Dalam hati tak mahu,
kakinya telah pun berada di depan hospital. Aimi menggigit bibir. Masih
ragu-ragu sama ada nak teruskan langkah atau pun berpatah balik. Masih ada masa
ni. Patah balik lah.
Terus Aimi memusingkan
badan ke belakang. Nak pergi secepat yang mungkin. Tapi, langkahnya terus kaku
bila melihat insan yang berdiri tegak di depannya saat itu.
“ Kenapa nak patah
balik? Nak balik?” Duga Imran tanpa secalit senyuman pun. Wajahnya beriak
serius.
Aimi yang melihat terus terkelu lidah untuk menjawab.
“ Masuk. Jangan niat
nak balik. Awak dah sampai pun.”
Terus Imran berlalu
melintasi dia. Langsung tidak dihiraukan Aimi yang terkulat-kulat ingin masuk
atau tidak itu.
Aimi masih statik pada
tempatnya. Mulutnya memuncung. Benci! Mood apa entah tiba-tiba marah macam tu.
Ingat aku ni apa? Ikut suka hati aku la nak pergi ke nak balik ke nak masuk ke?
Kaki aku bukan kaki dia.
“ Aimi! Masuk!”
Aimi yang tengah
memberontak geram tu terus memusingkan badannya semula bila dengar arahan
daripada Doktor Imran itu. Dia mencebik geram. Tapi tidak pula dia mengejar
langkah Imran. Dia pergi dulu dekat kaunter pertanyaan.
“ Kak. Apa mood dia
hari ni? Marah semacam.” Soal Aimi sambil mengerling Imran dari jauh.
“ Oh. Pagi tadi ada
nurse buat hal. Salah sikit je. Tapi sebab salah tu la Doktor Imran naik angin.
Yala. Sebab silap nurse tu pesakit tu hampir mati.”
Aimi mengangguk tanda
faham.
“ Patutlah mood on off
je.” Gumam Aimi perlahan lalu memberikan sengihan pada kak-kak nurse tersebut.
“ Saya pergi dulu ye.”
Terus Aimi menghayunkan
langkah ke arah bilik yang tertera nama Doktor Imran Datuk Ismail itu. Sebelum
masuk, sempat dia mengucap dan menarik nafas. Bila dah bersedia, barulah dia
memulas tombol pintu dan masuk ke dalam.
Tapi dia hanya tercegat
depan pintu. Masih juga teragak-agak nak jalan masuk atau berdiri depan pintu
dia ni. Hoho. Nak jadi patung cendana ke Aimi?
“ Yang awak tercegat
dekat situ apa hal? Duduk la depan saya ni.” suara itu dah kedengaran tegas.
Aimi mengeluh kecil.
Tak mahu hati Imran yang tengah bara tu menjadi lebih bara, Aimi melangkah
perlahan dan duduk seperti yang diarahkan Imran. Dia sengaja memasamkan muka.
Semalam suruh aku datang sini baik-baik. Bila aku datang baik-baik, dilayan tak
baik pula. Benci!
“ Ha. Tu kenapa muka
masam tu?”
Imran yang baru selesai
menyemak dokumen pesakit terus tumpukan perhatian pada Aimi. Wajah Aimi masam.
Terus dahinya berkerut. Tak tahu apa masalah Aimi.
“ Aimi?”
Aimi yang sengaja
mendiamkan diri tadi mula mengukirkan senyuman yang paling tak ikhlas. Ala.
Bukan orang tahu pun kau tu senyum ikhlas ke tak. Asalkan senyum. Haha.
“ Ye saya. Ada apa ye?”
Sengaja Aimi buat-buat tanya.
Imran yang melihat
reaksi Aimi itu terus mengeluh kecil. wajahnya diraup berkali-kali sebelum
memandang tepat ke arah Aimi.
“ Okay. Saya minta
maaf. Tadi mood saya tak okay.” Jelas Imran dengan rasa serba salahnya.
“ Eh! Kenapa nak minta
maaf pula. Awak tak salah pun.”
Aimi sempat mengukirkan
senyuman sinis tapi sekejap je bila wajahnya asyik direnung Imran. Terus dia
tunduk memandang meja. Cantik juga meja ni. Okay. Melalut Aimi! Melalut!
“ Aimi. Please. Jangan
macam ni.” Pujuk Imran pula.
“ Macam mana apa? Orang
datang elok-elok. Datang baik-baik. Tapi kena marah pula. Siap kena arah-arah
lagi. Orang yang tak bersalah pun kena tempiasnya. Lebih baik saya balik.” Luah
Aimi dengan nada geram. Jelas yang dia tak puas hati.
Imran yang mendengar
bebelan Aimi terus tersenyum. Hatinya tercuit dengan sikap Aimi tadi. Comel.
“ Okay. Saya minta maaf
okay. Saya yang salah. Sorry please?” Giliran Imran pula buat comel. Siap
kerdipkan mata lagi.
Aimi yang melihat terus
tak jadi nak marah. Tapi dia terus gelak bila tengok Imran yang mengada-ngada
tu.
“ Yela Doktor Imran.”
Imran pula tertawa.
Terus dia bangun dan menuju ke arah sofa. Aimi yang melihat Imran duduk di situ
hanya memandang tanpa bergerak sedikit pun. Lebih selesa duduk di atas kerusi.
Boleh tengok Imran. Haha. Mengada!
“ Nak minta tolong
sikit boleh?”
“ Apa benda?”
Imran tersengih. Dia
memegang bahunya sebelah kiri dan kanan dengan jongketan di kening.
“ Tolong urut bahu saya
boleh? Lenguh dah ni.” Pinta Imran masih dengan sengihan.
Aimi terlopong.
“ La. Kenapa saya pula?
Urutlah sendiri. Saya datang bukan nak jadi orang gaji awak.” Bebel Aimi lantas
bangun dan duduk di depan Imran.
“ Ala. Bukan selalu.
Saya tak bohong. Bahu saya lenguh sangat ni.”
Melihatkan wajah Imran
yang menahan lenguh itu buatkan Aimi simpati. Terus dia tersenyum. Dia bangkit
dan berdiri belakang Imran.
“ Dah. Tepi tangan tu.”
Arah Aimi.
“ Terima kasih.”
Imran terus menurunkan
tangannya. Biar tangan Aimi saja yang mengurut. Sambil tu dia memejamkan mata.
Sejak akhir-akhir ni, pesakit dia terlalu ramai. Sampai nak rehat pun jadi tak
ada masa. Kadang-kadang tu sampai tak tidur. Habis sakit satu badan. Penat.
Tapi itu dah tanggungjawab dia sebagai seorang doktor.
“ Im. Boleh saya tahu
sesuatu tak?”
“ Apa dia?”
Aimi menarik nafas
dalam-dalam sebelum bertanya. Tapi tangannya masih mengurut bahu Imran.
“ Saya masih belum
dapat penderma kan?”
Imran yang elok menutup
mata tadi terus membuka matanya. Serentak itu dia terus menoleh ke belakang.
Urutan Aimi juga terus terhenti.
“ Kenapa awak tanya
macam tu?” Imran dah beriak serius. Aimi yang melihat masih beriak tenang.
“ Saya Cuma nak tahu.
Jawablah.”
Imran terus menoleh ke
depan. Dia tak suka bila Aimi tanya soalan tu. Sebab jawapannya mestilah tiada
lagi. Apa perlu aku jawab? Aku tak nak dia sedih.
Aimi yang melihat
kebisuan Imran itu terus menganggukkan kepalanya. Senyuman hambar terukir.
“ Saya dah tahu
jawapannya. Terima kasih Im.”
Terus Aimi memusingkan
badan untuk beredar. Okay Aimi! Kau merosakkan mood la. Aku just nak tahu je.
Kalau betul masih tiada penderma, aku reda. Aku akan belajar menerima takdir
Allah yang aku akan pergi tak lama lagi. Tu je.
“ Aimi!”
Imran terus bergegas
mendekati Aimi yang ingin keluar daripada biliknya itu. Dia berdiri tepat di hadapan Aimi.
“ Aimi. Saya janji saya
akan cari penderma tu sampai jumpa. Awak akan terus hidup. Percayalah.”
“ Dah la Im. Saya reda.
Ini hidup saya. Jangan berjanji takut memakan diri awak nanti. Saya pergi
dulu.”
Kakinya terus laju
melangkah keluar daripada bilik tersebut. Bila dah berada di luar, air matanya
terus mengalir ke pipi. Dadanya disentuh lembut. Entah sampai bila lagi dia
boleh bertahan. Moga dia akan terus kuat.
Tanpa berlengah, dia
pantas melangkah keluar daripada hospital itu. Mungkin lepas ni dia takkan
jumpa dengan Imran lagi. Mungkin ini buat kali terakhir. Kecuali dia saki
teruk. Maafkan saya Imran.
**
Kakinya yang laju ingin
masuk ke hospital itu terus jadi perlahan bila matanya menangkap kelibat Aimi.
Dia jadi pelik. Buat apa Aimi dekat hospital? Tapi dia tak mampu nak jawab
persoalan itu sebab dia tak tahu. Akhirnya dia biarkan saja Aimi berlalu.
“ Nurse. Boleh saya
tahu di mana bilik Nur Khairiah?”
“ Kejap ye.”
Razif tunduk memandang
jam tangannya. Dia terlambat. Kata tadi nak datang pukul 10 pagi. Tapi dah
masuk 12 tengah hari dah pun. Nasib badanlah kejap lagi kena marah dengan kakak
dia.
“ Biliknya bernombor
120.” Maklum nurse di kaunter pertanyaan itu.
“ Okay. Terima kasih
nurse.”
Terus Razif berlalu
untuk ke bilik kakaknya. Tapi langkahnya terus terhenti saat ternampak doktor
yang pernah merawat Aimi dulu. Dia ingin menegur tapi tengok reaksi doktor tu
saat ini maybe tak sesuai. Nampak doktor tu macam ada masalah.
Melihatkan doktor tu
ingin melintasi dia. Dia terus duduk di satu kerusi dan mencapai satu majalah.
Buat-buat sedang membaca. Kini, doktor tu betul-betul ada di sebelahnya.
“ Aimi. Mana awak
pergi?”
Razif terus tersentak
saat nama Aimi disebut. Tiba-tiba datang seorang nurse menuju ke arah doktor
Imran.
“ Izati. Ada nampak
Aimi tak?”
“ Dia dah balik doktor.
Kenapa doktor? Doktor gaduh ke dengan dia?”
Razif masih setia
mendengar perbualan dua orang itu. Hatinya dah mula rasa tak tenang.
“ Entahlah. Dia
tiba-tiba tanya fasal penderma. Saya risau.”
Kali ni Razif terus terkedu.
Majalah yang dia pegang tadi hampir saja terlepas daripada tangannya. Hatinya
yang mula rasa tidak sedap hati rupanya tepat. Ternyata benar tekaannya yang
Aimi memang ada sembunyikan sesuatu daripada dia.
“ Saya pergi dululah
doktor.”
“ Yela.”
Berlalu je Doktor Imran
daripada situ, Razif terus bangun dan mengejar langkah nurse yang bernama Izati
tadi.
“ Nurse! Maaf. Boleh
saya tanya sikit?”
Izati terpinga-pinga
bila tiba-tiba ditegur. Tapi dia hanya mengangguk.
“ Erk. Aimi pesakit
dekat hospital ni ke? Dia sakit apa erk? Saya kawan dia.”
“ Oh. Kawan Aimi
Aisya?”
“ Ha. Betullah tu.”
Izati tersenyum. Tapi
tak lama bila mengingatkan tentang Aimi.
“ Dia ada masalah
jantung. Dan sekarang Doktor Imran tengah cuba cari penderma yang sesuai.”
Bagai ada benda tajam
yang menusuk terus ke jantungnya saat mendengar kata-kata nurse Izati itu. Dia
terkedu. Tiba-tiba dia rasakan lututnya lemah dan ingin jatuh.
“ Dik? Adik okay ke
ni?” Risau pula Izati tengok.
“ Ha. Okay. Terima
kasih nurse.”
“ Sama-sama. Saya pergi
dulu ye.”
Selepas hilang saja
kelibat nurse tu. Razif terus terduduk di kerusi berdekatan dengan dia.
Lututnya terus jadi lemah. Badannya jadi tidak bermaya. Air matanya terus
bergenang. Ya Allah!
“ Dia ada masalah
jantung. Dan sekarang Doktor Imran tengah cuba cari penderma yang sesuai.”
Kata-kata itu kembali
bermain dalam fikirannya. Dia menekup mulut kuat. Dia sendiri tidak percaya
dengan perkhabaran itu. Sungguh! Kenapa selama ni dia tidak terfikir langsung?
Air matanya yang bergenang tadi terus mengalir.
“ Lupakan saya.”
“ Ini yang terbaik buat
kita berdua. Saya tak nak awak menyesal.”
Semua kata-kata yang
pernah diungkapkan Aimi terus kembali berlegar-legar dalam fikirannya bagaikan
kaset radio. Ya Allah!
“ Kenapa saya tak
sedar? Aimi. Maafkan saya.”
Akhirnya tangisannya
pecah di situ. Pandangan orang sekeliling langsung dia tidak ambil peduli. Dia
rasa bersalah sangat time ni. Dia rasa dia lah insan yang paling tidak berguna
buat Aimi. Maafkan saya Aimi. Maafkan saya!
No comments :
Post a Comment