Bonet kereta ditutup perlahan. Selepas selesai semuanya, Izz
kembali menapak masuk ke dalam rumah. Kalau nak bertolak sekarang, dalam pukul
3 petang sampailah. Lagipun Ipoh ke Kuala Lumpur bukan jauh mana.
“ Barang semua dah bawa masuk ke dalam kereta ke Izz?” Soal
Umi apabila Izz kembali masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa yang berdekatan
dengannya.
“ Haah. Dah. Tinggal nak pergi je.”
Izz menoleh pula ke arah dapur. Terdengar suara Zahra dan
Izzati sedang berbual.
“ Izz.. Umi nak tanya kamu sikit boleh?”
Izz hanya mengangguk. Entah mengapa hatinya tiba-tiba rasa
berdebar melihat wajah uminya itu. Serius bukan main.
“ Kamu ada perasaan dekat Zahra ke?”
Betul telahannya. Dia termangu selepas mendengar persoalan
umi itu.
“ maksud umi?” Izz sengaja buat-buat tak tahu sedangkan dia
faham apa maksud umi sebentar tadi.
“ Umi rasa kamu dah berubah Izz. Semenjak Zahra hadir dalam
rumah ni. Umi tengok kamu lain sangat. Bukan apa, Umi Cuma pelik. Tapi umi
gembira kerana akhirnya Allah bukakan pintu hati kamu tu untuk mencintai
seorang perempuan. Dan perempuan itu adalah Zahra. Betul tak?”
Izz tersenyum kecil. Tak sangka sampai ke tahap ini Umi
berfikir tentang dirinya. Kalau Zahra tahu pasti dia terkejut punya.
“ Bukanlah Umi. Izz sendiri tak tahu nak cakap macam mana.
Tapi kalau soal cinta tu tolak ke tepi dulu kot Umi. Sebab Izz sendiri rasa Izz
masih belum sampai ke tahap itu lagi. Lagipun Zahra tu masih isteri orang Umi.
Izz berdosa kalau Izz menyimpan perasaan dekat dia. Izz Cuma rasa nak lindungi
dia dan tak mahu tengok dia menderita lagi.” Jelas Izz agar uminya tak tersalah
sangka.
Umi tersenyum kecil sambil menepuk perlahan tangan Izz. Dia
seorang ibu jadi dia faham apa perasaan Izz ketika ini.
“ Umi tahu. Dan Umi akan sokong apa saja keputusan kamu selepas
ini.” balas Umi lembut.
“ Baik umi. Tapi Umi… Izz masih tak faham satu perkara. Dan
maafkan Izz sebab tak beritahu hal ini lebih awal. Izz rasa Izz boleh
selesaikannya sendiri. Sedangkan tak pun.”
Izz membuat keputusan untuk memberitahu Uminya fasal mimpi
tersebut. Tapi tak terlalu awal ke Izz? Sedangkan kau dah tak mimpi soal itu
kebelakangan ni.
“ Apa tu Izz?” Um ingin tahu. Sampai berkerut Izz tu
dibuatnya.
“ Erk! Tak ada apa-apa lah Umi. Lupakanlah.” Pantas Izz
menggelengkan kepalanya. aku rasa lebih baik aku simpan rahsia ni ketat-ketat.
Apabila sampai satu saat, baru aku akan ceritakan.
Umi melihat anaknya itu dengan kerutan di dahi. Dia pasti
ada sesuatu yang bermain di fikiran Izz. Tapi dia tak patut mendesak Izz agar
menceritakan perkara yang sebenar. Anaknya itu patut diberi peluang untuk
berfikir dengan berdikari. Dia percayakan Izz.
“ Kalau kamu dah bersedia. Kamu ceritakan pada umi ye
sayang?”
“ Insya-Allah Umi.”
Izz tersengih apabila hidungnya dicuit umi. Dia memang anak
yang manja berbanding dengan Izzati.
“ Umi. Izz. Nak makan sesuatu tak? Kalau nak Zahra boleh
hidangkan.” Muncul Zahra dengan sengihan.
Alif dan Farah dah keluar daripada pagi tadi. Katanya nak
shopping. Kalau tak Zahra bolehlah duduk santai kejap dekat pelantar belakang
rumah. Tapi bila ingatkan Izz nak balik. Zahra membatalkan hasratnya.
“ Eh! Tak usahlah Zahra. Kami dah kenyang. Urmm.. Kamu
berdua sembanglah kejap. Umi nak ke dapur. Nak tengok Izzati buat apa.”
Belum sempat Zahra nak menghalang, Umi terlebih dahulu bangun
dan menuju ke dapur. Mahu tak mahu Zahra mengambil tempat di hadapan Izz yang
sedang merenungnya dirinya itu.
“ So? Apa awak akan buat selepas ni? Kan saya dah nak balik
KL.”
Zahra tersenyum kecil. Kenapa pula dia soal aku macam tu?
Macam dia pula yang kawal hidup aku. Eh tak! Macam seorang suami pula. Erk?
“ Kenapa awak tanya? Urusan awak ke?” Soal Zahra kembali.
“ yelah. Dah menjadi urusan saya okey. Selepas saya balik KL
nanti. Dah tak ada orang nak buat lawak dan usik awak dah. Kan awak sedih dan rindu
nanti dekat saya. Ya tak?” usik Izz. Dia suka sangat usik Zahra ni. Sampai naik
segan Zahra dibuatnya.
“Eleh.. Tak ada maknanya nak rindu-rindu segala. Umi dan
Izzati ada kan? buat apa saya nak rindukan awak. lainlah awak ni..”
Zahra pantas menutup mulutnya. Ya Allah. Aku nak tercakap
dia suami aku. Ish! Kenapa dengan aku ni?
“ Saya apa?” Izz ingin tahu. Dia tahu apa ayat seterusnya
itu. Namun dia tak mahu Zahra rasa malu. Zahra sedaya upaya cuba tak mahu cakap
soal itu lagi.
“ Awak tinggal dekat mana? KL tu kan besar?” Pantas Zahra
menukar topik.
Izz sembunyikan senyumannya. Dah tahu Zahra tak mahu cakap
perkataan ‘suami’ di belakang ayat tadi. Ceh!
“ Kalau betul saya ni suami awak macam mana?”
Lain yang ditanya lain pula yang Izz jawab. Tapi dia tak
kisah. Dia lagi suka adalah.
“ ha?!” Zahra pula jadi blur.
Izz bangun dengan senyuman tipis. Zahra. Selepas talak kau
jatuh. Aku akan berusaha untuk mendapatkan hati kau tu. aku nak rawat semula
hati kau yang luka itu. Itu janji aku. Aku harap kau dapat tunggu aku.
“ Umi! Saya nak pergi dah ni.”
Izz pantas melangkah keluar daripada rumah tanpa
menghiraukan Zahra yang kelihatan terpinga-pinga itu. Sengaja buat Zahra
tertanya-tanya.
“ Awal lagi ni. tak nak tunggu Alif dan Farah ke?” Muncul
Umi bersama dengan Izzati di muka pintu. Zahra masih setia duduk di sofa. Dia
tidak merasa nak bangun pun.
Izz melangkah ke arah pintu kereta pemandu. Dia membuka
enjin kereta lalu masuk ke dalam kereta. Selepas berjaya membuka enjin kereta,
dia kembali keluar dan menyalami tangan Uminya dan Izzati.
“ Kirim salam je lah dekat mereka berdua tu. Lagipun Izz dah
lewat ni. Takut jammed pula nanti.”
Izz tersenyum melihat ke arah umi dan Izzati. Sempat juga
dia kerling ke arah Zahra yang berada di dalam rumah itu. Nak je dia ketawa
dekat situ. Tapi tak baik pula.
Baru sahaja dia nak masuk ke dalam kereta semula. Dia
tiba-tiba teringat sesuatu. Ada sesuatu yang dia ingin berikan kepada Zahra
sebelum dia pulang ke KL. Mana boleh lupa benda ni. Jadi dia melangkah semula
ke arah Umi dengan sepucuk surat di tangan.
“ Umi.. tolong beri surat ni pada Zahra. Boleh kan Umi?” Izz
hanya berbisik pada uminya lalu menyerahkan sepucuk surat itu pada umi. Tak
mahu Izzati dan Zahra dengar. Kantoilah nanti.
“ yelah. Hati-hati dekat jalan tu.”
Izz hanya mengangguk dan kembali masuk ke dalam kereta.
Harap-harap awak baca Zahra.
Zahra mula bangun dan menuju ke muka pintu selepas Izz masuk
ke dalam kereta. Sesaat kemudian, kereta Izz telah pun keluar daripada kawasan
halaman rumah.
“ Zahra..”
Zahra mendongak melihat umi dan Izzati silih berganti.
Izzati hanya tersenyum lalu berlalu meninggalkan mereka berdua. Dia tahu umi
dan Zahra ada privacy. Jadi dia tak patut menganggu.
“ Ada apa umi?”
“ Ini untuk kamu dari Izz.” Umi menghulurkan surat tadi pada
Zahra.
Zahra mengambil surat itu dengan kerutan di dahi. Surat dari
Izz? Kenapa pula ni?
“ Umi pergi dapur dulu ye.”
Akhirnya tinggallah Zahra sendirian di muka pintu itu.
Matanya masih tertancap pada surat itu. Dia masih teragak-agak nak buka atau tidak.
Tapi dia terfikir juga. Kenapa tiba-tiba Izz beri surat pula ni? So! Kalau nak
tahu dia mesti buka dan baca.
**
Assalamualaikum Zahra.
Future mother. And maybe my future wife?
Eh! Saya gurau je.
Jangan ambil hati. Hehe.. Mesti awak pelik kan tiba-tiba je saya bagi surat
dekat awak. Dah lah ini kali pertama saya tulis surat buat seorang perempuan.
Pelik! :D
‘ Cinta itu datang
tanpa dipinta. Cinta itu juga membuatkan hati manusia terseksa. Kadang-kadang
cinta itu hadir pada ketika kita tidak menginginkannya. Namun, aku harus sedar
yang dia bukan untukku. Aku hanya ingin melindunginya daripada terus disakiti.
Tapi mengapa setiap kali aku memandang wajahnya, aku seakan tenang? Ya Allah.
Adakah mimpi itu petunjuk untukku?’
Awak pernah dengar kan
ayat-ayat di atas? Dan awak memang pernah membacanya kan? Macam mana saya tahu?
Itu awak tak perlu tahu sebab rahsia. Cuma saya tahu awak mesti tertanya-tanya
fasal luahan hati saya di atas tu. Mesti awak nak tahu siapa perempuan yang
saya maksudkan tu.
Saya rasa saya patut
beritahu awak siapa perempuan tu. Tapi saya harap awak tak terkejut. Sebab saya
sendiri pun tak percaya sebenarnya. Namun, itulah hakikatnya. Walaupun
kadang-kadang saya sendiri pun tak faham apa yang sedang saya alami saat ini.
Baiklah. Tak guna saya
tulis panjang-panjang berjela ni. Buang masa je kan? perempuan yang saya
maksudkan tu adalah ZAHRA UMAIRAH. Saya tak tahu lah awak kenal ataupun tak. Yang saya tahu saya rasa dah terpikat
dekat nama perempuan tu. Tapi saya sedar saya masih belum berhak ke atasnya.
Awak.. Saya rasa
penjelasan saya dah cukup kot. Maybe awak susah nak percaya. Tapi tak mengapa.
Insya-Allah jika benar awak untuk saya. Saya takkan lepaskan awak lagi selepas
ni.
Izz Firas..
Surat itu dilipat kembali dan dimasukkan ke dalam beg
tangannya. Rasa terkejutnya masih belum hilang walaupun dah hampir 3 kali dia
membaca surat daripada Izz itu. Ya! Dia sendiri tak percaya apa yang Izz
katakan itu.
Wajahnya diraup perlahan. Dia rasa runsing saat ini. Sesak
nafas saat teringat semua ini. Tak sangka dalam masa tiga hari saja dia kenal
dengan Izz. Dia boleh jadi berdebar macam ni.
‘ Ya Allah. Tenteramkanlah kembali hati hamba-Mu ini.
Sememangnya hamba masih belum berhak untuk terima cinta daripada seorang lelaki
lagi. Sedangkan hamba masih terikat pada suami hamba. Tapi jika benar dia
untukku. Satukanlah kami suatu hari nanti.’
nak lagi pleasee dearr,,,,, ;)
ReplyDeleteHaha.. Wokeyh dear! Sabar2... :)
Delete