“ Sadaqallahul azim…”
Usai membaca Yaasin,
tangannya mula menaburkan bunga ke atas tanah kubur itu. Sesudah itu, dia mula
menyiram air di atas bunga-bunga dan tanah itu. Bila dah selesai gilirannya,
dia menyerahkan pula pada orang disebelahnya.
Batu nisan yang
tertulis nama Muhammad Razif itu dipegangnya seketika sebelum menarik senyuman
hambar. Air mata yang ingin mengalir cepat-cepat diseka. Dia dah janji dengan
dirinya sendiri yang dia tidak akan menangis depan kubur Razif. Dia perlu
kuatkan semangat. Demi Razif dia kena kuat. Kalau Razif tengok pun mesti tak
suka.
“ Sayang.”
Imran yang baru selesai
itu menoleh ke arah Aimi yang berdiam diri sejak tadi. Jadi risau dia.
“ Abang. Terima kasih
sebab sudi bawa Aimi lawat kubur arwah.”
Imran tersenyum. kepala
Aimi diusap lembut.
“ Dia kawan Aimi dan
dia juga telah menyelamatkan Aimi. Mestilah abang sudi bawa.”
Aimi mengerling sekilas
ke arah Imran lalu kembali memandang ke arah kubur arwah Razif. Razif. Terima
kasih untuk segala-galanya. Terima kasih sangat-sangat. Saya tahu sampai
bila-bila pun saya tak mampu balas budi awak yang tak ternilai ini. Cuma saya
harap ada balasan yang baik daripada Allah untuk orang yang sebaik awak. Razif.
“ Jom kita balik.” Ajak
Imran lalu bangun berdiri.
Aimi turut bangun. Tapi
dia masih tidak berganjak. Imran yang menyedari hal itu hanya tersenyum kecil.
“ Abang jalan dulu.
Ambil masa sayang.”
Aimi hanya membiarkan
Imran berlalu. Sesaat dia mendongak ke arah langit. Dalam hati dia berdoa agar
roh Razif dicucuri rahmat. Bila dah rasa tenang barulah dia tunduk semula.
“ Razif. Saya balik
dulu. InsyaAllah kalau ada masa lagi saya datang. Terima kasih untuk
segala-galanya.”
Dengan hati yang
tenang, dia melangkah meninggalkan kubur Razif. Dengan senyuman kecil juga dia
meredakan segala apa yang telah terjadi. Dia pasti apa yang berlaku ada
hikmahnya. Itu takdirnya. Dan dia tak boleh menolaknya. Terima dengan hati yang
terbuka.
“ Abang. Tunggu.”
Aimi pantas mengejar
langkah Imran. Bila dah berdiri di sisi Imran, tangan itu digenggamnya.
“ InsyaAllah. Syurga
tempat dia.” Ujar Imran lantas mereka meneruskan perjalanan sehingga ke kereta.
Aimi tersenyum.
InsyaAllah abang. Razif. Ketahuilah bahawa saya takkan pernah lupakan orang
sebaik awak. Sebab awak pernah jadi sebahagian daripada hidup saya dulu. Thanks
Razif. Thanks you so much.
**
Semenjak tadi, keadaan
menjadi sepi. Tiada seorang pun yang ingin membuka mulut. Masing-masing takut
sebenarnya. Tambah-tambah selepas tengok Aimi yang masih mendiamkan diri tu.
Imran di sebelah sudah menjongketkan kening.
“ Abang pergi dapur
jap. Sayang berbual lah dulu.”
Tanpa berlengah, Imran
pantas bangun daripada tempat duduknya. Dia bergegas menuju ke dapur. Rasanya
selepas ini bukan urusan dia. Biarlah isterinya yang menyelesaikan sendiri.
“ Aimi. Saya nak minta
maaf.”
Firhan kerling ke arah
Faiz sebelum kerling semula ke arah Aimi yang terdiam itu. Dia dah mula resah.
Selepas Faiz maklumkan pada dia yang Aimi dah tahu kisah sebenar, dia dah tak
tentu arah. Tapi pada masa yang sama dia bersyukur sebab dia tak perlu menyamar
lagi.
“ Maafkan kami Aimi.
Kami Cuma tak nak kau bersedih bila dapat tahu.” Suara Emelda pula. Sebab dia
pun terlibat sama.
Aimi tersenyum kecil.
Rasa geli hati pun ada tengok muka-muka depan dia ni. Gelisah semacam. Baru
mereka tahu langit tu tinggi ke rendah. Bila buat tak fikir pula perasaan
orang. Sekarang baru mereka tahu. Haha.
“ Ada tak korang fikir
perasaan aku bila korang buat semua ni?”
Firhan, Faiz dan Emelda
terkedu. Melihatkan renungan tajam Aimi itu. Tahulah mereka yang Aimi
betul-betul marah.
“ Maaf Aimi. Kami Cuma
tak nak kau lebih terluka. Maaf.” Giliran Faiz pula meminta maaf.
Aimi tersenyum sinis.
“ Tapi dengan cara
korang ni aku lebih terluka. Ada kau pernah fikir semua tu?”
Mereka semua terus
terdiam. Terkelu lidah nak jawab apa. Tiba-tiba Imran muncul dan duduk semula
di sisi Aimi.
“ Sayang. Jangan
salahkan mereka sepenuhnya. Abang yang mulakan semua ni dulu. sepatutnya sayang
salahkan abang.”
Aimi terdiam. Imran
pula sudah tersenyum. Tahu sangat apa agenda Aimi tu. Sedangkan semalam dia yang
cakap yang dia dah lama maafkan mereka. Tak ambil hati dah pun sebab dia tahu
mereka buat semua ni untuk dia. Imran yang teringat kata-kata Aimi semalam tu
menahan senyum.
“ Maafkan kami Aimi.”
Firhan sekali lagi meminta maaf.
Aimi kerling Imran yang
sudah tahan senyum itu. Tangannya digenggam erat. Aimi kembali memandang ke
arah mereka. Terus dia mengukirkan senyuman.
“ Tahu pun takut?”
Imran memang dah tak tahan
lantas terus tertawa kecil. Tengok muka-muka yang kecut perut tu lagi buatkan
dia ketawa besar. Aimi di sebelah sudah tersengih. Tapi mereka bertiga
tergamam. Terpinga-pinga. Apa dah jadi?
“ Aku dah lama maafkan
korang la. Aku tak ambil hati pun. Aku berterima kasih sebab korang sudi tolong
aku. Tapi please… jangan buat lagi. Even kebenaran itu menyakitkan tapi itu
lebih baik daripada penipuan yang membahagiakan.”
Mereka masih terdiam.
Masih tiada sahutan. Imran dan Aimi yang melihat terus saling berpandangan
seketika sebelum tertawa lagi.
“ Hello? Guys?” Imran
memanggil.
Firhan tersedar. Terus
dicuit bahu Faiz. Faiz pula menolak sedikit bahu Emelda. Akhirnya mereka
bertiga terus menghembus nafas lega.
“ Alhamdulillah. Thanks
Aimi. Lega aku dengar.” Emelda mengurut dadanya perlahan. Lega sangat bila Aimi
tak marahkan mereka.
“ Lain kali buatlah
lagi.” Sindir Aimi dengan senyuman manis. Tapi Imran terus ketawa.
“ Tak. Kami janji kami
tak buat lagi.” Janji Faiz dengan sengihan.
“ Saya pun.” Firhan
pula berjanji.
“ Aku pun. Aku takkan
buat lagi.” Emelda pula.
Aimi terus tersenyum
kecil.
“ Yela. Aku percayakan
korang.”
“ So, jom kita makan
dulu. Makanan dah sedia atas meja.” Jemput Imran lantas tersenyum.
“ Jom!”
Apabila mereka bertiga
berlalu, barulah Imran dan Aimi bangun. Tapi sempat lagi Imran memaut mesra
bahu Aimi lantas mengucup pipi itu. Aimi yang dapat habuan itu pantas menjeling
geram ke arah Imran.
“ Sebab tu abang sayang
sangat-sangat dekat Aimi. Thanks dear.”
“ Anything for you
husband.”
**
“ Arh!!! Leganya!!!”
Faiz terlopong melihat
Emelda yang tiba-tiba menjerit itu. Mujur sekeliling mereka tiada orang
petang-petang macam ni.
“ Awak ni! Malu la
kalau orang tengok.” Tegur Faiz lantas duduk di sisi Emelda. Matanya merenung
tasik di hadapannya dengan senyuman.
Emedal ketawa kecil.
Dia turut memandang ke arah tasik.
“ Saya lega sangat
sebab semuanya dah berakhir. Imran dan Aimi pun dah bahagia. Tiada rahsia lagi
antara kita , dia dengan Aimi. Dan lepas ni kita boleh la pergi sambung belajar
dengan tenangnya. Yeah!”
Giliran Faiz pula
ketawa besar. Emelda hanya tersengih. Keterujaan dia membuak-buak saat ini.
Macam budak-budak.
“ Alhamdulillah.
Semuanya dah berakhir.”
Faiz mengerling ke arah
Emelda yang kelihatan gembira itu. Hatinya turut senang tengok Emelda. Dia
menghembus nafas lega. Agaknya lepas ni bolehlah fokus pada belajar dan pada
Emelda.
“ Bulan depan saya dan
awak dah nak sambung belajar. Mesti kita akan berjauhan.”
Emelda terdiam. Apabila
dia menoleh ke arah Faiz. Dia terkedu seketika. Faiz kelihatan serius even ada
senyuman pada wajahnya.
“ Kita boleh selalu contact
la awak.”
“ Tapi kita tak boleh
selalu jumpa. Lainlah tempat kita study sama.”
Emelda terdiam. Dia
hanya melihat Faiz yang mencari kata-kata itu.
“ I will miss you Mel.
Because I love you. Seriously. I don’t know what I want to do if I don’t know you.
Tak sangka sebab Aimi kita kenal lebih rapat. And yes… saya sebenarnya dah
perasan awak lama. Cuma saya tertarik pada Aimi time tu. Tipu la kalau saya
kata tak pernah tergugat dengan awak.”
Faiz ingat lagi
bagaimana dia sedar yang dia betul-betul sukakan Emelda. Sampai gugup jadinya.
Memang kelakar. Tapi tak sangka ia menjadi kenyataan.
“ Tapi saya dah suka
awak sebelum awak kenal Aimi.” Luah Emelda lantas tunduk memandang jarinya.
Faiz tersenyum kecil.
Hatinya dah berdebar.
“ Emelda.” Panggil Faiz
lembut.
Emelda terus mendongak
dan menoleh ke arah Faiz. Tidak lupa juga dengan senyuman.
“ I love you.” Lafaz
Faiz dengan penuh perasaan. Lepas itu barulah dia menoleh ke arah Emelda.
Senyuman yang paling manis diberikan kepada Emelda.
Emelda tergamam.
Hatinya serta-merta berdegup laju.
“ Makin hari makin
sayang.” Sambung Faiz lagi.
Emelda terus tunduk ke
arah jarinya. Dia dah mula jadi gugup. Tapi senyuman dah mula terukir pada
bibirnya.
“ Awak tak payahlah
cakap I miss you la, I love you la. Saya tak nak dengar.”
Faiz tersentak.
“ Habis? Apa yang awak
nak saya cakapkan? Dah itu yang saya maksudkan.”
Emelda menarik nafas
dalam-dalam lantas melihat Faiz yang tersentak itu.
“ Satu je yang saya nak
dengar dari mulut awak.”
“ Apa dia?”
Emelda terus bangun dan
merenung ke arah tasik.
“ Aku terima nikahnya.”
Faiz terdiam. Tapi
tidak lama bila dia mula tersenyum lantas berdiri di sisi Emelda. Emelda cuba
berlagak serius even hati dah berdebar gila.
“ Awak dengar apa saya
nak cakap ni.”
Faiz kerling Emelda
lalu memandang ke arah tasik. Nafas di tarik dalam-dalam lantas dia mulakan
tugasnya.
“ Sudikah awak kahwin
dengan saya Emelda!!!?”
Emelda terlopong
mendengar jeritan Faiz. Pantas dia menoleh sekeliling. Takut kalau orang
dengar. Malu pun ada. Bila perasan ada orang tidak jauh daripada mereka pantas
Emelda memandang ke hadapan. Faiz di sebelah dah tersenyum puas. Bila dah rasa
lega barulah dia memusingkan badannya ke arah Emelda.
“ Mel?”
Emelda menggigit bibir.
Wajahnya dah berbahang. Malu!
“ Awak sengaja nak
cabar saya ke macam mana? Malu la orang dengar!” Rungut Emelda lantas turut
memusingkan badannya ke arah Faiz. Tapi dia tak berani bertentangan mata dengan
lelaki itu.
“ Haha. Saya ikhlas.
Saya betul-betul maksudkannya Emelda.”
Faiz mula serius.
Manakala Emelda pula dah terdiam.
“ Saya sanggup tunggu.
Demi awak.”
“ Faiz..”
Mata Emelda dah mula
berkaca-kaca.
“ Saya juga dah janji
dengan diri saya yang saya hanya akan mencintai seorang wanita iaitu Emelda
Rashid. Tiada orang lain lagi dalam hati ni selain dia.”
Kini, air matanya pula
mengalir ke pipi. Faiz yang melihat terus menggelengkan kepalanya.
“ Please. Don’t cry. I
hate that. You know right?” Lembut Faiz memujuk.
Emelda tertawa dalam
tangisan. Terus diseka air matanya itu.
“ Faiz. Jujur saya
katakan saya terharu dengan usaha awak ni. Terharu sangat. Tapi kita still muda
Faiz. Banyak lagi yang perlu kita belajar. Jauh lagi perjalanan kita. Saya
takut saya tak mampu jadi isteri terbaik untuk awak.”
Terhambur keluhan kecil
daripada mulut Emelda.
“ Kalau saya kata ibu
bapa saya suruh saya melamar awak cepat-cepat? Awak nak jawab apa?” Serius Faiz
menyoal.
Emelda terkedu. Dia
mula mendongak memandang Faiz.
“ A..awak?”
Faiz terus
menganggukkan kepalanya.
“ I’m serious Mel. Ibu
ayah saya dah benarkan. Mereka yang sarankan saya cepat-cepat lamar awak sebab
tak nak kita terus keluar berdua. Takut maksiat terjadi. Dan mereka juga tak
sabar-sabar nak jadikan awak menantu mereka. Saya tak tipu. serius!”
Melihat kesungguhan
Faiz itu membuatkan Emelda terus tersenyum.
“ Tapi mak ayah saya..”
Faiz mula menarik
senyum. Tanpa berlengah dia pantas menoleh ke belakang.
“ Semua! Keluar!”
Emelda tersentak bila
melihat orang tuanya, orang tua Faiz dan termasuk Aimi serta Imran berada di
belakang Faiz. Apa terjadi ni?
Faiz kembali menoleh ke
arah Emelda yang ternyata terkedu itu.
“ Semua setuju Mel.
Semua tak sabar-sabar nak tunggu jawapan awak.”
Faiz tiba-tiba duduk
melutut. Dia mengeluarkan sebentuk cincin dan menghulurkan kepada Emelda. Dengan
senyuman kecil Faiz berkata.
“ Will you marry me?”
Emelda menekup
mulutnya. Serius. Macam dalam mimpi. Air matanya kembali bergenang. Faiz!
“ sa..saya..”
Faiz masih diam menanti
jawapan Emelda. Emelda pula sudah menutup matanya erat-erat. Membiarkan air
mata terus mengalir. Bibirnya diketap kuat. Selepas dah berjaya tenangkan diri
barulah dia membuka mata dan memandang tepat ke arah Faiz yang setia
menunggunya itu.
“ Awak janji awak akan
jaga saya dengan sepenuh hati awak?” Soal Emelda serius.
“ Yes. I’m promise.”
“ Awak juga janji akan
sayang saya sampai ke hujung nyawa awak?”
“ Yes. I’m promise.”
“ Dan awak juga janji
tidak akan mudah mengalah dengan saya selepas kita kahwin?”
Faiz tersenyum lagi.
“ Yes. I’m promise.
Saya janji saya akan buat awak bahagia hidup dengan saya. Demi Allah, saya
sayang awak. Dan InsyaAllah… saya akan cuba menjadi suami yang terbaik untuk awak.”
Sesudah Faiz berkata,
Emelda terus membuat anggukan kecil. Bersama senyuman dia mula memberikan
jawapan.
“ I do.”
“ Alhamdulillah! Ya
Allah. Terima kasih!”
Di situ juga Faiz
membuat sujud syukur. Bersyukur sangat Emelda terima lamarannya. Dia berjanji
pada dirinya yang dia akan cuba menjadi suami yang terbaik buat Emelda.
“ Thanks Faiz.”
“ Thanks to you to
sweetheart.”
Akhirnya, mereka
sama-sama ketawa dengan perasaan bersyukur dan gembira. Watak-watak sampingan
di belakang mereka juga turut tersenyum melihat kebahagiaan mereka berdua.
Alhamdulillah.
“ Sayang.”
Aimi yang ralit
memandang ke arah Faiz dan Emelda pantas menoleh ke arah Imran.
“ Rasanya abang nak
buat sekali lagi la macam tu depan sayang.”
Aimi tertawa kecil.
Terus lengan Imran ditampar manja.
“ Merepeklah abang ni.”
Imran menarik sengih.
“ Tak kisahlah macam
mana sekalipun, yang penting sayang dah jadi milik abang. I love you dear.”
Aimi tersenyum.
Bibirnya didekatkan dengan telinga Imran. Perlahan-lahan dia mula melafazkan
tiga ayat itu.
“ I love you to my husband.”
Terus Imran menoleh
saat mendengar kata-kata itu dan disebabkan itu bibir mereka terus bertemu.
Aimi yang terkejut pantas menoleh semula ke hadapan. Bibirnya diketap kuat.
Malu! Malu! Malu!
Imran di sebelah sudah
menahan senyum. Akhirnya dia terus menarik Aimi agar lebih rapat dengan dia.
Tangan itu digenggamnya dengan erat.
“ I will not let you go
dear. This is my promise. Just hold my hand no matter what happen. Okay
sweetheart?”
Bisikan itu membuatkan
Aimi tersenyum.
“ Okay husband.”
No comments :
Post a Comment