Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Wednesday, 25 November 2015

Cerpen : Because I Love You...

Assalamualaikum...

Hai. Hai. Hai. Wah. dah begitu lama aku tak datang ke sini. Hehe. Sorry. Bulan final exam kan. Ni pun still tinggal 1 paper lagi. Paper repeat untuk sem 2. 1/12 ni baru habis. Huhu. Sabar je la. Tapi, lepas tu free la kita. Haha. Btw... cerpen ni tiba-tiba bermain dalam fikiran aku. Bila dah dapat idea laju je tangan menaipnya. Hehe. Just want to tell you alls. Idea-idea cerpen ni datang sebaik aku dengar lagu korea Because you are my man. Lagu tu banyak bantu aku tulis cerpen ni. Okay. Tak nak bebel panjang lagi. Happy reading la. Hehe.



“ Mana kau? Keluar sekarang!”

Aku memejamkan mataku dengan erat. Seerat-eratnya. Ya Allah! Selamat kan aku. Tolong aku Ya Allah. Aku meneguk air liur apabila terdengar bunyi orang melangkah. Janganlah sampai dia nampak aku. Ya Allah!

“ Bro! Kau buat apa dekat dalam tu?”

Aku menghembus nafas lega. Alhamdulillah. Ada orang datang.

“ Aku cari orang. Aku rasa tadi dia datang sini.”

Aku mengintai di celah-celah kotak dan dapat melihat dua orang lelaki sedang berdiri depan pintu. Aku kena cepat keluar daripada sini atau aku akan berada dalam bahaya.

“ Jom. Aku belanja makan.”

“ Boleh juga. Jom.”

Mereka dah pergi. So, baik aku cepat-cepat keluar. Bismillah! Terkedek-kedek aku melangkah ke arah pintu. Tetapi, pintu dikunci! Ya Allah! Macam mana ni?

“ Awak siapa?”

Menyirap terus darahku sebaik sahaja mendengar suara garau itu. Aku menggigil ketakutan. Siapa dia tu? Dengan perlahan-lahan aku menoleh ke belakang. Terpampang satu wajah lelaki yang boleh tahan handsome sedang memandang serius ke arahku. Aku terteguk air liur.

“ Sa..saya..saya.”

Aku meneguk air liurku berkali-kali. Mak! Tolong Aimi!

“ Saya tau kawan saya sedang cari awak tadi. Tapi, apa yang awak buat sampai dia cari awak ke stor ni?”

Aku tunduk memandang lantai. Mataku dah menjadi panas. Tunggu masa nak turun je.

“ Sa..saya minta maaf. Sebenarnya saya terambil ni. Saya terpaksa sebab mak saya sakit kat rumah. Dan dia perlukan sangat-sangat benda ni. Maafkan saya!”

Akhirnya, air mataku mengalir jua ke pipi. Aku langsung tak mendongak untuk melihat dia. Aku sangat takut. Aku genggam kuat ubat yang aku genggam itu. Sebenarnya, aku keluar daripada rumah sebab nak cari ubat bagi melegakan sakit mak aku. Tapi, aku tak ada duit yang cukup. Bila nampak farmasi, aku masuk dan niat aku nak cakap baik-baik dengan bos kat situ. Tapi lain pula jadinya bila ada orang tuduh aku mencuri. So, tak fasal-fasal aku ambil ubat tu dan lari ke sini. Aku pun bodoh! Dah tau tak mencuri pergi lari. Kan dah kena.

“ Nama awak?”

“ Aimi.”

“ Jangan risau. Jangan takut. Saya tak makan orang.”

Aku terus mendongak melihat dia saat mendengar suaranya yang begitu lembut pada pendengaran aku. Nadanya begitu tenang. Dan kini aku dapat lihat dia tersenyum ke arahku. Ya Allah.

“ Jom ikut saya. Dan bagi ubat tu.”

Dengan tangan yang terketar-ketar aku menyerahkan ubat itu pada dia. Air mataku yang mengalir tadi cepat-cepat diseka. Aku melihatnya tanpa kata.

“ Jom.”

Akhirnya, aku hanya mengikut langkahnya masuk ke dalam farmasi itu semula. Dan aku dapat kesan beberapa mata yang tajam merenung aku. Pantas aku bersembunyi di belakang lelaki tadi.

“ Syirah. Ambil ubat ni. Tolong scan. Saya bayar ubat ni.”

Aku tersentak. Bayar? Dia tolong bayar?

“ Bos?”

Okay. Kali ni aku terkaku terus. Bos? Dia bos kat sini! Ya Allah!

“ Kenapa? Cepatlah.”

Aku rasa nak nangis lagi. Tapi, cepat-cepat ditahan. Aku tak mahu orang kata aku lemah.

“ Okay siap. Aimi.”

Aku memandang dia yang sedang tersenyum ke arahku itu. Dia menghulurkan aku ubat tadi dan aku mengambilnya dengan hati yang sebak. Senyuman hambar diukir dan aku mengucapkan terima kasih tanpa suara ke arahnya. Selepas melihat dia mengangguk, aku terus berlari keluar daripada situ.

Kenapa dia terlalu baik dekat aku? Kenapa? Ya Allah. Aku tak layak! Akhirnya, air mataku mengalir jua. Langkahku yang laju tadi semakin perlahan dan kini aku betul-betul berada di hadapan sebuah kedai foto. Aku mendongak memandang langit.

“ Ya Allah. Semoga lelaki tadi sentiasa dirahmatiMu Ya Allah. Dia sangat baik. Terima kasih ya Allah.”

Aku menyeka air mataku yang semakin laju mengalir itu. Tapi, air mata terus mengalir. Teresak-esak aku menangis dekat situ. Mak. Kenapa hidup kita macam ni? Kenapa ayah mesti pergi? Kenapa mak?

“ Kenapa awak nangis?”

Tersentak mendengar suara itu, aku pantas menyeka air mata dan meninggalkan situ. Bodoh! Kau bodoh Aimi! Kenapa mesti menangis dekat tempat awam ni! memalukan!

“ Wait!”

Lelaki tadi berdiri tepat di hadapanku dengan kerutan di dahi.

“ Mata awak merah. Hidung pun. Muka awak nampak comot. Tudung awak nampak berserabut. Ermm. Meh saya tolong.”

Tiba-tiba dia mengambil sapu tangan yang berada dalam poketnya dan tanpa menunggu keizinanku, dia terus mengelap lembut wajahku. Aku hanya mampu berdiri statik di hadapannya dengan hati yang berdebar-debar. Mataku juga tidak lepas memandang perbuatannya. Ya Allah. Siapa dia?

“ Hmm. Baru nampak cantik. Tudung awak pula.”

Sekali lagi, tangannya membetulkan tudung aku. Dengan perlahan dia menarik tudungku ke belakang dan menyapu lembut kepalaku dengan senyuman. Perbuatannya cukup halus dan kemas tanpa terkena sedikit pun kulit mukaku. Ya Allah.

“ Comel pun. Okay dah. Jangan nangis-nangis lagi. Tak comellah. Okay?”

Pantas aku mengangguk dengan keprihatinannya itu. Serius, aku tertarik! Aku mula rasa dihargai dan disayangi. Siapa dia sebenarnya?

“ Siapa awak?” Spontan soalan itu keluar daripada mulut aku.

“ Saya? Saya Imran. Lepas ni kalau nak minta tolong saya, just cari saya dekat farmasi tu okay. Saya pergi dulu. Jaga diri tau.”

Dengan senyuman, dia berlalu meninggalkan aku. Aku menyentuh lembut dadaku. Dadaku semakin berdebar-debar. Arh! Jangan terlalu percaya. Maybe dia simpati je tu. Dah. Balik!

**
“ Mak. Makan ubat dulu lepas tu tidur ye.”

Hati aku hanya mampu menahan sebak melihat keadaan mak. Dah dua bulan mak aku terlantar atas katil. Aku kalau tidak belajar sebagai pelajar di UITM terus berhenti sebaik melihat keadaan mak aku makin teruk. Dan sekarang keadaan kami seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Mujurlah jiran aku bagi aku kerja. Kalau tidak macam mana aku nak tanggung mak aku.

“ Ya Allah. Berilah aku kekuatan.”

Sebaik memberi mak aku makan ubat dan dia sudah pun kembali tidur, aku terus bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Inilah tugas sebagai anak tunggal. Aku redha dengan semua ini ya Allah.

“ Aimi! Dah nak kerja ke?”

Teguran itu membuatkan aku tersenyum.

“ Haah. Mak Jah tolong tengok-tengokkan mak saya erk.”

“ Sudah semestinya. Kerja lah elok-elok. Aimi. Nah..”

Tiba-tiba Mak Jah menghulurkan aku sekeping wang kertas bernilai RM100.

“ Apa ni Mak Jah?”

“ Ambillah. Mak Jah tahu kamu tak cukup duit untuk beli ubat dekat mak kamu. Gunalah duit ni. Mak Jah ikhlas.”

Aku pantas menggelengkan kepala.

“ Tapi..”

“ mak Jah ikhlas nak. Mak Jah dah anggap kamu macam anak Mak Jah dah. ambillah.”

Akhirnya, dengan berat hati aku mengambil duit tersebut.

“ terima kasih Mak Jah. Saya pergi kerja dulu.”

“ Yelah. Hati-hati.”

Syukur alhamdulillah. InsyaAllah. Mak. Percayakan Aimi. Aimi akan rawat mak sampai mak sembuh. Nanti Aimi dah cukup duit Aimi bawa mak ke hospital.

**
Mataku tidak berkelip melihat papan tanda yang berada depan mata aku sekarang. Aku jadi teragak-agak nak masuk atau tidak. Tapi, aku takut kalau terserempak dengan lelaki itu lagi. kalau aku tak masuk macam mana aku nak beli ubat. Haih. Masuk je lah!

“ Selamat datang.”

Aku tersenyum pada yang mengucapkan selamat datang itu. lantas aku melangkah ke arah kaunter.

“ Kak. Saya nak beli ubat.” Ujarku.

“ ubat apa tu dik?”

“ Ubat tahan sakit untuk pesakit jantung. Dan sekali dengan ubat batuk.”

“ Kejap erk.”

Aku memandang sekeliling. Aku tersenyum. Mesti lelaki tu dah banyak berusaha sampai mampu buka farmasi ni kan.  Cemburunya aku. Hurmm.

“ Ini ubatnya. Semuanya  RM50.”

Aku mencapai duit yang berada dalam poket seluarku lalu menyerahkan pada kak tadi. Tapi, ada orang yang terlebih dahulu menghulurkan duit pada kak kaunter tersebut. Aku memandang hairan. Tak reti nak tunggu giliran ke?

“ Saya bayarkan.”

Aku tersentak. Lelaki ni!

“ Erk.. Eh! Tak payahlah. Saya ada duit.” Ujarku lalu menolak lengan lelaki itu. tetapi, dia lebih pantas bertindak dengan meletakkan duit itu pada tangan kak tadi. Aku hanya mampu mengeluh.

“ Nah ini ubatnya.”

Aku menyambut dalam keadaan serba salah.

“ Te..terima kasih.”

Terus aku berlalu keluar daripada situ. Kenapa dia beria-ria nak tolong aku? Aku dan dia bukan sesiapa. Tolonglah! Aku tak nak terhutang budi dengan dia lagi.

“ Awak! Wait!”

Langkahku serta-merta terhenti. Aku pandang dia dengan tanda tanya.

“ Jom saya belanja makan. Awak mesti belum sarapan.”

Aku menggeleng dalam senyuman.

“ Tak apa. saya tak lapar. Dan.. please. Jangan buat saya rasa terhutang budi dengan awak. awak dah banyak tolong saya. Please. Saya tak nak dianggap orang yang mengambil kesempatan. Saya tak nak! Saya tahu saya miskin tapi saya tak minta simpati orang.”

Terus aku berlalu meninggalkan dia. Hatiku tak semena-mena jadi berdebar. Ya Allah. Berilah aku kekuatan. Ini dah dua kali dia tolong aku.

“ Saya tolong awak ikhlas Aimi!”

Terkejut aku bila dia tiba-tiba berdiri tepat di hadapan aku. Dia sentiasa tersenyum. Tak pernah tak tersenyum bila di depan aku. Dia boleh buat aku jatuh cinta.

“ Tak kira ikhlas ke tak. Tapi saya tak perlukan pertolongan awak lagi. Please.”

Aku meninggalkan dia dalam keadaan yang terpinga-pinga. Mak. Mak ada kata dekat Aimi dulu jangan sesekali biar orang pijak kita. Mak juga ada pesan , jangan terlalu cepat percayakan orang asing. Tapi dia mak? Kenapa dia terlalu baik dekat Aimi mak? Kenapa?

Mungkin, Allah ingin menguji aku. Think positif.

**
Hari-hari aku berjalan seperti biasa. Tiada yang istimewa. Cuma, hari ini aku rasa sangat berbeza. Rasa macam ada orang memerhati. Rasa macam akan berlaku sesuatu. Dan kini, aku baru saja habis kerja. Nak pulang tapi kena pergi beli ubat dulu. Dah tentu kena beli dekat farmasi tu. Arh! Pergi beli dekat farmasi lain 
lah.

“ Aimi! Kejap!”

Aku menoleh ke belakang.

“ Ada apa Rahim?”

“ nah. Ada orang suruh aku bagi dekat kau. Aku balik dulu.”

Aku membelek bungkusan yang berada dalam tanganku saat ini. aku perhati sekeliling. Bukan orang jahat yang bagi kan?

Belum sempat aku nak berjalan, tiba-tiba aku terdengar bunyi. Bunyi macam daripada telefon. Dan tak semena-mena kotak yang aku pegang juga bergetar. Aik? Takkan dalam kotak ni ada telefon bimbit? Pantas aku membuka kotak tersebut.

“ YA Allah!”

Ada handpone dan sepucuk surat. Pantas aku membaca surat itu.

Terimalah pemberian saya yang tidak seberapa ini. Dan tolong jangan anggap saya ni sebagai orang asing. Saya ikhlas. Kalau perlukan bantuan, telefon nombor ni.

Aku terteguk air liur. Telefon bimbit tadi still berbunyi. Dengan perasaan takut, aku menjawab panggilan tersebut.

“ He..helo.”

“ Assalamualaikum.”

Aku mengetap bibir. Lelaki ni lagi.

“ Waalaikumussalam. Awak nak apa? dan apa tujuan awak bagi benda ni? macam mana awak tahu saya kerja dekat sini?”

Bertalu-talu soalan aku tanya dekat dia.

“ Sabar. Tarik nafas dulu. Saya akan explain. Tapi, boleh kita jumpa? Datang ke farmasi saya. Saya tunggu dekat sana. Awak pun kena beli ubat dekat mak awak kan?”

Aku tersentak. Dia tahu? Dia macam baca jadual harian aku.

“ Saya tunggu awak. datanglah.”

Sebaik sahaja panggilan tamat. Aku terus mengalirkan air mata. Dan sekali lagi jantung aku berdebar hebat. Aku ketuk dadaku dengan seribu perasaan. Tolong! Jangan cepat jatuh cinta! Please!

**
“ Saya tunggu awak.”

Kata-kata itu berulang kali bermain dalam fikiran aku sampai aku dah berdiri di depan dia. dia setia tersenyum depan aku even aku tak senyum pun dekat dia.

“ Sebelum tu, nah. Ini ubat mak awak. ambillah.”

Aku tengok dia lalu menggeleng laju.

“ Saya akan beli sendiri. Terima kasih.”

“ Jangan lah macam ni. saya ikhlas. ambillah. Kalau awak tak ambil bermakna awak tolak rezeki Allah.”
Oh! Main ugut-ugut nampak.

“ Yelah.”

Aku sambut pemberiannya dengan geram. Tapi, kalau aku tak ambil mak takkan sembuh.

“ Boleh kita terus ke point utama? Saya dah tak ada masa yang banyak.” Jelasku sambil memandang dia.

“ Sure. Jom ikut saya.”

Dia melangkah masuk ke dalam farmasi dia. aku hanya menurut sampailah aku berdiri tepat di hadapan pejabat persendirian dia. kena masuk ke?

“ Masuklah.”

Dengan rasa yang terlalu kekok, aku masuk dan duduk di depan dia. aku macam kena soal siasat pula.

“ Aimi. Jangan malu dengan saya.”

“ Cepatlah cakap.”

Aku tak mampu untuk memandang tepat ke matanya. Jadi, aku pandang ke bawah. Lega!

“ Saya dah kenal awak lama. Lama sangat. Sampai, saya dah tak mampu untuk lupakan awak.”

Hatiku tersentak. Aku pandang tepat ke wajahnya. Dia dah kenal aku lama?

“ Maybe awak dah lupa. Bukan awak sengaja lupa tapi memang awak dah lupa. Sebab awak ada masalah ingatan time tu.”

“ Saya tak faham.”

Aku dapat rasakan jantung aku semakin sakit. Aku menarik nafas dalam-dalam.

“ Saya doktor awak Aimi.”

Aku terdiam. Doktor?

“ Saya yang rawat awak dulu.”

Aku tergelak.

“ Rawat? Saya sakit apa? Tipulah.”

Kali ni, senyuman dia dah hilang. Dia memandangku dengan serius. Aku pula jadi gerun.

“ Saya tak tipu dan tak mungkin akan tipu akan benda macam ni. Mak awak tahu segala-galanya. Cuma mak awak rahsiakan perkara ni daripada awak.”

Aku masih diam menanti kata-kata dia yang seterusnya.

“ Dua tahun yang lalu. Awak seorang yang ceria, periang, suka bantu orang, suka buat orang gelak dan paling penting awak seorang yang sangat penyayang. Awak ada mak dan ayah yang sangat baik. Ayah awak banyak menceriakan hari awak.”

Ayah?

“ Sampai satu hari tu, awak tiba-tiba mengerang kesakitan. Awak cakap dekat ayah awak yang dada awak sakit sangat. So, time tu ayah awak bawa awak ke hospital.”

Tiba-tiba dia bangun dan berdiri tepat di depan aku.

“ Pakai ni.”

Jam tangan? Aku menyambut jam itu lalu memakainya. Serta-merta nombor yang ada dekat jam itu mendadak naik.

“ Ini jam special. Jam bacaan jantung awak. Dari kecil awak pakai jam ni sebab ayah awak hadiahkan.”

Aku pandang tepat ke matanya dengan perasaan yang berkecamuk. Sakit weh! Dada aku tiba-tiba sakit! Jam tadi terus berbunyi apabila nombor dah mencecah ke 120.

“ Jantung awak tengah berdebar-debar kan? awak tengah rasa sakit kan?” Aku tersentak. Dia tahu?

“ Masa tu awak polos orangnya dan berjaya buat orang lain gelak. Tapi, keadaan berubah bila awak dapat tahu ayah awak meninggal selepas menghantar awak ke hospital.”

Air mataku tiba-tiba mengalir tanpa sempat aku tahan.

“ Time tu juga awak terus pengsan tidak sedarkan diri. Sebab keadaan jantung awak dah teruk. Tahap yang paling kritikal.”

Dia duduk pula melutut depan aku. aku masih menahan tangisanku daripada didengari dia.

“ Pada hari kematian ayah awak juga, awak dapat jantung baru. Saya yang buat pembedahan tu. tapi, saya tak sangka selepas awak sedar. Awak lupa siapa awak. awak lupa kenapa awak boleh ada dekat hospital dan awak lupa mana ayah awak pergi. Awak yang nak lupakan semua tu kan?”

Aku tekup mulutku. Aku memejamkan mataku erat. Tiba-tiba terbayang wajah ayahku yang sedang mencempungku masuk ke dalam hospital. Terbayang juga wajah doktor yang merawat aku iaitu orang yang berada depan mata aku sekarang. Terbayang juga keadaan aku sebelum mendapat berita kematian ayah aku. Ya Allah.

“ Selepas awak sembuh, mak awak bawa awak balik ke rumah. Mak awak terpaksa tipu awak yang ayah awak meninggal sebab sakit jantung. Sedangkan dia kemalangan selepas hantar awak. mak awak tak nak awak rasa bersalah yang amat.”

Aku genggam kuat jariku dengan linangan air mata. Dadaku semakin sakit. Aku pandang ke mata Imran.

“ Demi tak nak buatkan mak awak risau. Saya yang suruh mak awak berpindah. Dua tahun Aimi. Dua tahun! Saya hanya mampu memerhati awak dari jauh. Mak awak juga tak nak saya terlalu ambil berat sebab risau orang akan kata bukan-bukan. Jadi, sebulan selepas tu saya hanya memerhati dari jauh. Dan untuk pengetahuan awak, saya sakit tengok keadaan awak macam ni. Saya nak bantu awak tapi, mak awak larang. Sampai awak datang ke farmasi saya dan ingin beli ubat.”

Aku melihat wajahnya yang sentiasa menenangkan hati aku itu. dan aku perasan ada air mata di hujung matanya. Ingin sekali aku menyeka air matanya itu tapi aku tak mampu.

“ Mulai saat itu, saya dah bertekad ingin terus jaga awak dan mak awak. saya tak nak bersembunyi lagi. saya dah tak sanggup tengok orang yang saya sayang menderita.”

Akhirnya, air mata dia jatuh. Aku terkejut tapi aku mula rasa bahagia. Aku tak tahu kenapa. Tapi, aku bersyukur sebab dia bukan seperti yang aku sangka.

“ Se…sebab apa awak buat semua ni Imran? Awak hanya doktor yang pernah rawat saya dulu. Awak bukan sesiapa. Ayah saya pun dah lama meninggal.” Ujarku dalam nada yang bergetar.

“ Because I love you. I love you very much. Almost 2 months I waited for this day. I’m hurt you know? I can’t let you be like this. I can’t.”

Aku memulangkan kembali jam tadi kepada dia. Lantas, aku bangun dan menyeka air mataku dengan senyuman hambar. Bila dah rasa lega aku kembali memandang dia. melihatkan dia yang masih melutut itu, aku turut melutut bersama depan dia.

“ Awak.”

Aku mengambil sapu tangan yang berada dalam poket bajunya itu lalu mengelap dengan perlahan air matanya. Aku mengelap wajahnya dengan lembut. Tapi, aku pula yang mengalirkan air mata. Bodoh! Kenapa dengan kau Aimi!

“ Kenapa awak nangis?”

Dia memegang lenganku yang berlapik itu dengan senyuman kecil.

“ Te..terima kasih. Tapi, saya… saya..”

“ Syuhh! Don’t speak. Just keep quiet. I don’t want to hear your voice. I just want to see your face. I really really miss this face. Gelak tawa dia. usikan dia. semuanya dah hilang. Saya nak dia yang dulu.”

“ Dah berapa lama kita kenal?”

Dia tersenyum dan menunjukkan genggamannya ke arahku. Perlahan-lahan dia membuka genggaman itu.

“ 5 tahun. Semenjak awak hidapi sakit jantung, saya dah mula kenal awak. time tu, awak masih sekolah. Still in form 3.”

“ Saya salah. Saya minta maaf. Sepatutnya saya panggil awak doktor. Awak lebih tua daripada saya. Sorry.”

Dia tergelak. Melihat dia tergelak aku juga terikut sama tapi tak lama.

“ Dulu, awak yang suruh saya supaya tak formal. So, awak tak panggil saya dengan panggilan doktor tapi ‘awak’. sebab awak kata panggil doktor Imran terlalu formal.”

Aku terkejut. Biar betul?

“ Yes. Awak dah makan?”

Aku tengok jam tangan dia. alamak!

“ Saya belum bagi mak makan ubat. Saya dah lewat. Saya balik dulu!”

Terus aku bangun dan bersiap untuk melangkah. Tetapi, panggilannya membantutkan aku untuk terus melangkah.

“ Saya hantar. Saya dah lama tak jumpa mak awak. jom.”

Dan dalam diam, aku tersenyum. Ya Allah. Semua ni macam mengejut.

**
“ Mak. Bangun mak. Ada orang datang ni.”

Aku bantu mak aku duduk dengan senyuman. Aku menjeling insan  di sebelahku dengan senyuman. Dia nampak smart pula.

“ Makcik. Saya Imran. Doktor Aimi dulu. Makcik ingat tak?”

Aku nampak mak macam baru tersedar. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Imran. Serentak itu dia mengalirkan air mata. Eh! Mak?

“ Im..Imran.”

“ Ye. Saya ni makcik. Makcik ingat kan? Maaf sebab saya baru datang.”

Aku meninggalkan mereka berdua lalu melangkah ke ruang tamu. Biarlah mereka berbual sebentar. Dah lama juga aku tak dengar suara mak. Mak. Kenapa mak rahsiakan semua ni daripada Aimi? Agaknya Aimi memang sentiasa bernasib malang kot mak.

“ Ini untuk awak. Simpan baik-baik.”

Aku tersentak sesaat. Kenapa aku teringat something berkaitan dengan dia? Tanpa berlengah, aku pantas masuk ke dalam bilik dan membuka almari baju. Aku cari benda yang aku rasa berkaitan dengan kisah lalu aku. Cari punya cari, tanganku tersentuh satu kotak kecil.

“ kotak apa ni?”

Aku mengambil kotak kecil tersebut lalu dibuka. Sebaik sahaja aku buka, hampir saja kotak itu terlepas daripada pegangan aku. Cincin? Aku menekup mulut kuat. Serentak itu air mataku mengalir lagi.

Aku membelek kertas kecil yang berada dalam kotak tersebut.

Because you’re my person. Because I love you Aimi Aisya.

Terduduk aku selepas membaca kertas itu. Ya Allah. Kenapa aku perlu lupa benda sebegini? Kenapa? Ya Allah. Aku bersalah sangat buat dia tunggu aku. buat dia menderita. Allah! 

“ Awak! awak dekat mana?”

Aku pantas menyeka air mataku lalu tergesa-gesa menyimpan kotak itu ke dalam almari semula. Tapi lain pula jadinya bila kotak itu terjatuh. Aku tunduk untuk mengambil kotak itu lalu pantas menyimpannya kembali. Tapi, aku terperasankan sesuatu. Aku tunduk semula sampai ke bawah katil. Buku?

“ Diari aku ke ni?”

Diari yang penuh dengan habuk aku sapu lalu membuka helaian demi helaian. Dan sampai helaian kelima, terpampang wajah ayah aku dan Imran. Aku tersenyum hambar. Ayah. Maafkan Aimi. Aimi salah.

“ Aimi!”

Ya Allah. Aku buat dia tertunggu-tunggu. Baik aku simpan dulu.

“ Kejap!”

Pantas saja aku keluar dan menemui Imran yang sedang tersenyum itu.

“ Dah habis berbual dengan mak saya?”

“ Dah. InsyaAllah esok saya bawa mak awak ke hospital. Fasal kos awak jangan risau. Semua ditanggung beres.”

Aku tergelak kecil. aku pandang dia dengan tanda tidak percaya.

“ Kenapa pandang saya macam tu?”

Aku menggeleng dalam senyuman.

“ Umur awak tahun ni?”

“ 29. Saya tahu saya dah tua.” Dia mencebik.

Aku tergelak.

“ Kenapa nampak muda lagi? haha. Okay enough. Jom saya hantar ke pintu depan.”

“ Aimi. Can I say something?”

Aku hanya mengangguk lalu keluar daripada rumah. Entah mengapa, kini aku rasa macam beban dalam kepala aku hilang. Rasa macam segala rahsia sudah diketahui. Aku macam baru lepaskan satu tumbukan ke arah dinding. Haha.

“ I will be waiting for you. No matter what happen, I will always love you. Because you’re my love.”

Dan tidak semena-mena jantungku berdegup kencang. Melihat dia tersenyum, aku juga turut tersenyum tetapi debaran ini mengatasi segala-galanya. Aku nampak jam bacaan jantung ada pada lengannya.

“ Boleh saya pinjam jam tu?” Soalku.

“ Bukan pinjam tapi ini memang kepunyaan awak. saya pulangkan pada awak. nah.”

Aku memakai jam itu lalu tanpa seminit, bacaan pada jam itu dah mencecah ke 120. Aku tersentak. Aku pantas mendongak melihat dia.

“ Itulah perasaan awak. maybe awak dah lupa semuanya that’s why awak tak rasa dan tak mengaku pun. But, itulah kenyataannya. Because you love me.”

Aku tak tahu tapi dia bagaikan penyelamat Allah kepadaku. Terima kasih Ya Allah.

**
“ Ayah! Sakit ayah! Sakit!”

Aku menyentuh dadaku dengan sekuat hati. Sakit sangat! Ya Allah! Adakah ajalku semakin menghampiri? Aku reda andai itu takdir aku.

“ ya Allah Aimi. Jom ayah bawa kamu ke hospital. Intan… jaga rumah. Nanti abang datang ambil kamu.”

“ Hati-hati di jalan tu bang.”

Aku hanya mampu mengerling sekilas ke arah ayah yang sedang memandu itu. Rasa sakit ini semakin mencengkam dadaku. Aku mula rasa sesak nafas yang amat. Pandanganku juga menjadi kabur. Ya Allah.

“ Sabar sayang. Dah sampai ni.”

Aku dah tak mampu menahan sakit ini. Aku seperti nyawa-nyawa ikan saat ini. aku hanya mendiamkan diri saat ayah mencempungku masuk ke dalam hospital.

“ Doktor Imran! Tolong! Anak saya!”

Aku memejam mataku dengan erat. Tetapi, setiap bait-bait kata doktor aku mampu dengar dengan jelas. Im! Tolong saya. Saya dah tak tahan.

“ Pakcik tunggu dulu dekat luar. Biar saya rawat dia.”

“ Sayang. Nanti ayah datang balik. ayah nak pergi ambil mak kamu. Take care sayang.”

“ Arghh! Im! Sakit!”

Aku mencengkam kuat lengan dia. Serentak itu air mataku laju mengalir ke pipi. Aku sudah tidak dapat menahan sakit ini.

“ Awak. awak mesti tahan. Sabar awak. awak kuat kan?”

Dalam kepayahan, aku membuka mata dan melihat dia yang kelihatan cemas itu. dalam kepayahan juga aku menghadiahkan senyuman buat dia. Cengkamanku makin kuat.

“ Awak. Sa..saya nak minta maaf. Sa..saya tahu saya banyak buat salah dekat awak. A..awak. Maybe ini kali terakhir saya dapat lihat awak. Sa..saya Cuma nak cakap satu je. Benda yang dah lama saya pendam. Maybe.. maybe saat ini adalah saat yang paling sesuai.”

Aku cuba menahan sakit ini selagi boleh.

“ I love you….”

Belum sempat aku nak berkata lagi, sakit ini datang lagi. makin kuat!

“ Argh!!!”

“ Aimi!”

**
“ Ya Allah!”

Aku tersedar daripada tidur yang panjang. Dan… mimpi tu. mimpi tu? Ya Allah. Air mataku mengalir lagi. Imran. Rupanya, itu yang berlaku sebelum saya dapat penderma. Kenapa tiada siapa pun nak menceritakan perkara ni dekat aku? Aku bukan budak kecil lagi.

Mukaku diraup dengan seribu perasaan. Aku tengok jam. Baru pukul 3 pagi. Aku terpandang pula telefon bimbitku. Entah kenapa, hatiku terdetik untuk mendail nombor dia. Tanpa berfikir panjang, aku pantas mendail nombor Imran.

“ He..helo.”

Aku menahan diri daripada mengalirkan air mata.

“ Maaf. Saya dah ganggu awak.”

Aku mengetap bibir sekuat hati. Jangan nangis Aimi! Jangan!

“ Kenapa ni? Any problem?”

Aku tumbuk dadaku dengan sekuat hati. Janganlah nangis! Bodoh! Aku tak nak dia dengar. Ya Allah. Kenapa kau degil sangat air mata!

“ Aimi? Hey! What’s wrong? Are you crying?”

Akhirnya dia tahu. Aku pun dah tak dapat menahan tangis ini lalu aku hamburkan semuanya pada dia.

“ Relaks Aimi relaks. Okay. Just crying. Let it go. I’m hearing. I’m waiting.”

Hampir 5 minit, baru aku berjaya mengawal diri. Aku mula menarik senyuman even sukar. Aku menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya dengan sekuat hati.

“ Imran.. sorry.” Aku rasa dia mesti penat tunggu aku nangis. Alahai. Apa yang aku buat ni?

“ It’s okay girl. Why girl? Mimpi buruk? Just tell me okay.”

Terhambur keluhan kecil daripada mulutku.

“ Saya mimpi awak. saya mimpi keadaan saya sebelum pembedahan tu. And… I’m saying something that I can’t believed. I’m sorry because make you waiting for me. I’m wrong. Sorry Imran.”

Suasana sepi seketika. Hanya terdengar deruan nafas dia dari corong telefon.

“ Aimi. Kalau saya kata saya cintakan awak. selamanya saya akan cintakan awak. kalau saya kata saya akan tunggu, selamanya saya akan tunggu awak. saya tak kisah berapa lama mana pun. Asalkan awak tak hilang daripada pandangan mata saya dan tak pergi tinggalkan saya. Saya bersyukur sangat time tu sebab saya ingat awak akan pergi tinggalkan saya. Rupanya ada orang yang sudi mendermakan jantungnya buat awak. Dia ada pesan dekat saya, kalau dah dapat awak kembali jangan sesekali lepaskan dia. dan saya turut apa yang dia cakap.”

Aku terdiam.

“ And now. I just want you to be my wife. No one else. Because what? Because I love you. Remember that.”

Aku tersenyum. Mak. Adakah ini kebahagiaan yang mak cakap tu?
**
Berdebar aku menantikan keputusan doktor yang berada di depan aku saat ini. Sampai terteguk air liur melihat dia. aku menjeling insan yang berada di sebelah aku. Dia menggenggam tanganku kuat seraya memberikan aku kekuatan.

“ Jantung saya ada masalah ke doktor? Sebab sebelum saya pengsan saya ada sakit dada. Lepas tu, saya terus tidak sedarkan diri.” Jelasku dengan keadaan takut.

Sesaat kemudian doktor itu tersenyum.

“ Tak. Jantung awak okay. Maybe jantung awak nak beri awak kejutan kot.”

Aku pandang doktor dengan kerutan di dahi.

“ Awak hamil 2 bulan. Tahniah.”

Aku menekup mulut tanda tidak percaya. Hamil? Aku memandang dia dengan perasaan tidak percaya.

“ Ye sayang. You’re pregnant. Almost 2 months.”

“ Alhamdulillah. Ya Allah. Terima kasih.”

**
Siapa sangka, selepas mak aku benar-benar sembuh. Aku terus dilamar. Sebulan lepas tu, aku sah menjadi isteri dia. Dan kini hampir 5 bulan berlalu. Aku pun dah nak jadi mak orang. Ya Allah. Aku bahagia sangat. Terima kasih Ya Allah.

“ Sayang?”

Aku menoleh ke arahnya dengan senyuman. Aku menyentuh lembut perutku yang masih belum menampakkan rupa itu. Sayang. Terima kasih sebab hadir dalam hidup mama dan papa. Mama janji akan jaga kamu sebaik mungkin.

“ Sayang happy tak?”

Dia datang dan memelukku daripada belakang. Kepalanya diletakkan di atas bahu kiriku. Aku tersenyum bahagia.

“ alhamdulillah. Saya bahagia. Abang?”

“ Alhamdulillah. Bahagia juga. Sebab abang dah lama tunggu saat ini. Dulu ayah sayang ada pesan. Kalau dah sayang tu mengaku jangan sampai sayang dirampas. Abang masa tu hanya mampu gelak sebab time tu umur sayang baru 17 tahun. Gila ke apa abang nak luahkan perasaan abang. Kalau abang cakap pun memang sayang takkan percaya.”

Aku tergelak kecil.

“ Lepas tu?”

“ Sampailah malam kejadian tu berlaku, abang mati akal sebab tak nak kehilangan sayang. Tambah-tambah time tu sayang baru lepas dapat result. I though, sebelum tu sayang maybe terlalu layan perasaan.”

Aku tersenyum. maybe.

“ Masa sayang berada dalam wad ICU tu. abang dah cemas. Tiba-tiba sayang cakap bukan-bukan. Just, I shocked when you said that you love me. Time tu memang abang rasa dah tak bermaya.”

Aku menutup muka tanda malu yang amat. Terdengar dia ketawa kecil.

“ Tak payah nak malu dengan abang. Awak pun dah jadi isteri kepada doktor Imran ye.”

Aku tergelak kecil.

“ but…. Bila abang bagi cincin tu?” Aku teringat benda tu.

“ Dua minggu sebelum kejadian tu. Tapi, abang tak bagi sayang buka lagi time tu sebab abang kata tunggu lepas result. Tapi tak sangka sayang baru terjumpa lepas semuanya dah terjadi.”

“ Saya minta maaf.”

Aku memusingkan badan dan memeluk dia dengan erat.

“ It’s okay la. Sayang tak salah. Dah. Lupakan benda yang dah  berlaku. Sekarang kita fokus dekat anak kita ni. Hai anak papa.”

Perlahan tangannya mengusap perutku. Aku tersenyum lebar.

“ Sabar ye anak papa. Nanti bila anak papa ni keluar, kita buli mama erk.”

Aku mengerutkan dahi.

“ Why must me?”

“ Because you’re my love. Because I love you. And because we love you Puan Aimi Aisya.”

Dahiku dikucupnya perlahan sebelum aku memeluknya dengar erat. Thanks for everthing Encik Imran. Thanks.

~Tamat~

Popular Posts