Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday 28 September 2013

Cerpen : Surat Cinta Dari Dia

Assalamualaikum..
Maaf dan maaf kerana sudah lama tidak datang menjenguk ke sini. Maaf sangat-sangat. Sampai dah berhabuk pun blog ceq ni kan? Hehehe... Dan minta maaf juga kerana baru hari ni ada cerpen baru untuk korang. Biasalah bila otak dah beku. Satu idea pun tak terkeluar dah. Harap2 korang berpuas hati akan cerpen ni. Sorry if tak best. Dah cuba sedaya upaya. Huhu.. Enjoy!



Aku ketawa terbahak-bahak mendengar kisah lucu abang aku. Serius! Memang lawak! Hahaha! Sampai kecut perut dibuatnya.

“ Hei! Sampai hati adik kan? Mentang-mentanglah abang ni tak laku kan?” Abang sudah memonyokkan mukanya. Eiii! Buruk!

“ Ya Allah. Buruknye muka dia bila merajuk. Haha.. Ala.. Janganlah macam ni. Masalahnya cerita abang tu lawak sangat. Adik gelaklah.”

Aku tersengih melihat jelingannya.

“ Manalah abang tau yang tu pondan. Kalau abang tau abang tak lah nak pergi ngorat dia. Tak kuasa aku. Siapa suruh dia tu nampak lawa sangat.”

Mulutku kembung. Sedaya upaya aku menahan agar tidak terlepas ketawa. Namun, aku tewas saat melihat wajah cemberut abang aku tu. Ya Allah.

“ Abang pergi mengorat pondan! Haha! Mak!”

Mulutku pantas ditekup. Eleh! Tak mahu mak tahu la tu. Pantas aku menolak tangannya. Ketawa masih belum dapat dihentikan. Abang aku ni teruklah. Takkan lah dia tak dapat bezakan antara perempuan dan pondan? Serius teruk!

“ Apa yang bising-bising ni?” Muncul mak dengan kelam kabutnya. Marah pun ada sebab kami bising-bising.

“ Tak ada apa-apalah mak.” Abang cuba mengelak. Tapi tidak semudah itulah. Adik abang ni ada untuk ceritakan segala-galanya.

“ Mak… Sebenarnya kan?” Aku menjongket kening melihat abang. Dia menahan geram melihat aku ingin bongkarkan rahsia. So what? Haha!

“ Apanya?” Mak seperti tak berpuas hati apabila aku cerita dengan tersangkut-sangkut.

“ Sebenarnya abang pergi… mengorat PONDAN!” Sengaja aku menekan perkataan pondan untuk menyakitkan hati dia. Sumpah lawak! Haha!

“ Ha! Ya Allah..”

Aku tengok mak sedang menahan tawa daripada meletus. Aku tengok abang pula sedang menahan malu dan geram terhadap aku.

“ orang mana tahu tu pondan mak. Serius! Kalau orang tau orang tak pi mengurat dia lah.” Abang membela dirinya. Tahu dirinya tak salah.

Aku dan mak saling memandang antara satu sama lain. Sesaat. Dua saat dan tiga saat. Ketawa kami berdua meletus. Ya Allah. Mak gelak lagi dahsyat dari aku.

“ Mak! Adik!” Abang menjerit tanda dia amat sakit hati melihat kami berdua gelak dekat dia. Yelah. Family sendiri gelak bukannya nak tolong.

Mak mengesat mata akibat terlebih ketawa. Kepalanya terangguk-angguk mendengar penjelasan abang. Mak bangun dan mendekati abang. Perlahan bahu abang diusap.

“ Mak tahu perasaan abang. Maafkan mak. Tapi takkan abang langsung tak dapat membezakan siapa perempuan sejati dan siapa pondan? Takkan kot?”

Mak pantas menyentuh dahi abang. Mana tahu abang demam ke apa ke. Yang aku pula tengah tahan ketawa. Mak ni… Mak ingat abang aku ada masalah lah tu.

“ Mak… Orang sihatlah.” Perlahan abang tolak tangan mak. Dengan wajah cemberutnya tu. 
Dia berbaring di sisi aku. Sempat juga dia mencubit paha aku yang gebu ni. Erk? Haha!

“ Dah. Tengok! Kerja mak pun tak jadi bila dengar cerita korang berdua ni.”

Mak yang baru ingin bangun terbantut apabila mendengar orang memberi salam. Serentak kami bertiga memandang ke arah pintu yang sedikit terbuka itu.

“ Mak. Siapa yang datang tu? Ayah dah balik ke?” Soalku lalu  bangun berdiri. Abang pun sudah bangun duduk.

“ Ayah kan pergi outstation. Dua hari lagi baru ayah kamu balik. Mak rasa orang lain yang datang. Kamu berdua pergi kemaskan diri. Adik! Pakai tudung dulu sebelum tengok tetamu dekat luar. Mak nak kemaskan diri kejap.”

Arahan mak kami terima dengan akur. Aku yang memang menjaga auratku terhadap bukan muhrim menyarungkan tudung yang berada di atas tangga. Manakala abang tengah mengemaskan rambutnya. Eleh! Nak jadi macho lah tu. Tapi aku tak dapat nak tipu semua orang. Bukan nak kata sombong ke berlagak ke. Hakikatnya abang aku memang hensem.

Cuma kadang-kadang sikap dia yang tidak matang tu yang menyebabkan kehensemannya belum terserlah sepenuhnya.

“ Assalamualaikum! Ada orang tak?”

Kami bertiga yang sudah bersiap sedia menghadap tetamu membuka pintu dengan luas. Dan sememangnya pelik. Sebab ramai orang perempuan yang datang ke rumah kami dengan membawa dulang hantaran. Ha! Mereka datang ni nak meminang siapa pula?

***

Ketawa abang membuatkan aku hilang mood. Asyik ketawa je kerjanya. Ini bukan perkara main-main okey?

“ Abang… Sudahlah tu. Tak baik kamu gelakkan adik kamu tu. Dia dah cukup kasihan tau tak.” Teguran mak akhirnya berjaya mematikan tawanya. Aku menjelir lidah kepadanya akibat geram yang amat. Ada abang saja tapi tak boleh diharap.

“ Habis macam mana? Takkan nak menangis pulak?”

Aku cubit juga lengannya. Mulut tu kan? Tak pernah makan cili ke dia ni.

“ Cuba fikir. boleh?” Saranku meluat. Dia boleh pula tersengih lebar.

“ Tak sangka abang akan dapat adik ipar. Walhal abang ni pun belum ada calon. Tup-tup adik pula yang kahwin dulu.”

Aku mengeluh perlahan. Itulah yang terjadi tengah hari tadi. Keluarga tadi tu sebenarnya datang meminang aku. Kata mereka, anak sulung mereka yang suruh mereka datang. Tapi nama tidak pula disebut. Kalau macam tu lebih baik tak payah datang. Agak-agak kan? siapa lelaki tu?

“ Hoih! Berangan!” Sergahan abang membuatkan aku hampir menjerit. Kang orang tua ni aku penampar juga kot!

“ Mak.. Orang ni baru je habis belajar. Kerja pun tak dapat lagi. Macam mana nak kahwin. Orang belum bersedia lagi lah.” Ujarku. Aku nak tolak pinangan tu. Tapi mak kata kena tunggu jawapan ayah dulu. Kalau ayah kata ikut aku. Aku memang akan tolak.

“ Kalau itu jodoh kamu, kamu tak patut tolaknya. Jodoh ni tak kira umur sayang..”

Jawapan mak tu meyakinkan aku yang mak nak sangat aku berkahwin. Ala! Kenapa tak abang je yang kahwin. Abang je lah yang ganti aku. Masalahnya bukan perempuan tapi lelaki! Ish!

“ Ala adik… Apa kata adik buat solat isthikarah. Minta pertolongan Allah. Mana tahu adik dapat jawapannya nanti.”

Aku terdiam. Ada betul juga kata abang aku tu. Insya-Allah.

**

Yeay! Aku dah dapat kerja! Baru semalam aku dalam mood sedih. Hari ni kembali ke mood ceria. Siapa yang tak gembira bila dapat kerja oiii… Mestilah ya kan?

“ Mak! Abang! Adik dapat kerja!” Jeritku sambil masuk ke dalam rumah. Surat yang berada dalam tangan aku kibaskan dan meletakkan di atas meja. Senyuman aku makin lebar nampaknya.

“ Apa? Dapat kerja? Di mana?”

Abang muncul dan mengambil surat itu. Sesaat kemudian. Kelihatan senyuman lebar pada bibirnya. Alhamdulillah!

“ Mak! Meh lah sini. Anak mak dapat kerja ni.” Sekali lagi abang melaung.

“ Ye! Mak datang. Mana?”

Abang menyerahkan surat itu kepada mak. Aku tersenyum saja melihat kegembiraan mereka berdua.

“ Tahniah adik. Mak akan sentiasa doakan kejayaan anak-anak mak.”

Aku mengangguk mendengar doa mak. Amin mak…

***

Walaweyh! Tak sangka aku sudah bekerja. Sebagai setiausaha bos pula. Bagai bulan jatuh ke riba la keadaan aku ni. Bos pun baik orangnya. Tak salah aku bekerja dekat sini. Hari ni cukup seminggu aku bekerja. Bos pun berpuas hati akan kerja aku. Aku sukala.

“ Amboi! Senyum sorang-sorang nampak.”

Teguran itu aku terima dengan senyuman. Ini dia kawan kerja baru aku. Intan namanya. Baik.

“ Tak ada apa-apala.”

“ Jangan-jangan kau teringatkan bos tak? Haaa…”

Aku tersentak. Kenapa tiba-tiba kaitkan bos pula dalam hal ni.

“ Apasal plak?” Soalku pelik.

“ Yelah. Bos tu kan hensem. Muda pula tu. Yang penting belum kahwin. Kau beruntung tau sebab dapat jadi setiausaha dia.”

Intan mula berangan. Maybe berangan kalau dapat jadi setiausaha bos.

“ Tak adalah. Bos tu dah macam kawan dan abang pun ada.”

Tiba-tiba bahuku ditampar. Apasal?

“ Kau gila? Takkan kau langsung tak terpikat dekat bos?”

Aku tergelak melihat rupa Intan yang terkejut tu. Tak percaya?

“ Betullah. Biasa je. Abang aku lagi hensem kot. Haha.”  Aku cuba meriahkan suasana. Tapi tak sesuai pula bila bos masuk ke dalam biliknya.

“ Weh. Bos. Pergi buat kerja.” Arahku. Dia pun kelam kabut ke tempatnya. Tula gosip lagi. Hehe..

Tut! Tut!

Tiba-tiba interkom aku berbunyi. Maybe bos.

“ Ada apa ye tuan?”

“ Masuk bilik saya kejap.”

Aku akur akan arahannya. Dengan debaran aku masuk ke dalam biliknya. Selepas aku mengetuk pintu. Aku pun masuk.

“ Ye?”

Aku terteguk air liur saat melihatnya. Wajahnya tegang menghadap meja. Ya Allah. Takkan dia dengar perbualan kami tadi. Takkan kot. Kenapa pula ni.

“ Apa tujuan awak datang ke sini?” bos menyoal lalu mendongak melihatku.

Aku dah kecut perut ni. Macam mana nak jawab kalau dah takut macam ni. Relaks.. bos tak makan oranglah.

“ Saya datang untuk kerjala bos. Untuk apa lagi?”

“ Habis ni apa?”

Dia menyerahkan sepucuk surat buatku. Dengan tangan yang terketar-ketar aku menyambut hulurannya. Surat apa ni?

“ Saya pantang kalau pekerja saya datang bekerja hanya untuk bercinta. Kalau macam tu lebih baik tak payah kerja.”

Suara bos sudah berubah nada. Nampak macam marah sangat dekat aku. Tapi kenapa? Bercinta? Masa bila aku bercintanya. Haish!

“ Saya tak fahamlah. Masa bila saya bercinta? Boyfriend pun tak ada.” Ujarku berterus terang.

“ Dekat tangan awak tu apa? Tadi ada seorang lelaki suruh saya berikan surat tu untuk awak. siap kata buah hati lagi. Apa maknanya tu?”

Ha! Ya Allah. Jantan mana pula yang mengaku aku buah hatinya ni. Parah!

“ Maafkan saya kalau ada menyusahkan tuan. Tapi betul! Saya tak kenal pun orang yang tuan sebut tu.”

Aku tengok wajah dia seperti tidak percaya cakap aku. Alahai bos! Orang tak tipu lah.

“ Nama dia Amar. Takkan tak kenal?”

Aku pantas menggeleng. Nama pun tak pernah dengar. Dalam banyak-banyak kenalan aku. Semuanya perempuan. Lelaki ada lah dua orang macam tu. Aku memang jenis tak rapat nak kawan dengan lelaki. Dua orang tu pun sebab sepupu aku.

“ Jadi awak masih belum berpunya?”

Aku mengangguk pula. Seperti robot pun ada. Nak keluarkan suara pun takut kena tengking pula dengan bos aku ni. Bukan boleh percaya sangat.

“ Jadi saya ada peluang?”

“ Ha?!”

**

“ Abang! Tolonglah! Adik tak tahu nak buat apa dah ni.”

Tangan abang aku tarik-tarik agar dapat tolong aku. Tapi dia hanya buat selamba. Lagi baik bagi dia tengok tv. Teruk betul!

“ Tak nak. Sebab adik langsung tak tolong abang masa abang cerita dulu tu. Jadi adik buat sendirilah.”

Haish! Merajuk lagi ke soal pondan tu. Tak habis-habis lagi. Hampeh!

“ Yelah. Tapi jangan salahkan adik kalau sampai adik tolak pinangan tu ye?”

Aku tersenyum jahat. Walaupun dah seminggu berlalu. Aku masih belum berikan jawapan terhadap pinangan tu. Ayah kata ikut keputusan aku. Dan aku minta diberi masa selama sebulan untuk memikirkan jawapan. Adil bukan?

“ Adik!”

Aku pantas menekup telinga. Haish! Jerit je kerjanya.

“ Kenapa? Adik suka dekat bos adik ke? Apa ni adik!”

Aku mencebik. Tahu pun bengang. Bila aku minta tolong tak pula nak bengang.

“ Mengarut! Kalau adik boleh pilih, adik lebih memilih pinangan ni daripada bos tu walaupun adik tak tahu rupanya. Sebab adik langsung tak boleh anggap bos sebagai seorang teman lelaki. No! never!”

Amboi! Never segala. Haha. Kalau bos aku dengar pasti dah kecewa sangat ni.

“ Fuh! Lega! Okeylah. Abang tolong. Tapi apa yang boleh abang buat?”

Aku tersenyum nakal. Ada idea jahat yang berada dalam kepala otak aku sekarang. Wait and see!

**

Wajahnya yang masam aku pandang dengan sayu. Berpura-pura sayu sebenarnya. Tapi dah itu  hakikatnya ye bos. Saya tak boleh terima awak sebab saya tunggu suami saya. Maksud saya, saya tak yakin yang awak adalah bakal suami saya.

“ Jadi… Saya tak berpeluang lah ni untuk jadi suami awak?” Dia menyoal perlahan.

Aku hanya mengangguk. Abang aku di sebelah dah mengetap bibir. Maybe tak sangka akan idea aku.

“ Saya yakin akan ada seorang perempuan yang lebih baik dari saya untuk tuan. Saya minta maaf sangat-sangat.” Pohonku. Rasa bersalah sangat sebab tolak permintaan dia tu.

Aku ingat lagi kata-kata dia tempoh hari.

“ Jadi saya ada peluanglah?”

“ Ha? Peluang apa?”

“ Peluang untuk menjadi suami awak?”

Serius! Masa tu hanya Allah yang tahu apa perasaan aku. Tapi aku memang tak boleh dan tak dapat rasakan perasaan yang aneh terhadap bos aku ni. Walaupun bos aku ni hensem dan baik orangnya. Ni kalau Intan tau. Pasti dia cakap aku gila sebab sanggup tolak bos. Haha..

“ Kalau begitu saya harap kita boleh jadi kawan.” Suaranya dengan senyuman kecil.

“ Of course! Tuan boleh jadi kawan saya bila-bila masa saja.” Ujarku senang.

“ Jangan panggil saya tuan tapi Azri. Panggil je saya Azri.”

“ Dalam pejabat kena tuan ye?”

Akhirnya tawa kami meletus. Abang aku jadi terpinga-pinga. Yalah sebab tiba-tiba kami boleh jadi rapat dan macam dah selesai masalah yang sebelum ni. Macam tiada apa-apa yang berlaku di antara kami.

“ Sebelum saya terlupa. Awak dah baca surat daripada peminat misteri awak tu?”

Aku tersentak. Abang aku di sebelah terus menoleh ke arah aku. Ingin mendapatkan penjelasan.

“ Erk.. belum. Saya terlupa.” Jawabku jujur. Entah di mana aku letak surat tu.

“ Saya rasa awak perlu baca dan beritahu dia perkara yang sebenar. Takut dia lebih kecewa. Beritahu dia yang awak dah ada yang punya.”

Aku tersengih kecil sebelum menoleh ke arah abang. Ya! Aku meminta abang menyamar sebagai boyfriend aku. Hehe..

“ InsyaAllah.”

“ Tapi.. Ini ada lagi surat untuk awak. dari dia juga. Awak memang perlu baca.”

Azri tersenyum sebelum melangkah pergi daripada restoran itu. Maafkan saya bos. Dan peminat misteri ni… Apa aku nak buat?

“ Ehem.. Amboi..”

Aku tersengih lalu mengambil surat itu. Agak-agak apa yang dia tulis erk? Berdebar pula nak tahu.

“ Adik kena belanja abang makan. I don’t care anymore.” Tegasnya.

“ Okeylah!”

**

To you from me

‘ Saya tahu awak tertanya-tanya siapa yang beri surat ni. Tapi boleh ke kalau saya kata saya belum bersedia nak jumpa awak. saya malu. Hanya surat cinta nilah jadi penghubung kita.’

Aku mengangkat kening. Hampir saja tawaku telus tapi tak jadi bila melihat bos masuk ke dalam bilik pejabatnya. Itu surat pertama. Aku buka pula surat kedua.

To you from me

‘ Baiklah. Saya nak jumpa awak. I don’t care anymore! Datang ke restoran bawah pejabat awak ni tepat pukul 5:30 petang nanti. I wait.’

Ya Allah! Aku dah bagaikan cacing kepanasan. Dia nak jumpa aku lah! What I want to do? Haih! Apasal tiba-tiba kau gelabah semacam je ni. Kalau tidak tak pula jadi macam ni. Depan bos pun aku tak jadi macam ni sekalipun bos luahkan perasaan dia.

But! Why now? With that guy. Lelaki yang aku langsung tak kenal pula tu. Ish! Apa aku nak buat ni? Patutkah aku pergi jumpa dia atau lari je. Tapi kan? mana tahu dengan jumpa lelaki ni aku boleh tolak pinangan tu. Ha! Good idea! Hehe..

“ Rania? Are you okey?”

Erk! Aku mendongak melihat bos. Aku hadiahkan dia sengihan kerang busuk. Bos ternampak pula.

“ No! nothing. Hehe..”

Bos hanya menggeleng melihat aku. Maybe dah tahu sikap aku. Yalah. Dah nak dekat dua minggu aku kerja dekat sini.

“ Ada apa?” Soalku apabila dia masih belum ingin berganjak daripada berdiri depan meja aku ni. Dahlah muka tu serius semacam je.

“ Puas saya berfikir. Dan saya akan kekalkan keputusan saya. I will not give up to get your heart. After all, you're still not married yet right? So! I never give up Adni Rania.”

Aku tergamam selepas mendengar kata-katanya. Mataku meliar melihat dia kembali masuk ke dalam pejabatnya. Hatiku tiba-tiba jadi tak tentu arah. Bukan terharu mendengar apa yang dia kata. Tapi resah sebab dia masih tidak berputus asa walaupun aku sudah bawa abang untuk menyamar sebagai teman lelaki aku.

Apa ni? Kenapa tiba-tiba dia berubah fikiran pula. Aku ingatkan masalah ni dah selesai. Aduh!! Nampaknya, I don’t have any choice. I must go find him. Must! Huhu!

**

Tanganku terketar-ketar. Peluh sudah merintik pada dahi. Aku pantas mengelap peluh dengan sapu tangan. Kemudian aku toleh pula ke kiri dan ke kanan. Ya Allah. Seksanya menunggu insan yang kita tak tahu siapa.

Aku mula rasa lain. Tiba-tiba juga hati aku berdebar semacam. Lebih hebat daripada mendengar keputusan muktamad Azri or bos. Ya Allah. Aku dapat rasakan ada orang berdiri tepat di belakang aku ni. Apa kata awak datang je depan saya ni. Hish!

“ Adni Rania?” Aku tersentak saat namaku disebut. Dengan berat hati, aku menoleh juga ke belakang.

“ Ya Allah. Betul. Maaf sebab buat awak tunggu lama.”

Dan! Hatiku jadi makin tak tentu arah. Wajah dia! Wajah dia sangat aku kenali.

“ Bos! Eh? Azri?”

Mataku membulat melihatnya sedang duduk di hadapan aku ni. Takkan dia yang beri surat
cinta tu dekat aku kot. Mengarut!

“ Azri? Siapa tu? Awak dah ada yang punya ke?”
Dahiku berkerut mendengar jawapannya. Jadi dia bukan Azri? Kenapa nak mirip sangat. Yang bezanya Cuma dia ni rendah sikit daripada Azri tu. Siapa dia?

“ Eh? Tak! Saya ingat awak ni bos saya. Sebab wajah awak mirip dengan dia.” Ujarku terus terang.

Aku tilik wajah dia. Apasal bila aku dengan dia, aku rasa asyik sangat nak pandang wajah dia. Wajah dia macam boleh tenangkan fikiran aku. Astaghfirullah Rania. Dia bukan muhrim kau okey!

“ Oh. Pelanduk dua serupa kot. Hurmm.. Awak dah baca kan surat cinta saya tu?”

Aku tergelak kecil. surat cinta? Hei! Tolong jangan sebut surat cinta boleh tak. Tapi Cuma surat.

“ Tak sangka saya. Zaman moden ni pun masih ada orang pakai surat cinta.”

“ So what? Baru best! Baru romantik. Baru suspen. Kan?” Dia kelihatan teruja nampaknya.

Aku akhirnya tersenyum. Mak! Abang! Siapa lelaki ni? Sempoi gila!

“ Anyway. Saya ada something nak cakap dengan awak.” Nadanya berubah serius. Aku hanya mendiamkan diri untuk memberinya peluang bercakap.

“ Sebenarnya boleh ke kalau saya cakap saya nak kahwin dengan awak?”

Aku tersentak.

“ Hahaha. Saya ni memang straight to the point betul lah. Sorry!”

Kata-katanya buat aku tersenyum. Apasal dia nampak comel je.

“ Macam ni lah. Boleh tak awak beri masa untuk kita saling kenal. Secara jujurnya, saya suka dekat awak Rania. Tapi saya harap kita boleh jadi kawan dulu.”

Ya Allah. Lelaki ni memanglah. Dah tak berbasa basi. Terus ke point. Aku sukalah. Haha.

“ InsyaAllah jika Allah izinkan.”

**

Hari ini aku akan berangkat ke Kuala Lumpur bersama teman sekerja. Itu bermakna bos pun akan ikut. Dah nama pun mesyuarat penting kan? but! Kenapa daripada tadi hati aku ni jadi tak tentu arah. Asyik berdebar-debar je. Akan berlaku sesuatu ke?

“ Rania?”

Aku tersentak. Aku menoleh ke kiri di mana bos sedang memerhatikan aku.

“ ye saya. Erk.. saya nak ke toilet jap.”

Aku meminta diri. Aku jadi makin tak selesa bila bos perhati macam tu. Ya Allah. Tolonglah aku. Tolong jauhkan perasaan suka bos tu terhadap aku. Sememangnya aku tak boleh menyimpan perasaan terhadap dia. Hati aku ni untuk orang lain. Not him!

“ Rania! Cepat sikit! Nanti kita lewat nak bertolak!”

Laungan bos membuatkan aku melambai tangan.  Tapi, langkahku terbantut saat melihat dia mara ke arahku. Dia? Siapa? Maksud aku lelaki yang beri aku surat cinta tu. Baru dua hari kami tak jumpa dan dia still menghantar surat cinta untuk aku. Tapi aku je tak balas.

“ Apa yang awak buat dekat sini?” Soalku. Sempat lagi aku menoleh ke belakang. Mana tahu bos nampak. Kalau bos nampak kantoilah. Yelah.. dia kan tahu siapa ‘boyfriend’ aku.

“ Saya nak ucapkan selamat jalan. Boleh?” Dia tersenyum manis ke arah ku. Macam mana dia tahu aku nak ke KL?

“ Awak tak perlu jawab apa-apa. Saya kan suka dekat awak. jadi pasti saya tahu semuanya tentang awak termasuk….”

Mataku membulat ke arahnya. Termasuk bos sukakan aku?

“ Awak jangan cakap yang awak tahu soal itu?”

Tiba-tiba dia ketawa. Ketawa besar pula tu.

“ Sudahlah! Nanti orang dengar!” Arahku geram.

“ Okey. Ye.. Saya tahu soal itu. Tapi jangan risau. Saya takkan kalah demi orang yang saya cintai ni.”

Hurmm.. Yelah! Aik? Aku ni dah kenapa? Macam suka je bila dia cakap macam tu. Parah! Benarkah aku dah suka dekat dia? Takkan kot. Baru pertama kali jumpa dan ini kali kedua. Mengarutlah!

“ Saya tak jadi pergi toilet gara-gara awak. Okeylah. Saya dah lambat. Maafkan saya sebab kerana saya awak datang. Sedangkan saya?”

Belum sempat dia nak membuka mulut. Bos datang ke arah kami. Ops! Apa nak jadi?

“ Rania? And.. Amar?”

Aku dan dia saling berpandangan. Kenapa? Bos macam tak percaya kami akan berjumpa je pun. Atau bos cemburu?

“ Erk bos..”

“ Azri! Call me Azri!” Tegasnya. Aku dah mula gerun. Aku lihat Amar dan Azri macam ada panahan mata. Haha.. Teruk betul.

“ Tapi kita still dalam pekerjaan ye bos. Amar.. Ikut saya.”

Aku terus berlalu dan Amar mengekoriku agar jauh daripada Azri. Kenapa dengan bos aku tu. Kan bos dah tahu aku ni dah ada peminat misteri. Tahulah bos takkan berputus asa untuk mendapatkan aku. Tapi, aku pun perlukan privacy. Aku ni berhak untuk menyayangi orang lain okey?

“ Awak okey ke?” Soalku kepada Amar. Amar kelihatan tenang je.

“ Okey.”

Aku melihatnya dengan renungan tak percaya.

“ Maaflah. Bos saya tu kadang-kadang terlalu ikutkan perasaan. Awak tak marah kan? lagipun saya yakin awak terima semua ni. Mahu tak mahu memang awak kena terima sebab awak sukakan saya.”

Dia tertawa kecil. apa yang kelakar?

“ Yelah. Itu balasan saya sebab suka dekat awak. kan Rania?”

Aku turut tertawa. Tapi masih tidak mampu menghilangkan debaran di dada ni. Haish! Parah!

**

Haih! Surat lagi. Surat cinta. Eii.. Janganlah sebut surat cinta Rania! Geli lah aku bila dengar. Just surat. Surat ini still setia berada di atas meja kerjaku setiap kali aku datang kerja. Tak pernah pun walaupun sehari surat ini tiada. Kiranya Amar ni jenis tak berputus asa menghantar surat untuk aku sampai aku terima dia? Entah!

“ Surat cinta lagi?” aku tersentak. Aku menoleh ke kiri. Ternyata Intan. Ingatkan siapalah tadi.

“ Hurmm..”

Aku duduk malas. Kalau boleh aku tak mahu Intan tahu apa konflik yang sedang berlaku di antara aku, Amar dan bos.

“ Untunglah kau. Bestnya aku kalau dapat jadi kau. Ada peminat misteri pula tu.”

“ Best apanya. Hari-hari kena hadap surat ni. Naik jemu aku.” Bohongku. Sedangkan aku gembira. Ceh! Alasan tak boleh pakai.

“ Eleh… Weh! Bukalah. Aku nak tengok juga apa isi di dalamnya.” Suruhnya.

Amboi! Aku yang dapat tapi dia pula yang terlebih teruja. Hampeh betul!

Dengan lemah gemalainya aku membuka surat itu.

To you from me

‘ Saya rasa saya tak boleh tunggu lagi. Saya juga tak sanggup untuk menahan rasa ini. Yang pasti saya akan pergi meminang awak. harap awak sudi.’

Aku bangun dengan terkejut. Apa? Dia nak datang meminang aku? Ya Allah. Apa patut aku buat ni? Esok genap sebulan. Ini bermakna esok aku harus berikan jawapan di atas peminangan sebelum ni. Dan Amar? Ya! Aku masih menjadi kawan dia. Tapi tak pula aku beritahu dia perasaan aku.

“ Ya Allah. Bestnya!!!” Suara Intan yang sedikit kuat itu membuatkan aku tersedar.

Baru saja aku nak duduk. Interkom aku berbunyi. Nampaknya bos sudah memanggil aku. Agaknya untuk apa ye?

“ Aku masuk bilik bos dulu. Bos panggil.” Ujarku kepada Intan.

Agak-agak kan? kalau aku beritahu bos soal Amar. Apa perasaan dia?

Last-last. Aku hanya menjongketkan bahu. Malas nak fikir. aku mendekati pintu dan masuk ke dalamnya dengan rasa gemuruh. Entah mengapa aku mesti rasakan begini.

“ Ada apa bos?” Soalku.

“ Saya ada hal nak cakap dengan awak. duduk dulu.” Jemputnya. Aku akur lalu duduk di hadapannya. Aku setia tunduk ke lantai. Aku langsung tak berani nak bertentang mata dengannya. Aku takut kalau aku yang terseksa menahan rasa sukanya itu.

“ Sebenarnya saya nak awak tahu yang…”

Dia berjeda seketika. Aku pun kenalah sabar.

“ Saya yang meminang awak sebulan yang lepas.”

Dan kata-kata itu membuatkan aku terus mendongak melihat ke arahnya. Lidahku terus jadi kelu. Dah tak tahu apa yang patut aku katakan.

“ Maafkan saya sebab tak beritahu awak lebih awal.”

Dia hanya memberikan senyuman. Tapi senyuman itu amat hambar. Ya Allah. Ini bermakna dia tahu abang aku siapa dan bukan ‘boyfriend’ aku. Oh! Patutlah dia tak berputus asa untuk mendapatkan aku.

“ Maaf… Tapi saya tak boleh. Saya langsung tak boleh terima pinangan bos. Puas saya fikir dan cari jawapan dalam masa sebulan ni. Dan esok saya mesti maklumkan kepada bos.”

Aku berjeda seketika. Aku cuba mencari kekuatan untuk menjelaskan segala-galanya kepada dia.

“ Tapi, alang-alang bos dah beritahu saya perkara yang sebenar. Saya mesti rungkaikan segala-galanya hari ini juga. Maaf jika nanti saya akan buat hati bos sakit.”

Aku bangun dan membelakanginya. Aku tahu dia tak sanggup ingin mendengar jawapan aku.

“ Saya terpaksa tolak pinangan bos. Sebab saya..”

“ Sebab awak sukakan Amar kan?”

Aku tergamam. nampaknya dia dah sedar perasaan aku terhadap Amar. Betul! Selama sebulan kami kenal. Dia berjaya membuat aku jatuh cinta terhadap dia. Tapi bukan bos. 
Walaupun bos berusaha keras demi mendapatkan aku. Namun, ia jauh berbeza. Tidak seperti Amar. Maybe Allah dah tetapkan yang Amar bakal suami aku.

“ Tak apa. Saya faham. Tapi awak perlu maklumkan kepada family awak terlebih dahulu. Saya tak sampai hati nak beritahu mereka jawapan awak. lagipun family saya amat mengharapkan awak jadi isteri saya.”

Aku mengetap bibir. Kenapa? Susah sangat ke nak sampaikan kepada mereka. Hei Rania! Kau sedar tak jawapan kau akan membuatkan semua orang kecewa. Huhu!

“ Tapi! Saya akan tetap mengahwini awak jika family awak tolak jawapan awak.”

Hati aku terus dipagut kerisauan. Ya Allah. Permudahkanlah urusan aku.

**

“ Rania! Saya happy bila awak dapat terima saya sebagai kawan dan kalau boleh lebih daripada itu. Tapi saya yakin dalam hati awak tu ada saya.”

Aku tersenyum hambar. Ya Allah. Begitu sukar aku nak senyum depan dia. Amar. Maafkan aku. Tapi aku takut kalau kita tak dapat bersama. Dan aku harap ini bukan kali terakhir kita keluar bersama.

“ Jom ikut saya..”

Aku mengekorinya dari belakang. Sebenarnya aku langsung tak ada mood untuk bergembira hari ni. Kerana apa? Kerana semalam aku dapat tahu siapa sebenarnya yang datang melamar aku. Dan aku belum beritahu family aku lagi keputusan muktamad aku.

Pagi ni pun aku keluar dengan tergesa-gesa. Maybe petang nanti baru aku balik dan beritahu perkara yang sebenar. Amar! Kalaulah dia tahu aku sebenarnya dah dilamar. Pasti hati dia kecewa. Aku juga kecewa sebab aku dah jatuh hati dekat Amar.

“ Kenapa ni? Muram je..”

Teguran itu membuatkan aku tersenyum kecil. Aku perlu sembunyikan kesedihan ni.

“ Tak adalah. Jom lah. Saya tiba-tiba teringin nak makan tomyam lah awak.” Luahku.

“ Boleh saja. Tapi awak kena tunggu sini kejap. Dan ini ada surat untuk awak.”

Suratnya aku ambil. Aku melihat dia berlari ke satu kedai. Haih Amar! Takkan surat cinta kot? Tanpa berlengah aku membuka surat itu.

To you from me

‘ Saya nak awak tahu saya sangat cintakan awak. Saya harap sayalah bakal Imam awak nanti.’

Aku tahan diri agar tidak menitiskan air mata. Haish! Kenapa perlu aku nak menangis pula. Aku perlu berfikiran positif okey walaupun aku tak tahu apa yang akan terjadi esok.

“ Akak!” Aku menoleh ke kiri. Ada seorang budak perempuan sedang mendongak ke arahku.

“ Ada seorang abang suruh saya panggil akak. Jom ikut saya.”

Tanganku terus ditariknya. Apalah yang Amar nak buat ni.

“ Saya pergi dulu..”

Aku terpegun melihat apa yang berada di hadapan mataku kini. Amar dan sekumpulan pemuzik sedang melihatku dengan senyuman. Tiba-tiba Amar melutut didepan aku.

“ Sudikah awak makan dengan saya?”

Aku tergelak kecil. apa ni Amar? Malulah saya. Akhirnya aku mengangguk. Aku mengekorinya ke sebuah meja. Kumpulan pemuzik tadi setia memainkan muzik buat tatapan kami.

“ Apa yang awak buat ni? Awak dah rancang dulu?” Soalku inginkan penjelasan. Tapi dia hanya tersengih. Memang dia dah rancang dari awal.

“ Makanlah. Saya tahu awak suka sangat akan tomyam. Jadi saya sediakan semuanya untuk awak. awak kena habiskan.”

Aku melihat pelbagai makanan yang berada di atas meja ni. Larat ke aku nak habiskan semua ni. Ini dah cukup untuk 5 orang makan lah. Boleh gemuk aku macam ni.

“ A..awak. awak yakin ke nak saya habiskan semua ni?”

Aku mendongak melihatnya dengan riak tak percaya. Dia ingat perut aku ni tong ke?

“ Kenapa? Tak mampu ke?” Aku tersengih. Memang tak lah!

“ Ermm… Boleh tu boleh. Tapi awak jangan salahkan saya kalau saya jadi gemuk nanti. Nanti awak yang menyesal kot.” Ugutku dengan sengihan.

Aku mula menyuap nasi ke dalam mulut. Hurmm. Sedap sangat! Pandai Amar pilih restoran.

“ Awak. tengok sini.” Aku melihat ke arahnya.

“ Buka mulut.” Dahiku berkerut. Buka mulut untuk apa pula? Tak nak arh! Jadi aku hanya menggeleng.

“ Cepat…. Kalau tidak..”

“ kalau tidak apa? Nak pergi tinggalkan saya sorang-sorang kat sini? Cubalah kalau awak berani!”

Ya Allah. Aku tak sengaja tinggikan suara dekat dia. Aku meraup muka dengan serba salahnya. Perasaan aku jadi makin runsing sekarang.

“ Awak.. Awak okey ke ni? Maafkan saya kalau saya buat awak sakit hati.”

Aku tersenyum hambar. Tanpa membalas pertanyaannya aku membuka mulut. Dia yang terpinga-pinga itu menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulutku. Aku yang memang tak bersedia itu terkejut. Habis comot mulut aku. Dia? Ketawa je!

“ Comotnya!” Aku gagah menelan makanan yang banyak tu. Hish! Kureng betul kau ni Amar.

“ Dahlah! Tak mahu kawan dengan awak.” Aku buat-buat rajuk. Aik? Tetiba je! Haha!

“ Alolo.. Buruknya rupa dia. Okey. Meh sini abang tolong lapkan.”

Abang? Hei! Gatal sungguh! Akhirnya aku hanya ketawa melihatnya. Ya Allah. Jika benar dia jodohku. Satukanlah kami dalam restuMu. Dan jikalau dia bukan untukku. Jauhkanlah dia dariku dan perasaanku ini. Hanya padaMu aku berhak meminta pertolongan.

**

To you from me

‘ Awak… Apa perasaan awak sekarang? Awak mesti gembirakan bila dapat berkahwin dengan Azri? Saya doakan awak sentiasa. Walaupun awak akan berkahwin dengan dia. Saya tetap akan mencintai awak. percayalah!’

Air mata aku gugur akhirnya. Pagi ni, aku mendapat surat daripadanya melalui posmen. Dan dia tahu hari ni aku bakal berkahwin dengan Azri.

Ya Allah. Mengapa semuanya begitu sukar buatku? Mengapa semua ini harus terjadi kepadaku? Dan mengapa bukan Amar yang menjadi suamiku? Aku tak sanggup Ya Allah.

Aku teringat kembali jawapan muktamad yang dibuat ayah dua hari yang lalu.

“ Apa jawapan adik?”

Aku melihat ayah, mak dan adik silih berganti. Mereka inginkan jawapan aku sebelum bersemuka dengan family Azri. Mereka tidak tahu siapa yang meminang aku. Abang juga tak tahu yang Azrilah orangnya.

“ Maaf. Tapi adik terpaksa tolak pinangan ni. Adik tak boleh.” Jawabku dengan tenang. Aku yakin akan jawapan aku. Puas aku minta jawapan darinya. Dan apa yang aku dapat. Hatiku lebih terarah pada Amar.

“ Kamu tolak Syahid?” Ayah soal dengan riak tak percaya.

Syahid? Siapa pula ni? Maybe tu nama penuh bos. Aku tunduk memandang jari.

“ Ya. Maaf kerana buatkan semua orang kecewa.” Aku memohon maaf. Aku tahu mak dan ayah kecewa akan jawapan aku. Tapi nak buat macam mana lagi. Azri bukan jodoh aku.

“ Tak! Adik kena terima pinangan ni. Mereka dah terlalu baik untuk kita adik. Kalau kamu nak tahu. Sepanjang kamu bekerja, bakal suami kamu tu selalu datang ke sini. Selalu melawat kami. Dan ayah yakin dia dapat membahagiakan kamu.”

Aku terkedu akan jawapan ayah. Ayah tak setuju! Dan masa bilanya bos datang ke sini. Kenapa aku tak pernah tahu pun?

“ Tapi ayah?”

“ Tak! Keputusan ayah muktamad. Ayah lakukan ini demi kebaikan kamu Rania. Ayah tahu dia boleh jadi Imam buat kamu.”

Air mataku gugur lagi saat mengingati semula soal itu. Hatiku jadi sakit kerana ayah menolak jawapan aku. Kini! Aku terpaksa melupakan Amar. Ya Allah. Mengapa begitu perit aku rasakan?

Tiba-tiba bahuku diusap. Aku menoleh ke kiri. Abang! Aku terus memeluknya.

“ Sabar sayang… abang yakin apa yang terjadi ni ada hikmahnya.” Pesannya sambil mengusap bahuku. Aku dah teresak-esak menangis dalam dakapannya.

“ tapi abang. Adik memilih orang lain. Orang yang adik rasa lebih berhak menjadi suami adik.” Luahku dalam tangisan.

Abang menolak perlahan daguku. Aku menatap wajah abang dengan hati yang sayu.

“ Maksud adik? Adik dah jumpa orang yang adik sayang?”

Aku mengangguk perlahan. Tapi apa lagi aku boleh buat. Azri bakal jadi suami aku juga hari ni.

“ Siapa adik?” Abang menyoal dengan muka yang serius.

“ Amar nama dia. Abang.. pinjam telefon. Adik nak minta maaf dekat dia sebab terpaksa hampakan hati dia. Adik tahu dia tengah bersedih sekarang ni. Please…” Pintaku.

Telefon aku telah dirampas ayah. Ayah risau aku akan buat keputusan yang nekad seperti telefon family Azri dan beritahu perkara yang sebenar. Kenapa? Sebab dulu aku pernah lakukan hal yang bodoh.

“ Ambillah.” Abang menyerahkan telefonnya kepadaku.

“ Sabar ye. Abang keluar dulu.” Aku hanya mengangguk. Terima kasih abang.

Aku pantas mendail nombor Amar. Mujur aku ingat. Walaupun dia ada telefon. Tapi dia lebih suka menghantar surat cinta untuk aku. Ini kali kedua aku telefon dia.

Selepas panggilan bersambut. Aku terpaksa menekup mulut. Aku tak mahu dia dengar tangisan aku.

“ Helo? Siapa di sana?”

Aku mengetap bibir kuat. Hati! Please kuat!

“ He…helo. Amar?” aku pandang atas. Mataku semakin kabur akibat menangis.

“ Rania?”

“ Ye saya. Awak.. Saya nak beritahu awak sesuatu ni. Dengar baik-baik.”

Aku menarik nafas dalam-dalam. Dalam kekuatan yang masih bersisa. Aku meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku selama sebulan ni.

“ Saya cintakan awak.”

Cukup! Cukup dengan tiga perkataan itu kami berdua berdiam diri. Dan cukup dengan tiga perkataan itu untuk mengesahkan perasaan kami masing-masing.

“ Awak tak beritahu pun saya tahu Rania. Tapi semuanya dah terlambat.” Suaranya kembali hampa.

Aku berdiri dan melangkah ke tingkap. Aku memerhati keadaan di luar. Nampaknya rombongan pihak lelaki dah sampai. Aku tak sanggup nak tengok jadi aku tutup tingkap dengan perlahan. Amar!

“ Belum! Awak masih belum terlambat! Datang sini! Saya masih perlukan awak!”

Tiba-tiba aku menjerit kepadanya. Hatiku jadi tekad pula. Ya Allah. Kenapa dengan aku ni?

“ Rania!” Aku tersentak mendengar tengkingannya dari corong telefon.

“ Sedar Rania! Awak tak mungkin akan bersama dengan saya lagi. Restu ibu bapa lagi penting Rania. Sekalipun awak akan berkahwin dengan saya tapi tanpa restu diorang. Kita takkan bahagia Rania.”

Aku terkedu. Sekali lagi air mataku mengalir. Amar! Sebab itulah aku jatuh cinta dekat kau. Hati kau terlalu baik Amar.

“ Tak mengapa Rania. Azri pun baik untuk awak. Saya yakin dia untuk awak. saya yakin dia mampu membahagiakan awak. percayalah…”

Aku memejamkan mata erat. Aku akan ingat suara ini sampai bila-bila.

“ Adik! Jom turun!” Muncul abang dengan senyuman. Aku membuka mata dengan mata yang berair.

“ Awak.. Doakan saya ya…”

“ InsyaAllah. Saya doakan kita berdua akan bahagia.”

Aku tersenyum kecil. kita? Hurmm.. Selamat tinggal Amar. Aku akan berusaha melupakan kau.

“ Jom..”

Aku menyambut tangan abang dengan seribu perasaan. Perasaan yang tak mampu digambarkan.

**

“ Dekat mana ni? Kata nak bawa saya pergi makan.”

Aku toleh ke arahnya. Dia hanya tersenyum. Sakitnya hati aku ni bila tengok dia hanya selamba. Kadang-kadang tu ikutkan hati dia je. Hish!

“ Abang nak bawa sayang pergi makan lah ni. Tapi tempat yang speciallah sikit. Kan hari ni ulang tahun kelahiran sayang.”

Aku tersentak. Tak sangka dia ingat. Walaupun baru dua bulan berkahwin. Tapi dia ingat semuanya tentang aku. Alhamdulillah.

“ Terima kasih. Tapi kenapa abang buat saya macam tu dulu. Abang tahu tak hati saya sakit dan perit bila terpaksa kahwin dengan  orang yang kita tak cintai. Kenapa?” Aku menyoal ingin tahu.

Walaupun aku dah tahu jawapan dia. Tapi aku still  tak puas hati.

“ Sebab abang cintakan Ranialah. Kalau tidak abang tak berani nak rancang semua tu. Nasib baiklah Rania tak jauh cinta dekat abang ipar Rania tu. Kalau tidak parah juga abang ni.”

Aku mencebik. Yelah tu. Kalau takut buat apa rancang macam tu.

Sebenarnya, Azri adalah abang Amar Syahid. Kenapa selama ni aku tak sedari yang mereka berdua adik-beradik? Hish! Dan selepas aku sah menjadi suami Amar. Aku dapat tahu semua ni adalah rancangan mereka semua termasuk family aku. Mereka hanya berlakon. Terutama Azri. Lakonan yang sangat mantapnya itu. Sakit hati bila terfikir balik.

Macam mana Amar boleh berkahwin dengan aku? Mestilah dia dah bersiap sedia lebih awal. Masa aku tengah bercakap dengan dia melalui telefon tu. Sebenarnya dia dah duduk depan tok kadi. Ya Allah. Malunya bila dapat tahu yang semua orang dengar apa aku cakap. Amar sengaja buka loadspeaker.

Dan manalah tak terkejut bila aku turun je untuk berkahwin. Tup-tup Amar duduk depan tok kadi. Gila! Memang gila! Tapi perasaan tu tak usah cakaplah. Happy pun ada sedih pun ada.

“ Sayang mengelamun!”

Aku tersedar.

“ Gara-gara abang juga.”

Tapi! Aku happy. Amar adalah jodoh aku. Siapa sangka dia yang datang meminang aku pada awalnya itu sampai aku nak tolak tu akhirnya dapat jadi suami aku. Kalau dia tak buat rancangan macam tu. Maybe aku dah tolak awal-awal lagi.

“ terima kasih abang. I love you.” Ujarku perlahan. Cukuplah buat diriku untuk mendengarnya.

“ I love you to.” Erk? Tak sangka telinga dia ni lintah juga ye. Haha..

~Tamat~

P/s: Maaflah kalau tajuk tak sesuai. Dah tak tahu nak bubuh tajuk apa. ^_^

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers