Assalamualaikum..
Wah! Tengok tajuk tu macam seronok semacam je. Cuba tengok gambar.. Happy je? Haha.. Yap! Memang aku dah terlebih happy ni. Teruja dia lain macam sikit. Well! Nama pun budak baru lepas SPM. Hihi..
Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi apa yang boleh aku cakap. Aku benar-benar rasa bebas. Beban yang aku rasakan selama ni dah pun terlepas selepas keluar dari dewan peperiksaan tepat 3.20 petang tadi. Fuh!!! Senyum je kerjanya bila keluar tu. Semua orang memang seronok lah jawabnya. Tak boleh nak sembunyi rasa gembira tu. Pengawas yg jaga kami pun happy je tengok. KihKihKih.. Siap ajak ambil gambar lagi.
But aku tak turut serta la. Malu.. Huhu.. Tapi tak best gak sebab tak dapat jumpa dah dengan
Anyway... Lepas ni nak ambil lesen motor plak. Fuh!! Ketinggalan lah aku ni kan?Well.. Kita tunggu SPM habis dulu baru pergi ambil lesen. Korang doakan saya erk? Hehe..
Akhir kata... Semoga aku akan dapat keputusan yg cemerlang lah nanti. Walaupun soalan bukan main payah. Ewah!
Pak Mail balik dari pekan,
Baru habis beli barang,
Aku keluar dari dewan peperiksaan,
Dengan penuh perasaan keterujaan.
Eh? Macam tak kena je pantun tu. Haha.. Wassalam..
No comments :
Post a Comment