Halo! Halo! Semua! Okay. Kali ni aku tak nak tulis panjang-panjang sebab tak ada orang nak baca pun. Haha. But, for sure. This cerpen is form the real story. From the reality life. Trust me! Aku yang membaca kisah akak ni pun dah rasa terkejut sebab serius macam dalam novel. Tapi inilah realiti. So, kalau nak tahu best ke tak dan nak tahu bagaimana kisah akak ni? Bacalah. Okay? >_<
Kertas kerja di hadapannya dibelek berkali-kali berselang
seli dengan melayan customer. Selesai seorang, datang pula seorang lagi
sehinggalah waktu kerja habis. Itulah rutin harian Amni sebagai pegawai bank.
Tugasnya menguruskan pelbagai dokumen mahupun borang duit demi kepuasan
pelanggan.
“ 2426.”
Amni membelek jam tangannya sebelum menanti kehadiran
customer seterusnya. Lagi sejam waktu kerja dia habis. Jadi dia boleh menarik
nafas lega sedikit. Tapi, saat Amni mendongak melihat wajah pelanggannya itu,
dia terkejut besar. Terdetik satu nama di hatinya. Syed Iqbal Al Hakim. Lelaki
yang pernah bersama-sama dengan dia dulu saat suka dan duka. Mana mungkin dia
dapat lupakan lelaki itu. Mengapa dia mesti muncul lagi?
“ Beb. Kau tengah termenung apa? Customer tengah tunggu tu.”
Tegur Nina yang merupakan teman sekerjanya bila nampak Amni ralit memandang
wajah customer itu.
Amni tersedar sesaat. Dia terus buat-buat sibuk dengan
mengambil borang dan cop. Selepas itu barulah dia mengambil borang daripada
tangan Iqbal. Perasaannya cuba ditolak ke tepi walaupun dah berdebar semacam.
Sampailah selesai, dia menghulurkan semula duit kepada Iqbal. Tapi dia
tersentak saat Iqbal meninggalkan nombor telefonnya sebelum meninggalkan situ.
Amni terima dengan senyuman hambar. Dia dah banyak berubah.
“ Kau kenal customer tadi ke Amni?” Soal Nina sebaik sahaja
customer tadi berlalu. Sempat juga Nina melemparkan senyuman kecil saat
customer itu memandangnya sekilas.
Amni terus menggelengkan kepalanya. Biarlah tiada sesiapa
pun yang tahu. Dan yang paling terbaik adalah jika kami saling tidak kenal.
“ Habis kenapa kau terkejut bila nampak dia tadi?” Soal Nina
lagi. Dia tidak puas hati selagi tidak mendapatkan jawapan.
“ Muka dia mirip kawan aku. tu yang terkejut.” Nafi Amni
lantas memanggil customer yang seterusnya. Tapi sambil-sambil itu dia teringat
semula kenangan di mana kali pertama dia bertemu dengan Iqbal.
Kira-kira 3 tahun yang lalu, sewaktu dia dan kembarnya Amani
mendaftar masuk ke UITM Shah Alam. Ada seorang lelaki ni tidak sengaja memijak
kakinya. Dan of course time tu Amni sangat marah dengan kelakuan lelaki itu.
Lelaki itu tentulah Iqbal. Belum habis lagi setakat itu, sambung pula dekat
kelas. Paling tak sangka mereka sama kelas.
Pada mulanya susah juga Iqbal nak cuba pikat hati dia agar
mahu berkenalan dengan Iqbal. Sebab dia ni boleh tahan garangnya juga. Haha.
Tapi, hari demi hari sampailah satu hari tu Iqbal sendiri datang pada dia dan
nyatakan sendiri hasrat untuk berkenalan. Dan mulai hari itu mereka terus
menjadi rapat.
Amni tersenyum saja setiap kali teringat kelakuan nakal
Iqbal satu ketika dulu. Tapi itu dulu. Di saat teringat punca dia sudah tidak
boleh rapat dan berkawan dengan Iqbal itu membuatkan Amni kembali menjadi
muram. Semuanya bersebab.
“ Andai kau tahu Iqbal yang aku sukar untuk melepaskan kau
pergi.”
“ Excuse me?”
Amni tersentak. Dia mendongak melihat customernya itu dengan
sengihan kecil.
“ Nothing. Sorry.”
Ah! Forget him Amni! Forget him!
**
“ Beb. Aku keluar lunch dulu!”
Amni terkocoh-kocoh keluar daripada bank tersebut. Perutnya
dah berbunyi. Dia tak boleh lambat. Nanti perutnya meragam lebih teruk. Tapi
langkahnya terbantut saat terdengar namanya dipanggil seseorang saat dia keluar
daripada situ.
“ Amni Nur Aleesya.”
Amni terus menoleh saat namanya dipanggil. Dan dia terkedu
seketika saat melihat Iqbal berada di depan matanya saat ini.
“ Awak nak ke mana?”
“ Erk. Nak pergi lunch” Gugup Amni menjawab. Apa yang dia
buat dekat sini?
“ Jom ikut saya.”
“ Tapi..”
“ Please.”
Amni terus mengangguk lemah saat melihat wajah mengharap
Iqbal itu. Dia tahu mesti Iqbal ingin menanyakan sesuatu tentang hal 3 tahun
lalu. Amni ikut saja langkah Iqbal sampailah ke sebuah restoran. Mereka masuk
dan mengambil tempat masing-masing. Dan masing-masing masih diam. Keadaan
menjadi sangat kekok.
Iqbal mengeluh kecil.
“ Ke mana awak menghilang selama ini? Saya cari awak. Saya
cuba contact awak. Tapi tak dapat. Awak pergi mana Amni?” Pertanyaan Iqbal itu
sememangnya membawa kesedihan buat Amni.
Amni mendongak melihat Iqbal. Patut ke dia beritahu Iqbal
semuanya?
“ Saya terpaksa Iqbal. Demi kebahagiaan awak.” Jawab Amni
dengan senyuman hambar.
“ But why? Saya tak bahagia tanpa awak Amni. You know that I
love you so much right?”
Amni terus toleh ke arah lain saat mata itu menikam tajam ke
arahnya. Dia juga tak sanggup untuk berdepan dengan Iqbal saat mendengar
jawapannya. Ye. Saya tahu Iqbal sebab saya juga masih cintakan awak.
“ I’m sorry Iqbal.” Pinta Amni lantas kembali menoleh ke
arah Iqbal. Dia cuba mengukirkan senyuman yang ikhlas tapi sukar.
“ Tell me Amni! Tell me everything!” Arah Iqbal dengan
tegas. Amni yang mendengar dah terdiam.
“ Saya tak layak untuk awak dan awak juga tak layak untuk
saya. Jujur saya cakap saya sedih tapi sekarang saya dah redha.”
“ Semua orang tak sempurna Amni. Saya pun.” Tepis Iqbal
dengan pantas.
““ Tapi ibu awak tak suka saya Iqbal. Dia tak nak orang
bukan keturunan dia kahwin dengan awak. Betul juga kata dia. Maafkan saya
Iqbal. Saya memang bukan untuk awak.”
Amni tersenyum pahit saat melihat reaksi Iqbal yang terkejut
itu. Mesti dia tak sangka kan?
“ Saya minta maaf. Saya tak sangka ibu saya akan buat macam
tu.” Kesal Iqbal.
“ Tak apa. Saya dah lama maafkan ibu awak.”
“ Kalau macam tu. Jom ikut saya. Saya nak bawa awak pergi
jumpa ibu saya sendiri. Kali ni saya yakin dia akan terima awak.”
Amni terdiam. Masih mampukah dia untuk jejak kaki ke situ
lagi? Hatinya belum sekuat itu.
“ Tapi…”
“ Please Amni.”
Melihat kesungguhan Iqbal mengajaknya itu membuatkan dia
akhirnya mengangguk.
“ Okay.”
**
Seperti yang disangka Amni, ibu Iqbal memang bencikan dia.
Sampai nak tengok muka dia pun tak nak. Amni tunduk dengan perasaan hiba. Teruk
sangat ke aku ni? Apa yang dia boleh dapat dengan semua darjat tu?
“ Ibu. Kenapa ibu sanggup tipu Iqbal? Kenapa ibu cakap Amni
dah kahwin sedangkan ibu yang halau Amni dari hidup Iqbal.”
Datin Sharifah Alia memandang tajam ke arah Amni. Semua ni
dia punya fasal. Kenapa dia mesti muncul kembali dalam hidup anak aku?
“ Iqbal tahu kan peraturan pertama jika ada orang nak masuk
ke dalam family kita? Orang itu mesti keturunan kita! Keturunan Syed dan
Sharifah! Dan dia bukan orangnya.” Dengan bongkahnya dia berkata sambil
merenung tajam ke arah Amni.
Amni menggigit bibir. Hatinya menangis pilu. Sememangnya aku
bukan yang sempurna untuk diterima dalam family ini. Aku pun tak kuasa tapi
hati aku dah cintakan Iqbal. Apa yang boleh aku buat?
“ Ibu! Dia juga manusia biasa. Kita pun sama ibu.”
“ Ibu tak peduli. Lebih baik Iqbal bawa dia pergi sebelum
ibu yang halau dia dari rumah ni!”
Terus dia angkat kaki ke atas selepas berkata demikian.
Iqbal meraup wajahnya dengan rasa kesal yang amat. Tak sangka ibunya boleh
bertindak sebegini. Dia langsung tidak boleh terima.
“ Iqbal. Hantar saya balik. saya penat.” Pinta Amni lantas
keluar daripada situ. Sesungguhnya hatinya tidak kuat untuk hadapi semua ini.
Ya Allah.
Daripada rumah Iqbal sampailah ke dalam kereta. Amni hanya
mendiamkan diri. Lebih selesa mendiamkan diri di saat hati sedang menangis
kepiluan. Iqbal yang sedar Amni mendiamkan diri itu mengeluh kecil.
“ Amni.” Iqbal mengerling sekilas ke arah Amni walaupun Amni
tidak menoleh ke arahnya.
“ Walau apa pun yang terjadi, kita tetap akan kahwin. Saya
tetap akan kahwin dengan awak. Saya akan pujuk ibu saya sampai dia boleh terima
awak.”
Amni terus menoleh ke luar tingkap. Serentak itu air matanya
mengalir laju ke pipi. Iqbal. Andai ia semudah yang disangka. Tentu dari dulu
kita dah disatukan. Tapi sukar Iqbal. Sukar!
**
Kakinya perlahan-lahan melangkah ke arah bilik Amni di saat
mendengar tangisan Amni. Tanpa berlengah dia terus melangkah masuk ke dalam
bilik Amni. Dan dia terkejut melihat Amni sedang menangis. Pantas dia mendekati
Amni.
“ Amni? Hey. What’s wrong?”
Amni mendongak ke arah Amani. Serentak itu dia terus memeluk
Amani. Dia tidak kuat. Dia perlukan kekuatan.
“ Amani… apa pentingnya darjat tu sampaikan ibu dia
tergila-gilakan darjat? Aku tak faham! Hanya kerana darjat kami tidak boleh
disatukan. Puas aku dimaki dihina oleh ibu dia. teruk sangat ke aku ni?”
Amani terkedu. Kini tahulah dia siapa yang Amni maksudkan.
Iqbal!
“ Kau cakap dengan aku. Apa yang ibu dia buat dekat kau?”
Amani mula meleraikan pelukan dan merenung ke arah Amni.
“ Tadi.. Iqbal bawa aku pergi rumah dia untuk jumpa ibu dia.
Tapi ya.. seperti yang aku jangkakan aku kena halau hanya sebab aku bukan
keturunan mereka. Aku malu Amani. Aku malu!”
Amani merengus geram. Dia jadi bara bila kembarnya dilakukan
sebegitu. Walaupun kami bukan keturunan yang sama taraf dengan mereka, mereka
tak tahu ke yang kami pun dari kalangan orang berada? Memang manusia yang
penting harta dunia semata-mata!
“ Kalau macam tu caranya kau kena lupakan dia Amni. Orang
macam tu kau nak dijadikan suami? Tolonglah Amni. Sedarlah!”
Amni memejamkan matanya erat disaat teringat kata-kata
hinaan ibu Iqbal. Perit!
“ Apa kamu kata tadi Amni?”
Amni dan Amani. Masing-masing terus terkedu saat kelibat itu
muncul. Papa!
**
“ Papa tak kira. Hujung bulan ni juga kamu akan disatukan
dengan Anas.”
“ Tapi pa..”
“ Keputusan papa muktamad!”
Air matanya makin galak menurun setiap kali teringat
kata-kata papanya semalam. Begitu sukar untuk menerima orang lain dalam
hidupnya sedangkan dalam hatinya saat ini masih tertulis nama Iqbal. Ya Allah.
Apa patut aku buat?”
“ Amni.”
Amani mengambil tempat di sisi Amni. Bahu kembarnya itu
dipaut erat. Senyuman kecil diberi. Dia tahu Amni perlukan kekuatan saat ini.
“ Aku tahu papa Cuma nakkan yang terbaik buat kita. Aku juga
tahu Anas boleh jaga kau dengan baik sekali. Percayalah.”
“ Tapi aku anggap dia tak lebih daripada seorang abang
Amani.”
Amni menyeka air matanya lantas menoleh melihat Amani.
“ Dan tak mustahil dia boleh jadi cinta sejati kau nanti.
Aku yakin dia yang terbaik untuk kau.”
Amni terdiam. Seketika dia merenung ke arah langit. Mampukah
aku? Kuatkah aku?
**
Setiap pasangan pengantin yang ingin berkahwin pasti akan
menjadi hari yang paling indah buat mereka. Tapi tidak bagi gadis yang bernama
Amni itu. Mana mungkin dia mampu menerima semua itu sedangkan dalam hatinya
masih ada orang lain. Tapi dia tahu dia tidak boleh halang kehendak hati orang
tuanya. Bagaimana aku nak terima Anas dalam hidup aku?
“ Aku terima nikahnya Amni Nur Aleesya dengan mas kahwinnya
100 ringgit tunai.”
Air matanya terus menitis saat sudah sah menjadi isteri
kepada Khairul Anas Azim. Amani yang berada di sebelahnya terus tarik Amni ke
dalam pelukannya.
“ Aku tahu dia boleh bahagiakan kau Amni. Percayalah.
Lupakan Iqbal.”
Amni terdiam tapi air matanya masih mengalir ke pipi.
Mampukah aku lupakan Iqbal?
**
Amni memandang sepi ke arah familinya. Perasaannya kosong
saat ini. wajahnya yang sugul itu sudah cukup membuatkan Anas dan Amani faham.
Mereka berdua tahu sememangnya Amni tidak boleh menerima perkahwinan ini dengan
mudahnya. Hatinya bukan lah permainan. Bukan juga batu. Tapi dia cuba keraskan
hati even sukar.
Malam itu, majlis resepsi diadakan di sebuah hotel Grand
Alora. Ramai yang datang bagi meraikan pasangan pengantin tersebut. Tapi Amni
tidak tahu bagaimana untuk menujukkan reaksinya. Senyum pun salah. Tak senyum
pun salah. Kadang-kadang sempat juga dia kerling Anas di sebelahnya. Lelaki itu
kelihatan tenang saja. Senyuman setia ada pada bibirnya. Amni jadi cemburu.
“ Amni.”
Amni yang ralit termenung itu tersentak. Dia menoleh sekilas
ke arah Anas sebelum memandang semula ke hadapan. Melihat wajah-wajah tetamu
yang sudi hadir ke majlis resepsi
mereka. Tapi hatinya tersentak saat ternampak kelibat Iqbal. Iqbal? Dia datang?
But why? Ya Allah.
“ Jom turun.”
Amni yang rasa berdebar-debar itu hanya menurut. Kakinya
turun daripada pelamin itu dengan perlahan-lahan. Tiba-tiba tangannya digenggam
erat oleh Anas. Amni tunduk memandang tangannya yang digenggam itu. Bagai tidak
mahu melepaskannya lagi.
Dan sekali lagi hati Amni diduga bila Anas membawanya ke
arah Iqbal. Dia mengetap bibir. Cuba kuatkan hati daripada menitiskan air mata
depan orang ramai.
“ Tahniah.” Iqbal mengucapkan tahniah sambil tersenyum. Tapi
Amni tahu senyuman itu senyuman yang dipaksa.
“ Terima kasih.” Balas Anas.
“ By the way. Ini untuk awak Amni.”
Dengan hati yang berat, Amni menyambut pemberian Iqbal.
Bibirnya seakan kelu untuk memberikan senyuman. Akhirnya dia hanya mendiamkan
diri.
“ Saya pergi dulu. tahniah sekali lagi.”
Usai saja Iqbal berlalu. Amni terus meminta izin untuk ke
tandas. Sampai saja di dalam tandas, dia pantas melihat pemberian Iqbal. Dia
sangkakan Iqbal memberikan dia frame gambar kosong. Tapi sangkaannya meleset
bila dalam frame gambar tu ada gambar dia dengan Iqbal. Belum cukup dengan itu,
ada juga Iqbal selitkan surat di situ. Dengan tangan yang terketar-ketar, Amni
membuka lipatan surat itu untuk membacanya.
Sayang. Saya akan
tunggu awak. Awak hanya milik saya dan tetap menjadi milik saya. Saya tahu ini
bukan keputusan awak. Ingat, saya sentiasa ada untuk awak. Love you Amni.
~Bie-Iqbal~
Dan air matanya terus menitis. Iqbal!
**
Tok! Tok!
Sebaik sahaja pintu bilik dia ketuk, dia terus masuk ke
dalam. Sebaik sahaja dia masuk, dia dapat lihat kelibat Amni yang sedang
berdiri seorang diri di balkoni. Dengan perlahan-lahan dia melangkah mendekati
Amni.
Amni yang sedar kehadiran Anas itu hanya membiarkan sahaja.
Dia tiada mood untuk berkata-kata apa-apa. Hatinya cukup terluka dengan semua
ini. dia perlukan masa untuk terima apa yang sedang berlaku ini. bukan senang
nak lupakan orang yang kita sayang.
“ Sayang.”
Amni tergamam. Sayang? Ya Allah.
“ Sayang. Abang tahu sayang susah nak terima perkahwinan ini
dan terima abang. Abang tahu.”
Amni terkedu. Dia terus menoleh memandang Anas yang tengah
tersenyum itu. Perlahan-lahan tangannya ditarik Anas. Anas merenung lembut ke
wajah Amni. Sesungguhnya, dia sudah lama mencintai gadis ini. Dan dia tahu
tidak mungkin Amni akan menerimanya.
“ Tapi sayang jangan risau. Bila abang dah ada dalam hati
sayang, sayang beritahu ye. Abang takkan sentuh sayang selagi abang tiada dalam
hati sayang. Abang akan tunggu saat itu Amni. Sebab abang cintakan
Amni.”
Tanpa dipinta, air matanya terus mengalir ke pipi. Anas
telah membuatkan dia terharu. Ya Allah. Mulianya hati suami aku. Adakah aku
yang kejam buat dia seperti ini? Ah! Aku memang seorang yang kejam.
“ Jom tidur. Dah lewat sangat ni.” Ajak Anas lantas menarik
lengan Amni sehingga ke arah katil.
Perlahan-lahan juga tubuh Amni dibaringkan. Selepas itu, dia
mengucup perlahan dahi Amni lantas membaca doa tidur sebelum dia baring sekali
sebelah Amni.
“ Selamat malam sayang.”
Amni memejamkan matanya erat. Dalam hati dia mula tersenyum.
Anas.
**
Hari demi hari berlalu. Walaupun Amni dah menjadi isteri
Anas, tapi hubungan dia dengan Iqbal masih berjalan. Berat nak mengaku tapi dia
rasa bersalah sangat buat Anas macam ni. kadang-kadang dia terfikir juga,
sampai bila dia perlu terus berhubungan dengan Iqbal sedangkan dia isteri Anas.
Isteri yang sah. Sampai bila dia perlu tipu Anas? Kenapa dia perlu tipu orang
yang mencintai dia?
“ Iqbal.”
Amni memanggil lalu meletakkan sudu di tempatnya kembali.
Jika dibilang, dah seminggu mereka keluar makan bersama.
“ Yes.”
Amni melihat Iqbal dengan seribu perasaan. Dia tidak
menafikan yang Iqbal memang kacak. Tapi jika dibandingkan dengan Anas. Yes. Anas
jauh lebih kacak. Cuma… hatinya masih belum dapat menerima cinta hati Anas.
Arh! Kau belum cuba dah kata tak boleh.
“ Sampai bila kita harus macam ni Iqbal?”
“ Maksud awak?”
“ Saya rasa sampai di sini saja hubungan kita. Saya dah
kahwin Iqbal. Dan saya rasa bersalah sangat buat dia macam tu.”
Iqbal terdiam. Adakah Amni mula menyayangi Anas?
“ Lebih baik kita tak contact dah lepas ni. Itu yang
terbaik.”
“ Tapi Amni..”
Amni terus menggelengkan kepalanya. Cukuplah. Dia dah penat.
Dia dah tak sanggup untuk lakukan semua ini.
**
“ Sayang. Tolong abang.”
Amni bangun daripada baring dan menuju ke arah Anas.
Perlahan-lahan dia tolong simpulkan tali leher Anas biar nampak kemas. Selepas
itu dia tersenyum dan menepuk perlahan dada Anas tanda puas hati dengan hasil
kerjanya.
Anas yang perasan dengan senyuman manis Amni juga tersenyum.
Lama dia merenung wajah Amni yang leka itu. Begitu dia merindui wajah tersenyum
ini. Dah sebulan usia perkahwinan mereka. dan inilah kali pertama dia dapat
lihat senyuman Amni setelah sekian lama tidak kelihatan.
“ Okay. Dah siap. Terima kasih sayang.”
Amni tersedar. Boleh pula aku mengelamun. Akhirnya dia hanya
menganggukkan kepalanya dan kembali duduk dibirai katil. Kepalanya yang kembali
sakit itu dipicit. Daripada semalam lagi sakit. Cuma pagi ni nampak lebih
teruk. Tapi dia masih dapat kawal.
Anas yang sedar akan kerutan di dahi Amni mula mendekati
Amni. Dahi Amni disentuhnya perlahan. Panas!
“ Sayang okay ke tak ni?”
Amni tersenyum. Dia hanya menganggukkan kepalanya. Tapi
belum sempat dia ingin menjawab pertanyaan Anas, dia terlebih dahulu rebah.
Sakit sangat!
“ Ya Allah! Sayang!”
**
Amni tersedar apabila terasa sejuk di dahinya. Sebaik sahaja
dia membuka matanya dia dapat melihat Anas yang sedang tersenyum ke arahnya.
Tangannya menyentuh lembut dahinya yang sejuk itu. rupanya Anas meletakkan
tuala basah di atas kepalanya. rasa sedikit lega daripada tadi.
“ Sayang dah rasa okay sikit kan?”
Amni hanya mengangguk. Itulah dia. kalau migrain datang
menyerang, demam sekali datang menyibuk. Haha.
“ Nak abang bawa ke klinik?”
“ Tak payahlah. Amni ada ubat. Abang tak pergi kerja ke?”
Amni bangun duduk dengan bantuan Anas. Dia terasa sedikit
lemah. Perutnya yang kosong itu diminta isi. Daripada semalam lagi dia tidak
menjamah apa-apa.
“ Dengan keadaan sayang macam ni? No way la.”
Amni tertawa kecil melihat reaksi Anas yang sedikit cemas
itu.
“ Kenapa gelak?” Anas pelik.
“ Abang nampak gelabah sangat.”
“ Of course lah! Isteri abang kot.”
Terdiam. Amni terus terdiam. Ya. Aku isteri dia. Mestilah
dia risau. Dan dia suamiku. Imamku. Allahu! Terasa berdosa buat sambil lewa
dekat dia sebelum ini. isteri apa aku ni? Ampunkan aku Ya Allah.
“ Eh! Sayang sakit lagi ke ni?” Anas menyoal saat melihat
wajah Amni kembali muram. Dia dah jadi cemas.
“ Tak. Saya okay.”
“ Betul?”
“ Yes.”
“ Good girl.”
Dalam diam, Amni berdoa agar dia dapat mencintai Anas dengan
setulus hatinya.
**
Seminggu telah pun berlalu. Sepanjang seminggu itu jugalah
hubungan Amni dengan Anas semakin pulih. Means, semakin baik daripada
sebelumnya. Percaya atau tidak, Amni sedar yang dia tak tahu apa akan dia buat
andai Anas tiada di sisinya. Tengoklah macam minggu lepas. Amni sakit, Anas
jaga dengan sepenuh hatinya.
Sedangkan sebelum ini, Amni layan acuh tak acuh saja
terhadap layanan Anas. Tapi makin hari dia makin sedar, Anas begitu penting
dalam dirinya. Berat nak mengaku tapi dia mula merasai sesuatu saat berdekatan
dengan Anas. Cuma, dia masih tak nak cakap. Ego sama buatkan dia lebih suka
memendam perasaan.
“ Sayang. Nak turun sekali tak?”
Amni menoleh sekeliling.
“ Abang lama tak dekat dalam?”
“ Dalam setengah jam. Abang kena jumpa kawan abang kejap.
Lepas tu ambil dokumen penting untuk uruskan kes. Sayang tak nak turun?
Pergilah mall sebelah tu ke?”
Amni menimbang-nimbang cadangan yang diberikan Anas.
Akhirnya, dia mengangguk kecil.
“ Boleh juga. Kalau dah siap abang call.”
Sebaik sahaja turun daripada kereta, Anas masuk ke dalam
mahkamah. Manakala Amni terus ke mall. Dalam diam Amni bangga melihat kejayaan
Anas sebagai peguam di sini.
“ Aku nak beli apa?”
Amni masih berdiri depan mall tanpa berbuat apa-apa. Dia tak
tahu sama ada dia nak masuk atau tidak. Seketika dia menoleh ke belakang.
Wajahnya menjadi teruja. Ada kedai buku di persimpangan jalan.
Tanpa berlengah, dia pantas melajukan langkah ke arah
persimpangan jalan. Wajahnya asyik tersenyum gara-gara teruja. Tapi entah di
mana silapnya, dia hampir saja terjatuh gara-gara tersilap langkah.
“ Mujur tak jatuh. Kalau tak buat malu.”
Belum sempat dia nak berlalu, tiba-tiba saja ada sebuah
kereta laju menuju ke arahnya. Amni yang melihat dah kaku pada tempat. Dia
langsung tidak tahu nak buat apa-apa. Kereta itu datang terlalu pantas.
“ Ya Allah!”
Kebetulan, Anas keluar daripada mahkamah dan menuju ke
keretanya. Dan pada masa yang sama dia perasan kelibat Amni yang berada di
tengah jalan tanpa bergerak. Anas jadi pelik. Perlahan-lahan dia mula mendekati
Amni. Tapi tidak sempat bila ada sebuah kereta laju saja melanggar Amni
sehingga Amni terdampar di pinggir jalan.
“ Ya Allah! Sayang!”
**
Suasana di luar bilik kecemasan itu menjadi suram apabila
masing-masing bersedih dengan apa yang telah berlaku kepada Amni. Anas sebagai
suaminya yang paling terasa saat melihat isterinya dilanggar betul-betul di
depan matanya. Dia rasa dia suami yang tak guna bila tidak dapat selamatkan
isteri sendiri. Ya Allah. Kenapa aku tak sempat halang time tu?
“ Anas.”
Bahu Anas disentuh lembut. Anas mendongak dan melihat ayah
mertuanya itu dengan senyuman hambar.
“ Tabahlah nak. Papa yakin dia akan selamat. Kita doa
banyak-banyak.” Pesan Datuk Rahim dengan senyuman. Dia tahu Anas terlalu
mencintai Amni. Sebab itu dia percaya dengan Anas untuk menjaga anaknya.
“ Papa. Anas.”
Amani datang menghampiri. Dia teragak-agak sama ada nak
cakap atau tidak. Dia pun tidak senang duduk. Hatinya tidak tenang mengenangkan
nasib kembarnya. Yang pasti bila kembarnya sakit, dia turut rasa sakit.
“ Kenapa ni?” Tegur Datuk Rahim bila tengok Amani berdiam
diri. Tapi wajah tu macam menyembunyikan sesuatu.
“ Iqbal dan ibu dia datang.” Maklum Amani akhirnya.
Anas dan Datuk Rahim tersentak.
“ Buat apa diorang datang?”
“ Assalamualaikum.”
Muncul Iqbal dan Datin Sharifah Alia di hadapan mereka
bertiga. Tapi yang pasti Datuk Rahim tidak suka dengan kedatangan mereka.
“ Buat apa datang sini?”
Iqbal mengerling ibunya yang bersedih itu. lantas dia
kembali menoleh ke arah Anas dan Datuk Rahim. Dia tersenyum hambar. Tapi Cuma
seketika bila dia teringat punca Amni kemalangan hari ini.
“ Semua salah kami pakcik.”
Anas tersentak.
“ Maksud kau Iqbal?” Soal Anas ingin tahu.
“ Ayah aku yang langgar dia Anas. Aku minta maaf.”
Anas yang boleh tenang seketika tadi bila mempunyai dorongan
kembali terduduk bila mendengar kata-kata Iqbal. Air mata jantannya terus
menitis ke pipi. Dia tak boleh terima berita ini. Isterinya yang tidak bersalah
itu dilanggar. Apa yang mereka mahu?
“ Astagfirullah!”
“ Maafkan makcik nak. Makcik tak tahu kenapa dengan suami
makcik. Tiba-tiba hilang kawalan dan mahu melanggar Amni. Dia kata selagi Amni
hidup, Iqbal tak dapat fokus dengan kerja. maafkan suami makcik Anas.”
Teresak-esak Datin Sharifah Alia menerangkan perkara yang
sebenar. Dia turut rasa bersalah sebab Amni dilanggar kerana suaminya.
Sedangkan Amni dah tak ganggu hidup mereka. Amni patuh akan janjinya dulu.
“ Makcik. Dia isteri saya makcik. Saya cintakan dia. dia tak
bersalah pun. Kenapa mesti babitkan dia sekali?” Anas dah mula rasa kesal. Dia
rasa dia gagal menjadi suami yang baik buat Amni.
Belum sempat Iqbal ingin membalas kata-kata Anas. Doktor
terlebih dahulu keluar daripada wad kecemasan. Pantas Anas meluru ke arah
doktor kerana ingin tahu keadaan Amni.
“ Doktor! Macam mana?” Soal Anas.
“ Alhamdulillah. Dia selamat. Dia dah stabil. Cuma..”
Dada Anas dah mula berdebar. Dia takut ada sesuatu yang
buruk berlaku pada Amni.
“ Cuma kakinya retak. Dan kemungkinan isteri encik sukar
untuk berjalan.”
Semua yang berada di situ terus terdiam saat mendengar
berita itu. Terutama Anas. Dia yakin mesti Amni susah nak terima semua ini.
“ Tapi dia boleh sembuh kan?” Soal Amani pula.
“ InsyaAllah dengan melakukan rawatan fisioterapi. Dia boleh
sembuh dan jalan seperti biasa.”
Barulah Anas dan yang lain menghembus nafas lega.
“ Saya pergi dulu. kalau ada apa-apa cari ja saya.”
Usai doktor berlalu, Anas kembali bangun dan menoleh ke arah
Iqbal dan ibunya. Senyuman kecil diberi.
“ Saya tak tahu nak cakap apa. Tapi kemaafan bukan dari saya
tapi dari Amni. Dia yang berhak menentukan sama ada kau akan dimaafkan atau
tidak.”
Dan Anas terus berlalu masuk ke dalam bilik rawatan Amni.
Dia terlalu merindui Amni.
**
“ Sayang. Sayang. Bangun sayang. Abang datang ni.”
Seperti diseru, Amni gagahkan diri membuka matanya. Saat dia
membuka mata, ada cahaya yang datang menusuk ke dalam matanya. Tapi dia cuba
lawan dan akhirnya dia menoleh ke sekeliling. Dan wajah pertama yang dia nampak
adalah wajah Anas yang sedang tersenyum itu. tangannya juga digenggam erat oleh
Anas.
“ A..abang? Saya kat mana ni?”
Dengan semangat yang masih berbisa dia menyoal. Dia menoleh
pula ke arah kiri dan depan dia. Ada wajah-wajah yang dia kenali. Dia dapat
lihat wajah Amani yang tengah tersenyum. wajah Iqbal dan Datin Sharifah Alia?
Yang sedang menangis? Kerana apa? Aku ka?
Dan akhirnya dia kembali menoleh ke arah Anas.
“ Hospital sayang. Sayang accident. Sayang tak ingat?”
Amni tersentak. Ya. Dia telah dilanggar seseorang. Dan dia
yakin dia kenal siapa yang langgar dia. Terus dia menoleh ke arah Iqbal dan
ibunya.
“ Abang. Amni tahu siapa yang langgar Amni.” Ujar Amni
sambil memandang Iqbal yang tengah menitiskan air mata itu.
“ Abang pun tahu.”
Dan kenyataan itu mengejutkan Amni.
“ Iqbal dah mengaku kesalahan ayah dia. jangan risau. Sayang
selamat. Ayah dia dalam tahanan polis sekarang ni.”
Sekali lagi kenyataan itu mengejutkan Amni. Dia memandang wajah Iqbal inginkan jawapan
yang sebenar.
“ Maafkan saya Amni.”
“ Maafkan suami makcik Amni. Makcik tahu kami salah. Maafkan
dia. Suami makcik tiba-tiba hilang kawalan. Dia tak nak Iqbal terlalu
mengharapkan kamu jadi dia nak kamu mati. Maafkan kami.”
Dan kembali kedengaran esak tangis Datin Sharifah Alia. Amni
yang dengar mula mendiamkan diri. Tapi dia tak nafikan ibu Iqbal nampak sangat
menyesal.
“ Minta maaf kat Allah. Bukan saya.” Simple dan tenang Amni
menuturkan kata-katanya.
“ Abang. Saya nak rehat.”
Saat Amni memejamkan matanya, hatinya menangis pilu. Dia tak
sanggup nak berdepan dengan orang yang membuatkan dia kecewa. Dan dia juga tak
nak dia jadi lebih marah. Jadi baik dia berdiam.
**
Hari demi hari berlalu. Tup tup dah sebulan berlalu. Sepanjang
sebulan itu jugalah, Anas tidak pernah lelah menjaganya siang dan malam. Sampai
Anas sanggup ambil cuti demi kesihatan Amni. Amni yang melihat dah tak tahu nak
kata apa. Dia terharu dan pada masa yang sama dia rasa berdosa sangat pernah layan
acuh tak acuh terhadap suaminya dulu.
“ Sayang? Nak apa-apa lagi tak?”
Amni terus menggelengkan kepalanya. Sekarang aku dah ada
dekat rumah. Dan dialah setia menjaga aku. Dia begitu sabar melayan kerenah
aku. Apa yang dia buat? Dia sanggup ambil cuti sebulan demi menjaga aku sampai
aku boleh berjalan semula. Dia dukung aku. Suapkan aku makan. Teman aku pergi
buat fisioterapi. Sungguh! Aku memang betul-betul terharu dengan sikap dia.
Sekarang Amni pun dah boleh berjalan. Cuma parut je tak
hilang lagi dekat kaki. Tapi, itu tidak membuatkan Anas jemu dan terus berikan
semangat agar Amni kuatkan semangat. Cuba cakap. Siapa yang tidak terharu?
“ Sayang. Esok abang dah kerja. Tapi abang tengok Amni belum
okay lagi. Sayangnya nak tinggalkan Amni.” Wajah Anas bertukar muram.
Amni yang melihat terus menggelengkan kepalanya. tangan Anas
digenggam erat. Senyuman kecil diberi.
“ Abang. Serius. Amni dah sembuh. Dah boleh jalan. Walaupun
perlahan-lahan tapi dah okay kan?” Amni cuba memujuk Anas agar tersenyum kembali.
“ Tapi abang tetap risau kalau ada apa-apa jadi dekat
sayang.”
Amni terus terkedu. Dia terus mengetap bibir. Ya Allah.
Sesungguhnya dia suami yang terbaik buat aku. kenapa selama ini aku tak hargai
dia?
“ Abang.” Amni tunduk memandang jarinya. Dalam hati tengah
tahan pilu. Berusaha untuk tidak menitiskan air mata. Tapi Anas lebih faham isi
hatinya sampai menarik dia ke dalam pelukan.
“ Kenapa ni?”
“ Amni rasa ini pembalasan Amni daripada Allah. Sebab Amni
tak setia dekat abang. Amni selalu layan abang acuh tak acuh. Amni juga isteri
yang tidak bertanggungjawab. Yang Amni tahu layan perasaan. Fikirkan orang
lain. Sedangkan suami Amni begitu setia mencintai Amni. Amni nak minta maaf.
Amni berdosa pada abang.”
Serentak itu air mata Amni mengalir ke pipi. Anas yang
mendengar terus mengeratkan pelukan. Dia turut berasa sedih dengan kata-kata
Amni. Tapi dia tak salahkan Amni. Semua ini terlalu cepat dan Amni perlukan
masa.
“ Sebab abang cintakan Amni.”
“ Sebab itu lah Amni dah mula sayangkan abang.”
Anas tersentak. Pantas dia meleraikan pelukan selepas
mendengar kata-kata Amni. Amni melihat Anas dengan anggukan kecil berserta
senyuman kecil.
“ Amni nak buat satu pengakuan. Amni dah mula sayangkan
abang semenjak abang jaga Amni time Amni demam tempoh hari. Masa tu hati Amni
ego tak nak mengaku. Sedangkan Amni sangat-sangat perlukan abang. Dan untuk
itu, Amni nak ucap terima kasih banyak-banyak dekat abang.”
Terus Amni kembali memeluk Anas dengan rasa kasih sayang.
Kali ni dia ikhlas. Dia amat perlukan Anas di dalam hidupnya.
“ Jadi… ini bermakna sayang dah terima abang sebagai suami
sayang?”
Amni terus mengangguk. Anas yang melihat anggukan Amni terus
mengucup dahi Amni. Lama.
“ ya Allah. Terima kasih. Aku bersyukur padamu.”
Amni yang mendengar kata-kata itu hanya tersenyum.
“ Jadi… sudi tak sayang bersama dengan abang untuk
selama-lamanya?”
Dengan tersipu-sipu Amni mengangguk.
“ Sudi.”
**
3 bulan kemudian…
“ Sayang! Tolong abang.”
Amni yang tengah bersiap-siap untuk ke tempat kerja pantas
bergerak ke arah Anas. Tangannya lincah sekali melilit tali leher Anas sampai
menjadi kemas. Dia tersenyum puas. Selepas itu dia diberi kucupan pada dahi.
“ Pandai isteri abang.”
Amni tersengih lantas bergerak semula ke arah meja solek.
Tapi dia tiba-tiba terasa pening. Sempat juga dia berpaut pada dinding. Bila
dia nak mula bergerak, ada tangan yang memapahnya ke birai katil.
“ Eh! Sayang kenapa ni? pucat je muka.” Anas dah mula cemas.
Pucat sungguh muka Amni.
“ sayang…sayang…”
Buk!
Amni terus jatuh dalam pelukan Anas. Anas yang melihat Amni
sudah tidak sedarkan diri itu pantas mencempung tubuh tersebut lalu dibawa ke
klinik. Ya Allah. Selamatkanlah isteri aku.
Hampir setengah jam Anas tunggu di sisi Amni bagi
mendapatkan keputusan. Hatinya dah tak tentu arah selagi tidak tahu apa masalah
Amni. Dia takut Amni sakit.
“ Doktor?”
Doktor tersenyum melihat wajah gelisah Anas itu.
perlahan-lahan dia mendekati Anas dan memberikan senyuman manis.
“ Tahniah encik. Encik bakal menjadi ayah tak lama lagi.
Isteri encik dah hamil 3 bulan.”
Dengar saja berita itu, Anas terus mengucapkan syukur.
Bibirnya terus mengukirkan senyuman lebar. Tanda dia amat gembira dengan berita
ini. Ya Allah. Terima kasih.
“ Abang?”
Amni mula tersedar saat terasa ada suara bercakap di
telinganya. Dia melihat sekeliling. Dan dia ternampak ada seorang doktor
berdiri di sisi Anas.
Anas tersenyum. Tangan Amni digenggam erat. Dahi Amni
dikucupnya dengan penuh kasih sayang.
“ Sayang. Tak lama kita akan jadi papa dan mama. Kita akan
dapat baby sayang.”
Amni tersentak. Terus dia rasa peningnya hilang sebaik
sahaja mendengar berita itu. Ya Allah. Alhamdulillah.
“ Alhamdulillah.”
“ So, lepas ni kalau boleh puan janganlah buat kerja
berat-berat. Encik.. make sure encik jaga dia sebab pada awal kandungan ni banyak
risikonya.”
Kata-kata itu terus tersemat dalam hati Anas.
“ Baik doktor. Saya akan pastikan isteri saya selamat bila
disamping saya.”
Amni tersenyum bahagia. Kalau abang gembira. Amni pun
gembira. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.
**
“ Pukul 5 tepat abang datang. Sayang jangan lambat tau.”
Amni tersengih lantas tunduk salam tangan Anas. Anas pula
memberikan kucupan pada dahi Amni lalu pada pipi Amni. Amni terus keluar
selepas mendapat keizinan Anas.
“ Hati-hati.”
“ Okay sayang. Take care both of you.”
“ Yes boss!”
“ Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.”
Sebaik sahaja kereta Anas berlalu, Amni kembali masuk ke
dalam tempat kerjanya. Senyuman setia pada bibirnya. Seronok tidak terkata.
Perutnya yang masih kempis itu diusapnya perlahan.
“ Mama tak sabar nak tunggu kamu keluar sayang.”
“ Amni!”
Langkah Amni terus terhenti saat terdengar namanya
dipanggil. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang. Dan berdiri Syed Iqbal Al
Hakim di situ dengan senyuman kecil. Amni yang melihat terus terdiam. Dalam hati
tertanya-tanya. Apa lagi yang Iqbal nak?
“ Amni.”
Amni hanya diam. Dia hanya ingin dengar kata-kata Iqbal yang
seterusnya.
“ You know what? Ibu saya dah restu hubungan kita. Dia dah
boleh terima awak Amni.”
Begitu gembiranya Iqbal pada saat itu. Tapi lain pula pada
Amni. Amni tersenyum hambar. Terus dia menggelengkan kepalanya dengan perlahan.
Iqbal yang melihat gelengan Amni dah terdiam. Senyumannya terus mati.
“ Iqbal. Maafkan saya. Tapi saya dah bersuami dan takkan
tinggalkan dia demi orang yang tak pernah hargai kehadiran saya satu ketika
dulu.” Luah Amni dengan senyuman kecilnya.
Iqbal terdiam. Tapi dalam hatinya dah kecewa mendengar
jawapan Amni.
“ Carilah orang lain Iqbal. Orang yang boleh bahagiakan
awak. Orang yang boleh diterima orang tua awak. Dan orang yang boleh mencintai
awak sebagaimana awak mencintai dia. Lupakan saya Iqbal. Saya dah ada kehidupan
saya sendiri.” Sambung Amni lagi bila Iqbal tiada tanda-tanda untuk berkata.
Amni mengeluh kecil saat melihat Iqbal still mendiamkan
diri.
“ maafkan saya Iqbal. Saya harap awak dapat jumpa jodoh awak
yang sebenarnya. Saya masuk dulu.”
Dengan perasaan bersalah, Amni terus melangkah masuk ke
dalam tempat kerjanya. Jauh di sudut hatinya dia berdoa agar Iqbal dapat jumpa
wanita yang betul-betul dapat membahagiakan dia. yang pasti bukan dia orangnya.
**
Tiga tahun kemudian…
“ Abang! Cepat!”
Anas mengelap peluh yang merintik pada dahinya itu. lepas
itu dia kembali fokus apa yang ada depan matanya saat ini. tajam dia merenung
ke arah objek itu sampailah dia dah ready untuk melakukannya.
Satu.. Dua.. Tiga..
“ Gol!”
Jeritan dua orang manusia itu membuatkan Anas tertawa kecil.
“ Yuhuu! Papa menang! Pakcik kalah! Werk!”
Amni dan Anas. Masing-masin terus ketawa melihat gelagat
anak sulungnya itu. Tak padan dengan kecik tapi dah berani lawan pak saudara
dia. Alahai.
“ Sokay. Kali ni Damia menang. Tapi jangan harap lain kali
pakcik bagi Damia menang.”
Fitri iaitu suami kepada kembar Amni sudah penat selepas
lawan bola dengan Anas. Tapi last-last dia juga kalah. But, sokay. Tengok anak
buah bahagia pun dah cukup bagi dia.
“ Damia. Tak baik buli pakcik macam tu tau. Mama tak ajar
pun. Adik mana?”
Amni melihat sekeliling. Dia tak nampak anak kembarnya
seorang lagi tu. mereka berdua ni nama saja baru 2 tahun lebih. Tapi dah tahu
semua benda dah. Penat dibuatnya.
“ Ada dekat tokwan. Papa. Damia masuk dulu. Daa.”
Sebaik sahaja Damia masuk ke dalam rumah, Fitri pun masuk
dengan letihnya. Anas dan Amni masing-masing hanya mampu tersenyum melihat
telatah anak-anak mereka.
“ Abang. Sayang bahagia. Thanks.”
Tiba-tiba Amni berkata demikian sambil memandang langit.
Anas di sebelah sudah mengerutkan dahi.
“ sayang tahu sayang lambat dan jarang cakap macam ni. Tapi
kali ni ayang ikhlas nak cakap yang sayang cintakan abang. Sangat-sangat.”
Terus Amni menoleh ke arah Anas yang kelihatan terlopong
itu. Amni tertawa kecil. Pipi Anas jadi mangsa cubitannya. Anas terus tersedar
selepas pipinya dicubit.
“ what you said?”
Amni ketawa lagi.
“ Tak nak ulang dah.”
Anas tersengih nakal. Pipi isterinya pula jadi mangsa.
“ yes. I know it.”
Amni mengerutkan dahi.
“ Know what?”
Belum sempat Amni nak menoleh melihat Anas. Anas terlebih
dahulu mengucup pipi Amni dan meluahkan tiga ayat itu.
“ I love you to Amni Nur Aleesya.”
Dan kali ni barulah mereka berdua saling berpandangan sesama
sendiri. Ya. Alhamdulillah. Pelbagai onak dan duri Amni lalui. Akhirnya dia
mencapai juga kebahagiaan itu. Dan dia sedar apa yang berlaku ada hikmahnya
yang tersendiri. Terima kasih abang. Terima kasih Ya Allah. Aku hargai
sangat-sangat.
~Tamat~
Best saya suka baca cerpen cerpen awak
ReplyDelete