Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Wednesday 18 September 2013

Sesuci Kasihmu 6

Assalamualaikum....
Akhinya berkesempatan jga utk saya upload sambungan kisah ini. Maflah kerana hari ni baru berpeluang menjenguk ke sini. Tiga hari cuti tiada dekat Penang. Keluar ke KL. Jadi akibat busy tiada masa nak jenguk. Jadi hari ni saya persembahkan bab 6 utk anda. Selamat membaca.




Zahra melihat pasangan yang berada di hadapannya itu dengan hati yang sakit. Matanya turut sakit melihat kemesraan mereka. Mereka seperti tidak sedar yang Zahra ni masih isteri Syazwan yang sah. Talak akan jatuh apabila Zahra melahirkan anaknya.


Tapi Syazwan? Dia langsung tak kisah tentang semua itu. Tambahan pula, anak yang dikandungkan Zahra itu adalah anak kandungnya. Apa yang menyakitkan hati Zahra adalah Syazwan tidak terasa atau gembira ke akan kehadiran anak ni?


“ Akak.. Jom masuk.” Ajakan Farah menyentakkan lamunan Zahra. Matanya pantas melihat 
ke arah Farah. Rasa sakit tidak dapat dia tahan lagi.


Farah perasan wajah Zahra yang kelihatan mendung itu. Mana tidaknya, Syazwan dan Eslina tu mesra sangat. Langsung tidak pedulikan perasaan Zahra ni. Sedangkan Zahra masih isterinya yang sah.


“ Hei!” Tiba-tiba Syazwan bersuara. Eslina di sebelah setia merangkul lengan Syazwan. Dia macam tak ada perasaan malu langsung terhadap orang lain.


Langkah Zahra dan Farah terhenti daripada ingin masuk ke dalam mahkamah syariah itu. Zahra yang sedar Syazwan pasti ingin menghinanya itu tidak berpaling ke belakang. Dia takut dia akan menitiskan air mata di hadapan lelaki itu. Dia tak sanggup biarkan hati dia disakiti lagi. Dah cukuplah sekadar ini. Hati ini perlu dirawat pula.


“ Zahra! Kau dengar apa yang aku nak cakap ni!”              


Farah rasa macam nak penampar je mulut Syazwan tu. Tak tahu nak beradab langsung. Sedar tak yang dia tu masih suami akak Zahra? Bencinya!


“ Abang Syazwan! Tolong jangan bersikap kurang ajar sangat! Walau apa pun akak Zahra ni masih isteri abang yang sah. Tolonglah hormati akak Zahra ni. Sikit pun cukuplah. Dan abang tu sedar tak yang tak lama lagi abang akan jadi ayah? Oh! Saya terlupa. Abang kan tidak pedulikan anak tu. Yang abang lebih kisah tentang betina sebelah abang tu..”


Pedas sekali kata-kata yang dilontarkan oleh Farah kepada Syazwan dan Eslina ketika itu. Biar! Biar mereka rasa bagaimana perasaan akak Zahra selama ini.


Eslina mengetap bibir marah. Dia panggil aku betina? What? Hei! Amboi Eslina… Tahu pula kau nak marah. Tapi panggilan tu memang sangat sesuai untuk kau.


“ Kau jangan kurang ajar sangat dengan aku Farah. Kau sibukkan hal kau sudahlah!” Balas Syawan kasar. Hatinya benar-benar tersentap akan kata-kata Farah sebentar tadi.


Farah tersenyum sinis. Manakala Zahra masih mendiamkan diri. Tiada hati ingin membuka mulut. Apatah lagi untuk melihat Syazwan. Lagi dia tak sanggup.


“ Kenapa? Terasa? Baguslah kalau macam tu.”


Farah terus menarik Zahra masuk ke dalam. Tiada hati ingin terus bertengkar dengan Syazwan tu. Buat tambah dosa je.


“ Farah.. akak minta maaf.” Tiba-tiba Zahra meminta maaf dengan nada suara yang sayu. Aku tahu dia buat semua ini demi membela aku. Tapi aku rasa kau tak perlu buat semua tu Farah. Aku tahu ini balasan di atas semua perbuatan aku yang dulu. Aku terima.


“ Akak? Kenapa ni?”


Farah menilik wajah Zahra yang kesedihan itu. Tangan Zahra digenggamnya.


“ Akak… akak tak perlu bersedih semata-mata mereka. Yang akak perlu fikir sekarang adalah tentang anak dalam kandungan ni. Itu lebih penting sekarang. Lagipun abang Syazwan tu dah takkan ambil peduli akan anak ni. Apa punya orang lah!”


Sekali lagi Farah memarahi Syazwan. Zahra hanya menggeleng perlahan. Dia paksakan diri untuk mengukirkan senyuman walaupun hambar.


“ Sudahlah tu. Akak dah penat dengan semua ni. Jom kita uruskan yang penting dulu. Akak dah tak tahan untuk berada di sini.” Ujar Zahra perlahan. Lemah suaranya ketika itu. Dia dah tiada tenaga untuk pedulikan semua tu.


Farah terkedu. Lantas dia tersenyum. Kepalanya dianggukkan sedikit.


“ Okey jom!”

**

Izz menilik jam di dinding. Sudah 10 minit berlalu. Namun kelibat pasangan yang ingin berjumpanya itu belum datang lagi. Kenapa mereka ni lambat sangat? Petang nanti aku kena balik kampung pula. Hish!


Tok! Tok! Tok!


Pintu pejabatnya diketuk dari luar. Izz yang berjalan sekitar mejanya itu terus melaung agar orang di luar masuk ke dalam.


“ Assalamualaikum..” Suara seorang wanita memberi salam.


“ Waalaikumussalam…” Jawab Izz. Dia mengambil tempat di kerusi. Dia masih belum mendongak melihat wanita yang memberi salam sebentar tadi.


“ Maaf sebab lambat. Ada hal sikit tadi.” Maklum Zahra dengan suara yang hambar. Sungguh dia tiada semangat langsung untuk uruskan hal penceraian ni. Farah di sebelah hanya mampu mengusap perlahan bahu Zahra dengan senyuman kecil. Sabarlah kak!


“ tak apa..”


Sebaik sahaja Izz mendongak untuk melihat tetamunya itu. Dia terkejut besar. Bukan wajah Zahra yang mengejutkannya tapi wajah Farah.


“ Farah!”


“ Abang Izz!”


Masing-masing terkejut. Masing-masing tidak percaya akan pertemuan itu.


“ Abang Izz kerja dekat sini ke?” Soal Farah terus tanpa sempat Izz membuka mulut.


“ Haah. Farah pula? Apa yang Farah buat dekat sini? Takkan Farah nak bercerai kot? Farah! Jangan Farah! Abang tak rela!” Halang Izz dengan sekeras-kerasnya.


Farah yang mendengar tersenyum kecil. Wajah Zahra yang kelihatan bingung itu dijeling sekilas sebelum memandang semula ke arah Izz.


“ Tak.” Balas Farah. Izz yang rasa nak marah itu menjadi tenang semula.


“ Tapi akak Farah.” Sambung Farah lantas menoleh ke arah Zahra yang sedang tertunduk itu.


Izz turut mengalihkan pandangan ke arah Zahra. Wajah Zahra kelihatan sangat sugul. Macam ada seribu kedukaan dalam diri Zahra ketika itu.


“ Erk.. maaf.” Pinta Izz sambil tergaru-garu keningnya yang tidak gatal itu. Itulah reaksinya bila dia berbuat kesalahan. Apabila dia mengucapkan perkataan maaf. Automatik tangannya akan menggaru kening. Tanpa dipinta.


“ Tak apa.” Tiba-tiba Zahra bersuara. Wajahnya didongak untuk melihat Izz.


Izz terdiam. Apabila dia memandang wajah Zahra, dia terkedu. Ya Allah. Wajah dia ni macam wajah perempuan yang selalu muncul dalam mimpi aku sebelum ni.


“ Saya Zahra Umairah. Maaf jika saya mengangguk Encik Izz bercuti.” Ucap Zahra dengan penuh rasa serba salah.


Izz tersedar. Dia kerling Farah untuk meminta penjelasan. Farah hanya menjongket bahu. Itu tandanya dia tiada jawapan untuk itu. Kalau nak tahu kena tanya Zahra sendiri.


“ Tak mengapa. Lagipun ini memang tugas saya pun. Erk.. sebelum saya mulakan perbincangan. Saya nak tahu di mana suami Puan?” Soal Izz.


Tanpa Zahra sedari, dia tersenyum kecil. Puan? Dia panggil aku dengan panggilan Puan? Aku rasa aku tak layak lagi untuk memegang title itu selepas ini. Rasa kekok pula bila guna panggilan Puan tu.


“ Abang Izz. Abang Syazwan ada di luar dengan betina tak guna tu.” Maklum Farah bersahaja.


Izz dan Zahra yang mendengar terkejut. Terkejut mendengar perkataan betina daripada 
mulut Farah.


“ Siapa yang Farah maksudkan betina tu?” Soal Izz ingin tahu.


Farah tersenyum sinis. Baru saja dia nak membuka mulut, pasangan yang amat menjengkelkan itu pun masuk ke dalam pejabat Izz. Tanpa memberi salam terlebih dahulu. Sungguh biadap perbuatan mereka.


Syazwan dan Izz saling berpandangan. Manakala Eslina pula jeling meluat dekat Farah. Zahra hanya mampu mendiamkan diri. Itu lebih baik untuk dia.


“ Jadi ini suami Puan Zahra?” Izz menyoal untuk meminta kepastian.


Tapi lain pula jadinya apabila Syazwan menggeleng lalu tersenyum sinis.


“ Bukan. Tapi bekas suami!” Tegas senyuman sambil memandang Zahra yang terkedu itu.


Izz dan Farah. Masing-masing tidak menyangka yang Syazwan akan berkata demikian. Farah tahu Syazwan hanya ingin menyakitkan hati akak Zahra.


“ Maaf. Tapi Encik Syazwan masih belum bercerai dengan dia. Lagipun korang berdua masih belum buat prosedur untuk kes penceraian. Encik masih belum boleh berkata demikian.” Jelas Izz lembut. Kasihan pula tengok wajah Zahra ketika ini.


“ tak mengapa. Saya faham.” Zahra bersuara sambil tersenyum hampa.


“ So? Boleh tak kita mulakan dengan segera? Aku tak ada masa nak berhadapan dengan muka perempuan ni lama-lama. Muak!”


Sekali lagi Syazwan melontarkan kata-kata yang mampu membuat hati Zahra kembali merintih.


“ Ya Allah. Bawa mengucap Encik Syazwan.” Izz menegur. Tapi sayang. Syazwan tidak langsung mempedulikan teguran Izz.


“ Abang Izz. Biarkan dia. Sekarang abang Izz teruskan kerja. Kami pun dah muak tengok wajah dia dan betina tu.” Suara Farah lantang.


Izz terdiam. Farah.. Abang masih belum fahamlah. Apa yang terjadi kepada mereka?


“ Abang Izz. Kalau cepat siap lagi bagus.” Sambung Farah lagi.


Izz mengangguk perlahan. Wajah Zahra dan Syazwan dikerling silih berganti. Kemudian dia menunduk melihat dokumen yang berada di hadapan matanya. Terhambur keluhan kecil daripada mulutnya.


“ Jadi Encik Syazwan ingin bercerai dengan Puan Zahra kerana…”


“ Sebab aku curang dengan dia. Aku ditangkap khalwat. Sudah-sudahlah tanya macam-macam. Cepatlah sikit!”


Izz sekali tersentak. Masya-Allah. Teruknya lelaki ni.


“ Puan Zahra. Adakah Puan Zahra ada apa-apa nak diperkatakan kepada suami? Atau Puan nak membantah?” Soal Izz. Wajah Zahra sukar untuk dipandang kerana Zahra tunduk memandang lantai.


Apabila dia mendongak, Izz pula jadi terkejut. Wajah putih itu basah dengan air mata.


“ saya rasa tak ada.” Zahra ketap bibirnya kuat. Ya Allah kuatkan hatiku ini.


“ Tunggu!”

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers