Keesokan harinya, Faiz dan Razif terus serbu ke kelas Dina.
Mereka memang tidak puas hati dengan tindakan Dina terhadap Aimi. Nasib baik
Aimi selamat. Kalau tidak, memang Dina akan masuk lokap.
“ Dina! Mana kau!” Jerit Faiz depan kelas Dina. Hatinya
menggelegak marah.
Razif memerhati sekeliling. Wajahnya yang tegang itu
membuatkan pelajar kelas itu jadi kecut perut.
“ Erk. Maaf bang. Cari Dina ke? Dia tak datang hari ni.”
Salah seorang pelajar kelas itu tegur dengan rasa takut.
“ Shit!”
Faiz terus mengetuk pintu kelas mereka dengan geram. Razif
pula meraup mukanya kasar.
“ Tak guna punya perempuan. Mesti dia lari.”
Razif pandang pelajar perempuan tadi dengan senyuman tipis.
Dia cuba memaniskan muka.
“ Boleh tolong abang tak?”
“ Erk. Apa bang?”
“ Ada nombor telefon Dina tak?”
Faiz terus menoleh ke arah Razif. Kenapalah aku tak terfikir
soal itu?
“ Erk. Ada. Kejap nak tulis.”
“ Kalau boleh tulis sekali alamat rumah dia ye.”
Faiz memandang Razif. Bila nampak senyuman Razif. Dia mula
tersenyum. Dia faham apa maksud Razif.
“ Nah bang.”
Razif tengok nombor telefon dan alamat Dina pada kertas itu
dengan perasaan puas. Kemudian dia mengerling Faiz yang tengah perhatikan dia.
“ Kau dah ada idea?” Soal Faiz ingin tahu.
“ Yes. Jangan risau. Aku tahu apa aku nak buat. Jom balik
kelas.”
Yang pasti Faiz dan Razif tak akan lepaskan Dina kalau
apa-apa yang buruk berlaku pada Aimi sekali lagi. Mereka harus ambil tindakan
dengan segera.
**
Selepas waktu kerja tamat, dia bergegas menuju pulang ke
rumah. Bila sampai, dia dapat lihat sebuah kereta yang dia sangat kenali. Tanpa
berlengah dia pantas masuk untuk menemui pemilik kereta tersebut.
“ Puteri! Mana kau?!” Serang Imran sebaik sahaja masuk ke
dalam rumah.
“ Im! Kenapa ni?”
Imran tersenyum sinis. Puteri ada bersama mama aku rupanya.
Mesti dia nak bodek lagi mama aku. Memang perempuan yang tak tahu malu. Dia tak
serik ke dengan perbuatan yang dulu?
“ Mama. Boleh tinggalkan kami dua kejap tak? Im ada benda
nak cakap dengan dia.” Ujar Imran dengan riak serius sambil memandang ke arah
Puteri.
Puteri yang melihat rasa kecut perut. Kenapa pula kali ni?
“ Oh. Okay. Bincang elok-elok. Mama ke dapur dulu.”
Usai, mama Imran berlalu. Imran terus menapak ke arah
Puteri. Tempat kosong di hadapan Puteri di ambil. Wajahnya yang serius itu
terus membuatkan Puteri tunduk memandang lantai. Hatinya dah kecut. Takut.
“ Kau memang cari fasal dengan aku kan?”
Puteri mendongak melihat Imran.
“ Cari fasal? Apa yang I buat?”
Imran tertawa tapi cukup sinis.
“ Kau tanya apa yang kau buat? Hey! Dengar sini. Aku dah
kata yang kita dah tiada apa-apa hubungan. Kau faham kan? Or nak aku translate
dalam bahasa lain?”
Puteri terdiam. Tapi dalam hati memang tidak puas hati.
“ I sayangkan you Im.”
“ Stop! Enough!”
Imran terus bangun. Hatinya dah membara. Dia takut Puteri
kena lempang dengan dia nanti. Baik dia blah cepat.
“ Kau tau tak apa yang jadi dekat hospital tadi? Kau tahu
tak siapa yang datang jumpa aku dan warning aku fasal kau? Kau tau tak?”
Puteri tersentak. Siapa?
Melihatkan wajah Puteri yang blur itu membuatkan Imran terus
meraup rambutnya kasar.
“ Aku tak tahu dia siapa tapi dia siap warning aku supaya
jangan kacau kau. Supaya jauhi kau! Memang selama ini itu yang aku buat. Tapi
kau! Kau punca segala-galanya! Dah ada pakwe buat cara ada pakwe. Sekali lagi
kalau dia datang jumpa aku. Kau tidak akan tahu apa yang aku akan buat dekat
kau. Maybe lebih teruk daripada ini.”
Tajam Imran memandang Puteri. Bila dah rasa puas, dia terus
naik ke bilik. Dia memang tidak boleh lama-lama berada depan Puteri. Hatinya tu
cepat panas bila tengok Puteri. Entah sampai bila kebencian ini akan hilang.
Puteri yang dengar kata-kata Imran terus merengus geram. Ini
mesti kerja Khai. Ish! Tak guna punya Khai! Aku tak kacau dia pun. Tak boleh
jadi. Aku mesti lakukan sesuatu.
“ Eh! Puteri. Mana Imran?”
Muncul Datin Hanis dengan kerutan di dahi. Tadi Imran yang
cakap nak bincang sesuatu dengan Puteri. Tapi sekarang dah menghilang?
Puteri tersentak. Pantas dia mengukirkan senyuman. Tapi
dalam hati dia geram sangat-sangat dengan Khai dan Imran.
“ Dia dah naik atas. Maybe letih kot.”
Puteri terus menoleh ke arah tangga bila menyedari kelibat
Imran. Imran pandang tajam dari atas lalu terus turun dan menuju ke dapur.
Tiada hati nak berdepan dengan Puteri lagi.
“ Im! Kamu nak apa? biar mama buatkan.”
Datin Hanis terus bangun dan mengekori langkah Imran
sehingga ke dapur. Imran yang menyedari kehadiran mamanya itu terus mengukirkan
senyuman.
“ tak apa ma. Im boleh ambil sendiri. Ma… bila dia nak
balik?”
Imran mengambil tempat di meja makan. Fikirannya runsing
sangat sekarang ni.
“ Eh. Ada pula tanya mama macam tu. Dia kan tetamu kita.
Yang Im ni. Tadi kata nak jumpa Puteri.”
Imran tersenyum sinis. Terus diteguk minuman yang dia ambil
tadi sampai habis.
“ Dah jumpa tadi. Mama. Kalau dia rasa dia tak ada apa-apa
hal lebih baik balik la. Menyemak je duduk sini.”
Terus Imran bangun dan meninggalkan Datin Hanis
terpinga-pinga. Eh! Apa kena dengan anak aku ni?
“ You!”
Imran yang baru nak naik tangga terus terhenti. Tapi tidak
pula dia menoleh ke arah Puteri.
“ Im. Maafkan I. I tahu I salah. Tapi tak boleh ke you beri
peluang kedua dekat I?” Separuh merayu Puteri berkata.
Imran merengus geram. Terus dia menoleh memandang Puteri
yang cuba meraih simpati itu. terukir senyuman yang cukup sinis.
“ Dulu kalau kau jujur. Maybe boleh aku maafkan kau. Tapi
tidak Puteri. Kau dah hancurkan kepercayaan aku dan khianati cinta aku. Lepas
tu kau nak aku maafkan kau? Mudahnya kau cakap. Kau tak tahu aku punya sengsara
lepas dapat tau perbuatan kau dulu. Kau sedar tak selama ni aku begitu
sayangkan kau?! Ha?!” Imran dah mula membentak.
Puteri tersentak. Dia mula rasa sebak.
“ Ya. I tahu I salah. I minta maaf. I tak sanggup kehilangan
you Im. I terlalu sayangkan you. Ya. Dulu I silap sebab terlalu percayakan dia.
Tapi akhirnya dia tipu I. Please Im.”
Puteri mula mendekati Imran. Tetapi Imran semakin menjauh.
Matanya dah merah menahan rasa. Bila teringat pasti hatinya sakit. Sangat
sakit!
“ Kau ingat mudah? Kau cakap senang! Kalau aku ni robot dah
lama aku maafkan kau. Tapi aku manusia biasa Put! Aku tak sempurna! Kau tak
faham ke? Please Put. Kalau kau tak nak aku lebih bencikan kau. Please. Jauhi
aku. Kau berhak bersama orang lain but not me. Please.”
Terus Imran berlalu naik ke atas. Tanpa Puteri sedar, air
mata Imran telah mengalir. Imran terus menyeka air matanya. Kasar. Dia dah tak
sanggup nak hadapi semua ini. Dia cuba untuk membenci Puteri. Tapi dia tak
boleh terlalu bencikan Put. Rasa sayang tu still ada. Bukan mudah untuk
melupakan seseorang yang dicintai.
Puteri dah terduduk dengan linangan air mata. Dia cukup
kesal dengan perbuatan dia dulu. Tapi jujur dia terlalu cintakan Imran. Dia tak
mahu kehilangan Imran.
“ Im. I miss you.”
**
Aimi hanya tersenyum saat melihat teletah kawan-kawannya
yang datang melawat itu. sebenarnya dia baru keluar hospital. Dan kawan-kawan
dia datang melawat di rumah. Aimi rasa hidupnya lengkap kini. Dia dah tak risau
tentang penyakit dia sebab dia mempunyai kawan yang cukup memahami.
“ Aimi. Kau tahu tak? Faiz ni boleh tidur dalam kelas tadi.
Time cikgu Habsah pula tu. Memang kena la!”
Emelda tergelak bila tengok Faiz dah mencerlung ke arahnya.
Faiz dah geram tu.
“ Kau jaga sikit Mel. Kau ingat aku tak tahan ke daripada
tidur. Aku tahan kot. Tapi Cikgu Habsah buat aku tertidur. Kau faham je la kan?
Aku ni bukan peminat sejarah macam kau.” Balas Faiz dengan nada tidak puas
hati.
“ Yela tu. Haha. Malu cakap malu.”
Faiz terus ketuk kepala Emelda kerana terlalu geram. Tapi
malu juga sebab Aimi tahu.
“ Ouch! Aku cakap je kot tapi tak ketuk pun kepala kau. Main
kasar nampak.”
Razif dan Aimi saling berpandangan sebelum tertawa kecil.
“ korang ni! macam budak-budak la. Aku kahwinkan korang
nanti baru tahu.” Suara Aimi dengan sengihan.
“ No!”
“ Never!”
Kata mereka berdua serentak. Lepas tu dua-dua terus menoleh
ke arah lain. Teletah mereka sekali lagi berjaya membuatkan Razif dan Aimi
tertawa.
“ Tahu pun takut. By the way.. korang dah jumpa Dina ke?”
Aimi menyoal dengan nada risau. Takut kawan-kawan dia buat macam-macam dekat
Dina.
Tiga orang sekawan tu terus terdiam. Masing-masing memandang
antara satu sama lain. Lepas tu terdengar Faiz mengeluh kecil. Aimi yang
melihat jadi tanda tanya.
“ Kenapa ni?”
“ Dia tak datang hari ni. Aku tahu dia takut. That’s why dia
tak datang ke sekolah. Tapi Razif sempat minta nombor phone dan alamat dari kawan
dia. Kalau esok dia still tak datang, maybe kami akan serang rumah dia.” Jelas
Faiz.
“ Tapi korang nak buat apa?” Soal Aimi lagi.
“ Kami akan bagi pengajaran dekat dia.” Tiba-tiba wajah
Razif menjadi tegang. Aimi yang melihat tersentak.
“ Janganlah buat benda yang tak baik dekat dia. Dia tak
sengaja la.” Aimi cuba membela Dina.
“ Tak sengaja kau cakap! Sampai kau masuk hospital kau kata
tak sengaja?” Emelda dah mula tertawa. Tapi sinis.
Aimi terdiam.
“ Kau jangan risau Aimi. Kami tahu kerja kami. Yang penting
kau selamat. Kau kena percayakan kami.” Ujar Faiz dengan tenang.
Aimi yang melihat hanya menganggukkan kepalanya. Dia tak
mampu untuk halang kawan-kawannya lagi. Biar mereka uruskan segala-galanya.
“ By the way… esok kau datang tak?” Emelda ingin tahu.
“ InsyaAllah aku datang. SPM dah dekat beb.”
“ Baguslah.”
Suasana menjadi sepi seketika. Masing-masing melayan
perasaan. Aimi yang sedar hal itu terus bangun. Mereka yang lain terus
mendongak melihat Aimi.
“ Jom. Aku belanja korang makan. Mak aku masak sedap punya
untuk korang.” Ajak Aimi dengan senyuman.
“ Beres!!”
Emelda dan Aimi dah berlalu. Tapi Razif dan Faiz masih
statik pada tempat.
“ Bro. Kau terlalu sayangkan dia kan?” Suara Faiz tiba-tiba
sambil memandang Emelda dan Aimi.
Razif yang mendengar terus menarik senyum.
“ Erm. Sayang. Sampai aku tak boleh duduk diam kalau dia
dalam bahaya.”
“ Aku bangga dengan kau. Kau jaga dia baik-baik. Kalau kau
buat dia nangis, aku takkan teragak-agak datang serang kau pula.”
Razif terus gelak. Bahu Faiz ditepuknya.
“ InsyaAllah. Tak.”
Faiz terus menoleh ke arah Razif. Senyuman panjang ditarik.
Dia menghulurkan tangan kanannya pada Razif. Razif yang melihat menjongket
kening.
“ Best friend forever?”
Razif menyambut dengan anggukan.
“ Forever!”
No comments :
Post a Comment