Seawal 8 pagi lagi Izz dah tercegat dekat dapur bersama
dengan Umi. Umi sendiri pelik melihat Izz pada pagi itu. Dah serupa orang angau
pun ada.
“ Haih anak Umi ni lain macam je. Selalunya selagi tak pukul
9 mana kamu akan bangun. Ni baru pukul 8 kot. Anak Umi ni demam ke?”
Pantas Umi meletakkan belakang tangannya pada dahi Izz. Tapi
tak panas pun. Izz menolak tangan Uminya dengan perlahan.
“ Mana ada. Izz sihat je. Saja nak bangun awal sikit. Salah
ke?”
Izz membantu Umi menuang air susu ke dalam dua gelas kosong.
Dia tahu untuk siapa. Siapa lagi kalau bukan untuk ibu-ibu mengandung tu.
bertuah mereka kan? haih! Izz! Jealous nampak? Kau tu lelaki ada hati nak
mengandung ke? Erk! Tak! Haha!
“ Tak. Cuma pelik.”
Selesai urusannya itu, Izz kembali melangkah ke ruang tamu.
Hari ni dia jadi terexcited lebih. Semenjak dapat SMS daripada Zahra semalam.
Dia tidur pun tak lena jadinya. Aduh! Parah!
“ Assalamualaikum…”
“ Waalaikumussalam..”
Izz menoleh ke belakang. Kelihatannya Zahra sedang berdiri
elok di belakangnya dengan senyuman kecil. Zahra yang elok berpakaian baju
kurung dan berselendang sama ton dengan bajunya itu kelihatan sangat manis.
“ Jadi? Awak nak bawa saya ke mana?”
Zahra sendiri rasa kekok bila bercakap berdua macam ni depan
Izz. Sebelum ni tak pula rasa macam ni. Aneh!
“ Kita sarapan dulu.”
Izz pantas melangkah ke arah dapur. Dia tak mahu Zahra tak
selesa apabila bersama dengannya. Lagipun hatinya tadi dah lain macam sikit.
Alahai! Jangan kata-kata Alif tu betul sudahlah. Zahra ni masih isteri orang
okey?
“ Eh? Zahra! Mari duduk sini. Kita makan sama-sama.” Panggil
Umi dengan wajah terujanya.
“ Izzati mana Umi? Selalunya time-time macam ni dia dah ada
dekat dapur. Kan dia selalu pergi kuliah awal.” Sampuk Izz lalu duduk di
sebelah Zahra.
“ Dia cuti hari ni. Mungkin dia masih tidur.” Balas Umi.
Izz hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Dalam seminggu
ni, dia susah nak berjumpa dengan Izzati lebih lama. Pergi awal pagi, balik dah
nak dekat Isyak. Lepas tu masuk bilik terus tanpa sempat nak berbual. Katanya
penat dengan assignment yang banyak tu. Lagipun tahun ni semester akhir.
“ Umi.. hari ni Izz nak bawa Zahra keluar kejap.”
“ Ke mana lagi? Kaki kamu dah elok ke tu?”
Izz menjeling sekilas ke arah buku lali sebelah kirinya itu.
Dia tersenyum kecil.
“ Alhamdulilah. Selepas dapat urutan percuma umi tu terus
lega. Cuma masih ada sikit rasa sakit tu. nasib baik boleh jalan.”
Umi mencubit perlahan lengan Izz.
“ Ouch! Sakitlah umi.” Izz tersengih apabila mendapat
jelingan Umi.
“ Urutan percuma pun kamu dah sihat kan? itulah akibatnya
kalau pergi situ. Kan dah kena balik.”
Zahra yang tekun mendengar tadi tertawa kecil. Telatah di
antara anak dengan ibu itu membuatkan dia geli hati. Izz memang anak yang manja
dan nakal juga.
“ Umi benarkan tak kami keluar?” Soal Zahra pula.
“ pergilah. Kamu pun belum berpeluang nak tengok kawasan
kampung ni kan? tapi ingat Izz. Jaga anak orang ni elok-elok. Dahlah dia tengah
mengandung tu.” Pesan Umi dengan serius.
“ Baik umi! Anak umi sedia menerima arahan dan laksanakan
tugasnya dengan sebaik mungkin.” Ujar Izz macam inspektor polis.
Zahra dan Umi yang melihat hanya mampu tersengih.
Macam-macam dengan Izz ni.
**
Zahra tergamam melihat suasana di sekelilingnya. Izz yang
berada di sebelahnya dikerling sekilas. Kenapa dia bawa aku ke sini?
“ Jom!”
Zahra hanya menurut tanpa sebarang bantahan. Izz yang berada
jauh sikit daripadanya itu dipandang. Entah kenapa dia dapat rasakan yang Izz
ada perasaan terhadap dia. Arh! Aku mengarut lagi!
“ Akak!”
Zahra tersentak daripada lamunan. Dia menunduk dan melihat
ada seorang budak perempuan sedang tersenyum ke arahnya.
“ Zahra! Sini!” Izz melaung apabila Zahra masih tidak
berganjak.
Zahra mengusap perlahan kepala budak perempuan itu dengan
senyuman kecil.
“ Akak masuk dulu ye sayang…”
Dia sendiri tak menyangka yang Izz akan membawanya ke rumah
anak-anak yatim. Dia sendiri tak tahu yang dekat kampung sebelah Izz ni ada
rumah anak-anak yatim.
“ Assalamualaikum Mak Teh…”
“ Waalaikumussalam.. Ha! Izz! Lama kamu tak datang.”
Izz tunduk menyalami wanita yang dipanggil Mak Teh itu.
Zahra pula hanya berdiam diri di belakang Izz. Dia sendiri jadi kekok. Tak tahu
nak buat apa.
“ Sibuk sikit dekat KL tu Mak Teh. Ha.. kenalkan ini Zahra.
Zahra inilah pengasuh rumah anak-anak yatim ni. Dia juga merupakan mak angkat
saya.”
Zahra turut tunduk menyalami wanita itu. Senyuman kecil
diberi kepada Mak Teh.
“ Hurm.. Ni girlfriend kamu ke Izz?”
Zahra terkedu. Manakala Izz pula terdiam. Buah hati? Erk!
“ mana ada. Kawan je lah. Dia tetamu dekat rumah Izz. Akak
ipar Farah.” Jelas Izz agar wanita itu tak tersalah faham.
“ Oh! Eh? Masuklah dalam. Tak baik pula kita sembang dekat
pintu ni.”
Sebaik sahaja Mak Teh masuk ke dalam rumah, Zahra mengambil
kesempatan itu untuk menyoal Izz dengan lebih lanjut.
“ Kenapa awak bawa saya ke sini?” Soal Zahra dalam keadaan
berbisik.
“ Kalau nak tahu awak kena tunggu kejap. Nanti awak akan
tahu juga.” Balas Izz tenang.
Zahra hanya mengekori langkah Izz sampailah ke satu bilik
yang dikhaskan kepada anak-anak yang berumur bawah 1 tahun. Zahra yang melihat
sedikit tergamam. Tak sangka ramai juga anak-anak yang tidak bernasib baik
seperti dia. Tapi dia lebih beruntung kerana orang tuanya meninggal semasa dia
sudah sangat matang.
Tapi mereka? Zahra tersenyum pahit.
“ Awak ikut saya.” Tiba-tiba Izz bersuara dan menuju ke
salah sebuah katil kecil.
Izz mengerling sekilas ke arah Zahra sebelum mendukung
seorang bayi yang dalam linkungan 2 bulan itu.
“ Ini adalah anak angkat saya. Nama dia Zahirin.” Jelas Izz
apabila melihat Zahra asyik mendiamkan diri.
“ Anak angkat?” Soal Zahra tak percaya.
Izz hanya tersenyum lalu berjalan ke arah sofa yang terletak
dekat situ. Dia duduk di situ bersama dengan Zahirin yang sedang elok lena
dalam pangkuan Izz.
“ Ya. Dalam beberapa bulan yang lepas. Orang tua Zahirin ni
pergi ke luar negara. Bercuti katanya. Tapi nasib mereka tak baik. Kapal
terbang yang mereka naik tu terhempas disebabkan cuaca yang teruk. Masa tu ibu
Zahirin ni dalam keadaan parah. Suami dia pula dah meninggal masa dibawa ke
hospital.”
Izz berjeda seketika. Dia mencari wajah Zahra yang sedang
merenungnya ketika itu. Terbit senyuman kecil pada wajahnya.
“ Masa tu doktor berhempas pulas cuba menyelamatkan mereka
berdua. Tapi Allah Maha Mengetahui dan Berkuasa. Hanya Zahirin saja yang dapat
diselamatkan.”
Zahra menekup mulut. Dia berasa sebak selepas mengetahui
kisah Zahirin.
“ Macam mana awak boleh ambil dia sebagai anak angkat pula?”
Soal Zahra lagi.
“ Sebenarnya ayah Zahirin ni kawan saya. Sebelum mereka
berangkat, dia ada pesan dekat saya sesuatu. Saya ingat masa tu dia hanya
main-main. Tapi tak sangka pula betul. Dia kata kalau mereka berdua dah tak ada
nanti. Dia harap sangat saya dapat jaga anak dia sebaik mungkin. Dan selepas
dapat tahu hal tu. saya terus datang sini dan ambil Zahirin sebagai anak angkat
saya. Family saya tak tahu soal ni. saya harap awak dapat rahsiakan daripada
mereka semua. Ya?”
Zahra tersenyum kecil lalu duduk di sebelah Izz. Pipi
Zahirin yang sedikit tembam itu dicubitnya perlahan.
“ Ya. Saya akan pegang rahsia awak selagi saya masih hidup.
Tapi kenapa awak nak berahsia dengan mereka pula? Kan ini berita baik. Kesian
juga dekat Zahirin ni sebab terpaksa tinggal dekat sini.”
“ Saya tak nak menyusahkan umi. Lagipun Umi masih belum
sihat sepenuhnya. Dekat sini semua ada. Saya boleh percayakan pengasuh dekat
sini.”
Zahra hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Tak sangka
sebenarnya yang Izz mampu menjadi seorang ayah walaupun belum berkahwin. Izz
juga merupakan seorang yang bertanggungjawab dan bertimbang rasa. Zahra jadi
terharu pula.
“ Boleh saya dukung sebentar?” Pinta Zahra.
Lantas Izz meletakkan Zahirin dalam pegangan Zahra dengan
perlahan-lahan. Sempat lagi dia mengelus lembut pipi Zahirin. Buat masa ni,
hanya Zahirin lah yang mampu membuatkan hati ayah lega.
Zahra memerhati Zahirin dengan senyuman di bibir. Entah
mengapa, dia menganggap Zahirin ni seperti anak dia. Teringat pula anak yang
bakal dia lahirkan nanti. Mampukah dia menjadi seorang ibu yang baik buat
anaknya?
“ Jangan risau. Saya tahu awak mampu menjadi seorang ibu
yang baik.” Suara Izz tiba-tiba.
Zahra tersentak. Tapi akhirnya dia hanya tersenyum.
Zahirin.. Ayah angkat kamu tu memang seorang yang baik kan? untung Zahirin.
**
“ So? Selepas ni apa perancangan awak?”
Izz terus menyoal Zahra sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.
Izz berkira-kira nak belanja Zahra makan terlebih dahulu sebelum pusing satu
kampung. Biar Zahra puas berada di sini. Lagipun esok dia perlu balik ke KL
dah.
“ Maksud awak?”
“ Selepas awak balik semula ke KL tu? Awak nak buat apa? Nak
kerja ke atau bagaimana?”
Zahra tunduk memandang perutnya yang sudah menampakkan rupa.
Walaupun tak terlalu ketara sangat. Yalah. Baru nak masuk 3 bulan.
“ Saya belum fikir lagi soal tu. yang saya tahu, saya nak
habiskan masa saya dekat sini dengan tenangkan fikiran. Saya nak jaga anak ni
baik-baik. Maybe sambil tunggu anak saya lahir, saya akan cari kerja sampingan.
Mana tahu ada rezeki untuk saya.”
Izz membelokkan keretanya ke sebuah kedai. Kedai yang
menjual beraneka kuih.
“ Awak nak makan apa? Meh saya belanja.”
Zahra memerhati kedai itu dari jauh.
“ Ikut awaklah. Saya tak kisah. Asalkan kenyang.”
“ kalau begitu tunggu saya dalam kereta. Saya pergi beli.”
Zahra hanya memerhati Izz dari jauh. Terbit senyuman pada
bibirnya. Haih.. Makin lama aku tengok makin gembira pula hati aku ni. Parah
lah kalau macam ni. syuh!!
Sambil menunggu Izz membeli kuih. Zahra sempat membelek
sebuah buku kecil yang ada pada dashboard kereta Izz. Tanpa teragak-agak Zahra
mencapai buku tersebut dan membukanya.
“ Ini buku apa erk?”
Zahra menyelak-nyelak helaian buku itu. Tak ada apa-apa yang
menarik melainkan hal-hal kerja Izz. Tengah dia menyelak helaian muka surat
itu. Dia terbuka pada helaian tengah. Dan isi kandungan pada helaian tengah itu
menarik perhatian Zahra untuk membacanya.
‘Cinta itu datang tanpa dipinta. Cinta itu juga membuatkan
hati manusia terseksa. Kadang-kadang cinta itu hadir pada ketika kita tidak
menginginkannya. Namun, aku harus sedar yang dia bukan untukku. Aku hanya ingin
melindunginya daripada terus disakiti. Tapi mengapa setiap kali aku memandang
wajahnya, aku seakan tenang? Ya Allah. Adakah mimpi itu petunjuk untukku?’
Tok! Tok!
Zahra tersentak dan pantas menutup buku itu lalu meletakkan
semula ke tempat asalnya. Dia menoleh ke kiri. Ternyata Izz.
“ Kenapa?”
Zahra membuka pintu kereta dan keluar berhadapan dengan Izz.
“ Kuih karipap je yang ada. Yang lain dah habis la. Tak apa
ke?” Soal Izz ingin tahu.
“ Oh. Tak apa. Asalkan kenyang. Jom..”
Zahra kembali masuk ke dalam kereta. Tiba-tiba hatinya
berdebar tak tentu fasal. Ini semua gara-gara baca luahan hati Izz lah ni tadi.
Hampir je terkantoi. Haduhh!! Tapi siapa yang dia maksudkan ye? Mesti perempuan
tu teristimewa bagi dia. Dan mimpi?
“ Zahra? Are you okay?” Soal Izz apabila melihat Zahra
seperti ada yang tak kena.
“ Ha? Oh! Okey! I’m fine. Don’t worry.” Balas Zahra dengan
sengihan. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menoleh ke Izz semula.
“ Nah.. Semua ni untuk awak. Makan sampai habis.”
“ Oh. Okey. Terima kasih.”
“ sama-sama.”
Izz kembali menumpukan perhatian pada pemanduan. Manakala
Zahra masih tertanya-tanya siapa perempuan yang Izz ingin lindungi itu. Dan
tiba-tiba Zahra ingin tahu tentang mimpi yang Izz katakan tu. Ya Allah. Kenapa
dengan aku ni? apasal aku banyak songeh nak tahu sangat ni?
“ Zahra. Awak ada sesuatu nak tanya saya ke?” Tiba-tiba saja
Izz menyoal tanpa menoleh ke arah Zahra.
Zahra tersentak namun dia berjaya mengawal diri dengan
memberikan senyuman. Calm down Zahra!
“ Erk.. tapi awak tak kisah ke?”
“ Tanya je. Kenapa nak kisah pula?”
Zahra meramas jarinya perlahan. Aku nak tahu. Jadi aku
kenalah tanya.
“ Awak pernah bercinta ke?”
Izz tersenyum mendengar soalan Zahra. Tak sangka Zahra akan
bertanya begitu padanya. Sedangkan sebelum ni mana pernah perempuan tanya soal
itu pada dirinya melainkan familinya saja.
“ Urm.. awak rasa? Awak tengok muka ni macam pernah bercinta
ke?” Izz menuding jarinya ke arah muka sambil tersengih.
“ Erk.. Kenapa? Awak belum jumpa calon yang sesuai ke atau
macam mana?”
Terhambur keluhan kecil daripada mulut Izz.
“ Entahlah Zahra. Dulu banyak yang Umi kenalkan saya pada
perempuan ni untuk buat calon. Tapi satu pun belum ada yang berjaya menarik
perhatian saya. Malah hanya kerana sebuah mimpi saya jadi macam ni sampailah
saya jumpa awak.”
Zahra tersentak.
“ maksud awak?”
“ Eh? Tak ada apa-apalah. Saya mengarut je tadi. Abaikan.”
Pantas Izz menggeleng.
‘ Ya Allah. Aku hampir saja nak beritahu dia tadi. Waduh!
Jangan sampai rahsia aku terbocor sudah ma..’
Zahra memandang Izz dari sisi. Dia tahu ada sesuatu yang Izz
sedang sembunyikan daripada dia dan semua orang. Tapi boleh ke dia buatkan Izz
bercakap soal itu? Kenapa pula dengan kehadiran dia Izz jadi macam tu?
‘ Alahai! Banyak sungguh persoalan yang aku tak tahu
jawapannya pada masa ni.’
No comments :
Post a Comment