Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday 28 April 2016

Cerpen : Miss Spy

Assalamualaikum.

Hai. Bertemu lagi. Setelah berkurun lama menyepi. Haha. Maaf. Maaf. Akibat kekeringan idea. Jadi.. nak buat pun terbantut. Ni pun idea datang tiba-tiba. Untuk korang yang rindu nak baca cerpen aku. Huhu. 



“Airez! Please don’t kill him! I begging you!”

Suara daripada speaker yang dia pakai itu membuatkan dia merengus geram. Dah elok pegang pisau dan bersedia nak tikam dah pun. Tapi boss ni kacau lah! Tak boleh tengok orang senang sikit.

“ Arghh!”

Dia akhirnya hanya melepaskan tumbukan pada muka lelaki itu. Pisau yang dipegang tadi pantas disepak jauh-jauh sampai masuk ke dalam sungai. Lelaki tadi pun dah pengsan. Jadi, kerjanya mudah. Bila dah yakin lelaki itu dah tidak sedarkan diri, barulah kakinya boleh melangkah meninggalkan kawasan hutan itu.

“ Airez!”

“ Saya dah keluar la boss. Tak bunuh dia pun.”

Sampai saja depan kereta, dia melihat sekeliling. Sunyi sepi. Bagus! Barulah dia boleh membuka topeng yang ada di wajahnya sebentar tadi. Letih! Rimas! Semua ada!

“ Bagus. Sekarang awak boleh balik ke tempat kerja awak.”

“ Saya tak faham. Kalau dah saya tak boleh bunuh dia kenapa boss suruh saya tangkap dia. tumbuk-tumbuk dia. tapi time nak bunuh tak boleh. Bencilah macam ni boss.” Rungutnya tidak puas hati.

Pintu kereta dibuka dan pantas dia masuk ke dalam. Rambut yang sudah makin panjang itu diikat rapi. Sesudah itu, dia mula memasang enjin kereta untuk pergi daripada situ.

“ Tugas kita hanya untuk tangkap. Yang lain serahkan pada pihak polis. Bukan sampai membunuh Airez. Betulkan niat tu. And saya tak nak terlibat sekali pun dalam perkara kejam tu. That’s not me.”

Terdengar pula keluhan daripada mulutnya. Akhirnya dia memilih untuk berdiam diri. Tiada hati lagi nak membalas kata-kata boss dia tu. Sampai speaker yang ada pada telinganya itu ditanggalkan. Telefon bimbit pula terus ditutup. Tanda dia tidak mahu diganggu buat seketika.

Selepas brek tangan ditarik, dia mula menekan pedal minyak. Dia meneruskan perjalanan dengan hati yang kosong. Tapi dia mula mengingati sesuatu sampailah air matanya kembali mengalir ke pipi. Dia dah janji dengan dirinya sendiri yang dia takkan menangis lagi. But, she failed!

“ Arissa Sofia. Please take care of yourself. Don’t think about me. And please… jangan simpan dendam di atas apa yang terjadi.”

Ayat-ayat itu kembali berlegar dalam fikirannya. Gara-gara itu air matanya kembali mengalir ke pipi. Bibirnya diketap kuat.

“ I love you. Please. Don’t do that.”

Matanya dipejamkan seketika sebelum tersenyum sinis. Air matanya sudah diseka perlahan.

“ I love you to. But, I’m sorry. I must do that. For your goodness. I begging you Faz. I’m sorry.”

Terus keretanya membelah laju di atas jalan raya itu dengan perasaan yang berkecamuk. Yang pasti semenjak 2 tahun yang lalu, dia dah simpan tekad yang dia akan menebus kembali apa yang telah diperlakukan terhadap arwah tunangnya dulu. By hook or by crook, she must do that.

**
“ Letih!”

Keluhan yang keluar daripada mulut Naim itu menarik perhatian Amsyar. Terus Amsyar mendongakkan kepalanya ke arah Naim. Dia daripada tadi kyusyuk sangat buat kerja. sampai tak sedar Naim dah balik ke pejabat.

“ Amboi Naim. Apa yang letih sangat tu?”

Amsyar bangun bagi menghilangkan lenguh. Seharian dia duduk siapkan dokumen yang perlu. Petang pula kena keluar jumpa pesalah-pesalah. Ini lah tugas anggota polis. Tambah-tambah inspektor macam mereka ni. Acewah.

“ Kes baru ni la. Gila la. Perempuan tu gila ganas. Sampai berjaya jatuhkan ketua mafa terbesar dekat KL ni. sempoi! Aku baru lepas tangkap ketua mafa tu ke penjara  la ni. kami sampai-sampai je tengok semua geng mafa tu dah tumpas.” Dengan semangatnya Naim bercerita.

Amsyar terdiam.

“ Maksud kau mereka semua tu tumpas kerana seorang perempuan?” Soal Amsyar dengan riak tidak percaya.

“ Yes. Aku tahu kau memang tak percaya. Tapi itu kenyataan. Dengar kata perempuan tu bekerja belakang tabir as spy. Dan buat juga kerja berbahaya seperti tadi tu. And aku juga ada dengar perempuan tu tunang arwah inspektor Fazrin. Ketua atasan kita tu. yang meninggal sebab ditembak ketua samseng 2 tahun lalu. Tapi ketua samseng tu pun dah mati juga sebab digantung.”

Amsyar terdiam lagi. dia yang baru setahun kerja dekat sini baru tahu semua tu.

“ Tapi kenapa perempuan tu sanggup buat kerja tu?” Soal Amsyar lagi ingin tahu.

Naim tersenyum hambar.

“ Arwah tunang dia mati depan mata dia bro. Demi lindungi dia, arwah tunang dia sanggup korbankan diri. Dan mulai hari tu.. dia macam simpan dendam. Dia nak tebus balik apa jadi dekat arwah tunang dia dulu. itu yang aku dengarlah. Ada juga yang kata.. dia buat semua tu demi melupakan arwah tunang dia tu. daripada berperwatakan lembut, terus dia jadi kasar.”

Naim terus bangun dan melakukan renggangkan pada badannya. penat!

“ Naim.”

Amsyar teringat sesuatu. Naim mengerling sekilas ke arah Amsyar sebelum tersenyum.

“ Kenapa? Tertarik ke?”

“ Kau pernah tengok muka dia?”

Naim tersengih. Amsyar..Amsyar..

“ Tu satu lagi. dia tak pernah tunjukkan muka dia bro. waktu buat kerja tu dia setia pakai topeng muka. Dia tidak sesekali tunjukkan wajah dia. hanya boss je tahu. Kita pekerja baru ni tak tahu la. Tapi dengar kata cantik orangnya.”

Terus Amsyar teringat pada seseorang. Arissa!

**
Sofea memandang sekeliling. Bila dah rasa keadaan selamat barulah dia keluar daripada tempat persembunyian. Cermin mata hitam ditolak sehingga jatuh ke matanya. Rambutnya yang diikat tinggi itu dibiar lepas. Senyuman sinis dipamerkan pada bibirnya.

Kakinya laju melangkah ke arah satu restoran. Bila matanya dah menangkap kelibat yang dia sangat kenali, dia terus melajukan langkah sehingga berdiri betul-betul di hadapan insan tersebut.

“ Sofia. Duduk.”

Sofia menanggalkan kaca matanya dan diletakkan di atas meja. Tajam dia merenung insan yang sedang duduk di depannya saat itu.

“ Ada apa boss nak jumpa saya dekat sini?”

Encik Mustapha atau lebih dikenali sebagai Tuan Inspektor Mus itu memberikan senyuman kecil buat Sofia.

“ Awak memang nak selalu cepat erk?”

Sofia terdiam. Tapi tak pula dia berlagak sombong. Senyuman bosnya itu tetap dibalas.

“ Saya kan spy? By the way Encik Ilham yang suruh datang jumpa bos. Ada apa? Ada kerja ke boss?” Soal Sofia dengan riak serius.

Encik Mustapha hanya menggeleng kecil.

“ Saya tahu apa awak nak buat. 2 tahun awak pendam dan berlatih demi satu sebab kan?”

Sofia tersentak. Tapi tak pula dia membuka mulut untuk bersuara.

“ Sofia. Fazrin tak nak semua ni. Dia tak minta untuk awak balas dendam untuk dia. sudah-sudahlah tu Sofia. Lagipun Dian tu dah mati. Dihukum gantung. Apa lagi yang awak nak? Takkan awak nak bunuh keluarga dia pula? Keluarga mereka tak bersalah Sofia.”

“ Memang family dia tak bersalah tapi abang dia punca semua ni! bos tahu tak yang dalang semua tu abang Dian. Ketua samseng sebenar. Dian tu hanya ketua kecil! boss tak faham!” Sofia mula membentak.

Encik Mustapha melepaskan keluhan kecil.

“ Yang pergi tetap akan pergi Sofia. Dia pun dah reda akan kepergian dia. Dia sendiri ada cakap yang dia tak nak awak simpan dendam kan?”

Sofia tersenyum sinis. Kepalanya terus digelengkan.

“ Kalau bos  suruh saya datang semata-mata nak saya matikan hasrat saya tu. Baik bos lupakan. Saya takkan berganjak selagi hutang saya belum langsai. Saya pergi dulu.”

Terus Sofia angkat kaki daripada situ. Hatinya pedih saat teringat kesengsaraan Fazrin 2 tahun yang lalu. Fazrin! I will never let him go. I will make sure he will die! For you goodness Fazrin!

**
“ Airez.”

Sofia tersenyum panjang. Orang yang dia tunggu-tunggu selama ini akhirnya pulang juga ke Malaysia. Sudah tiba dia untuk menjalankan rancangan yang dia sudah tunggu selama 2 tahun itu.

“ Saya dah nampak dia bos.” Ujar Sofia lantas memusingkan badan untuk ke kereta semula.

“ Airez. Are you serious with this? I mean.. you serious want to kill him?”

Sofia terdiam. Tapi tidak lama bila dia teringat lagi penderitaan Fazrin sebelum ini.

“ Yes. I serious with that. Bos. 2 tahun saya tunggu dia. Takkan saya sesenang nak lepaskan dia? no way!” Tegas Sofia lantas masuk ke dalam kereta.

“ Kalau macam tu saya bawa seorang anggota polis untuk teman awak?” Idea yang diberi Encik Ilham itu membuatkan Sofia tertawa kecil.

“ Bos! Please. Jangan kaitkan orang lain dalam cerita saya. Please!”

Terus Sofia meletakkan panggilan. Matanya masih merenung jauh ke arah orang itu. Dian. Sekarang ni giliran abang kau! Abang kau punca segala-galanya bermula. Aku akan tebus balik apa yang kau dah buat dekat tunang aku. Aku takkan lepaskan korang!

Baru sahaja Sofia ingin memulakan perjalanan, ada seorang anggota polis datang mendekati ketua samseng itu. Terus Sofia mematikan hasrat untuk memulakan pemanduan.

“ Siapa tu? apa yang dia nak buat dengan ketua samseng tu?”

Tanpa berlengah, dia terus keluar daripada kereta dan mendekati mereka berdua. Apabila dah dekat, dia sembunyi dekat satu tempat dan cuba untuk mendengar perbualan mereka. Tapi sayang.. tak begitu jelas.

Sofia merengus geram. Apa yang mereka bualkan tu? Aku nak dengar!

“ Ehem. Ehem.”

Tersentak Sofia saat ada orang lain di belakangnya saat itu. perlahan-lahan Sofia menoleh ke belakang. Polis lagi? Dan yang ni siapa pula?

“ Kau siapa? nak apa?” Kasar Sofia menyoal.

“ Maaf. Tapi cik dah masuk kawasan yang dilarang.”

Sofia memerhati sekelilingnya. Tempat vip. Okay. Memang aku salah. Patutlah dia datang.

“ Okay. I’m sorry.”

Terus Sofia meninggalkan tempat itu. Bila dia menoleh ke belakang semula, mereka berdua dah hilang. Shit! Hancur rancangan aku nak dengar. Spoil betul!

Kakinya kembali melangkah ke arah kereta. Tapi sekali lagi dia melihat ada anggota polis dekat situ. Hatinya dah membara. Kenapa hari ni ramai polis nak cari fasal dengan dia? Pantas dia mendekati keretanya.

“ Encik! Encik buat apa ni?” Soal Sofia dengan hati yang panas.

“ Cik. Cik tahu kan kat sini tak boleh parking?”

Sofia merengus kasar. Nak park kejap pun tak boleh ke? Masalah!

“ Ala. Aku bukan nak park lama-lama. Kejap je pun. Kacau lah!”

Anggota polis yang sebenarnya Amsyar itu terus terdiam. Entah kenapa, dia macam pernah dengar suara perempuan di depannya saat itu.

“ Maaf. Tapi kami hanya menjalankan tugas.” Dengan lembut Amsyar berkata.

Sofia hanya mengangguk lantas bergerak ke arah pintu pemandu. Langsung tidak menjeling ke arah Amsyar. Kertas saman yang ada depan cermin itu diambil lantas dia terus masuk ke dalam kereta. Spoil mood betul!
Amsyar yang sedar Sofia ingin berlalu pantas bergerak ke tepi. Tak sampai 2 saat, kereta Sofia terus berlalu meninggalkan Amsyar. Amsyar yang melihat hanya terdiam.

“ Kenapa aku macam kenal kau? Kau siapa?”

**
Amsyar meneliti dokumen kerja yang berada di depan matanya saat itu dengan perasaan berkecamuk. Mata je cuba fokus dekat dokumen tu. Tapi fikiran melayang entah ke mana. Asyik terfikirkan perjumpaan pagi tadi dengan seorang perempuan ni.

Siapa dia? Siapa perempuan tu? Ala Am! Takkan kau tak boleh ingat? Haish! Apasal hari ni otak aku lembap sangat?

“ Woi!”

“ Astagfirullah! Naim!”

Naim sudah ketawa terkekek-kekek selepas berjaya mengenakan Amsyar yang ralit termenung itu. entah apa yang difikirkan pun tak tahu lah. Sampai aku dah berdiri depan mata dia ni pun tak perasan.

“ Kau dah kenapa? Termenung je kerja kau. Ada masalah ke?” Tegur Naim lantas ambil tempat di sebelah Amsyar.

“ Tak ada apa-apalah.” Nafi Amsyar dan kembali fokus pada kerja.

Naim hanya tersengih. Nak tipu aku konon.

“ Tak payah tipu aku lah. Macam aku baru kenal kau sehari.”

Giliran Amsyar pula tersengih. Tapi tak pula dia membalas kata-kata Naim.

“ Aku terlupa. Tuan Mus nak jumpa kau kat bilik dia sekarang.”

Amsyar tersentak. Ketua atasan nak jumpa dia? alamak! Ada aku buat salah ke?

“ Jangan buat muka terkejut beruk boleh?” Naim terus menumbuk bahu Amsyar dengan perlahan.

Amsyar terus tergelak. Naim pula yang geram.

“ Dah. baik kau pergi. Aku ada kerja sikit ni. bye.”

Hilang saja kelibat Naim daripada pejabat itu, barulah Amsyar menuju ke arah bilik bos dia. perlahan-lahan dia menapak masuk sebaik sahaja mendapat pelepasan masuk daripada dalam.

“ Tuan!”

Amsyar tabik hormat sebelum dijemput duduk oleh Tuan Mus.

“ Ada apa tuan nak jumpa saya?” Soal Amsyar ingin tahu.

Encik Mustapha hanya tersenyum. Maafkan saya Sofia. Saya tak nak awak berada dalam bahaya. Saya dah janji dengan Fazrin yang saya akan lindungi awak. Jadi saya kena juga hantar seseorang untuk perhati awak dari jauh.

“ Saya ada tugas untuk awak. penting!”

Amsyar tersentak. Tapi tak pula dia membantah.

“ Apa tu Tuan?”

Saya percayakan awak Amsyar. Tolong lindungi Sofia untuk saya.

“ Lindungi Arissa Sofia.”

Dan kali ini giliran Amsyar terkedu.

“ A..arissa.. Maksud Tuan?”

Encik Mustapha sudah bangun dan membelakangi Amsyar. Buat seketika keadaan sunyi sampailah Amsyar turut bangun daripada duduk dan berdiri di sebelah Encik Mustapha.

“ Ya. Arissa yang pernah kamu selamatkan dia satu ketika dahulu. Dan dia juga merupakan bekas tunang arwah Tuan Fazrin. Kamu dah tahu kan kisah tu?”

Amsyar tercengang. Arissa.

“ Tolong saya Amsyar. Kamu saja yang boleh tolong saya selamatkan Arissa. Please.”

Amsyar terus terdiam. Dalam hati dia berdoa agar hati dia kuat berdepan dengan insan yang bernama Arissa itu. Insan yang pernah bertakhta di hatinya satu ketika dahulu.

**
Semua barang-barang yang dia perlukan sudah berada di depan mata. Pistol sudah berada dalam genggamannya. Beberapa batang peluru dimasukkan dan pistol itu diletakkan di belakang beltnya. Kemudian, dia menyarungkan pula tangannya dengan sarung tangan hitam. Khas untuk wanita berani seperti dia.

Topeng muka berwarna hitam turut diambil di sarungkan ke kepalanya. Rambutnya yang dibiar lepas itu pantas diikat rapi. Sekali lagi dia renung wajahnya yang berlapikkan topeng itu di cermin. Terpamer senyuman hambar pada wajahnya.

“ Faz. Sudah tiba masanya dia terima pembalasannya. Maafkan saya Faz. Saya buat demi awak. saya tak nak awak pergi dengan sia-sia. Saya sayangkan awak Faz. Izinkan saya.”

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Bos Ilham!

“ Ye bos.”

Selepas memastikan semua keperluan sudah cukup, barulah dia keluar daripada bilik rahsianya itu dan menuju ke luar rumah. Pintu kereta di buka dan dia masuk ke dalam.

“ Airez. Kamu pasti dengan tindakan kamu ni?”

Sofia terdiam. Tapi dia langsung tidak menghiraukan soalan itu. Dia tahu selagi orang boleh halang dia..mereka tetap akan halang.

“ Airez..”

“ Bos. Saya dah bersedia. Saya akan ke lokasi ketua samseng tu sekarang juga. Bos Cuma beritahu lebih detail tentang tempat tu je.” Arah Airez tanpa menghiraukan pandangan bosnya itu.

“ Sofia..”

“ No! My name is Airez. Not Arissa Sofia. Arissa Sofia dah lama mati!”

Panggilan itu terus dia matikan. Dia sudah tiada hati nak cakap. Hatinya pedih setiap kali orang memanggilnya dengan panggilan Sofia. Dan setiap kali itu jugala dia akan teringatkan Fazrin. Damn!

“ Tak kira walau apa pun yang terjadi. Aku tetap kena teruskan rancangan ini. Maaf Faz.”

**
Sofia. Belum terlambat untuk awak berhenti. Please stop.

Pesanan ringkas daripada Tuan Mustapha itu membuatkan Sofia merengus geram. Kenapa semua tak faham perasaan aku?! Arh! I don’t care! I will do it! Walaupun aku terpaksa mati.

Kini, dia sudah berada di belakang tempat persembunyian ketua samseng itu. Tunggu masa nak masuk saja dan serang mereka. Tapi dalam diam dia turut takut andai dia terkorban sebelum melakukan apa-apa.

Shrekk!

Sofia tersentak. Pantas dia menoleh ke belakang. Dia terdengar sesuatu. Dia mula mengeluarkan pistol dan mengarahkan ke arah yang dia dengar tadi. Dadanya sudah berdebar kencang. Ya Allah. Siapa tu?

“ Ouch!”

Sofia terdengar pula suara orang lelaki sedang mengerang kesakitan. Perlahan-lahan Sofia mendekati ke arah itu. matanya mula meliar sekeliling. Takut jejaknya dikesan.

“ Bodoh betullah ranting ni. Sakit.”

Sofia tersentak saat ternampak seorang lelaki sedang duduk mengerang kesakitan. Dan Sofia kembali menyimpan pistolnya. Dia mendekati lelaki itu dengan lebih rapat. Saat dapat mengecam wajah lelaki itu, kini dia tahulah yang dia sedang diperhatikan. Damn! Tuan Mustapha!

“ Apa yang kau buat dekat sini?” Soal Sofia sambil memerhati sekeliling.

Amsyar tersentak. Alamak! Kan dah kantoi!

“ Arissa.”

Sofia sekali lagi tersentak. Jantungnya bagaikan bermainkan drum semula saat mendengar suara itu memanggil namanya. Tajam dia merenung ke arah Amsyar. Ini lelaki yang saman aku hari tu. macam mana dia tahu nama aku?

“ Kau siapa?” Keras Sofia menyoal.

Amsyar tersenyum kecil lantas bangun dan berdiri sama tinggi dengan Sofia walaupun dia jauh lebih tinggi daripada Sofia.

“ Arissa Sofia. Saya Amsyar. Yang pernah selamatkan awak satu ketika dahulu daripada dicabul oleh penjahat. Kira-kira 8 tahun yang lalu.”

Sofia tergamam. Amsyar? Tak! Tak! Aku tak percaya!

“ Kau..kau dah mati. Bukan kau dah mati ke?”

Amsyar menarik sengih. Walaupun dia tak dapat tengok wajah penuh Sofia kerana Sofia memakai topeng. Tapi dia kenal dengan renungan tu.

“ Aku terselamat. Terima kasih dekat Tuan Mustapha. Dia yang berjaya selamatkan aku daripada terus dipukul dan dibakar hidup-hidup.”

Sofia sekali lagi terdiam. Dia sangat-sangat terkejut. Tapi… Arh! Semua tu dah berlalu.

“ Aku tak tahu kenapa Tuan hantar kau ke sini. Tapi baik kau pergi. Sini bahaya dan ini tugas aku.”

Sofia kembali memusingkan badannya ke arah tempat persembunyian ketua samseng itu. perlahan-lahan dia menapak dan memerhati apa yang ada di dalam.

“ Saya ikut.” Tiba-tiba Amsyar di tepi Sofia. Wajahnya turut beriak serius. Sofia tidak menghiraukan Amsyar. Dia hanya ingin tugasnya cepat-cepat selesai.

Pintu yang terbuka itu menarik perhatian Sofia. Tercetus senyuman sinis pada bibirnya. Bagus! Pintu dah terbuka. Orang pun tak ramai. Cuma ketua samseng tu je aku tak nampak lagi. maybe belum sampai.

“ Arissa?” Amsyar dah dapat hidu sesuatu. Dia dapat rasakan Sofia ingin melakukan sesuatu yang bahaya.

“ Kau jangan ikut. Aku tak perlukan pertolongan kau!”

Terus Sofia melangkah masuk tanpa menghiraukan Amsyar yang terpinga-pinga itu. Dan sebab itu, konco-konco mereka sudah pun mara dan ingin menumpaskan Sofia.

“ Marilah! Aku tak takut!” Jerit Sofia lantas dia mendekati konco-konco ketua samseng itu.

“ Iyaahhh!”

Amsyar yang berada di luar sudah mengetap bibir. Dia tak percaya apa yang dia sedang saksikan sekarang. Benar! Arissa Sofia benar-benar dah banyak berubah. Dia bukan Arissa Sofia yang dulu. Fazrin. Kau bertuah kerana pernah menjadi tunang Arissa. Aku cemburu dengan kau. Tapi kali ini benarkan aku untuk menjaganya buat seumur hidup? Aku sayangkan dia. Aku janji takkan hampakan kau dan Tuan Mustapha.

Sofia tersenyum puas apabila berjaya tumpaskan 3 orang sekali gus. Yang tinggal hanya lagi 2 orang. Ala! Kacang!

“ Aku takkan sesekali lepaskan korang.”

Bila mereka mula menyerang. Sofia mengelak dan terus dia menghentam dua orang itu sekali gus dengan memberikan tendangan percuma pada perut mereka. tak cukup dengan itu, kepala mereka dihentak kasar ke arah lantai. Belum selesai lagi bila Sofia menumbuk wajah mereka berdua cukup-cukup sampai badan mereka berdua betul-betul sudah tidak berdaya untuk berlawan.

Sofia yang melihat jelas sekali puas. Sangat puas! Sekarang  giliran ketua samseng tu je. Mana pergi entah! Orang nak cepat-cepat selesaikan hal ni.

“ Arissa!”

Sofia terus menoleh ke belakang saat mendengar suara Amsyar. Dan dia terus mengambil pistol di belakangnya dan mengacu ke arah belakang Asmyar. Amsyar kini telah berada dalam genggaman ketua samseng sebenar atau orang lebih suka panggil Bob.

“ Hahaha. Boleh tahan juga kau erk? Habis konco-konco aku kau tumpaskan. Well! Well! Well!”

Sofia masih kaku pada tempatnya. Tapi pistol sesekali tidak lari daripada sasaran.

“ Baik kau lepaskan dia! Atau kau akan menyesal!”

Amsyar terus menggelengkan kepalanya. salah dia juga. Asyik sangat perhati sampai tak perasan ada orang belakang dia. Sempat juga dia jeling ke arah pistol yang Bob pegang ke arahnya itu. seketika dia terteguk air liur.

“ Arissa! Baik awak lari. Jangan pedulikan saya.” Jerit Amsyar. Dia cuba cari peluang untuk menjatuhkan pistol itu.

Sofia tersenyum sinis.

“ Bodoh lah aku kalau aku lari sedangkan ini yang aku inginkan. Bob! Ini hal antara kita berdua! Tiada kaitan dengan dia. baik kau lepaskan dia!” Keras suara Sofia mengarahkan Bob.

Tapi Bob ni jenis tak makan saman. Malah ketawa lagi besar adalah.

“ Langkah mayat aku dulu kalau kau nak aku lepaskan dia.”

Sofia merengus geram. Ini yang dia malas bila ada orang ikut dia. Rosak rancangan!

“ Arissa. Awak kena pergi sekarang. Biarkan saya. Saya tahu apa yang saya nak buat.”

“ Kau gila? Kau ingat aku ni jahat sangat ke nak pergi macam tu je?”

Tiba-tiba Sofia teringat bagaimana Fazrin mati di depannya satu ketika dahulu. Bila dia teringat, keadaan dia sekarang sama sekali macam dulu. kepalanya terus digelengkan. Dia tak nak Amsyar jadi mangsa kedua demi selamatkan dia. Dia tak nak!

“ Aku dengar kau ni bekas tunang Fazrin tu kan? Haha. Adik aku yang bunuh dia kan? Well! Well! Jadi lelaki ni pun mesti orang kesayangan kau juga kan?”

Sofia mengetap bibir kuat. Tak guna punya samseng!

“ Sebab adik kau tunang aku mati! Aku datang sini pun sebab dia! aku takkan sesekali lepaskan kau lah bodoh!”

Pang!

Sofia melepaskan tembakan dan tembakannya betul-betul kena pada tangan Bob. Itu kunci utama bagi Bob melepaskan pistol yang dipegangnya itu. Amsyar yang sedari hal itu pantas melepaskan diri daripada Bob dan mengambil pistolnya kembali.

“ Arghh!”

Amsyar pantas mendekati Sofia. Sofia yang melihat terus terdiam. Serius! Sama! Dia terus menoleh semula ke arah Bob. Ya! Seperti dia sangka, Bob ada satu lagi pistol dan pistol itu mengarah pada Amsyar.

“ Amsyar! Tidak! Tunduk!”

Pang!

Hampir saja air mata Sofia menitis. Mujur Amsyar sempat tunduk. Lega dia rasakan tapi Cuma sekejap bila Bob mula melancarkan serangan.

“ Arissa. Please. Saya merayu sangat. Tolong pergi dari sini.” Rayu Amsyar lantas berdiri di sisi Sofia. Dia turut mengacu pistol ke arah Bob.

“ Aku dah kata aku takkan berganjak dari sini sebelum aku tumpaskan dia! kau faham tak?”

Amsyar terdiam. Ya. Dia tahu. Dendam Sofia melebihi segala-galanya saat ini.

“ Kalau begitu biar saya yang selamatkan awak.”

“ No!”

Pang!

“ Amsyar!”

Gara-gara marah menguasai diri, Sofia terus melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah Bob.

Pang! Pang! Pang!

“ Arghhh!”

**
“ Awak!”

Fazrin tersenyum kecil. Dia menggelengkan kepalanya.

“ Sofia. Please. Pergi. Jangan hiraukan saya. Kejap lagi pihak polis akan datang. Jangan risau. Saya akan selamat. Demi awak.”

Sofia sudah mengalirkan air mata. Tak! Dia tak sanggup melihat Fazrin dalam bahaya. Tubuh Fazrin penuh dengan darah selepas dipukul bertubi-tubi oleh konco-konco Dian tadi. Tapi dia? Dia setia kaku di sini malah tidak boleh bergerak gara-gara diikat. Tak sangka dalam diam mereka berdua diperhati dan diculik sampai ke sini. Dian jahat! Kejam!

“ Tolong! Lepaskan dia!” Jerit Sofia dengan sekuat hati. Dalam itu dia cuba merungkaikan ikatan. Bila dah berjaya dia perhati konco-konco Dian yang masih tidak mahu melepaskan Fazrin itu.

“ Meh sini! Giliran aku pula. Tepi!”

“ argh!”

Fazrin mengerang kesakitan saat tubuhnya ditarik kasar oleh Dian. Kini lehernya menjadi mangsa. Pisau yang dipegang Dian itu berada betul-betul di lehernya. Fazrin memejamkan matanya erat. Walau apa pun yang terjadi, Sofia kena selamat!

“ Tolong Dian. Kau boleh bunuh aku tapi lepaskan Sofia dulu. aku merayu.” Dengan susah payah Fazrin berkata.

Dian memandang mereka silih berganti.

“ Oh. So sweet!”

Sofia memandang Fazrin. Fazrin! Saya dah bebas. Saya berjaya!

“ Dian. Please.” Rayu Fazrin lagi.

Sofia melihat Dian. Dalam hati dia berharap Fazrin berlari ke arahnya dengan secepat yang mungkin.

“ Ok. Boleh. Han. Lepaskan dia.”

Bila Fazrin rasa pisau itu dah jauh daripada dia, cepat-cepat dia ambil peluang dengan menumbuk perut Dian.

“ Argh!”

Tanpa berlengah, Fazrin pantas berlari ke arah Sofia. Tapi belum sempat mereka dekat, Dian bertindak dahulu.

Pang!

“ Awak!”

“ ARghh!”

Bukk!

Terketar-ketar Sofia melihat tubuh Fazrin yang sudah berlumuran darah itu. perlahan-lahan dia mendekati Fazrin. Kepala Fazrin diriba Sofia. Air matanya menitis dengan laju.

“ Awak. tolong jangan tinggalkan saya! Please!” Rayu Sofia dengan linangan air mata.

Fazrin membuka matanya. Senyuman setia diukir pada bibirnya. Tangannya menggenggam erat tangan Sofia.

“ Arissa Sofia. Please take care of yourself. Don’t think about me. And please… jangan simpan dendam di atas apa yang terjadi.”

Sofia masih menangis. Dia tak nak dengar apa-apa. Dia Cuma nak Fazrin selamat. Itu je!

“ I love you. Please. Don’t do that.” Nafas Fazrin sudah mula tersekat. Dia rasa masanya dah tiba.

“ Faz! Tolong. Jangan tinggalkan saya. Saya cintakan awak Faz.”

Fazrin tersenyum.

“ Please… jaga diri awak. jangan risaukan saya. And please… jangan berdendam.”

Akhirnya, genggamannya terlepas. Sofia yang melihat terus tersentak.

“ Fazrin!!!”

**
“ Fazrin!”

Matanya terbuka. Dadanya dah berombak menahan rasa takut dan kesal. Dia mula melihat sekeliling. Ya Allah. Aku bermimpi. Aku ada dekat mana ni?

“ Alhamdulillah. Kamu dah sedar.”

Tuan Mustapha melihatnya dengan senyuman kecil.  Sofia teringat sesuatu. Amsyar!

“ Bos. Amsyar? Saya tahu dia masih selamat. Kan?  Tolong jangan cakap dia dah…” Terketar-ketar Sofia cuba nak sambung ayat itu. Tapi dia tiada kekuatan itu. dia takut perkara sama akan berulang. Tak! Dia terus menggelengkan kepalanya.

Tuan Mustapha masih tersenyum. Fazrin. Saya dah tunaikan janji saya. Dan Amsyar telah lindungi dia daripada ketua samseng tu.

“ Dia selamat. Jangan risau.”

Sofia menghembus nafas lega tapi tidak lama bila dia teringat akan Amsyar. Dia perlu jumpa Amsyar!

“ Saya nak jumpa dia.” Tegas Sofia lantas turun daripada katil.

“ Tapi Sofia.”

“ Tak! I want to see him!” Bentak Sofia tanpa menghiraukan Tuan Mustapha.

“ Yes. I know. But he’s coma!”

Serentak itu Sofia terus menitiskan air mata. Amsyar! Tidak!

**
Satu-satu peristiwa yang pahit kembali ulang tayang dalam fikirannya. Dia dah usaha untuk membuang semua kenangan itu. Tapi gagal. Gara-gara dendam juga dia telah menyebabkan nyawa Amsyar dalam bahaya.
Air matanya yang bergenang tadi terus mengalir ke pipi. Tak! Dia tak boleh sedih! Dia kuat! Terus diseka air matanya itu dengan kasar.

“ Faz. Kenapa mesti dia? Kenapa dia beria-ria nak selamatkan saya? Faz. Kenapa dia yang datang selamatkan saya? Kenapa korang berdua sanggup berkorban demi saya?”

Bibirnya diketap kuat. Lemah. Ya itu yang dia rasakan sekarang. Tanpa dapat ditahan, akhirnya dia menangis di sisi Amsyar yang tengah koma itu. Dia gagal tahan air matanya daripada terus keluar.

“ Aku jahat Am. Jahat. Tapi kau still selamatkan aku. Ini kali kedua. Kenapa Am? Kenapa? Aku yang patut mati. Memang niat aku lepas bunuh Bob, aku sanggup mati. Tapi kau hancurkan segala-galanya!”

Sofia tatap wajah Amsyar yang masih tidak sedarkan diri itu. terhambur keluhan kecil daripada mulutnya. Air mata pantas diseka. Tanpa berlengah dia pantas bangun untuk keluar daripada situ. Hati dia jadi lemah bila berdepan dengan Amsyar. Dia sendiri tidak tahu kenapa.

“ Sebab saya sayangkan awak Arissa Sofea.”

Langkah Sofia terus kaku. Bibirnya terketar-ketar untuk berkata. Nak menoleh pun rasa dah tak ada bermaya. Dia takut apa yang dia dengar tadi.

“ Arissa Sofea.”

“ Nama aku Airez! Arissa Sofea dah lama mati.” Tegas Sofia dan berura-ura ingin pergi.

“ Awak tetap Arissa Sofea. Dan tiada siapa dapat ubah kenyataan itu.”

Sofia mengetap bibirnya kuat. Matanya dipejam sampai dia dapat bayangkan semula kejadian pagi tadi. Serius. Selepas Amsyar kena tembak tu, dia dah tak kuat. Dia rasa dia gagal lagi walaupun dia berjaya tumpaskan Bob. Arh!

“ Aku patut mati Amsyar.”

“ No.”

Tiba-tiba Amsyar sudah berdiri di depan Sofia. Perlahan-lahan Sofia membuka matanya. Tersentak dia saat melihat Amsyar sudah berada depan matanya saat ini. Amsyar yang melihat sudah menarik senyum.

“ Saya dah lama sedar. Dan saya tak koma. Tuan Mustapha tipu awak. Tapi perut ni saya tak tipu. sakit.”

Sofia mengalihkan pandangannya pada perut Amsyar. Terus dia rasa bersalah.

“ Awak tak boleh mati Arissa. Dan awak tak patut mati.”

Sofia terdiam. Tajam dia merenung ke arah Amsyar.

“ Arissa.”

Sofia ingin berlalu. Hati dia dah tak berdaya menerima tatapan Amsyar. Ini mengingatkan dia pengorbanan Amsyar satu ketika dahulu.

“ Arissa. Tunggu.”

Lengan Sofia ditariknya. Tapi tak pula Sofia menoleh ke arahnya.

“ I really love you Arissa. Saya tak tipu. Dan please benarkan saya lindungi awak. Saya tak nak kejadian tadi berulang lagi. saya takut kalau terpaksa kehilangan awak lagi.”

“ Bukan aku Am. Aku berbahaya.”

“ Tak. Awak terpaksa. Sebab awak berdendam. Fazrin pasti tak suka dengan apa yang awak tengah buat ni Arissa.”

Amsyar menarik Sofia ke arahnya. Sofia still tak pandang ke arah Amsyar. Dia tak sanggup.

“ Please Arissa. Saya tak kisah kalau awak tak cintakan saya. Sebab saya tahu awak masih sayangkan arwah Fazrin. Tapi beri saya peluang. Saya nak lindungi awak. saya tak nak awak terus berdendam.”

Sofia merengus geram. Terus dia tarik tangannya semula. Dengan mata yang merah dia membalas renungan Amsyar.

“ Sebab kau bertekad sangat kan? Okay. Fine! Tapi jangan sesekali halang kerja aku sebagai spy!” tegas Sofea.

Amsyar tersenyum.

“ Tak kisah. Jadi spy di hati saya pun dah cukup Arissa.”

Gara-gara geram dengan kata-kata Amsyar itu, terus dada Amsyar jadi mangsa tumbukan Sofia.

“ Auch!”

Sofia tersenyum sinis.

“ Padan muka. Aku nak balik.”

Tapi dalam diam sebenarnya Sofia dah mula tersenyum dengan ketegasan Amsyar yang ingin memilikinya. Faz. Mungkin dia orangnya. Pengganti awak. Mungkin dia orangnya. Yang berjaya membawa sinar kembali dalam hidup saya. Faz. Terima kasih. Saya tahu saya kejam tapi maafkan saya.

**
Setahun berlalu…

“ Arghhh!”

Sofia tersenyum sinis saat berjaya menumpaskan seorang lagi ketua mafa di KL itu. Puas! Bila dah berjaya pengsankan ketua mafa itu, dia terus meninggalkan kawasan hutan itu. Rambutnya yang sudah tidak kemas itu diperkemaskan dengan ikatan. Sarung tangan ditanggal. Topeng muka juga turut ditanggalkan.

“ Airez? Dah selesai ke?”

Kedengaran suara bos Ilham dari speaker yang dipakainya.

“ Dah bos. Jangan risau.”

Terus dia melajukan langkahnya ke arah kereta. Pihak polis pun dah sampai. Jadi tugasnya selepas ini diserahkan kepada mereka. Speaker pun dah dimasukkan ke dalam kocek seluar. Baru saja dia ingin masuk ke dalam kereta, bahunya tiba-tiba disentuh daripada belakang. Dia dah bersedia dengan sebarang 
kemungkinan.

“ Sayang.”

Dengar saja suara itu, barulah dia menghembus nafas lega. Terus memusingkan badan ke belakang. Berdirinya seorang inspektor polis yang bernama Amsyar di depan Arissa Sofea.

“ Abang! Terkejut saya tau!” Geram Sofia dengan Amsyar ketika itu.

Amsyar hanya menarik sengih. Tangannya terus mengelus lembut rambut Sofea yang ingin terurai itu.

“ Macam mana hari ni? penat?”

Sofia tersenyum. dia mengerling ke belakangnya sekilas. Ketua mafa itu dah berjaya ditangkap.

“ Boleh tahanlah.”

Amsyar rasa bangga melihat isterinya saat ini. Sofia dah banyak berubah. Dah tak berdendam. Tak suka marah-marah dah. perlahan-lahan perwatakannya menjadi lembut. Tapi bila dalam bidang kerja dia, sikap macam lelaki tu memang tak boleh nak dibuang lah.

“ Sayang.”

“ hurmm.”

“ Bila sayang nak berhenti daripada kerja ni? Jadi polis macam abang?”

Sofia terdiam. Renungan Amsyar yang penuh berharap itu dibalas.

“ Abang.. Bukan tak nak tapi..”

“ Abang faham. Tak apa. take your time dear.”

Sofia mengukirkan senyuman kecil. Maafkan Arissa abang. Maybe selepas kita dikurniakan anak? Baru lah Arissa berhenti daripada menjadi spy ni.

“ Okay dear. Abang kena pergi. Hati-hati dijalan tau.” Pesan Amsyar sebelum pergi.

Amsyar yang baru nak pergi tu tak jadi bila lengannya tiba-tiba ditarik. Dia melihat Sofia dengan kerutan di dahi. Wajah Sofia saat itu macam inginkan sesuatu. Tapi Sofia jadi teragak-agak.

“ Why dear?”

“ Erkk.”

Sofia tergaru-garu keningnya yang tidak gatal itu. Malu sebenarnya tapi dia rindu sangat dekat Amsyar. Jadi buat dengan cepat lepas tu blah! Okay Sofia? Okay set!

“ Arissa?”

Sofia terus memeluk tubuh Amsyar. Tanpa berkata apa-apa. Amsyar yang menerima pelukan itu terus tersenyum kecil. sesaat kemudian dia turut membalas pelukan Sofia. Alahai isteri aku ni. comelnya!

“ Erk. Okay. Abang boleh pergi.” Kata Sofia selepas meleraikan pelukannya.

Serentak itu dia terus menoleh ke belakang. Wajahnya pula dah berbahang malu. Amsyar di belakang dah tersenyum lebar.

“ Sayang. One more.”

Belum sempat Sofia ingin menoleh, Amsyar terlebih dahulu berdiri di depannya dan tanpa diduga, bibirnya dikucup. Pantas. Selepas itu Amsyar terus memberikan senyuman.

“ Okay done. Abang pergi dulu sayang. Take care. I love you.”

Terus Amsyar berlalu semula ke arah keretanya. Mujurlah tiada orang yang nampak. Kalau tak boleh dibahan je la kerjanya.

“ I love you to.”

Balas Sofia perlahan lantas terus masuk ke dalam kereta. Dalam diam dia menarik senyum. Malu memang malu tapi dia bahagia. Matanya terus melirik cermin sisi keretanya. Dari situ dia dapat tangkap wajah Amsyar yang tengah tersenyum.

“ Abang. I don’t know what will happen if you don’t came into my life. I really really love you abang. Thanks you abang.”

Bila dah berjaya tenangkan dirinya semula, barulah dia memulakan perjalanannya semula. Dan yang pasti, Amsyar pun turut memandu keluar daripada kawasan itu dan mengekori Sofia.

“ Abang sanggup lakukan apa saja demi awak Arissa Sofia. Fazrin. Terima kasih. Saya janji saya akan jaga dia sebaik yang mungkin.”

Mungkin orang akan ingat semua ini berlaku begitu cepat. Tapi cinta ini anugerah Allah. Dan tiada siapa dapat mengelak daripada merasai perasaan itu. dan untuk itu Amsyar berterima kasih. Alhamdulillah.

~Tamat~

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers