Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday 30 July 2013

His Heroin Or Wife? 20





Dahlia ternganga sebentar apabila dia disuruh pergi ke taman tasik di sekitar taman perumahannya pada petang itu. Pelik lah Haikal ni. Kenapa dia tiba-tiba ajak aku datang sini pula.

Dan sekarang dia telah pun berada di tempat itu. Dia perhati sekeliling. Tapi tiada orang. Ini yang buat dia gerun ni. Peluh mula merintik di dahi. Haish! Time ni juga kau nak menggelebah Dahlia. Calm down please!

“ Dahlia!”

Dahlia menoleh ke belakang apabila mendengar namanya dipanggil. Tapi tiada orang pun?

“ Dahlia!”

Dahlia menoleh pula ke kanan. Pun tiada orang. Jelas timbul kerutan di dahinya. Siapa yang panggil aku ni?
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tanpa berlengah, dia pantas menjawab.

“ Helo.” Mata Dahlia tak habis-habis memerhati sekeliling. Rasa takut mencengkam di hati.

“ Dengarlah Dahlia. Lagu ini khas buatmu dari ku.”

Terkedu Dahlia mendengar suara Haikal yang lembut itu. Terkaku sebentar apabila dia dengar Haikal menyanyikan lagu.

“Bisakah ku tanpamu
Bisakah ku tanpamu
Hatiku mulai rapuh
Hatiku mulai sepi
Bisakah ku tanpamu.”


Merdu sungguh suara Haikal pada pandangan Dahlia waktu itu.

“Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu
Kan ku tulis lagumu
Akan ku katakan kata-kata indah
Hanya untukmu.”


Dahlia menekup mulut tanda dia amat terharu.

“ Pusing ke belakang Dahlia…”

Dahlia pantas menoleh ke belakang apabila disuruh. Betapa terkejutnya dia melihat Haikal sedang memainkan gitar. Telefonnya pantas dimatikan.

“Relakah ku tanpamu
Relakah ku tanpamu

Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu
Kan ku tulis lagumu
Akan ku katakan kata-kata indah

Bila aku jatuh cinta
Kan ku doakan kamu
Menyempurnakan aku
Akan ku buatkan semua yang terindah.”


Kini Haikal berada tepat di hadapan Dahlia. Senyuman manis dihadiahkan khas kepada Dahlia daripada hatinya.

“ Awak?” Dahlia merenung Haikal dengan tanda tanya.

Haikal tersenyum. Gotarnya diletakkan di tepi. Kemudian dia melutut di hadapan Dahlia. Dahlia yang melihat terkejut.

“ Dahlia. Saya tahu saya bukanlah manusia yang sempurna dan baik untuk awak. Tapi percayalah yang saya akan sayang dan jaga awak seumur hidup saya. Saya janji saya takkan sia-siakan hidup awak. Kepercayaan awak saya takkan sia-siakan. Dahlia…”

Haikal menghulurkan sebentuk cincin kepada Dahlia. Kepalanya didongakkan melihat Dahlia yang rasa sebak itu.

“ Sudi tak awak menjadi isteri saya? Menjadi sang ratu di hati saya buat selama-lamanya?”

Dahlia menekup mulut. Air matanya perlahan menitis. Tak sangka dia akan dapat kejutan sebegini.

“ A..awak… Awak ikhlas ke nak kahwin dengan saya? Awak tak rasa saya menyusahkan ke?” Soal Dahlia pula. Air matanya pantas diseka. Kini hanya senyuman terhias di bibirnya.

Haikal mengangguk.

“ Saya dah bersedia. Saya ikhlas. Awak langsung tak menyusahkan saya malah awak buat saya bahagia. Jujur saya katakan yang saya tak pernah jumpa perempuan macam awak lagi sepanjang saya hidup. Dan awaklah orang pertama yang berjaya buat hati saya bergetar hebat.”

Dahlia mengangguk perlahan. Dengan perlahan dia turut melutut di hadapan Haikal.

“ Kalau begitu cakap awak, saya setuju. Ya saya setuju! Encik Lee Min Ho.” Ujar Dahlia dengan anggukan.
Haikal mengucap syukur di hati. Cincin yang berada digenggamannya itu dihulurkan kepada Dahlia.

“ Tanda pengikat kita. Dan terima kasih kerana sudi jadi isteri saya.”

Dahlia mengambil huluran Haikal dan tersenyum. Sama-sama.

“ Tahniah!”

Tiba-tiba tepukan gemuruh dapat didengari mereka berdua. Bunyi itu datang dari arah kanan. Dahlia yang terkejut itu menoleh ke kanan. Dan dia tersentak.

“ Papa?” Apa yang papa buat di situ?

“ Tahniah!” Muncul Irfan dan Irsya.

Dahlia terkebil-kebil melihat mereka. Kemudian dia memandang Haikal. Haikal tersenyum.

“ Semua ini rancangan mereka. Mereka yang tolong saya.” Jelas Haikal.

Dahlia menggeleng perlahan. Tak patut mereka ni.

“ Dan..” Haikal tersengih melihat Dahlia yang makin geram itu.

“ Banyak sungguh kejutan untuk saya kan?” Dahlia bertambah geram melihat wajah Haikal yang nakal itu.

“ Belakang awak..” Maklum Haikal lalu berlalu daripada situ.

Dahlia yang tak faham hanya menoleh ke belakang. Terbeliak matanya melihat insan yang sedang berdiri di hadapan matanya sekarang. Dengan segak bergaya.

“ Along!” Terus dipeluk Alongnya itu.

“ Ouch! Ganasnya adik along ni.” Rungut Darwish iaitu abang kepada Dahlia.

Dahlia pantas menolak Darwish ke tepi apabila Darwish berkata demikian. Nak rajuk arh!

Darwish tersengih. Adik aku ni masih tak berubah. Masih manja macam dulu.

“ Tak lawalah rajuk macam tu. Nanti malulah kalau Haikal tengok.” Usik Darwish dengan sengihan.

“ Along!” Geram!

Kemudian mereka yang berada disitu ketawa dengan telatah Dahlia. Tapi dalam hati dia bahagia.

“ Macam mana along boleh ada di sini? Dari London?” Dahlia merenung wajah abangnya itu. Memang jauh beza. Makin hensem adalah abang aku sorang ni.

Darwish tersengih. Dijeling ke arah Haikal.

“ Buah hati awak yang suruh along balik. Macam mana dia dapat tahu along tinggal di luar negara pun tak tahu lah. Tapi along hargai dia sebab dia dah bersusah payah suruh along balik demi adik along ni.”

Dicuit perlahan hidung Dahlia.

“ Sekarang… Along akan terus berada di sini. Along takkan balik ke sana dah.” Sambung Darwish lalu melangkah ke arah Haikal.

“ Thanks Haikal. Dan aku harap kau mampu jaga adik aku elok-elok.” Tangan Haikal dicapai dan disalam.

Haikal tersengih lalu mengangguk. Pasti!

Dahlia yang melihat jadi terharu. Terima kasih Haikal. Susah payah kau pasti akan aku hargai.

~Bersambung~

Thursday 25 July 2013

His Heroin Or Wife? 19







Gulp!

Dahlia terteguk air liur apabila melihat filem yang dilakonkannya di televisyen sebentar tadi. Itu filem lakonan aku tu! Dan ops! Itu muka aku!

Dahlia mengerling sekilas ke arah Encik Dahlan yang berada di sebelah. Tapi Dahlia menghembus nafas lega apabila papanya tertidur. Lega! Ish! Kenapa aku tak tahu dah dua hari filem tu ditayangkan.

Haikal ni pun tak beritahu aku. Tapi! Walaweh! Aku malu lah kalau jumpa mahupun bercakap dengan dia. Kan aku belum berikan dia jawapan. Dah dua bulan kot. Mesti dia tertunggu-tunggu.

Dahlia tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Sekali lagi dia mengerling Encik Dahlan di sebelah. Telefon bimbit yang berada dalam genggamannya digenggam kuat.

“ Pa…” Dahlia memanggil Encik Dahlan. Nampaknya aku perlu tanya pendapat papa.

Encik Dahlan tersedar. Dia menggeliat kecil. Tertidur pula.

“ ye sayang. Ada apa?” Soal Encik Dahlan dengan senyuman.

“ Dahlia nak minta pendapat papa ni. Tapi papa jangan marah ye.” Pinta Dahlia.

“ Apa? Belum beritahu macam mana papa nak tahu. Cakap lah.” Suruh Encik Dahlan.

Dahlia tersengih.

“ Ada seorang lelaki lamar Dahlia. Tapi Dahlia belum berikan jawapan dekat dia.” Luah Dahlia sambil memandang Encik Dahlan.

Tiba-tiba riak wajah Encik Dahlan berubah. Itu menyebabkan Dahlia kecut perut. Papa marah ke?

“ Siapa lelaki tu? Dia ikhlas ke atau nak main-main dengan anak papa?” Suara Encik Dahlan dah berlainan nada.

“ Erk.. Di..dia kawan Dahlia. Kami baru jumpa beberapa hari. Tapi selepas beberapa minggu, dia datang dan nyatakan hasrat dia. Dahlia juga dapat tengok keikhlasan dia.” Jelas Dahlia. Dalam hati dah ketar semacam je.

Encik Dahlan terangguk-angguk mendengar penjelasan Dahlia.

“ Jawapan Dahlia?” Dahlia tersentak. Jawapan aku? Erk?

“ Kamu kena tanya hati kamu. Minta pertolongan Allah. Dia yang tentukan jodoh kamu. Papa Cuma boleh beri pendapat dan nasihat. Kalau benar kamu yakin dia untuk kamu. Terimalah. Ikut kata naluri hati kamu tu. Lagipun ini demi masa depan kamu. Tapi papa harap kamu dapat buat keputusan yang betul. Jangan menyesal kemudian hari.” Ujar Encik Dahlan lalu tersenyum.

Dahlia meramas jarinya perlahan. Itu aku tahu. Sungguh! Dah beberapa malam aku lakukan solat istikharah. Jawapannya tertakluk pada Haikal. Hati aku pun kuat mengatakan yang Haikal adalah jodoh aku sebenar. Ermm!

“ Kamu sayangkan dia?” Suara Encik Dahlan tiba-tiba.

“ Hah? Erk!” Dahlia tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“ Dahlia pun tak tahu. Tapi Dahlia pelik pa. Setiap kali berada dekat dengan dia, Dahlia dapat rasakan sesuatu yang lain. Kadang-kadang Dahlia rasa begitu selesa berada di sisinya. Apa tu papa?” Soal Dahlia inginkan jawapan.

Encik Dahlan tersenyum. Nampaknya anak aku dah matang.

“ Kamu bersedia ke kalau nak jadi isteri dia?” Nampaknya Encik Dahlan tidak terus menjawab malah bertanya lagi. Saja ingin duga hati anaknya itu.

“ Erk…” Bersediakah aku. Lagipun aku masih muda kot. Dia pun baru muda lagi.

“ Tak terlalu awal ke pa? kalau Dahlia kahwin ni.” Dahlia menyuarakan hasrat hatinya. Mahu orang kata aku ni gatal pula nak kahwin. Hish! Tak mahu aku.

Encik Dahlan tersenyum.

“ tak salah kalau mahu kahwin awal Dahlia. Dulu papa pun kahwin awal juga. Kahwin muda lah katakan. Yang penting kamu dan dia dah cukup bersedia untuk pimpin sebuah keluarga. Tanggungjawab kamu dan dia akan jadi lebih besar jika berkahwin.” Suara Encik Dahlan.

Dahlia mengangguk perlahan. Betul juga tu. Itu aku perlu tanya dia lagi. Lagipun kahwin ni bukan perkara 
main-main.

“ Lebih baik kamu tanya dia lain. Dan papa nak kamu berikan dia jawapan kamu. Tak baik biarkan seorang lelaki tunggu lama-lama jawapan kamu tu. Kasihan dia.”

Dahlia tersengih. Amboi papa! Bela Haikal nampak.

“ InsyaAllah pa.”

**
“ Saya nak jumpa awak esok.”

Dahlia yang tengah mamai itu terus segar apabila mendapat panggilan daripada Haikal. Dan Haikal kata nak jumpa dia. What?

“ Buat apa?” Matanya ditenyeh perlahan. Jam di dinding dikerling. Dah pukul 2 pagi.

“ Awak sengaja buat saya tertanya-tanya ke?” Kedengaran suara di corong telefon tak puas hati.

Dahlia tersengih. Salah dia juga.

“ hehe.. Sory. Awak pun tak beritahu saya yang dua hari lepas filem kita di tayangkan.” Dahlia pula tak puas hati dengan Haikal.

“ Awak? Saya tak salah dengar ke?” Dahlia menjongket kening. Kenapa?

“ Dengar apa?” Dahlia tak faham.

“ Awak kata filem ‘kita’. Wah! Bahagianya saya.”

Dahlia menekup mulut. Ya Allah. Macam mana aku boleh tersasul pula ni. Filem kita? Haish!

“ Erk.. awak jangan salah faham. Saya tersasul.” Pantas Dahlia memotong sebelum Haikal melalut pada pagi buta ni.

Kedengaran ketawa halus di sana.

“ Tak apa. Tapi saya lagi suka kalau awak cakap macam tu.”

Terdiam Dahlia. Senyuman kecil terukir.

“ You know why? I think I very love you Dahlia. I serious and I will love you forever.”

Dahlia terkedu mendengar kata-kata Haikal. Rasa terharu pula.

“ Haikal. I don’t know why but I think you crazy.” Ujar Dahlia selamba.

“ Why?”

Dahlia tersengih.

“ Because you love me in a short time.” Pipi Dahlia mula memerah. Malu lah!

“ Oh.. You don’t know one thing. People can fall in love in 3 second or 1 second. But to forget it take a few years. Understand?”

Dahlia tersenyum.

“ Ye. I understand. Okeylah. I want to sleep.”

Dahlia berura-ura nak letakkan telefon tapi panggilan Haikal mematikan hasratnya.

“ I want to see you tomorrow. Please…” Mohon dia di corong telefon.

“ Okey fine. Nak jumpa dekat mana?” Putus Dahlia.

“ Esok saya beritahu lain. Thanks dear!”

Dahlia tersentak. Dear? Hurmp! Gatal!

~Bersambung~

Tuesday 23 July 2013

His Heroin Or Wife? 18





 “ Selamat pengantin baru!”

Tersenyum ceria Dahlia ketika mengucapkan perkataan itu terhadap dua mempelai yang berada dihadapan matanya kini.

“ Terima kasih. Mana hadiah?”

“ Tu.. Hadiah dah ada di tepi minta dekat orang lagi. Apalah Abang Irfan ni.” Dahlia lihat Irsya sudah tersipu-sipu malu. Kini Irsya jauh beza dari yang dulu. Irsya dah benar-benar berubah.

“ Nak main-main dengan Abang Irfan pula dia ni.”

Dahlia hanya tersengih. Kemudian dia melihat sekeliling. Ramai juga orang. Tentu ramai kenalan Abang Irfan dan Irsya.

“ Dahlia.. sebenarnya aku ada perkara nak cakap dengan kau sikit.” Suara Irsya.

Dahlia menjongket kening. Hal apa?

“ Abang.. Dahlia pinjam isteri abang kejap erk?” Pohon Dahlia dengan sengihan.

“ yelah. Tapi jangan di bawa lari pula isteri abang tu.”

“ orang tahulah. Macam teringin sangat.”

Sebelum dapat habuan daripada Irfan. Pantas Dahlia bawa Irsya ke dalam rumah.

“ Ada apa ni?” Soal Dahlia dan senyuman tak lekang dari bibirnya. Biasalah sepupu kahwinlah katakan.

“ Aku ada jemput seseorang.” Irsya berubah serius.

“ Siapa? Saya kenal ke?” Irsya mengangguk perlahan.

“ Dia.” Irsya menuding jari ke belakang Dahlia. Dahlia yang tak faham menoleh ke belakang.

“ Siapa?” Dahlia tak nampak orang yang dia kenal pun di luar rumah.

“ Kau toleh kiri.” Suruh Irsya lalu bergerak ke muka pintu. Dahlia menurut.

“ Dahlia…”

Terkedu Dahlia mendengar suara itu. Suara yang dia tak mahu dengar dah buat selama-lamanya. Tapi hari ni. Dia dengar kembali. Tanpa berlengah, dia menoleh ke kiri.

“ Faiz?” Dahlia melihat Irsya. Irsya hanya tersenyum lalu melangkah ke arah suaminya yang sedang menunggu.

Dahlia dan Faiz kini sedang berhadapan tanpa kata. Dahlia juga terkejut melihat penampilan Faiz sekarang. Jauh beza daripada dulu.

“ Lama kita tak jumpa.” Ujar Faiz dengan senyuman.

Dahlia hanya mendiamkan diri. Ya! Dah lama. Semenjak kau serang pejabat aku sehingga hari ni. Dah dekat 2 bulan juga.

“ A.. awak jauh beza sekali.” Kata-kata itu terluah juga daripada mulut Dahlia.

Faiz tersenyum.

“ Semua berlaku dengan pantas. Saya sendiri pun tak sangka. Sebenarnya sebulan yang lepas, saya hampir terjebak dalam kes dadah. Tapi saya diselamatkan oleh seorang lelaki tua. Lelaki yang saya sendiri tak tahu telah ikat jamin saya.”

Dahlia terdiam. Menanti butir bicara seterusnya daripada mulut Faiz.

“ Selepas saya diikat jamin tu. Saya sebenarnya dah hilang arah tujuan. Rumah sewa saya dan kawan-kawan saya semuanya dah tak ada. Mereka dah pergi tinggalkan saya. Masa tu saya buntu. Buntu nak cari jalan penyelesaian. Saya Cuma teringatkan awak dan Irsya je masa tu.”

Dahlia tergamam apabila dia menyedari ada air jernih yang bertakung ditubir mata Faiz. Dia menangis?

“ Masa tu, yang saya tahu saya mesti jumpa awak ataupun Irsya. Saya rasa saya nak minta maaf dekat korang berdua sebab sayalah korang sakit hati. Korang tersakiti. Dan lelaki tua itulah yang banyak menyedarkan saya sampai saya jadi insaf. Saya sedar.”

Tanpa di pinta, setitis air mata telah jatuh dari tubir mata Faiz.

“ Tapi malangnya apabila saya hanya dapat jumpa Irsya. Dia dan Irfan yang banyak membantu saya selama ini. Saya amat berterima kasih dekat diorang. Kalau mereka tiada saya tak tahulah. Selepas beberapa hari, saya puas telefon dan cuba cari awak tapi saya tak berjaya. Awak pergi mana selama ni?”

Dahlia tersentak. Dipandang wajah Faiz yang mula berseri itu.

“ Awak tak perlu tahu.” Ujar Dahlia perlahan.

“ Ya. Maafkan saya. Saya tak patut ambil tahu hal awak lagi. Dan tujuan saya datang pun saya nak jumpa awak. Nasib ada mereka. Kalau tidak mungkin saya dah tak berpeluang jumpa awak lagi.”

“ Maksud awak?” Dahlia rasa sesuatu.

Faiz tersenyum. Tiba-tiba ada seorang lelaki tua datang menghampiri Faiz. Dipaut bahu Faiz mesra.

“ Ini papa saya. Lelaki tua yang saya cakap tadi itu merupakan papa saya. Papa kandung saya yang telah lama saya cari. Kan saya ada beritahu awak dulu.”

Dahlia mengangguk perlahan. Alhamdulillah. Akhirnya kau jumpa kembali ayah kandung kau Faiz.

“ Saya akan pergi dari Malaysia. Maybe for a few years or forever.”

Tersentak Dahlia. Selamanya?

“ Saya nak minta maaf atas perbuatan saya selama ini. Saya tahu saya manusia yang tak berguna pada pandangan mata awak. Saya ni lelaki jahat. Saya tahu semua tu. Tapi saya betul-betul minta maaf. Saya tak patut buat awak macam tu. Saya harap awak dapat lelaki yang lebih baik daripada saya. Saya doakan kebahagiaan awak sentiasa.” Kedengaran tulus sekali kata-kata Faiz.

Dahlia yang mendengar rasa sebak. Perlahan kepalanya dianggukkan.

“ Sa.. saya dah lama maafkan awak Faiz. Lagipun semua yang terjadi ni ada hikmahnya. Saya juga doakan kebahagiaan awak di luar sana. Moga awak dapat cari pengganti saya.” Ujar Dahlia dengan lembut.

Faiz tersenyum. Terima kasih Dahlia. Walaupun aku sayangkan kau sangat-sangat. Tapi aku tahu aku dah tak berhak untuk kembali kepada kau. Aku harap aku mampu lupakan kau.

“ Pa.. Jom kita pergi. Dahlia..kami minta diri dulu. Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam..”

Dahlia menghantar kepergian Faiz dengan senyuman kesyukuran. Tanpa dipinta, air matanya menitis. Ya Allah. Moga hidupnya diberkati.

“ Hei.” Bahunya tiba-tiba dipaut. Dahlia pantas menyeka air matanya.

“ Dia betul dah berubah.” Ujar Dahlia tanpa memandang Irsya.

“ ya. Aku tahu. Sebenarnya kalau kau nak tahu. Dia sangat sayangkan kau. Dia kata dia sangat ikhlas menyayangi kau. Tapi dia kata dia tak mungkin kembali kepada kau setelah apa yang dia buat dekat kau.”

Dahlia pantas menoleh ke arah Irsya. Irsya tersenyum. Tahu Dahlia terkejut.

“ Maafkan aku kerana aku tak beritahu kau lebih awal. Tapi dia yang suruh rahsiakan.”

Air mata Dahlia mengalir lagi. Senyuman terukir dalam tangisan. Saya pun sayangkan awak Faiz tapi hanya sebagai kawan. Sebab kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Maafkan saya Faiz.

**

Bingit telinga Haikal mendengar keriuhan di luar sana. Dah macam pesta pun ada. Sedangkan sekumpulan peminat je pun.

“ Kau dah ready ke nak bertemu dengan peminat?” Soal Sham pinta kepastian.

Haikal tersenyum lalu mengangguk.

“ Aku dah bersedia. Lagipun filem kita dapat sambutan hangat. Jadi aku perlulah hargai mereka sebagai peminat.” Ujar Haikal tenang.

“ Okey. Jom..”

Dalam hatinya, dia berharap kehadiran seseorang itu. Dia berharap ‘ dia’ akan datang ke situ dan berjumpa dengannya. Tapi adakah ‘ dia’ akan hadir?

“ Agak-agak mereka semua ni tahu tak siapa heroin filem ni?” Soal Haikal kepada Sham.

Sham tersenyum. Bahu haikal ditampar perlahan.

“ Dalam filem itu jelas muka dia. Tapi mereka tak kenal lagilah sebab dia kan pelakon ekspres. Mereka kenal dalam filem je lah. Macam kau lah. Kenapa?”

Haikal tersenyum lagi.

“ Aku takut sekarang dia diburu peminat.” Seloroh Haikal dengan sengihan.

Sham tertawa.

“ Kau ni. Kesian dia kalau perkara itu betul. Tapi mungkin tak. Sebab baru dua hari filem itu di tayangkan. Lagipun aku jamin ramai orang takkan tahu punya. Kecualilah dia selalu munculkan diri dikhalayak ramai. Dah jom!”

Haikal tersengih. Dahlia! Aku teringin sangat jumpa dengan kau. Dah dua bulan kita tak jumpa gara-gara sibuk. Dan jawapan kau pun belum aku tahu. Bila agaknya kita dapat jumpa.

~Bersambung~

Saturday 20 July 2013

Bila hati dirundum kesedihan

Assalamualaikum kaum Adam dan kaum Hawa sekalian



Bila hati dirundum kesedihan
Bila hati jadi sepi
Bila hati dilanda kesakitan

Semuanya tidak kena
Semuanya jadi kacau-bilau
Semuanya jadi seperti yang tidak diinginkan

Tapi 
Tak pula kita fikir
Tak pula kita ingat
Tak pula kita memohon 

Jalannya
Berdoa kepada Allah
Berdoa meminta pertolongan
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar

Bila hati terasa sedih
Cubalah tersenyum
Senyuman yang manis diberikan
Senyuman yang tiada tandingannya
Senyuman yang paling ikhlas

Biarlah
Biarlah semuanya berlalu dengan cepat
Biarlah hanya dengan senyuman mampu menenangkan hati itu
Biarlah kaum lain memandang kita tanpa menyedarinya

Kerana
Kerana Allah sentiasa di sisi kita
Kerana Allah menyayangi kita
Kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat
Juga Kerana Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Sesungguhnya
Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar
Allah sentiasa di sisi orang-orang yang sentiasa ingatkan Dia

Walaupun
Walaupun sukar
Walaupun perit
Walaupun hambar

Namun
Kita harus cuba
Kita harus lakukannya
Kita harus hilangkan kesedihan itu

(Aku tahu walaupun kesedihan itu hanyalah sedikit
Aku tetap dapat merasakannya.
Namun aku cuba dan terus mencuba 
agar semuanya mampu aku tangani dengan baik dan dengan hati yang tenang.
InsyaAllah)

*Tak dpat dinafikan kesedihan itu bukanlah perkara yg mudah untuk dilupakn bukan?*

Saturday 13 July 2013

His Heroin Or Wife? 17









Suasana sunyi seketika di antara mereka selepas Haikal berkata demikian. Dahlia jadi diam. Terkejut sebenarnya.

“ Dahlia?” Haikal pelik. Tiba-tiba Dahlia diam. Takkan dia marah? Aku ikhlas ni.

“ Awak minta saya jadi isteri dalam lakonan or?” Dahlia mendongak melihat Haikal pinta kepastian. Ish! Aku ni pun. Takkan lah minta dalam lakonan dah serius macam ni. Haiyaa!

Haikal tertawa kecil. Sampai ke situ dia fikir.

“ Awak faham maksud saya.” Hanya itu kata-kata terkeluar daripada mulut Haikal.

“ Kenapa?” Soal Dahlia dengan kerutan di dahi. Pelik!

“ Awak tahu maksudnya. Kalau seorang lelaki meminta seorang perempuan untuk jadi isterinya. Itu tak lain tak bukan lelaki itu mencintai perempuan itu dengan tulus ikhlas dan dengan izin Allah.” Dalam satu nafas dan dengan tenangnya Haikal menjelaskan kepada Dahlia.

Dahlia yang mendengar terkedu. Rasa sebak tiba-tiba hadir. Terukir senyuman kecil.

‘ Ya Allah. Ini kali pertama aku rasa perasaan macam ni. Kalau dengan Faiz, aku tak dapat rasa terharu dan teruja macam ni. Dan Faiz tak pernah minta macam ni? Tapi dengan dia? Tak kenal rapat sangat pun dia dah pinta aku jadi isterinya. Tapi Faiz? Tak!’

“ Saya tak minta awak jawab sekarang. Awak boleh fikir dulu.” Suara Haikal. Takut membebankan dia pula.

Dahlia mendongak melihat Haikal. Sungguh dia dapat lihat sinar keikhlasan dekat Haikal. Kalau Faiz, susah. Ya Allah. Kenapa perlu aku bandingkan dia pula. Haikal tetap Haikal.

“ Awak yakin ke akan keputusan awak ni?” Soal Dahlia lalu terukir senyumannya.

“ Saya yakin sangat. Puas saya fikir. Saya rasa hanya awak seorang je yang mampu buat hati saya tenang dan buat saya gembira. Percayalah yang awak lain daripada yang lain.” Ujar Haikal dalam nada lembut.

Dahlia sekali lagi tergamam. Erk!

“ Kalau awak nak tahu. Reaksi awak sekarang sangat comel.” Puji Haikal lalu menongkat dagu melihat Dahlia yang sudah tersipu-sipu malu itu. Kau memang sengaja Haikal!

Dahlia tersengih kerang busuk. Sudah-sudahlah memuji. Kembang kuncup dah ni.

Haikal masih menanti jawapan daripada Dahlia. Biarlah dia dikata seorang yang tak sabar. Tapi ini kali pertama dia jadi macam ni. Hehe..

“ Beri saya waktu untuk fikir. Lagipun ini bukan perkara main-main. Ia melibatkan masa depan dunia akhirat.” Suara Dahlia dengan tenang.

Haikal mengangguk faham. Dahlia memang perlu waktu untuk fikir. Pasti dia terkejut sangat.

“ Saya akan sentiasa menunggu awak.”

Dalam hati Dahlia tersenyum. Haikal ni ada-ada je. Tapi kenapa hati aku ni mudah sangat nak rapat dengan dia? Selalunya kalau nak dekat dengan lelaki ni bukan main payah. Sebelum ni pun Faiz. Ya Allah. Kenapa asyik fikirkan Faiz je ni. Stop this!

**
Pelik tapi benar. Itulah yang dirasakan Haikal sekarang. Sampai tersengih-sengih seorang diri. Sampai orang sekeliling tengok pun pelik. Terutama Sham. Daripada balik berjumpa Dahlia sampailah dah berada dalam pejabat pun Haikal masih tersengih.

Sham dah tergaru-garu melihat telatah Haikal ni. Sah dia dah angau! Aku rasa kena kacau dia sikit ni.

“ Ehem..Ehem..”

Suara batuk itu mengejutkan Haikal yang sedang mengelamun itu. Pantas dia mencari kertas untuk ditulis. Berlakon beb!

“ Selamat pengantin baru!”

Terkejut beruk Haikal akan jeritan Sham itu. Sampai menarik perhatian beberapa orang yang turut berada di situ. Sham hanya tersengih.

“ Kau pe hal? Maaf ye. Hari ni dia gelong sikit. Teruskan kerja.” Haikal tersengih melihat orang yang menoleh ke arah mereka.

Sham sudah tertawa sambil memegang perutnya. Baginya ia amat kelakar. Dengan telatah Haikal sekarang. Inilah orang yang sedang dilamun cinta.

Pup!

“ Ouch!” Sakit bahu Sham setelah ditampar Haikal. Geram sangatlah tu.

“ Kau ni kalau tak cari fasal dengan aku tak sah.” Haikal ternyata tak puas hati.

Sham tersengih.

“ Sekarang beritahu aku. Apa berita gembiranya? Apa yang telah kau buat dekat pejabat tu?” Soal Haikal bertalu-talu.

Haikal terdiam. Kemudian dia menggeleng perlahan. Sengaja buat muka sedih.

“ Kenapa? Kau tak jumpa Dahlia ke dekat sana?” Sham menyoal pelik. Takkan kot?

“ Ha! Dah kantoi. Oh.. kau langsung tak beritahu aku yang dekat situ tempat Dahlia bekerja. Bukan main kau ye..” Sindir Haikal dengan sengihan.

“ Relaklah bro. Aku Cuma nak tolong. Ceritalah sikit. Nak tahu perkembangan kau juga. Aku dah susah payah tolong kau, sampai hati kalau kau tak mahu cerita dekat aku.”

Sham buat-buat merajuk. Siap dimuncungkan mulutnya lagi. Gatal!

“ Alo… Mula dah merajuk dia tu. Okeylah. Aku lamar dia dan dia kata dia perlukan waktu untuk berikan jawapan. Puas?”

Sham terlopong. Pantas tangannya ditepuk. Bagus! Sungguh cepat tindakan Haikal ni.

“ Wow! Aku tak sangka kau secepat ni. Ini baru namanya gentlemen. You know? The man who like you lah ramai orang cari.” Kelihatan teruja suara Sham ketika itu.

Haikal tersenyum. Tapi dia tetap risau sebab tak tahu jawapan sebenar Dahlia. Mana tahu dia ditolak.

Sham tersenyum. Tahu sangat hati Haikal tu sedang gundah gulana.

“ Relax bro.. Aku jamin dia takkan tolak kau yang sehensem Lee Min Ho ni.” Bahu Haikal ditampar perlahan.

“ Amin!..”

**
Ternganga sebentar mulut Zahida apabila melihat Dahlia yang sedang makan itu. Cara Dahlia makan macam tak makan berhari-hari. Kalau boleh pulun tu, uish! Tak boleh bayangkan.

“ Hoi!” Zahida menyergah apabila Dahlia terlalu leka akan makanannya.

“ Apa?” Soal Dahlia dengan makanan penuh dalam mulut. Orang nak makan kejap pun tak boleh ke?

“ Aku pelik. Semenjak kau balik daripada jumpa lelaki tu. Kau jadi bersemangat. Lepas tu makan bukan main selera lagi. Tadi aku ajak macam tak lalu je. Ada apa-apa ke ni? Atau that is your boyfriend?” Duga Zahida dengan sengihan.

“ Uhuk! Uhuk!” Tersedak terus Dahlia selepas Zahida menyebut perkataan ‘ boyfriend’. Bahaya betul!

“ Ya Allah. Tu lah. Makan gelojoh lagi. Nah..” Huluran air daripada Zahida diambil dan dengan rakusnya dia minum. Teruk betul.

“ Kau lah.” Selepas lega, Dahlia kembali melihat Zahida yang menjongket kening itu. Dengan senyuman nakal dia tu.

“ Kenapa? Atau betul dia tu boyfriend kau? Hah! Jawab!”

Dahlia tersengih.

“ Tak. Ta…tapi…” Tersekat-sekat Dahlia ingin beritahu. Nak beritahu atau tidak? Urm…

“ Apa?” Gesa Zahida. Duk buat tersekat-sekat pula.

“ Dia lamar aku.” Dahlia pantas menutup mukanya. Malu! Pertama kali pula tu dia dilamar sedemikian.

Tersengih lebar Zahida dengar Dahlia dilamar.

“ Wah! Tahniah. Dengan ini juga kau dapat mulakan hidup yang baru.” Ucap Zahida ceria.

Dahlia tersenyum. Tangannya memegang tangan  Zahida.

“ Aku kuat ke? Adakah Haikal jodoh aku? Dapatkah aku lupakan Faiz dengan adanya Haikal?” kedengaran lirih suara Dahlia.

Zahida menggeleng perlahan. Pautan tangan dibalasnya.

“ Kau boleh. Aku yakin dia untuk kau. Lupakan Faiz. Dia tak sesuai untuk kau. Percayalah..”

Dahlia mengetap bibir. Rasa sebak hadir. Dengan perlahan dia mengangguk. Dia akan cuba demi kebaikan dirinya sendiri.

~Bersambung~

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers