Aimi Aisya
Nama yang terpampang pada hujung katil itu diperhatinya
dengan seribu perasaan. Terlalu banyak yang dia fikir saat ini. Kemudian,
matanya meliar ke arah wajah yang sedang nyenyak tidur itu. Terbit senyuman
kecil pada bibirnya.
“ Saya rasa bersalah sangat sebab hampir langgar awak pagi
tadi. Mujur awak tak apa-apa. Tapi kenapa awak boleh sampai jadi macam ni?
Kenapa awak diserang penyakit ini.”
Imran akhirnya memusingkan badannya untuk beredar. Dia tak
boleh lama-lama berada di situ atau dia akan termenung dengan lebih lama.
Dengan berat hati, kakinya melangkah ke pintu. Tetapi, sempat juga dia menoleh
sekilas.
“ Cepat sedar. Orang tua awak sedang menunggu awak dekat
luar.”
Selepas itu barulah dia berlalu keluar. Nafasnya ditarik
dalam lalu hembuskannya bersama senyuman.
“ Doktor Imran!”
Panggilan itu membantutkan langkahnya. Terus dia menoleh ke
belakang. Rupanya Izati.
“ Ada apa?”
“ Waris Aimi tengah tunggu doktor.”
Imran hanya mengangguk lalu cepat-cepat pergi ke bilik
kerjanya semula. Dia harus kuat untuk sampaikan berita ini kepada mereka. Kalau
dia tak kuat, apatah lagi waris Aimi tu.
“ Assalamualaikum.” Tegur Imran sebaik masuk ke dalam bilik
kerjanya. Senyuman kecil diukir bagi menghormati mereka.
“ Waalaikumussalam.”
Imran mengambil tempatnya dan memandang tepat ke arah mereka
berdua.
“ Doktor. Kenapa dengan anak saya? Dia tak apa-apa kan?”
Akhirnya, soalan yang paling Imran dah jangka akan ditanya
sudah ditanya. Imran masih tersenyum bagi menghilangkan keresahan dua insan di
hadapannya itu.
“ Dia tak apa-apa. Alhamdulillah keadaan dia dah stabil.”
Azmir yang merupakan ayah kepada Aimi itu sudah menghembus
nafas lega.
“ Cuma…”
Kata-kata seterusnya daripada Imran membuatkan mereka berdua
kembali berdebar.
“ Kenapa doktor? Ada masalah lagi ke?” Soal Maznah pula bagi
pihak ibu Aimi.
Imran mengangguk lalu mengeluarkan dokumen pengesahan
penyakit yang dihidapi Aimi itu. berat tangannya untuk menghulurkan dokumen itu
tetapi itulah tugasnya sebagai doktor.
“ Apa ni doktor?” Sambut Azmir dengan perasaan
tertanya-tanya.
“ Sebenarnya, kami dah buat pemeriksaan lanjut pada anak
encik dan kami dapati anak encik ada masalah jantung.”
Berita yang baru disampaikan doktor Imran tadi seolah-olah
ada batu yang menghempap kepala mereka. Sedih! Itulah perasaan yang dialami
mereka saat itu. Sukar nak percaya tapi itu kenyataannya.
“ Te..teruk sangat ke doktor?” Azmir kuatkan hati untuk
bertanya.
Doktor Imran tersenyum tipis.
“ Alhamdulillah. Tidak seteruk yang disangkakan. Masih boleh
mendapatkan rawatan lebih lanjut untuk melambatkan jangkitan dan mendapatkan
penderma. Sebab jantung ni bukan boleh dibuat main-main. Sekali terkena, Aimi
akan berada dalam bahaya.” Terang Imran dengan lebih lanjut.
Azmir dan Maznah terkedu selepas mendengar penerangan Doktor
Imran tersebut. Mereka rasa mereka gagal melindungi Aimi dengan sebaik mungkin.
“ ya Allah. Beratnya dugaan kali ni.” Maznah sudah
menitiskan air mata. Dia kesal sebab tak mampu nak jaga anaknya dengan baik.
“ Doktor. Tolong sembuhkan anak saya. Saya sanggup bayar
berapa banyak sekalipun kos rawatan dia. Asalkan dia sembuh. Tolong saya
doktor.” Rayuan itu ternyata membuatkan hati Imran terasa sayu.
“ InsyaAllah. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk merawat
dia. Encik jangan risau.”
“ Terima kasih doktor.”
Imran hanya mengangguk lantas mengukirkan senyuman nipis. Ya
Allah. Aku tahu dugaan ini berat buat mereka berdua. Tetapi, kuatkan lah hati
mereka berdua untuk terus tabah. Aku tahu mereka boleh.
“ Dan.. doktor. Boleh saya minta tolong sikit?” Suara Azmir.
“ InsyaAllah. Apa tu?”
“ Tolong rahsiakan semua ini daripada dia. jangan sampai dia
tahu. Saya tak nak dia risau dan akhirnya tak dapat fokus pada SPM. Lagi dua
bulan je yang tinggal. Saya takut dia terus jadi tak bersemangat. Tolong ya
doktor. Kalau dia tanya dia sakit apa. doktor cakap la dia stress ke apa ke.”
Imran terdiam. Tetapi, memikirkan kebaikan dan keburukan
yang Aimi akan dapat. Akhirnya dia menganggukkan kepala.
“ InsyaAllah. Bawa bersabar ye encik dan puan.”
“ Terima kasih doktor.”
Aimi Aisya. Kuatkan semangat awak.
**
Aimi membuka matanya dengan perlahan-lahan. Apabila ada
sorotan cahaya yang masuk ke dalam matanya, dia pantas memejamkan kembali
matanya. Tapi tidak lama apabila dia kembali membuka matanya. Agak kabur
pandangannya tetapi hanya sekejap bila dia mula melihat sekeliling.
“ Aku kat mana ni?”
Aimi cuba bangun tetapi rasa kebas di dada menyebabkan dia
kembali baring. Dia melihat tubuhnya. Berselirat dengan wayar. Kenapa dengan
aku ni?
“ Aimi dah bangun?”
Muncul ibunya dengan buah di tangan. Aimi yang melihat sudah
tidak mampu berfikir. Dia Cuma nak tahu dia ada di mana.
“ Mak. Aimi dekat mana?”
“ Kamu dekat hospital nak. Tadi kamu pengsan dekat sekolah.
Ingat tak?”
Aimi cuba ingat kembali apa yang berlaku. Sesaat kemudian,
dia tersentak. Dia telah pengsan selepas melarikan diri daripada Faiz dan cuba
menahan sakit di dada. Eii! Malunya!
“ Nah.. mak ada kupas buah. Makan ye. Mak nak panggilkan
ayah kamu jap.”
Aimi hanya mengangguk tapi tak pula dia makan buah tersebut.
Dia tiada selera nak makan. Dia Cuma fikirkan apa yang terjadi dekat sekolah
tadi. Bila teringat kata-kata Faiz, dia rasa tak boleh nak bernafas. Dia
terkejut sangat-sangat bila dapat tahu Faiz ada simpan perasaan padanya.
Sedangkan, dia sukakan dekat orang lain.
“ Assalamuaikum Aimi Aisya.”
Suara yang asing itu menarik perhatian Aimi untuk menoleh ke
arah pintu.
“ Waalaikumussalam. Doktor?”
“ Ya. Saya doktor awak. macam mana keadaan awak? okay?”
Imran masuk dan berdiri di hujung katil Aimi. Dia melihat
keadaan Aimi yang tengah duduk itu dengan senyuman kecil.
“ Erk. Okay.”
Aimi jadi segan tiba-tiba. Doktor lelaki dan muda lagi. Mana
tak segan. Kalau tua lain cerita. Haha.
“ Okay. Good. Lepas ni saya nak awak jaga pemakanan,
kesihatan dan jangan terlalu banyak berfikir. Nanti akan mempengaruhi kesihatan
awak. maybe nanti awak akan jadi tertekan lepas tu pengsan lagi. okay Aimi?”
Aimi blur seketika tapi dia terus mengangguk tanpa faham apa
maksud doktor itu. sebab dia tak dapat berfikir dengan baik saat ini. macam
tengah mamai pun ada.
“ Okay. Saya keluar dulu. Ingat pesan saya tu. Dan bila rasa
sakit terus datang jumpa saya. Saya pergi dulu.”
Imran rasa nak tergelak tapi dia tahan. Dia Cuma tak tahan
tengok reaksi Aimi itu. Macam orang baru masuk hutan. Blur sangat. Ingat dia
tak tahu ke? Angguk je tau tapi faham entah ye entah tidak la Aimi tu. Haha.
“ eh! Doktor Imran.”
Tiba-tiba muncul Azmir bersama Maznah bersama senyuman
lebar.
“ Ya saya. Saya keluar dululah. Ingat Aimi. Jaga kesihatan.”
Sempat lagi Imran tinggalkan pesan sebelum keluar daripada
situ. Aimi yang tidak tahu apa-apa hanya mampu berdiam diri. Alahai. Doktor ni
pun satu. Buat aku pening lagi adalah.
“ Aimi.”
“ Ya mak.”
Aimi memandang tepat ke arah wajah Maznah dan hadiahkan
senyuman buat ibunya itu. kalau tiada ibu dan ayahnya, sudah pasti dia akan
susah dan sedih.
“ Lepas ni Aimi kena rajin datang ke hospital. Sebab doktor
nak buat pemeriksaan lebih lanjut. Ya?”
Aimi terdiam. Laa. Kenapa pula?
“ Dengar cakap mak tu Aimi. Ini demi kebaikan kamu. Kalau
jadi macam ni lagi? siapa yang susah? Kamu juga.”
Aimi tunduk memandang jari. Ya. Dia tahu dia salah.
“ Dah. lupakan tentang tu. sekarang meh mak suap kamu. Kamu
pun mesti lapar kan?”
Aimi mengangguk dengan senyuman yang tidak dapat
ditafsirkan. Dia cuba mencerna kata-kata doktor dan ayah itu tadi. Tapi, dia
gagal menangkap maksud mereka. biarlah.
**
Si A pandang Si B. Si B pun pandang Si A. Dua-dua saling
memandang dalam kelas 3 Arif ketika itu. Orang lain yang sedang tengok drama
percuma tu pun jadi berdebar menanti tindakan seterusnya yang akan dibuat salah
seorang mereka.
“ Aku dah bertekad. Aku nak dapatkan hati dia.” Kenyataan
Razif ketika itu sangat mengejutkan Faiz.
“ Kenapa? Kau suka dia?”
Razif tersenyum sinis mendengar soalan Faiz. Apa? Ingat kau
seorang je boleh suka dia? Aku tak boleh? Jangan harap!
“ Kalau suka pun apa masalahnya? Tak kacau urusan kau pun.”
Faiz merengus geram. Dia terasa tercabar.
“ Aku takkan kalah dengan kau lah. Aku tahu Aimi sayangkan
aku. so, baik kau blah!”
Razif tertawa besar tapi penuh dengan perlian.
“ Ikut suka kau. Yang pasti, aku suka dia. tu pun dah
cukup.”
“ Kau sedar sikit kau tu siapa? Aku takut nanti Aimi akan
dicemuh dan di pandang rendah je disebabkan reputasi kau dekat sekolah ni. kau
dah lupa kau siapa?”
Kata-kata Faiz langsung tidak membuatkan Razif berputus asa.
Malah Razif terus memberikan senyuman yang paling ikhlas pada Faiz.
“ Aku tak peduli semua tu. Selagi dia ada di sisi aku selagi
tu la aku akan lindungi dia.”
Faiz merengus geram. Kalau dia terus ada dalam kelas ni
maybe dia akan meletup. So, baik dia blah. Keluar je daripada kelas tu,
tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan berdiri tepat di hadapannya. Faiz
hairan dan berdepan juga dengan pelajar tu.
“ Kau nak apa?”
“ Kau suka Aimi kan?”
Kenyataan itu mengejutkan Faiz. Eh! Mana minah ni tahu?
“ Siapa kau?”
Bibirnya mengukirkan senyuman sinis.
“ Aku Dina. Aku pelajar form 4. Dan aku suka Razif. Tapi aku
dengar dia sukakan Aimi. Aku tak faham. Kenapa ramai sangat orang sukakan dia?”
Faiz terdiam. Tengok gaya dan cara dia ni, aku tahu dia ni
berniat jahat.
“ So what?” Soal Faiz balik dengan muka bosan.
“ Kalau kau sudi, aku ada pelan untuk kau dapatkan Aimi dan
aku pula dapatkan Razif. Amacam?”
Dan Faiz terus terkedu. Dah agak!
No comments :
Post a Comment