“ Datang Sunway sekarang juga!”
Dahlia terkejut apabila tiba-tiba dapat panggilan pagi itu
dan dia disuruh pergi ke Sunway. Apa dah gila ke lelaki ni? Aku dah lah kena
balik KL hari ni.
“ Why? Sorry but I can’t. I must back to KL.” Jelas Dahlia.
Ini lah aku. Kalau marah atau terkejut sangat. Bahasa Mat Saleh akan terkeluar
daripada mulutku ini.
“ No! You must come here. I said now!”
Terus Dahlia mematikan telefon selepas mendapat jeritan
Haikal. Ish! Aku dah setuju untuk jadi heroin dia tu bersyukur jelah. Hish!
Dahlia mendail pula nombor Zahida.
“ Helo Zahida. Aku pulang lewat sikit. Aku harap kau dapat
bantu aku uruskan pejabat. Boleh kan?” Soal Dahlia dengan lemah. Kusut kepala
otaknya sekarang.
“ Dahlia.. Ada problem dekat sini. Kau kena balik cepat.”
Dahlia tersentak.
“ Masalah apa?” Dahlia mula rasa tak sedap hati.
“ Ada seorang lelaki datang office dan bertanyakan tentang
kau semalam. Bila aku kata tak ada. Dia berang. Sampai serang beberapa staff
dekat sini.”
Sekali lagi Dahlia tersentak. Kepalanya yang tersedia pening
itu bertambah pening.
“ Aku tahu siapa. Kau jangan risau. Petang nanti aku sampai.
Kalau dia datang lagi kau Cuma cakap aku suruh dia datang esok. Terima kasih
Zahida. Kalau kau tak ada aku pun tak tahulah.” Ucap Dahlia.
“ kita kan kawan. Okeylah. Bos besar dah masuk. Mujur dia
tak tanya tentang bos kecil dia tu.”
Dahlia tersenyum kecil. Siapa lagi kalau bukan aku.
“ Ok.”
Dahlia melihat jam di dinding. Kalau aku pergi Sunway
sekarang. Bila pula aku nak ke KL. Tak kira walau apa pun aku tetap kena balik
KL.
**
Haikal daripada tadi tak habis-habis mundar-mandir di hadapan
Sham iaitu pengarahnya. Takut Dahlia tak datang. Dah lima minit berlalu. Alah!
Baru lima minit. Tu pun dah bimbang semacam.
“ Haikal. Cuba kau bawa bertenang sikit. Aku tahulah kau
gelisah. Tapi calm down please.” Arah Sham.
Haikal hanya mengangguk. Matanya tak berganjak daripada
telefon bimbit yang dipegangnya tadi. Takut Dahlia telefon.
“ Maaf.” Suara lembut itu membuatkan Haikal mendongak. Senyumannya
terukir saat melihat wajah Dahlia.
“ Saya ingat awak takkan datang.” Ujar Haikal teruja.
“ Sorry. Tapi kejap je. Sebab nanti saya kena balik KL. Saya
ada hal.” Jelas Dahlia.
“ Erk.. Encik. Kejap je ye berlakon ni. Saya ada hal
mustahak di KL.” Ujar Dahlia pula pada Sham.
“ Ye. Memang kejap je. Dua scene je. Don’t worry.” Balas
Sham sambil tersenyum.
“ Dan..kalau boleh saya tak nak babak yang bersentuhan.
Tolong hormati saya.” Jujur Dahlia dengan tegas.
Haikal dan Sham saling berpandangan.
“ tapi kejap lagi ada satu babak saya kena pegang tangan
awak sekejap. Sebab saya nak luahkan sesuatu.” Jelas Haikal. Payah!
Dahlia tersenyum. Wajah Haikal di pandang. Ini yang aku tak
suka fasal berlakon. Kenapa mesti bersentuhan.
“ Boleh tapi awak kena pegang lengan saya bukan tangan.
Sebab lengan saya berlapik. Saya harap awak boleh hormati permintaan saya ni.
Kalau tidak saya tak mahu berlakon.” Sambil itu Dahlia mengugut.
Haikal pantas menggeleng. Wajah Sham di kerling. Apabila
Sham mengangguk, Haikal pun mengangguk.
“ Okey. Saya terima.” Balas Haikal. Dahlia terima dengan
senyuman.
“ Terima kasih.”
Sham kemudian menyerahkan skrip kepada Haikal. Tapi tak pula
kepada Dahlia.
“ Dahlia. Awak Cuma perlu mendiamkan diri. Awak Cuma perlu
mengangguk atau tidak je. Yang penting reaksi awak tu. Boleh kan? awak abaikan
je kamera man tu.” Pesan Haikal lembut.
Dahlia mengerling kamera yang besar tu. Boleh ke kalau aku
abaikan.
“ Percayakan saya.” Sambung Haikal memberi keyakinan kepada
Dahlia. Lantas Dahlia hanya mengangguk.
**
“ Awak… Maafkan saya. Saya tak bermaksud untuk buatkan hati
awak sakit. Tapi betul saya lakukan semua itu demi kebaikan awak.”
Dahlia terteguk air liur saat lakonan bermula. Haikal sudah
mulakan tugasannya. Dan sekarang mereka berdua saling berpandangan.
Entah mengapa, kata-kata Haikal bagaikan realiti. Dahlia
jadi terpegun.
“ Saya Cuma nak awak tahu yang saya sayangkan awak. Saya
cintakan awak.” Ucap Haikal dengan penuh perasaan.
Dahlia tergamam. Serius macam realiti. Kemudian lengan
Dahlia di gapai Haikal lembut.
“ Awak… Sudikah awak jadi sang ratu di hati saya? Maksud
saya jadi isteri saya?”
Soalan itu membuatkan Dahlia terkedu. Haikal?
Haikal memandang Dahlia dengan senyuman manis. Memang itulah
reaksi yang mereka nakkan. Tapi? Kenapa aku cakap ni macam bukan berlakon?
“ Hai..Haikal? sa..saya..” Tergagap Dahlia ingin menyebut.
Haikal tersenyum.
“ Awak setuju kan?” Soal Haikal penuh mengharap.
“ Erk! Awak…Sa..saya. ya saya terima.” Balas Dahlia turut
dengan senyuman. Walaupun ini Cuma lakonan tapi aku takkan sia-siakannya.
Lagipun aku tak pernah merasakan saat aku di lamar. Haha..
“ terima kasih awak.”
“ Cut!Cut!”
Pegangan Haikal dilepaskan. Dahlia kemudian tunduk memandang
lantai. Tiba-tiba dadanya berdebar semacam. Apa hal ni?
“ Good Dahlia. Saya suka sangat reaksi awak tu. And kau
Haikal. Good job!” Ucap Sham dengan gembiranya.
Dahlia yang mendengar hanya diam tidak berkutik. Harap-harap
selepas ni dah tak ada babak macam ni. Aku yang malu kot.
“ Erk.. Awak. Dah habis ke?” Soal Dahlia malu-malu. Ish! Apa
aku ni?
“ Erm..Dah. Itu yang last. Sebelum tu maaf sebab terpaksa
libatkan awak.” Ujar Haikal.
“ Tak apa.” Dahlia menghembus nafas lega. Hari ni aku
terpaksa berlakon dan ia mengambil masa 2 jam hanya dua babak. Ish! Penat kot!
Mujur dah habis.
“ Terima kasih dan saya kena pergi dulu.” Pinta Dahlia lalu
mencapai beg tangannya.
“ Kejap!” Halang Haikal.
Dahlia menoleh memandang Haikal dengan pelik. Kenapa?
“ Saya harap saya dapat jumpa awak lagi.” Ujar Haikal dengan
senyuman.
“ Saya tak jamin. Lagipun saya yakin lepas filem ini
ditayangkan awak akan jadi famous. Awak kan pelakon baru.” Selamba badak saja
Dahlia ucapkan semua itu. Dalam hati rasa bersalah pula.
Tapi lain pula reaksi Haikal. Dia tertawa. Cute sangat
Dahlia tadi.
“ InsyaAllah saya akan luangkan masa untuk awak. Dan..
Sayang awak. Pergi dulu!”
Seusai dia berkata, dia terus beredar ke arah Sham. Dahlia
yang mendengar terpegun. Aku tak bermimpi kan? Apakah?
~Bersambung~
No comments :
Post a Comment