Hari baru. Semangat baru. Azam baru. Dan Aimi yang baru.
Yeah! Dia dah sampai ke sekolah dengan semangat yang baru. Lupakan apa yang
berlaku sebelum ni. Fasal penyakitnya itu akan cuba tidak dikisahkan sangat
kalau tidak bertambah teruk jadinya. Cuba jadi seceria yang boleh. Yeah!
“ Hai.” Tegur Aimi
apabila masuk ke dalam kelasnya. Yang kelihatan hanya Emelda.
Emelda yang mendengar suara Aimi terus mendongak daripada
memandang buku. Lebar terus senyuman dia.
“ Aimi! Ya Allah! Kau datang juga akhirnya. Rindu kau!”
Terus tubuh Aimi didakapnya. Aimi yang terkejut terus
tertawa kecil. Mel…Mel.
“ Aku dah sihat so aku datang. Lagipun kan? Tinggal sebulan
je lagi nak SPM. So, aku tak nak lah hampakan orang tua aku.”
Pelukan dileraikan. Emelda terus mengangguk tanda setuju
dengan kata-kata Aimi. Terus ditarik tangan Aimi agar duduk ditempatnya.
“ Aku ada story. Hot punya!”
Wajah teruja Emelda itu membuatkan Aimi tergeleng. Emelda
dengan gosip memang tidak dapat dipisahkan.
“ Kau jangan lah nak gosip-gosip pagi-pagi buta ni weh.
Orang datang nak belajar.” Aimi mula berleter.
“ Bukan gosip! Tapi benda betul. Berkaitan dengan Razif dan
Faiz.”
Dengar je nama berdua tu, Aimi terus pandang Emelda.
“ Kenapa dengan mereka? gaduh ke?”
Emelda tersengih.
“ tu la kau. Lama sangat tak datang sekolah. Banyak dah yang
kau tertinggal.”
Aimi terdiam.
“ Cepatlah!” Aimi mendesak pula. Tak puas hati bila Emelda
tiba-tiba diam dengan sengihan kerang busuk dia tu.
“ Yela. Aku nak cakap la ni. mereka berdua dah jadi kawan.
Satu geng dah pun.” Lapor Emelda dengan perasaan bangga. Sebab kawan dia jugak.
Aimi yang mendengar terus menarik senyuman. Alhamdulillah
lah kalau macam tu.
“ Tapi..”
Aimi mengerutkan dahi pula.
“ tapi apa pula?”
“ Kami tengah cuba siasat sesuatu. Macam detektif pula.
Haha.”
Emelda gelak besar sampai Aimi pun jadi bosan.
“ Kenapa? Cuba kau jangan cerita sekerat-sekerat. Aku tampar
juga nanti kot.” Aimi bagi amaran sebab terlalu geram. Emelda tersengih.
“ Hehe. Sorry. Macam ni. Ada sorang budak form 4 ni. Dia
minat dekat Razif kau. Kemarin dia tiba-tiba bagi hadiah dekat Razif kau tu.
lepas tu kami terjumpa satu botol kecil dalam beg kertas tu. kecil macam minyak
wangi la. And then, Faiz buka dan tengok isi dekat dalam tu. rupanya ada kertas
dan kunci. Yang lagi mengejutkan dalam kertas tu tertulis sesuatu yang
mencurigakan. Sebab tu kami tengah siasat.”
Aimi terdiam selepas mendengar penerangan Emelda.
“ Dan… tak sangka diorang tu boleh berkerjasama.”
Aimi senyum. Baguslah kalau macam tu.
“ Ha. Panjang umur. Dua orang tu baru sampai. Aik? Datang
pun sama-sama ke?”
Aimi terus menoleh ke arah pintu. Kelihatan Faiz dan Razif
tengah bersembang. Bila nampak aku dan Emelda, terus mereka berdua masuk ke
dalam kelas. Razif yang bukan kelas aku pun tau masuk je. apa kisah kan? Ketua
pengawas la katakan.
“ Hai Aimi. Dah sihat ke?” Soal Razif.
“ Alhamdulillah. Korang berdua macam mana? Sihat?”
Faiz tersengih.
“ Terlebih sihat pun ha. Mel. Aku memang tau bukan agak tapi
confirm yang kau cerita dekat Aimi fasal hal kami kan?”
Emelda yang rasa serba salah tu terus tersengih. Minta
simpati la kononnya.
“ Kata kawan. Mestilah cerita.” Suara Aimi pula.
“ Bagus punya kawan.” Faiz rasa nak sekeh kepala Emelda tapi
tak sampai. Nasib baik.
“ Ala. Bukan orang asing. Kawan baik kita juga.”
“ baguslah kalau korang berdua dah berbaik. Tak baik
gaduh-gaduh ni.” Suara Aimi dengan senyuman lebar.
“ Berterima kasih dekat kau juga Aimi. Kalau tidak sampai
sekarang mesti tak rapat macam ni. Anyway… Sabtu ni jemputlah datang rumah aku.
Mak aku ada buat kenduri kesyukuran sikit.”
Semua yang berada di situ hanya mengangguk.
“ InsyaAllah. Eh. Dah nak mula kelas ni. Wahai Razif. Nak
stay sini ke?” Emelda mula mengusik.
Razif tersengih lalu memandang Aimi.
“ Nak keluar la ni. Rileks. Aimi.. jumpa awak nanti. Bye.”
Keluar je Razif daripada kelas. Emelda dan Faiz
masing-masing tersengih nakal. Aimi yang tengok dah jadi pelik semacam.
“ korang ni dah kenapa? Sewel?”
Terhambur juga ketawa daripada mereka berdua.
“ Tak la. Sihat walafiat lagi. kau tu je sewel sebab tengah
angau. Haha. Faiz! Blah!”
Aimi cuba bawa bersabar. Layan dua orang ni sampai bila pun
tak habis. Baik aku study. Sabar jala.
**
“ Doktor.”
Setiap kali dia masuk ke dalam hospital, pasti dirinya
disapa mesra. Dia hanya membalas dengan senyuman. Bila kakinya dah berdiri
tepat di depan bilik yang tertera namanya itu, senyuman ditarik. Tarik nafas
dalam-dalam baru hembuskan. Bila dah puas hati, baru dia masuk ke dalam. Mana nak
tak nya dia jadi macam tu, sebab kejap lagi dia akan berdepan dengan orang
besar hospital tersebut.
“ Assalamualaikum Doktor Imran.”
Dan orang besar yang dikatakan tu merupakan bapa saudaranya.
Haha. Kelakar tak kelakar? Tak pun.
“ Waalaikumussalam. Pakcik dah lama sampai?”
Bila berdua je Imran berani panggil Dr. Ihsan tu pakcik.
Kalau ramai-ramai memang tak la. Etika kerja weh!
“ Baru ja. Kamu dari mana? Rumah?”
Dr. Ihsan melihat Imran dengan rasa senang hati. Bangga bila
tengok kejayaan anak saudaranya itu menjadi doktor. Tak lama lagi maybe boleh
jadi orang besar dekat hospital ni pula. Baguslah.
“ Tak. Dari bilik mesyuarat. Ada hal penting tadi. Pakcik
nak apa-apa tak? Saya boleh ambilkan.” Imran tawar diri.
“ Eh. Tak payah. Kamu duduk ja. Pakcik datang ni pun bukan
sebab kerja.”
Okay. Imran dah mula rasa lain semacam. Agaknya fasal apa?
“ Erk. Fasal apa pakcik?”
“ puteri.”
Dengar je nama tu, mood Imran terus down. Dr. Ihsan ni ayah
Puteri. Jadi memang tak hairanlah Dr. Ihsan bersuara tentang anaknya tu. Ibu
ayahnya bagus. Tapi anaknya tak berapa bagus.
“ Kenapa dengan Puteri pakcik?” Soal Imran dengan senyuman
hambar.
“ Dia ada cakap dekat pakcik yang kamu cuba menjauhi dia.
betul ke?”
Damn! Imran bentak dalam hati. Ini rupanya cara licik kau.
Tak kena dekat aku dan mama aku. ayah kau pula jadi mangsa. Kau memang manusia
yang tak berhati perut!
“ Pakcik faham kan macam mana kami boleh putus sebelum ni.
hanya pakcik je tau masalah kami.” Ujar Imran dengan semangat yang hilang.
Dr. Ihsan terdiam. Dia tahu dan dia sangat simpati dengan
nasib Imran.
“ Dan sebab tu juga saya tak nak ada kaitan lagi dengan
Puteri. Harap pakcik faham.” Sambung Imran lagi. Dia harap sangat dia takkan
dengar nama tu dah. Sakit telinga. Sakit hati dan sakit otak memikirkannya.
“ Kawan pun tak boleh? Pakcik bukan apa. pakcik Cuma
kesiankan dia. selalu sangat merayu dekat pakcik agar dapat rapat dengan kamu
balik.”
Imran merengus geram. Puteri! Kau memang dah melampau!
“ pakcik. Bukan maksud saya nak kecilkan hati sesiapa. Tapi
saya memang tak boleh terima apa yang dia buat. Kalau pakcik kat tempat saya
pun, saya jamin pakcik pun akan buat seperti mana saya buat sekarang. Saya
kalau boleh tak nak ada kaitan apa-apa lagi dengan dia. Harap pakcik faham.”
Imran dah tak tahu nak cakap macam mana. Dia merayu sangat
agar pakciknya tu faham dengan kehendaknya.
Dr. Ihsan tersenyum. Dia sungguh kagum dengan Imran.
“ Pakcik faham. Jangan risau. Pakcik harap kamu dapat jumpa
dengan seorang perempuan yang sesuai dengan kamu.”
Imran tersenyum tipis.
“ InsyaAllah pakcik. Doakan je. Hehe.”
Tiba-tiba pintu bilik Doktor Imran diketuk. Pantas pandangan
mereka tertoleh pada pintu.
“ masuk!” Laung Imran.
Saat pintu terbuka, terjengul kepala seorang perempuan yang
sangat-sangat nak dielak oleh Imran. Imran yang melihat terus menjadi marah.
Manakala Ihsan tergeleng-geleng melihat sikap degil Puteri itu.
“ Hai papa. Hai Im. Ganggu tak?”
Imran sudah meraup wajahnya berkali-kali agar dapat
bersabar. Tak boleh kurang ajar depan bapa saudaranya. Nanti sesekali dengan
dia masuk lokap.
“ Puteri. Kenapa datang sini?” Dr. Ihsan sudah bangun dan
mendekati Puteri yang berada di muka pintu.
“ Ala pa ni. mesti la nak jumpa papa dan Imran.”
Imran terus memandang ke arah skrin laptop. Dia langsung tak
menghiraukan Puteri. Buat sakit hati!
“ Dah. Jom balik. Imran tengah kerja.”
Dr. Ihsan terus tolak belakang Puteri sehingga ke luar bilik
Imran. Sebelum dia menutup pintu, sempat dia menoleh ke arah Imran.
“ Imran. Pakcik balik dulu.”
“ Okay pakcik. Terima kasih.”
Selepas pintu tertutup, barulah Imran mampu menarik nafas
lega. Dia memang tak boleh tahan dengan adanya Puteri tadi. Kalau nak tengok
dia buat sesuatu di luar jangkaan, bagi lah Puteri ada di depan dia. mesti akan
jadi punya.
Tiba-tiba dia teringat akan Aimi. Agaknya apa Aimi tengah
buat erk? Imran tersenyum. Tak boleh jadi! Apa kena dengan aku ni?! Haih!
Masalah!
‘ Kau tengah angau tu Im!’
Imran pantas menggelengkan kepalanya lantas tampar perlahan
kedua-dua pipinya. Bangun Imran! Bangun! Kerja okay kerja! Jangan fikir yang
nonsense!
**
“ Terima kasih cikgu!”
Keluar je cikgu daripada kelas, semua pelajar berpusu-pusu
keluar kelas. Yala. Dah waktu sekolah dah habis. Balik lah. Apa lagi?
“ Aimi. Kau balik dengan siapa?”
Aimi menyusun bukunya elok-elok lalu dimasukkan ke dalam
beg. Matanya mengerling jam tangan. Lepas tu barulah dia toleh pandang Emelda.
“ Ayah aku kot. Entahlah.”
Aimi bangun dan menggalas begnya. Tiba-tiba dia menguap.
Arh! Mengantuk!
“ Jom aku hantar. Lama tak pergi rumah kau.” Ajak Emelda.
Memandangkan dia datang ke sekolah dengan menunggang motosikal. So, mudah bagi
dia untuk ke mana-mana.
“ Tak payahlah. Susahkan kau je. Nanti ayah aku datang
ambil.”
Aimi dan Emelda berjalan pula ke arah Faiz yang tengah
menyiapkan sesuatu itu. muka habis serius dah la tu. sampai orang berdiri di
tepi dia pun tak perasan.
“ Aku tahu lah kau rajin. Tapi waktu sekolah dah tamat bro.”
tegur Emelda.
Faiz tersentak. Nasib tak gugur jantung dia. Dia menjeling
Emelda geram. Kacau!
“ Sikit je lagi ni. Aku malas nak siapkan dekat rumah. Sebab
petang nanti aku ada latihan bola sepak. Mana nak sempat buat. Korang balik la
dulu.”
Faiz kembali menyambung kerja sekolahnya. Aimi dan Emelda
yang melihat hanya mampu menjongketkan bahu.
“ Okaylah kalau macam tu. kami balik dulu.”
Tanpa menghiraukan Faiz, mereka pun keluar daripada kelas.
Terserempak pula dengan Razif. Razif menghadiahkan senyuman kepada Aimi dan
Emelda.
“ Eh! Mana Faiz?” Soal Razif bila sedar Faiz tiada bersama
mereka.
“ Nak siapkan kerja sekolah katanya. Kejap lagi dia balik
la.” Jawab Emelda sambil memerhati sekeliling.
“ Bro. Hari ni Dina tak datang jumpa kau ke?” Suara Emelda
separuh berbisik.
“ Tak pula. Baguslah kalau macam tu.”
Aimi mengerutkan dahi. Siapa pula Dina ni? Macam-macam aku
tak tahu haih.
“ korang. Kalau nak sembang berdua , pergi masuk kelas
balik. kalau tak nak balik, aku nak balik.” Aimi memberikan arahan tapi sambil
tersenyum. senyuman sindir sebenarnya.
Emelda tersengih manakala Razif sudah tergelak.
“ Sorry beb. okay. Jom balik. Razif jumpa esok.”
Baru dua langkah Emelda dan Aimi berjalan, tiba-tiba seorang
pelajar perempuan datang merempuh dan terkena Aimi. Nasib baik Aimi sempat
seimbangkan badan dia daripada terjatuh. Emelda pula terkejut besar.
“ Woi! Jalan pakai apa?” Emelda menjerit geram. Tapi yang
pelik budak tadi terus menuju ke arah Razif.
“ Sabar Mel sabar.” Aimi cuba mententeramkan perasaan
Emelda.
Emelda pandang pelik ke arah mereka berdua. Tak silap aku tu
Dina. Jangan-jangan..
“ Razif!”
Emelda pantas tarik tangan Aimi dan menuju semula ke arah
Razif. Razif yang sememangnya terkejut dengan kemunculan tiba-tiba Dina tu
bersyukur bila Emelda kembali ke arahnya.
“ Mel.”
Kini, semua mata tertumpu pada Dina. Dina yang melihat dah
kecut perut.
“ Oh. Kau yang main rempuh kami tadi. Nasib baik tak jatuh.
Mata tu letak mana sayang?” Bukan main baik lagi Emelda sindir. Aimi
disebelahnya hanya mampu mendiamkan diri.
Dina terkedu. Dalam hati dah mengata macam-macam. Memang dia
sengaja rempuh mereka berdua terutama Aimi. Tapi tak menjadi pula rancangan dia
nak menjatuhkan Aimi depan Razif.
“ Dah lah Mel. Dia tak sengaja la.” Aimi cuba membela bila
tengok Dina diam daripada tadi. Rasa kesian pun ada.
“ Aku tak boleh sabar sebab dia sengaja! Dia ingat kita ni
kecik macam semut kot.”
Belum sempat Aimi nak bersuara lagi, Faiz tiba-tiba muncul.
Dina yang sedar dengan kewujudan Faiz terus berura-ura nak beredar daripada
situ. Dia dah tak selamat!
“ Tunggu. Kau tak boleh pergi selagi aku tak cakap sesuatu.”
Faiz dah keluarkan suara dengan muka yang cukup serius.
Razif, Emelda dan Aimi pun terdiam bila tengok Faiz. Kalah
ketua pengawas kau ni Faiz. Kenapalah tak Faiz je jadi pengawas.
Dina terus statik pada tempatnya. Langsung tak pandang
mereka berempat.
“ Aku dah warning kau sebelum ni. kau degil erk? Aku nak
cakap ni. Ni..”
Faiz menunjukkan tangannya ke arah Aimi dan kemudian ke arah
Razif. Dina mendongak melihat arah tangan yang ditunjuk Faiz itu.
“ Mereka berdua ni. Saling suka sama suka tau? Dan mereka
tak perlukan orang ketiga macam kau. Ha. Satu lagi. Kau jangan mimpi kau akan
dapat Razif sebab Razif takkan layan kau. Kau sedar diri tu sikit yang
perjalanan kau masih panjang. Jangan cuba rosakkan diri. Nanti kau akan
menyesal. Jom kawan-kawan. Kita blah. Panas pula aku duduk sini.” Faiz
tersenyum sinis selepas berkata demikian.
Terus dia berlalu meninggalkan mereka.
“ Dina. Saya harap awak berhenti ganggu kami. Tak kira apa
niat awak baik awak stop. Or you will be regret.” Giliran Razif pula bercakap
dan terus mengekori langkah Razif. Tinggallah Aimi dan Emelda.
Dina merengus geram dan terus pandang ke arah Aimi.
“ Puas hati kau kan? Sekarang semua tak suka aku.”
Tajam dia merenung Aimi. Aimi yang melihat rasa serba salah.
Bukan itu niat dia.
“ hey! Kau jangan nak tuduh Aimi pula. Dia langsung tak tahu
apa-apa. sedap hati kau je kan?” Emelda dah membara.
“ Sebab dia aku tak dapat Razif!”
Terus Dina tolak tubuh Aimi sampai Aimi jatuh. Tindakan
kasar itu mengejutkan Emelda dan sudah tentu Aimi. Sampai mereka tak sempat nak
berbuat apa-apa.
“ Ouch!” Aimi menjerit kesakitan. Bukan tubuhnya yang sakit
tapi jantungnya. Dia tiba-tiba rasa sesak nafas.
Dan semestinya jeritan itu didengari oleh Razif dan Faiz.
“ Aimi!”
Dina yang terkejut dengan jeritan itu pantas melarikan diri.
Niatnya hanya nak menjatuhkan Aimi tapi tak sangka Aimi akan sakit sampai macam
tu sekali.
“ Ya Allah! Macam mana boleh jadi macam ni?” Faiz dah cemas
melihat keadaan Aimi yang sedang mengerang kesakitan itu.
“ Dina. Dia tolak Aimi sampai jatuh. Dia tu memang dah
melampau!” Giliran Emelda pula marah.
“ Sekarang kita kena bawa Aimi ke hospital.” Razif bersuara.
Cemas juga dia tengok.
Aimi mengetap bibir kuat. Ya Allah! Sakitnya! Tahan sikit.
Please!
“ Aimi? Kau okay tak ni?” Faiz dah bimbang. Dia melihat
sekeliling. Tak tahu nak minta tolong siapa. dah lewat ni.
Aimi mengangguk dengan senyuman hambar. Tapi tak lama bila rasa
sakit tu bertambah.
“ Argh! Sakit!”
“ Aimi!”
No comments :
Post a Comment