Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Monday 18 March 2013

Cinta Bersatu (13)



" Awak duduk dulu. Saya ambilkan minuman."

Aku terus masuk ke dapur selepas memastikan Anuar berada dalam keadaan selesa. Selepas mengambil minuman, aku kembali ke hadapan.

" Nah.." ku hulurkan mug kepadanya. Dia menyambut dengan senyuman.

" Terima kasih." Aku hanya tersenyum.

Kemudian mataku teralih kepada lengannya yang sudah dibalut itu. Macam teruk je luka tu.

" Jangan risau. sikit je.." Aku mendongak melihatnya.

" Yeke.." soalku ragu-ragu.

" Ya..tak percaya? Kalau tak awak buka balutan ni dan tengok sendiri. Nak?"

Aku terteguk air liur. Dia tak tahu ke yang aku ni lemah sikit nak tengok parut dan darah ni.

" Erk..awak."

Dia menjongket kening.

" Awak dah lupa ke?" soalku dengan perlahan.

" Apa? Apa yang saya lupa?" Aku tergaru-garu kepala yang tidak gatal. Aku ni bukan apa. Tapi malulah nak beritahu dia yang aku ni lemah sikit kalau tengok darah.

" Tak ada apa-apalah. Just forget it."

AKu terus menumpukan perhatian kepada television. Walaupun mata di television tapi hati ni berdebar-debar je. Aku tahu dia memerhatiku sejak tadi. Susahlah kalau berdua begini. Dan aku masih malu dengan diriku sendiri.

" Saya nak naik atas jap."

Aku bangun dan melintasi dia. Tapi tanganku sempat dicapainya.  

" Saya tahu. Saya takkan lupa." Aku terkedu. Jadi dia ingat yang aku tak boleh tengok darah.

" Saya akan tetap ingat sampai bila-bila."

Perlahan-lahan dia menarikku agar mendekatinya. Aku hanya menurut tanpa sebarang bantahan. Sehingga aku terduduk disisinya.

" Awak.."

Kepalanya diletakkan di atas bahuku. Aku tak tahu apa perasaan aku sekarang. Yang pasti aku malu. Aku menoleh ke arah lain. Aku tak nak dia tahu yang aku macam orang tak tentu arah. HukHuk!

" Saya lapar lah." rengeknya manja.

HIshh..mamat ni memang nak kena dengan aku. Saja je buat aku gabra lebih. Aku ingatkan apalah tadi. Nasib kau sakit Nuar.

" Nak makan nasi goreng awak boleh?" pintanya lagi dengan manja.

Aku bangun dan lepaskan pegangan. Aku menjelingnya tajam. Tapi dia hanya tersenyum. Sempat dia mengusap perutnya yang kata lapar itu.

" Masaklah sendiri." ujarku bersahaja.

" Nak masak macam mana tangan ni sakitlah. Awak mahu ke saya masak dalam keadaan sakit. Nanti kalau ibu dapat tahu mahu awak kena dengan dia."

Amboi. Cuba mengugut nampak. Tak adillah macam ni.

" Awak...please.." Dia masih cuba merayu dengan pandangku tanpa berkelip.

Urgh! Aku memang tak boleh kalah dengan dia. Tambahan pula dia suami aku.

" YElah.. nanti saya buatkan untuk awak. Puas hati cik abang?" Senyuman plastik ku berikan kepadanya.

Dia tersengih kerang busuk. Sekali lagi dia capai tanganku.

" Terima kasih sayang. Ni yang buat abang bertambah sayang dengan Dee ni."

Aku pantas menarik tanganku daripada peganganya. Eii! Geli aku mendengar perkataan sayang tu. Euw! Meremang bulu roma aku. Dahlah aku ni tak biasa dengar panggilan romantik ni.

AKu menjeling Anuar dengan ekor mata. Tersengih-sengih. Itu je yang dia tahu. Malaslah nak layan. JAdi aku bergerak ke dapur bagi membuat nasi goreng. Kalau tak sedap jangan marah ya Encik Anuar!

****
" Nah.."

Aku menghulurkan sepinggang nasi goreng kepada Anuar. Tak tahu apa rasanya sebab aku masak dalam keadaan main-main. Hehehe..

" Terima kasih.." Dia sambut huluranku dengan senyuman.

Aku membalas senyumannya lalu bergerak ke dapur semula. Nak ambil minuman untuknya. Nanti tercekik pulak!

" Nah.." Mug ku hulurkan kepadanya.

" Letak je kat situ." arahnya lembut. Matanya masih tertumpu di kaca tv.

" Kalau tiada apa-apa lagi. Saya naik atas dulu. Nak mandi jap." ujarku. TAkut mencari pula.

" Hurm..okey."

Kyusyuk sangat tengok tv. Arh! Lantaklah. Aku kembali melangkah ke bilik. Badan dah bau busuk semacam. Tengoklah sekarang dah pukul berapa. Dah pukul 6 pun.

Kita mandi, solat and then sleep. Yeahh!

" Awak!"

Baru aku nak menutup pintu, laungan di bawah mematikan hasratku. Nak apa lagi. TAdi kata tak mahu apa-apa dah. Urgh! Sengaja ke.

" Kenapa?" laungku dari atas. Malas nak turun pula.

" Awak buat apa?"

" Saya nak mandi jap. Kenapa?" jawabku malas.

" Hurmm.. Tak ada apa."

Eii! AKu menggepal penumbukku dengan geram. Dia ni kan. Argh! Mandi lagi bagus.

" JAngan panggil saya lagi sebab saya tak akan dengar. Saya berada dalam bilik air. Faham?"

" Okey!" Aku tersenyum senang.

Bagus. Bolehlah mandi dengan aman.

15 minit kemudian, aku baru keluar dari bilik air. Begitu lama aku merendamkan diri. Baru segarkan.

Aku bergerak ke almari baju. Memandangkan aku berada dalam bilik yang tiada perkongsian. JAdi aku tidak mengambil pakaian terlebih dahulu. Lagipun tiada sesiapa akan tengok. Kan? Anuar? Masuklah kalau dia berani. Heh!

Belum sempat aku nak mencapai baju,aku mendengar suara seseorang.

" Awak... belum sudah mandi ke?" suara itu berada di sebalik pintu bilikku.

Kalau aku pergi kunci. Sempat tak. Erk!

" Awak.." Pintu dikuak. Alamak! TAk sempat.

Aku pantas memusingkan badan ke belakang. Tak mahu bagi dia lihat keadaanku sekarang. TAnganku yang sejuk ku genggam kuat.

" Awak.." Suara itu makin dekat aku.

" Awak keluar dulu. Nanti saya keluar. saya nak pakai baju jap." arahku perlahan.

Badanku dah menggeletar. Aku tak tahu kenapa. Mungkin sejuk sebab badanku hanya dilitupi oleh tuala.

Sewaktu aku ingin mencapai baju, tiba-tiba terasa sentuhan lembut dibahuku. Terkejut tak terkejut. Yang pasti aku sudah rasa lain dalam keadaan sebegini.

" awak.Boleh tolong keluar sekejap tak?" soalku sambil melihatnya..

Anuar mengukir senyuman. Dia menatapku dengan seribu perasaan.

AKu tak mahu hiraukan dia. Jadi aku kembali mencapai baju yang ingin dipakai. Tapi dia lebih pantas bertindak dengan menarik tanganku.

" Awak..lepaskan tangan saya." suruhku cemas.

" Sekejap je Dee.." Aku menggeleng perlahan. Perasaanku semakin kalut.

" Saya nak pakai baju dulu. Tolonglah.." Rayuku.

Tanpa menghiraukan permintaan dia, aku terus menyarungkan baju secepat mungkin. Selepas itu baru aku boleh menarik nafas lega.

AKu mendongak melihatnya. Dia kembali mencapai tanganku.

" Please Dee.." PIntanya sungguh-sungguh.

Pujukannya itu bagaikan satu air yang mengalir bagi membuang rasa takut dan benciku kepadanya. Dalam keadaan sedar, aku hanya tersenyum menyambut permintaannya.

Anuar menatap wajahku lama. Seketika kami begitu tanpa berbuat apa-apa. Bagai ingin mendalami perasaan masing-masing.

" Dee isteri Anuar. Dan selamanya Dee di hati Nuar." bisiknya perlahan seraya itu dahiku dikucupnya perlahan.

Aku hanya membiarkan kerana aku tidak mampu menghalang. Aku macam dah dipukau oleh kata-katanya itu.

" Awak..."

Tiba-tiba dia menarik tanganku dan membawa ke dadanya. Dia tersenyum melihatku yang tiada reaksi sekarang ini.

" Saya janji yang awak akan setia berada di hati ini. Hanya nama awak terukir di dalam hati saya. Dan saya janji yang saya akan sembuhkan luka awak tu. Itu janji saya." Bisiknya perlahan.

Itu janjinya. Malah,janji itu bagai termaktub di dalam 'penyatuan' kami yang sementara ketika ini.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Menenangkan perasaanku yang tiba-tiba diamuk badai asmara yang cukup mendalam terhadap lelaki yang tersenyum dihadapanku ini. Aku cuba berpijak di bumi. Aku tidak mahu hanya kerana kasih yang melimpah ruah, mampu menyekat kewarasan fikiran.

Tapi dia suami kau Dee. Kau tak berhak untuk menghalang perasaan kau tu daripada terus bercambah dan terus menyanyangi dia. Sekalipun kau masih bencikan dia. TApi kau boleh tukarkan perasaan benci itu kepada sayang.

" Kenapa ni Dee? Kenapa alirkan air mata ni.. Hurmm?" bisik Anuar lalu menyentuh pipiku. Dia menyeka air mataku dengan lembut, tapi penuh kasih sayang.

Aku cuba menahan perasaan. Aku cuba sedaya upaya menahan keinginan yang amat sangat ini. Tapi tak salahkan sebab aku ni isteri dia. Lagipun sebelum ni aku dah berbuat demikian.

" Awak..boleh saya peluk awak sebentar?"

Anuar merenuung jauh ke dasar hatiku. Akhirnya dia tersenyum. Senyuman di mana aku dan dia saja dapat mengerti.

" Boleh sayang. Lama mana pun tak kisah." katanya sambil mendakapku dengan kemas sekali. Bagai tak mahu melepaskannya lagi.

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers