Wokeyh! Gara-gara ada beberapa org yg tak sabar nak tahu bab yg seterusnya. Nampaknya terpaksalah tuan punya blog update sekali lagi pada mlm ni. Tapi minta maaf sangat2. Bab ni pendek sikit. Sebab? Saja buat saspen. kahkahkah.. Anyway! Enjoy you reading! :)
Selepas 3 bulan...
“ Maafkan Mak Teh Izz. Tapi rasanya si Zahirin tu rindukan
ayah dia kot. Apa kata kamu bawa je dia balik rumah. Tak pun suruh Umi kamu
jaga. Rasanya dia tak boleh dah berenggang dengan ayah dia. Lagipun dia makin
besar Izz.”
Izz menepuk perlahan belakang Zahirin agar senyap daripada
menangis. Sedih juga tengok anak angkatnya jadi macam tu.
“ kalau macam tu okeylah. Izz akan bawa balik. maaflah sebab
susahkan semua orang dekat sini.” Ucap Izz dengan penuh rasa serba salah.
“ Ini dah jadi tanggungjawab kami Izz. Tak apa. Jangan
risaulah.” Mak Teh hanya tersenyum senang.
“ kalau begitu saya balik dululah. Nanti kalau ada apa-apa
saya datang lagi ke sini. Terima kasih Mak Teh.”
“ Ya. Sama-sama.”
Izz melangkah ke kereta bersama dengan barang-barang
keperluan Zahirin. Selepas meletakkan barang-barang tersebut dalam bonet
kereta. Dengan berhati-hati juga Izz meletakkan Zahirin dalam side back untuk
bayi. Barulah dia boleh memandu dengan selamat sikit. Mujurlah Zahirin dah
besar sikit sekarang ni.
“ Maafkan ayah sayang. Ayah terlalu sibuk. Tapi selepas ni
ayah suruh nenek kamu jaga pula ye..” Sempat lagi Izz berbual dengan Zahirin sebelum
bergerak ke rumah.
Habis je kerjanya di KL. Terus dia balik ke Ipoh selepas
dapat panggilan daripada Mak Teh tentang Zahirin. Bukan main cemas dia.
Biasalah.. Siapa tak sayang anak oii! Walaupun bukan anak kandung.
Dalam 10 minit selepas itu, akhirnya Izz sampai juga depan
rumah Umi. Dengan senyuman kecil dia keluar dan menyalami Umi yang berada di
muka pintu.
“ Assalamualaikum Umi… Umi sihat?”
“ Waalaikumussalam. Alhamdulilah. Umi sihat. Kenapa balik
tak beritahu dulu? Boleh Umi masak-masak sikit. Izzati pun tak ada dekat sini.
Dia ada kursus. Esok baru balik.” Jelas Umi dengan perasaan gembira.
“ Secara mendadak Umi. Ha! Izz ada seseorang yang nak
diperkenalkan dengan Umi ni. Tapi umi janganlah terkejut. Dengar dulu
penjelasan dari mulut Izz. Boleh kan Umi?”
Mahu tak mahu umi hanya mengangguk. Siapalah yang Izz
maksudkan tu?
Izz kembali ke kereta dan mengeluarkan Zahirin yang baru
terjaga dari tidur itu. Pipi budak itu diciumnya sekilas sebelum melangkah ke
arah Umi. Umi kelihatan sangat terkejut apabila melihat Izz bawa balik seorang
budak.
“ Eh? Anak siapa ni Izz?” Soal Umi dengan pelik.
“ Anak Izz lah.” Izz tersengih melihat wajah serius uminya
itu. Manalah umi tak marah dah dia kata itu anak dia. Sedangkan kahwin pun
belum.
“ Izz! Cakap betul-betul dengan umi. Anak siapa ni?” Umi
mula berasa marah.
“ Hehe.. tak lah. Ini anak angkat Izz. Bukan anak kandung.”
Jelas Izz agar uminya tak tersalah faham.
Umi menghembus nafas lega. Ingatkan betul tadi. Kalau betul
memang Izz nak kena dengan dia.
“ Macam mana pula yang boleh terfikir nak ambil anak angkat
ni Izz? Umi tak tahu pula yang Izz teringin nak jadi seorang ayah.” Usik Umi
lalu mengambil Zahirin yang berada dalam dukungan Izz. Comel je.
“ Sebenarnya ni anak kawan Izz. Izz pegang amanatnya supaya
jaga dia apabila kawan Izz tu dah tak ada. Jadi sekarang Izz dah
bertanggungjawab jaga dia.”
Izz masuk dan duduk di sofa. Rasa penat pula. Berkejar sana
berkejar sini. Tak tahulah macam mana rutin harian dia selepas berkahwin dan
ada anak ramai-ramai. Fuh! Memang penat kan?
“ Tapi Umi. Buat sementara waktu ni Umi tolong jaga Zahirin
ni boleh? Izz belum terfikir nak cari pengasuh. Izz ingat Mak teh dekat rumah
anak-anak yatim tu boleh tolong jagakan.” Sambung Izz.
“ habis tu? Kenapa kamu bawa balik pula?”
“ Mak Teh kata dia selalu menangis. Katanya rindu dekat ayah
dia. Tak boleh nak berenggang dah dengan Izz ni. sebab tu lah Izz terpaksa bawa
dia balik juga.” Jelas Izz.
Kepalanya dipicit perlahan. Dia rasa letih sangat. Macam nak
tidur pun ada.
“ Tak apa. kamu tak usahlah cari pengasuh tu lagi. Biar Umi
je yang jaga. Alang-alang umi tak ada kerja dekat rumah. Umi dapat juga jaga
cucu angkat umi ni. Kan Zahirin?”
Umi menguis perlahan pipi Zahirin yang berdiam diri itu.
Macam tahu-tahu je tengah berhadapan dengan nenek dia. Jadi dia tak buat
perangai.
“ Yelah. Terima kasih Umi. Okeylah. Izz nak masuk berehat
kejap.”
Izz mengucup dahi Zahirin sebelum masuk ke dalam bilik.
Bantal! Wait for me!
Umi hanya tergeleng kepalanya saat melihat Izz yang
kelihatan tak terurus itu. Busy sangatlah tu.
“ Ayah kamu tu sibuk sangatlah sayang. Tak apa. nenek akan
jaga kamu ye. Zahirin… Sedap nama kamu.”
Akhirnya ada juga peneman untuk umi.
**
Hachum!
Hidungnya ditenyeh beberapa kali. Sampai naik merah jadinya.
Aduh! Siapa pula yang pergi sapu sampah ni? tak tahu ke yang aku ni alah pada
habuk dan debu?
Matanya yang tertutup rapat tadi kembali dibuka. Terkejut
bukan kepalang saat melihat wajah umi yang berada tepat di hadapannya. Sambil
tersengih pula tu.
“ Umi!!”
Umi tertawa kecil melihat reaksi Izz yang terkejut itu.
Serupa macam baru nampak hantu pula.
“ Apa yang Umi tengah buat ni? kan umi tahu Izz tak boleh
hidu habuk dan debu ni.”
Izz bangun duduk. Rasa puas pula selepas tidur tadi. Agaknya
sekarang dah pukul berapa ye?
“ Umi terpaksa buat macam ni sebab kamu susah sangat nak
bangun. Kamu tahu tak sekarang dah pukul berapa? Dah nak dekat maghrib pun.”
Izz tersentak. Pantas dia mencapai telefon bimbit yang
berada di sisinya.
‘ 6 missed call. 2 message. Masaklah aku!’ Izz menepuk dahinya perlahan.
“ Eh? Kenapa ni?”
Izz tersengih. Nampaknya aku kena tidur sini dulu lah. Esok
lah balik KL tu.
“ Sepatutnya petang tadi Izz kena balik KL dah. Sebab petang
tadi Izz ada kerja. Ada kes yang perlu Izz selesaikan. Tapi nampaknya… Esoklah
Izz kena balik. hehe..”
Izz tergaru-garu keningnya yang tidak gatal itu. Umi hanya
mampu tersenyum.
“ Tulah. Izz ni penat sangat. Sampai orang gerak pun tak
bangun. Dah.. pergi mandi lepas tu solat. Nak masuk waktu dah ni. lepas tu kita
pergi makan. Kesian anak kamu tu rindukan ayah dia. Tapi ayah dia tertidur
pula.” Bebel Umi lalu keluar daripada bilik Izz.
Izz tersengih lagi. Habislah aku kena dengan Daus esok.
Aiyok!
**
“ Sa…sakit..”
Perlahan peluh yang merintik di dahi dikesatnya. Perutnya
yang tiba-tiba terasa dicucuk dipegang. Rasa sakit yang mencucuk itu ditahan
dengan sekuat hati. Tiba-tiba saja pada malam itu perutnya sakit sangat.
Zahra menoleh ke kiri. Sudah pukul 10 malam. Agak-agak Farah
dan Alif dah tidur ke? Ya Allah. Lindugilah kandungan aku ni.
Akhirnya dia gagah juga turun daripada katil dan menuju ke
luar bilik. Dengan susah payahnya dia menapak ke bilik Farah. Sampai saja di
depan pintu bilik Farah. Dia mengangkat tangan untuk mengetuk pintu bilik
mereka. Tapi belum sempat dia telah pun terjatuh.
“ Arghh!!”
Farah dan Alif yang tengah berbual itu terkejut selepas
mendengar jeritan daripada luar bilik. Pantas mereka membuka pintu untuk
melihat apa yang terjadi.
“ Ya Allah. Akak!”
Farah sudah cemas.
“ Bantu abang bawa akak ke kereta.” Arah Alif turut dalam
keadaan cemas.
“ Akak! Bertahan!”
**
Prangg!
Izz dan Umi. Masing-masing tersentak selepas cawan yang
dipegang Izz terjatuh begitu sahaja. Izz terkebil-kebil melihat ke arah cawan
itu. Dia tak perasan bagaimana yang boleh jatuh cawan itu. Tiba-tiba juga dia
berasa tak sedap hati. Macam akan berlaku sesuatu.
“ Izz? Kamu okey ke?” Soal Umi.
“ Erk. Maaf Umi. Izz tak sengaja.”
Izz tunduk mengutip kaca-kaca yang bertaburan dekat lantai.
Sambil itu dia juga terfikir sesuatu. Dan tiba-tiba juga wajah Zahra terlayar
di benak fikirannya. Serentah perbuatannya untuk mengutip kaca terhenti begitu
sahaja.
“ Umi..” Izz menoleh ke arah Umi yang sedang membantunya
itu. Wajahnya dah kelihatan risau.
“ Kenapa?”
Belum sempat Izz nak membuka mulut. Telefon rumah berbunyi
nyaring.
“ Umi pergi jawab dulu ye sayang. Kutip kaca-kaca ni cepat.”
Izz hanya melihat Uminya berlalu. Hatinya juga berdebar
semakin kencang. Dia makin rasa tak sedap hati. Apa yang sedang berlaku ni? ya
Allah!
“ Izz!”
Jeritan Umi mengejutkan Izz. Tanpa berlengah, Izz pantas
melangkah ke arah Umi. Kelihatan Umi sangat-sangat terkejut selepas bercakap
dengan seseorang di telefon.
“ Kenapa ni umi?” Soal Izz turut dalam keadaan cemas.
“ Za…zahra.. Zahra masuk hospital.”
waa.............nak lagi!!!!!
ReplyDeleteSabar... :)
Delete