Halo! Halo! Halo! Amboi kau syima. Dah pukul 12 pagi baru nak post cerpen. Tadi kata malam. Ehehe. Sorry la guys. Tadi tengok drama dulu. Dia Imamku tu. Serius sedih. Okay. Yang berlalu biar berlalu. Aku ada cerpen untuk korang. Seriusly aku cakap. Ini first time aku buat cerpen macam ni. Mula2 tak yakin gak untuk post. Tapi diatas sokongan kawan baik aku tu. Aku jadi yakin dan post ke sini. Harap korang boleh berikan sedikit komen. InsyaAllah akan cuba diperbaiki. ^^
“ Kau buta ke?!”
Tangannya meraba-raba ke lantai. Dicari cermin mata yang
jatuh entah ke mana. Tambahan pula dia dengar suara jerkahan itu. Membuatkan
dia ingin cepat-cepat berlalu dari situ. Tapi di mana cermin mata aku?
“ Maafkan saya.”
Bila tangannya dah pegang cermin mata. Dia terus memakai
cermin mata tersebut. Senyuman nipis ditarik. Pantas dia bangun dan mendongak
memandang lelaki yang terlanggar dia tadi.
“ Maafkan saya sekali lagi.”
“ Maaf! Maaf! Tu je kau tahu?!”
Allah. Jantungnya macam nak terkeluar apabila terdengar lagi
jerkahan itu. Dekat sangat dengan telinganya. Matanya dipejam bagi menahan rasa
perit dengar jerkahan itu.
“ Saya minta maaf. Tak sengaja. Erk.. saya pergi dulu.”
Belum sempat dia nak berlalu. Tangannya direntap terlebih
dahulu. Kasar. Kejam. Dan pandangan lelaki itu cukup tajam. Dia hanya mampu
menunduk sambil cuba untuk melepaskan diri. Sakit!
“ Kau ingat lepas kau langgar aku kau boleh lari? Jangan
harap!”
Terus tubuh itu ditolak ke dinding. Sakit!
“ Kau akan dapat balasan.”
Tubuh lelaki itu makin dekat sampai berjaya mengunci
pergerakan dia. Dia mula rasa takut. Dia memerhati sekeliling. Tiada sesiapa
yang lalu bahagian belakang kantin ni ke?! Mana semua orang?
“ Tolong. Lepaskan saya.” Dia merayu. Tubir matanya dah
panas. Dia sangat takut.
“ Kau nak aku lepaskan kau?”
Dia pantas mengangguk.
“ langkah mayat aku dulu!”
Pang!
Pedih! Dia rasa sangat pedih selepas pipinya ditampar. Kuat!
Sangat sakit! Air matanya yang ditahan tadi terus mengalir ke pipi. Allah!
“ Tu baru sekali. Aku lepaskan kau kali ni! Tapi sekali lagi
kau jalan depan mata aku. jangan harap aku akan lepaskan kau!”
Apabila kaki itu mula melangkah pergi, dia terus jatuh
terduduk. Air matanya semakin laju menurun. Hatinya sakit sangat. Teresak-esak
dia di situ keseorangan tanpa sesiapa tahu penderitaan yang dia sedang alami.
Ya Allah!
**
“ Johan.”
Matanya ralit memandang buku. Langsung tidak dipedulikan
panggilan daripada rakannya itu.
“ Aku terlanggar dengan budak tak guna tu.”
Masih diam.
“ Budak yang kecoh mak dia mati sebab AIDS.”
Tumpuannya terus hilang. Tapi tidak pula dia menoleh ke arah
rakannya itu.
“ Aku puas bila buat dia macam tu. Siapa suruh langgar aku.
Jijikklah!”
Buku latihan tadi terus ditutupnya. Tapi tidak pula dia
menoleh ke arah Johan.
“ Aku memang nak dia pergi dari sekolah ni. Semua jijik
dengan dia. Aku lagilah! Erh!”
Johan terus bangun dan berlalu ke luar kelas. Telinganya dah
tak sanggup untuk mendengar kata-kata hinaan itu.
“ Bro! Nak ke mana pula tu?”
Kakinya diatur menuju ke kantin. Dia ingin menenangkan
dirinya. Dia ingin melupakan kata-kata rakannya sebentar tadi. Tapi, matanya
cepat sahaja menangkap seseorang yang tengah menangis itu. Laju saja kakinya
melangkah ke situ.
Bila dia sudah berdiri tepat di hadapan pelajar perempuan
itu, dia terus duduk cangkung untuk melihat wajah itu.
“ Kenapa nangis?”
Pelajar perempuan tadi tersentak selepas mendengar suara
itu. Pantas dia menyeka air matanya lantas bangun berdiri diikuti Johan. Johan
yang melihat hanya mendiamkan diri.
“ Erk. Maaf.”
Johan yang sedar perempuan itu ingin berlalu pantas
bersuara.
“ Kenapa nangis?”
“ Bukan urusan awak.”
“ Sebab Ilham?”
Terus langkah dia terhenti. Bibirnya diketap kuat. Tubir
mata yang sudah kering tadi kembali panas.
“ Betul kan?”
Johan berjalan dan berdiri depan dia. Johan menyerahkan sapu
tangannya kepada dia. Dia melihat dengan kerutan di dahi.
“ Lap air mata awak.”
Bila dia menyambut hulurannya, Johan pantas memusingkan
badan untuk beredar. Tapi..
“ Thanks.”
Dengar suara itu, Johan hanya mengangguk lantas kembali
menyambung langkahnya untuk ke kelas. Dalam hati dia tersenyum. Sama-sama.
**
“ Auni?”
Matanya pantas menyeka air mata yang ingin mengalir saat
namanya dipanggil. Terus senyuman diukir even hambar sangat.
“ Ya saya?”
Umairah memandang Auni dengan kerutan di dahi. Dia membelek
wajah Auni. Bila dia ternampak tanda merah pada pipi Auni. Pantas dia menyentuh
bahagian merah tersebut.
“ Auch!” Auni mengaduh. Sakit!
“ ya Allah. Kenapa dengan pipi kau ni?”
Auni menolak lembut tangan Umairah ke tepi. Dia menggeleng
laju. Senyuman ditarik.
“ Nothing. Terjatuh tadi.” Nafi Auni lantas membuka buku.
“ Jatuh kau kata? Kau cakap dekat aku. siapa tampar kau? Beb!
kita dah kenal 4 tahun tau? Kau ingat kau boleh tipu aku?” Umairah dah membara.
Dia tak suka bila Auni selalu rahsiakan sesuatu perkara daripada dia.
Auni mengeluh kecil.
“ Aku okay la. Dah lah. Aku nak study.”
Umairah menggeleng kesal. Kesal dengan sikap Auni yang suka
pendam itu. Dia bukan tak kenal Auni. Kenal sangat sampai diri sendiri sakit
pun still tak nak cakap.
“ Ikut suka kau la. Aku dah malas nak cakap dah.”
Auni tersenyum hambar. Maafkan aku Mai. Aku Cuma tak nak
susahkan kau je.
“ Auni! Keluar kau!”
Tiba-tiba datang seorang pelajar menyerang kelas Auni. Auni
tersentak bila namanya dipanggil. Umairah yang mendengar terasa pelik.
“ Mai. Kenapa dengan mereka?”
Auni dah mula kecut perut.
“ Kau pergi tengok.”
Dengan langkah yang berat, kakinya melangkah keluar ke pintu
kelas. Rupanya kak-kak senior mereka. senyuman ditarik seikhlas yang mungkin.
“ Kenapa kak?”
“ Kenapa kau cakap? Hey! Kalau dah memang dasar anak jijik
tu selamanya akan jijik. Memang selamanya akan bersikap kurang ajar kan?!”
Damn! Sakit! Itu yang dia rasakan selepas dihina sedemikian.
Riak wajahnya dah berubah keruh. Dia tak faham kenapa semua terlalu bencikan
dia. Takkan hanya arwah ibu dia? Ibu dia tak bersalah.
“ Kenapa ni kak? Saya tak faham.”
Kepalanya ditunjal kuat. Tak puas dengan itu, tangannya
ditarik sampai ke luar kelas. Kemudian. Tubuh Auni ditolak sampai jatuh.
“ Arh!”
Auni mengerang kesakitan. Sakit sangat! Ya Allah! Apa salah
aku?
“ Kau memang perempuan yang tak tahu malu! Kau sedarlah diri
kau tu sikit. Dah lah hodoh. Lepas tu miskin. Dapat pula mak yang sakit AIDS.
Eiii! Jijiknya aku dengan kau ni!”
Tubir matanya dah mula panas. Cermin matanya ditanggalkan
lantas air matanya diseka. Rasa sakit yang dirasai ditahan sekuat yang boleh.
Dengan kudrat yang dia ada, dia terus bangun dengan senyuman pahit.
“ Kak. Apa salah saya? Saya tak kacau akak pun.” Auni
memberanikan diri bertanya. Umairah yang setia membantunya tadi hanya mampu
melihat. Dia juga tak faham. Kenapa semua tak suka dekat Auni? Auni langsung
tak salah. Itu mak dia bukan Auni.
“ Ya. Memang kau tak kacau aku. tapi kau kacau boyfriend
aku!”
Pang!
Sekali lagi pipi kirinya jadi mangsa. Pedih! Sangat pedih!
Sampai tinggal kesan berwarna merah. Tak cukup dengan itu, kepalanya ditunjal
sekali lagi sampai dia terundur ke belakang. Air matanya mengalir lagi. lagi
dan lagi.
“ puas hati aku! Geng! Jom kita blah!”
Auni terduduk dengan linangan air mata. Umairah pantas
memeluk tubuh yang sedang menangis itu. Rasa simpati semakin meluah-luah dalam
diri dia melihat penderitaan Auni. Air matanya juga ingin mengalir saat melihat
Auni.
“ Apa salah aku Mai? Apa salah aku? aku tak kacau sesiapa
pun. Ya. Aku sedar aku anak yang jijik. Tapi itu mak aku. bukan aku! dan mak
aku pun dah tenang dekat sana. Apa salah dia?”
Teresak-esak Auni menangis dalam dakapan Umairah. Dia dah
penat dengan semua ni. Penat!
“ Sabar Auni. Sabar. Semua ini ujian buat kau Auni. Kau kena
kuat.”
“ Masalahnya aku tak kuat Mai. Aku tak kuat.”
Kepalanya tiba-tiba sakit. Matanya juga menjadi kabur.
Tubuhnya tiba-tiba jadi lemah. Pegangan pada pautan Umairah juga jadi semakin
lemah. Umairah yang menyedari hal itu terus memandang Auni.
“ Ya Allah. Auni! Kau kenapa ni? Pucatnya muka kau!”
Sayup-sayup kedengaran suara Umairah sehinggalah dia
memejamkan matanya dan seterusnya gelap.
**
Suara-suara berbisik di sekelilingnya menarik perhatiannya.
Langkahnya yang ingin pergi ke kelas terbantut saat terlihat ramai orang
berkerumun depan kelas 4 Mawar. Hatinya mula rasa tidak sedap. Tambahan pula
bila nampak Zara dan Intan berlalu dari situ. Pantas juga dia menghalang jalan
mereka berdua.
“ What happen?” Soal Johan dengan muka tegang.
Zara dan Intan saling berpandangan sebelum melepaskan tawa
yang cukup sinis.
“ What happen? Kami puas. Puas buat dia macam tu. Tak padan
dengan miskin ada hati nak kacau pakwe aku.”
Johan still diam. Dia pandang pula Intan.
“ Puas sangat. Kalau dah rasa semua orang tak suka keluar je
dari sekolah ni. Eh! Geli lah aku tengok dia tu. Entah-entah dekat rumah lagi
jijik apa?”
Johan merengus geram. Bibirnya diketap kuat. Benci dengan
kata-kata makian Zara dan Intan.
“ Sekali lagi kau berdua cakap macam tu. Aku takkan
teragak-agak buat korang berdua menyesal selepas ni.”
Zara dan Intan tersentak. Tiada keberanian untuk membalas
kata-kata itu lagi. Johan berlalu dengan wajah yang cukup tegang. Langkahnya
laju menuju ke hadapan kelas yang dikerumuni orang ramai itu.
“ Ya Allah. Sesiapa. Tolong panggilkan cikgu kejap!”
Johan lajukan langkahnya sampailah dia ternampak Auni berada
dalam dakapan Umairah dan tidak sedarkan diri. Johan pantas mendekati mereka
berdua lalu duduk cangkung. Wajah Auni ditilik dengan penuh rasa kesal.
“ Macam mana dia boleh pengsan Mai?”
Umairah mengeluh kecil.
“ Dua orang senior. Kawan kau juga. Tampar dia. Tunjal
kepala dia. Tolak dia.”
“ Shit!”
Tanpa berlengah, pantas tubuh Auni dicempungnya. Orang
sekeliling yang melihat dah terngaga. Umairah terus bangun dan mengekori
langkah Johan. Mereka berdua merupakan sepupu. Jadi mereka agak rapat.
“ Tolong berikan laluan atau korang akan menyesal.” Johan
dah mengeluarkan arahan.
Takut dengan wajah Johan yang semakin bengis itu membuatkan
ramai orang memberikan laluan. Umairah hanya mampu menggeleng apabila
mengingatkan sikap rakannya yang lain yang langsung tiada sifat simpati. Allah!
“ Auni. Please bertahan.”
**
“ Kenapa awak tak lawan Auni?”
Auni hanya mendiamkan diri. Nak pandang wajah –wajah yang
berada di depannya pun dia tak sanggup.
“ Awak berhak lawan. Takkan awak nak biarkan diri awak terus
disakiti macam ni? Macam mana kalau awak terluka?”
Suara kedua pula berkata. Auni tertunduk kesal. Still
berdiam.
“ Kalau aku jadi kau Auni. Dah lama aku lawan.”
Auni terus pandang mereka dengan rasa sebak.
“ Saya tak nak lawan sebab api tak boleh lawan dengan api.
Saya juga tak nak lawan sebab saya tak nak ambil risiko. Saya Cuma budak
mentah! Budak jijik! Budak yang dibenci! Apa lagi? semuanya yang tak baik
semuanya sayalah!”
Johan, Umairah dan Cikgu Hani terus terdiam. Tersentak.
Terkedu dengan kata-kata yang baru keluar daripada mulut Auni. Dengar je Auni
teresak-esak menangis, Umairah terus memeluk tubuh itu.
“ Aku Cuma tak nak mereka makin benci aku Mai. Aku tak nak.”
Johan terus bangun. Kepalanya diraup perlahan. Dia sakit
bila tengok Auni menangis. Dia tak sanggup.
“ Cikgu. Saya balik kelas dulu.”
Tanpa menunggu balasan cikgu, dia terus menuju ke kelasnya.
Pertama sekali, wajah Intan dan Zara dicari. Bila dah nampak, dia pantas
menapak ke arah mereka. Mujur cikgu tidak masuk.
“ Zara!”
Zara yang tengah berbual dengan Intan terus menoleh ke arah
Johan.
“ Pe hal?” Zara tidak puas hati apabila perbualannya
terganggu.
“ Kau nak apa sebenarnya? Apa yang kau tak puas hati dengan Auni? Ha?” Jerkahan Johan telah
mengejutkan satu kelas termasuk Ilham. Ilham pantas menuju ke arah Johan.
“ Hey! Apa hal ni?”
Johan merengus geram. Tangannya dikepal.
“ Aku nak bagi amaran dekat korang bertiga. Sekali lagi
kalau kau kacau dia. Aku takkan teragak-agak buang korang daripada sekolah ni!”
Bila semuanya terdiam, kakinya terus dibawa keluar daripada
kelas tersebut. Kepalanya digeleng dengan perasaan kesal. Kenapa dia dapat
kawan macam ni? Ya Allah!
**
Matanya tenang memandang ke langit. Senyuman hambar terukir.
Sesaat kemudian dia tunduk kesal. Tubuhnya dipeluk erat. Teringat lagi
kata-kata seniornya itu. Terus jatuh air matanya ke pipi.
‘Kau memang perempuan yang tak tahu malu!’
‘ Dah lah hodoh.’
‘Lepas tu miskin.’
‘ Dapat pula mak yang sakit AIDS.’
‘Eiii! Jijiknya aku dengan kau ni!’
Satu persatu ayat-ayat itu kembali bermain dalam fikirannya.
Dia tak minta semua tu. Langsung tak minta. Ibu dia seorang yang baik. Ibu pun
tak pernah minta dapat penyakit itu. Ayah pula dah lama pergi tinggalkan kami.
Kenapa semua orang asyik salahkan aku? Teruk sangat ke?
Dia menangis lagi. Lagi dan lagi. Sehinggalah dia terdengar
derapan kaki mendekatinya. Pantas dia menyeka air yang mengalir itu. Dia
menoleh ke kiri. Berdirinya seorang pelajar lelaki yang segak, bergaya, pandai
dan kaya. Tak hairanlah kalau ramai orang meminati dia.
“ Dulu. Mama saya selalu pesan. Kalau kita selalu ditindas.
Ingat Allah. Kuatkan hati. Dan jangan biarkan diri kita ditindas juga. Selagi
boleh lawan kita lawan. Nak takut apa? Allah sentiasa ada bersama kita.”
Auni terdiam. Tapi wajah itu masih tidak menoleh ke arahnya.
“ Dan saya nak awak lawan kalau mereka cuba hina awak, maki
awak dan pukul awak. Lawan balik Auni. Saya tak sanggup tengok awak terus
disakiti macam ni.”
Barulah wajah itu dikalih sehingga berjaya menjadi tatapan
Auni. Auni terkedu dengan pesanan itu. dia terus memandang ke lantai.
“ Kalaulah saya mampu.”
Johan menahan diri daripada senyum. Akhirnya, dia juga duduk
di sebelah Auni even jauh. Keliling padang dilihatnya sehinggalah dia menoleh
semula ke arah Auni.
“ Awak mampu Auni.”
Auni tersenyum sinis.
“ Awak tak jijik ke dengan saya? Saya ni anak ibu yang sakit
AIDS. Awak sepatutnya tak sudi duduk sebelah saya. Awak patut jauhi saya dan
awak patut ejek saya.”
Johan terdiam. Dibiarkan saja Auni meluahkan rasa.
“ Awak juga tak patut dekati saya. Awak berhak kawan dengan
orang lain selain saya. Awak tak menyesal ke kawan dengan saya? Awak tu jejaka
hot dekat sekolah ni. Menjadi pujaan ramai. Tolonglah. Memang tak layak berdiri
sama tinggi dengan saya. Memang tak layak langsung saya untuk berkawan dengan
awak.”
Giliran air matanya pula mengalir. Pedih sekali dia rasakan.
Rasa sakit dipukul itu kembali bermain-main dalam fikirannya. Sampai dia tak
sanggup untuk membayangkannya lagi.
“ Sebab saya sukakan awak.”
Terus Auni menoleh ke arah Johan. Johan yang kelihatan
tenang itu diperhati dengan rasa tidak percaya.
“ Sebab saya sayangkan awak.”
Auni mula tergelak. Tapi sinis.
“ Enough Johan! Jangan cuba ambil hati saya dengan kata-kata
manis awak tu.”
Auni terus bangun. Ingin beredar daripada situ secepat yang
mungkin.
“ Sebab saya jujur dengan perasaan saya. Saya memang sukakan
awak!”
Dan Auni terus menangis. Johan!
**
Kakinya menapak laju masuk ke dalam kelas. Hatinya rasa
serba tak kena. Lagipun semua orang sedang memandangnya tanpa menegur. Dia jadi
pelik. Serta-merta langkahnya menjadi perlahan. Sampailah dia berdiri depan
tempat dia. Tapi, beg sekolah dia dah hilang.
“ Ada nampak beg aku tak?” Soal Auni kepada semua orang yang
sedang memerhatikan dia masa tu.
Tapi semua hanya berdiam diri. Auni tertunduk kesal. Mai!
Kenapa kau tak hadir hari ni!
“ Kau nak beg kau ke?”
Suara itu. Auni terus menoleh ke belakang. Ilham!
“ Kalau kau nak datang ambil sini.”
Dengan senyuman jahat, dia mengangkat beg Auni setinggi yang
boleh. Tubuhnya yang tinggi itu memang menyukarkan Auni untuk mengambil begnya
semula.
Auni menapak perlahan-lahan ke arah Ilham. Tapi dia tidak
berani. Langkahnya jadi perlahan dan terus terhenti.
“ Tolong bagi balik. please.” Rayu Auni. Dia cuba bersabar.
“ Ambil sendiri la.”
Ilham masih mengangkat tinggi beg Auni. Senyuman sinis
dipamerkan.
“ Sebab kau, kawan-kawan aku terus memandang sinis pada
makwe aku. kau tahu tak?!”
Auni memejamkan matanya saat dijerkah. Hatinya cuba kuat.
Bawa bersabar.
“ Kenapa kau tak mati sekali dengan mak kau? Hidup
menyusahkan orang je la!”
Sekali lagi. Dia dah tak tahan. Terus dilawan panahan mata
yang penuh dengan kebencian itu.
“ Apa masalah kau!?”
Jeritan Auni ternyata berjaya membuatkan Ilham dan satu
kelas terdiam.
“ Ya! Memang aku ni tak guna! Memang aku ni jijik! Memang
aku ni miskin! Tak mampu berdiri sama tinggi macam kau! Tapi aku ni manusia!
Sekali lagi. Biar aku tekankan. Aku ni MANUSIA! MANUSIA BIASA! Takkan kau tak
faham?!”
Air mata yang ingin mengalir terus diseka.
“ Kau ingat aku nak ke semua ni?! Kau ingat aku minta mak
aku dapat penyakit AIDS?! Kau ingat aku minta semua tu ke?!!”
Auni menggeleng dengan rasa yang cukup penat.
“ Aku dah penat! Penat sangat! Kau ingat aku ni tak ada hati
dan perasaan ke? Kau ingat aku ni batu? Yang senang-senang dipijak? Ha?!!”
Ilham tersentak. Terus dia jatuhkan beg sekolah Auni ke
lantai. Dia pula terdiam.
“ Tolonglah! Tolonglah! Sekali je aku minta. Tolong jangan
buat aku macam ni! Ya! Memang! Memang
aku patut mati kan? Daripada menyusahkan korang semua. Tapi, kau pernah sedar
tak tentang penderitaan aku? Kau pernah ambil tahu? Tak kan? Kau ingat senang
ke! Kau tak tahu apa-apa jangan cakap
banyak!”
Auni terus mengambil begnya dengan penuh rasa benci dan
marah. Dia terus menapak ke pintu kelas. Bila dia pandang ke depan. Johan sudah
berdiri tepat di depannya. Auni tertunduk.
“ Aku tahu aku dah berkasar. Tapi aku dah penat. Penat
sangat.” Suaranya dah kembali kendur.
“ Auni.” Johan cuba mendekati tapi dihalang dengan gelengan
Auni. Auni tersenyum sinis.
“ Saya okay Johan. Jangan pedulikan saya. Saya balik dulu.”
Beredar saja Auni daripada situ, Johan terus masuk dan
berdiri depan Ilham. Terus kolar baju Ilham ditariknya dengan kasar.
“ Puas hati kau sekarang? Puas?!” Jerkah Johan dengan rasa
amarah yang makin meluap-luap dalam hatinya itu.
“ Jo. Aku Cuma gurau.” Ilham cuba bersuara.
“ Gurau? Gurau dengan maki dia?! Dengan hina dia?! Kau ingat
kau tu perfect sangat ke ha?!”
Johan terus melepaskan kolar baju Ilham. Dia tak sanggup
untuk mencederakan rakannya itu. wajahnya diraup kasar.
“ Puas hati korang semua ha?!”
Sekarang semua orang tunduk memandang lantai. Takut untuk
melawan panahan mata Johan.
“ Kalau ini yang korang nak. Korang dah menang. Tapi ingat,
Allah tahu segala-galanya. Dia insan yang dianiaya. Dan Allah mendengar doa
orang yang teraniaya.”
Tak guna bercakap panjang, pantas kakinya dibawa keluar
kelas. Dia pun penat cakap dengan orang yang sombong dan angkuh ni. Buang masa!
Sekarang dia perlu kejar Auni.
**
Keesokan harinya,
Auni datang seperti biasa. Buat macam biasa. Tapi apa yang berbeza bila semua
yang pandang dia selama ini tidak sesombong dulu. Bila Auni lalu je depan
mereka, mereka tunduk dan berikan Auni laluan. Auni yang melihat jadi pelik.
Takkan sebab semalam mereka terus berubah?
Tapi, dia tak nak ambil peduli semua tu. Sebab hari ini
merupakan hari terakhir dia dekat sekolah ni. Esok dia akan ikut keluarga
angkat dia berpindah ke Kuala Lumpur. Dia pun dah tak sanggup duduk di sekolah
yang langsung tidak menerima kehadiran dia. Dia penat.
“ Auni.”
Auni yang baru ingin menumpukan perhatian pada study terus
mendongak saat mendengar suara itu. masing-masing hanya saling berpandangan
sebelum Auni akhirnya menoleh ke arah lain. Wajahnya beriak bersahaja tapi
dalam hati dia hanya Allah saja yang tahu.
“ Auni. Awak okay kan?”
Auni masih tidak memberikan respon. Dia hanya membiarkan
suara itu mendekatinya dan duduk betul-betul di depan dia.
“ Auni. Tolong jangan buat saya risau.”
Auni menggigit bibir. Akhirnya dia beranikan diri bertentang
mata dengan pemilik suara itu. sedar tak
sedar matanya dah merah tanda dia ingin menangis. Tapi dia tahan selagi boleh.
“ Kenapa Jo? Kenapa? Tak perlulah awak peduli lagi fasal
saya.”
Johan terus menggelengkan kepalanya.
“ Sebab saya sukakan
awak. Saya tak sanggup tengok orang yang saya sayang menderita.”
Auni terus bangun. Wajah Johan diperhati buat sekalian
kalinya sebelum dia berdiri membelakangi Johan.
“ Pergilah Johan. Jangan pernah ambil peduli fasal saya.
Lepas ni kita takkan berjumpa lagi. lupakan saya.”
“ Awak nak pergi mana?”
Johan sudah mengejar langkah Auni yang sudah berjalan
meninggalkan dia. Dia sungguh takut akan kehilangan Auni sekali lagi.
“ Saya nak pindah.”
Johan terdiam. Dia tidak percaya dengan apa yang dia dengar.
Terus dia menggelengkan kepalanya.
“ but why?”
“ Why? You ask me why?”
Auni tersenyum sinis.
“ Semua bencikan saya Jo. Semua tak sukakan saya! Dan semua
pandang jijik dengan saya! Awak tak nampak or buat-buat tak nampak?!” Bentak
Auni dengan linangan air mata. Dia tak tahan untuk terus bertahan. Dia dah penat.
Johan terdiam. Perlahan senyuman ditarik.
“ Awak serius nak tinggalkan saya dan Umairah?”
Auni tertunduk. Sesaat kemudian dia menganggukkan kepalanya.
“ Saya tetap dengan keputusan saya. Maafkan saya. Baik saya
pergi daripada saya tidak diterima. Itu lebih baik. Saya doakan awak berjaya
hingga ke menara gading. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi.”
Terus Auni berlalu dengan tangisan. Johan hanya mampu
melihat tanpa mampu untuk menahan langkah itu. Dia tidak berdaya. Kalau dia
halang, dia yakin Auni tetap akan pergi. Ya Allah.
**
Seminggu telah pun berlalu. Dan sepanjang seminggu itu juga
Johan asyik berdiam diri. Dia hanya buat kerja dia seperti sebelum ni. Tidak
banyak bercakap. Tidak bergaul dan tidak ambil peduli dengan hal sekeliling.
Rakannya Ilham pun dia langsung tidak peduli.
Tangannya yang memegang pensel laju melukis di atas kertas
kosong. Apa yang dia fikir itulah yang dia lukis. Wajahnya bersahaja tapi tiada
riak dan sukar untuk ditafsirkan.
“ Bro. kau nak join kami tak petang ni?”
Sepi. Soalan itu dibiarkan tergantung. Johan masih leka
dengan kerjanya.
“ Bro! Aku cakap dengan kau ni!” Ilham dah naik berang.
Johan langsung tidak memberikan reaksi.
Johan still sama macam tadi. Hanya sesekali dia berhenti
melukis. Tapi bila dia dapat idea dia terus melukis.
“ Kau memang tak guna Jo! Sebab perempuan tu kau terus jadi
macam ni? Memang perempuan tu dah hasut kau la!”
Pap!
Meja Johan diketuk kuat oleh Johan sendiri. Wajahnya dah
merah menandakan dia amat marah. Terus dia menoleh memandang Ilham. Tajam. Dan
pandangan itu penuh dengan rasa benci, derita dan rindu. Ilham yang melihat
renungan itu dah terteguk air liur.
“ Kau! Kau tak berhak langsung cakap fasal dia! Kalau bukan
sebab kau, dia takkan pergi dari sini. Sekarang puaslah hati kau?! Ha?! Arh!
Aku malas nak layan kau!”
Terus Johan bangun. Tapi sempat juga dia sepak kerusi di
sebelah Ilham sampai terjatuh lalu terus keluar daripada kelas. Ilham yang
melihat terus terdiam. Dia tidak berani melawan. Johan dah berubah
sangat-sangat.
“ Jo. Maafkan aku.”
**
6 tahun kemudian.
“ Hey! Kau nak apa? Eh! Blahlah!”
Matanya yang ralit memandang lelaki itu dari jauh terus
terkejut saat lelaki itu menjerkah. Dadanya diurut perlahan sebelum melangkah
pergi dengan perlahan-lahan. Bila dah jauh, terhambur keluhan kecil daripada
mulutnya.
“ Kenapa semua orang suka marah-marah? Kenapa semua orang
suka membenci?”
Dia sendiri tidak tahu jawapan kepada persoalan itu.
Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Berubah terus riak mukanya saat itu. Dengan
pantas juga dia berlari pulang ke rumah. Sampai saja depan rumah, dia dah
termengah-mengah menahan nafas kerana penat.
Baru sahaja dia nak masuk, tiba-tiba pintu rumah itu dibuka
dari dalam. Dan terjengul muka seorang lelaki yang dia sangat takuti dari dulu
lagi. Kawan abang kandungnya itu. Kerana takut, dia terus tunduk pandang ke
lantai.
“ Kau pergi mana?”
Dingin suara itu menyoal.
“ Pergi jalan-jalan. Ambil angin.” Balasnya tanpa memandang
lelaki itu.
“ Kau tahu tak aku nak jumpa kau? Kenapa kau keluar lagi?”
Lelaki itu semakin menghampiri dia tapi dia masih tidak
berganjak. Badannya separuh menggigil gara-gara takut. Serius. Dia memang
trauma dengan lelaki yang cuba berbuat tidak baik pada dia apatah lagi kalau
pukul. Dia takut sangat.
“ Sa..saya..saya..”
“ Auni!”
Dengar ja namanya dilaung, pantas dia melarikan diri ke arah
suara itu. Terus dipeluk tubuh itu dengan sekuat hati. Dia takut sangat.
“ Fad! Kau dah gila ke?! Dia adik aku kau tau tak?!”
Fadil tertawa tapi cukup sinis. Tanpa berlengah dia terus
berlalu daripada situ. Auni yang berada dalam pelukan abangnya itu terus
mengalirkan air mata. Hidupnya beruntung kerana dia masih mempunyai seorang
abang even mereka hidup dalam keluarga angkat.
“ Auni? Kamu okay kan?”
Aiman terus meleraikan pelukan dan memerhati setiap inci
wajah Auni. Takut ada yang cedera. Bila tiada dia kembali memaut tubuh itu.
“ Maafkan abang sayang. Kerana abang kamu terus dibuli.
Maafkan abang.”
“ Abang. Jom kita lari nak tak?”
Aiman tersentak.
“ Mama dan papa macam mana sayang? Mereka sungguh baik
dengan kita.”
Auni terdiam. Air matanya terus diseka.
“ Cakaplah kita nak balik kampung sekejap. Please abang.
Auni tak sanggup nak berdepan dengan kawan abang tu. Auni takut.”
Aiman hanya mendiamkan diri sambil mengusap perlahan
belakang Auni. Dia berfikir sejenak. Bila dia dah yakin dengan keputusan itu
dia terus menganggukkan kepalanya.
“ Okay. Abang akan cakap nanti.”
“ Terima kasih abang.”
**
Akhirnya, setelah hampir 6 tahun kakinya tidak menjejakkan
kaki ke kampung halamannya, hari ini dia kembali juga. Banyak memori lama
kembali bermain dalam fikirannya. Tidak kurang juga yang pahit serta manis.
Bila teringat semua itu, air matanya terus mengalir. Apatah lagi bila dia
terus-terus dimaki dan dihina kerana ibunya dulu sakit AIDS. Allah!
“ Auni. Abang nak ke pekan. Kamu nak ke mana-mana tak?”
Auni teringat sesuatu. Pantas dia menoleh memandang abangnya
itu.
“ Boleh Auni ke sekolah lama Auni tak?”
“ Boleh. Jom.”
Hanya 5 minit perjalanan, sampai lah mereka berdua di
sekolah itu. Aiman hanya membiarkan Auni masuk seorang diri sebab dia tahu
mesti banyak perkara Auni nak buat.
“ Abang datang ambil Auni lagi setengah jam.”
“ Okay.”
Dengan langkah yang perlahan, kakinya menapak masuk ke dalam
sekolah itu. Perlahan-lahan juga memori pahit kembali bermain dalam fikirannya.
Senyuman hambar terukir. Bila kakinya sampai tepat di depan kelasnya, air
matanya dah bergenang.
‘Kau memang perempuan yang tak tahu malu!’
‘ Dah lah hodoh.’
‘Lepas tu miskin.’
‘ Dapat pula mak yang sakit AIDS.’
‘Eiii! Jijiknya aku dengan kau ni!’
Air matanya terus mengalir saat mengenang kata-kata yang
dilontarkan kepadanya dulu. Allah. Sungguh aku tak kuat kalau Umairah dan Johan
tiada. Sebut saja nama Johan, dia terus tersentak. Johan!
Laju saja kakinya melangkah ke arah kelas Johan dulu. Sampai
saja depan kelas itu, matanya memandang tepat di mana tempat Johan selalu duduk
dahulu. Senyuman kecil terukir. Johan. Kau tahu tak? Aku rindu kau. Dah 6 tahun
Johan. 6 tahun aku cuba lupakan kau. Tapi aku tak mampu. Apa khabar kau sekarang
ni? Mesti kau dah berjaya kan? Aku baru saja habis diploma Jo. Alhamdulillah.
Hidup aku dekat Kuala Lumpur tidak seteruk di sini. Mereka menerima aku
seadanya.
Bila dia rasa dia dah lama berada di situ, dia terus
memusingkan badan untuk beredar. Tapi dia terus terkaku pada tempat saat
melihat seorang lelaki berdiri tepat di depannya saat itu. Matanya
terkebil-kebil melihat lelaki yang berwajah serius itu.
“ Maaf. Hampir terlanggar.”
Auni terus memberikan lelaki itu laluan lantas berjalan
pergi. Tapi tidak sempat bila tangannya tiba-tiba direntap lembut. Auni
tersentak lagi. Dia kaku lagi pada tempatnya.
“ Auni.”
Serentak itu Auni terus memandang wajah itu.
“ Saya rindu awak Auni.”
Johan terus berdiri depan Auni dengan senyuman kecil.
Matanya dah mula merah menahan tangis. Doanya akhirnya dimakbulkan bila Auni
muncul betul-betul di depannya. Dia ingat selamanya dia takkan berpeluang
berhadapan dengan Auni. Mujur tadi dia ternampak seorang perempuan masuk dan dia
terus mengekori sehingga sekarang.
“ Jo..Johan?” Menggigil Auni menyebut nama itu.
“ Ya. Itu saya Auni. Awak dah lupa?”
Auni terus menggeleng dengan senyuman hambar. Tangannya
ditarik perlahan.
“ Tipulah kalau kata saya dah lupa.”
Johan hanya memerhati wajah itu sehingga wajah itu berubah
sayu.
“ Semuanya dah berubah kan? Awak apa khabar? Sihat? Dah jadi
apa sekarang?”
“ Awak?”
Auni terdiam. Aku tanya dia. Dia tanya aku balik. Eh mamat
ni.
“ Saya macam ni la. Sihat.”
Suasana sepi seketika. Itu juga membuatkan Auni berasa kekok
untuk terus berada di situ. Pantas dia berjalan meninggalkan Johan.
“ Auni! Wait!”
Langkah Auni terhenti. Tapi tak pula dia menoleh memandang
Johan.
“ Boleh saya jumpa awak lagi selepas ni?”
Permintaan Johan itu membuatkan Auni terdiam. Sungguh berat
untuk menyatakan ya. Tapi berat juga katakan tidak. Yang pasti dia ingin
menjauhkan diri dia daripada Johan. Kalau boleh buat selama-lamanya.
“ Tak boleh Johan. Saya Cuma singgah sekejap je.”
Johan menggeleng lantas berdiri tepat di depan Auni. Wajah
itu direnungnya dengan penuh rasa cinta dan rindu.
“ Jangan pergi Auni. Please.”
Auni mengetap bibirnya kuat.
“ Saya tak boleh.”
Terus Auni berlari meninggalkan Johan.
“ Saya tak nak kehilangan awak buat kali kedua!”
Johan tidak berlengah lagi. Dia terus mengejar Auni sampai
ke luar sekolah. Bila nampak Auni ingin masuk ke sebuah kereta. Dia pantas
merentap tangan itu.
“ Saya tak nak kehilangan awak lagi!”
Auni mula mengalirkan air matanya. Sungguh! Hatinya tidak
kuat saat berdepan dengan Johan. Tak kuat.
“ Auni. Please.”
Auni tunduk. Johan sabar menanti jawapan Auni sehinggalah
Aiman keluar daripada kereta dan berdiri di sisi Auni.
“ Auni. Abang tahu lelaki ini lah yang kamu selalu cerita
dekat abang.”
Johan dan Auni. Masing-masing tersentak. Aiman tersenyum.
Bahu Johan ditepuk perlahan sebelum berbisik sesuatu pada Johan.
“ She love you man. If not, she will never come here again.”
Johan yang mendengar kata-kata itu terus menarik senyuman.
Dia memandang Auni yang terpinga-pinga itu.
“ I know you Auni. I will waiting for you even for a few
years. I will Auni Zulaikha.”
Dan Auni terus menangis depan dua orang lelaki yang dia
sangat sayangi itu.
**
Setahun berlalu…
Pengalaman hidup telah banyak memberikan pengajaran buat
insan yang bernama Auni Zulaikha. Dan pengalaman juga mengajar dia erti kuat
dan sabar. Jikalau dia tiada kekuatan dan kesabaran, rasanya dia tak mungkin
bertahan sampai ke saat ini.
“ Cikgu! Liana gaduh lagi!”
Ya. Dan kini, dia berjaya menjadi seorang guru. Dan dia
menjadi guru di sekolah lamanya itu. Niatnya hanya satu, ingin memberi ilmu dan
dia tidak mahu pelajar yang tidak bernasib baik menjadi seperti dia yang dulu.
Dia tak nak.
“ Kau ni memang perempuan tak tahu malu tau tak?!”
Dari jauh, dia sudah dapat mendengar suara kasar itu. Dan
yes, kata-kata itu juga berjaya mengembalikan dia pada memori lama. Terhambur
keluhan kecil daripada mulutnya. Pelajar itu tidak bersalah.
“ Hey! Kenapa gaduh-gaduh ni?!” Auni dah mula menjerit
geram.
Tapi tidak bagi pelajar perempuan yang bernama Hanis itu.
Dia masih belum berhenti daripada menghina juniornya yang tidak bernasib baik
itu. sesiapa yang melihat memang tak mampu untuk menghalang.
“ Kau tau tak?! Kau patut mati dengan ayah kau tu! Semua
benci kau sebab ayah kau masuk penjara! Kenapa kau tak masuk sekali ha?!”
Tidak cukup dengan hinaan, kepala junior itu menjadi mangsa.
Auni dah tak tahan. Sebab dia tahu rasa sakit itu kerana dia pernah alaminya
suatu ketika dahulu.
“ Hanis! Stop!” Auni mula menjerkah. Dan jerkahan itu
menyebabkan satu kelas diam termasuk Hanis. Hanis masih menahan marah dan benci
dekat pelajar yang bernama Liana itu.
Auni mendekati Liana lalu membawa Liana pada rakan baiknya
yang lain. Mujur rakan sekelas Liana tidak membenci Liana seperti orang lain.
Kini, Auni berdepan pula dengan Hanis. Auni dapat lihat renungan penuh
kebencian daripada Hanis itu.
“ Kenapa kamu marah dia? kenapa kamu hina dan maki-maki dia?
Kenapa Hanis?” Tanya Auni lembut.
“ Sebab ayah dia! Sebab ayah dia mak saya still koma! Sebab
ayah dia saya macam sebatang kara! Semuanya sebab dia!”
Auni terdiam.
“ Tak cikgu! Bukan sebab ayah saya! Ayah saya difitnah
mencederakan mak dia. Hakikatnya , mak dia yang cuba langgar ayah saya masa tu
sebab tak puas hati dekat ayah saya. Sebab ayah saya tinggalkan mak dia satu
ketika dulu. Ayah saya langsung tidak bersalah cikgu. Ayah saya teraniaya. Dia
tak tahu benda sebenar sebab itu dia tuduh ayah saya!” Giliran Liana pula
bersuara dengan linangan air mata.
Auni memandang pula ke arah Liana. Hanis tersenyum sinis.
“ Kau ingat aku nak percaya?!”
Auni toleh memandang Hanis.
“ Saya tak tipu kak! Saya ada bukti! Kalau kak tak percaya
kak tanya pakcik akak. Dia tahu segala-galanya.”
Terdiam. Hanis terus terdiam. Auni yang memandang terus
menarik senyuman. Tapi cukup sinis. Dia cukup benci orang yang menuduh tanpa
bukti.
“ Puas hati kamu Hanis?”
Hanis tersentak. Dia tunduk memandang lantai.
“ Kamu tahu tak? Liana ni langsung tak bersalah tau! Dia
Cuma teraniaya. Dan bukan salah dia. Dia tak minta pun semua ni berlaku. Kalau
boleh diberi peluang, dia tak nak sebab ayah dia kamu bencikan dia. Dia tak
inginkan semua tu Hanis. Kamu sedar tak kamu yang malukan diri sendiri selama
ini? Kamu tahu tak dia Cuma manusia biasa? Dan satu lagi. kamu kata kamu hidup
bagai sebatang kara? Hey! Kamu ada fikir tak Liana lagi teruk daripada kamu.
Dia dah tak ada mak tau? Dia Cuma ada ayah tapi ayah dia masuk penjara. Kamu?
Kamu patut bersyukur tau sebab kamu masih ada family. Cuma mak kamu saja masih
koma. But still alive right? Kamu ada terfikir tak semua tu?”
Panjang lebar Auni berkata-kata. Sampaikan tubir matanya
terasa panas. Melihatkan wajah Hanis yang sudah berubah keruh itu membuatkan
hati dia tak sanggup untuk terus berkata-kata.
“ Kalau kamu nak tahu. Hidup cikgu jauh lebih teruk dari
kamu tau? Cikgu dihina, dimaki dan dipukul cukup-cukup gara-gara ibu cikgu
meninggal sebab AIDS. Tapi kamu? Sekurang-kurangnya kamu masih ada orang yang
sayangkan kamu. Cikgu? Dua-dua dah tak ada tau? Cuma abang dan family angkat
je.”
Auni memejamkan matanya erat sebelum menarik senyuman. Dia
mendekati Hanis lalu disentuh kedua-dua bahu Hanis.
“ Sedarlah Hanis. Kamu beruntung. Dan sepatutnya kamu berdoa
dekat Allah. Bukan menyalahkan orang lain. Ermm?”
Terus tubuh Auni dipeluk Hanis dengan esakan. Auni yang
mendengar esakan tersebut menarik nafas lega. Alhamdulillah. Selesai juga
akhirnya. Air matanya juga ingin mengalir.
“ Terima kasih cikgu. Saya dah sedar. Saya sedar yang saya
beruntung daripada Liana. Saya sedar.”
“ Baguslah. Kalau macam tu pergi minta maaf dekat Liana ye
sayang.”
Sejuk hati dia melihat Hanis dan Liana dah saling memaafkan
dan berpelukan. Dia bersyukur sangat. Segala masalah selesai. Alhamdulillah.
“ Cikgu pergi dulu ye.”
Sampai saja dia di luar kelas, terus air matanya menitis
keluar. Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lebih tahu segala-galanya.
“ Sayang.”
Tiba-tiba bahunya dipaut. Pantas saja air matanya diseka
sebelum insan disebelahnya itu sedar. Senyuman ditarik.
“ Sayang nangis erk? Abang dah dengar segala-galanya.”
Johan tersenyum lantas mengelus lembut bahu Auni. Dia
menarik Auni sehinggalah ke taman sekolah.
“ You know what? You changes a lot. Inilah Auni yang abang
kenal dulu. Berani. Tenang. Dan sentiasa positif. Abang bangga dapat kahwin
dengan Auni.”
Auni tertawa dalam tangisan.
“ Auni Cuma tak nak mereka bermusuh sedangkan masing-masing
tak salah. Cuma ego menyebabkan mereka jadi macam tu.”
Terus tubuh itu ditarik ke dalam pelukan. Johan mengucup
lembut ubun-ubun isterinya dengan penuh kasih sayang.
“ Yes. I know it. Enough okay. Sekarang jom abang belanja
makan.”
Auni tersenyum lantas duduk tegak. Hidung suaminya dicuit
perlahan. Terletus tawa Johan.
“ Abang tak ada kelas ke? Cikgu apa ni?”
“ Dah habis. Sebab tu abang berani datang jumpa sayang tu.
Haha.”
“ Eleh. Rindu le tu.”
“ Siapa tak rindu bini oii.”
Terus tawa mereka terlepas. Siapa sangka, selepas 4 bulan,
mereka terus melangsungkan perkahwinan. Penantian Johan selama ini berbaloi.
Dan tak sangka mereka dapat bekerja bersama dekat sekolah lama yang telah
meninggalkan banyak memori itu.
Cuma satu je, teruskan bersabar. Kuatkan hati. Jangan terus
salahkan seseorang tanpa usul periksa. Dan kalau boleh jangan membenci kerana
itu tidak baik. InsyaAllah. Hidup kamu pasti akan diberkati Allah.
Mudah-mudahan.
~Tamat~
Cerpen ni banyak mengajar saya supaya kuatkan hati walaupun dihina... apa apa pun.. daebak!suka gila cerpen akak.. -mardiyyah
ReplyDeleteCerpen ini sangat bagus..akak suka sangat.. terdapat banyak pengajaran..Teruskan berkarya ya dik..
ReplyDeleteWowww..beza cerpen ni dengan saya..saudara Mara saya sendiri hina saya...hahhaa better kawan2 daripada saudara Mara sendiri it's hurt me a lot
ReplyDeleteSeriously, aku nangis baca cerpen ni. Terbaiklah! Teruskan!
ReplyDeleteTapi dia punya jalan cerita agak bosan
ReplyDelete