku tak mahu kalau terus-terusan menderhakai suami sendiri. Aku juga kasihan melihat dia. TApi kenapa setiap kali aku ingin berhadapan dengan dia dan berbincang berdua. PAsti ada saja perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

" Dee.. lambat lagi ke dalam bilik air tu. Abang tunggu di ruang tamu ya.."

Aku menyentuh dada. Memang rasa sakit tu tak pernah hilang. Ia perlukan waktu. Ia bukanlah mudah ingin membuang kenangan itu dan menyembuhkan luka ini. Aku tahu dia ikhlas meminta maaf daripadaku. TApi entahlah.. Aku masih sukar nak terima dirinya.

" Aku bukan seorang perempuan yang mudah mengalah."

Ya.. betul. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum melangkah keluar daripada bilik air. Air mata ku seka. Aku cuba ukir senyuman yang paling manis buat diriku.

Kuatkan semangat Diana.

****

" Apa yang awak bualkan dengan ibu saya tadi?"

Aku menoleh ke arahnya sekilas. Aku kembali menoleh ke tingkap kereta. Tiada hati nak berbual dengan dia.

" Dee.. dengar tak apa yang saya cakap ni?" AKu mengangguk kecil.

" JAdi..beritahulah." Dia masih tak berputus asa. TApi aku memang tak ada mood nak bercakap ni.

" Hurmm.. tak ada apa pun." balasku malas. Kepalaku sandar.

" Awak letih ke?"

" Hurmm.."

" Awak nak tidur?"

" Hurmm.."

" Awak nak singgah ke mana-mana dulu tak?"

" Hurmm.." Dia masih tak berputus asa. Tanya macam-macam. Biarlah.

Tiba-tiba tangan kananku ditarik perlahan. Aku menoleh ke arahnya.

" Saya tidak akan lepaskan awak lagi. Saya akan menggengam awak selamanya di hati ini."

Ucapnya lembut. Walaupun dia tidak menoleh ke arahku tapi aku dapat kesan senyumannya. Tanganku dikucup perlahan.

" Dee.. saya sayangkan awak."

Aku kembali menarik tanganku dengan perlahan. Kenapa awak selalu berubah? Kejap macam tu , kejap macam ni. Awak buat saya keliru.

" Awak.. tolong lepaskan saya kalau awak tidak mahu menjaga saya lagi." ujarku tanpa melihatnya. Aku cakap macam tiada perasaan. Tapi sebenarnya hati aku rasa lain ketika mengucapkannya.. Aku pun tak tahu kenapa.

" Apa maksud awak?" Aku tersenyum kecil.

" Saya tak mahu kalau saya terus bersama awak. HAti awak akan terluka. LAgipun saya masih bencikan awak." ujarku perlahan.

" Dee.."

" Lupakanlah.. apa yang saya kata tadi."

Aku terus menoleh ke arah tingkap kereta. Tiba-tiba saja air mataku mengalir. Aku tak faham betullah dengan perasaan ni. Kejap marah kejap sedih. Argh!!!

~Bersambung~

Thursday, 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul

Assalamulaikum semua...

Alhamdulilah.. banyak-banyak dipanjatkan kesyukuran kepadaNya diatas nikmat yg diberi. 

Hari ini 12 RABIUL AWAL 1434 bersamaan 24 Jan 2013...Iaitu merupakan hari KEPUTERAAN NABI atau KELAHIRAN NABI. 

Alhamdulilah kita dapat menyambutnya lagi pada tahun ini. Jadi pada hari, bukan saja pada hari ini. Kalau boleh setiap hari. Marilah berselawat ke atas Nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhamad S.A.W. Sesungguhnya kita semua pasti merinduinya. Dengan kata lain, kita hanya mampu berdoa dan sentiasa mengingatinya. SubhanaAllah.. :)

Mari kita-kita sama-sama mengalunkan selawat. 






Monday, 21 January 2013

Setia Hujung Nyawa





Akhirnya! Akhirnya! Aku jumpa jugak... eh?.. Terlupa plak.

Assalamualaikum semua!.. Hehe.. Teruja sangatlah katakan..

Akhirnya aku jumpa lagu yang aku nak cari sangat ni...
Penat cari jumpa juga..
Lagu Setia Hujung Nyawa ni..(full version punya)
Fuh! 

Nak Tak? Ehehe..
Kalau nak bolehlah mendownload di laman web bawah ni 

OST SETIA HUJUNG NYAWA 

Liriknya!

Aku tak bisa 
Menidakkkan rasa cinta
Meski ku  tak bisa
Melupakan selalu.. 
resah hatiku

Maafkan diriku 
Melukakan mu..

Cinta jangan engkau pergi
Jauh dari diriku lagi
Sesungguhnya cinta kita 
Setia ke hujung nyawa..

Ini jelah yang aku ingat..tak tahulah betul atau tidak..
Ehehe..

Enjoy ^^

Cinta Bersatu (6)



Aku tersedar saat terdengar pintu ditutup. Aku menenyah mata berkali-kali. Huargh! Rasa nak tidur lagilah pula.
 

Aku toleh ke sisi. Aik! Aku terus bangun dari tidur. Macam mana aku boleh berada di atas katil ni. Takkan Anuar yang angkat aku. Ini dah melampau. Dia ada buat apa-apa tak. Ha!
 

AKu jadi gelabah. Aku memeriksa katil. KAlau betul dia tidur sekatil dengan aku semalam. Pasti kain cadar ni tidak sekemas ni pun. Takkan dia tidur di sofa semalam.
 

Tiba-tiba pintu dikuak. AKu mendongak melihat dia. Dia tersenyum saja ke arahku.
 

" Kenapa? Awak risau yang saya akan buat sesuatu dekat awak? Jangan risaulah. Saya tak buat apa-apa pun." ujarnya lalu bergerak ke meja solek.
 

" Awak tidur di mana semalam?" soalku.
 

" Di sofa." Aku tersentap.
 

" kenapa awak angkat saya . Awak tidur je lah dekat katil ni."
 

Dia tersenyum simpul.
 

" saya takkan biarkan isteri saya tidur di sofa. Biarlah suami dia saja yang berkorban sedikit." Aku jadi tergamam. Aku tak boleh jadi begini.
 

" Awak pergilah mandi dulu. Lepas ni siap-siap. Kita pergi rumah ibu saya pula."
 

Hurm.. ni yang malas ni. Kena berlakon baik ke depan ibu dia. Nampak gayanya begitulah.
 

****
" Dee..." Aku menoleh sekilas.
 

" Apa?" TAnganku disilangkan.
 

Sudah 10 minit berlalu. Sepanjang perjalanan ke rumah ibu dia. Keadaan jadi sunyi sepi. Tanpa bual bicara antara kami. Itu lebih baik daripada melawan mulut ni. Tahu nak menang je.
 

" Tak boleh ke awak panggil saya dengan panggilan abang. Bukan ke saya tua tiga tahun daripada awak."
 

Aku tersengih.
 

" Sorry? Abang? Huh! Lupakan je lah. Awak kena tunggu lah kalau nak saya panggil awak abang. Hati saya ni tak mudah nak terima awak." ujarku selamba.
 

" Gara-gara peristiwa 6 tahun yang lalu?"
 

Aku mengetap bibir. Kalau dah tahu kenapa tanya lagi. Itu pun tak faham-faham lagi ke? Dan dia buat aku kembali teringat peristiwa itu.
 

****
" Abang nak Dee pergi pakai cantik-cantik. Dan lepas tu tunggu abang di taman. Boleh?"
 

Aku tersenyum ceria dengan ajakan abang Nuar. Aku pantas mengangguk.
 

" abang tunggu di situ taw. Jangan tinggalkan Dee." ujarku.
 

" ya.. sudah..pergilah."
 

Aku pantas melangkah masuk ke dalam rumah. Aku sangat gembira kerana akhirnya abang Nuar mengajak aku pergi bersamanya. Aku tak tahu ke mana. TApi itu tak penting. Yang penting aku dapat keluar dengan abang Nuar.
 

Selesai aku bersiap cantik-cantik, aku pergi jumpa mama. Aku maklumkan kepada dia.
 

" mama.. Dee nak pergi jumpa abang Nuar jap. Mama.. cantik tak?" soalku sambil tersenyum ke arah mama.
 

Mama tersenyum lalu mengangguk.
 

" Ya..anak mama sentiasa cantik. Pergilah tapi jangan balik lambat sangat."
 

Aku hanya mengangguk.
 

Aku bergerak ke taman yang berada di hadapan rumah aku saja. Aku menunggu disitu. Tak sabarnya rasa.
 

" Dee.." Aku tersenyum. Itu suara abang Nuar.
 

Aku menoleh ke belakang. Tapi senyuman aku mati saat ternampak dua orang kawan abang Nuar turut berada di situ. Apa yang mereka buat di sini?
 

" Dee..kenalkan ini kawan abang." Aku hanya tersenyum tipis ke arah mereka.
 

" Hei Nuar..Ini ke perempuan yang kau nak tunjukkan kat kami tu?" Aku tersentak.
 

" ya..cantik tak? Dan kalau korang nak tahu dia sudah macam pengawal peribadi tak berbayar aku. Jadi hari ni korang suruh je dia buat apa-apa pun. PAsti dia sanggup."
 

Aku tergamam akan kata-kata abang Nuar. Apa yang abang Nuar kata tu amat menyentap perasaan aku. Sanggup dia kata aku ni pengawal peribadi tak berbayar dia. Tahukah dia yang aku ni sepupu dia juga.
 

" okey... Urm.. Dee.. boleh tak awak menyanyi dihadapan kami." Aku menggigit bibir.
 

AKu pandang abang Nuar yang sedang seronok ketawa itu. Sungguh hati aku sakit saat ini.
 

" Abang? Apa semua ni?" soalku dalam nada terkawal.
 

Dia memandangku dengan pelik.
 

" Kenapa? Salahkah kalau kawan abang minta permintaan. Dan Dee kan sanggup buat apa-apa saja untuk abang. So?"
 

Air mataku mengalir jua. Aku tak sanggup lagi dengar kata-kata yang akan terkeluar dari mulut dia. Dengan spontannya aku terus menampar pipi abang Nuar. Puas hati aku.
 

" abang ingat abang boleh buat apa-apa saja dekat Dee. Dee tahu Dee ni masih mentah. Bukan macam abang. Tapi abang tak berhak memperlakukan Dee sebegini." ujarku geram.
 

Aku tak sanggup lagi berhadapan dengan dia. AKu tak mahu lagi berjumpa dengan dia. Aku terus berlari dari situ. Sampai hati dia buat aku begitu. Aku tahu aku tak patut simpan perasaan terhadap dia walaupun secebis. Aku tak layak.
 

Tapi salahkah kalau aku inginkan perhatian daripada dia. YA Allah..
 

***
" Dee.."
 

Aku tersentak daripada lamunan. Air mata yang mengalir secara tiba-tiba ku seka perlahan. Tak patut aku teringat kejadian itu lagi. Ia sungguh pahit buatku.
 

" What wrong?" soalnya risau.
Aku tersenyum lalu menggeleng perlahan.
 

" Dee..saya nak tahu. sampai bila awak harus jadi begini. Lupakanlah kenangan silam tu. Saya tahu saya salah. Saya minta maaf sangat-sangat."
 

Aku mendengus kasar.
 

" Awak cakap memang senang. TApi awak tak tahu perasaan saya masa tu. Awak mempermainkan perasaan seorang budak perempuan yang berumur 14 tahun. Budak yang masih mentah dan tak tahu apa-apa. Awak buat dia malu dan anggap dia macam kawan-kawan awak? Gitu?"
 

Aku tersengih.
 

" Yelah..apa yang budak tu boleh buat. Dahlah budak tu simpan perasaan dekat lelaki tu. Tapi lelaki tu permainkan perasaan dia. Budak tu manalah tahu kan?"
 

" Dee...Please.." AKu memandangnya tajam.
 

" Kenapa?" soalku.
 

" Bukankah saya dah meminta maaf."
 

" It not enough!" bentakku kasar. Huh! Ini yang tak suka bila bercakap soal ini. Dalam keadaan begini. Lagi aku tak suka.
 

" Apa lagi yang harus saya lakukan?" soalnya seperti pasrah dengan jawapan aku.
 

Aku kembali menoleh ke kiri. Aku menggeleng perlahan.
 

" Tak usah. Lupakanlah.." ujarku perlahan.
 

Terdengar keluhan kecil daripadanya. AKu tahu kau tak puas hati. Tapi aku lagi tak puas hati. Argh! Frust betullah.
 

" Terserahlah. Yang pasti saya takkan berputus asa." tekadnya dan kedengarannya sungguh yakin sekali.
 

Whateverlah!

~Bersambung~

Monday, 14 January 2013

Cinta Bersatu (5)


" Tahniah Dee.."
 

Aku tersenyum hambar akan ucapan kakak aku. Aku tidak rasa gembira langsung. Selalunya orang selepas berkahwin rasa gembira. Tapi aku tidak. AKU tidak rasa apa-apa pun. Tambahan pula berkahwin dengan orang yang tidak dicintai.
 

Dia telah sah menjadi suami aku. Aku dapat kesan wajahnya yang ceria itu. Mungkin dia bahagia tapi tidak aku.
 

" Dee.. salam tangan suami tu." Aku tersentak.
 

Tangannya ku sambut dan ku kucup. Serentak itu juga dahi ku dikucup perlahan olehnya.
 

" Anuar akan membuat Dee bahagia. Percayalah." bisikknya perlahan.
 

Aku hanya mendiamkan diri. Tak tahu nak kata apa-apa. Apatah lagi dihadapan orang ramai ni.
Yang pasti kata-katanya tadi buat aku berdebar-debar. Aku pun tak tahu kenapa. Arh! Sabar Dee.. Kau mesti sabar.
 

" Jom keluar.." ajaknya. Aku hanya menurut. Nanti orang sekeliling ni kata apa pula.
 

Tapi nasib baik juga majlis ni diadakan ringkas sahaja. Orang yang dijemput pun tak ramai sangat. Mama kata nak buat majlis yang meriah selepas mereka balik daripada Ausrtalia. Whatever lah! Yang penting mama dan papa puas hati.
 

Tiba-tiba pinggangku dirangkul. Aku mengetap bibir. Aku tak suka diperlakukan begini. Jadi aku mencubit tangannya dengan senyuman senget. Biar dia tahu rasa.
 

" Ouch!" Aku tersengih kerang busuk.
 

" sakit ye.. maaflah ya..Dee tak sengaja." ucapku main-main.
 

Malas nak berada dekat dengan dia. Jadi aku melangkah jauh ke hadapan. Pergi masuk rumah lagi bagus.
 

" Ana!" Langkahku terhenti. Itu bukan Badrul ke.
 

Aku menoleh dan ternyata dia. AKu tersenyum senang. Aku melangkah ke arahnya.
 

" Aku ingat kau tak datang." ujarku.
 

" Maaflah. Jalan sesak tadi. Tahniah ya.." Aku mencebik.
 

" Jangan ucap tahniaah kat aku. Meluat aku dengar." Badrul tertawa kecil.
 

" Jangan memasamkan muka. Nanti suami tak suka." Aku senyum senget.
 

" Lagi bagus kalau dia tak suka. Kau datang seorang je ke?"
 

Badrul tersenyum lalu menoleh ke belakang. Aku pelik dan turut melihat apa yang berada di belakangnya.
 

" Aku nak perkenalkan kau dekat seseorang." Aku tersenyum teruja.
 

" Really? who?" soalku teruja.
 

" Izah.. sini.."
 

Datang seorang perempuan bertudung di sisi Badrul. Manis sekali orangnya.
 

" Ini Izah. Izah..Ini Diana." Aku senyum lalu bersalaman dengan Izah.
 

" Anyway.. Izah ni siapa bagi kau? Teman wanita ke?" soalku sambil tersengih.
 

Izah tertunduk malu manakala Badrul tersengih kerang busuk. Dah agak.
 

" Tahniah Izah. Aku tak sangka yang Badrul ni diam-diam ubi berisi. Tak beritahu aku pun. Sampai hati."
 

Aku memandangnya geram.
 

" sorrylah. Memang aku nak beritahu lebih awal. Tapi aku tak mahu ganggu kau. Tambah-tambah dengan mood kau yang tak stabil sebelum ni. Tapi sekarang kau dah tahu kan?"
 

" Ye.. Eh? Masuk lah makan dulu. Izah.. Badrul. Masuk.."
 

Aku memandang mereka dengan senyuman senang hati. Seronok aku melihat mereka berdua. Mereka berdua memang serasi. Bukan macam aku. Alahai! Angan-angan aku sebelum ni nak dapat seorang lelaki yang macho dan baik hati hancur. Huhuhu..
 

" Dee.." Aku menoleh malas. Dah tahu siapa gerangan itu.
 

" Nak apa?" soalku selamba.
 

" Cuba senyum sikit." Aku merenungnya tajam.
 

" senyum? Boleh tapi bukan di hadapan awaklah."
 

Terus aku pergi dari situ. Hati yang sebal dan aku rasa nak jerit je sekarang ni. Wargh!
 

" Dee.." Tiba-tiba bahuku di paut kejap olehnya.
 

Aku melihatnya geram.
 

" Lepaskan boleh tak?" soalku.
 

Dia menggeleng sambil tersengih. AKu merengus kasar. Dia ni memang sengaja uji kesabaran aku.
 

" Awak.. baik awak lepaskan saya sebelum saya buat sesuatu yang di luar jangkaan." Aku cuba mengugutnya.
 

Tapi dia tidak memberi respon malah menarik aku ke sisinya dengan lebih rapat. Haih! Ini dah melebih.
 

" Jangan risau. Kejap je.. Lagipun Dee kan suami abang."
 

Aku nak termuntah dengar dia sebut perkataan abang tu. Argh! Aku menjelir lidah ke arahnya.
 

" Werk! Malas nak layan awak." Huh!
****
Aku perlahap je apa yang ada dihadapan aku ketika ini. Lapar tu jangan cakaplah. Dah berbunyi dah perut aku semenjak tadi. Mujur majlis dah selesai .
 

" Makan tak ajak pun." Dia ni memang tak boleh tengok orang senang lah.
 

" Memang tak ajak pun." Jawabku selamba.
 

" Tolong abang boleh tak?" soalnya. Aku memandangnya tajam.
 

" Awak..dengar sini ya. Memang kita sudah menjadi suami isteri yang sah. Tapi itu tak bermakna saya akan layan awak sebagai seorang suami. Jadi awak buatlah sendiri ya.." ujarku dengan senyuman tipis.
 

" Apa yang bising-bising ni." Muncul mama dengan pelik.
 

Aku hanya mendiamkan diri. Makan lagi bagus.
 

" Dee... mama nak cakap sikit dengan kamu selepas ini. Mama tunggu di ruang tamu."
 

Suara mama itu seperti suatu arahan yang harus aku turuti. Jadi aku hanya mengangguk. Anuar yang tersenyum dari tadi aku tidak hiraukan.
 

Selepas makan, aku bergerak ke ruang tamu. Semuanya telah berkumpul termasuk Anuar. Apa yang penting sangat ni?
 

" Dee.. duduk sini.."
 

Mama ajak aku duduk di sisinya. Aku hanya menurut. Aku melihat mama dengan tanda tanya.
 

" apa yang mama nak bincangkan tu?" soalku terus.
 

" Dua hari lagi kami akan berangkat ke Australia. Dee pun dah berkahwin. Jadi mama pun tak rasa susah hati lagi. Selepas ini kalau boleh Dee ikut Anuar ya. Tidur rumah dia." Aku terbeliak memandang mama.
 

Aku nak ikut balik rumah dia? Tak balik sana tak boleh ke. Aku tahu yang isteri patut ikut suami. Tapi rumah ni pun okey juga pa. Lagipun dekat dengan kolej aku.
 

" tapi ma.."
 

" Jangan bantah Dee. Lagipun tempat isteri di samping suami." Pintas papa.
 

AKu mengeluh kecil. Dah tak boleh buat apa-apa dah. Eh? Tunggu jap.
 

" Tapi rumah Anuar jauh dengan kolej. Lagipun ia memakan masa yang lama." ujarku cuba berikan alasan.
 

" sayang.. abang kan boleh hantar." Aku memandangnya geram. Yang dia ni menyampuk pe hal.
 

" Tak usah. Dee boleh pandu kereta sendiri." tolakku tanpa memandangnya.
 

" Dee.." teguran mama tidak aku pedulikan.
 

" Tinggal bersama Anuar ya. Anuar..mama harap kamu dapat jaga anak mama dengan baik." Sempat mama berpesan kepada Anuar.
 

" Pasti. Itu sudah menjadi tanggungjawab Nuar ma. Mama jangan risau." balasnya sambil tersenyum.
 

Aku melihat mereka silih berganti. Kelihatan mama dan papa berasa gembira dengan adanya Anuar. 

MUngkin kehadiran menantu dirumah ini buat mereka gembira. TApi keluarga ni cipta rekod lah.
Yalah. Abang dan kakak aku yang berumur 20 an tu pun belum berkahwin. Tiba-tiba adiknya ini yang baru berumur 19 tahun dikahwinkan terlebih dahulu. Tidak kah pelik begitu. Orang mesti fikir yang bukan-bukan. 

Contohnya mereka akan kata aku yang gatal nak berkahwin.
 

Eh..Hello. Aku tak gatal tahu tak. Cuma mama dan papa yang tak sabar-sabar. Jadi aku ni kan anak yang soleh dan anak kesayangan mereka. Aku kenalah ikut perintah. Hurmm..
 

" Dee.. kamu ni kenapa?" Aku tersentak.
 

" kenapa apa?" soalku kembali.
 

" Kamu berfikir sesuatu ke?" Aku senyum senget ke arah mama.
 

" tak lah. Dee naik atas dulu."
 

Malas nak dengar apa-apa lagi. Aku terus melangkah masuk ke dalam bilik.
 

" Dee..tunggu abang!"
 

Aku percepatkan langkah. Belum sempat aku nak tutup pintu, dia sudah masuk dengan sengihan. Argh! Whateverlah.
 

AKu melangkah ke katil dan mengambil selimut serta bantal. Tiada hati nak tidur sekatil dengannya. Memang aku sudah menjadi isteri dia tapi itu tak bermakna aku akan tidur sekatil dengan dia.
 

" Eh? Nak bawa ke mana bantal dan selimut tu?" soal dia pelik.
 

Aku tidak hiraukan dia malah aku membawa bantal serta selimut ke arah sofa. Aku membetulkan kedudukan bantal lalu aku berbaring atas sofa tersebut. Selimut aku tarik sehingga ke atas bahu.
 

" Dee.." aku menoleh ke sisi. Dia berdiri tegak di sisi aku. Aku menjongket kening.
 

" Kenapa tidur sini?" Aku bangun daripada tidur.
 

" Awak jangan ingat apabila saya menjadi isteri awak, saya akan tidur sekatil dengan awak. Awak tidur jelah di atas katil tu. Selesa pun selesa. Saya pun takkan menganggu awak lagi. So good night."
 

Aku kembali merebahkan diri. Selimut ku tarik sehingga menutup kepala. MAlas nak bertentang mata dengan dia lagi. Time to sleep! Huarghhh!

~Bersambung~

Friday, 11 January 2013

Cinta Bersatu (4)



Aku sudah membuat keputusan. Aku yakin akan keputusan aku. Dengan bantuan Allah aku mendapat petunjuk. Aku juga sedang belajar mendalami lebih dalam ilmu agama saat ini.

Pagi itu aku dan seluruh ahli keluarga berkumpul diruang tamu. Aku ingin memberitahu mereka keputusan aku. Aku sanggup berkorban demi kebahagiaan ibu bapa aku.

" Mama, papa.. dah bersedia?" soalku kepada mereka.

Mereka hanya mengangguk lalu mengukirkan senyuman. Aku membalas senyuman mereka.
Dengan ucapan bismillah, aku meluahkannya.

" Dee..terima cadangan mama dan papa. Dee akan berkahwin." ujarku lantang.

Aku melihat mama dan mama sangat gembira akan keputusan aku. Biarlah aku berkorban untuk mereka pula. Aku tak sanggup lagi ingin melihat mama menangis gara-gara aku. Aku juga mungkin perlu berubah.

" terima kasih sayang.." Aku dibawa ke dalam pelukan mama. Kepalaku diusap perlahan.

" sama-sama."

Anuar... Aku tak tahu sama ada keputusan aku ni buat kau gembira atau sebaliknya. YAng pasti aku masih belum dapat memaafkan kau lagi. Bukan senang untuk aku melupakan peristiwa itu.

Anuar.. jika nanti kau menjadi suami aku. Aku harap kau dapat membimbing aku dan aku juga berharap sangat yang aku dapat buang kebencian yang ada dalam diri ini.

" sayang.. mama nak kamu berjumpa dengan Anuar. Anuar masih belum tahu akan hal ini." Aku terdiam.

Mampukah aku berhadapan dengan dia dan meluahkan perkara yang sebenar. Aku tak mampu dan aku takut aku akan jadi makin benci.

" maaf ma.. biar mama saja yang beritahu dia. Dee tak boleh. LAgipun dah cukup baik Dee terima dia." ujarku selamba.

" Dee.. Anuar tu memang dah banyak berubah nak. Papa yakin yang dia mampu membahagiakan kamu. Dan kalau kamu nak tahu dia yang rela agar menjadi suami kamu daripada orang lain." Aku tersentak,

Kenapa pula dia sanggup berkorban?

" dia kata dia tak mahu kalau kamu jatuh ke tangan orang lain. Orang yang tidak tahu akan dapat jaga kamu dengan baik atau tidak. Dan papa yakin akan keputusan yang papa ambil ni. Papa harap kamu dapat terima dia dengan hati yang terbuka."

Aku tersenyum hambar. Sukar papa. Bukan senang nak terima dengan dia begitu saja. HAti Dee ni perlukan kesembuhan.

"Dee rasa itu saja yang Dee nak cakap. Dee naik atas dulu. Dee penat."

Aku melangkah naik dengan perlahan. Tak berdaya aku rasakan selepas mengambil keputusan untuk menjadi isteri Anuar. Tapi aku sudah pun membuat keputusan. Dan aku yakin aku mampu mengharunginya dengan sabar dan tabah.

" Dee!" Langkahku terhenti di anak tangga ke lima. Suara itu seperti aku kenal. Anuar kah?

" Dee..saya nak bercakap dengan awak sekejap." Aku memusingkan badan dan melihatnya di muka pintu.

Aku hanya tersenyum. Aku menggeleng.

" maaf..saya tak mahu jumpa sesiapa pun buat masa sekarang. Saya rasa awak dah gembira kerana saya terima cadangan ibu bapa saya. Jadi awak boleh ketawa keseronokan." ujarku dengan senyuman sinis.

Bukankah ini yang dia mahukan. Dia nak sangat nak kahwin dengan aku.

" Dee...jangan macam ni." AKu terus memusingkan badan untuk melangkah.

" Jangan apa Anuar? Sudahlah. Kita jumpa semula saat awak sudah sah menjadi suami saya."

Terus aku melangkah masuk ke dalam bilik. Mampukah aku terima dia sebagai suami aku nanti? Dia tua tiga tahun daripada aku tapi aku melayan dia sebelum ini macam sebaya. Dan peristiwa itulah buat aku ubah panggilan abang kepada awak.

YA Allah.. kenapa boleh jadi macam ni. Aku tahu keputusan aku buat ini adalah daripada hati dan pertolonganMu.Tapi aku takut jika aku tak mampu jadi isteri yang baik. Aku juga takut kalau aku tak mampu buang rasa benci ni. Anuar tu.. Anuar tu mungkin ada orang yang lebih layak daripada aku.

Sabar Dee..sabar. Kau terima ni pun hanya sebab mama dan papa. Tiada sebab lain lagi. sabar.. Be calm down. Yes! Huh!

"Dee.." Aku tersentak.

Aku menghampiri pintu. Suara itu ada berada diluar bilikku. Di hadapan pintu bilikku.

" saya tahu awak masih mampu maafkan saya. Tapi satu je yang saya nak awak tahu. Saya ikhlas berkahwin dengan awak. Tiada orang lain yang mampu menggantikan awak didalam hati saya ini."

Aku tersentak. Apa maksudnya?

" saya tahu awak masih benci akan saya. Tapi yakinlah yang saya mampu buat awak hilangkan rasa benci tu. Saya puncanya dan saya juga akan hilangkannya." Aku terduduk di belakang pintu.

" Saya minta maaf Dee.."

Aku terkedu mendengar kata-katanya. Aku juga tak dapat tangkap maksud yang sebenar. Yang aku tahu dia mahu menyembuhkan luka aku ni. TApi mampukah dia.

Ya Allah.. aku harap aku dapat harungi semua ini dengan tabah. KAlau benar Anuar tu jodoh aku, aku terima dengan hati yang terbuka.

~Bersambung~

Thursday, 10 January 2013

Cerpen : Mengintai Langit



Alisa mengerling manusia yang berada di sebelahnya. Serta merta dia terteguk air liur. Mana taknya, manusia di sebelahnya itu sedang menjilat aiskrim. Dahlah aiskrim makanan favourite Alisa.

Manusia yang berada di sebelahnya itu pula jadi pelik. Tiba-tiba je dia kena perhati macam tu.

" Erk..awak kenapa?" Alisa tersentak lalu tersengih.

" Maaf.." Terus Alisa menjauhi manusia itu.

Keluhan kecil terlepas. Langit mendung di lihatnya. Seperti faham dengan isi hatinya sekarang. Kecewa dan sedih setelah melihat satu perkara yang tidak dia duga. Hujan yang tiba-tiba turun itu seperti faham apa yang sedang dia rasakan sekarang. Iaitu dia ingin menangis. Tapi sayang..air matanya tidak mahu mengalir. Pelik sungguh!

" Haih.." sekali lagi keluhan di lepaskan.

Alisa kembali meneruskan langkah dengan perlahan walaupun hujan renyai-renyai. Dia langsung tidak peduli akan hujan dan orang sekeliling. Yang dia tahu, dia ingin melupakan apa yang patut dilupakan.

Alisa menjadi hairan apabila dia sudah tidak merasai renyai-renyai hujan. Pantas dia mendongak. Ternyata dia sudah dipayungkan oleh seorang lelaki.

" Kenapa awak berjalan dalam cuaca begini? Nanti demam siapa yang susah. Diri sendiri juga kan?" Teguran lelaki itu ternyata membuatkan hati Alisa tersentuh.

Serta merta air matanya mengalir. Hatinya menjadi sebak. Lelaki tadi menjadi pelik.

" Kenapa dengan awak?" soal lelaki itu prihatin.

Alisa tersenyum hambar. Pantas air matanya diseka. Tak patut dia menangis di hadapan lelaki yang tidak dikenali.

" Maafkan saya." ucap Alisa lalu kembali berjalan. INgin pergi sejauh yang mungkin. Tapi bolehkah?

" Ikut saya!"

Alisa tersentak apabila tangannya ditarik oleh lelaki tadi. Dan dia dibawa ke tempat teduh.

" Sekarang cuba awak cerita apa masalah awak?" Alisa mendongak melihat lelaki tersebut.

" Kenapa awak ambil berat pasal saya sedangkan kita tak kenal pun." ujar Alisa.

Lelaki tersebut tersenyum. Wajahnya di dongak untuk melihat langit yang mendung itu.

" Saya pun tak tahu kenapa. Saya ikut gerak hati. Hati saya terdetik ingin tahu masalah awak. Tak kenal lagi senang kan?" balas lelaki itu lalu menoleh melihat Alisaa.

Alisa mengorak langkah ke hadapan sedikit. INgin merasa air hujan dengan menadah tangan. Lelaki disebelahnya dikerling.

" Saya sedih sebab saya ternampak ayah saya sendiri menampar ibu saya. Saya tak tahu kenapa. Tapi yang pasti saya tak suka bila ayah menampar ibu. Dan selama ini saya sering terasa hati dengan sikap ayah. Dia kurang ambil berat pasal saya. Apabila awak tegur saya tadi, saya teringat masa saya kecil dulu. Selalu sangat ayah saya berpesan begitu. Tapi sekarang? saya tidak dengar lagi."

Alisa tunduk memandang lantai. Memang dia amat merindui ayahnya yang dulu. Dia sendiri tidak tahu kenapa ayahnya boleh berubah sedemikian.

" Mungkin ayah awak ada masalah?"

" Kalau ye pun, takkan sampai anak dia pun dia abaikan. Sedangkan saya ni anak kandung dia. Entahlah.." keluh Alisa lagi.

" Tak baik mengeluh." Teguran itu Alisa terima dengan senyuman.

" Anyway.. saya Syahmi. Awak?"

" Alisa. Terima kasih kerana sudi dengar masalah saya." ucap Alisa.

" sama-sama. Maaf..saya kena gerak dulu. InsyaAllah nanti kita akan berjumpa lagi. Jika Allah izinkan. Assalamulaikum.."

Terus Syahmi melangkah meninggalkan Alisa.

" Waalaikumussalam.."

Alisa tersenyum sendirian. Tak sangka masih ada lelaki sebegitu di dunia ini. Moga lelaki itu lebih bahagia daripada dia.

***

" Tolonglah bang. Fikirkan demi anak kita. Abang!"

Alisa pantas berlari apabila ayahnya ingin keluar daripada bilik.

" Saya dah tak tahan dengan awak yang selalu curiga. Jadi mulai hari ini biarlah saya pergi. Saya takkan ceraikan awak. Awak tak perlu risau."

" Abang!"

Alisa melihat dengan sayu kepergian ayahnya itu. Air matanya menitis lagi. Ibunya di pandang lirih.

'Ya Allah..kenapa harus jadi begini.'

" Ibu.." Alisa melangkah mendekati ibunya dengan senyuman hambar.

" Lisa.." Tubuh Alisa dipeluk.

Alisa mengetap bibir. Dia tahu ibunya sedih apatah lagi dia. Kenapa ayah sanggup buat begitu. Kesian ibu.

" Sabar ibu. Lisa pasti apa yang terjadi di sebalik ini ada hikmahnya." pesan Alisa.

Dia perlu tabah jika tak mahu ibunya lemah. Dia harus cekalkan hati menerima ini semua.

' Ya Allah..kuatkan hatiku ini. Lembutkan lah hati ayahku itu untuk menerima kami semula.' Doa Alisa dalam hati. Bersama doa itu air matanya turut mengalir. Berharap doanya dimakbulkan.

***

Alisa mendongak melihat langit yang cerah itu. Terukir senyuman di bibirnya saat melihat burung-burung bertebangan tanpa di landa masalah. Alangkah bahagia jika dapat bercakap dengan binatang.

Alisa mengerling jam tangannya. Dia masih ada setengah jam untuk ke kolej. Kerja pensyarah ini bukan mudah. Tapi dia sanggup hadapi kerana ia cita-cita yang sudah di tetapkan dari dulu lagi.

' Ibu..Alisa pasti tidak akan hampakan ibu.'

Alisa kembali melihat langit. Langit boleh menjadi saksinya ketika itu. Walauapapun yang terjadi, dia tetap akan menghadapinya dengan senyuman.

" Cantik kan cuaca hari ini?" Alisa tersentak apabila ditegur.

Alisa menoleh ke kiri. Ternyata lelaki tempoh hari. Syahmi!

" Hai.. jumpa lagi kita." Alisa tersenyum. Kebetulan ke?

" Awak buat apa di perhentian bas ni sorang-sorang. Takkan tunggu bas? Saya rasa bas dah lepas." ujar Syahmi dengan kerutan di dahi.

Alisa tersenyum lalu mengangguk. Memang dah lepas sebab dia dah sampai. Kolej ada di belakang.

" Belakang awak tempat kerja saya." tunjuk Alisa sambil tersenyum manis.

Syahmi tersengih menunjukkan giginya itu. Kemudian dia kembali menatap Alisa.

" Jom saya hantar awak masuk."

" Eh? Tak usah. Saya boleh masuk sendiri. Awal lagi ni." tolak Alisa secara baik.

" Okey!" Syahmi hanya menjongket bahu.

Keadaan kembali sunyi sepi. Alisa dengan lamunanya manakala Syahmi dengan fikirannya sendiri.

" Macam mana dengan family awak?" suara Syahmi tiba-tiba.

Alisa tersenyum hambar. " Susah saya nak cakap. Tapi ayah saya telah pergi tinggalkan kami berdua." lirih Alisa.

" Maafkan saya. Saya tak sangka pula yang.."

" Tak apa." pintas Alisa. Kalau boleh dia tak mahu lagi bincang soal itu. Biarlah hanya dia dan ibu saja tahu.

" Erm..kita kawan?"

" Hah?" Alisa terpinga-pinga. Kawan?

Syahmi tersenyum. Gelagat Alisa sangat comel pada pandangan matanya.

" Saya akan jadi kawan awak mulai sekarang. Jadi awak boleh luahkan masalah awak kepada saya. Saya sudi mendengarnya. Awak jangan risau kerana masalah awak hanya saya yang tahu. Dan awak jangan terkejut apabila saya tiba-tiba muncul di hadapan awak. Macam sekarang." Syahmi menjongket kening dengan senyuman.

Alisa terpegun. Lelaki di hadapannya ini berjaya membuat dadanya berdebar-debar. Sangat pantas. Lantas Alisa hanya mengangguk. Lelaki ini terlalu baik.

***

Dumn!

Alisa tersedar daripada tidur. Bunyi yang kuat itu menyedarkannya. Lantas kaki dilangkah turun ke bawah.

" Abang... abang kata tak mahu ceraikan saya."

Langkah Alisa terhenti di anak tangga pertama. Serta merta langkahnya menjadi kaku.

" Maafkan saya. Saya sudah ambil keputusan untuk berkahwin lain. Tapi awak jangan risau saya tidak akan lupakan Alisa. Dia anak saya. Maafkan saya."

Kata-kata yang baru terkeluar dari mulut ayahnya itu buat Alisa terduduk. Air matanya pantas mengalir keluar. Sakit hatinya kerana melihat pergaduhan orang tuanya. Sampai bercerai. Tak kasihankah ayah terhadap kami berdua. Ayah!

" A..ayah.." pelahan suara Alisa ketika memanggil ayahnya. Bersama linangan air mata, dia turun daripada tangga.

" Sayang..." Ayahnya tersentak apabila melihat Alisa mendekatinya.

" Maafkan ayah Alisa. Ayah terpaksa pergi."

" Ayah!"

Alisa cuba mengejar ayahnya. Tapi malangnya, dia tersilap langkah apabila kakinya tersadung di anak tangga. Kepalanya terhantuk pada kaki tangga.

" Ya Allah. Alisa!" Jeritan ibu Alisa mengejutkan suaminya.

" Ya Allah..."

Alisa melihat ibunya dengan pandangan kabur. Kemudian dia mengukirakan senyuman apabila ayahnya masih belum pergi.

" Jangan pergi ayah. Jangan.."

***

" Ayah!"

Alisa tersedar. Matanya terkebil-kebil melihat keadaan sekeliling. Berlainan daripada sebelum ini.

" Dia dah sedar.."

Alisa menoleh ke kiri. Ternyata ibu dan ayahnya. Bibirnya terukir senyuman. Tapi saat melihat seorang lelaki yang dia kenal, senyumannya terus mati. Apa yang dia buat di sini?

" Lisa.."

" Syahmi? Ma..macam mana?" Dengan kerutan Alisa menyoal Syahmi.

Syahmi tersenyum tipis. Wajah kedua orang tua Alisa di kerling sekilas..

" Saya kebetulan lalu. TApi masa saya nak keluar saya ternampak awak. Jadi saya datang. Tak apa kan?"

Alisa hanya tersenyum tipis. Dia masih tak percaya yang ianya hanya kebetulan. Pasti ada maksud di sebalik semua ini. Wajah ayah dan ibunya di pandang. Macam-macam yang berada di dalam fikirannya sekarang.

" Maafkan ayah Lisa. Ayah tahu ayah salah. Ayah silap. Maafkan ayah."

Tangan Alisa digenggamnya. Wajah mulus anaknya ditatap sepenuh hati. Dia rasa sangat bersalah. Dia turut berdosa pada isterinya. Semua ini silap dia.

" Alisa sudah lama maafkan ayah. Cuma Lisa nak minta satu perkara. Jangan ceraikan ibu ya? Jangan tinggalkan kami? Ya?" Penuh sinar harapan ketika Alisa meminta.

Ayahnya dan ibu saling memandang. Kemudian masing-masing berbalas senyuman.

" Tak.. kami janji yang kami takkan tinggalkan kamu keseorangan. Ayah janji."

Bibir Alisa mengorak senyuman. Dia mengucap syukur dalam hati. Baguslah kalau begitu. Alhamdulilah!

" Maafkan saya. Saya kena pergi dulu. Lisa..saya doakan awak cepat sembuh."

Syahmi menyalami kedua tangan orang tua Alisa. Kemudian senyuman dihadiahkan kepada Alisa. Satu-satunya gadis yang berada di hatinya.

***

Seminggu berlalu

Bibirnya terukir senyuman bahagia saat melihat telatah kedua orang tuanya. RAsa bahagia menyapa di hati. Tapi entah mengapa ada satu rasa yang dia tidak dapat gapai. Rasa sesuatu yang dia tidak tahu. Bagaikan ada kekosongan dalam hatinya.

Bagai sedang menanti jawapan yang tidak pasti. Dia sendiri pun tak tahu apa. Tapi dia sangat bersyukur kerana semuanya berlalu dengan baik sekali.

" Hai.. anak ayah ni termenung."

Alisa tersenyum. Ayah berjaya menghentikan lamunannya.

" Ayah..LIsa nak tanya sikit.Boleh?"

" Sure sayang."

" Macam mana ayah dan ibu boleh berbaik? Kenapa ayah tiba-tiba berubah fikiran untuk tidak menceraikan ibu?"

Soalan itu mengundang senyum ayahnya. Semua ini atas jasa seseorang.

" Sebenarnya..."

****

" Ya Allah bang. Anak kita. Kalaulah saya tak halang dia. Kalaulah abang tak pergi masa tu. Semua ini takkan terjadi." tangis Pn.Asnul.

Encik Rahman hanya berdiam diri. Tak tahu apa yang patut dia lakukan. Dia sudah rasa bersalah atas kecederaan anaknya.

" Macam mana keadaan Alisa pakcik?"

Teguran anak muda itu membuat Pn. Asnul dan En.Rahman tertanya-tanya. Siapakah anak muda ini? Macam mana boleh kenal dan tahu anaknya berada di sini?

Syahmi yang tahu kehadirannya membawa tanda tanya tersenyum. Semua ini bukan mudah untuk mereka.

" Sebenarnya saya ni kawan Alisa. Maaflah kalau percakapan saya ni kurang ajar. Tapi pak cik tak patut abaikan anak pakcik tu. Dia sudah cukup terseksa menangung kesedihan atas kehilangan adik tersayang. Inikan pula pakcik nak pergi dari hidup dia."

En.Rahman dan Pn.Asnul terkejut akan penjelasan Syahmi. Dan macam mana Syahmi tahu anaknya yang lagi satu telah pun meninggal dunia?

" Saya tahu pakcik dan makcik terkejut dan tertanya-tanya. Tapi saya masih belum boleh beritahu pakcik dan makcik siapa saya sebenarnya. Yang saya boleh beritahu pakcik adalah saya Syahmi dan merupakan kawan Alisa."

Syahmi tersenyum memandang mereka berdua. Mereka berdua persis ibu bapanya yang berada di syurga. Moga roh mereka dicucuri rahmat.

" Erk.." En.Rahman tak tahu apa yang patut dia perkatakan. Lidahnya seakan kelu untuk berkata-kata.

" Pakcik tak perlu kata apa-apa. Saya cuma nak minta keprihatinan pakcik. Kalau pakcik tiada alasan munasabah, tak usahlah bercerai. Saya takut ia akan memakan diri pakcik balik. Lagipun pak cik tak kasihankan anak pakcik ke yang sedang terlantar tu? Tak kesiakan isteri pakcik? Cuba pakcik berada di tempat Alisa. Pasti pakcik akan merasakan sebagaimana Alisa rasakan sekarang kalau pakcik berniat nak pergi daripada dia. Cubalah pakcik fikir."

Syahmi masih  berusaha untuk memujuk ayah Alisa agar hentikan niat untuk bercerai. Harap-harap pujukannya berjaya.

En.Rahman tertunduk. Kemudian wajah isterinya di tatap. Matanya berkaca-kaca. Terus tubuh isterinya di dapak erat.

" Maafkan abang. Abang salah. Abang terpaksa lakukan semua ini. Maafkan abang." Tangisan En.Rahman mengundang senyuman di bibir Syahmi. Alhamdulilah!

" Abang..abang tak salah. Tapi kenapa abang terpaksa? Abang ada masalah ke?"

Pelukan dileraikan. Wajah suaminya ditatap penuh kasih.

" Abang ada penyakit jantung. Abang tak nak menyusahkan kalian semua. Lagipun abang takut kalau awak terpaksa menanggung apa yang saya alami. Abang tak mampu." luah En.Rahman.

Pn.Asnul menggeleng. " Tidak. Sama sekali tidak. Abang langsung tidak menyusahkan saya. Kan saya isteri abang."

Syahmi menepuk perlahan bahu En.Rahman. Sudah tiba masanya untuk pergi. Lagipun tugasnya sudah selesai. Moga Alisa bahagia di samping keluarga.

" Saya minta diri dulu."

" Tunggu!" Syahmi menoleh.

" Kalau boleh pak cik nak tahu. Siapa nama?" soal En.Rahman.

" Syahmi pak cik. Maaf saya harus pergi dulu. InsyaAllah esok saya datang lagi."

***

Alisa memandang sekeliling. Namun kelibat insan yang ingin dia jumpai masih belum muncul. Lagipun adakah dia akan muncul pada tempat yang sama. Tempat pertama kali dia dan lelaki iitu muncul? Mungkinkah?

Alisa mendongak melihat langit. Cuaca hari ini sangat cerah. Bukan seperti sebelum ini. Langit pada hari ini macam faham isi hatinya. Tapi dia masih belum berpuas hati selagi tidak bertemu dengan lelaki itu.

' Muncullah Syahmi. Saya nak jumpa awak.'

Alisa melangkah ke arah penjual aiskrim. Dah lama dia tidak makan aiskrim. Memandangkan dia sudah sembuh. Jadi boleh makan aiskrim.

" Vanilla satu." ujar Alisa kepada penjual ais krim itu.

" Baik."

" Dari mana ni?" Tersentak Alisa. Tapi dia masih tersenyum.

" Dari rumah. Saya datang nak cari seseorang. Tapi saya belum jumpa." ujar Alisa. Dia tidak dapat tengok rupa penjual ais krim itu dengan jelas kerana mukanya dilindungi topi.

" Nah.."

Alisa menyambut aiskrim itu lalu mendongak melihat penjual ais krim. Alangkah terkejutnya dia apabila penjual ais krim itu adalah Syahmi.

" Terkejut?" Syahmi menanggalkan topinya. Sengaja hari ini dia menyamar sebagai penjual asikrim.

" A..awak ni sebenarnya siapa?" soal Alisa gagap.

SYahmi melangkah dengan senyuman. Alisa membuntuti langkah Syahmi. Perasaan ingin tahu sudah membuak-buak.

" Kalau awak dengar cerita saya pasti awak tak percaya. Tapi itulah kenyataannya. Awak nak tahu perkara sebenar?" Alisa hanya mengangguk. Sesekali aiskrimnya dijilat.

Syahmi tertawa kecil saat melihat Alisa menjilat aiskrim. Macam budak-budak. Tapi itulah daya tarikan Alisa yang comel. Lantas Syahmi hanya biarkan.

" Sebenarnya pertama kali saya ternampak awak di tanah perkuburan." Alisa tersentak.

" Masa tu awak menangis atas kepergian adik kesayangan awak. Tapi awak jenis yang cekal hati. Keesokan harinya awak mampu tersenyum semula."

Alisa memandang Syahmi tanpa berkelip. Persoalannya macam mana dia tahu?

" Awak jangan terkejut. Masa pertama kali saya nampak tu, saya baru habis melawat orang tua saya. Mereka telah pergi dalam kemalangan. Dan pertama kali saya nampak awak, saya ingin tahu kisah hidup awak. Saya ingin tahu kenapa awak menangis sampai macam tu sekali. Sebab saya tahu awak seorang yang tabah dan berani orangnya. JAdi mulai hari itu, saya selalu ekori awak.Saya mulai siasat segalanya tentang awak. KAdang-kadang saya upah orang untuk tengok awak dari jauh.Saya pun tak tahu kenapa saya jadi sampai macam tu sekali."

Syahmi berjeda seketika. Melihat Alisa yang seakan terkedu itu, dia kembali menyambung.

" Saya sudah mulai jatuh hati dekat awak Alisa. Makin hari, saya ikuti perkembangan awak. Saya makin tertarik akan awak. Tak pernah dalam hidup saya jumpa seorang gadis macam awak. Jujur sekali saya katakan yang awak telah berjaya membuat saya bersemangat. Awak juga berjaya membuatkan hati saya berdebar-debar. Sukar nak percaya kan? Sebab tulah saya boleh tahu semuanya mengenai awak. Maafkan saya."

Alisa tertunduk memandang lantai. Aiskrim yang sedikit cair dibiarkan. Hatinya kini memang telah tersentuh mendengar cerita daripada Syahmi. Tak pernah dan tidak ada seorang lelaki pun sampai sanggup buat macam tu. Hanya kerana dia?

" Awak tak kerja ke sampai ekori saya hari-hari. Patutlah saya rasa saya macam dilindungi seseorang. KAdang-kadang saya rasakan yang ada orang tengah ekori saya. Tapi lama-lama rasa itu hilang sehinggalah saya jumpa awak. Tapi kenapa awak muncul lambat sangat?"

Syahmi menatap Alisa dengan penuh perasaan. Hanya satu sebab kenapa dia takut nak muncul depan Alisa.

" Se..sebab saya tak mahu awak menangis jika saya tiba-tiba hilang daripada pandangan awak. Saya lakukan semua itu sebab saya nak awak jadi seorang yang ceria. Saya tak mahu awak jadi lemah." jelas Syahmi.

" Kenapa pula saya perlu menangis dan ke mana awak nak pergi?" soal Alisa bertalu-talu.

Syahmi tersenyum hambar. Susah untuk dia jelaskan keadaan dia sekarang. Kalau boleh biar dia seorang saja yang tahu dan tanggung segalanya.

" Awak tak perlu tahu. Yang saya nak awak tahu adalah awak sentiasa berada di hati saya. Mungkin selepas ini kita tidak akan bertemu lagi."

" Ta..tapi kenapa? Salahkah kalau saya nak tahu?"

" Belum tiba masanya Alisa."

' Maafkan aku Lisa. KAlau aku britahu perkara sebenar aku mungkin susah untuk pergi dari hidup kau. Aku ada penyakit Lisa. Penyakit barah. Walaupun baru ditahap 1. Tapi ia tidak dapat jamin apa-apa.'

" Saya pergi dulu."

Terus Syahmi melangkah meninggalkan Alisa yang terpinga-pinga. Air matanya mengalir keluar. Dia tak mahu kalau Alisa nampak keadaannya sekarang.

***

" Ibu..Lisa rindukan dia."

Alisa memandang ibunya dengan pandangan sayu. Sungguh dia jadi rindu akan lelaki yang bernama Syahmi. Sudah seminggu berlalu. Tapi dia sudah tidak berpeluang lagi berjumpa dengan Syahmi.

Lagipun semua tempat dia sudah cari. Tapi Syahmi masih belum dia jumpai. Benarkah ini namanya cinta?

" Sabar sayang. Ibu yakin dia dalam keadaan sihat saja. Boleh ibu tahu sesuatu?"

Alisa hanya mengangguk.

" Adakah Lisa sudah jatuh cinta akan Syahmi?"

Alisa tunduk memandang lantai. Tangannya di ramas. Kemudian dia membuat anggukan kecil.

" Lisa sendiri tak tahu bila Lisa mulai sukakan dia. Tapi jujur Lisa katakan yang Syahmi ni lain daripada yang lain. Dan dia lelaki pertama yang berjaya buat Lisa terharu dan jatuh suka akan sikap dia. Lisa tak tahu kenapa. Mungkin itu jodoh Lisa."

" Ibu akan sentiasa sokong kamu. Jadi kalau benar kamu memang cintakan dia. Ibu akan bawa kamu jumpa dia." Alisa tersentak.

" Maafkan ibu. Sebenarnya ibu dan ayah dah tahu di mana Syahmi berada sekarang. Syahmi sendiri yang tidak benarkan ibu beritahu kamu. Tapi memandangkan sekarang kamu mencintai dia, jadi ibu ingin bawa kamu jumpa dia. Jujur dengan dia tentang perasaan kamu. Boleh?"

Tangan Alisa digenggam. Kemudian air matanya menitis.

" InsyaAllah ibu. Lisa akan cuba."

***

" Syahmi..."

Syahmi yang sedang mengemaskan barang di luar rumah tersentak mendengar suara itu. Suara yang sangat dia rindui. Pantas dia menoleh ke belakang.

Wajah yang manis dan comel itu dipandangnya seketika. Kemudian dia kembali meneruskan kerja. Dia tak mahu terus-terusan mencintai Alisa. Dia takut dia tak dapat kawal diri untuk berpisah dengan Alisa.

" Syahmi.." Alisa mendekati Syahmi yang langsung tidak hiraukan dia. Alisa jadi pelik.

" Awak buat apa datang sini?" getar suara Syahmi ketika itu.

" Dah lama saya cari awak. Saya nak jumpa awak. Saya nak beritahu sesuatu kepada awak." ujar Alisa dengan lembut.

Syahmi menghentikan kerjanya. Dia melihat Alisa yang meminta masanya itu. Kemudian dia mengangguk dan melangkah ke kerusi.

" Apa yang awak nak beritahu saya?" soal Syahmi acuh tak acuh. Sedangkan di dalam hati rasa bersalah sangat.

Alisa tersenyum. " Betul ke awak nak pergi jauh dari saya? Tak nak jumpa saya lagi? Betul ke??" soal Alisa bertalu-talu. Wajahnya yang penuh mengharap dipandang Syahmi.

Syahmi hanya mendiamkan diri. Dia pun tak tahu apa jawapan yang patut dia berikan.

" Saya tahu awak tak boleh buat begitu. Sebab itu saya nak beritahu yang saya pun ada perasaan dekat awak Syahmi." Syahmi tergamam.

" Benar Syahmi. Saya sudah belajar dan entah bila saya jatuh cinta akan awak. Saya selalu rindukan awak. Saya ada juga buat solat istkhikarah dan minta pertunjuk Allah. Dan petunjuk Allah yang saya dapat adalah awak. Wajah awak selalu muncul dalam mimpi saya. Tiga kali saya lakukan solat istkhikarah, setiap kali itulah wajah awak muncul."

Alisa berjeda seketika sebelum kembali menyambung. Dia rasa sebak saat itu.

" Awak.. "

" Cukup Lisa. Saya dah tak mahu dengar apa-apa lagi. Lagipun ia sudah tidak bermakna buat saya. Maafkan saya."

Terus Syahmi melangkah masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu. Tubuhnya disandarkan di belakang pintu. Serentak air matanya mengalir keluar. Dia rasa bersalah sangat mengatakan sebegitu kepada Alisa yang tidak tahu apa-apa.

' Maafkan aku Alisa. Aku tak nak kau bersama dengan aku. Aku masih tak mampu membahagiakan kau.'

Alisa di luar rasa sedih akan sikap Syahmi. Kenapa mesti Syahmi tiba-tiba berubah. Sebelum ni biasa saja.

***

Keesokan harinya, Alisa pergi lagi ke rumah Syahmi. Tapi kini bersama ibunya.

" Assalamulaikum.."

Syahmi yang tengah makan menoleh ke muka pintu. Ternyata ada tetamu.

" Waalaikumussalam.."

Saat Syahmi bertembung mata dengan Alisa, dia jadi kaku. Kenapa Alisa berada di sini? Bersama makcik.

" Erk..masuklah makcik."

" Tak usah. Saya duduk di luar. Boleh awak keluar sebentar?" Alisa memandang Syahmi dengan penuh mengharap. Ibunya dikerling sekilas.

" Ibu tunggu di kereta. Bincanglah elok-elok."

Alisa hanya mengangguk.

" Tiada apa yang perlu kita bincangkan. Kenapa?" Syahmi bagai orang yang tiada perasaan saja. Tapi dalam hati rasa sakit kerana terpaksa menipu orng yang dicintai.

Kalaulah dia tidak beritahu Alisa perkara sebenar. Pasti dia tidak diselebungi rasa bersalah.

" Saya nak tahu kenapa awak selalu ingin saja mengelak daripada saya. Apa salah saya. Bukankah sebelum ini awak yang mucnul dan mengambil berat akan saya. Mana semua sikap tu. Sikap yang berjaya buat saya jatuh cinta. Mana?" sedikit tinggi nada Alisa ketika meluahkannya.

Syahmi mengeluh kecil. Rasanya dia perlu beritahu perkara sebenar. Ini saja caranya supaya Alisa berhenti menyalahkan dirinya.

" Lisa.. sebenarnya saya ada penyakit. Saya menghidap penyakit barah. Walaupun baru di tahap 1. Tapi ia mengambil masa untuk sembuh."

Tergamam Alisa ketika mendengar penjelasan Syahmi. Sungguh dia tidak menyangka orang sebaik Syahmi menghidap penyakit barah. Ya Allah..

Syahmi tersenyum pahit. Dia tahu Alisa pasti sukar untuk terima.

" Awak baliklah. Dan saya tak mahu awak simpati akan keadaan saya. Memang betul saya mencintai awak. Tapi saya tidak dapat jamin yang kita akan bersama. Maafkan saya jika sebelum ni saya buat awak tidak selesa." getar suara Syahmi.

Pantas dia memusingkan badan. Tak sanggup untuk berhadapan dengan Alisa. Dia tidak kuat. Sama perasaannya ketika mendapat tahu penyakit sebenar. Itu pun selepas hal orang tua Alisa selesai. Maafkan aku Alisa.

Alisa memandang belakang Syahmi dengan pandangan sayu. Serta merta air matanya turut menitis.

" Baliklah Lisa. Selepas ini saya akan pergi jauh dari sini. Saya akan berpindah. JAdi awak boleh lupakan saya."

Syahmi terus masuk ke dalam rumah. Wajah Alisa langsung tidak dipandanganya. Takut dirinya tidak kuat.

***

Seminggu berlalu...

Syahmi merenung beg-begnya sebelum di bawa masuk ke dalam balai pelepasan. Sungguh dia rasa sedih kerana ingin meninggalkan Malaysia dan orang tersayang. Tapi dia terpaksa demi menyembuhkan penyakitnya.

Selepas berfikir masak-masak. Dia sudah bertekad ingin berusaha menyembuhkan penyakitnya. Mungkin benar kata Alisa kerana dia sudah membuat solat istkhikarah dan meminta pertolongan Allah. HAtinya kuat mengatakan yang Alisa jodohnya.

Jadi untuk tidak mengecewakan Alisa, dia harus tabah dan cekal hadapi semua ini. Moga-moga apabila dia pulang ke Malaysia, Dia dapat jumpa lagi dengan Alisa. Sekalipun Alisa sudah berkahwin.

Selesai semua proses, Syahmi bergerak menuju ke ruang menunggu. Ada lagi sejam sebelum dia masuk ke dalam balai pelepasan.

Memang tidak dapat dinafikan, dia berasa hampa dan kecewa. Alisa tidak datang lagi ke rumahnya selepas mengetahui penyakitnya. Tapi dia tak salahkan Alisa kerana Alisa patut mengetahui perkara yang sebenar.

' Maafkan aku Alisa. Maafkan aku..'

Syahmi tersenyum hambar melihat seorang pasangan suami isteri. Melihatkan mereka Syahmi teringat orang tuanya. Sungguh dia amat merindui orang tuanya.

" Syahmi!" Syahmi tersentak. Dia terdengar ada orang memanggil namanya. Tapi siapa?

" Syahmi!"

Syahmi bangun dan melihat sekeliling. Dan matanya jatuh pada kelibat orang yang sangat dia rindui. Alisa!

" Awak..." Alisa kini berhadapan dengan Syahmi. Syahmi terpinga-pinga melihat Alisa. Terkejut kerana Alisa berada dihadapannya.

" Macam mana awak tahu saya ada di sini?" soal Syahmi pelik.

Alisa tersenyum. " Mana boleh saya biarkan orang yang saya cintai pergi begitu saja. Awak dah melampau kerana tidak beritahu saya soal ini. Mujur jiran sebelah beritahu." ujar Alisa dalam nada geram.

Syahmi tersnyum. Alisa ini memang bukan perempuan yang mudah mengalah. Dia jadi bangga akan diri Alisa.

" Awak..saya cakap dengan awak tapi awak boleh termenung pulak."

Syahmi tertawa kecil. Pertama kali dia melihat Alisa dalam keadaan geram macam ni.

" Maafkan saya. Saya tak sangka awak akan datang sini. Saya ingat awak dah lupakan saya sebab masalah saya." ujar Syahmi serius.

Alisa menggeleng. Tak mungkin dia akan buat begitu. Lagipun kalau benar mencintai seseorang. Kita patut terima keadannya seadanya. Tak kira Syahmi sihat atau sakit. Ini dinamakan cinta sejati yang dikurniakan Allah.

" Tak..kalau saya cintakan awak. Saya tetap akan cintakan awak sampai bila-bila." tegas Alisa.

" Tapi...betul ke awak nak pergi? Buat apa?"

" Maafkan saya. Saya kena pergi. Kalau benar awak cintakan saya, awak perlu tunggu saya sampai balik. Saya pergi kerana ingin menyembuhkan penyakit saya. Saya tak mahu awak kecewa akan diri saya." jelas Syahmi.

" Dekat Malaysia pun ada perubatan yang baik. Tak usahlah pergi.." rayu Alisa.

" Tak boleh. Saya dah tetapkan tarikh untuk bertemu mereka. Awak cuma perlu doakan saya. Semoga semuanya berjalan lancar. Dan awak janji dengan saya yang awak tunggu saya ya? Saya pasti akan balik demi orang yang saya cintai." Syahmi tersenyum manis ke arah Alisa.

" InsyaAllah dengan izin Allah."

Syahmi hanya mengangguk. Dengan langkah perlahan dia melangkah masuk ke dalam balai pelepasan. Dengan seribu harapan yang menanti.

***

Setahun berlalu...

" Wuargghh!"

Bunyi tangisan bayi mengejutkan Alisa yang sedang termenung itu. Pantas dia cuba menenangkan bayi yang berada dalam dukungannya. Dia jadi tersenyum sendiri kerana boleh termenung.

' Ya Allah..aku merindui dia.'

" Alisa..."

Alisa tersentak. Terasa air matanya mengalir keluar. Pantas disekanya.

" Ya saya.."

Alisa meletakkan bayi itu ke dalam buaian bayi. Senyumannya terukir melihatnya yang sedang lena itu.

" Ada orang nak jumpa kamu di luar."

" Siapa kak?"

" Entah..pergi je.." Alisa hanya menurut. Dengan debaran dia melangkah keluar daripada bilik jagaan bayi.

Kini dia berkerja sebagai penjaga atau pengasuh bayi di tadika. Ini sebagai kerja sambilannya pada waktu cuti. Alhamdulilah dia boleh lakukan.

Alisa menoleh ke kiri dan ke kanan. Tapi dia tidak tahu siapa yang ingin menjumpainya. Baru saja dia ingin melangkah masuk, terdengar namanya dipanggil.

" Alisa.." Alisa tersentak. Suara itu!

Perlahan-lahan Alisa menoleh ke kiri. Terkaku dia di situ melihat insan itu dihadapan mata.

" Awak masih tak berubah Lisa.." Syahmi tertawa kecil melihat Alisa. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Alisa.

" A..awak dah balik? Macam mana awak tahu saya ada di sini?" soal Alisa bertalu-talu.

" Saya pergi rumah awak tapi awak tak ada. Saya tanya ibu awak. Ibu awak yang beritahu. Jadi.. terkejut?"

" Yalah.. kenapa awak tak beritahu yang awak balik hari ini?" Syahmi tersenyum.

Kepalanya didongak untuk melhat langit yang cerah itu. Sudah berapa lama dia tidak dapat melihat langit dengan begitu tenang. Alisa dikerling sekilas.

" Saya nak beri kejutan. Tapi tak sangka saya yang terkejut apabila dapat tahu awak berada di sini. Atau awak ni dah berkahwin?" Syahmi dengan riak mukanya terkejut. Takkanlah?

Alisa pula tertawa kecil.

" Tak mungkin saya dah berkahwin sedangkan saya mencintai orang lain. Itu pun takkan tak boleh fikir." sindir Alisa.

Syahmi tersengih sambil tergaru-garu keningnya. Jadi tekaannya silap. Alhamdulilah.

" JAdi..saya masih ada ruang untuk masuk ke dalam hati awak?"

Alisa tersenyum melihat wajah Syahmi. Syahmi memang sudah banyak berubah.

" Awak..ruang yang kosong itu memang saya khaskan untuk awak." jawab Alisa tulus.

Syahmi mengucap syukur dalam hati.

" Awak dah sembuh?" soal Alisa.

" Alhamdulilah. Makin sembuh. Erm..kalau begitu mulai hari ini saya takkan lepaskan awak lagi."

Alisa mencebik kemudian berlari masuk ke dalam. Sesaat kemudian dia keluar semula tapi syahmi tiada. Alisa pelik.

" Cari saya ke?" Alisa terkedu melihat sebentuk cincin berada dihadapan matanya.

Syahmi bergerak dan berhadapan dengan Alisa. Cincin yang dia pegang dihulurkan kepada Alisa.

" untuk awak. Ia sebagai janji saya untuk menjaga awak seumur hidup saya. Sudikah awak menerima saya sebagai suami awak?"

Alisa terpegun dan secara tak sengaja mengalirkan air mata. Kemudian dia pantas mengangguk. Dah lama dia menantikan saat ini.

" Terima kasih kerana sudi menunggu saya. Alisa..."

" Sama-sama..."

Kemudian mereka saling berbalas senyuman. Senyuman di mana mereka berdua saja yang tahu maksudnya. Penantian Alisa akhirnya berbaloi apabila Syahmi pulang dan melamarnya. semua ini berkat doanya. Alhamdulilah tidak terkata.

~TAMAT~

Popular Posts