Sekejap dia pandang
kiri. Sekejap dia pandang kanan. Sekejap dia pandang depan. Tapi, masih tidak
mampu untuk menjawab persoalannya ketika ini. Pening memikirkan benda yang dia
baru terima, dia terus bangun dan menuju ke pintu utama. Matanya jelas nampak
kelibat yang dia ingin bertemu saat ini. Tanpa berlengah, dia pantas melangkah
ke arah insan itu. Serius! Kepalanya saat ini sarat dengan persoalan yang tiada
jawapan.
“ Imran!”
Imran yang ralit
berbual dengan Maznah terus terhenti saat mendengar namanya dilaung. Bila
nampak wajah Aimi yang menuju ke arahnya, dia mempamerkan senyuman manis.
Maznah pula memberikan laluan kepada mereka dengan melangkah ke arah belakang.
Biarlah mereka berdua berbincang terlebih dahulu.
“ Aimi?”
Dadanya dah berombak
naik. Matanya tajam merenung ke arah Imran. Bibirnya diketap kuat. Tangannya
disilangkan. Wajahnya ketat. Imran yang melihat terus terdiam. Okay. Mood Aimi
tengah tidak baik sekarang ni.
“ Apa maksud semua ni?”
Aimi tak faham. Yala.
Baru minggu lepas dia balik daripada hospital. Tup-tup hari ni keluarga Imran
datang dengan hajat meminang dia. Mahu tak terkejut dia. Umur dia yang baru
setahun jagung dah ada orang melamar. Gila tak gila?
“ Maksud apa?” Soal
Imran buat-buat tidak faham.
Terhambur juga keluhan
kecil daripada mulutnya. Terus dia turunkan tangannya yang disilangkan tadi.
Dia tunduk memandang tanah. Matanya juga mula berkaca-kaca. Entah kenapa
kebelakangan ini dia mudah sangat sensitif. Semenjak bila dia jadi ratu cengeng
ni? Heh!
“ Im. Semua ni terlalu
cepat buat saya. Awak dan saya? Macam langit dengan bumi Im.” Luah Aimi dengan
senyuman hambar.
“ Siapa kata kita macam
langit dengan bumi?” Imran mula rasa tidak puas hati. Tapi dia tetap tenang.
“ Saya. Saya yang kata.
Tengoklah family awak! Saya? Saya Cuma ada mak saya je. Lagipun keluarga saya
miskin Im.”
Imran merengus geram.
Dia cukup tidak suka bila Aimi membanding-bandingkan hidupnya dengan orang
lain.
“ Aimi. Jangan cakap
macam tu. Kita semua sama saja. Manusia. Dan saya pun macam awak. saya manusia
yang tidak sempurna.”
Aimi terus mendongak
memandang Imran. Dia tersenyum pula. Tapi sinis.
“ Awak cakap senang.
Ya. Memang kita semua sama. Tapi awak lain. Entahlah. Tapi..”
“ Cukup Aimi. Yang
penting kita berdua saling menyayangi. Tu dah cukup!” Imran dah bertegas. Dia
tak mahu Aimi merendahkan dirinya lagi. Dia dah tak sanggup dengar.
Aimi terdiam. Ya.
Memang dia sayangkan lelaki di depan matanya saat ini. Tapi, bila lelaki ini
mengambil keputusan untuk berkahwin dengan dia. Tidak ke terlalu cepat?
“ Aimi. Saya ikhlas nak
kahwin dengan awak. Saya nak jaga awak. Saya nak lindungi awak.”
“ tapi ayah saya baru
pergi awak.” Nada Aimi sudah bergetar. Dia sedang menahan sebak.
“ Ini pun permintaan
arwah ayah awak Aimi.”
Imran yang tadinya
bersandar elok pada kereta terus berdiri tegak. Dia mula mendekati Aimi.
“ Awak tahu tak? Dulu
arwah ayah awak pernah cakap kalau betul sukakan awak. Jangan berlengah. Dan
arwah ayah awak kata dia suka kalau saya jadi menantu dia.” Sambung Imran lagi.
Dia teringat lagi kata-kata arwah ayah Aimi satu ketika dulu.
Aimi terkedu. Ayah.
“ Saya tahu ia terlalu
awal untuk awak. Tapi, benarkan saya untuk menjaga awak buat seumur hidup saya?
Lepas kahwin dengan saya kalau awak nak pergi sambung study pun saya tak kisah.
Saya benarkan. Lagipun memang itu niat awak kan? Jangan risau. Saya akan
tanggung segala-galanya.” Ujar Imran dengan tekad.
“ Jangan ingat saya
kahwin dengan awak sebab harta Im.” Aimi sudah bertegas.
Imran tersenyum. Dia
terus menganggukkan kepalanya.
“ Yes. I know. Sebab tu
saya sayangkan awak.”
Aimi terus menoleh ke
arah lain bila menyedari mata itu sedang merenungnya.
“ Beri saya waktu.
Semua ni terlalu cepat buat saya. Sekurang-kurangnya tak boleh tunggu lepas
saya dapat result ke awak?” Mata Aimi dah mencerlung ke arah Imran.
Imran menarik sengih.
Suka tengok mata Aimi yang sudah membulat itu.
“ Saya takut awak
dirampas orang lain. Tu yang saya datang cop awak dulu tu.” Ujar Imran dengan
selamba.
Aimi mencebik.
“ Siapalah nak saya ni.
Tak ada maknanya. Kalau dah hati saya ni sayang orang tu. Takkanlah saya nak
terima orang lain.” Aimi mula berkias. Wajahnya juga turut selamba. Tapi dalam
hati dah mula memainkan drum. Haha.
Imran terus tergelak
besar. Aimi dah mula berlawak. Alahai!
“ Kan? Betul juga apa
yang awak katakan tu. Tapi saya tak kira. Keputusan saya dah muktamad.”
Aimi menjongketkan
keningnya. Senyuman sinis dipamerkan.
“ Semenjak bila saya
kata setuju ni?” Aimi mula mengusik.
Imran terdiam. Tapi
mulutnya terus menarik sengihan nakal. Langkahnya terus dimajukan agar
mendekati Aimi. Aimi yang perasan Imran yang semakin mendekatinya itu terus
mengundurkan langkahnya dengan perlahan-lahan. Dia mula meneguk air liur kerana
takut.
“ A..awak nak buat apa
ni?” Gugup Aimi menyoal.
“ Tadi awak kata tak
setuju kan? Saya nak tanya kenapa?”
“ Erk.”
Aimi terus melarikan
diri saat Imran semakin dekat dengannya. Bila dah berjaya lepas, dia terus
masuk ke dalam rumah. Tapi sempat lagi dia menoleh ke arah Imran yang tengah
tersengih itu.
“ Awak jahat!” Jerit
Aimi lantas masuk ke dalam rumah. Tapi, Imran tidak perasan yang bibir Aimi
sudah
mengukirkan senyuman.
Imran di luar dah
tergelak. Kelakar tengok reaksi Aimi tadi. Kalau sehari dia tak usik Aimi tidak
sah. Alahai. Ni yang tak sabar nak kahwin.
“ Imran.”
Tawanya terus mati saat
melihat Maznah. Sengihan pula ditarik.
“ Ye makcik.”
“ Terima kasih ye sudi
terima anak makcik. Makcik tahu dia sayangkan kamu.”
“ Sebab saya pun
sayangkan dia makcik. Makcik. Makcik pujuklah dia ye supaya terima saya.” Pujuk
Imran dengan wajah bimbang. Yela. Takut Aimi tak nak terima.
Maznah dah tersenyum
sipi. Bahu pemuda yang berjaya mencuri hati anaknya itu ditepuk perlahan.
“ InsyaAllah dia pasti
terima punya. Jangan risaulah.”
Akhirnya Imran hanya
menarik sengih. Mudah-mudahan.
**
Aimi leka memandang ke
luar tingkap tanpa sedar sedikit pun akan kehadiran kawan-kawannya yang berada
di belakangnya ketika itu. Dah dua hari berlalu. Ini juga bermakna dah dua hari
Aimi hanya berdiam diri tanpa berhubung dengan sesiapa termasuk Imran. Dia
perlukan ketenangan dan dia juga perlukan jawapan yang pasti. Dia masih buntu
dan tak tahu apa jawapan yang patut dia beri pada Imran. Dia masih teragak-agak
untuk menerima lamaran Imran walaupun dia amat menyayangi lelaki itu.
Terdengar juga keluhan
kecil daripada bibirnya. Penat bermain dengan perasaan, dia pantas menoleh ke
belakang untuk mencari ibunya. Tapi lain pula yang dia nampak saat ini. Faiz
dan Emelda sedang berdiri tepat di depannya saat itu dengan senyuman kecil.
“ Korang! Bila sampai
sini?” Soal Aimi dalam nada yang sangat terkejut.
“ Dah dekat 10 minit
aku rasa. Mana la kau nak perasan dah asyik termenung. Fikirkan siapa? Imran?”
Usik Faiz dengan sengihan panjang.
Aimi tersengih. Lantas
dia mengambil tempat di sofa dan diikuti Faiz dan Emelda. Mereka saling
berpandangan sebelum melepaskan tawa kecil.
“ Korang ada apa datang
sini?”
Emelda mencuit lengan
Faiz agar Faiz memberitahu perkara yang sebenar kepada Aimi. Faiz yang sedar
akan cuitan itu hanya berdiam diri. Dia sendiri tidak tahu nak cakap macam
mana. Tergaru juga kening dibuatnya. Emelda yang melihat reaksi Faiz itu
mendongkol geram. Tadi dia yang beria nak cakap tapi bila berdepan diam pula.
Haish!
“ Korang dah kenapa?”
Terkeluar juga soalan daripada mulut Aimi bila melihat Faiz dan Emelda seperti
tidak tentu arah.
“ Faiz ni ha. Kata nak
cakap sesuatu.” Selamba Emelda menggunakan nama kekasih hatinya itu. Faiz yang
mendengar terus mencerun ke arah Emelda dengan renungan tidak puas hati. Emelda
yang sedar akan hal itu hanya buat muka selamba.
“ Benda apa Faiz?”
Faiz terus menarik
sengih. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum memandang tepat ke arah Aimi.
“ Aimi. Kau dah terima
lamaran Imran?”
Dan soalan itu ternyata
berjaya membuatkan Aimi terkedu. Tapi dia hanya mendiamkan diri. Tiada hati nak
menjawab memandangkan dia tahu ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh Faiz.
“ Aku tahu kau susah
nak terima sebab kau fikirkan masa depan kau. Kau fikirkan mak kau. Dan kau
fikirkan study kau. Aku tahu. Tapi aku yakin Aimi. Yakin sangat yang dia boleh
bahagiakan kau. Percaya cakap aku. Kau tak tahu, sepanjang kau tidak sedarkan
diri sebelum ni. Dia lah banyak menemani kau. Dia langsung tidak pernah
berputus asa selagi kau tidak sedar. Aku nampak Aimi. Nampak sangat yang dia
memang betul-betul cintakan kau.”
Luahan Faiz yang
panjang lebar itu ternyata berjaya membuatkan Aimi sebak. Dia terharu. Ya. Dia
tahu yang Imran sayangkan dia. Tapi dia tidak tahu apa pengorbanan yang telah
dibuat Imran sepanjang dia tidak sedarkan diri sebelum ini.
“ Aku takut.”
Aimi tersenyum hambar
saat berkata demikian. Dia pandang wajah Faiz dan Emelda silih berganti sebelum
tunduk memandang jari. Hatinya jadi berbelah bahgi. Tapi dia dah lakukan solat
isthikarah. Dan jawapannya positif. Cuma dia tak yakin dengan diri dia sendiri.
“ Kau nak takut apa
AImi?”
Emelda bangun dan duduk
di sisi Aimi. Tangan Aimi digenggamnya erat bersama senyuman kecil. Kepalanya
digelengkan perlahan.
“ Kau tak perlu takut
Aimi. Dia bukan seperti lelaki lain. Dia dah cukup matang dan bukan budak-budak
macam kita ni. lainlah Faiz. Itu aku pun tak percaya.” Sempat juga Emelda
menaikkan nama Faiz.
Faiz yang mendengar dah
mencerun ke arah Emelda. Emelda dan Aimi yang melihat dah tertawa kecil.
“ Yela. Siapalah aku ni
kan?” Faiz dah berjauh hati. Tapi niatnya hanya ingin mengusik.
“ Eleh kau ni. nak
merajuk konon. Ceh!” Aimi mencelah lantas kembali menoleh memandang Emelda.
“ Kenapa kau dan Faiz
terlalu percayakan Imran?”
“ Sebab dia dah banyak
berkorban demi kau. Takkan kau tak nampak? Dia sanggup lakukan apa saja asalkan
kau sembuh.” Giliran Faiz bersuara. Dan kali ni kedengaran serius.
Aimi yang mendengar
terdiam. Layakkah aku untuk terima dia dalam hidup aku? Aku masih muda. Banyak
lagi yang perlu aku pelajari. Tapi dia? Arh! Susahnya nak buat keputusan.
“ Aimi. Kalau Allah dah
tetapkan korang berjodoh. Memang korang tak boleh lari. Kau duduklah sampai ke
hujung dunia pun. Kalau dah tertulis kau dan Imran ada jodoh. Tetap akan
disatukan. Percayalah kata aku ni.” Ujar Emelda pula dengan senyuman kecil.
Aimi tersenyum pula.
Ya. Maybe benar kata kau tu Mel. Cuma aku je yang masih belum yakin.
“ Just give me more
time to think. Please.”
**
Im.
Boleh kita jumpa?
Disebabkan message
itulah kini Imran dah berdiri depan rumah Aimi. Tapi tidak pula dia menapak
masuk ke dalam rumah. Semuanya kerana Aimi sudah pun berdiri depan dia.
Masing-masing hanya berdiam diri. Cuma mata saja memainkan peranan ketika itu.
Imran setia merenung ke arah Aimi manakala Aimi setia tunduk memandang kakinya.
Penat dengan keadaan ini, akhirnya Aimi ambil keputusan untuk membuka mulut
dahulu. Dia perlu bertindak.
“ Im.”
Aimi mendongak
memandang ke arah Imran yang sedang merenung dirinya ketika itu. senyuman kecil
diukir lantas dia menoleh ke arah lain.
“ Awak betul-betul
yakin ke dengan perkahwinan ini?”
Imran tersenyum.
seperti yang dijangka. Aimi betul-betul masih tidak yakin dengan perkahwinan
ini. dan dia perlu buat sesuatu bagi meyakinkan Aimi. Dengar kata Faiz dan
Emelda dah memujuk Aimi. Bila dapat tahu, dia terkejut. Tapi tak sangka mereka
sanggup pujuk Aimi demi kebahagiaan mereka. dan untuk itu Imran berterima
kasih.
“ Dan kenapa awak tidak
yakin? Sedangkan kita saling mencintai Aimi.”
Kedengaran lembut suara
Imran ketika menuturkan kata-kata itu tadi. Aimi yang mendengar terdiam. Tapi
tidak lama bila dia mula memberikan senyuman kecil.
“ Banyak benda lagi
yang saya tidak pandai Im. Saya baru 18 tahun. Sedangkan awak? Dah 25 tahun.
Result SPM pun tak keluar lagi. Kadang-kadang saya rasa malu dengan diri saya
Im.”
Terhambur keluhan kecil
daripada mulut Imran. Ini yang dia tidak suka dengar ni. Aimi selalu sangat
merendahkan dirinya.
“ You know what?
Datanglah banyak mana halangan pun, datanglah seribu wanita pun, dan seberapa
lama mana pun saya tetap tunggu awak. saya akan tetapi pilih awak. dan saya
cintakan awak Aimi. Itu je syarat dia. Saya takkan sesekali buatkan awak derita
sekali lagi. percayalah.”
Imran terus mendekati
Aimi. Bahu Aimi disentuhnya perlahan.
“ Saya takkan paksa.
Tapi saya akan tunggu.” Ujar Imran dengan senyuman manis. Perlahan-lahan dia
melepaskan bahu Aimi lantas menoleh ke belakang. Dia ingin pergi. Berikan lebih
masa kepada Aimi untuk berfikir.
Aimi yang melihat Imran
ingin pergi terus berlari sehingga berdiri tepat Imran. Wajah itu ditatapnya
sehingga Imran menjadi pelik.
“ Ya Allah. Andai dia
benar jodohku. Satukanlah kami. Andai dia bukan untukku. Jauhkanlah kami.” Doa
Aimi lantas tersenyum. Imran yang mendengar turut tersenyum.
“ Imran. Sebenarnya
puas saya fikir. saya pun dah lakukan solat istkhikarah. Dan saya juga dah
dibasuh oleh dua budak bertuah tu. Haha.”
Imran tertawa. Dibasuh?
Amboi. Tapi dia tetap mendiamkan diri.
“ Oleh sebab itu, ya.
Saya terima lamaran awak. InsyaAllah.”
Terdiam. Sunyi sepi.
Hanya mata saling berpandangan. Sesaat kemudian, Imran terus tunduk melakukan
sujud syukur. Aimi yang melihat dah menekup mulut. Dia sangat terharu dengan
kelakuan Imran.
“ Alhamdulillah. Syukur
Ya Allah. Terima kasih.”
Terima kasih kepada
awak Imran. Detik Aimi dalam hati lantas mendongak memandang langit. Terima
kasih Ya Allah.
No comments :
Post a Comment