Okay. Dah masuk bab 2. Aku tak tahu apa reaksi korang selepas baca enovel ni. Mengecewakan or okay or kurang memuaskan? Huhu. Tapi, jangan cepat menilai dan tunggu sampai penghujung cerita. Yeah.
Pagi itu, Aimi terkocoh-kocoh ke sekolah gara-gara takut
terlewat. Sedangkan, baru pukul 7 pagi. Sarapan pun dia belum sempat nak jamah.
Orang tuanya yang melihat pun jadi bingung. Tapi, mereka hanya mampu melihat
dengan gelengan. Itulah Aimi Aisya yang kalut orangnya.
Aimi merenung jam tangannya. Cepat Aimi! Cepat! Kau belum
selewat ni. Kalau tidak tepat pukul 7 kau sudah berada dalam kawasan sekolah.
Tapi, kau dah lewat 1 minit. Arh!
“ Dik! Awas!”
Aimi yang baru nak melintas jalan tu terhenti mengejut saat
ada kereta laju yang hampir-hampir nak melanggarnya. Mujur dia sempat brek
mengejut. Tapi itu belum mampu hentikan debaran di jantungnya. Entah kenapa,
tapi jantungnya seakan-akan berdegup dengan kencang. Lain daripada biasa.
“ Dik? Adik tak apa-apa kan? Sorry. Abang tak perasan tadi.”
Pemandu kereta tadi mula jadi cemas bila tengok keadaan Aimi
yang diam seribu bahasa. Aimi yang menyedari teguran itu tersenyum tawar.
“ Saya okay. Maafkan saya. Saya pergi dulu.”
Pantas Aimi melintas selepas meminta maaf kepada pemandu
kereta tadi. Rasa lain pada jantungnya itu diabaikan. Dia perlu cepat sampai ke
sekolah.
**
“ Semua cuba buat latihan dekat muka surat 4 tu. Nanti kita
bincang.”
Aimi memandang depan tanpa perasaan. Kepalanya tiba-tiba
rasa kosong. Entah kenapa dia macam tak boleh berfikir. Dia asyik teringat
kejadian pagi tadi. Cuba kalau pemandu kereta tu tak brek dan dia pun tak
berhenti, pasti dia sudah ada dekat hospital sekarang ni. Arh! Aku pun satu.
Langsung tak berhati-hati. Boleh je kot aku tunggu kereta tu pergi dulu. Salah
aku!
Tiba-tiba bahunya disenggol. Itu membuatkan dia tersentak
dan pantas cuba fokus akan latihan yang ada depan matanya itu.
“ kau asal? Daripada tadi aku tengok kau asyik mengelamun
je.”
Emelda perasan. Bukan tak perasan. Sebab AImi bukan jenis
suka termenung tak fokus dalam kelas. Aimi ni budak contoh kat sekolah ni. so,
dia jadi hairan la. Kalau Aimi termenung tu, that mean dia ada masalah.
“ Aku okay. Buatlah kerja kau.”
Aimi sedaya yang boleh cuba elak daripada jawab pertanyaan
Emelda itu. Biarlah dia je yang tahu apa jadi pagi tadi.
“ Pelik lah kau ni. Ke, kau terfikir crush kau? Kau jangan.
Exam tinggal 2 bulan je lagi.” Emelda berpesan.
Aimi tersenyum.
“ Mana ada. Aku langsung tak teringat dia la. Dah lah.
Sambung buat kerja tu. Nanti cikgu nak bincang kan?”
Aimi terus buat-buat fokus akan latihan Matematik itu. Tapi,
dia tak boleh apabila dadanya tiba-tiba sakit tetiba. Rasanya lebih teruk
daripada pagi tadi. Pagi tadi just berdegup kencang sampai dia susah nak
bernafas. Dan sekarang? Rasa lebih teruk. Macam sesak nafas pun ada. Sakit
sangat! Ya Allah!
Aimi cuba menenteramkan perasaannya dan kesakitan itu. Dia
menarik nafas dengan perlahan-lahan lalu menghembuskannya kembali. Setelah tiga
kali dia berbuat demikian, barulah rasa sakit tu beransur hilang. Aimi cuba
mengukirkan senyuman. Sampai berpeluh dibuatnya. Mujur Emelda tak perasan.
“ Beb. aku nak ke tandas kejap.” Ujar Aimi lalu bangun dan
meminta kebenaran dekat cikgu.
Emelda yang memandang tingkah Aimi yang pelik itu jadi
tertanya-tanya. Aimi? Kau ada masalah ke ni?
**
Langkahnya makin lama makin laju. Dia Cuma nak cepat-cepat
ke tandas. Rasa sakit itu menyerang kembali. Ya Allah. Tolong bertahan. Aku tak
nak sesiapa nampak.
“ Aimi!”
Aimi mengetap bibir saat namanya diseru. Dadanya yang terasa
sakit itu dibiarkan seketika. Dia cuba menahan sebaik mungkin sakit itu lalu
cuba mengukirkan senyuman. Selepas dia berjaya mengawal rasa sakit itu, barulah
dia menoleh ke belakang. Rupanya Faiz.
“ Kenapa? Aku nak cepat ni.” Ujar Aimi dingin.
“ Kenapa kau letak telefon semalam? Aku tak sempat nak cakap apa-apa.” Faiz menyuarakan
kekesalannya.
Dia tahu, sebelum tu dia dah kata tak nak ambil peduli lagi
dan biarkan Aimi bahagia. Tapi, hatinya sukar untuk berbuat demikian. Lagipun,
dia dah lama nak call Aimi Cuma tak ada keberanian. Cuma malam tadi je dia
tiba-tiba dapat keberanian tu.
“ Aku terkejut je. That’s why terletak. Sorry. Ada apa-apa
lagi tak? Aku nak ke tandas ni.” Aimi rasa geram pula tiba-tiba.
Faiz tunduk dengan rasa serba salah.
“ Aku minta maaf sebab selalu kacau kau sebelum ni. Aku Cuma
nakkan perhatian kau je. Sebab aku suka kau.”
Aimi tersentak. Dan rasa terkejutnya itu membuatkan dadanya
bertambah sakit lagi. Arh! Tahan! Tahan!
“ Aku janji. Lepas ni aku takkan kacau kau lagi. Aku juga
akan buat tak kenal kau. Even kita satu kelas. Aku..”
Aimi dah mula rasa penat. Penat tahan sakit ni. Dia sudah
tidak mampu untuk berdepan dengan Faiz lagi. Dia takut dia tumbang depan Faiz.
“ Dah. okay. Aku maafkan. Aku pergi dulu.”
Terus Aimi berjalan meninggalkan Faiz. Dadanya disentuh. Dia
tumbuk-tumbuk dada itu gara-gara sakit yang amat. Malangnya, dia dah tak tahan
untuk tahan sakit itu lalu rebah betul-betul di hadapan kelas Razif.
“ ya Allah! Aimi!”
Faiz yang baru nak beredar tadi terus tak jadi bila dia
nampak Aimi rebah. Pantas dia mendekati Aimi dengan rasa cemas. Satu kelas
Razif pun terkejut. Terutama Razif sendiri.
“ ya Allah. Apa dah jadi dengan kamu ni Aimi?”
Cikgu Hani yang mengajar di kelas 5 Arif itu pantas keluar
dan melihat keadaan Aimi.
“ Faiz. Tolong panggilkan cikgu disiplin. Lepas tu suruh dia
call ambulance. Cepat.”
Faiz yang memang rasa takut itu terus buat apa yang disuruh.
Razif yang berada di situ turut menjadi risau.
“ Cikgu…”
“ Kamu tolong kipaskan dia.”
Razif hanya menurut. Aimi. Bangunlah! Jangan buat saya
risau. Awak kenapa?
No comments :
Post a Comment