Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday 31 December 2013

Sesuci Kasihmu 21

Finally.. Ada juga sambungannya.. Sory buat korang tunggu. Memandangkan saya masih belum bersedia nak bukukan kisah ini. Saya teruskan je dekat sini sampai Ending. :)









Omar memandang tuannya dengan penuh simpati. Dia tak tahu bagaimana nasib tuannya nanti. Tambah-tambah selepas berjumpa dengan anak buah yang dibencinya beberapa tahun yang lalu. Dia sendiri tak tahu apa yang sedang tuannya berfikir saat ini. Dia sangat terkejut di saat menyuruh hantar tuannya ke Malaysia. Tujuan? Mestilah nak berjumpa dengan anak buahnya itu.

Dulu dia sendiri berasa kasihan dan bersalah kerana terlibat sekali dalam hal ini. Dia bersubahat dengan tuannya demi memusnahkan orang yang bernama Izz Firas. Tapi, akhirnya Izz sendiri yang telah menyelamatkan tuannya itu daripada mati.

“ Omar! Kita terus pergi ke rumah Fairus ye. Aku nak jumpa dia.”

Arahan yang diberikan tuannya dipatuh dengan penuh hormat. Dah hampir 10 tahun dia bekerja dengan tuannya. Jadi dia terlalu kenal sangat sikap sebenar tuannya itu. Dari dalaman mahupun luarannya.

“ Tuan… Kenapa tuan nak jumpa mereka? Sedangkan tuan dah benci sangat dekat mereka. Tuan juga kata selepas tuan berjaya hapuskan Izz tu tuan sendiri akan keluar negara dan takkan jejak kaki ke sini lagi. Tapi sekarang?”

Terbit senyuman hambar pada orang yang bernama Fazli itu. Kata-kata Omar memang benar.

“ A..aku manusia biasa juga. Aku dah menyesal Omar. Aku rasa aku perlu minta maaf dan jelaskan perkara yang sebenar pada keluarga Izz tu. Aku tahu dia banyak terseksa sebelum ni. Aku juga nak ucapkan terima kasih. Kalau bukan dia, aku takkan hidup lagi. Walaupun hanya lumpuh namun itu tak pernah patahkan semangat aku untuk berjumpa dengan mereka lagi.”  Jelas Fazli dengan penuh perasaan sebak.

Omar yang mendengar tersenyum kecil. Baguslah kalau tuannya dah sedar.

“ Alhamdulilah. Baguslah kalau tuan dah sedar kesilapan tuan. Kesian juga dekat budak Izz tu. Dia tak bersalah pun.”

“ Aku tahu. Aku nak minta maaflah ni. Aku sanggup merayu-rayu asalkan dia memaafkan aku.”

Fazli memandang jauh ke luar tingkap kereta. Matanya berkaca-kaca saat teringat tuduhan yang dia lemparkan pada Izz beberapa tahun yang lalu. Yang pasti hati dia sakit bila mengingatkan soal itu. Kalaulah masa boleh diputarkan. Dia pasti takkan melakukan semua itu hanya untuk kepentingan diri sendiri.

**
Izz memandang sepi ke arah Zahirin yang tengah tidur itu. Baru saja terlelap si Zahirin tu selepas umi beri susu. Sebenarnya tak sampai 2 jam Izz berada dekat pejabat. Dia terus balik semula ke rumah Alif. Entahlah! Dia rasa tak tenang. Macam akan ada sesuatu yang berlaku kepada dia sebentar lagi. Tapi apa?

“ Izz?” Teguran Umi membuatkan dia terkejut.

“ Eh? Umi..”                                                                                                          

Izz mendongak ke arah Umi dengan senyuman hambar. Nampak sangat senyuman dia yang hambar itu. Sebab tak macam selalu. Umi yang melihat rasa hairan. Izz nampak macam sedang dilanda masalah.

“ Kamu ada masalah ke ni? Cuba cerita dekat Umi.” Suruh Umi lalu duduk di sisi Izz. Perlahan-lahan Umi mengusap kepala Izz yang macam berserabut itu.

Izz hanya mendiamkan dirinya. Tak mungkin dia nak beritahu umi fasal abang ipar umi itu. Pasti Umi akan mengamuk dan ingat balik soal kejadian itu. Dia takut kalau Umi dapat tahu perkara yang sebenar disebalik tuduhan itu.

“ Tak ada apa-apa lah Umi. Izz penat sikit.” Bohong Izz lalu menoleh ke arah pintu.

Umi terdiam. Dia turut dapat rasakan yang Izz seperti merahsiakan sesuatu daripadanya.

Izz hanya mendiamkan diri. Dia tak tahu nak cakap macam mana pada Umi. Dia rasa dia patut rahsiakan hal ini sampai bila-bila. Dia tahu kalau dia cakap balik soal itu pasti Umi takkan percaya. Pasti dia akan dituduh sekali lagi. Dia tak sanggup. Cukuplah dulu Umi menangis kerana dia. Mujurlah ayah dia sendiri masih percayakan dia Cuma ayah dia tak nak tunjuk. Lagipun ayah dia tahu pasti pakciknya itu ada muslihat tersendiri. Jadi ayah dia terpaksa berpura-pura marah terhadap Izz.

Kring! Kring! Kring!

Telefon rumah yang berbunyi itu mengejutkan Izz daripada lamunan panjangnya. Umi yang berada di sebelahnya pantas bangun dan menjawab panggilan tersebut. Alif dan Farah dah lama beredar ke pasar. Nak cari barang katanya. Zahra tengah tidur sebab penat. Hanya Izz dan Umi yang jaga rumah mereka kini.

“ Helo.”

Izz terus berbaring di atas sofa dengan perasaan yang berkecamuk. Biarlah umi yang bercakap dengan tuan yang menelefon itu.

“ Ya.. Baik. Nanti Umi beritahu dia.”

Umi meletakkan gagang telefon selepas bercakap. Ingatkan siapala tadi. Rupanya Alif.

“ Izz.. Alif suruh kamu pergi ke pekan. Katanya ada kawan nak jumpa kamu.” Maklum Umi lembut.

Izz yang sedap berbaring itu terus bangun duduk. Kawan? Siapa pula kawan aku ni. setahu aku kawan yang aku ada Daus dan Alif je pun.

“ Itu je ke yang dia cakap Umi?” Soal Izz pinta kepastian.

“ Haah. Pergilah. Dia tengah tunggu kamu dekat sana. Biar Umi yang jaga rumah dan orang dalam rumah ni. Kamu jangan risau.”  

Izz tidak membalas kata-katanya uminya malah naik ke tingkat satu. Dia rasa dia nak jumpa Zahra sebelum dia keluar. Entah kenapa dia rasakan Zahra mampu memberikan dia semangat.

Umi yang melihat Izz hanya membiarkan. Dia tahu Izz sedang mengalami masalah. Dia tak patut bebankan Izz lagi.

Izz menghampiri pintu bilik Zahra dengan perasaan yang berdebar-debar. Hatinya jadi ragu-ragu. Nak ketuk atau tak pintu bilik Zahra. Kalau ketuk takut mengganggu. Kalau tak ketuk aku pula yang merana. Eceh!

Tok! Tok! Tok!

Akhirnya dengan kudrat yang ada, Izz mengetuk juga pintu bilik Zahra. Berharap Zahra akan membuka pintu biliknya. Dan penantiannya selama 1 minit berjaya. Terpampang wajah Zahra yang tersenyum ke arahnya saat membuka pintu. Wajah Zahra yang manis bertudung itu ditatapnya sebelum tersenyum.

“ Eh? Awak. Ada apa ni?” Zahra rasa terkejut. Ingatkan Umi yang ketuk pintu biliknya. Rupanya Izz sendiri.

“ Tak ada apa-apa. Saya Cuma nak tengok wajah awak. Boleh kan?” Soal Izz dengan bersahaja.

Zahra tunduk. Rasa malu menyelinap dalam hati. Malu apabila dipandang dengan begitu dekat.

“ Saya juga nak pinjam kekuatan awak. Boleh kan?” Sekali lagi Izz menyoal. Bila tengok je Zahra. Automatik senyumannya bakal terukir. Tanpa sempat ditahan.

Zahra mendongak. Kekuatan? Adakah dia sedang dilanda masalah?

“ Awak okey ke? Awak ada masalah?” Giliran Zahra pula untuk menyoal.

“ Tak. Saya okey. Baiklah.. Saya rasa kekuatan saya dah cukup. Saya kena pergi dulu. Saya harap esok kita akan berjumpa lagi. See you tomorrow dear….”

Izz pantas turun selepas berjaya mengenyitkan matanya ke arah Zahra. Sengaja dia buat Zahra tak tentu arah. Zahra pula terpegun. Tiba-tiba je Izz buat macam tu. Tapi akhirnya dia tersenyum. Ada-ada je Izz ni.

Apabila Izz turun je ke kaki tangga terakhir. Hatinya tiba-tiba rasa tak sedap hati. Hilang terus semangatnya yang tinggi sebentar tadi.

‘ Kenapa ni? siapa yang bakal aku jumpa sekejap lagi?’

Tapi Izz terus abaikan perasaan itu. Dia tahu, mahu tak mahu dia kena juga hadapi perkara ini. Tak apa. Allah ada.

**
Prang!!!

Bunyi gelas yang pecah itu mengejutkan Eslina daripada tidur. Bunyi itu sangat hampir dengannya. Apabila dia membuka mata, dia terkejut melihat Syazwan yang sedang terkulai layu di lantai.

“ Ya Allah abang!”

Eslina pantas meluru ke arah Syazwan dengan penuh perasaan cemas. Syazwan sudah pengsan dan tak sedarkan diri.

‘ Apa patut aku buat ni?”

Syazwan yang sedang terlantar itu dipandangnya dengan penuh perasaan hiba. Hatinya terasa sebak. Bermacam-macam perasaan yang dia rasakan sekarang. Yang dia tahu dia nak Syazwan sembuh. Itu je. selepas Syazwan pengsan tadi. Mujurlah kawan Syazwan datang dan bantu mereka berdua ke hospital.

Eslina terduduk pada kerusi yang disediakan. Air matanya yang ditahan tadi akhirnya mengalir. Dia dah tak kuat untuk terus berlagak tabah. Sedangkan hatinya merintih saat mengingatkan kesakitan yang sedang dialami Syazwan. Makin teruk.

‘ Ya Allah. Sembuhkanlah suami aku. Berilah dia peluang untuk hidup. Berilah dia peluang untuk menebus dosa-dosanya yang lalu. Aku nak dia kenal Kamu Ya Allah.’

Tiba-tiba bahunya disentuh lembut. Cepat-cepat Eslina mengesat air matanya. Saat dia menoleh, dia hanya mampu tersenyum pahit.

“ Jangan risau. Dia pasti takkan ada apa-apa. percayalah..” Lembut Hairul menasihati Eslina. Hairul yang merupakan sahabat Syazwan hanya mampu memberikan nasihat. Dia sendiri tak menyangka yang Syazwan menderita sakit macam ni. Dia sama sekali tak sangka.

“ Tapi penyakitnya dah sampai tahap bahaya Rul. Aku takut kalau dia tak sempat nak minta maaf dekat akak Zahra. Aku harap sangat dia dapat buang kebenciannya pada akak Zahra. Aku rasa menyesal dan ingin meminta maaf pada akak Zahra. Tapi akak Zahra benci sangat dengan kami. Apa patut aku buat Rul?”

Merah mata Eslina saat melihat Hairul. Terhambur keluhan kecil dari mulut Hairul. Dia duduk di sisi Eslina dengan senyuman kecil. matanya terarah pula pada Syazwan yang masih tidak sedarkan diri itu.

“ Aku percaya dia akan menyesal Es. Aku kenal dia. Walaupun luaran dia nampak macam tu. Tapi hati dia baik Es. Aku dah kenal sangat dengan dia. Cuma aku kesal sebab aku tak bawa dia ke Kuantan 5 tahun lalu. Kalau tak semuanya takkan jadi macam ni. aku datang tadi pun sebab nak beritahu dia yang mak kandung dia dah meninggal.”

Eslina yang mendengar perkhabaran itu terkejut besar. Sekali lagi air matanya mengalir laju.

“ Mak? Tapi dia kata dia anak yatim piatu.” Eslina rasa dia dah tak mampu nak terima lagi kejutan besar daripada sesiapa pun.

Hairul tunduk memandang lantai. Dia menggelengkan kepalanya perlahan. Tak sangka sampai macam tu sekali Syazwan.

“ Sebenarnya Es. Lima tahun yang lalu, mak kandung dia halau dia dari rumah. Kebetulan juga masa tu aku dapat sambung belajar dekat Kuantan. Jadi aku tak dapat bantu dia. Aku hanya dapat tenteramkan hati dia supaya bersabar. Tapi tak sangka pula yang dia dah berubah seratus peratus.”

Dengan tenang Hairul menceritakan perkara yang sebenar pada Eslina. Eslina isteri Syazwan. Jadi Eslina patut tahu semua itu. Syazwan tu kan suaminya?

“ Mak dia halau? Kenapa?” Eslina masih belum dapat cerna semuanya.

“ Sebab mak dia nampak Syazwan keluar berfoya-foya pada waktu malam. Aku dah lama tahu Cuma aku tak sangka mak dia juga dapat tahu. Puas aku nasihatkan dia. Tapi dia tak nak dengar. Akhirnya inilah jadinya.”

Eslina terkedu. Tak berkelip matanya melihat Hairul yang kelihatan sedih itu.

“ Dan.. tak sangka pula sebelum dia kahwin dengan kau. Dia dah kahwin dengan orang yang bernama Zahra. Tapi kenapa sampai bercerai? Aku tak faham Es.”

Terus Hairul memandang tajam ke arah Eslina. Eslina yang melihat terteguk air liur. Takkan dia nak beritahu ini salah dia. Semuanya berpunca daripada dia. Ya Allah. Apa patut aku buat sekarang ni? semuanya bakal terbongkar juga.

“ Kau percaya tak kalau aku cakap semuanya berpunca dari aku dan Syazwan sendiri?” Dengan takut-takut Eslina menyoal Hairul.

Hairul masih memandang tajam ke arah Eslina. Sengaja buat Eslina serba salah. Sedangkan dia dah tahu hal ini lebih awal lagi. Mana dia tahu? Mestilah upah penyiasat. Kalau tidak sampai saat ini dia mesti takkan tahu Syazwan duduk dan tinggal dengan siapa.

“ Explain please?”

Eslina mengetap bibir kuat. Sedaya upaya dia menahan diri daripada menitiskan air mata.

“ Ya. Semuanya kerana aku. Aku yang menghancurkan rumah tangga diorang. Tapi sebelum Syazwan kenal dan rapat dengan aku. Dia ada kata dia dah muak dengan akak Zahra. Dia kata akak Zahra dah tak berguna pada dia. Dia juga ada kata yang akak Zahra sekarang ni berlagak alim.”

Hairul tersentak. Takkan lah dia tak suka kalau Zahra tu dah berubah? Lagipun itu kan ciri-ciri idaman lelaki yang ingin mencari isteri? Aku tak fahamlah dengan kau Syazwan.

“ Apa yang kau dah buat sampai mereka berpisah?” Soal Hairul lagi.

“ Aku dan Syazwan ditangkap khalwat. Dan pada masa tu jugalah dia ceraikan akak Zahra tanpa rasa belas kasihan. Tapi buat masa ini mereka masih lagi suami isteri.”

Air mata Eslina mengalir juga akhirnya. Dia sendiri tak kuat saat ceritakan semua tu.

“ Macam mana pula tu?” jelas kerutan pada dahi Hairul.

“ Akak Zahra sedang mengandungkan anak Syazwan. Tapi Syazwan tak mengaku anak tu anak dia.”

Terdengar Hairul beristighfar. Dadanya diurut perlahan.

‘ Ya Allah Syazwan! Kenapa kau kejam sangat?’

“ Maafkan aku. Kalau bukan kerana aku. Semuanya takkan jadi macam ni.”

Kedengaran tangisan daripada mulut Eslina. Dia menangis semahu-mahunya selepas menceritakan perkara yang sebenar pada Hairul. Hairul hanya mendiamkan diri. Dia sendiri tak dapat berfikir saat ini. apa yang perlu buat agar Syazwan terima anak kandungnya itu? Dan apa yang patut dia lakukan agar dia dapat jumpa dengan insan yang bernama Zahra itu.

“ Dahlah. Tak guna kau salahkan diri kau. Semuanya dah berlalu pun. Mungkin Zahra pun dah bahagia sekarang ni.” Tenang Hairul berkata. Dia tak mahu Eslina terus-terus menyalahkan dirinya.

“ Sekarang.. apa yang perlu kita fikirkan adalah fasal Syazwan. Dengar kata dia dah tenat sekarang ni.” Sambung Hairul lagi.

“ Doktor yang kata. Tapi doktor sendiri tak dapat jangka sampai bila Syazwan bakal bertahan. Lagipun ajal dan maut semuanya di tangan Allah.” Jelas Eslina sambil mengesat air matanya daripada terus mengalir.

Hairul bangun dan mendekati Syazwan yang sedang terlantar itu. Dia dekatkan mulut pada telinga Syazwan. Dia berharap Syazwan dapat dengar kata-katanya itu.

“ Wan.. Aku tahu kau kuat. Aku Hairul. Aku datang sebab nak bantu kau. Kau harus kuatkan semangat Wan. Aku janji aku akan setia temani kau selepas ni.”

Dan tanpa mereka sedari, jari kiri Syazwan tergerak sedikit. Walaupun Syazwan tak sedar. Tapi dia dapat dengar segala-galanya daripada mulut Hairul dan Eslina itu.

**
‘Perempuan yang saya maksudkan tu adalah ZAHRA UMAIRAH. Saya tak tahu lah awak kenal ataupun  tak. Yang saya tahu saya rasa dah terpikat dekat nama perempuan tu. Tapi saya sedar saya masih belum berhak ke atasnya.’

Tiba-tiba sahaja Zahra teringat isi kandungan surat yang pernah diberi Izz 3 bulan yang lalu. Malah dia masih simpan surat itu kemas dalam laci almarinya itu. Dia sendiri tak pernah membuang surat itu. Namun, dia sendiri akur yang dia masih belum layak mencintai seorang insan yang bernama lelaki. Lagipun dia masih isteri Syazwan yang sah.

Zahra mendegus geram. Sebut saja fasal Syazwan. Hatinya membara. Tambah-tambah panggilan telefon yang dia dapat pada pagi tadi. Entah kenapa Eslina menelefonnya. Nak cari nahas ke nak buat dia sakit hati?

Ah! Bagi Zahra. Itu semua dah tak penting. Yang penting sekarang ini. dia dapat lahirkan anaknya dengan selamat. Itu yang dia harapkan sekarang. Apa nak jadi-jadi lah. Anaknya yang harus diutamakan sekarang.

Zahra kembali masuk ke dalam bilik setelah berada lama di balkoni luar bilik. Dia berasa sejuk tiba-tiba. Memandangkan kandungannya hampir mencecah 6 bulan. Dia perlu lebih berhati-hati. Lagipun dia keseorangan. Tiada sesiapa yang bakal menjaganya sebagai seorang suami. Alif? Takkan asyik nak harapkan dia je? Dia perlu jaga Farah. Farah isterinya. Izz? Buat apa? lainlah Izz tu halal bagi dia.

Zahra tersedar. Yang halal? Terbit senyuman kecil pada bibir Zahra. Macam mana pula yang boleh terfikir sampai ke situ pula ni. ni mesti Izz tak habis-habis nak tarik perhatian dia. Izz..Izz..

Tok! Tok! Tok!

Pintu biliknya diketuk beberapa kali. Zahra mempercepatkan langkahnya ke arah pintu. Sebaik sahaja dia membuka pintu. Dia dapat lihat wajah Umi yang sedang tersenyum itu.

“ Ada apa Umi?” Soal Zahra lembut.

“ Ada orang telefon. Katanya nak cakap dengan kamu. Pergilah turun.” Maklum Umi.

Zahra hanya mengangguk. Dia turun sambil dipimpin Umi. Begitu susah dia nak berjalan dengan pantas buat masa ini. yalah. Dah nama pun orang mengandung kan? jadi semuanya jadi seperti tersekat.

“ Helo.”

Zahra menjawab panggilan telefon dengan hati yang tenang. Umi sudah berlalu ke dapur. Katanya nak masak sikit untuk Zahra.

“ helo. Adakah saya sedang bercakap dengan Puan Zahra?”

Zahra tersentak. Lelaki? Siapa pula ni?

“ ya saya. Boleh saya tahu saya sedang bercakap dengan siapa?”

“ Maaf kerana saya tak sempat nak perkenalkan diri saya. Saya Hairul. Kawan baik Syazwan.”

Hampir terlepas telefon daripada genggamannya itu. Lagi-lagi Syazwan. Lagi-lagi Syazwan. Apa dah tak ada nama lain ke yang dia boleh dengar?

“ Tolonglah! Saya dah tak ada apa-apa lagi hubungan dengannya. Saya juga dah tak mahu berhubungan atau ambil tahu sebarang urusan dengan dia. Pleaselah.” Rayuan Zahra membuatkan Hairul jatuh simpati.

“ Bukan. Saya bukan nak susahkan Puan Zahra. Cuma saya rasa awak perlu tahu hal ini.”

Zahra terdiam. Bunyi macam penting sangat.

“ Apa?”

“ Syazwan tengah tenat sekarang. Saya harap awak dapat datang ke hospital.”

“ What?!”

Zahra meraup mukanya perlahan. Sakit tenat? Apa ni?

“ Maksud awak? saya tak faham.” Suara Zahra kembali kendur.

“ Awak akan tahu jika awak datang ke hospital. Awak akan tahu segala-galanya saat awak jumpa dengan dia.”

Zahra terdiam. Sakit? Syazwan sakit? Sakit apa? Argh!

Happy New Year 2014

Assalamualaikum






Alhamdulilah. Tahun baru datang lagi. Tahun 2014. Di mana tahun yang bakal mencipta lagi pelbagai kenangan pahit mahupun manis. Aku pun dah makin besar. Bukan makin kecik. Esok aku dah masuk umur 18 tahun bukan pada dasar yg sebenar. 

Aku cuma berharap tahun 2014 adalah tahun yang bakal mencipta kejyaan buat aku. Moga aku akan dapat keputusan yg cemerlang dalm SPM. Ameen....

Aku juga doakan korang agar dapat apa2 impian yg belum dilaksanakan pada tahuun 2013 akan terlaksana pada tahun 2014. Kita sama-sama berdoalah ye.. ^___^

Akhir kata... Tutup buku lama buka buku baru..

Wassalam..

Sunday 29 December 2013

E-novel Sesuci Kasihmu dijadikan buku?

Assalamualaikum...



Saya nak tanya sikit. Bagi peminat E-novel Sesuci Kasihmu. Adakah boleh ataupun sesuai tak kalau saya bukukan je enovel ni? Dulu memng saya teringin nak bukukan satu enovel. Tapi masih banyak kekurangan pada diri saya. Penulisan saya masih belum cukup mantap lagi seperti penulis2 lain. Saya juga berterima kasih kepada yg sudi menyokong sya dari awal sampai akhir.

Jadi.. Saya nk minta pendapat korang. Boleh ke saya bukukan enovel ni atau saya patut hentikan je hasrat saya. Sebab saya belum cukup bagus. Saya terima apa saja komen korang. Ia untuk kebaikan diri saya. Saya juga masih perlu fikir masak2 dalam hal ini. Banyak lagi yang perlu saya pelajari.

Saya harap korang boleh tolong saya. Patut atau tak saya teruskan niat saya utk bukukan enovel ni atau pun sambung je dekat sini sampai ending.. Harap dapat balasan dari korang. terima kasih. :)

Wednesday 25 December 2013

Sesuci Kasihmu 20

okey.. Sampai juga bab 20. Bab kemuncak. Atau lebih senang bab yang penuh dengan misteri yang akan terbongkar. Hehe.. dan kali ni sengaja saya buat panjang sikit. Hope enjoy ketika membaca. :)





“ Izz Firas…”


Izz menoleh ke belakang. Terkejut apabila melihat perempuan yang menegurnya itu.


“ Kenapa awak muncul kembali? Awak nak berikan saya jawapan ke? Adakah awak ni Zahra?”


Izz cuba mendekati perempuan itu. Tapi malangnya, perempuan itu makin menjauh daripada Izz. Izz jadi hampa.


“ Saya Cuma nak beritahu awak. Kebahagiaan awak akan datang nanti. Awak Cuma perlu bersabar.”


Izz langsung tak faham apa yang sedang perempuan itu katakan. Dia melihat wajah itu dengan penuh tanda tanya. Setiap kali perempuan itu muncul dalam mimpinya. Dia asyik teringatkan Zahra. Wajah mereka memang sama. Adakah mereka orang yang sama?


“ Tolong beritahu saya. Adakah awak Zahra?” Izz menyoal pula.


Tapi perempuan itu hanya tersenyum. Tiba-tiba juga dia menghilangkan diri di depan Izz. Izz terkejut.


“ Awak! jangan pergi lagi!”


“ Awak!!”


Izz tersedar apabila mimpinya itu tiba-tiba hilang begitu sahaja. Perlahan wajahnya diraup. Habis berpeluh dibuatnya.


‘ Kenapa perempuan tu muncul balik dalam mimpi aku? Dah hampir 3 bulan dia tak muncul. Ya Allah. Jangan buat aku tertanya-tanya macam ni. Aku perlukan jawapan.’


“ Wuarghh!”


Tangisan bayi itu mengejutkan Izz. Pantas dia mendukung Zahirin yang berada di sisinya. Agaknya Zahirin terkejut.


“ Maafkan ayah ya sayang. Ayah kejutkan kamu ye?”


Izz menepuk perlahan belakang Zahirin. Sambil itu dia membancuh susu untuk Zahirin. Mujur Zahirin tak banyak ragamnya.


Tok! Tok!


Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Terlupa pula yang umi masih belum balik ke Ipoh. Katanya nak stay sini sampai Zahra betul-betul sembuh.


Tanpa berlengah, Izz melangkah ke pintu bersama dengan Zahirin. Selepas membuka pintu, wajah Umi terpampang di depannya.


“ Izz kenapa? Umi dengar kamu menjerit tadi. Cucu umi ni okey tak?” Cemas umi menyoal.


“ Tak ada apa-apa lah Umi. Izz mimpi je tadi. Zahirin ni lapar agaknya. Izz baru siap buatkan susu untuk dia.” Maklum Izz dengan senyuman kecil.


“ Kalau macam tu biar Zahirin tidur dengan umi malam ni. bak sini botol susu tu. kamu rehatlah. Semalam kamu tak rehat langsung demi jaga Zahra. Tidurlah..” Pesan Umi lantas mengambil Zahirin daripada dukungan Izz. Izz hanya membiarkan.


“ Yelah umi. Izz masuk tidur dulu.”


Izz kembali menutup pintu apabila umi masuk ke dalam bilik. Izz sekali lagi meraup wajahnya dengan seribu persoalan yang masih belum terjawab. Argh! Kenapa semua ini harus terjadi pada aku?


**

Keesokan harinya, Izz membawa umi dan anaknya ke rumah Farah. Umi beria-ria nak melawat Zahra terlebih dahulu sebelum pulang ke Ipoh semula. Mahu tak mahu Izz hantar je lah. Lagipun dia juga tak dapat berada lama-lama dekat rumah Farah. Ada banyak kerja yang sedang menanti.


“ Kalau Izz sibuk. Izz pergilah. Biar petang nanti Umi suruh Alif hantarkan Umi balik Ipoh. Alif pun okey je.” Suara Umi apabila sampai saja di depan rumah Farah.


Izz tersenyum kecil.


“ Kejap je Umi. Nanti Izz pergilah kerja. Jom kita masuk.”


Zahirin yang berada dalam dukungannya ditepuk-tepuk. Daripada tadi Zahirin asyik meragam je. nak kata bagi susu dah. Nak kata buang air besar pun dah. Apa yang tak kena pun tak tahulah.


“ Assalamualaikum!” Laung Umi.


“ Waalaikumussalam.. Eh? Umi. Masuklah.” Alif tersenyum lebar saat ternampak umi dan Izz di hadapan rumahnya.


“ Zahra macam mana?” Terus Umi menyoal tentang Zahra. 


“ Zahra ada dalam bilik dengan Farah. Umi dan Izz masuklah dulu.”


Saat Umi sudah masuk dan berada di tingkat satu. Alif pula memanggil Izz duduk di sofa.


“ Bukan kau kerja ke?”


“ Haah. Tapi aku pergi lewat sikit. Ni.. akak Zahra kau macam mana? Okey tak?”


“ Okey. Sihat je. Tak macam semalam dah.”


Izz menghembus nafas lega. Baguslah kalau begitu. Kalau macam ni dia akan berasa tenang semasa buat kerja. Taklah risau sangat kan?


“ Izz..” Alif berniat ingin menyuarakan pendapatnya pada Izz. Lagipun ia demi kebaikan Izz sendiri.


“ Apa?”


Tangisan Zahirin membantutkan hasrat Alif untuk menyoal lebih lanjut. Ragam je kerjanya.


“ Sorry weh! Anak aku ni asyik meragam je kerjanya. Tak tahu pula kenapa. Aku naik atas beri dekat umi dululah. Kejap lagi aku turun.”


“ Yelah!”


Izz pun naik ke bilik Zahra. Di mana mereka bertiga berada dalam bilik tersebut.


“ Umi! Izz masuk ye?”


Pintu bilik Zahra yang sedikit terkuak itu ditolaknya perlahan. Melihatkan Zahra sedang tersenyum ke arah Umi membuatkan dia turut tersenyum.


“ Ha! Kenapa ni abang Izz?” Soalan Farah menyedarkan Izz daripada berhenti melihat Zahra.


“ Ni Zahirin ni. Meragam je kerjanya. Tak tahu nak apa lagi. Umi tolong Izz?”


Umi bangun dan mengambil Zahirin yang berada dalam dukungan Izz. Umi berusaha membuatkan Zahirin kembali senyap. Namun, semuanya hampa.


Izz tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Zahirin. Kenapa dengan anak ayah ni?


“ Umi… biar Zahra tolong?” Tiba-tiba Zahra bersuara. Dia rasa dia boleh menenteramkan  Zahirin semula.


Tanpa berlengah, Umi pun menyerahkan Zahirin pada Zahra pula. Mana tahu Zahra berjaya.


“ Sayang.. syuhh! Makcik Zahra ada dekat sini. Senyap ye..” Lembut Zahra memujuk Zahirin.


Umi, Farah dan Izz yang melihat tergamam. tak sangka pujukan Zahra berjaya menghentikan tangisan Zahirin. Manakala Izz pula jadi bukan setakat tergamam malah terpana sebentar. Memang Zahra ada ciri-ciri seorang ibu yang baik.


“ Alhamdulilah. Senyap juga Zahirin.” Ujar Umi lega.


Zahra kembali menyerahkan Zahirin pada Umi. Rasanya dia dah lebih bersedia untuk anaknya yang bakal lahir nanti. Tak sabar nak tunggu saat itu.


“ Izz? Bukan kamu perlu ke kerja ke?”


Izz tersengih. Jam tangan diteleknya sebelum mendongak melihat semula ke arah Umi.


“ Haah. Izz dah lewat sepuluh minit. Tapi tak apa.”


“ Ish! Mana boleh macam tu. dah pergi. Petang nanti kalau kamu masih sibuk. Umi minta Alif je lah yang tolong hantarkan.”


“ Eh! Tak sibuk pun umi. Biar Izz ye yang hantar. Okeylah! Izz pergi dulu.”


Izz mendekati uminya. Zahirin dicuit dan dikucup dahinya sebelum keluar daripada situ dengan senyuman gembira.


“ Hati-hati!” Sempat lagi umi melaung.


“ ye!”


Sedari tadi, Zahra tak lekang daripada senyumannya. Entah apa yang menarik pada Izz pun dia sendiri tak tahu. Tapi tak kisahlah. Yang penting dia rasa bahagia saat ini. ramai yang menyokongnya untuk teruskan hidup dengan penuh kesyukuran.


“ Izz!”


Alif bangun daripada duduk apabila Izz tergesa-gesa turun daripada tangga.


“ Sorrylah Alif. Aku dah lewat sangat nak ke tempat kerja ni. kita sambung petang nanti lah ye?” Izz dah menyarungkan kasutnya. Dahlah semalam aku tak pergi kerja. kalau hari ni tak pergi juga. Memang kena bising dengan Daus tu.


“ Tapi satu je aku nak tanya. Aku harap kau jawab dengan jujur.” Alif menyoal dengan wajah yang serius. Izz pula hanya mengangguk. Macam penting je.


“ Adakah kau masih ingat akan orang yang telah menuduh kau beberapa tahun yang lalu?”


Ternyata soalan Alif berjaya membuatkan Izz terkedu. Wajah Alif dicarinya untuk mengetahui maksud disebalik pertanyaan Alif itu.


Alif mengeluh perlahan. Bahu Izz ditepuknya perlahan sebelum dia membisikkan sesuatu pada telinga Izz. Yang pasti akan membuatkan Izz kembali teringat peristiwa itu.


“ Maafkan aku sebab tanya. Masalahnya dia telah berada di Malaysia saat ini.” Bisikan Alif berjaya melemahkan semangat Izz yang tinggi tadi.


Hampir saja Izz jatuh terduduk. Mujurlah dia sempat berpaut pada pintu. Wajahnya juga jadi tegang tiba-tiba. Mahu saja dia menjerit dekat situ. Tapi takut menganggu orang yang berada dalam rumah terutama Umi. Dia tak mahu Umi tahu masalahnya sebelum ni. dia berusaha menyembunyikan hal ini daripada pengetahuan familinya. Hanya Alif seorang saja yang tahu. Namun, pada saat-saat akhir, arwah ayahnya juga tahu. Dan pada masa itu, hanya arwah ayahnya dan Alif saja faham perasaan dia.


“ Aku dah tak mahu ungkit soal itu. Harap kau faham.”


Terus saja Izz berlalu ke kereta meninggalkan Alif. Alif hanya mampu melihat dengan perasaan sedih. Dia tahu penderitaan Izz pada masa dulu. Dan sesungguhnya peristiwa itulah yang membuatkan Izz tak makan, tak bercakap dan tak bertegur sapa dengan sesiapa pun dalam masa sebulan. Dia tahu apa perasaan Izz masa itu.


‘ Maafkan aku Izz sebab tak dapat tolong kau.’


**

Penat. Ya. Itulah apa yang Syazwan rasakan sekarang. Dia sangat penat dengan apa yang berlaku di sekeliling pada masa ini. Dia juga rasa kesal tiba-tiba. Tapi itu belum cukup untuk membuatkan dia meminta maaf pada Zahra. Malah dia bertambah benci.


Eslina yang berada di belakang Syazwan ketika itu berusaha menahan air matanya daripada mengalir. Dia tak sanggup tengok Syazwan dalam keadaan sebegitu. Macam orang yang sudah tidak ada harapan. Dia sendiri tak menyangka Syazwan akan jadi begini pada akhirnya. Mungkin ini balasan untuk Syazwan di atas dosa-dosanya terdahulu.


Eslina menghampiri Syazwan yang tengah memicit kepalanya itu. Perlahan-lahan juga dia melentokkan kepala pada bahu Syazwan.


“ Abang… Boleh Es minta sesuatu?” Soal Eslina sambil memandang ke hadapan.


“ Hurmmm..”


“ Kita pergi bercuti? Dah lama kita tak keluar sama-sama.” Eslina menyuarakan hasratnya dengan senyuman kecil.


Syazwan terdiam. Dia merenung Eslina yang kelihatan tenang itu. Terhambur juga keluhan kecil dari mulutnya.


“ Es! Es tahukan keadaan abang macam mana? Abang ni lemah Es! Lemah! Abang dah tak boleh nak keluar ke merata-rata tempat. Kalau abang pengsan lagi. Siapa yang susah? Es juga!”


Eslina terus berdiri tegak dan berhadapan dengan Syazwan. Tajam dia merenung suaminya itu.


“ Abang! Baru sikit abang dah mengalah? Apa ni bang? Abang sepatutnya lebih kuat. Sakit bukan alasannya bang! Tolonglah bang.. Es tahu abang sakit dan Es juga tahu kita kena terima hakikat ni. Tapi tak ada gunanya juga kalau abang hanya duduk dan tidak buat apa-apa. itu lagi lemah abang!” Eslina menjawab semula dengan tegas.


Syazwan terduduk pada sofa. Kepalanya diraup kasar.


“ Es..Es tahu kan abang sakit apa? hurmm..”


Eslina duduk di sisi Syazwan dengan anggukan kecil. dia turut dapat rasakan penderitaan Syazwan ketika ini.


“ Jadi kenapa? Kenapa Es tak tinggalkan abang je? abang ni dah tak berguna Es.”


Eslina pantas menggeleng. Tangan Syazwan digenggamnya kuat.


“ tak! Kalau sekali Es cintakan abang. Selama-lamanya Es akan cintakan abang. That enough for me!” tegas Eslina lagi.


Terbit senyuman hambar pada bibir Syazwan. Ditariknya Eslina ke dalam pelukannya. Dia rasa bersyukur kerana Eslina masih sudi berada  disisinya.


“ Terima kasih sayang. Abang hargai jasa baik sayang tu.”


Eslina mengeratkan lagi pelukannya. Dia hanya mengangguk.


‘ Es tahu abang kuat.’


**

Kertas-kertas kerja yang berada di atas mejanya itu direnung tanpa perasaan. Segala mood kerjanya hilang begitu sahaja. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Alif sebentar tadi. Terus saja dia menolak kertas-kertas kerja itu ke tepi dengan kasarnya. Mukanya diraup lembut bagi menghilangkan resah dalam hati.


‘ Ya Allah. Kenapa dia mesti datang semula ke sini? Selepas dia berjaya membuatkan aku merana begitu? Dengan membuatkan semua family aku percayakan cakap-cakap dia? Kenapa?’


Tok! Tok!


Ketukan pintu mengejutkan Izz yang sememangnya runsing itu. Pantas dia melaung perkataan ‘Masuk’ pada tetamu.


Terjengul kepala Daus pada muka pintu. Tersengih dia tengok Izz ketika itu.


“ bro! lama kau cuti?” Daus menapak masuk dan duduk di depan Izz dengan jongketan di kening.


“ Hurmm.. Sorry sebab susahkan kau. Aku ada masalah sikit.”


Daus jadi pelik. Kenapa Izz nampak berserabut sangat pada pagi itu.


“ Bro! kau okey ke ni?” Soal Daus.


Izz tersenyum hambar. Takkanlah dia nak beritahu Daus sedangkan Daus tak tahu apa-apa pun.


“ I’m fine. Dahlah. Aku nak sambung buat kerja sikit.”


Izz berpura-pura melihat ke arah kertas yang berselerakan itu. Sedangkan hati tiada langsung mood untuk buat kerja.


“ yelah.”


Selepas sahaja Daus keluar, Izz pula terus menumbuk kasar pada meja. Dia berasa amat marah secara tiba-tiba. Dia tahan daripada mengalirkan air mata. Dia tak mahu jadi seorang yang lemah. Tak mahu! Dan takkan!


‘ Ya Allah.’


**

“ akak! Ada orang telefon ni.”


Laungan Farah cepat-cepat membuatkan Zahra kembali melangkah ke ruang tamu. Dicapainya gagang  telefon yang dipegang Farah itu.


“ Helo. Zahra bercakap. Siapa ni?” Dengan lembut Zahra menyoal.


“ Saya..”


Jelas kerutan di dahi Zahra saat mendengar suara itu. Suara perempuan yang pernah dia dengar. Tapi di mana?


“ Siapa ye? Saya tak kenallah.”


“ Saya… saya.. saya Eslina.”


Dan gagang telefon terlepas daripada genggamannya pada masa itu juga. Jantungnya juga seakan-akan berhenti daripada berdenyut saat mendengar nama itu. Ia juga seakan-akan mimpi ngeri buatnya.


“ Akak?” Farah risau. Kenapa tiba-tiba riak muka Zahra macam tu? macam takut pun ada.


Zahra pantas mengambil kembali gagang telefon sebelum diletakkan semula di telinga.


“ Nak..nak apa?”


“ Saya minta maaf sebab buat akak Zahra terkejut. Cuma saya..”


Zahra terdiam. Dia langsung tak berani nak bersuara. Dia takut kalau mimpinya dua hari yang lalu menjadi kenyataan. Dia tak nak!


“ Nak apa?” Sekali lagi Zahra menyoal. Dia nak cepat-cepat letakkan telefon.


“ nak akak Zahra jumpa abang Syazwan.”

“ Untuk apa? Untuk sakitkan hati aku lagi? Ha?!” jeritan Zahra mengejutkan Farah. Tapi Farah tak pula bertanya. Dia tahu mesti Zahra tengah marah.

“ Bukan. Saya tak bermaksud nak..”

“ Nak apa? sudahlah! Aku dah benci dengan korang berdua ni. korang dah berjaya hancurkan hidup aku. Lepas tu apa pula? Dahlah!”


Terus Zahra meletakkan telefon selepas mendengar nama Syazwan. Kalau boleh dia tak mahu dengar dah nama itu. Apa lagi yang Eslina nak daripada aku? Tak puas lagi ke dia dah rampas suami orang. Sekarang ni?


‘ Ya Allah. Kuatkanlah semangat aku.’

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers