Izz menjenguk ke dalam rumah Alif. Sunyi je. Tak ada orang
ke dalam rumah? Tapi kereta Alif ada je.
“ Assalamualaikum!”
Izz bergerak ke kereta Alif. Dia duduk di depan cermin
kereta. Perkemaskan baju dan rambutnya kembali. Berlagak macho jap! Cewah!
“ Waalaikumussalam..”
Zahra membuka pintu dengan senyuman. Dia dah tahu siapa yang
datang sebab tadi dia sempat menjenguk ke tingkap. Dia melihat Izz yang tengah
perkemaskan rambutnya depan cermin kereta hanya mampu menahan tawa.
“ Eh? Hehe.. Alif ada tak?”
Izz mendekati Zahra yang berdiri di muka pintu. Kenapa awak
selalu manis di depan mata saya Zahra?
“ Ada. Dekat dalam. Tunggu kejap. Nanti saya panggil.”
Izz hanya membiarkan Zahra masuk semula bagi memanggil Alif.
Izz pula masih berlegar di luar rumah. Tiada hati nak masuk ke dalam rumah. Dia
hanya perlu berjumpa dengan Alif sekarang ni. Tak ada sebab lain lagi.
“ Izz! Masuklah dulu.” Jemput Zahra sebaik sahaja selepas
memanggil Alif dan Farah dalam bilik.
“ Tak apa. saya tunggu dekat luar.” Ujar Izz tanpa menoleh
ke arah Zahra.
Zahra mengambil keputusan keluar daripada rumah dan
mendekati Izz yang sedang memikirkan sesuatu itu. Entah apa masalah Izz
sekarang ni. dia sendiri tak tahu.
“ Awak… Hari ni saya rasa takut sangat.” Luah Zahra tanpa
dipinta. Tiba-tiba dia ringan mulut nak bercerita pada Izz tentang Syazwan.
“ Takut? Kenapa?” Kata-kata Zahra berjaya mengundang minat
Izz.
“ Takut nak jumpa seseorang. Entahlah.. Apa yang saya buat
ni betul atau tak. Tapi yang pasti saya nak kebenaran. Sebab tu lah saya takut
nak pergi jumpa dia.” Jelas Zahra tanpa tertinggal satu pun perkataan.
“ Nak jumpa siapa? boleh saya tahu?”
Zahra hanya menggelengkan kepalanya. biarlah hanya dia
seorang saja yang tahu. Kalau orang lain tahu. Mesti dia tidak dibenarkan
pergi. Semua orang tahu Syazwan kejam terhadap dia sebelum ni.
“ Kenapa saya tak boleh tahu?” Izz berkeras nak tahu juga.
Dia rasakan yang Zahra menyimpan sesuatu daripada dia.
“ Sebab saya tak nak awak tahu.” Balas Zahra lembut.
Tajam Izz merenung Zahra yang berdiri di sebelahnya.
Akhirnya dia mengeluh kecil. Sekarang dia rasakan yang Zahra makin degil. Susah
nak bercakap dengan dia saat ini.
“ Siapa saya untuk awak?” Tiba-tiba saja soalan itu terpacul
keluar dari mulut Izz. Tanpa sempat dikawal.
Zahra yang mendengar terkedu seketika. Dengan rasa gugup dia
menoleh ke arah Izz.
“ Ma..maksud awak?”
“ Saya ni hanya kawan ke atau lebih dari tu bagi awak?”
Zahra pantas tunduk memandang lantai. Dia tak boleh melihat
Izz macam tu. dia tahu Izz ada menyimpan perasaan dekat dia. Buktinya surat 3
bulan yang lepas tu. tapi dia? Dia sendiri belum yakin akan keputusannya.
“ Biarlah masa yang menentukan Izz. Saya hanya mampu
berdoa.”
Izz mengetap bibir. Melihatkan Zahra masuk ke dalam rumah
seperti melepaskan Zahra ke tempat lain. Dia rasa kecewa mendengar jawapan
Zahra. Tapi dia yakin Zahra untuk dia.
“ Izz? Apa yang kau buat dekat sini?”
Alif keluar daripada rumah dengan kerutan di dahi. Pelik!
Tiba-tiba Izz datang. Dah seminggu berlalu. Setahunya sebelum ni Izz sibuk
dengan kerja dan tiada masa nak berbual sikit pun dengan dia.
“ Aku nak minta tolong kau. Aku juga perlukan kau buat masa
ni.” Ujar Izz serius. Tangannya digenggam kuat.
“ Apa masalah kau?” Alif mula rasa lain. Tengok muka Izz
sekarang dia dah dapat agak. Tak lain tak bukan pasti soal pakciknya.
“ Semalam dia telefon aku dan cakap nak jumpa dengan aku.
Dia juga nak balik kampung untuk jumpa umi. Aku risau ni Alif. Aku tak nak dia
jumpa Umi. Kalau boleh biar aku je selesaikan dengan dia. Macam mana ni?”
Terpancar riak kerisauan pada wajah Izz. Pertama kali juga
Alif melihat Izz risau sampai macam ni. Kali terakhir dia tengok Izz macam ni
adalah masa arwah ayahnya kemalangan.
“ Jangan risau. Aku akan tolong kau. Kau nak jumpa dengan dia
tak?”
Izz terdiam. Itu satu lagi. Mampukah aku berdepan dengan dia
sedangkan aku masih belum mampu buang rasa benci ni. Marah aku masih ada untuk
dia.
“ A..aku tak tahu lah aku boleh berhadapan dengan dia
ataupun tak. Aku takut aku tak dapat kawal kemarahan aku ni. A..aku..”
“ Kau tak boleh macam ni.” Pintas Alif tanpa sempat Izz
habiskan kata-katanya.
“ Kalau kau nak hal ni selesai secepat mungkin. Kau tak
boleh takut.”
Bahu Izz pula dicengkam Alif. Izz kelihatan murung saat itu.
Alif sendiri buntu memikirkan jalan penyelesaian. Dia hanya inginkan yang
terbaik buat Izz. Dia tak mahu tengok Izz menderita lagi. Cukuplah sekali
sebelum ni.
“ A..aku..”
Tiba-tiba telefon bimbit Izz berbunyi. Tergendala sebentar
perbualan mereka. Tanpa berlengah, Izz pantas menjawab panggilan daripada Umi.
Dia memaksa diri untuk tersenyum saat bercakap dengan Umi. Alif yang melihat
hanya mampu mendiamkan diri.
“ Helo Umi. Umi apa khabar? Sihat?” Ramah Izz menyoal.
“ Izz! Pakcik kamu ada dekat sini. Kamu balik ye?”
Izz terpempan besar. Pakcik ada dekat kampung? Ya Allah.
“ Izz? Kamu dengar tak ni?”
Izz menoleh ke arah Alif dengan penuh perasaan. Dia membuat
gelengan dengan kerutan di dahi.
“ Kenapa?” Alif menyoal hairan.
“ Dia ada dekat kampung.”
Lembut, takut dan perlahan dia memberitahu kepada Alif.
Mereka berdua terus terdiam. Sekarang apa patut mereka buat. Yang pasti, Fazli
akan beritahu Umi soal Izz. Pasti punya. Dan Umi pasti akan menangis penyesalan
sebab tak percayakan Izz dulu.
**
Umi memaksa diri mengukirkan senyuman buat Fazli walaupun
ada rasa tak selesa. Lagipun hanya dia dan Zahirin berada di rumah ketika itu.
Izzati masih belum pulang dari kolej.
“ Ada apa Abang Li datang sini?” Soal Umi lalu meletakkan
dulang minuman di depan Fazli dan Omar.
Sebenarnya, Umi terkejut saat melihat keadaan Fazli saat
tadi. Duduk menggunakan kerusi roda. Dia tak tahu pula Fazli lumpuh. Yang dia
tahu Fazli hanyalah kemalangan.
“ Saya datang nak cakap sikit dengan awak. Saya perlu
beritahu kebenaran yang telah saya simpan selama ini pada awak. Saya tak nak
terbeban lagi.” Nada Fazli berubah serius. Umi yang mendengar dah rasa tak
sedap hati.
“ Apa maksud abang Li? Saya tak faham.”
Umi mengambil tempat di hadapan Fazli. Dia dah rasa
berdebar-debar menantikan butir bicara yang akan keluar dari mulut Fazli. Dia
sangat takut kalau perkara yang Fazli ingin beritahu mengenai Izz. Cukuplah
dulu Izz dah memalukan keluarganya.
“ Ini tentang Izz. Perkara yang berlaku beberapa tahun yang
lalu.” Dengan tenang Fazli berkata.
Umi tersentak. Tak sangka dia akan dengar lagi perkara itu.
Kenapa Fazli perlu mengungkit?
“ Saya rasa hal itu dah selesai. Saya minta maaf sekali lagi
bagi pihak anak saya. Saya tahu abang Li marah dan kecewa kerana Izz syarikat
abang Li hampir muflis. Maafkan saya dan
Izz.” Rayuan Umi menambahkan rasa sebak Fazli.
“ Awak silap… Sebenarnya Izz langsung tak bersalah.”
Mata Fazli mula memerah. Omar yang melihat tuannya itu hanya
mampu menepuk perlahan bahu Fazli seraya memberikan kekuatan kepada tuannya.
Dia tahu Fazli sendiri tak kuat nak bongkarkan perkara yang sebenar pada isteri
Fairus ini.
“ Tak bersalah? Kenapa pula? Dulu kan dah cukup bukti yang
Izz salah.”
Nada suara Umi dah bertukar. Daripada lembut bertukar kepada
tinggi. Memang dia tak sukakan Fazli dari dulu lagi. Tapi kalau bukan kerana
Fazli. Pasti dia tak tahu apa perbuatan Izz dulu. Namun, hal itu dah berlalu.
Dia sendiri dah memaafkan Izz.
“ Izz langsung tak salah. Saya yang tuduh dia. Saya yang
cipta semua bukti-bukti tu Ummi. Saya salah…”
Bahu Fazli mula terhinggut-hinggut gara-gara menangis. Dia
meraup wajahnya perlahan dengan seribu penyesalan.
“ Apa ni?” Umi sudah meninggikan suaranya. Dia rasa seperti
dipermainkan.
“ Maafkan saya Ummi. Saya yang tuduh dia buat semua tu.
Sedangkan dia tak buat pun semua tu. dia memang seorang anak yang baik Ummi.”
Sambung Fazli lantas menyeka air matanya. Biarlah dia nampak kasihan sekalipun
di depan adik iparnya itu.
Umi terdiam. Dia masih belum dapat mencerna kata-kata Fazli
sebentar tadi. Tak mungkin!
“ Sebenarnya Izz tak pernah menggelapkan wang syarikat pun.
Dia sendiri tak pernah curi pun duit syarikat. Malah saya sendiri yang
mengambil duit itu dan meletakkan salah itu pada bahu Izz. Izz juga tak pernah
menjalinkan hubungan sulit dengan mana-mana perempuan masa tu.”
Satu-satu kebenaran telah dibongkarkan pada Umi ketika itu.
Dan satu-satu kebenaran itu berjaya membuatkan hati Umi hampir luluh. Dia jadi
tak berdaya selepas mendengar semua itu daripada mulut Fazli sendiri.
“ Maafkan saya. Semua ini salah saya.”
Umi masih terdiam tanpa kata. Lidahnya terus kelu untuk
berkata-kata. Matanya tepat merenung ke lantai. Dalam kepalanya kini terfikir
wajah Izz suatu ketika dulu. Dia teringat lagi macam mana dia marah dan
menangis kerana percayakan Izz buat semua tu. Sedangkan tak.
‘ Ya Allah. Apa aku dah buat ni? aku bukan seorang ibu yang
baik. Aku tak percaya pada anak sendiri. Apa jenis ibu aku ni?’
Tanpa sedar, air mata Umi mengalir perlahan. Dia berasa
sedih sangat. Mesti dulu Izz terseksa sangat.
“ Kenapa? Kenapa abang Li buat anak saya macam tu? dia
langsung tak bersalah. Kenapa?”
Umi menoleh ke arah Fazli dengan renungan tajam. Dia mula
merasa marah terhadap Fazli.
“ Kerana dulu saya tamak. Saya terlalu mementingkan diri
sendiri. Saya juga tak nak harta arwah ayah saya jatuh ke tangan Izz. Saya dan
suami awak tahu siapa waris yang seterusnya. Waris itu adalah anak awak Ummi.
Izz orangnya. Sebab tu lah saya buat macam tu pada Izz. Saya tahu Izz
berkebolehan. Tapi itu semua dulu. Kini saya rasa sangat-sangat menyesal Ummi.
Dia memang terlalu baik. Dulu masa kemalangan tu. kalau dia tak selamatkan
saya, saya takkan berada di atas muka bumi ini lagi Ummi. Tak akan!”
Umi menekup mulutnya tanda dia amat terkejut. Satu lagi
kejutan yang dia terima daripada Fazli. Izz sendiri telah menyelamatkan Fazli.
Ya Allah.
“ Aku nak minta ampun pada awak Ummi. Aku minta maaf
gara-gara aku juga Fairus meninggal. Maafkan aku..”
Fazli terus menangis teresak-esak. Habis lencun wajahnya
ketika itu. Umi yang melihat hanya mampu mengetap bibir sambil menitiskan air
mata. Dia tak tahu apa yang patut dia lakukan saat ini. Dia buntu!
“ Saya tak tahu lah abang Li. Tapi saya minta sangat abang
Li keluar daripada rumah saya sekarang juga. Saya tak nak jumpa abang Li buat
masa ni. tolong!” arahan Umi yang lembut tapi tegas itu menyebabkan Fazli
tergamam.
Tapi dia mengerti. Adik iparnya masih belum dapat terima
kenyataan yang anaknya tak salah. Dia perlu berikan masa pada adik iparnya itu.
“ Saya minta maaf. Saya pergi dulu..”
Omar yang sedari tadi mendengar perbualan di antara Fazli
dan Umi hanya mampu berdiam diri. Dia berasa sedih dengan keadaan mereka
berdua.
“ Omar.. Jom kita balik. nanti kita datang lagi.” Arah Fazli
perlahan. Omar hanya menurut.
Umi langsung tidak menoleh ke arah Fazli. Hantar ke muka pintu
pun tak. Saat ini, dia hanya fikirkan Izz. Dia nak jumpa dan meminta maaf pada
Izz. Dia bersalah kerana tidak percayakan Izz selama ini.
‘ Ya Allah. Tolonglah berikan aku kekuatan. Sungguh aku tak
kuat.’
**
“ What have you done?!”
Jerkahan Izz mengejutkan Fazli dan Omar yang sedang berbual
di luar rumah Izz ketika itu. Selepas sahaja balik daripada Ipoh, mereka terus
bergerak ke rumah Izz. Dia sendiri tak sangka Izz masih tinggal dekat sini.
“ Maksud Izz?” Fazli menyoal tak faham.
Jelas terpamer senyuman sinis pada bibir Izz. Alif yang
berada di belakangnya hanya mampu mendengar. Dia dah tak boleh menasihati Izz
saat ini. Izz sangat-sangat marah.
“ Tak tahu atau buat-buat tak tahu?” Sinis sekali Izz
menyoal Fazli.
“ Izz! Jaga sikit percakapan kamu tu. dia pakcik kamu.” Omar
menegur.
Izz merengus kasar. Tangannya digenggam kuat. Kalau diikutkan
hati dia nak tumbuk muka di depannya saat itu. Tapi dia sedar, orang itu masih
saudara kandungnya. Tambah-tambah Fazli lebih tua daripadanya.
“ Pakcik? Masa bila saya ada pakcik yang terlalu tamak ni?
terlalu mementingkan diri ni? masa bila?” Soal Izz dengan jongketan di kening. Senyuman
sinisnya masih belum hilang dari bibir.
Terhambur keluhan kecil dari mulut Fazli. Dia cuba
menenangkan dirinya terlebih dahulu sebelum berbicara dengan Izz yang sangat
marah itu.
“ Maafkan pakcik. Tapi apa salah pakcik?”
“ Salah? Pakcik tanya saya apa salah pakcik? Pakcik tahu tak
yang pakcik dah buat Umi saya menangis? Umi menderita sekarang tahu tak? Kenapa
pakcik perlu beritahu Umi fasal kebenaran? Kenapa? Cukuplah sekali saya tengok
umi menangis kerana saya. Saya tak sanggup dah. Tapi pakcik..”
Tanpa sempat dikawal kemarahannya, Izz terus menumbuk
dinding di sebelahnya. Sampai merah dan keluar sedikit darah pada jari-jarinya
itu. Itu tandanya dia melepaskan geram yang telah lama dipendam.
Mereka bertiga terkedu. Izz nampak berserabut saat ini.
tiada sesiapa pun yang mampu menenangkannya kembali melainkan dirinya sendiri.
Mata Izz memerah. Tajam dia merenung Fazli. Penuh dendam,
benci dan sedih.
“ Pakcik tahu tak Umi dekat kampung tak habis-habis minta
maaf pada saya sejak petang tadi. Sampai teresak-esak tahu tak? Sekarang apa
perlu saya buat? Cuba pakcik beritahu saya. Cepat!” bentak Izz lalu meraup
rambutnya dengan kasar sekali.
Akhirnya dia terduduk atas lantai dengan linangan air mata. Dia
makin tak terurus sekarang ni. dia akan jadi macam tu apabila melihat orang
yang dia sayang menderita. Dia tak boleh tengok orang yang dia sayang menangis
kerana dia. Biarlah dia seorang je yang tanggung semua tu.
Alif yang melihat berasa sebak. Dia berasa sedih sekali
melihat keadaan Izz saat itu. Dia tahu apa perasaan Izz sekarang. Tapi dia tak
dapat membantu melainkan sentiasa berikan sokongan padu pada Izz.
“ Pakcik minta maaf. Pakcik Cuma nak umi kamu tahu
kebenaran. Pakcik tak nak dia salah sangka lagi terhadap kamu.”
“ Sebab kebenaranlah Umi jadi lebih teruk tahu tak? Pakcik tahu
tak Umi ada darah tinggi? Oh! Terlupa pula saya. Pakcik kan tak pernah nak
ambil tahu fasal keluarga kami. Sampai adik kandung meninggal pun tak tahu.”
Pedas! Sangat pedas kata-kata Izz pada telinga Fazli. Namun,
Fazli terima dengan hati yang terbuka. Dia dah menyesal dan sanggup terima apa
saja tohmahan dari mulut Izz. Dia sedar salah dia.
“ Izz..” Alif cuba memanggil Izz. Namun Izz langsung tak
menyahut. Malah Izz lebih selesa memeluk lututnya sambil menitiskan air mata. Alif
hampir saja nak mengalirkan air mata. Tapi dia kena kuat agar Izz pun kuat.
Sebenarnya Izz rasa sangat takut sekarang. Dia tak sangka
perkara yang dia paling takuti telah pun terjadi. Dia juga takut kalau Izzati
tahu. Cukuplah hanya Umi je tahu keadaan sebenar.
“ Izz.. Pakcik betul-betul minta maaf.”
Dengan susah payahnya Fazli cuba mengesot agar dapat dekat
dengan Izz. Namun Izz pula makin menjauhkan diri.
“ Izz..” Fazli memanggil pula. Tangannya cuba menarik tangan
Izz tapi ditepis Izz sendiri.
“ Sudahlah. Lebih baik pakcik balik sekarang. Saya tak nak
jumpa pakcik dah buat lepas ni.”
Izz terus bangun dan mengesat air matanya yang mengalir laju
tadi. Wajahnya sangat tegang saat itu. Malas nak berurusan lagi, Izz pantas
melangkah masuk ke dalam rumah. Dia sudah tiada hati nak berhadapan dengan
orang. Dia perlu bersendirian saat ini. He need’s to be alone.
No comments :
Post a Comment